handbook panel pegawai pengesah luaran (ppl) … filekepada pegawai pengesah luaran (ppl) berkenaan...

36
1 HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) BAGI SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA 30 JULAI 2018

Upload: phamthuan

Post on 27-Jul-2019

547 views

Category:

Documents


59 download

TRANSCRIPT

Page 1: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

1

HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

BAGI SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

30 JULAI 2018

Page 2: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

2

1.0 PENDAHULUAN

Buku Panduan ini dibangunkan sebagai rujukan dan menjelaskan

kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas,

tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Sistem Latihan

Program Bertauliah (SLaPB).

2.0 TAFSIRAN

Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Akta 652” ertinya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006;

“Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical Advisory Committee,

TAC)” ertinya jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil industri

bidang berkenaan, PPB dan PPD, bagi memastikan mutu latihan dan

penilaian yang dilaksanakan. Pengerusi hendaklah dilantik dikalangan

wakil industri dan PPB sebagai setiausaha;

“Ketua Pengarah” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik

sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen

17 Akta 652;

“kumpulan program bertauliah” ertinya program bertauliah yang

dilaksanakan secara kombinasi dalam laluan program latihan

kemahiran;

Page 3: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

3

“kurikulum” ertinya kandungan anjuran suatu program penyelidikan

yang telah dibuat oleh suatu penyedia latihan kemahiran yang

menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan kepada

setiap aktiviti, dan turutannya;

“penilaian akhir” ertinya peperiksaan yang diadakan di akhir sesuatu

program merangkumi kedua-dua bahagian teori dan praktikal;

“pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai

dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran;

“penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan perbadanan,

organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan

program latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi

memenuhi kehendak Standard berkaitan;

“Pegawai Pengesah Luaran” ertinya seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan Penentusahan Luaran;

“Pegawai Pengesah Dalaman” ertinya seseorang yang memenuhi

kriteria yang ditetapkan, dan ditauliah oleh Ketua Pengarah untuk

melaksanakan pengesahan/ penentusahan dalaman hanya di pusat

bertauliah yang ditetapkan;

“Pegawai Penilai” ertinya seseorang yang memenuhi kriteria yang

ditetapkan dan ditauliah oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan

Page 4: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

4

melaksanakan penilaian keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang

ditetapkan;

“Penentusahan Luaran” ertinya suatu aktiviti yang dilaksanakan oleh

PPL di Pusat Bertauliah di bawah SPKM bagi memantau,

mengesahkan pelaksanaan dan penilaian latihan serta membuat

keputusan keterampilan pelatih.

“Pengurus Pusat Bertauliah” ertinya seseorang yang diberikan kuasa

oleh pemilik pusat bertauliah dan berdaftar dengan Ketua Pengarah

untuk mentadbir pelaksanaan pentauliahan;

“Persijilan Tahap Tunggal” ertinya suatu kaedah persijilan yang

melibatkan pelaksanaan kombinasi dua atau lebih program bertauliah

sehingga tahap persijilan yang tertinggi dalam laluan program

tersebut;

“personel pentauliahan” ertinya seseorang yang dilantik oleh pusat

bertauliah dan diiktiraf oleh JABATAN sebagai Pengurus Pusat

Bertauliah (PPB), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai

Penilai (PP);

“program” ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap

yang ditetapkan dalam daftar Standard;

“program bertauliah” ertinya program latihan yang telah diluluskan

oleh Ketua Pengarah;

Page 5: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

5

“pusat bertauliah” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang

telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu

program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil;

“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada

seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 34 Akta 652;

“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang

diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta 652;

“Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational

Skill Standard)” ertinya satu dokumen yang menggariskan

keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam

sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan

tersebut;

“tempoh latihan” ertinya jumlah jam minima yang mesti dilalui oleh

pelatih bagi mencapai suatu hasil pembelajaran lengkap yang

merangkumi aktiviti terpandu, pembelajaran kendiri dan penilaian;

“verifikasi dalaman” ertinya pengesahan oleh panel lantikan pusat

bertauliah yang terdiri daripada Jawatankuasa Penasihat Teknikal,

pegawai pengesahan dalaman atau mana-mana personel yang

berkaitan terhadap penilaian berterusan, penilaian akhir, projek akhir

serta latihan industri;

Page 6: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

6

“laluan kerjaya” ertinya perjalanan bagi sesuatu bidang pekerjaan

dari tahap terendah hingga tahap tertinggi sepertimana yang

dinyatakan dalam Daftar SKPK.

3.0 SENARAI RINGKASAN

CU - Competency Unit

DKM - Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

JABATAN - Jabatan Pembangunan Kemahiran

KAPPK - Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran

KPPK - Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

KA - Penilaian Pengetahuan

LI - Latihan Industri

SKPK - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

PB - Pusat Bertauliah

PP - Pegawai Penilai

PPB - Pengurus Pusat Bertauliah

PPD - Pegawai Pengesah Dalaman

PPPPK - Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran

SKM 1 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

SKM 2 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

SKM 3 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

SPKM - Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

TAC - Jawatankuasa Penasihat Teknikal (Technical

Advisory Committee)

Page 7: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

7

4.0 PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

PPL adalah seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan penentusahan luaran. Penugasan PPL adalah berdasarkan bidang kemahiran tertentu.

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PPL

5.1 PPL

5.1.1 Mengetuai pelaksanaan penentusahan luaran;

5.1.2 Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan

penilaian;

5.1.3 Menyemak dan mengesah:

a. Rekod Bukti Pencapaian (Portfolio) pelatih; b. Buku Log Latihan Industri (LI) (bagi program

tahap 4 & 5); c. Laporan Latihan Indiustri (LI).

5.1.4 Menilai pembentangan laporan projek akhir (bagi

program tahap 4 & 5);

5.1.5 Menyemak dan mengesahkan borang pendaftaran dan

Pengeluaran sijil;

5.1.6 Mengesahkan Sistem Jaminan Kualiti yang wujud di PB

memenuhi kehendak Jabatan;

5.1.7 Menyemak minit mesyuarat Panel Penilaian Pusat

Bertauliah (PPPB) dan minit mesyuarat Jawatankuasa

Penasihat Teknikal (TAC) serta melapor isu-isu yang

berkaitan kepada Jabatan;

5.1.8 Memeriksa kertas jawapan untuk teori dan menilai hasil

kerja praktikal;

Page 8: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

8

5.1.9 Mengisi dan mengesahkan keputusan penilaian akhir

secara atas talian;

5.1.10 Menghantar laporan pelaksanaan penentusahan

luaran secara atas talian.

6.0 PROSES LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN OLEH

PPL

6.1 PERKARA AM

6.1.1 PB atau PPL tidak dibenarkan meminda mana-

mana tarikh lawatan yang telah ditetapkan oleh

Jabatan.

6.1.2 Sekiranya PB membatalkan lawatan setelah PPL

hadir di premis latihan, PPL hendaklah memberi

keputusan Belum Terampil kepada pelatih. PPL

layak membuat tuntutan pada hari berkenaan

sahaja. PPL boleh menasihati PB untuk

mengemukakan permohonan ulang nilai bagi

pelatih tersebut.

6.1.3 Semasa sesi Penentusahan Luaran PPL

hendaklah:

i. berada di lokasi yang ditugaskan

sepanjang masa;

ii. memastikan Penentusahan Luaran

dijalankan di premis latihan yang

Page 9: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

9

ditauliahkan atau yang dibenarkan oleh

Jabatan;

iii. memastikan semua personel

pentauliahan hadir; dan

iv. merujuk kepada jadual dilampiran 5

sekiranya berdepan dengan isu-isu

pelaksanaan.

v. walaubagaimanapun PPL perlu

menghubungi Jabatan bagi isu-isu

yang tidak tersenarai dalam jadual

dilampiran 5 tersebut.

6.2 SEBELUM LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN

6.2.1 Menerima surat penugasan dan jadual lawatan

dari Jabatan secara atas talian yang

mengandungi perkara seperti berikut:

i. maklumat Pusat Bertauliah;

ii. pegawai bertanggungjawab;

iii. maklumat program;

iv. maklumat PPL;

v. masa dan tarikh lawatan;

vi. jenis Penentusahan Luaran;

vii. senarai kumpulan dan nama pelatih

yang akan di dinilai.

Page 10: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

10

6.2.2 Muat turun dokumen berikut melalui portal

Jabatan:

i. Borang tuntutan elaun perjalanan

dalam negeri;

ii. Borang tuntutan bayaran penilaian

verifikasi;

iii. Senarai semak tuntutan elaun

perjalanan dalam negeri dan bayaran

penilaian verifikasi;

6.2.3 Membuat persedian awal dengan memahami

keperluan NOSS dan peraturan yang

berkuatkuasa di bawah SPKM-SLaPB.

6.2.4 Urusan perjalanan dan penginapan sepanjang

tempoh penugasan hendaklah diuruskan sendiri

oleh PPL.

6.3 SEMASA LAWATAN PENENTUSAHAN LUARAN

6.3.1 Hadir di PB sekurang-kurangnya 15 minit sebelum

masa yang telah ditetapkan.

6.3.2 Hendaklah sentiasa berada di lokasi yang

ditugaskan sepanjang masa.

6.3.3 Memantau dan merekodkan segala penemuan

terutama perkara-perkara yang bertentangan

dengan peraturan dalam SLaPB.

Page 11: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

11

6.3.4 Melaksanakan mesyuarat pembukaan bersama

semua

personel pentauliahan selama 15 minit yang

diketuai oleh PPL.

6.3.5 Agenda Mesyuarat adalah:

i. Menerangkan tujuan Penentusahan Luaran

kepada PB;

ii. Mendapatkan jadual aktiviti bagi

keseluruhan tempoh Penentusahan Luaran

daripada PB;

iii. Menyemak penambahbaikkan yang telah

diambil oleh PB daripada hasil laporan PPL

yang lalu sekiranya ada;

iv. Menyemak minit mesyuarat Panel Penilaian

Pusat Bertauliah (PPPB) dan Jawatankuasa

Penasihat Teknikal (TAC);

v. Menyemak carta organisasi personel

pentauliahan terkini dan kelayakan

personel pentauliahan berdasarkan

Pengiktirafan Personel Kelayakan Sebagai

Personel Pentauliahan (PKSPP);

vi. Menyemak dan mengesahkan senarai

pelatih yang akan ditentusahkan.

Page 12: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

12

6.3.6 PPL hendaklah:

i. Mendapatkan 2 set soalan penilaian daripada

PB.

ii. Menyemak bilangan soalan dan memastikan

soalan mencakupi tahap kesukaran serta

memenuhi keperluan NOSS.

iii. Memilih set soalan yang akan digunakan

untuk penilaian teori dan prestasi.

iv. Memastikan kemudahan dan peralatan latihan

berfungsi dan mencukupi mengikut nisbah

pelatih.

v. Semakan RBP (Portfolio)

a. Menemuduga pelatih semasa

pengesahan RBP (portfolio).

b. Menyemak RBP (portfolio) bagi setiap

pelatih untuk semua Unit Kompetensi

(CU) yang melibatkan bukti-bukti

keterampilan kerja kursus penilaian

pengetahuan dan prestasi.

c. Menyemak bukti-bukti keterampilan

Core Abilities.

d. Menyemak dan mengesahkan

pendaftaran pelatih, RBP (portfolio)

pelatih dan menandatangani setiap

helaian RPK.

Page 13: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

13

vi. Penilaian Akhir

a. Memastikan hanya pelatih yang telah

lulus kerja kursus sahaja dibenarkan

menduduki penilaian akhir.

b. Memeriksa kad pengenalan

/pengenalan diri pelatih dan

mengesahkan kehadiran pelatih.

c. PPL memberi taklimat ringkas

mengenai perjalanan penilaian akhir

kepada semua pelatih.

d. Mengisi keputusan secara atas talian

setelah selesai penilaian akhir.

vii. Menyemak dan mengesahkan projek akhir

dan buku log latihan industri (bagi tahap 4

dan 5).

viii. Mengesahkan keterampilan pelatih secara

atas talian dalam tempoh penugasan yang

telah ditetapkan.

ix. Mengadakan mesyuarat penutup bersama

semua personel pentauliahan PB yang terlibat

serta memaklumkan penemuan, teguran dan

penambahbaikan yang dicadangkan seperti

mana yang dilaporkan kepada Jabatan.

6.3.7 Laporan Penentusahan Luaran

Adalah dokumen penting bagi Jabatan dalam

mendapatkan maklumat yang tepat mengenai

pelaksanaan latihan dan penilaian di PB.

Page 14: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

14

Dokumen ini menjadi asas kepada tindakan-

tindakan susulan yang perlu dibuat oleh PB. PPL

hendaklah:

i. menyediakan laporan secara atas talian;

ii. menyediakan laporan yang tepat, jelas,

terperinci dan penuh tanggungjawab;dan

iii. menghantar laporan Penentusahan Luaran

secara atas talian dalam tempoh tiga (3)

hari dari tarikh akhir penugasan.

iv. Satu Salinan laporan perlulah diberikan

kepada PB.

7.0 CARTA ALIR LAWATAN PPL

** Sila rujuk lampiran 1, 2 dan 3

8.0 REKOD PENILAIAN KUMULATIF-RPK (CUMULATIVE

ASSESSMENT RECORD – CAR)

** Sila rujuk Lampiran 4

9.0 ETIKA KERJA PPL

Sepanjang tempoh lantikan dan melaksanakan tugasan, PPL

hendaklah mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan seperti

berikut:

9.1 Menepati masa;

9.2 Menjaga imej Jabatan dan tidak mengeluarkan

kenyataan umum bercanggah dengan polisi dan boleh

menjejaskan imej Jabatan dan Kerajaan;

Page 15: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

15

9.3 Menyimpan kerahsiaan segala maklumat berkaitan PB,

penilaian, keputusan penilaian dan syor yang telah

dibuat seperti yang tertakluk di bawah Akta Rahsia

Rasmi 1972;

9.4 Memakai pakaian formal Memakai pakaian formal dan

Kemas bersesuaian. [Contoh: berkemeja, berseluar

panjang dan berkasut. Rambut pendek (bagi lelaki) dan

kemas];

9.5 Menjaga tingkah laku, kelakuan serta menggunakan

bahasa yang sopan semasa berkomunikasi;

9.6 Melaksanakan tugasan dengan telus, terbuka, adil dan

saksama tanpa melengah-lengahkan proses penilaian

tanpa sebab;

9.7 Mempunyai kepentingan peribadi atau mempengaruhi

bagi tujuan yang salah;

9.8 Memastikan memberi maklumat yang tepat berkaitan

Jabatan kepada mana-mana pihak;

9.9 Memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada

Jabatan sepanjang tempoh lantikan dan tugasan

dilaksanakan;

9.10 Tidak mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai

sebarang kaitan dengan PB;

9.11 Tidak boleh mempromosikan bahan latihan (WIM dan

sebagainya) dan menawarkan perkhidmatan

professional yang berkaitan dengan SPKM semasa

melaksanakan tugas sebagai PPL;

Page 16: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

16

9.12 Tidak meminta atau menerima sebarang bayaran atau

imbuhan dalam apa-apa bentuk daripada PB bagi tujuan

mempengaruhi keputusan yang dibuat;

9.13 Tidak mengambil sebarang dokumen atau kurikulum

latihan PLK/PB sama ada dalam bentuk hardcopy /

softcopy;

9.14 Tidak menghina pelatih atau menjatuhkan maruah

pelatih;

9.15 Membuat laporan palsu terhadap pelatih atau PB

kepada pihak JPK;

9.16 Tidak mengemukakan sebarang dokumen dan tuntutan

palsu kepada Jabatan;

9.17 Tidak menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan

tugasan yang diberikan;

9.18 Tidak boleh merokok semasa bertugas;

9.19 Menjaga keselamatan peribadi dan persekitaran

sepanjang peperiksaan.

10.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DAN BAYARAN

ELAUN PAKAR

PPL adalah layak untuk membuat Tuntutan Elaun Perjalanan

dan tuntutan Bayaran Panel Pakar bagi setiap penugasan.

Semua tuntutan perjalanan dalam bulan yang sama

hendaklah dituntut di dalam satu (1) borang sahaja dan

dikemukakan kepada Jabatan selewat-lewatnya sebelum 5hb

bulan berikutnya. Kegagalan mengemukakan tuntutan dalam

masa yang ditetapkan boleh menyebabkan tuntutan tidak

dibayar.

Page 17: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

17

10.1 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN

Elaun-elaun yang layak dituntut adalah seperti berikut:-

i. Elaun Perjalanan

Untuk semua perjalanan bagi tugas-tugas rasmi

PPL seperti lawatan penilaian PB atau menghadiri

mesyuarat serta urusan rasmi yang lain.

ii. Elaun Penginapan (Hotel/Lojing)

Untuk bayaran hotel atau lojing jika tugas yang

dilakukan memerlukan PPL bermalam di kawasan

yang ditugaskan.

iii. Elaun Makan atau Elaun Harian

10.2 BAYARAN ELAUN PAKAR

Bayaran yang layak dituntut adalah seperti berikut:

i. Maksimum RM200/hari; atau

ii. RM 25.00/jam

** Semua tuntutan adalah mengikut kadar yang diluluskan

PERBENDAHARAAN

**Sila rujuk garis panduan tuntutan perjalanan dan tuntutan verifikasi

Luaran 2014 (JABATAN/700/74(13))

11.0 DOKUMEN TUNTUTAN

Dokumen tuntutan elaun hendaklah dikemukakan beserta

maklumat berikut:

Page 18: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

18

a. Tuntutan elaun perjalanan

i. Borang Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan

Dalam Negeri;

ii. Satu (1) salinan surat tugasan lawatan dari

Jabatan beserta jadual tugasan;

iii. Slip pengesahan penghantaran laporan

Penentusahan Luaran;

iv. Salinan Kad Pengenalan;

v. Salinan buku bank atau penyata bank;

vi. Salinan penyata touch n go;

vii. Salinan penyata gaji;

viii. Surat Akuan Pengesahan untuk pesara/bekerja

sendiri - borang pengesahan pendapatan;

ix. Resit atau dokumen sokongan tuntutan;

x. Borang tuntutan perlu lengkap dan

ditandatangani.

b. Tuntutan bayaran Panel Pakar Industri

i. Borang Tuntutan Pakar Indstri bagi;

ii. Satu (1) salinan surat tugasan lawatan

Penentusahan Luaran PPL dari Jabatan beserta

jadual tugasan;

iii. Salinan Kad Pengenalan;

iv. Slip pengesahan penghantaran laporan

Penentusahan Luaran;

v. Salinan buku bank atau penyata bank;

Page 19: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

19

vi. Salinan penyata gaji; dan Surat Akuan

Pengesahan untuk pesara/bekerja sendiri-

borang pengesahan pendapatan.

c. Tuntutan perlu dihantar ke:

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA

ARAS 7-8, BLOK D4, KOMPLEKS D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN

62530 PUTRAJAYA

W.P PUTRAJAYA

(u/p: Bahagian MOSQ)

NO.TEL: 03-8886 5589

NO. FAX: 03-8889 2430

Page 20: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

20

Lampiran 1

Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 1

MULA

MESYUARAT PEMBUKAAN

SEMAK RBP (PORTFOLIO PELATIH)

ISI BORANG T1003 SECARA ATAS

TALIAN

SEDIAKAN LAPORAN PPL SECARA

ATAS TALIAN

TAMAT

1. Menemuduga pelatih.

2. semak RBP bagi semua CU yang

terlibat.

3. semak bukti keterampilan Core

Abilities .4. Semak dan sahkan pendaftaran

pelatih.

5. Tandatangan setiap helaian RPK.

Page 21: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

21

Lampiran 2

Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 2 dan Tahap 3

MULA

MESYUARAT PEMBUKAAN

SEMAK RBP

(PORTFOLIO PELATIH)

ISI BORANG T1003 SECARA

ATAS TALIAN

TAMAT

LULUS

PEPERIKSAAN AKHIR

SEDIAKAN LAPORAN PPL

SECARA ATAS TALIAN

GAGAL

1. Menemuduga pelatih.

2. semak RBP bagi semua CU yang

terlibat.

3. semak bukti keterampilan Core

Abilities.

4. Semak dan sahkan pendaftaran

pelatih.

5. Tandatangan setiap helaian RPK.

Page 22: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

22

Lampiran 3

Carta Alir Proses Penentusahan Luaran Tahap 4 dan Tahap 5

MULA

MESYUARAT PEMBUKAAN

SEMAK RBP

(PORTFOLIO PELATIH)

PEPERIKSAAN AKHIR

ISI BORANG T1003 SECARA

ATAS TALIAN

TAMAT

GAGAL

GAGAL

GAGAL

LULUS

Verifikasi 1 dan verifikasi 2

adalah samaada semakan

projek akhir atau buku log

latihan industri.

VERIFIKASI 1

VERIFIKASI 2

SEDIAKAN LAPORAN PPL

SECARA ATAS TALIAN

LULUS

LULUS

LULUS

1. Menemuduga pelatih.

2. semak RBP bagi semua CU yang

terlibat.

3. semak bukti keterampilan Core

Abilities.

4. Semak dan sahkan pendaftaran

pelatih.

5. Tandatangan setiap helaian RPK.

GAGAL

Page 23: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

23

Lampiran 4

Rekod Penilaian Kumulatif (RPK)

Page 24: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

24

Lampiran 5: Isu Semasa Pelaksanaan Verifikasi PPL Dan Cadangan Tindakan

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Beri Nasihat

Amaran

TeruskanSesi penilaian

Hentikan /tangguhsesi verifikasi

Laporkan (atastalian)

Tangguh Penilaian

Belum Terampil

1. Mesyuarat Pembukaan

Tiada Minit Mesyuarat TAC

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara

6.1

X X X

Tiada Minit Mesyuarat PPPB

X X X

Tiada Laporan PPL terdahulu

X X X

2. Jadual aktiviti Sesi Verifikasi

tiada Amalan terbaik X X

3. 1.Surat lantikan personel

tiada Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan

X X

Page 25: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

25

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Kemahiran Malaysia 2012 - perkara

4.6

2.Surat perakuan PPKSPP atau Salinan bukti permohonan. Kelayakan (sijil-sijil yang berkaitan)

Tiada Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara

6.1 (xi)

X X

3.Surat lantikan bagi pengawas pemeriksa

tiada Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.8

X X

4 Senarai pelatih untuk verifikasi

Senarai pelatih untuk diverifikasi di PB tidak sama dengan senarai pelatih disurat penugasan JPK

Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.1 X*

X* Hanya menilai pelatih mengikut senarai dalam surat penugasan JPK

Page 26: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

26

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

5. Soalan Tidak menyediakan 2 set soalan

Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.6 X X

i. Meneruskan penilaian dengan soalan sedia ada tanpa sebarang pindaan.

ii. PB perlu mengikuti klinik pembangunan soalan.

Set soalan tidak disahkan oleh TAC

Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.5 b

X X

Tidak mencakupi keperluan NOSS

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.5 b.

X X X

Tidak menyediakan JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara 4.4.3 /4.7.3

X X X

6. Peralatan Tidak mencukupi Tidak berfungsi

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah

X X X

PB perlu mendapatkan kebenaran JPK untuk perlanjutan tempoh penilaian.

Page 27: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

27

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012. - perkara

4.5

7. Portfolio Tidak lengkap.

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.4.5

X X X

Tidak mencapai markah minimum.

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.4.2

X X X

Pelaksanaan Sistem Penilaian - Perkara

4.4.5

X X X

Portfolio hilang.

X X X

Page 28: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

28

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

8 RPK Tidak disahkan oleh PP & PPD.

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara

4.6.2.1

X X X X

RPK tidak dipisahkan daripada portfolio pelatih.

Tarikh penilaian berterusan terakhir bagi setiap CU samada KA atau PA hendaklah sama seperti di RPK

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara

4.6.2.1

X

PB hendaklah untuk memastikan tarikh pada RPK dilengkapkan

Borang RPK ditandatangani oleh beberapa

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat

X

i. Semak surat lantikan daripada

Page 29: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

29

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

personel yang berbeza-beza.

Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara

6.1 (d)

PB. ii. Semak

kelayakan personel berkenaan.

iii. Semak bukti yang menunjukkan personel berkenaan bertugas di PB tersebut.

9 Personel Pentauliahan

Tidak hadir tanpa sebab

Pelaksanaan Sistem Penilaian - Perkara

4.7.1 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara

10.4

X X X

10

Pelatih Tidak hadir semasa verifikasi tanpa sebab yang munasabah.

Pelaksanaan Sistem Penilaian – - Perkara

4.7.3

Panduan

X

Untuk pelatih yang berkenaan sahaja

Page 30: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

30

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara

10.4

Kedatangan tidak mencukupi 80%.

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara

5.2

X

Meniru, menipu, memberi tiru dan menyamar semasa penilaian.

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.7.3

X X

Tidak membawa dokumen pengenalan diri.

X* X

X*Tidak dibenarkan menjalani penilaian bagi pelatih yang

Page 31: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

31

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Tidak mematuhi etika berpakaian.

X* X

berkenaan sahaja

Lewat hadir lebih 15 minit tanpa sebab.

X* X

11 Lokasi Penilaian Lokasi penilaian berbeza dengan surat penugasan

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - perkara

6.1 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier - perkara

10.4

X X X

Page 32: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

32

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

12 Core Abilities Tiada mapping Abilities vs CU/Modul program NOSS.

Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara

5.4.3

X X X

Pelatih tidak dibenarkan menduduki Penilaian akhir. Kerja kursus belum lulus

Tidak semua Abilities dinilai.

X X X

Tidak melaksanakan dari tahap terendah.

Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara

5.1.2

X X X

Tidak mencapai markah lulus teori 60% setiap CA

Panduan Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara

5.5.1.5

X X X

Tidak mencapai skala 3 bagi setiap CA

6.Pelaksanaan Kebolehan teras z-009 :2015 - perkara

5.5.2.4

X X X

Page 33: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

33

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

13 Projek akhir Tidakmenca

pai 25%

daripada

kandungan

NOSS.

Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012 - Perkara

7.1(i)

X X

Lebih

daripada 3

orang dalam

satu

kumpulan

tanpa

kebenaran.

Pelaksanaan Sistem Penilaian - perkara

4.5

X X

14 Latihan Industri (LI)

Kehadiran tidak mencukupi 80%

Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia

X X

LI bukan mengikut program

X X

Page 34: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

34

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

2015. Manual Latihan Industri - perkara

12.2 (b)

Tiada tandatangan penyelia di buku log.

Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 - perkara

2.1 Manual Latihan Industri - perkara

5 & 7

X X

Tiada laporan LI

Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 Manual Latihan

X X

Page 35: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

35

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

Industri - perkara

10.5

15 Tempoh latihan Tempoh latihan tidak mencukupi.

Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2015 - perkara

5.2 Panduan Pelaksanaan & Syarat Tauliah Single tier – perkara

6.0

X X X

PB untuk memastikan tempoh latihan dipenuhi.

PB mengambil kira tempoh OJT termasuk dalam tempoh latihan.

X X X

Page 36: HANDBOOK PANEL PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) … filekepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) berkenaan dengan tugas, tanggungjawab dan etika PPL ketika melaksanakan tugasan dibawah Sistem

36

Bil

Perkara Penemuan Pelanggaran Peraturan

Cadangan Tindakan Keputusan Penilaian

Catatan

16.

Halangan dalam melaksanakanTugas

Tidak dibenarkan memasuki premis.

i. PPL hendaklah menghubungi JPK untuk melaporkan kepada JPK serta merta dan meninggalkan premis penilaian.

ii.PPL boleh mengemukakan tuntutan perjalanan pergi dan balik pada hari pertama sahaja