hariaty binti hamid - fp.utm.my · persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan teknik yang...
TRANSCRIPT
MENGENALPASTI TAHAP KESAKITAN DI JARI ATLET MEMANAH
AKIBAT GESERAN TALI
HARIATY BINTI HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Nama Penulis : HARIATY BINTI HAMID
Tarikh Lahir : 29 MEI 1983
Judul : MENGENALPASTI TAHAP KESAKITAN DI JARI ATLET AKIBAT GESERAN TALI
Sesi Pengajian : 2007/2008
Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
Disahkan oleh:
_________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
830529-03-5258 PN. ASHA HASNIMY BT. MOHD HASHIM
(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)
Tarikh : April 2008 Tarikh : April 2008
�
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : _______________________________________
Nama Penyelia : PUAN ASHA HASNIMY BT. MOHD HASHIM
Tarikh : APRIL 2008
ii
MENGENALPASTI TAHAP KESAKITAN DI JARI ATLET MEMANAH
AKIBAT GESERAN TALI
HARIATY BINTI HAMID
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”
Tandatangan : ____________________________________
Nama Pelajar : HARIATY BINTI HAMID
Tarikh : APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Buat suami yang tercinta…
Terima Kasih kerana selama ini menjadi tulang belakangku,
Sokongan dan doronganmu tanpa henti,
Menguatkan semangatku untuk terus berada di sini,
Berdiri di sini sehingga saat ini menjadi seorang yang tabah,
Walaupun pada suatu saat dulu aku hampir-hampir tersungkur rebah.
Ibu & Ayah…
Sebelum dinihari menjenguk wajah,
Kau terlebih dahulu basah tanpa panas sang mentari,
Keringat lelahmu inilah yang membuatkan aku berada di mercu ini,
Akan kubayar jerih perihmu dengan segala ilmu yang kutimba ini.
Ibu…Ayah pengorbananmu yang dicurahkkan pada
Kami adik beradik besar maknanya,
Kami diasuh, kami dididik tanpa kenal erti penat dan jemu,
Terima Kasih Ibu…Terima Kasih Ayah,
Abang-abang dan Kakak-kakakku,
Moga saat-saat terindah kita bersama,
Sentiasa di kenang.
Teman-teman seperjuagan…
Terima Kasih kerana sudi berdiskusi bersamaku,
Menjalani hidup sebagai warga kampus,
Menjadi teman menyiapkan kertas kerja,
Tanpa mu teman-teman,
Semua ini tak bermakna,
Moga tahun-tahun kita berkampung di sini,
Sentiasa menjadi memori manis yang terpahat,
Di hati kalian, dulu kini dan selamanya...
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya memberi kekuatan dan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim
selaku pensyarah penyelia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan
bimbingan dalam menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Tidak lupa juga
kepada En. Abd. Rahman, selaku jurulatih Persatuan Memanah Negeri Johor. Segala
jasa dan pengorbanan dalam penyediaan subjek tidak saya lupakan.
Jutaan terima kasih turut ditujukan kepada suami tercinta yang telah
memberikan sepenuh komitmen, berkongsi idea dan pendapat dalam proses menyiapkan
kajian ini. Penghargaan seterusnya ditujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga.
Tanpa jasa dan pengorbanan serta bimbingan mereka, amat sukar bagi saya meneruskan
perjuangan sebagai seorang pelajar.
Akhir sekali kepada rakan seperjuangan yang sama-sama berkongsi dan
bertukar-tukar pendapat bagi melengkapkan kajian ini. Seterusnya, saya juga ingin
mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan kajian ini dengan jayanya.
Kemungkinan tanpa sokongan dan komitmen penghasilan kajian ini tidak sempurna.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti tahap kesakitan di jari
atlet memanah akibat geseran tali. Seramai tiga orang atlet berusia 19 tahun yang
menggunakan Recurve Bow terlibat dalam kajian ini. Tahap kesakitan akan
dikenalpasti setiap kali pelepasan anak panah dilakukan dengan menggunakan
Perceived Scale mengikut kesesuaian. Tahap kesakitan akan dicatatkan mengikut
kategori kumpulan lepasan anak panah dan jarak lepasan anak panah iaitu 30 meter, 50
meter dan 70 meter. Data dianalisa menggunakan Microsoft Office Excel. Hasil kajian
mendapati terdapat perbezaan tahap kesakitan di antara kumpulan lepasan anak panah.
Kumpulan lepasan ke 25 hingga ke 30 berjumlah 38.89% bagi keseluruhan jarak
mempunyai tahap kesakitan yang tinggi berbanding kumpulan lepasan yang lain
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor keletihan, faktor
persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan teknik yang betul semasa fasa tarikan
dan fasa lepasan yang menyebabkan geseran berlaku.
vii
ABSTRACT
The main objective of this research was to identify the pain level of archers’
fingers which is caused by the friction of the bow string. The respondents of this study
were three subjects aged 19 years old athletes who are using the Recurve Bow. The
researcher identified the pain level of each athlete every time they release a bow by
using the Perceived Scale accordingly. The pain level was recorded according to the
group of bow released and distance which are 30 meter, 50 meter and 70 meter. The
data were analyzed by using Microsoft Excel. The results showed that there are
differences in pain level between each of the group. However 25th till 30th released
group showed the highest pain level which was 38.89% compared to other groups. This
may caused by a few factors such as tiredness, environmental factor, improper body
posture and technique of pulling and releasing the bow string.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
HALAMAN KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Batasan Kajian 6
ix
1.9 Definisi Istilah 6
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 ‘Perceived Scale’ 8
2.3 Geseran Tali 10
2.4 Kecederaan blister pada sukan lain 11
2.5 Kesan kecederaan blister 12
2.6 Kajian Berkaitan 13
2.7 Penutup 16
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Populasi dan Persampelan 18
3.4 Instrumen Kajian 18
3.5 Lokasi Kajian 18
3.6 Prosedur Kajian 19
3.6.1 Pemilihan Responden 19
3.6.2 Penyerahan Borang Perlantikan 19
3.6.3 Taklimat Kajian 19
3.6.4 Soal Selidik 19
3.6.5 Analisa 20
3.7 Penutup 20
x
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 21
4.2 Maklumat Diri Responden 22
4.3 Aspek Am, latihan, teknikal, kecederaan 24
4.4 Skala Likert (Tahap Kesakitan) 32
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 37
5.2 Perbincangan 37
5.3 Rumusan 39
5.4 Cadangan 40
5.5 Penutup 41
RUJUKAN 42
Lampiran A-C 45-51
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data analisis mengikut bahagian dalam soal selidik 21
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan peratusan responden mengikut jantina 22
4.2 Taburan peratusan responden mengikut berat 22
4.3 Taburan peratusan responden mengikut tinggi 23
4.4 Taburan peratusan pengalaman menceburi sukan memanah 24
4.5 Taburan peratusan latihan dalam tempoh seminggu 24
4.6 Taburan peratusan mengikut jumlah jam latihan dalam tempoh 25
1 hari
4.7 Taburan peratusan mengikut jumlah jam latihan dalam tempoh 26
seminggu
4.8 Taburan peratusan mengikut jenis bow yang digunakan 26
4.9 Taburan peratusan mengikut panjang tarikan 27
4.10 Taburan peratusan mengikut berat foundage bow yang digunakan 28
4.11 Taburan peratusan yang mengalami kecederaan blister 28
4.12 Taburan peratusan bila berlakunya blister 29
4.13 Taburan peratusan tempoh untuk sembuh 30
4.14 Taburan peratusan kaedah rawatan 30
4.15 Taburan peratusan cara mengurangkan blister 31
4.16 Tahap kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 30 meter 32
xiii
4.17 Tahap kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 50 meter 33
4.18 Tahap kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 70 meter 34
4.19 Perbandingan tahap kesakitan mengikut jarak 35
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Perlantikan 45
B Surat Perjanjian 46
C Borang Soal Selidik 47
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa ini sukan memanah amat popular berbanding dahulu kerana ia
diketengahkan di dalam pelbagai temasya sukan. Pelbagai kemahiran dan teknik yang
terdapat di dalam sukan memanah ini masih dikekalkan. Sukan ini adalah merupakan
sukan yang dipertandingkan pada peringkat Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan
Olimpik.
Mengikut sejarah, aktiviti memanah digunakan untuk memburu dan
pertempuran kerana ianya mempunyai unsur ketepatan yang lebih tinggi. Di Afrika,
lebih kurang 50,000 tahun sebelum Masihi, ibu panah dan anak panah dicipta daripada
batu manakala menurut Graeve (2007), hasil kajian ahli arkeologi menunjukkan ibu
panah dan anak panah wujud lebih kurang 20,000 tahun yang lalu. Ibu panah
merupakan salah satu peralatan yang dibina oleh manusia yang mana ianya dapat
memberi faedah kepada manusia. Prinsipnya adalah sama, di mana pemanah
memindahkan tenaga otot kepada bebanan ibu panah dengan bantuan tarikan dan
kemudiannya, tali dari ibu panah dipindahkan dalam bentuk kuasa kepada anak panah
sekaligus memberikan kelajuan yang maksimum. Impak anak panah memberi kesan
kepada sasaran dan musuh.
2
Ibu panah (busur) merupakan salah satu senjata atau peralatan yang popular
semasa peperangan pada beribu-ribu tahun yang lalu. Pada 5,000 sebelum Masihi,
orang Egypt menggunakan ibu panah (busur) untuk melawan orang Parsi. Mengikut
sejarah, kemahiran memanah adalah aset yang berharga untuk kerajaan dan menjadi
contoh sewaktu pemerintahan James II, Raja England yang menyatakan kemahiran bola
sepak dan sukan golf memerlukan masa yang lama berbanding dengan sukan memanah
(Graeve, 2007).
Sukan memanah mempunyai sejarah yang agak lama. Ia merupakan salah satu
acara Sukan Olimpik pada tahun 1904, 1908 dan 1920. Federation International
Archery (FITA) ditubuhkan pada tahun 1931 dan Kejohanan Dunia pertama juga
dianjurkan pada tahun tersebut. Pada tahun 1940-an sukan memanah antarabangsa
mula berkembang. Sasaran sukan itu bermula semula pada tahun 1972 sebagai salah
satu acara Sukan Olimpik. Sukan ini boleh dilatih dalam pelbagai cara tetapi selain
target archery, gaya yang sering digunakan ialah Field Archery dan 3-D Archery
(Graeve, 2007).
Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik yang memerlukan kekuatan
dan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian
otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya mempunyai prestasi yang tinggi
dalam keupayaan memanah ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3
fasa dalam acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan pandangan
(sighting).
Kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat dielakkan
sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu
panah (busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya
dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat, patah, lebam, benjol,
bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur,
keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa
3
aktiviti memanah dilakukan. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap
kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali dan membuat perbandingan tahap
kesakitan di antara lepasan anak panah yang dilakukan.
Kecederaan blister atau bulla merupakan satu kecederaan yang mempengaruhi
prestasi seseorang atlet. Apabila bahagian epidermis pada kulit memisahkan bahagian
dermis, pengumpulan limfa dengan bendalir dalam badan terkumpul pada bahagian atas
manakala lapisan kulit bawah mula tumbuh. Blister berlaku akibat kecederaan fizikal
atau secara kimia. Sebagai contoh kecederaan secara kimia ialah reaksi alergi manakala
kecederaan yang secara fizikal adalah disebabkan oleh bahang, reput (fros) atau ibun
(frostbite) ataupun berlakunya pergeseran. Kecederaan blister yang berlaku disebabkan
oleh geseran dari tali, kasut dan pakaian. Kebiasaanya, kecederaan ini berlaku
disebabkan oleh pergeseran yang berulangkali pada kulit. Kecederaan blister sering
berlaku kepada ahli sukan, terutamanya atlet memanah. Ini disebabkan oleh pergeseran
tali semasa fasa pelepasan anak panah yang mengenai jari atlet. Selain itu juga, atlet
marathon dan penjalan kaki cenderung mendapat kecederaan blister.
1.2 Latar Belakang Kajian
Perkembangan sukan memanah di negara ini boleh dibanggakan dan semakin
berkembang dengan meluas. Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia banyak
menganjurkan kejohanan yang bertaraf antarabangsa bagi menaikkan mutu dan
martabat sukan negara. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti tahap
kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran dan membuat perbandingan di antara
kumpulan lepasan yang dilakukan sekaligus untuk mengurangkan kecederaan blister di
jari atlet. Kajian ini adalah kesinambungan dari Program Kem Elit SUKMA Johor 2008
yang diadakan Universiti Teknologi Malaysia pada 29-31 Januari 2007 mengadu sering
mengalami kecederaan blister di jari mereka. Berdasarkan tinjauan yang dibuat,
majoriti atlet mengalami blister semasa latihan memanah.
4
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengenalpasti tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali.
1.3.2 Membuat perbandingan tahap kesakitan di jari atlet di antara kumpulan lepasan
anak panah.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali yang
mendorong berlakunya kecederaan blister semasa melepaskan anak panah?
1.4.2 Apakah perbandingan tahap kesakitan di jari atlet di antara kumpulan lepasan
anak panah?
1.5 Skop Kajian
Dalam kajian ini, skop kajian tertumpu kepada 3 orang atlet memanah yang
mewakili Johor untuk pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 di Terengganu.
5
1.6 Hipotesis Kajian
Ho Tidak terdapat perbezaan terhadap tahap kesakitan di jari atlet memanah
mengikut kumpulan lepasan anak panah.
Ha Terdapat perbezaan terhadap tahap kesakitan di jari atlet memanah mengikut
kumpulan lepasan anak panah.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi memberi panduan dan kepentingan kepada beberapa
pihak. Contohnya kepada Majlis Sukan Negeri, jurulatih dan sekaligus impak yang
besar kepada atlet memanah. Antara kepentingan adalah seperti berikut:
1.7.1 Majlis Sukan Negeri
Mengurangkan kos rawatan dan latihan. Selain itu juga dapat merangka
program yang sesuai bagi membantu mengurangkan kadar kecederaan blister pada atlet.
1.7.2 Jurulatih
Membantu jurulatih dalam merancang program yang sesuai semasa latihan bagi
membantu mengelakkan kecederaan blister pada atlet.
1.7.3 Atlet Memanah
1.7.3.1 Membantu atlet mengekalkan postur dan kedudukan yang betul ketika proses
melepaskan anak panah.
6
1.7.3.2 Mengurangkan masalah kecederaan blister yang berlaku pada atlet ketika
melepaskan anak panah.
1.8 Batasan Kajian
1.8.1 Batasan kajian ini adalah mengenalpasti tahap kesakitan responden akibat
geseran tali tanpa berlakunya kecederaan blister.
1.8.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada 3 orang atlet sahaja, iaitu seorang responden
lelaki manakala dua orang responden perempuan.
1.8.3 Ianya juga mengambil kira jarak ketika melakukan lepasan anak panah. Antara
jarak yang diukur adalah 30 meter, 50 meter dan 70 meter.
1.8.4 Atlet SUKMA Johor sahaja.
1.9 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam bagi memudahkan pembaca
memahami dan membuat rujukan terhadap istilah yang digunakan dalam penyelidikan
ini sebagai rujukan. Berikut adalah beberapa istilah- istilah yang digunakan adalah:
1.9.1 Blister/ Bulla
Kulit yang melecur kerana pergeseran dengan tali semasa pelepasan anak panah.
1.9.2 Bow
Ibu panah yang digunakan dalam sukan memanah.
7
1.9.3 Recurve Bow
Jenis atau kategori busur yang terdapat dalam sukan memanah kerana bentuk
anatomi busur yang berbeza.
1.9.4 Drawing (Panjang Tarikan)
Jarak atau panjang tarikan bermula dari hujung point anak panah sehingga pada
knock yang diletakkan semasa tarikan dilakukan.
1.9.5 Knock
Aksesori yang di lekatkan pada hujung belakang anak panah.
1.9.6 Standard FITA Bow
Busur yang asas dan digunakan oleh pemanah yang baru menceburkan diri
dalam sukan memanah.
1.9.7 Federation International Archery (FITA)
Badan induk sukan memanah dunia yang mengawal segala perjalanan aktiviti
sukan memanah.
1.9.8 Perceived Scale
Cara yang digunakan untuk mengukur tahap kesakitan.
1.9.9 Perceived Effort Rating Scale
Alat digunakan untuk mengetahui kadar atau tahap seseorang mengikut persepsi
psikologikal berdasarkan skala nombor yang telah ditetapkan.
1.9.10 Borg Perceived Exertion Scale
Cara untuk mengenalpasti tahap kesakitan mengikut apa yang dirasai oleh
seseorang.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini dapat membincangkan mengenai beberapa kajian berkaitan yang telah
dijalankan bagi kecederaan blister pada sukan lain dan kesan kecederaan blister
terhadap atlet sukan memanah. Bab ini juga dapat membantu penyelidik sebagai
sumber rujukan dan memberi idea serta halatuju. Seseorang atlet perlu memahami
jenis- jenis kecederaan dalam sukan memanah. Oleh itu adalah penting bagi atlet
mengkaji semula bagaimana teknik pergerakan yang biasa dan betul dilakukan oleh
atlet sukan memanah.
2.2 ‘Perceived Scale’
Skala likert yang digunakan untuk menganalisa data adalah diubahsuai daripada
Perceived Scale. Perceived scale adalah salah satu cara yang digunakan bagi
mengenalpasti tahap persepsi atau kesakitan mengikut apa yang individu feel (merasa).
Kebiasaannya Perceived Effort Rating Scale (RPE) sangat popular digunakan kerana
melalui pendekatan ini, seseorang dapat mengetahui kadar atau tahap seseorang
mengikut persepsi psikologikal yang dapat diukur melalui skala nombor yang telah
ditetapkan (McArdle, et al. 2000).
9
Selain itu juga, Rating of Perceived Exertion (RPE) digunakan secara meluas di
serata dunia. Skala ini diperkenalkan oleh Borg (1998) dan penggunaannya secara
meluas di dalam bidang professional seperti bidang perubatan, latihan fisiologi,
kardiologi dan bidang sukan.
Borg Perceived Exertion Scale adalah digunakan untuk mengenalpasti
bagaimana sesuatu latihan yang dilakukan mengikut tahap yang dirasai sama ada ianya
berintensiti tinggi atau rendah. Jika seseorang individu melakukan latihan di bawah
skala 12, jurulatih hendaklah menaikkan kadar latihan kepada kadar latihan berintensiti
tinggi. Skala ini digunakan di dalam aktiviti seperti berjalan, lumba basikal, renang dan
sebagainya.
Borg (1998) menyatakan bahawa Borg Rating of Perceived Exertion merupakan
salah satu kaedah untuk menentukan intensiti dalam aktiviti fizikal. Perceived Exertion
adalah cara untuk mengenalpasti apa yang dirasai oleh tubuh manusia ketika bekerja
atau melakukan sesuatu aktiviti. Ianya diukur semasa melakukan aktiviti fizikal
termasuk meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan kadar pernafasan, dan
kadar keletihan otot. Skala ini adalah alat pengukuran yang subjektif yang
menyediakan hubungan anggaran yang baik kepada kadar denyutan jantung semasa
melakukan aktiviti fizikal. Bidang perubatan juga mencadangkan penggunaan
Perceived Exertion. Antara yang ditekankan adalah kadar antara 12 hingga 14 di dalam
Borg Scale adalah prestasi tahap sederhana, kadar antara 12 ke bawah merupakan kadar
intensiti yang rendah manakala kadar 14 hingga ke atas adalah intensiti latihan yang
tinggi.
10
2.3 Geseran Tali
Geseran tali di jari sering berlaku di kalangan atlet memanah semasa fasa
melepaskan anak panah. Kenyataan ini telah disokong oleh Ertan (2006) menyatakan
bahawa kecederaan blister di jari adalah sebanyak 20%. Kajian ini dilakukan ke atas
atlet di dalam sesuatu kejohanan memanah. Peratusan di antara atlet lelaki dan
perempuan adalah lebih kurang sama tetapi peratusan lelaki adalah lebih cenderung
mendapat kecederaan blister. Selain itu juga Ertan (2006) menyatakan bahawa
kecederaan blister berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berat busur,
panjang tarikan dan bilangan anak panah yang dilepaskan di dalam sesuatu sesi latihan
atau sesi pertandingan yang menyebabkan berlakunya geseran tali di jari. Kebanyakan
atlet lelaki lebih cenderung mendapat kecederaan ini yang tinggi kerana atlet lelaki
menggunakan tarikan yang nilainya lebih tinggi berbanding atlet perempuan.
Menurut Jester, et al. (2002) menyatakan kulit melepuh berlaku apabila lapisan
epidermis terpisah daripada lapisan dermis. Ini berlaku adalah disebabkan oleh geseran
yang berulang kali. Selain itu juga Cooper (2007) menyatakan bahawa kesan langkah
yang menyebabkan geseran semasa berjalan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah dipengaruhi mekanisme geseran kaki disebabkan oleh kelajuan ketika
aktiviti berjalan. Kuasa tindak balas permukaan didefinisikan terhadap lebar ukuran
langkah yang konsisten kelajuannya yang digunakan untuk mengira nilai pekali
geseran. Sesetengah individu menggunakan pelbagai gaya bagi menghadkan
penggunaan kadar kelajuan, lebar langkah dan frekuensi langkah bagi mengurangkan
kadar geseran yang berlaku.
11
2.4 Kecederaan blister pada sukan lain
Kecederaan blister bukan sahaja cenderung kepada atlet memanah malah
kecederaan blister ini juga mempengaruhi oleh atlet atau bidang sukan yang lain.
Menurut Reynolds, et al. (1995) kecederaan blister akibat geseran merupakan
kecederaan yang biasa dihadapi oleh atlet yang terlibat dalam aktiviti sukan dan operasi
askar. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan masalah kecil di mana ia memanah ke
arah mobiliti yang terhad dalam jangka masa yang singkat. Walau bagaimanapun
kecenderungan ke arah infleksi yang lebih serius jika tidak diberi rawatan yang sebaik
mungkin. Kecederaan blister kebiasaannya berlaku akibat berlakunya geseran.
Keadaan akan menjadi lebih teruk jika berlaku geseran pada kulit yang lembap dan
pada lapisan epidermis. Pencegah peluh boleh mengurangkan kecederaan blister
terhadap ahli sukan.
Menurut Knapik, et al. (1999), kecederaan blister merupakan salah satu
kecederaan yang berlaku kepada askar semasa melakukan aktiviti kawad kaki di jalan
raya. Pada tahun 1895, pihak perubatan di dalam British Army melaporkan bahawa
banyak insiden berlaku terutamanya kecederaan blister semasa latihan kawad kaki.
Selepas melakukan kawad kaki sepanjang 20 km, didapati sebanyak 69% peserta askar
yang terlibat dalam aktiviti kawad kaki ini mendapat kecederaan blister dan sebanyak
10% memerlukan rawatan perubatan. Selain daripada laporan itu, selepas 5 hari
melakukan aktiviti kawad kaki sejauh 100 batu nautika di Fort Hunter, California
mendapati sebanyak 21% askar memerlukan rawatan perubatan bagi kecederaan blister.
Pribut (2002) menyatakan pemain tenis juga akan turut mengalami kecederaan
blister pada bahagian tapak kaki mereka. Darrigrand, et al. (1992) melaporkan bahawa
penghalang peluh di tapak kaki boleh mengurangkan kadar perpeluhan dan dapat
mengurangkan kekerapan berlakunya kecederaan blister. Tetapi irritation dermation
merupakan komplikasi yang mungkin berlaku akibat dari agen pencegahan perpeluhan.
12
Selain daripada sukan di atas, sukan besbol juga turut menyumbangkan terhadap
kecederaan blister pada bahagian jari pemain (Pribut, 2002).
Reynolds, et al. (1999) melaporkan terdapat 98 jenis kecederaan berlaku ke atas
218 askar. Hasil kajian mendapati bahawa 36% mengalami insiden. 94% mengalami
kecederaan di bahagian bawah badan dan 4% adalah pada bahagian belakang. Jenis
kecederaan yang disebabkan oleh latihan yang berlebihan adalah berjumlah 91 daripada
98 keseluruhan kecederaan. Kecederaan blister dilaporkan sebanyak 47 daripada 218
askar (28%). Reynolds, et al. (1995) dalam kajian melaporkan bahawa, di dapati
sebanyak 27 orang mengalami kecederaan yang teruk dicatatkan selama 69 hari dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Kesakitan kaki merupakan bilangan yang paling
banyak iaitu sebanyak 32% daripada jumlah keseluruhan dan diikuti oleh kecederaan
blister sebanyak 29%.
2.5 Kesan kecederaan blister
Basler, et al. (2004) menyatakan kebanyakan atlet menganggapkan kecederaan
blister merupakan satu gangguan yang tidak dapat dielakkan yang mana boleh
menyebabkan prestasi atlet menurun. Kebiasaanya kecederaan blister tidak akan
mempengaruhi atlet untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan malah
ianya akan menyebabkan gangguan dari segi prestasi atlet dan pergerakan sahaja.
Kecederaan blister merupakan salah satu kecederaan yang biasanya dialami di
kalangan atlet-atlet sukan. Kecederaan blister akan memberi kesan terhadap prestasi
atlet iaitu akan mendapat keputusan yang menurun, melemahkan prestasi atlet,
menyebabkan kesakitan dan berlakunya jangkitan (Pribut, 2002). Walau bagaimanapun
atlet jarang mengalami gangguan semasa latihan. Kajian yang dilakukan oleh Pribut
(2002), mendedahkan hanya 0.5% sahaja daripada keseluruhan kecederaan dalam
13
tempoh satu minggu yang menyebabkan gangguan pada latihan disebabkan oleh
kecederaan blister.
Pencegahan dan rawatan blister merupakan isu yang hangat diperkatakan bagi
mengurangkan kecederaan ini. Kecederaan blister yang terjadi pada bahagian jari
sehingga pada bahagian kaki akan menyebabkan gangguan terhadap prestasi atlet
besbol. Contohnya, pemain besbol iaitu pitcher yang mengalami blister di jari akan
menyebabkan kesukaran kepada pemain untuk menangkap atau membaling bola kepada
pihak lawan semasa dalam permainan.
Knapik, et al. (1999), kecederaan blister di kaki boleh mengurangkan daya tahan
bergerak, melemahkan tumpuan dan memberi kesan kepada askar terhadap keupayaan
bertindak apabila menghadapi musuh atau ancaman. Kecederaan blister boleh menjadi
parah dengan terjadinya luka terbuka (open-wound) dan mudah dipengaruhi oleh
serangan penyakit.
2.6 Kajian Berkaitan
Kajian yang dilakukan oleh Mann dan Littke’s (1989) di dalam Ertan dan Tuzun
(1998) terhadap 21 orang atlet memanah dan mendokumentasikan kecederaan-
kecederaan berkaitan dengan anatomical disssections. Selain itu juga, kecederaan bahu
berlaku semasa melakukan drawing ibu panah terutamanya atlet wanita.
Walaupun sukan memanah dilaporkan mengalami insiden yang rendah dari segi
kecederaan, namun kecederaan berlaku disebabkan oleh pengulangan pergerakan
melakukan drawing ibu panah. Kebiasaannya atlet tidak dapat mengenali jenis
kesakitan yang dialami semasa kecederaan berlaku. Pada Julai 1996 Jawatankuasa
Perubatan Federation International Archery (FITA), melancarkan penyelidikan internet
14
bagi mengenalpasti insiden kecederaan dalam sukan memanah. Penyelidikan ini
bermula di Hart House, Universiti Toronto.
Kecederaan yang dilaporkan berlaku disebabkan oleh penggunaan yang
berlebihan pada otot dan sendi pada bahagian atas badan terutamanya otot bahu, siku,
pergelangan tangan dan sendi jari. Kecederaan yang kerap berlaku adalah pada
bahagian otot bahu. Sebilangan kecil menyatakan pemanah mengalami trauma. Hanya
separuh daripada mereka yang mengalami trauma sahaja yang mendapatkan rawatan
fisioterapi. Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa majoriti kecederaan
yang berlaku terhadap atlet memanah adalah pada bahagian atas badan (upper limb) dan
kecederaan adalah disebabkan oleh aktiviti pengulangan melakukan drawing ibu panah.
Kajian yang dilakukan oleh Ertan dan Tuzun (1998), menunjukkan daripada 88
responden, di dapati 38 orang responden tidak mengalami kecederaan. Walau
bagaimanapun terdapat 50 orang responden mengalami kecederaan yang berbeza pada
bahagian anggota badan pemanah. Mengikut kajian tersebut, kecederaan yang paling
kerap dialami oleh atlet memanah ialah blisters pada jari yang melakukan drawing
dengan peratusan sebanyak 20%, bahu yang melakukan drawing juga mempunyai julat
yang besar dengan kecederaan 14.66%. Walau bagaimanapun siku yang melakukan
drawing dan achilles tendonitis mempunyai jenis kecederaan yang paling rendah
berbanding kecederaan jenis yang lain.
Galloway (1999), melaporkan dalam laporan World Runner ke atas kadet askar
sekolah yang mana menggunakan bahan pencegah peluh pada kaki bagi mengelakkan
kecederaan blister. Atlet olahraga menggunakan bahan pencegah peluh kurang tetapi
kecenderungan mendapat kecederaan blister amat tinggi. Kumpulan ini masih
mengalami masalah gatal-gatal pada kulit atau menyebabkan radang.
Reynolds, et al. (1999), geseran yang menyebabkan blister pada kulit
kebiasaannya berlaku jika seseorang atlet yang melakukan aktiviti secara aktif.
15
Kecederaan blister biasanya terjadi pada kawasan yang seseorang tidak selesa. Dalam
kajian Reynolds, et al. (1999), menyatakan bahawa kecederaan blister disebabkan
geseran yang dipengaruhi oleh aktiviti yang dilakukan terutamanya anggota askar.
Kecederaan ini sepatutnya memerlukan banyak perhatian terutamanya dalam bidang
perubatan.
Allan dan MacMillan (1963) di dalam Reynolds, et al. (1999) menjalankan
pemerhatian ke atas 60 peserta dalam aktiviti kawad kaki yang membawa bebanan
sebanyak 30 kg selama 3 hari yang mana sebanyak 23 km dilalui dalam tempoh sehari.
106% atlet telah dicatatkan mengalami masalah pada bahagian kaki, terutamanya
sebanyak 95% mengalami masalah kecederaan blister, sebanyak 27% mengalami
masalah achilles tendonitis manakala 24% mengalami masalah pelelasan pada bahagian
kaki.
Selain itu juga, Cooper (1981) di dalam Reynolds, et al. (1999) mengkaji ke atas
90 peserta kawad kaki sejauh 56 km yang membawa bebanan sebanyak 11 kg. Dalam
pemerhatian beliau, mendapati sebanyak 43% mengalami kecederaan blister. Menurut
Dallen, (1978) di dalam Reynolds, et al. (1999) menjalankan pemeriksaan kepada askar
yang mengalami kesakitan pada bahagian kaki selepas menjalankan aktiviti kawad kaki
sejauh 20- 26 km yang mana membawa bebanan sebanyak 15 kg. Sebanyak 20%
mengalami masalah kecederaan blister.
16
2.7 Penutup
Bab ini menerangkan tentang pengenalan kecederaan blister, kecederaan blister
terhadap sukan lain dan kesan kecederaan blister dari segi prestasi dan pergerakan
kepada sukan lain sekaligus kepada sukan memanah. Selain itu juga, melalui sorotan
kajian ini, dapat membantu penyelidik mengkaji dan sebagai bukti sokongan kepada
kajian yang dijalankan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini memberi penekanan terhadap tatacara perlaksanaan kajian dan
menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenalpasti tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali dan membuat
perbandingan di antara kumpulan lepasan anak panah dalam sukan memanah yang
boleh menyebabkan kecederaan blister di jari atlet. Perbandingan ini dilakukan kepada
atlet memanah SUKMA Negeri Johor bagi setiap lepasan anak panah.
3.2 Rekabentuk Kajian
Jenis rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah
berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data
antaranya pemerhatian, Perceived Scale dan borang soal selidik. Kaedah ini digunakan
dalam proses penyelidikan bagi mengenalpasti tahap kesakitan di jari akibat geseran tali
selepas melakukan lepasan anak panah dan membuat perbandingan di antara kumpulan
lepasan anak panah yang mana boleh mendorong ke arah berlakunya kecederaan blister.
18
3.3 Populasi dan Persampelan
Dalam kajian ini, populasi dan persampelan adalah terdiri daripada atlet
memanah negeri Johor seramai 3 orang yang dipilih bagi Kejohanan Sukan Malaysia
(SUKMA) pada tahun 2008.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini merujuk kepada pemerhatian, soal selidik dan menggunakan
Perceived Scale. Terdapat 3 bahagian dalam borang soal selidik di mana bahagian A
adalah berkaitan maklumat diri responden, bahagian B berkaitan sejarah kecederaan
manakala bahagian C adalah berkaitan tahap skor kecederaan responden yang telah
diubahsuai mengikut kesesuaian tahap kesakitan Perceived Scale.
3.5 Lokasi Ujian
Lokasi yang terlibat bagi penyelidikan ini adalah Padang Sasar Memanah
Stadium Haji Yunus, Larkin Johor Bahru.
19
3.6 Prosedur Kajian
Prosedur kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
3.6.1 Pemilihan Responden
Seramai 3 orang yang dipilih bagi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi
atlet SUKMA Negeri Johor berdasarkan kategori Recurve Bow. Seorang responden
lelaki dan dua orang responden perempuan sahaja.
3.6.2 Penyerahan Borang Perlantikan
Penyelidik akan menyerahkan borang lantikan kepada responden dan
memaklumkan bahawa mereka telah dipilih untuk kajian ini.
3.6.3 Taklimat Kajian
Taklimat akan diberikan kepada responden bagi melicinkan perjalanan
penyelidikan mengikut prosedur.
3.6.4 Soal Selidik
Selepas penyelidik mengadakan taklimat mengenai penyelidikan, borang soal
selidik akan diedarkan kepada responden.
20
3.6.5 Analisa
Bagi mendapatkan keputusan kajian, setiap data yang diperolehi akan
dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan program Microsoft Office Excel.
Antara perkara yang dianalisa adalah berat bow, jarak tarikan dan jarak target, skor
latihan dan skor tahap kesakitan. Selain itu juga penyelidik menggunakan kaedah soal
selidik bagi mengenalpasti tahap kesakitan di jari atlet memanah akibat geseran tali
yang boleh mendorong ke arah pembentukan kecederaan blister di jari atlet.
Perbandingan akan dilakukan di antara kumpulan lepasan anak panah.
3.7 Penutup
Kajian ini dapat membantu dalam kerja dengan lebih sistematik. Di samping itu
juga dapat mengikuti prosedur dengan betul dan teratur tanpa berlakunya kesilapan atau
pengumpulan data yang tidak tepat.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Penyelidik akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada borang soal
selidik yang telah diedarkan dan dianalisa. Hasil dapatan ini telah dianalisa dengan
menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003. Data yang diperolehi dianalisis
berdasarkan kepada peratusan. Analisa dapatan adalah dibahagi sepertimana jadual di
bawah.
Jadual 4.1 : Data analisis mengikut bahagian dalam soal selidik.
Bahagian Pernyataan
A Maklumat Diri Responden
B Aspek Am, latihan, teknikal, latihan harian, maklumat kecederaan
C Skala Likert (Perceived Scale) yang telah diubahsuai
22
4.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden
33.33
66.67
0.00
10.00
20.00
30.00
40.00
50.00
60.00
70.00
80.00
Lelaki PerempuanJantina
Peratus
Rajah 4.1 : Taburan peratusan responden mengikut jantina
Rajah 4.1 menunjukkan aspek maklumat diri responden. Taburan peratusan
responden mengikut kumpulan jantina. Sebanyak 33.33% adalah terdiri daripada
responden lelaki manakala 66.67% adalah terdiri daripada responden perempuan.
33.33 33.33 33.33
00
5
10
15
20
25
30
35
51- 60 kg 61- 70 kg 71- 80 kg 81 -90 kgBerat (kg)
Peratus
Rajah 4.2 : Taburan peratusan responden mengikut berat
23
Rajah 4.2 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut berat.
Responden yang mempunyai berat antara 51 – 60 kg, 61-70 kg dan 71- 80 kg adalah
mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu sebanyak 33.33%. Manakala berat antara
81-90 kg adalah mempunyai nilai sifar.
0
33.33
66.67
00
10
20
30
40
50
60
70
80
150 -159 cm 160 -169 cm 170 - 179 cm 180 -189 cmTinggi (cm)
Peratus
Rajah 4.3 : Taburan peratusan responden mengikut tinggi
Rajah 4.3 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut tinggi. Majoriti
ketinggian responden adalah antara 170- 179cm iaitu sebanyak 66.67% diikuti oleh
ketinggian antara 160-169cm sebanyak 33.33% manakala pada ketinggian 150- 159cm
dan 180- 189cm mempunyai nilai sifar.
24
4.3 Bahagian B : Maklumat Am, Teknikal dan Kecederaan
33.33
66.67
0
10
20
30
40
50
60
70
80
7 tahun 11 tahun
Umur
Peratus
Rajah 4.4 : Taburan peratusan pengalaman menceburi sukan memanah
Berdasarkan rajah 4.4 menunjukkan taburan peratusan pengalaman responden
menceburi sukan memanah. Hasil daripada kajian yang dilakukan, majoriti responden
sudah mula menceburkan diri dalam sukan memanah selama 11 tahun sebanyak 66.67%
diikuti oleh pengalaman selama tujuh tahun sebanyak 33.33%.
0
33.33
66.67
00
10
20
30
40
50
60
70
80
1- 2 kali seminggu 3-4 kali seminggu 5-6 kali seminggu 7-8 kali semingguLatihan
Peratus
Rajah 4.5 : Taburan peratusan latihan dalam tempoh seminggu
25
Berdasarkan rajah 4.5 menunjukkan aspek latihan mengenai taburan peratusan
mengikut jumlah jam dalam tempoh sehari. Majoriti responden menjalani latihan
selama tiga hingga empat jam adalah sebanyak 66.67% dan diikuti oleh latihan antara
lima hingga enam jam adalah sebanyak 33.33%. Perbezaan responden yang menjalani
latihan ini berlaku kerana responden adalah di kalangan pelajar sekolah.
0
66.67
33.33
00
10
20
30
40
50
60
70
80
1 hingga 2 jam 3 hingga 4 jam 5 hingga 6 jam 7 hingga 8 jam Latihan
Peratus
Rajah 4.6 : Taburan peratusan mengikut jumlah jam latihan dalam tempoh satu hari
Rajah 4.6 menunjukkan taburan peratusan mengikut jumlah jam latihan dalam
tempoh sehari yang dilakukan oleh responden. Terdapat dua tempoh latihan iaitu tiga
jam hingga empat jam dan lima hingga enam jam sehari. Majoriti responden menjalani
latihan selama tiga hingga empat jam sebanyak 66.67% dan diikuti oleh latihan selama
lima hingga enam jam adalah sebanyak 33.33%.
26
33.33 33.33 33.33
00
5
10
15
20
25
30
35
10- 15 jam
seminggu
16- 20 jam
seminggu
21- 25 jam
seminggu
26 jam ke atas Latihan
Peratus
Rajah 4.7 : Taburan peratusan mengikut jumlah jam latihan dalam tempoh seminggu
Rajah di atas menunjukkan aspek latihan yang dikaji adalah taburan peratusan
mengikut jumlah jam latihan dalam tempoh seminggu. Hasil kajian yang diperolehi,
terdapat tiga tempoh latihan yang dijalani oleh responden antaranya menjalani latihan
selama 10 hingga 15 jam, 16- 20 jam dan 21- 25 jam dalam tempoh seminggu. Latihan
selama 10 hingga 15 jam seminggu, 16 hingga 20 jam seminggu dan 21 hingga 25 jam
seminggu sama peratusnya yang berjumlah 33.33%.
66.67
33.33
0 00
10
20
30
40
50
60
70
80
Win & Win Hoyt Samick Cartel Jenis Bow
Peratus
Rajah 4.8 : Taburan peratusan mengikut jenis bow yang digunakan
27
Berdasarkan rajah 4.8 menunjukkan aspek teknikal yang merangkumi taburan
peratusan mengikut jenis Recurve Bow yang digunakan oleh responden. Hasil daripada
kajian yang dijalankan, majoriti responden menggunakan Recurve Bow jenis Win & Win
sebanyak 66.67% manakala responden yang menggunakan jenis Hoyt adalah sebanyak
33.33%.
0 0
66.67
33.33
0
10
20
30
40
50
60
70
80
21 hingga 23 inci 24 hingga 26 inci 27 hingga 29 inci 30 inci dan ke
atas
Tarikan (inci)
Peratus
Rajah 4.9 : Taburan peratusan mengikut panjang tarikan
Rajah di atas menunjukkan taburan peratusan mengikut panjang tarikan.
Majoriti responden menggunakan tarikan di antara 27 hingga 29 inci sebanyak 66.67%
dan diikuti oleh tarikan antara 30 inci dan ke atas adalah sebanyak 33.33%.
Kebiasaannya responden lelaki meggunakan nilai tarikan yang tinggi berbanding
responden perempuan.
28
0
33.33
0
66.67
0
10
20
30
40
50
60
70
80
25lb hingga 29lb 30lb hingga 34lb 35lb hingga 39lb 40lb dan ke atas Berat (lb)
Peratus
Rajah 4.10 : Taburan peratusan mengikut berat foundage bow yang digunakan
Rajah 4.10 menunjukkan aspek teknikal yang merangkumi taburan peratusan
mengikut berat foundage bow yang digunakan oleh responden. Daripada penyelidikan
yang telah dijalankan, majoriti responden menggunakan foundage yang mempunyai
berat 40lb dan ke atas adalah sebanyak 66.67% dan diikuti oleh responden yang
menggunakan foundage bow yang mempunyai berat antara 30lb hingga 34lb adalah
sebanyak 33.33%.
66.67
33.33
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Ya Tidak Kekerapan
Peratus
Rajah 4.11 : Taburan peratusan yang mengalami kecederaan blister
29
Rajah 4.11 menunjukkan aspek kecederaan yang merangkumi taburan peratusan
responden yang mengalami kecederaan blister di jari akibat geseran. Sebanyak 66.67%
majoriti responden pernah mengalami kecederaan blister di jari selepas fasa lepasan
anak panah manakala responden yang tidak pernah mengalami blister adalah sebanyak
33.33%.
66.67
33.33
00
10
20
30
40
50
60
70
80
Semasa latihan Semasa pertandingan Lain - lain Kekerapan
Peratus
Rajah 4.12 : Taburan peratusan bila berlakunya kecederaan blister
Berdasarkan rajah di atas menunjukkan taburan peratusan bila berlakunya
kecederaan blister di jari yang dialami oleh responden. Daripada hasil kajian yang
diperolehi kebanyakan responden mengalami kecederaan blister semasa tempoh latihan
berjumlah 66.67% berbanding semasa waktu pertandingan adalah berjumlah 33.33%.
30
66.67
33.33
0 00
10
20
30
40
50
60
70
80
2 - 3 hari 4 - 5 hari 6 - 7 hari 8 hari dan ke atasKekerapan
Peratus
Rajah 4.13 : Taburan peratusan tempoh untuk sembuh
Berdasarkan rajah di atas menunjukkan taburan peratusan tempoh untuk sembuh
apabila mengalami kecederaan blister. Majoriti responden mengalami blister di antara
dua hingga tiga hari sebanyak 66.67% manakala 33.33% adalah dalam tempoh antara
empat hingga lima hari.
33.33
0 0
66.67
0
10
20
30
40
50
60
70
80
RICE Sapukan krim
ubat
Sapukan ubat luka Tiada sebarang
rawatan
Kaedah
Rawatan
Peratus
Rajah 4.14 : Taburan peratusan kaedah rawatan
31
Rajah 4.14 menunjukkan taburan peratusan kaedah rawatan apabila mengalami
kecederaan blister. Hasil daripada kajian yang dilakukan, majoriti responden tidak
menggunakan sebarang rawatan apabila mengalami kecederaan blister sebanyak
66.67% manakala responden yang menggunakan kaedah rawatan rice adalah sebanyak
33.33%.
66.67
0
33.33
00
10
20
30
40
50
60
70
80
Finger Tips Plaster Taping Lain- lain Cara
Peratus
Rajah 4.15 : Taburan peratusan cara mengurangkan blister
Berdasarkan rajah 4.15 menunjukkan taburan peratusan cara bagaimana
responden mengurangkan berlakunya kecederaan blister. Majoriti responden
menggunakan finger tips adalah sebanyak 66.67% bagi mengurangkan kecederaan
blister dan diikuti oleh subjek yang menggunakan kaedah taping sebanyak 33.33%.
32
4.4 Bahagian C : Maklumat Tahap Kesakitan (Skala Likert)
11.11 11.11
5.56 5.56
22.22
5.56
0
5
10
15
20
25
lepasan ke
1-6
lepasan ke
7-12
lepasan ke
13-18
lepasan ke
19-24
lepasan ke
25-30
lepasan ke
31-36
Lepasan anak panah
Peratus
Rajah 4.16 : Tahap Kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 30m
Rajah 4.16 menunjukkan tahap kesakitan tanda awal blister di jari pada jarak 30
meter. Terdapat enam kumpulan lepasan di dalam sesuatu jarak. Setiap kumpulan
lepasan terdapat enam lepasan anak panah. Pada lepasan pertama hingga lepasan ke 12
sebanyak 11.11% merupakan tanda awal blister. Manakala pada lepasan ke 13 hingga
lepasan ke 24 adalah sebanyak 5.56%, lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 adalah
sebanyak 22.22% dan pada lepasan ke 31 hingga lepasan tiga ke 36 adalah sebanyak
5.56%.
33
5.56 5.56 5.56
11.11 11.11
00
2
4
6
8
10
12
lepasan ke
1-6
lepasan ke
7-12
lepasan ke
13-18
lepasan ke
19-24
lepasan ke
25-30
lepasan ke
31-36
Lepasan anak panah
Peratus
Rajah 4.17 : Tahap Kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 50m
Rajah di atas menunjukkan tahap kesakitan yang cenderung kepada tanda awal
kecederaan blister di jari pada jarak 50 meter. Pada jarak 50 meter, sebanyak 36 lepasan
akan dilakukan oleh responden mengikut kumpulan lepasan anak panah. Pada lepasan
anak panah pertama hingga lepasan ke 18 sebanyak 5.56% mempunyai tanda awal yang
ditunjukkan melalui tahap kesakitan. Pada lepasan ke 19 hingga ke 30 sebanyak 5.55%
berlaku peningkatan terhadap tahap kesakitan tanda awal kecederaan blister manakala
pada lepasan ke 31 hingga lepasan ke 36 adalah tidak menunjukkan tahap kesakitan
responden yang cenderung mendapat kecederaan blister di jari.
34
5.56 5.56
16.67
5.56 5.56 5.56
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
lepasan ke
1-6
lepasan ke
7-12
lepasan ke
13-18
lepasan ke
19-24
lepasan ke
25-30
lepasan ke
31-36
Lepasan anak panah
Peratus
Rajah 4.18 : Tahap Kesakitan (Tanda Awal Blister) pada jarak 70m
Rajah 4.18 menunjukkan tahap kesakitan yang mempunyai tanda awal
kecederaan blister di jari pada jarak 70 meter. Terdapat 36 anak panah telah dilepaskan
mengikut kumpulan lepasan anak panah. Hasil kajian yang telah dilakukan, pada
lepasan pertama hingga lepasan ke 12 sebanyak 5.56% terdapat tanda awal kecederaan
blister iaitu tahap kesakitan responden. Pada lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18
terdapat kenaikan secara mendadak iaitu sehingga 16.67% manakala pada lepasan ke 19
hingga lepasan ke 36 adalah sebanyak 5.56%. Pada kumpulan lepasan ke 19 hingga
lepasan ke 36 berlaku penurunan sebanyak 11.11%.
35
0
5
10
15
20
25
lepasan ke 1-6 lepasan ke 7-
12
lepasan ke 13-
18
lepasan ke 19-
24
lepasan ke 25-
30
lepasan ke 31-
36
Lepasan anak panah
Peratus Jarak 30m
Jarak 50m
Jarak 70m
Rajah 4.19 : Perbandingan Tahap Kesakitan Mengikut Jarak
Rajah di atas menunjukkan peratusan perbandingan tahap kesakitan di jari
mengikut jarak yang telah ditetapkan. Terdapat tiga jarak telah digunakan bagi
responden untuk melepaskan anak panah. Antaranya adalah jarak 30 meter, 50 meter
dan 70 meter. Setiap kumpulan lepasan anak panah, terdapat enam lepasan anak panah
bagi tiap- tiap jarak. Hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan, pada lepasan
pertama hingga lepasan ke 6 adalah pada jarak 30 meter didapati sebanyak 11.11%
terdapat kesakitan yang cenderung ke arah kecederaan blister manakala pada jarak 50
meter dan 70 meter adalah 5.56%. Pada lepasan ke tujuh hingga lepasan ke 12, pada
jarak 30 meter terdapat 11.11% mengalami kesakitan dan diikuti oleh jarak 50 meter
dan 70 meter adalah tahap peratusan kesakitan adalah sama iaitu 5.56%. Sebanyak
5.56% responden mengalami kesakitan pada jarak 30 meter dan 50 meter mengikut
kumpulan lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18. Manakala pada jarak 70 meter,
responden mengalami kesakitan sebanyak 16.67%. Pada lepasan ke 19 hingga lepasan
ke 24, kesakitan yang dialami oleh responden adalah sebanyak 5.56% pada jarak 30
meter dan 70 meter, diikuti oleh jarak 50 meter sebanyak 11.11%. sebanyak 22.22%
kesakitan dialami pada jarak 30 meter dan diikuti oleh jarak 50 meter sebanyak 11.11%
dan 70 meter iaitu 5.56% pada lepasan kumpulan lepasan yang ke 25 hingga lepasan ke
36
30. Pada kumpulan lepasan yang terakhir iaitu pada lepasan ke 31 hingga lepasan ke
36, sebanyak 5.56% mengalami kesakitan pada jarak 30 meter dan 70 meter. Pada jarak
50 meter tiada kesakitan yang dicatatkan oleh responden semasa melepaskan anak
panah. Secara kesimpulannya daripada perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa
pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 merupakan tanda – tanda awal kecederaan
blister yang direkodkan melalui tahap kesakitan responden yang berjumlah 38.89%
pada keseluruhan jarak.
10
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai hasil yang diperolehi daripada kajian yang
dijalankan bagi digunakan untuk membuat rumusan kepada keseluruhan dapatan dan
memberi cadangan- cadangan untuk organisasi memanah dan juga untuk kajian pada
masa hadapan.
5.2 Perbincangan
Perbincangan hasil dapatan kajian akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
5.2.1 Maklumat latar belakang responden.
5.2.2 Mengenalpasti aspek am, latihan, teknikal dan latihan harian yang dilakukan
oleh responden memanah.
5.2.3 Membandingkan tahap kesakitan yang merupakan tanda awal yang cenderung
ke arah kecederaan blister di jari responden akibat geseran.
38
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi mendapati majoriti responden
memanah terdiri daripada responden lelaki dan responden perempuan. Kebanyakan
atlet yang terlibat adalah berumur dalam lingkungan 15-19 tahun. Weinberg (1990) di
dalam Kamal (2007) menyatakan bahawa lingkungan umur pada peringkat ini
merupakan peringkat umur yang sesuai dalam penglibatan sukan memanah.
Lingkungan 15-19 adalah sesuai kerana aktiviti memanah merupakan salah satu sukan
statik yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian atas badan
terutamanya bahagian otot bahu (Ertan, et al. 2003). Oleh sebab itulah pada peringkat
umur sebegini memang sesuailah atlet diberi pendedahan awal tentang sukan memanah.
Keputusan hasil dapatan menunjukkan bahawa responden yang berpengalaman selama
11 tahun adalah sebanyak 66.67% manakala responden yang pengalaman selama tujuh
tahun adalah 33.33%.
Selain itu juga hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa purata responden
menjalani latihan pada sesuatu sesi adalah sebanyak 66.67%, yang mana mereka
menjalani latihan selama lima atau enam hari dalam jangka masa seminggu. Ini
bermakna dalam tempoh sehari responden menjalani latihan selama tiga hingga empat
jam sebanyak 66.67% dan dapat dianggarkan bahawa responden melepaskan anak
panah dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 168 anak panah. Ertan, et al. (2006)
berpendapat bahawa atlet yang mempunyai intensiti yang rendah dan mempunyai
pengulangan pergerakan yang kerap merupakan salah satu latihan jenis aerobik. Jesteru
itu sukan memanah dapat dikategorikan sebagai latihan jenis aerobik. Oleh yang
demikian, latihan jenis aerobik memerlukan sedikit rehat yang aktif di antara waktu
tiap- tiap lepasan anak panah (Ertan, et al. 2006).
Merujuk kepada analisis dapatan kecederaan blister ini berlaku disebabkan oleh
geseran yang berulang kali di jari. Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu
keletihan, postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan teknik tarikan dan
lepasan anak panah. Idea ini disokong oleh Ertan, et al. (2006) yang menyatakan
berlakunya kecederaan blister adalah disebabkan oleh faktor berat busar, panjang
39
tarikan dan bilangan anak panah yang telah dilepaskan di dalam sesuatu sesi latihan
atau pertandingan.
Pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 menunjukkan kumpulan lepasan yang
mempunyai peratusan yang tertinggi terhadap tahap kesakitan yang dialami oleh
responden. Ini dapat dinyatakan terdapat perbezaan antara kumpulan lepasan anak
panah. Berdasarkan hasil dapatan kajian, kumpulan lepasan ke 25 hingga 30 iaitu
38.89% bagi keseluruhan jarak yang mempunyai tahap kesakitan yang tinggi
berbanding kumpulan lepasan yang lain disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah faktor keletihan, faktor persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan teknik
yang betul semasa fasa melepaskan anak panah yang menyebabkan geseran berlaku
(Ertan, et al. 2006). Jester, et al. (2002), menyatakan bahawa blister berlaku adalah
disebabkan oleh geseran yang berulang kali. Idea ini juga disokong oleh Cooper
(2007), menyatakan bahawa geseran ini dipengaruhi oleh mekanisme geseran
disebabkan oleh kelajuan. Pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 pada jarak 30
meter, tahap kesakitan dicatatkan sebanyak 22.22%, pada lepasan ke 19 hingga lepasan
ke 30 pada jarak 50 meter adalah sebanyak 11.11% manakala kumpulan lepasan ke 13
hingga lepasan ke 18 pada jarak 70 meter sebanyak 16.67%. Perbezaan tahap kesakitan
ini berlaku mengikut jarak kerana ianya dipengaruhi oleh faktor bilangan anak panah
yang dilepaskan, keletihan, persekitaran dan berat busar.
5.3 Rumusan
Melalui perbincangan, secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa aspek
am, latihan, teknikal dan latihan harian merupakan salah satu keperluan yang perlu atlet
dititik beratkan dalam melakukan aktiviti memanah. Selain itu juga hasil
penganalisaaan data mengenai tahap kesakitan yang cenderung ke arah kecederaan
blister akibat geseran tali semasa fasa lepasan menunjukkan hampir semua responden
40
mengalaminya. Walau bagaimanapun keputusannya tidak menunjukkan tahap yang
serius, di mana ia boleh menyebabkan gangguan prestasi terhadap sesuatu pertandingan.
5.4 Cadangan
Skop kajian yang dijalankan adalah terbatas disebabkan oleh faktor kekangan
masa dan kos yang terhad. Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada hasil kajian,
terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan nilai atau keputusan kebolehpercayaan
yang tinggi. Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan untuk tujuan
penyelidikan akan datang iaitu:
5.4.1 Penambahan bilangan responden
Penyelidik mencadangkan supaya menambahkan bilangan responden pada
kajian pada masa hadapan. Melalui pemilihan responden yang lebih ramai akan
menyebabkan hasil dapatan kajian menjadi lebih tepat dan dapat meningkatkan tahap
kebolehpercayaan yang tinggi.
5.4.2 Kajian Rintis
Penyelidik mencadangkan perlu mengadakan kajian rintis terlebih dahulu
sebelum melakukan pengujian yang sebenar. Melalui kajian rintis, kemungkinan besar
hasil dapatan kajian lebih tepat diperolehi dan dapat mengurangkan berlakunya masalah
dan kesilapan yang timbul sepanjang proses penyelidikan.
41
5.4.3 Penganalisaan Video
Melalui penganalisaan video, responden dapat mengenalpasti postur badan
semasa fasa tarikan dan fasa lepasan anak panah.
5.5 Penutup
Penyelidikan yang telah dijalankan ini masih dapat diperbaiki supaya keputusan
kajian lebih tepat dan terperinci. Cadangan yang dinyatakan oleh penyelidik dapat
dijadikan panduan bagi tujuan penyelidikan di masa hadapan.
RUJUKAN
Basler, R. S., Hunzeker, C. M., Garcia, M. A. (2004). Athletic Skin Injuries-Combating
Pressure and Friction. The Physician and SportsMedicine. 32 (5).
Borg, G. (1998). Borg’s Perceived Exertion and Pain Scales. Human Kinetics. USA
Cooper, R. C., Prebeau, L. M., Butcher, M. T., Bertram, J. E. A. (2007). Step Length
and Required Friction in Walking. Global Medical New.
Darrigrand, A., Reynolds, K., Jackson, R. (1992). Efficacy of Antiperspirants on Feet.
Military Medicine.157:256-9.
Ertan, H., dan Tuzun, M. (1998). Injury Pattern among Turkish Archers.Turkey.
Ertan, H., Kentel, B., Tumer, S.T., & Korkusuz, F. (2003). Activation Pattern in
Forearm Muscles during Archery Shooting. Journal of Dermatology. 22: 37-45.
Ertan, H., Soylu, A. R.,Tumer, S. T., & Korkusuz, F. (2005). Quantifications the
Relationship between FITA Scores EMG Skill Indexes in Archery. Journal of
Electromyography and Kinesiology. 15:222-227.
Ertan, H., Korkusuz, F.,Soylu, A.R. (2006). Archery Performance Level and
Repeatability of Event-Related EMG. Journal of Electromyography and
Kinesiology. 25:767-774.
43
Galloway, J. (1999). Injuries Archives: Blisters. American Running and Fitness
Association’s Running & Fit News. 1.
Graeve, P. (2007). Archery History. EzineArticles.
Jester, R., Russell, L., Fell, S., Williams, S., Prest, C. (2002). The Effect of Wound
Dressings and Other Related Factors on Skin Blistering. Journal of Orthopaedic
Nursing. 4 (2): 71-77.
Kamal bin Talib (2007). Pola Kecederaan di Kalangan Atlet Memanah yang
Menggunakan Recurve Bow. Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Knapik, J.J., Reynolds, K., John, B. (1999). Risk Factors for Foot Blisters During Road
Marching: Tobacco Use, Ethnicity, Foot Type, Previous Illness, and Other
Factors. Military Medicine.
McArdle , W.D., Katch, F.I., Katch, V.L. (2002) Essentials of Exercise Physiology.
Lippincott Williams & Wilkins. USA.
Pribut, S. M (2002). Friction Blister. Journal of Sports Medicine.
Reynolds, K., Darrigrand, A., Robert, D., Knapik, J., Duplantis, K., Jones, B. (1995).
Effect of an Antiperspirant with Emollients on Foot-Sweat Accumulation and
Blister Formation while Walking in the Heat. Journal of the American Academy
of Dermatology. 33 (4):626 – 630.
44
Reynolds, L. K., White, S. J., Knapik, J. J., Witt, C. E., Amoroso, P.J.(1999). Injuries
and Risk Factors in a 100-Mile (161-km) Infantry Road March. Preventive
Medicine. 28: 167 -173.
45
LAMPIRAN A
Hariaty Binti Hamid,
4 SPS, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai,
Johor.
Kepada,
………………………………
………………………………
……………………………… 28 Oktober 2007
Saudara/ri,
PERLANTIKAN SEBAGAI SUBJEK PROJEK SARJANA MUDA (PSM)
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara/ri
telah dipilih sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk “Mengenalpasti Tahap
Kesakitan di Jari Atlet Memanah Akibat Geseran Tali”.
2. Sesi taklimat dan penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara yang
perlu dilakukan oleh subjek akan ditetapkan dan diberitahu.
3. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak saudara/ri amat saya hargai dan
harapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
……………………………
(HARIATY BINTI HAMID)
46
LAMPIRAN B
SURAT PERJANJIAN
Nama : ………………………………………………………
No. KP : ………………………………
Saya seperti nama dan nombor kad pengenalan seperti di atas, dengan ini
akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan
ke atas diri saya sepanjang tempoh kajian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang
tindakan mahkamah dan tatatertib terhadap pihak penyelidik, Fakulti Pendidikan dan
Universiti Teknologi Malaysia di atas kecelakaan dan kecederaan yang dialami oleh diri
saya sepanjang tempoh latihan dan ujian yang akan dijalankan. Saya juga akan
mematuhi segala arahan, peraturan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh
penyelidik semasa latihan dan ujian yang akan dijalankan.
Saya mengaku bahawa segalanya adalah benar dan dipersetujui tanpa
sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang
diambil tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data
bernombor.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
…………………………………….
( )
47
LAMPIRAN C
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A
Nama : …...………………
Tarikh Lahir : …………………..
Jantina : Lelaki/ Perempuan
Berat : …………………..
Tinggi : …………………..
Kategori : Compound Bow/ Recurve Bow/ Standard FITA Bow
Peringkat Pencapaian : Sekolah/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan/ Antarabangsa
Bahagian B
1. Pada umur berapa anda mula menceburi diri dalam sukan memanah?
a) 9-12 tahun b) 12-15 tahun c) 15-18 tahun d) 18 tahun ke atas
2. Kategori peralatan memanah yang anda ceburi?
a) Standard FITA Bow b) Recurve Bow c) Compound Bow
3. Berapa kali seminggu latihan yang dilakukan?
a) 1-2 kali seminggu b) 2-4 kali seminggu c) 4-6 kali seminggu d) 6-8 kali seminggu
48
4. Berapakah jumlah jam latihan dalam masa sehari?
a) 1-2 jam sehari b) 2-4 jam sehari c) 4-6 jam sehari d) 6-8 jam sehari
5. Berapakah jumlah jam latihan dalam masa seminggu?
a) 10-15 jam seminggu b) 15-20 jam seminggu c) 20-25 jam seminggu d) 25 jam ke atas
6. Apakah jenis Recurve Bow yang anda gunakan?
a) Win & win b) Hoyt c) Samick d) Cartel
7. Berapakah panjang tarikan anda?
a) 20-21 inci b) 21-25 inci c) 25-30 inci d) 30 inci dan ke atas
8. Berapakah berat foundage bow anda?
a) 25lb-30lb b) 30lb-35lb c) 35lb-40lb d) 40lb dan ke atas
9. Berapa lama menceburkan diri dalam sukan memanah?
a) 1-5 tahun b) 5-10 tahun c) 10-15 tahun d) 15 tahun dan ke atas
10. Adakah anda sering mengalami kecederaan blister di jari?
a) Ya b) Tidak
49
11. Jika ya, berapa kekerapan berlakunya kecederaan blister?
a) 1 -2 kali seminggu b) 2-4 kali seminggu c) 4-6 kali seminggu d) 6 kali seminggu dan ke atas
12. Bila kecederaan blister berlaku?
a) Semasa latihan b) Semasa pertandingan c) Lain- lain (nyatakan)……………….
13. Berapa lama ambil masa untuk sembuh?
a) 2-4 hari b) 4-6 hari c) 6-8 hari d) 8 hari dan ke atas
14. Apakah jenis rawatan yang anda gunakan sekirannya berlaku kecederaan
blister di jari?
a) RICE b) Sapukan krim ubat c) Sapukan ubat luka d) Tiada sebarang rawatan
15. Bagaimana anda elak daripada berlaku kecederaan blister?
a) Finger tips b) Plaster c) Taping d) Lain- lain (nyatakan)……………………………….
50
Bahagian C (Lepasan Anak Panah)
1. Lepasan anak panah pada jarak 90m/ 70m
Bilangan lepasan Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36
2. Lepasan anak panah pada jarak 70m/ 60m
Bilangan lepasan Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36
3. Lapasan anak panah pada jarak 50m
Bilangan lepasan Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36
51
4. Lepasan anak panah pada jarak 30m
Bilangan lepasan Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36
Petunjuk:
/ lepasan anak panah
Tanda awalan blister
Skala Likert: Tahap Kesakitan
1 Tidak Sakit
2 Kurang Sakit
3 Sederhana Sakit
4 Sakit
5 Sangat Sakit