haron din

4
Haron Din (2007) berpendapat bahawa membaca Al-Quran adalah merupakan satu ibadah yang diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul mengikut kaedah bacaan dan menepati hukum tajwid. Oleh yang demikian, mempelajari Al-Quran perlu diterapkan dan diberi penekanan ke dalam diri setiap kanak-kanak seawal usia mereka. Abdul Halim El-Muhammady (2009) pula menjelaskan bahawa adalah menjadi satu tuntutan agama ke atas setiap orang muslim supaya membaca Al-Quran dengan betul dari segi makhraj dan tajwidnya. Hal ini perlu supaya maksud ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca tidak terpesong. Oleh itu, kemahiran membaca Al-Quran perlu ditekankan kepada kanak-kanak bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Bacaan Al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga bacaan iaitu : a. At-Tilawah iaitu yang membawa maksud membaca dengan sebutan yang betul di samping memerhatikan makna dan pengajaran daripada ayat-ayat yang dibaca. b. At-Tartil iaitu membaca secara tenang dengan menzahirkan segala huruf mengikut sebutan (makhraj) huruf yang betul di samping mengamati makna yang tersirat. c. Al-Qiraah pula membaca secara berulang-ulang. Kristina Nelson (2001) mengemukakan bahawa ada juga sesetengah ulama berpendapat bahawa bacaan Al-Quran terbahagi kepada empat cara bacaannya iaitu :

Upload: noor-farila-omar

Post on 18-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hoaron

TRANSCRIPT

  • Haron Din (2007) berpendapat bahawa membaca Al-Quran adalah merupakan satu ibadah yang

    diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membacanya jika dibaca dengan

    sebutan yang betul mengikut kaedah bacaan dan menepati hukum tajwid. Oleh yang demikian,

    mempelajari Al-Quran perlu diterapkan dan diberi penekanan ke dalam diri setiap kanak-kanak

    seawal usia mereka.

    Abdul Halim El-Muhammady (2009) pula menjelaskan bahawa adalah menjadi satu

    tuntutan agama ke atas setiap orang muslim supaya membaca Al-Quran dengan betul dari segi

    makhraj dan tajwidnya. Hal ini perlu supaya maksud ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca tidak

    terpesong. Oleh itu, kemahiran membaca Al-Quran perlu ditekankan kepada kanak-kanak

    bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

    Bacaan Al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga bacaan iaitu :

    a. At-Tilawah iaitu yang membawa maksud membaca dengan sebutan yang betul di

    samping memerhatikan makna dan pengajaran daripada ayat-ayat yang dibaca.

    b. At-Tartil iaitu membaca secara tenang dengan menzahirkan segala huruf mengikut

    sebutan (makhraj) huruf yang betul di samping mengamati makna yang tersirat.

    c. Al-Qiraah pula membaca secara berulang-ulang.

    Kristina Nelson (2001) mengemukakan bahawa ada juga sesetengah ulama berpendapat

    bahawa bacaan Al-Quran terbahagi kepada empat cara bacaannya iaitu :

  • a. At-Tahqiq iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah, bertujuan untuk

    mengajar dan menghayati kandungan serta mengawasi hukum hakamnya.

    b. At-Tartil bermaksud bacaan yang tenang serta tidak dalam keadaan tergopoh gapah

    dan bertujuan untuk mengajar. Ia dilakukan dengan menghayati isi kandungannya.

    c. At-Tadwir iaitu bacaan yang sederhana dan tidak terlalu cepat serta mengawasi

    hukum tajwid.

    d. Al-Hadr iaitu bacaan yang cepat serta mengawasi segala hukum bacaan atau hukum

    tajwid.

    Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai kitab yang menjadi panduan dan pedoman

    bagi seluruh umat manusia. Ia merangkumi segenap aspek yang bersangkut paut dengan

    kehidupan manusia. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia,

    hubungan manusia dengan Allah SWT dan seterusnya hubungan manusia dengan alam sekitar.

    Al-Quran bukan sekadar sebuah buku seperti buku ilmiah yang lain, umpamanya buku sains atau

    buku geografi malahan Al-Quran adalah sebuah kitab yang menyentuh segala aspek secara

    mujmal. Oleh itu, terpulanglah kepada setiap individu dalam bidang masing-masing untuk

    membuat kajian dan rujukan. Dalam bidang pendidikan, terdapat beberapa kaedah, teknik, dan

    falsafah yang diterima pakai sejak 14 abad yang lalu. Dari sudut falsafah itulah munculnya

    kurikulum. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam pengajaran Al-Quran, sama ada di

    sekolah mahupun di rumah.

  • Teknik dan kaedah yang bersesuaian dan bertepatan dengan bentuk pembelajaran bacaan

    dan hafazan di samping kemahiran mengingat amat perlu bagi menguasai asas huku tajwid.

    Proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut atau ditulis turut memainkan peranan penting. Di

    dalam Islam, kaedah pengulangan merupakan suatu bentuk pengajaran yang awal apabila

    Malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengulangi

    kalimah sehinggalah baginda dapat menyebut dan membacanya. Kaedah membaca secara

    berulang-ulang juga merupakan prinsip utama dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan

    menguasai asas hukum tajwid.

    Bagi tujuan peningkatan kemahiran lisan dan kemahiran membaca, kaedah pengulangan

    ini amat baik untuk dipraktikkan. Kaedah tradisional dalam proses pembelajaran Al-Quran,

    lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman-berzaman. Ia amat berkesan untuk jangka masa

    yang panjang di samping mampu memperkukuh penguasaan asas hukum tajwid. Dalam konteks

    bahasa Arab hal ini amat penting bagi menjelaskan aspek nahu atau tatabahasa secara terperinci

    mengikut tahap pembelajaran.

    Latih tubi atau practice drills ini ada kalanya dikaitkan juga dengan ingatan yang

    negatif iaitu seolah-olah memaksa para pelajar membuat latihan yang banyak. Hakikatnya,

    latihan secara berulang-ulang yang diberikan oleh guru kepada muridnya adalah amat penting

    bagi sesetengah subjek seperti Matematik, Bahasa Melayu (tatabahasa), Al-Quran (hafazan)

    termasuklah aspek perkembangan yang berkaitan dengan motor pelajar. Tujuan latih tubi atau

    pengulangan dijalankan adalah bertujuan memudahkan pelajar untuk mengingat, menguasai

  • fakta dan melengkapkan sesuatu maklumat apabila perlu seterusnya dapat memberi jawapan

    dengan cepat dan tepat.