hasil kerja bm3111
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Soalan 1
Berdasarkan petikan yang disediakan, huraikan jenis-jenis makna dalam Bahasa
Melayu (30%)
PETIKAN UNTUK SOALAN 1
Pengguna masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai produk yang
mereka beli. Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik berbanding
dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga mempunyai alternatif yang luas untuk
memilih penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang terbaik kepada mereka.
Justeru itu, adalah menjadi cabaran kepada setiap organisasi (awam dan swasta)
yang menawarkan produk / perkhidmatan supaya lebih komited terhadap isu meningkatkan
kualiti perkhidmatan pelanggan. Perkhidmatan pelanggan perlu menjadi satu agenda
penting dalam perancangan strategik organisasi.
Sebagaimana telah dinyatakan, perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan
organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk kepada pelanggan, dan ianya
adalah tanggungjawab semua unit di organisasi (lihat – Maksud Perkhidmatan Pelanggan).
Maksudnya, supaya berjaya dalam memberi tumpuan kepada pelanggan dengan cara
customer-driven yang sebenar, organisasi perlu mengintegrasi kesemua fungsi perniagaan
ke arah memenuhi setiap keperluan pelanggan. (merujuk kepada sesuatu tujuan)
Untuk mencapai keupayaan tersebut, organisasi mestilah dilengkapi dengan kriteria
serta memenuhi keperluan tertentu sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta
mengekalkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
1.0 PENGENALAN
Bidang makna atau semantik sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik
kerana bahasa tidak akan sempurna jika tiada unsur makna. Semantik merupakan satu
daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian kepada makna yang terkandung
dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat. Apabila kita
menghasilkan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah untuk menyampaikan
makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat atau secara berkias atau tersirat.
1
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna yang ingin kita sampaikan
kepada pendengar atau pembaca dapat difahami sebagaimana yang kita kehendaki.
Manakala, makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan.
Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca
sesuatu yang ditulis. Menurut Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata
makna, iaitu:
(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau;
(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis
oleh pembaca.
Ogden dan Richards (1956) pula menyatakan bahawa makna adalah seperti ‘suatu
sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang
ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian yang dinyatakan oleh Ogden dan
Richards, maka dapat kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi sukar untuk
difahami. Tuntasnya di sini, bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya. Jenis
makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Perbincangan
ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.
Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda.
Dalam penggunaan bahasa, matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu
maksud atau makna yang ingin disampaikan.
2.0 JENIS-JENIS MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Terdapat
beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna
konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, makna tematik dan
sebagainya. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada
maksud tersurat dan tersirat.
Makna suatu kata merupakan bahan yang dikaji dalam ilmu semantik. Makna kata
terbagi menjadi beberapa jenis. Seperti yang dikemukakan oleh Palmer (dalam Pateda,
2001:96) jenis makna terdiri dari: (i) makna kognitif (cognitive meaning), (ii)makna ideasional
(ideational meaning), (iii) makna denotasi (denotasional meaning), (iv) makna proposisi
2
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
(propositional meaning), sedangkan Shipley (dalam dalam Pateda, 2001:96) berpendapat
bahawa makna mempunyai jenis: (i) makna emotif (emotif meaning), (ii) makna kognitif
(cognitive meaning) atau makna deskriptif (descriptive meaning), (iii) makna referensial
(referential meaning), (iv) makna pictorial (pictorial meaning), (v) makna kamus (dictionary
meaning), (vi) makna samping (fringe meaning), dan (vii) makna inti (core meaning). Leech
(dalam Chaer, 1989:61) membedakan adanya tujuh tipe makna, yaitu (1) makna konseptual,
(2) makna konotatif, (3) makna stilistika, (4) makna afektif, (5) makna refleksi, (6) makna
kolokatif, (7) makna tematik.
Berdasarkan pendapat-pendapat tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa jenis
makna memang sangat beragam. Hal ini adalah mengikut pendapat peribadi setiap tokoh-
tokoh tersebut. Oleh itu, berikut merupakan serba sedikit penerangan tentang jenis-jenis
makna dalam Bahasa Melayu.
BIL. JENIS MAKNA PENERANGAN
1. Makna Konotatif - Merupakan suatu makna yang bukan makna
sebenarnya dan merujuk pada hal yang lain.
- Juga dikatakan mempunyai nilai rasa yang
positif mahupun negatif.
- Boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor
tertentu.
- Bersifat periferal, tidak stabil, bervariasi
menurut budaya, tempoh masa dan
pengalaman individu.
2. Makna Denotatif - makna dalam alam wajar secara eksplisit.
Makna wajar ini adalah makna yang sesuai
dengan apa adanya.
- seringkali juga disebut sebagai makna dasar,
makna asli atau makna pusat, makna
sebenar’ , ‘makna asal’ , atau ‘makna mutlak’.
3
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
- makna sebenarnya yang ada bersesuaian
dengan pancaindera manusia serta mudah
difahami kerana ianya tidak mengandungi
makna yang rancu walaupun masih bersifat
umum. Makna yang bersifat umum ini
maksudnya adalah makna yang telah
diketahui secara jelas oleh kita semua.
3. Makna Tematik - Makna yang ditekankan dalam ayat.
- Boleh disampaikan melalui susunan bunyi,
susunan kata, fokus dan tekanan.
- Terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan
minat, sikap, latar belakang, tekanan emosi
dan sebagainya. Tekanan boleh menukar
makna. Keadaan ini berlaku apabila penutur
mahu menegaskan mana-mana perkataan
dalam mana-mana kontruksi (susunan dan
kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai
kata)
4. Makna Leksikal - Makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat
penggunaannya dalam ayat) atau makna yang
terdapat dalam kamus atau makna perkataan
yang terlepas daripada hubungannya dengan
perkataan lain dalam ayat.
- Untuk memudahkan pemahaman, makna
leksikal boleh dianggap sebagai makna
kamus; makna kata yang diperolehi daripada
kamus.
- Terdapat beberapa bahagian makna leksikal
iaitu sinonim dan antonim, hiponim dan
homonim serta polisem.
4
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
3.0 ANALISIS JENIS-JENIS MAKNA DALAM PETIKAN
Berdasarkan petikan yang telah diberikan terdapat beberapa jenis makna Bahasa Melayu
yang telah dikenalpasti.
BIL. AYAT MAKNA
PERKATAAN
1.Pengguna masa kini mempunyai
kesedaran yang lebih matang
terhadap nilai produk yang mereka
beli.
Matang (kata adjektif)
- 1. sudah masak; sudah cukup besar atau
sudah cukup tua (bkn buah-buahan dll).
- 2. sudah banyak pengetahuan atau
pengalamannya; banyak mengetahui
serta memahami sesuatu.
- 3. masak (buah-buahan, makanan),
sudah tua (bkn daun tembakau
- 4. sudah hampir akan pecah (bkn bisul);
- 5. mempunyai banyak pengalaman,
sudah sempurna (fikirannya),
menunjukkan kesempurnaan atau
kedewasaan pemikiran
- 6. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap
dll);
ANALISIS : Berdasarkan kepada ayat di atas, dapat dilihat bahawa penggunaan perkataan
“matang” dalam ayat adalah bagi menunjukkan kesedaran pengguna masa kini terhadap nilai
produk yang mereka beli. Jika dilihat dalam kamus, terdapat pelbagai makna “matang”
tersebut. Oleh itu, bersesuaian dengan ayat tersebut, perkataan matang adalah merujuk
kepada makna yang ke4 iaitu mempunyai banyak pengalaman atau sudah sempurna dalam
kesedaran terhadap nilai produk yang dibeli. “Matang” di sini bukanlah merujuk kepada buah
yang sudah masak. Maka, dalam ayat ini, pembaca dapat memahami bahawa darjah
kesedaran pengguna adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan perkataan
tersebut adalah bersifat tersurat dan mudah difahami oleh pembaca serta bersesuaian
dengan konteks ayat. Oleh itu, penggunaan “matang” dalam ayat ini adalah jenis makna
leksikal dalam golongan makna polisem iaitu merujuk kepada satu perkataan yang
mempunyai beberapa makna. Hal Ini bermaksud, jika kita melihat entri makna dalam kamus,
5
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
kata yang tergolong dalam kategori polisem terdiri daripada beberapa entri makna.
2. Mereka juga mempunyai alternatif yang
luas untuk memilih penjual yang dapat
menawarkan produk dengan nilai yang
terbaik kepada mereka.
Luas (kata adjektif)
1. tidak sempit; lapang
2. besarnya sesuatu permukaan atau
kawasan
3. tidak sempit (bkn pengetahuan,
pemandangan dll.
4. Bersinonim dengan lapang, lebar,
besar, lawas, selesa, terbuka fikiran,
mendalam, tidak terbatas, lantang &
saujana.
ANALISIS : Apabila membaca ayat di atas, lazimnya pembaca akan terus memahami
ayat tersebut tanpa perlu berfikir panjang. Hal ini adalah kerana ayat tersebut jelas
menunjukkan makna penggunaan perkataan “luas” bagi seorang pengguna untuk
memilih penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai yang terbaik kepada
mereka. Perkataan luas beerti sesuatu yang lapang, tidak sempit atau terbuka. Oleh itu,
jelas dalam ayat ini menunjukkan makna jenis leksikal dalam bahagian makna
sinonim iaitu makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat)
atau makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada
hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Selain itu juga adalah kerana
penggunaan perkataan “luas” mudah difahami dan tidak mengandungi makna yang
rancu walaupun masih bersifat umum.
3. Mereka juga mempunyai alternatif yang
luas untuk memilih penjual yang dapat
menawarkan produk dengan nilai yang
terbaik kepada mereka.
nilai (kata adjektif)
1. taksiran harga: berapa
2. harga sesuatu dibandingkan dgn
harga yg lain
3. kadar, nisbah, skala, ukuran,
timbangan
4. darjat, kualiti, mutu, taraf
5. sifat ketinggian (pemikiran, agama,
kemasyarakatan, dll
6. markah
6
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
ANALISIS : Berdasarkan kepada penggunaan perkataan “nilai” di dalam ayat tersebut,
dapatlah dikenalpasti bahawa nilai tersebut adalah daripada jenis makna leksikal dalam
bahagian polisem. Hal ini kerana, perkataan “nilai” tersebut merujuk kepada satu perkataan
yang mempunyai beberapa makna. Ini bermaksud, kalau kita melihat entri makna dalam
kamus, kata “nilai” terdiri daripada pelbagai makna dan disesuaikan mengikut konteks ayat.
Sebagai contoh, dalam ayat di atas, nilai bermaksud taksiran harga sesuatu dibandingkan
dengan harga yang lain. Maka, jelas di dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa pengguna
berhak bagi memilih penjual yang menawarkan harga yang terbaik buat mereka.
4. Justeru itu, adalah menjadi cabaran
kepada setiap organisasi (awam dan
swasta) yang menawarkan produk /
perkhidmatan supaya lebih komited
terhadap isu meningkatkan kualiti
perkhidmatan pelanggan.
Perkhidmatan Pelanggan (Kata Nama)
- Seseorang yang menjawab dan
member maklumat kepada
pelanggan serta membantu
pelanggan agar dapat mendapat
khidmat seara langsung dalam
sesuatu organisasi.
- ANALISIS : Apabila disebut perkataan ‘perkhidmatan pelanggan’, apa yang
cepat dibayangkan oleh kebanyakan dari kita ialah dari dua perspektif yang
bertentangan mengenainya. Sebagai contoh; kita mungkin membayangkan beberapa
situasi yang menyenangkan, seperti kita dialu-alukan dengan senyuman berserta
ucapan ‘selamat datang’ dan sebagainya apabila memasuki restoran, hotel atau
mana-mana premis perniagaan; atau kita dilayan dengan baik apabila berurusan
dengan pegawai awam atau,kita mungkin membayangkan beberapa situasi yang
tidak wajar seperti apabila kita memasuki dan duduk di meja kedai makan, pelayan
lambat datang untuk mengambil order atau bila berurusan di pejabat awam, kita
diperbola hingga merugikan masa atau langsung tidak mencapai matlamat kita.
Persepsi kita tentang perkhidmatan pelanggan biasanya berasaskan kepada
pengalaman sendiri, diberitahu orang atau membaca tentangnya. Oleh itu, perkataan
“perkhidmatan pelanggan” ini dapat dikategorikan sebagai jenis makna konotatif di
mana merupakan suatu makna yang bukan makna sebenarnya dan merujuk pada hal
yang mempunyai nilai rasa yang positif mahupun negatif. Ia juga bersifat periferal,
tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu.
5. Sebagaimana telah dinyatakan,
perkhidmatan pelanggan merupakan
Keupayaan
- kesanggupan (kebolehan) utk
7
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
keupayaan organisaSi dalam
menyempurnakan penyampaian produk
kepada pelanggan,
mencapai atau melakukan sesuatu,
kemampuan:
ANALISIS : Berdasarkan daripada ayat di atas, dapat dikenalpasti bahawa perkataan
“keupayaan” tersebut adalah dalam jenis makna denotatif. Hal ini kerana, pembaca dapat
memahami ayat tersebut tanpa perlu berfikir secara rumit dan makna dalam ayat tersebut
adalah secara tersurat. Seperti yang kita ketahui, makna denotatif adalah makna dasar yang
sesuai dengan apa adanya serta mudah difahami kerana ianya tidak mengandungi makna
yang rancu walaupun masih bersifat umum. Makna yang bersifat umum ini maksudnya
adalah makna yang telah diketahui secara jelas oleh kita semua. Jelas dalam ayat tersebut
menunjukkan bahawa keupayaan organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk
kepada pelanggan, adalah berdasarkan kepada perkhidmatan pelanggan yang disediakan.
6. Maksudnya, supaya berjaya dalam
memberi tumpuan kepada pelanggan
dengan cara customer-driven yang
sebenar,
Dalam (kata arah)
1 bahagian atau ruang di balik bahagian
yg di luar.
2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah
oleh jarak tertentu dr tepi; tengah:
3 batin: 1 isi perut (spt hempedal, hati,
paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu
pihak, organisasi itu sendiri.
ANALISIS : Berdasarkan daripada ayat di atas, penggunaan perkataan “dalam” adalah
merujuk kepada jenis makna leksikal. Seperti yang kita sedia maklum, dalam menunjukkan
sesuatu ruang atau kedudukan sesuatu tetapi dalam ayat ini, penggunaan perkataan dalam
adalah merujuk kepada suatu yang berkaitan dengan sesuatu pihak atau organisasi.
Perkataan dalam ini terdapat pelbagai makna dan dapat dikategorikan sebagai makna
polisem.
7. organisasi perlu mengintegrasi kesemua
fungsi perniagaan ke arah memenuhi
setiap keperluan pelanggan.
1. hala, jurusan
2. maksud, tujuan: aliran arah
sesuatu pergerakan, perkem-
bangan (sama ada makin
8
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
meningkat atau menurun)
3. mengeluarkan perintah
ANALISIS : Perkataan ‘arah’ merupakan suatu perkataan yang terdapat pelbagai makna
dengan mengikut konteks ayat. Berpandukan makna seperti yang diterangkan di atas, arah
menunjukkan sesuatu hala tuju atau suatu arahan mengeluarkan perintah. Tetapi
berdasarkan penggunaan ‘arah’ dalam ayat di atas adalah merujuk kepada hala tuju. Dapat
dilihat dalam ayat di atas bahawa sesuatu organisasi perlu mengintegrasi kesemua fungsi
perniagaan ke arah (bertujuan) memenuhi setiap keperluan pelanggan. Oleh itu, jenis makna
perkataan dalam ayat tersebut adalah jenis leksikal dalam makna polisem kerana
maknanya dapat dirujuk dalam kamus serta mempunyai makna yang pelbagai.
9
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Soalan 2
Ketika berkomunikasi, kita sering kali berhadapan dengan pentafsiran makna.
Kita juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang
yang bercakap dengan kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah
disebabkan terdapat perkataan-perkataan yang jelas maknanya ada juga perkataan-
perkataan yang tidak jelas maknanya. Perkataan tersebut memerlukan pentafsiran
yang mendalam akibat berlakunya kekaburan makna.
Ketaksaan atau ambiguiti ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih
daripada satu makna. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa
ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan,
boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Melalui pembacaan,
saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi
lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan
menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga.
Abdullah Yusof (2009) menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau
ayat yang tidak pasti maknanya. Ketaksaan makna mempunyai beberapa pecahan
utama antaranya adalah:
1. Kurang ketentuan pada makna item. Contoh ayat adalah: Dia bergegas ke
sekolah taman. Dapat dirumuskan bahawa pengertian makna tidak jelas dan
ia dinyatakan secara umum.
2. Pertentangan pada penentuan makna item. Elemen ini menjelaskan makna
yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang
berbeza.
3. Ketidakpastian makna. Elmen ini memaparkan makna item yang dirasakan
kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris.
4. Kekaburan rujukan. Elemen ini merupakan suatu konsep maknanya hampir
sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. Contohnya antara lalang dan resam
yang mempunyai masalah ukuran penentuan saiznya.
10
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Secara peribadi saya merumuskan bahawa taksa ialah ayat-ayat yang tidak
pasti maknanya. Maka wujud bidang yang mengkaji tentang kekaburan makna bagi
kata, frasa atau ayat. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang
tertentu. Hal ini demikian, bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi ayat itu
diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang
mempunyai unsur ketaksaan (ambiguiti). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan
sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu
frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan
yang berbeza.
Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa
dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran
seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis
Kerangka Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur
dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan
yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga
mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam
bentuk rumus-rumus.
Menurut teori Chomsky ini, terdapat tiga proses tranformasi untuk
menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun
semula frasa dalam satu ayat. Proses tranformasi tersebut adalah:
1. Proses pengguguran
Satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat mengakibatkan
pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan itu
pada peringkat permukaan unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi.
Contoh: Anda boleh masuk sekarang = boleh masuk sekarang. Dia sangat
pandai + dia selalu belajar = dia sangat pandai kerana selalu belajar.
2. Proses penyusunan semula
11
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula
dalam satu struktur ayat gramatis yang baru.
Proses penyusunan semula ayat-ayat biasanya akan mengakibatkan
berlakunya perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu, dan
penggantian atau pertambahan kata lain pada ayat yang diterbitkan. Walau
bagaimanapun, pada umumnya proses penyusunan semula ayat tidak
membawa perubahan pada makna ayat.
Contoh: Abu menendang bola itu ke pintu gol = Bola itu ditendang oleh Abu
ke pintu gol. Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.
2. Proses perluasan
Proses yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baru. Proses ini
biasanya disebut perluasan ayat.
Contoh: Budak itu adik saya. + budak itu membaca buku. = Budak yang
membaca buku itu adik saya.
Jadi, dalam menganalisis ayat yang telah diberikan teori Chomsky boleh
digunakan sebagai panduan. Ayat tersebut ialah: Kereta ditempat letak kereta itu
terlupa saya kunci. Ada tiga maksud yang tersirat dalam ayat tersebut. Pertama,
kereta ditempat letak kereta. Maksud ayat yang pertama ini kereta ditempat letak
kereta, tetapi saya terlupa kunci. Maksud yang pertama ini dapat ditentukan dengan
membubuh tanda koma (,) dapat menghasilkan ayat ‘kereta ditempat letak kereta itu,
terlupa saya kunci’. Koma wajar diletakkan di situ sebagai pemisah.
Maksud ayat yang kedua, kata ganti nama diri yang pertama diletakkan
dihadapan ayat iaitu, ‘Saya terlupa kunci kereta ditempat letak kereta itu’. Jadi, ayat
ini membawa maksud saya terlupa untuk mengunci kereta. Kata ganti nama diri
pertama digunakan untuk menyatakan maksudnya. Menurut teori Chomsky, proses
penyusunan boleh digunakan tidak kira didepan atau dibelakang sesuatu frasa untuk
membentuk ayat yang baik dan lebih gramatis.
Maksud yang ketiga pula, ‘kereta ditempat letak kereta’. Hal ini membawa
maksud kereta tersebut diletakkan di tempat parking kereta dan ayat ‘terlupa saya
12
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
kunci digugurkan untuk memberi maksud yang ketiga. Hal ini demikian, proses
pengguguran boleh digunakan untuk menerangkan maksud yang lebih jelas.
Kesimpulannya, rumus-rumus proses transformasi ini boleh digunakan oleh
pengkaji untuk melihat dan mengubah ayat menjadi lebih baik tanpa mengubah
maksud. Maksud yang ingin disampaikan masih lagi dikekalkan hanya ditambah dan
dilakukan pengguguran mengikut kesesuaian.
13
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Soalan 3
Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya Melayu moden
dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat
Melayu ketika sastera itu dilahirkan. Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai
perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang
sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga
dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu
Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad
ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di
sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
Bahasa Melayu Klasik terdapat pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-
araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya
cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem
tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang
meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu
Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-
undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik.
Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa
Arab dan Parsi. Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf.
Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi.
Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu,
keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini
merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan
dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa
Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu
14
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi dilarikan
oleh raja Rawana’ daripada sudut perkataan (morfologi).
1. Perbezaan Dari Segi Penggunaan Imbuhan
Kebanyakan imbuhan ‘ ber’ dan ‘an’ yang sering digunakan dalam bahasa Melayu klasik
dalam Hikayat Seri Rama manakala dalam bahasa Melayu moden menggunakan 4 jenis
imbuhan iaitu: awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Contoh perbezaan penggunaan imbuhan bahasa Melayu klasik dengan bahasa
Melayu adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Bertari-tari Menari-nari
Berlompat-lompat Melompat-lompat
Berseru-seru Menyeru-nyeru
Dengar-dengaran Kedengaran
Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik:
“Maka kamu kedua bertari-tari dan berlompat-lompat di hadapan rumah Seri Rama. Maka
iapun berseru-seru meminta tolong”.
Contoh-contoh imbuhan Bahasa Melayu moden:
Awalan Akhiran Sisipan Apitan
di- -an -el- Per-…-an
Per- -kan -er- Ke-…-an
Ter- -man -em- Me-…-kan
Ber- -wati -in- di-…-kan
Men- -i Ber-…-an
2. Perbezaan Dari Segi Penggunaan Kata Nama Am, Khas Dan Kata Ganti Nama
Kebanyakan kata nama am, khas dan kata ganti nama dalam Bahasa Melayu klasik
menggunakan gelaran dalam bahasa istana serta gelaran dalam bahasa sankrit manakala
bahasa moden banyak menggunakan gelaran yang lebih moden dan tidak dipengaruhi oleh
bahasa istana dan bahasa sankrit.
Contoh-contoh penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama:
15
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Mahaloka Binatang
Perjangga Sura Dr Ali
Seri Rama Bertapa Dato
Kijang Emas Proton Wira
Maharaja Rawana Sultan Pahang
3. Perbezaan Dari Segi Kata Kerja
Kebanyakan kata kerja bahasa Melayu klasik diletak perkataan ‘lah’ dan ‘nya’ manakala
dalam bahasa melayu moden tidak terdapat penambahan perkataan tersebut.
Contoh-contoh penggunaan kata kerja:
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Pergilah Pergi
Sampailah Sampai
Berjalanlah Berjalan
Tangkaplah Menangkap
Berbunyilah Berbunyi
Sujudlah Sujud
4. Perbezaan Dari Segi Kata Adjektif
Kata adjektif bahasa klasik sukar untuk dikenalpasti kerana tidak banyak didahului oleh kata
penguat dan imbuhan berbanding dengan kata adjektif bahasa Melayu moden yang mudah
dikenali apabila didahului kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling,agak,
benar dan sebagainya.
Contoh-contoh penggunaan kata adjektif
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Kijang emas Kijang berwarna emas
Kijang perak Kijang berwarna perak
Suara raksasa Suara yang kuat
Terlalu jahat Sangat jahat
16
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
5. Perbezaan Dari Segi Kata Bilangan
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Setelah beberapa lamanya Beberapa minggu lepas
Dua ekor itu Dua orang
Bukan barang-barang Barang-barang itu kepunyaan dia
Kalau-kalau Pertama
Empat orang hambanya Semua
6. Sumbangan Kamus Dewan terhadap Perkembangan Bahasa Melayu
Bidang perkamusan Melayu amat penting kerana ia merupakan satu keperluan kepada
perkamusan negara.Ini kerana pertumbuhan perkamusan Melayu (dalam bentuk senarai
kata dwibahasa) di negara ini dimulakan oleh bukan orang Melayu yang tidak menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Mereka dipercayai pengembara yang datang ke
Tanah Melayu dengan tujuan perdagangan, penjajahan atau penyebaran agama. Bagi
sesetengah pihak, kamus bukanlah satu benda yang menarik, malah mungkin sesuatu yang
jarang diberi perhatian oleh remaja dan kanak-kanak berbanding majalah hiburan dan
komik. Namun bagi ahli bahasa, dan linguistik kamus menjadi sumber rujukan yang penting.
Hal ini kerana kamus menjadi sumber maklumat untuk memahami lebih mendalam terhadap
makna dan ciri-ciri penting yang lain bagi sesuatu perkataan atau istilah.
Kamus didefinisikan sebagai buku yang mengandungi senarai kata dalam suatu
bahasa yang dilengkapi dengan makna dan maklumat ringkas tentang tatabahasa bahasa
tersebut (Salinah, 2000: 809), dan disusun mengikut abjad (KD, 2007: 667). Manakala
bidang perkamusan pula adalah perihal (yg berkaitan dengan) kamus (penyusunannya, ilmu
mengenainya, dan lain-lain). Salinah (2000:810) mengkategorikan bidang perkamusan
kepada bidang (1) leksikografi – iaitu tugas penghasilan kamus, dan (2) leksikologi – iaitu
bidang pengajian tentang perkamusan.
Bidang perkamusan Melayu, khususnya leksikografi, sebenarnya telah bermula sejak
zaman kerajaan Melayu Melaka. Kamus bahasa Melayu yang tertua dicatatkan merupakan
sebuah senarai 482 istilah Melayu-Cina yang telah dikumpulkan sekitar tahun 1403 AD
hingga 1511 AD (Blagden) dalam (Asmah, 1975: 337; Salinah, 2000: 810). Walaupun ia
tidak menunjukkan bahawa orang Melayu yang melakukan tugas perkamusan tersebut,
namun fakta ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah menjadi satu bahasa yang
17
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
penting pada zaman itu. Bahkan sememangnya diketahui umum bahawa bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa lingua franca di kepulauan Nusantara.
Kamus merupakan alat penunjang yang amat penting kerana kamuslah terutamanya
perbendaharaan kata bahasa diberikan, lengkap dengan maknanya, penggunaannya serta
disertai dengan ejaan. Kamus bukan sahaja sebagai alat rujukan tetapi alat penyelarasan
penggunaan bahasa apatah lagi dalam situasi masyarakat di Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangsa, etenik, bahasa dan dialek. Jadi kamuslah sebagai satu alat sebagai
penyatuan khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Untuk mencapai objektif kamus
itu sendiri, berbagai jenis kamus diterbitkan oleh institusi yang dipertanggungjawab seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh kamus DwiBahasa "Bahasa-Inggeris" oleh Khalid M.Hussain telah
menerangkan pelbagai aspek yang boleh membantu masyarakat umum dalam
memperkayakan perbendaharaan, konteks pengertian dan penggunaanya. Antara yang
telah diungkapkan dalam kamus ini ialah:
1. Kata (entri) pokok disusun menurut senarai kata sebagaimana terdapat dalam kamus
bahasa Inggeris yang standard. Contoh-contohnya: edit = sunting, economy =
ekonomi, help = tolong
2. Kata (entri) pokok termasuk homonim yang dijadikan kata senarai didaftarkan
menurut abjad. Contoh-contohnya: aback = ke belakang, abacus = pemidang yang
dipasangi bola-bola kecil yang boleh bergerak pada dawai digunakan sebagai alat
untuk mengajar. Seperti Sempoa, abaft = di atau ke arah belakang kapal, dan
sebagainya.
3. Kata terbitan (entri bawahan) dimuatkan sebagai kata senarai yang berasingan.
Contoh-contohnya: editor = penyunting, educationist = pakar pendidikan, helpful =
suka menolong.
4. Kata majmuk. Contoh: The house costs him RM10,000 ATAU Rumah itu dibelinya
dengan harga RM10,000.
5. Penggolongan jenis kata diterjemahkan secara langsung dari penggolongan jenis
kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya: kn (noun) kata
nama, ks (adjective) kata sifat, kkt (adverb) kata keterangan, U.K (United Kingdom)
United Kingdom, utk (for) untuk dan sebagainya.
6. Lambang fonetik untuk membantu pengguna kamus ini mengucapkan kata-kata
dalam bahasa Inggeris serta terjemahan dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya
18
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
seperti: [u] cook [kuk] kn 'jurumasak', [i:] see[si:] kk '(me) lihat', [a:] grass [gra:s]kn
'rumput' dan sebagainya.
7. Contoh-contoh frasa dan ayat bagi menjelaskan lagi maknanya sesudah definisi dan
tafsirannya. Contoh-contohnya:
Pusaka (seerti warisan). Ayahnya baru meninggal dunia dengan
meninggalkannya pusaka yang agak banyak juga.
Keramat (seerti suci dan berkat). Makam Habib Noh di Singapura diziarahi ramai
orang kerana dianggap makam yang keramat.
8. Bahasa kiasan, pepatah dan peribahasa yang ada persamaan dari bahasa Inggeris
ke dalam bahas Melayu. Contoh:
Flowers of speech atau membawa maksud Bunga Bahasa.
Satan atau membawa maksud orang yang jahat dan buruk perangainya.
7. Penyumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai
sebuah jabatan kerajaan. Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun apabila Parlimen
meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Dengan itu, DBP mendapat autonomi
untuk menggubal dasar-dasar yang khusus, serta menyusun pembinaan dan
pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di
bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah untuk:
1. memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan
2. memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan
3. mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku,
majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan
dan bahasa-bahasa lain
4. menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Perancangan dan pelaksanaan fungsi bahasa di DBP terletak di bawah Jabatan
Bahasa. DBP menjalankan penyelidikan ilmiah dari segi linguistik dan sosiolinguistik yang
dijadikan input dalam pembakuan dan pemantapan korpus bahasa, iaitu dari aspek sebutan,
ejaan, istilah, tatabahasa, laras bahasa dan gaya bahasa. Bagi aspek tatabahasa, misalnya,
DBP menetapkan Tatabahasa Dewan sebagai buku pegangan.
19
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk
memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan
dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-
jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka
menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia
sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang
dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa.
Pada tahun 1991, telah dicipta hampir 400,000 patah istilah yang mencakupi lebih 300
bidang ilmu.
DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus.
Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan;
kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa
seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai
bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains
Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan,
peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan
tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.
Sebagai badan pelaksana bahasa, DBP bertanggungjawab melaksanakan usaha
meningkatkan penguasaan, penggunaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan, dan bahasa budaya tinggi kepada
semua sektor pengguna bahasa Melayu. Tugas dijalankan dengan mengadakan pelbagai
kegiatan penggalakan, pengawasan, khidmat nasihat serta penyebaran maklumat bahasa
baku melalui pelbagai media. Antaranya, telah dilaksanakan “Gerakan Cintailah Bahasa
Kita” untuk sektor pendidikan, awam, swasta dan masyarakat umum di peringkat pusat dan
negeri. Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai
pengemudi dalam proses perancangan bahasa Melayu. Proses yang dijalankan ialah
pengekodan, pemupukan, dan penilaian.
8. Keperluan Perubahan daripada Mengumpul kepada Menjana Istilah
Perkamusan pada awalnya (dan mungkin juga hingga hari ini) bersifat pengumpulan istilah-
istilah Melayu. Kamus dwibahasa Melayu-China yang terawal direkodkan menunjukkan
bahawa masyarakat Cina sudah berusaha mengumpulkan istilah-istilah Melayu (atau
20
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
mungkin sebaliknya iaitu orang Melayu berusaha mengumpulkan istilah-istilah bahasa Cina).
Selain itu kebanyakan kamus-kamus istilah Melayu dikumpul oleh orientalis Barat. Oleh
kerana kandungannya yang kurang aspek ilmiahnya, mendorong Asmah berpendapat
penulisan kamus seperti ini lebih cenderung kepada pendatang atau pelancong asing
(Asmah, 1975: 346).
Kamus terawal oleh penduduk di kepulauan Nusantara ialah pada tahun 1858, iaitu
Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (Asmah, 1975: 350). Selain mengumpul,
perkamusan bertujuan menerangkan makna kepada istilah. Namun berdasarkan
analisisnya, Nor Azizah berpendapat Raja Ali Haji cenderung mengungkap makna dengan
agak panjang lebar sehingga terdapat entri-entri yang mencecah dua halaman, berbelit-belit
dan lebih banyak memperlihatkan maklumat luar linguistik dan pandangan peribadi
penyusun berbanding maklumat linguistik (Nor Azizah, 2000: 868).
Dari aspek ilmiah, peranan kamus pula sudah tidak lagi bersifat deskriptif semata-
mata, tetapi juga bersifat preskriptif. Kamus dilihat perlu memberi panduan terhadap sifat
dan penggunaan sesuatu kemasukan. Bukan setakat merekodkan makna istilah, tetapi juga
memberi panduan dari aspek penggunaan seperti konteks dan nahu dalam ayat. Selain itu
ia memberi panduan kepada kaedah sebutan. Di dalam era perkembangan bahasa akibat
letusan teknologi maklumat yang berkembang pesat, peranan kamus dilihat semakin
penting. Akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, banyak istilah-
istilah asing yang perlu diterjemah. Namun bagi istilah-istilah asing yang baru dicipta,
sesetengahnya tidak sesuai dengan istilah Melayu sedia ada. Maka peranan preskriptif
kamus dalam aspek menerangkan dan mendidik perlu juga merangkumi aspek
memperkenalkan istilah-istilah baharu.
Bahasa Melayu mengamalkan beberapa jenis proses penerbitan kata –
pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman (mewujudkan kependekan
kata). Setiap proses ini pula mengandungi beberapa sub-kategori; misalnya penggandaan
penuh, penggandaan separa, penggandaan beritma. Ada di antaranya pernah tetapi kini
tidak lagi produktif seperti Imbuhan sisipan. Manakala sesetengahnya pula kekal produktif,
misalnya pemajmukan (Zubaidi Abas, 2000). Menurut Zubaidi, pemajmukan adalah satu
kaedah yang telah lama dipraktikkan bagi mewujudkan istilah baharu dalam bahasa Melayu
dan bahasa lain. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa dalam menerbitkan
istilah-istilah baharu, pemajmukan harus diutamakan selain proses penerbitan kata yang
21
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
lain, kerana bukan saja ia praktikal malah berkesan dalam menyampaikan maksud istilah
baharu itu.
Jika penciptaan istilah menjadi cabaran kepada perkamusan, maka tumpuan perlu
diberikan kepada bidang-bidang yang berkembang pesat. Antaranya bidang sains komputer
dan teknologi maklumat. Ini kerana saban hari begitu banyak istilah-istilah baharu yang
wujud dalam bahasa asing (terutamanya bahasa Inggeris) akibat daripada perkembangan
pesat teknologi maklumat seperti di negara-negara Barat yang menggunakan bahasa
Inggeris. Oleh sebab penggunaan bahasa Melayu juga perlu dititikberatkan, maka bahasa
Melayu perlu turut sama melahirkan istilah-istilah yang sepadan dengan istilah baharu dalam
bahasa asing. Walaupun perkembangan masyarakat Melayu masih agak ketinggalan,
peranan mencipta istilah baharu tidak harus dipermudahkan dengan meminjam terus istilah
asing. Tetapi seandainya perkamusan lebih memilih untuk terus bersikap pasif (menunggu
istilah mantap), maka akan lebih banyak istilah Inggeris yang di’Melayu’kan berbanding
istilah asli Melayu yang dijana semula.
Sebagai kesimpulan, perkamusan bahasa dan istilah Melayu bukanlah satu bidang
yang baharu. Walaupun pada awalnya ia dipelopori oleh bangsa bukan Melayu,
perkembangan bidang perkamusan Melayu menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi
antara bahasa yang penting kepada masyarakat dunia. Hasil daripada perkembangannya,
bidang perkamusan istilah Melayu sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan melalui
kewujudan Kamus Dewan pada tahun 1970 sebagai kamus standard bahasa Melayu.
Namun perkembangan ini juga mengungkap pelbagai permasalahan, isu dan cabaran yang
perlu ditangani dalam bidang perkamusan, terutama bidang leksikologi.
Selain penting kepada perkembangan bidang bahasa Melayu dalam masyarakat,
perkembangan bidang perkamusan Melayu juga sangat penting kepada perkembangan
bidang sains komputer khususnya bidang linguistik terkomputasi. Bidang ini banyak
bergantung pada sumber-sumber dalam bidang perkamusan dan leksikografi seperti korpus
dan leksikon. Dengan adanya perkembangan bidang perkamusan yang menyediakan
bahan-bahan sumber untuk penyelidikan, dapat membantu usaha penyelidikan bidang
linguistik terkomputasi. Pada masa yang sama, hasil penyelidikan ini akan membantu pula
meningkatkan kecekapan dalam bidang perkamusan melalui perkembangan teknologi
perisian berkaitan linguistik.
22
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
4.0 REFLEKSI
Bersyukur saya kehadrat Allah yang telah memberi keizinan, kesihatan dan peluang
kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanah kepada saya.
Dalam tugasan kerja kursus BMM3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa
Melayu saya telah diberi tugasan bagi memenuhi syarat wajib lulus bagi semester
keenam Program Pengsiswazahan Guru.
Tugasan ini sebagaimana biasa telah diberikan oleh Encik Abd Ramli Bin
Sanusi diperingkat awal bagi membantu saya menyediakan tugasan ini. Tugasan
ini menyediakan guru seperti saya dengan ilmu pengetahuan tentang semantik, fitur
makna, makna leksikal, makna ayat; perubahan semantik, teori pembuktian;
ketaksaan dan kekaburan makna; makna peribahasa; peristilahan, sumber istilah,
skema tatacara pembentukan istilah, aspek tatabahasa dan semantik peristilahan
bahasa Melayu, istilah singkatan, lambang, dan ejaan.
Untuk tugasan pertama, saya diminta menghuraikan jenis-jenis makna yang
terdapat dalam petikan yang diberi. Untuk itu, saya mengenalpasti perkataan yang
boleh digolongkan mengikut jenis makna. Dalam tugasan ini saya telah memperolehi
maklumat melalui buku-buku rujukan milik persendirian dan kawan-kawan serta
melalui internet. Saya dapati terdapat banyak buku dan laman web yang
menerangkan tentang jenis-jenis makna. Namun pengetahuan yang kurang tentang
tajuk semantik menyebabkan saya berasa sukar untuk mengenal pasti perkataan
dan jenis makna perkataan tersebut.
Tugasan seterusnya ialah menganalisis tentang ketaksaan ayat berdasarkan
contoh yang diberi. Saya mengambil masa yang lama untuk memahami kehendak
soalan . Namun berdasarkan penerangan awal yang yang diberi oleh pensyarah
saya cuba mengaitkannya dengan teori Comsky . Teori ini menjelaskan bagaimana
tiga proses transformasi iaitu menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan
mengubah atau menyusun semula frasa ayat boleh dibuat untuk menjadikan ayat itu
lebih baik dan gramatis.
23
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
Untuk tugasan ketiga saya , say cuba mengaitkan dengan bagaimana
sesuatu bahasa itu mengalami pemodenan bahasa dari segi penggunaan imbuhan,
kata nama, kata kerja,, kata adjektif dan kata bilangan. Seterusnya diperlihatkan
bagaimana sumbangan Kamus Dewan terhadap perkembangan bahasa Melayu
yang menjadi penunjang terutamanya kepada perbendaharaan kata bahasa.
Oleh itu pengetahuan mengenai semantik dalam bidang psikolinguistik amat perlu
diketahui oleh guru-guru Bahasa Melayu khususnya. Melalui pengetahuan ini, sedikit
sebanyak akan dapat memperkembangkan ilmu mengenai Bahasa Melayu dan juga
proses pengajaran bahasa Melayu akan berjalan dengan lancar serta teratur. Tanpa
pengetahuan mengenai ilmu semantik seseorang guru Bahasa Melayu tidak akan
dapat memperlengkapkan pengajaran bahasanya. Hal ini kerana, dalam proses
pengajaran bahasa maklumat-maklumat tentang perbendaharaan kata itu tetap
berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, dalam pembelajaran semantik dan istilah ini juga penulis dapat
memperoleh dan menambah ilmu yang baru terhadap bidang ini. Penulisan ini telah
memperjelaskan makna dari sudut linguistik, iaitu makna kata, frasa, dan ayat
masing-masing mempunyai makna yang berbeza-beza. Tambahan lagi, ada juga
dijelaskan bagaimana sesuatu kata, frasa, dan ayat tersebut memperoleh makna
kata, frasa dan ayat. Seterusnya, dapat mengetahui secara terperinci hubungan
khusus makna dengan kata yang disebut sebagai sinonimi, antonimi, homonimi, dan
hiponimi. Melalui penjelasan aspek semantik yang mendalam melalui pembacaan-
pembacaan dapat membantu penutur memilih kata, frasa dan ayat secara lebih
spesifik dalam perbualan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Kata orang jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa
hadapan, lihatlah generasi muda kita sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan
merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan
aspirasi Negara. Dalam hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan
seperti tapak tempat menyemai benih generasi masa depan. Manakala kurikulum
sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa
mereka. Oleh itu, jika hendak menyemai apa-apa juga aspirasi Negara dan
24
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
membentuk generasi masa depan mengikut acuan kita sendiri, di sinilah tempatnya,
begitu juga dalam usaha kita hendak memartabatkan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam
Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka yang lalu ada benarnya. Menurut beliau, pembudayaan bahasa Melayu
melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada
prasekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu
diberi kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun
bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu:
1. Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam
proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa
Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996 dan
2. Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi
melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti
bahasa sembang intenet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (sms) tidak
sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.
Mungkin pada dasarnya saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang
baru dan mungkin telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun dari
segi pelaksanaan dan penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya,
meskipun telah lima puluh tahun lebih kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk
pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan
kita dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan bandingan saranan
beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika sudah ada, mantapkan
dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan.
Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan haruslah dimulakan
pada peringkat awal prasekolahan lagi, jangan sesekali membenarkan pihak sekolah
mengecilkan ruang masa untuk pelajar mempelajari bahasa Melayu. Bahkan pada
25
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
peringkat sekolah menengah pula pelajar harus ditekankan lagi peri pentingnya
bahasa Melayu untuk pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Jangan sewenang-wenangnya mengatakan cukup sekadar mendapat kepujian
dalam bahasa Melayu untuk melayakkan pelajar lulus dalam peperiksaan yang
diduduki tetapi semai dan tanam perasaan cinta kepada bahasa Melayu agar
mereka tidak merasa malu untuk terus bertutur dan menggunakan bahasa Melayu.
Hakikatnya kini terdapat segelintir pelajar lepasan sekolah yang merasa malu
untuk bertutur dan menggunakan bahasa Melayu kerana sikap mereka yang terlalu
mengagungkan bahasa asing. Bahkan dalam satu keadaan terdapat pelajar yang
secara terus terang mengatakan tidak faham sekiranya pengajaran di dalam kelas
disampaikan dalam bahasa Melayu walaupun zaman persekolahan mereka bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar. Adalah mustahil untuk menerima hakikat pelajar
yang baru meninggalkan zaman persekolahan dalam masa tidak sampai satu tahun
sudah melupakan bahasa Melayu.Jadi melalui pededahan dan pembelajaran yang
diperolehi daripada guru dapat menyuntik semangat pelajar di sekolah supaya tahu
menghargai bahasa kebangsaan.
Kesimpulannya, sebagai penutur jati bahasa Melayu adalah menjadi
keutamaan untuk mempertingkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu
dalam pertuturan dan penulisan seharian bagi memberi pengiktirafan yang
sewajarnya kepada bahasa yang telah lama wujud
Sekian, wasalam
NORYATIMAH BT ISMAIL
690727015774
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor,
26
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
5. BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1992). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdullah Yusof et. al., (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Adn. Bhd.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari.(2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan. (2012). BML 3083 Semantik dan Pragmatik
Andrian Akmajian et al. (1995). Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:Percetakan Ti, Kuala Lumpur
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D). (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.
Asmah Haji Omar. (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.
Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu mutakhir. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.S, Widjono. (2007). Bahasa Indonesia Mata Kuliah Pengembangan Kepribadian di Perguruan Tinggi. Jakarta: PT Grasindo
Indirawati Zahid. (1995). “Semantik Leksikal dalam Peribahasa Melayu”. Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan, (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Linguistik, (1997). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan
Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, & Nurul Huda Mohd Saad. (2010). Peluasan makna imbuhan BeR-: Analisis semantik kognitif. GEMA Online™ Journal of Language Studies 10(1), 103-123.
Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). (1997). Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
27
BMM 3111 Sematik dan Peristilahan Bahasa Melayu]PPGJUN2011/ SEMETER 6
S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1988. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka
Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chomsky, N. 1965. Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge, MA: MIT Press.
Chomsky, N. 1968. Language and Mind. New York: Harcourt, Brace & World.
28