hbae3103 730324105752002 neela
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2012
HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL
NAMA : NEELA A/P MYLVAGANAM
NO. MATRIKULASI : 730324105752002
NO. KAD PENGENALAN : 730324-10-5752
NO. TELEFON : 016-3740724
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : Shah Alam Learning Centre
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
Penghargaan 3
Pengenalan 4 - 5
Kraf Tradisional 5 - 11
Rumusan 12
Rujukan 13 - 14
2
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya melafazkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang illahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat saya memyempurnakan tugasan ini. Saya
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor semuka dan
rakan – rakan seperjuangan yang membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan warga sekolah
saya yang sentiasa memberi tunjukajar dan semangat kepada saya.semoga segala jasa
dan budi mereka dapat dibalas dengan seikhlasnya.
3
1.PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, seni ditakrifkan sebagai karya, yang
dihasilkan melalui hasil bakat seseorang. Manakala kesenian pula, dinyatakan sebagai perihal
seni yang berkaitan dengan seni atau keindahannya, iaitu kehalusan. Kesnian atau seni
mempunyai empat cabang utama. Ia boleh dibahagikan kepada seni suaara, seni gerak, seni
rupa dan permainan tradisional. Herbert Read (Wikipedia) merumuskan bahawa kesenian
adalah satu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan
daripada estetika. Seni suara boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu seni vokal yang
tertumpu kepada pengahasilan suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung
dengan muzik. Yang kedua ialah seni muzik. Sejak dahulu lagi seni muzik menjadi tarikan
kepada manusia. Ia tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera pengelihatan, tetapi
dirasai dengan hati atau perasaan. Pergerakan tubuh badan yang mempunyai umsur
keindahan tergolong dalam seni gerak. Segala pergerakan kaki, tangan, mata, badan dan
angota badan yang lain memaparkan seni gerak. Seni gerak Orang Melayu dapat dibahagikan
kepada seni tari dan seni drama. Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan
yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran,
anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka mencipta beberapa permainan bagi mengisi masa lapang mereka atau sebagai sukan
rakyat. Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan
dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan
sebagainya. Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan
Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi
manusia itu sendiri.
Kesenian Orang Melayu juga mempunyai ciri-ciri dan elemen kesenian Islam. Islam
merupakan agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada semua manusia tanpa mengenal
bangsa berpandukan al-Quran. Keunikan seni Islam nyata terserlah apabila budaya barat
menafikan hubungan seni dengan agama. Tetapi dalam Islam, seni dianggap sebagai sesuatu
yang ideal dan moral. Kesenian Islam menekankan kerangka dasar yang menyeluruh dan
meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia.
Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni
4
juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan. Kesenian Islam
menitikberatkan lima prinsip atau ciri-ciri yang utama. Dari segi agama Islam, seni hendaklah
mengangkat dan memartabatkan insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan
dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Dengan menjadikan alam sekitar sebagai galeri,
manusia menjadi seinman yang menggarp segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh
kepada keredhaan Allah swt. Kesenian Islam juga mementingkan persoalan akhlak dan
kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
Kesahihan Islam menyebabkan kesenian bergantung kepadanya dengan menghubungkan
keindahan sebagai nilai. Semua benda di dunia ini adalah cipataanNya. Begitu juga dengan
kesenian Islam, yang terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan
SyariatNya. Ini bererti kesenian itu perlu berada di dalam lingkungan wahyu tersebut. Hal ini
memberi keunikan kepada kesenian Islam dari kesenian bukan Islam. Kesenian Islam adalah
universal dan menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar, sesama manusia dan
makhluk. Syarat utama kesenian Islam adalah, seni tersebut perlulah bersifat seni untuk
masyarakat dan bukanya seni untuk seni. Tiga hukum peru dipatuhi dalam kesenian Islam.
Wajib, bermaksud, jika kesenian itu diperlukan oleh muslim, yang mana tanpanya seseorang
individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan
mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik
orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. Apabila seni itu digunakan untuk
membantu atau menaikkan semangat umat Islam eperti dalam nasyid, qasidah dan selawat
kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau
seni lagu (tarannum) al-Quran, ia tergolong dalam hukum sunat. Hukum Markuh
menekankan bahawa segala unsur seni yang sia-sia (lagha) perlu dielakkan. Dan jika
matlamat seni itu semata-mata untuk hiburan, maka ia dianggap haram disisi agama Islam.
2.BATIK
Menurut kajian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), seni batik merupakan sesuatu
bidang seni yang unggul di Malaysia. Ini nyata boleh dilihat apabila kerajaan mengeluarkan
pekililing mewajibkan semua kakitangan awam lelaki memakai baju batik pada setiap hari
Khamis (Bernama, 2008). Menurut ensiklopedia bebas, wikipedia, perkataan batik berasal
dari Jawa. ‘amba’ bermaksud menulis dan ‘nitik’ bermaksud membuat titik. Kain yang
mempunyai corak yang terang dan menarik dipanggil batik. Sehingga kini, tiada rekod atau
5
bukti mengenai asal usul batik. Terdapat eviden yang mengatakan bahawa batik berasal dari
India, dan ada pula pihak yang mendakwa ia dari Parsi. Pakar arkeologi menjumpai cebisan
kain yang menyerupai batik. Kain berkenaan digunakan sebagai pakai harian rakyat Mesir
pada tahun 70 Masihi. Namun, ada pihak yang menyangkal pendapat berkenaan dengan
menyatakan bahasa kain sedemikian berasal dari Kepulauan Melayu dan batik menjelajah
dari Asia Tenggara ke benua lain (Winstedt dan Skeat). Kaedah tradisional digunakan untuk
membuat batik dari abad ke 15 Masihi lagi. Masyarakat Melayu tradisional menggunakan ubi
kentang sebagai alat pengecap, tetapi pembangunan pesat yang kita saksikan sekarang
menyebabkan alatan tradisional ini diganti dengan alatan yang moden dan efisen. Batik
menjadi terkenal di negara kita pada tahun 1910 khususnya di negeri Kelantan. Tetapi, sejak
1700-an lagi, masyarakat Melayu sudah pun mahir dalam mengahsilkan Batik Pelangi. Kini,
negeri Kelantan dan Terenganu menjadi peneraju dalam industri penghasilan batik di negara
kita.
Jenis-jenis batik
Batik Blok
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik
Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan
tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui
proses penerapan lilin dan penerapan warna. Pada awalnya,
batik blok dibuat dengan menggunakan ukiran sarang acuan
kayu sebagai ‘terap hitam’. Penggunaan lilin dalam proses penerapan diperkenalkan pada
tahun 1930-an oleh pembuat batik di Pantai Timur. Perkembangan teknologi menyaksikan
acuan diperbuat daripada kepingan keluli bagi menggantikan sarang acuan kayu. Unsur yang
terdapat dalam batik blok adlah daptasi daripada alam semulajadi, sejajar dengan kesenian
Islam. Majoritinya melambangkan flora dan fauna. Corak flora adalah hasil daripada bentuk
bunga atau bahagian-bahagian tumbuhan. Motif dan corak direka supaya lebih realistik,
abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.
6
Sumber: 2.bp.blogspot.com
Batik Tulis
Jenis batik ini boleh dikatan masih baru di negara kita.
Ianya mula dikomerssialkan sekitar tahun 1960-an dan mencapai
kemuncaknya pada awal tahun 1990-an. Batik Tulis
menyaksikan negeri Kelantan dan Terenganu tidak lagi
mendominasi pengeluaran jenis sebegini. Malah kini dihasilkan
di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Melaka. Batik Tulis
dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah
yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik
dan teknik pengeluran antara kedua-duanya. Nama lain bagi Batik Tulis ialah Batik Canting.
Kain kapas, rayon, voile dan sutera digunakan bagi menghasilkan batik ini. Batik Tulis
bermotifkan tumbuh-tumbuhan serta corak geometrik. Reka coraknya juga mempunyai
pelbagai susunan mengikut permintaan semasa. Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan
menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair
yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia
mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan
dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas
pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan,
dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan
sekali lagi.
Batik Skrin
Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin
disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan
blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain
yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu
warna. Bagi memantapkan lagi proses pembuatan Batik Skrin
ini, Kraftangan Malaysia telah merancang satu pendekatan yang
berinovatif. Hasilnya ialah Sytem Atex Design, iaitu perisian menghasilkan rekacorak batik
secara pengendalian komputer yang dijangka akan mempercepat proses pengeluaran dan
menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Cara ini dapat menghasilkan rekaan dengan
baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.
Batik Pewarnaan Asli
7
Sumber: amazingtourismtraveling.com
Sumber: cahayacinta.com
Kesenian Islam mewajibkan seni itu perlulah sinonim dengan
alam. Selaras dengan itu, Batik Pewarna Asli berkonsepkan mesra
alam. Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-
tumbuhan tempatan merupakan satu alternatif dan berkonsep mesra
alam. Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaran
masyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.
3.Senibina Tradisional Melayu
Bernard Rudofsky menyatakan senibina tradisional sebagai
arkitektur pribumi, arkitektur tak bernama, arkitektur spontan,
arkitektur setempat, arkitektur luar bandar" atau disimpulkannya
"arkitektur tanpa arkitek". Ini adalah kerana skop definisi bagi
senibina tradisional adalah sangat luas. Seni bina rumah Melayu
tradisional dikaitkan dgn sifatkreatif masyarakat Melayu serta
hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Falsafah
agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut
arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum
perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu
tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah
yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional
berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Semua rumah tradisional Melayu
mempunyai binaan bumbung. Tetapi arus zaman menyebabkan ianya berubah kepada bentuk
limas atau bumbung belanda. Jenis bumbung rumah tradisional Melayu adalah berbentuk
condong untuk kesesuaian cuaca hujan dan kepanasan iklim tropika. Kesenian tradisional
Melayu dapat dilihat sepanjang tepian hujung bumbung yang dihiasi dengan papan berukir
yang menandakan kehalusan seni tersebut. Masyarakat Melayu mempunyai pandangan yang
jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya. Oleh itu, anjunh
rumah direka memenuhi pandangan tersebut. Anjung biasanya digunakan oleh kaum lelaki
untuk menjalankan aktiviti rumah seperti menganyam pukat, jaring dan lain-lain. Anjung
memainkan peranan sebagai tempat untuk berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita
lebih berada di bahagian dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung.
Falsafah yang hendak diketengahkan dalam masyarakat Melayu adalah untuk membataskan
8
Sumber: dgi.indonesia.com
Sumber: adicita.com
atau membezakan twmpat antara kaum lelaki dan wanita. Hal ini menunjukkan masyarakat
Melayu amat mementingkan adab dan tatatertib masyarakat. Ini nyata menyebabkan orang
Melayu dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Rumah ibu merupakan
salah sebuah ruang utama dalam reka bentuk orang Melayu. Ruang utama ini dipanggil
sedemikian bagi memperingati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga.
Namun, secara lazimnya ia dikenali sebagai ruang lelaki sebagai ketua dan berada di hadapan
untuk melindungi keluarganya. Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat menitikberatkan
silaturahim antara ahli keluarga agar bahagia dan harmoni. Bilik tidur memainkan peranan
sebagai bilik rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Bilik tidur anak lelaki dipisahkan dengan
anak perempuan. Ini jelas melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam
dalam hidup mereka. Seni ukiran dapat dilihat di tangga rumah, dinding, berandah dan
sebagainya. Kepingan ukiran berlubang yang terdapat pada binaan berkenaan bukan sahaja
perhiasan, tetapi juga menggalakkan pengaliran udara dan cahaya bagi menceriakan rumah
tersebut.
4.Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Masyarakat Melayu telah lama terlibat dalam
seni ukir. Seni ini dipersembahkan melalui bahan kayu
seperti ukiran lain. Tetapi yang mebezakannya ialah
bahan yang digunakan dan teknik penghasilannya.
Tambahan pula, keadaan geografi Malaysia yang kaya
dengan hasil kayu-kayan menyebabkan bidang ini
berkembang dengan begitu pesatnya. . Di samping itu
juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk
diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Sejarah seni ukir kayu dalam masyarakat
Melayu boleh dilihat dalam catatan Sejarah Melayu. Boleh dikatakan bahawa seni ukiran
telah berada dalam masyarakat melayu lebih dari 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-
orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan
seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan
peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini
peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang
diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu
9
Sumber: artworkcrew.blogspot.com
orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan
Negeri Sembilan. Dua teknik utama digunakan dalam pengahsilan seni ukiran kayu. Teknik
tersebut ialah teknik tebuk terus dan tebuk timbul. Pola ukiran juga dibahagikan kepada tiga
jenis. Pola Bujang mempamerkan bentuk yang berdiri secara asing, bebas dan tidak terikat,
berkait atau bersambung-sambung. Selalunya bentuk ini digunakan untuk menampilkan motif
bulan, bintang, matahari, kuntum bunga atau putik buah. Pola Pemidang memaparkan motif
yang mengambarkan pergerakan sedehana dan tidak berbelit-belit. Selalunya digunakan
dalam pembuatan bingkai atau pemidang. Pengabungan pola pemidang dan bujang
menghasilkan Pola Lengkap. Pola ini memberi perhatian yang penting kepada
pengumbuhaahsilan unusr tumbuhan yang merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun,
putik dan sulurnya. Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat
pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja,
binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang,
alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang
disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan
pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
5.Seni Khat (Kaligrafi)
Kaligraf, atau ertinya di bahasa Yunani, kalios yang
bermakna kepada tulisan dan graphia bermaksud coretan
atau tulisan (Wikipedia). Secara rumusnya kaligrafi ataupun
seni khat adalah seni tulisan indah. Seni khat berasal dari
dunia Arab. Ia merupakan kahazanah yang tertua yang
dimiliki oleh umat Islam hingga kini. Eviden yang
menyokong penggunaan seni khat dalam masyarakat
melayu adalah dengan penemuan batu bersurat di Terenganu sekitar tahun 1600 Masihi. Seni
khat boleh dianggap sebagai seni “transcendental”, iaitu seni yang menjangkaui pengetahuan
manusia dengan hasil seni yang diungkapkannya melalui nilai kebenaran yang kekal abadi.
Nilai kebenaran ini yang membuat seni khat itu hidup, segar dan menghayati sanubari
penonton pada setiap masa di sepanjang zaman. Tulisan ini akan membincangkan seni khat
sebagai satu bentuk ekspresi zikir visual, kerana ianya dibaca dan dikaitkan terus menerus
dengan ayat-ayat al-Qur’an. Ini adalah kerana zikir visual itu mengutarakan kepada perkara-
10
Sumber: 4bp.blogspot.com
perkara yang menyentuh tentang ketuhanan yang berkait dengan gegiatan berwirid. Seni khat
bukan sahaja setakat seni, malah melambangkan kehalusan seni dan ketamudunan yang
tinggi. Erti kata seni khat dan cara pembentukkanya dalam bahasa Arab adalah garisan
geometri. Disiplin bentuk khat dan kadar banding hurufnya dikuasai oleh bidang matematik.
Ini jelas dapat dilihat dalam tulisan khat yang bermaksud ‘Allah’, di mana, bentuk bintang
dapat dihasilkan dengan penghasilan segiempat menggunakan tulisan berkenaan. Banyak
kreativiti digunakan dalam penyusunan tulisan khat seperti bersegi, bulat malah dalam bentuk
burung. Ilmu yang diperoleh melalui seni khat ialah ajaran tauhid, yang merujuk kepada
kebenaran dan keindahan Allah yang maha besar. Titik permulaan seni khat adalah ketika
Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan ia merupakan
seni islam yang terawal sekali. Ini membuka jalan kepada masyarakat Islam untuk
memberikan perhatian yang serius kepada bacaan dan tulisan. Peredaran masa menyaksikan
tulisan berkenaan diperkembangkan lagi menjadi sesuatu yang bersistematik dan menarik
lantaran keindahan gaya serta lengokan bentuk huruf-
hurufnya. Akan tetapi, pernanan agung seni khat ialah
menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam yang
menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak
dapat dipisahkan dari al-Quran itu sendiri. Seni khat Islam
menekankan tauhid secara estetik samaada dari segi isi
maupun bentuknya. Ianya digunakan sebagai salah satu
motif abstrak penting bagi menghasilkan rekaan corak yang
berbentuk infiniti. Kini tulisan khat banyak dapat dilihat pada struktur bangunan masyarakat
Melayu dan ada yang menyimpannya sebagai hiasan dalam bingkai gambar.
6.Rumusan
Islam mengharamkan seni yang bermatlamatkan hiburan, keduniaan ataupun
keseronokan. Terdapat garis panduan yang jelas dalam Islam yang menyarankan bahawa
kesenian itu sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Dan manusia
11
Sumber: 2bp.blogspot.com
mengemudikan seni mengilut fitrah mansuia yang sedia ada berlandaskan sempadan syariah
demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang
yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam perlu mengabdikan dirinya kepada
Allah dengan menjurus ke arah ajaran tauhid. Perkara-perkara ma’ruf, halal, dan akhlak
mulia harus dipertengahkan pada bila-bila masa dalam kesenian Islam. Fungsi seni tidak
kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan
rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan
penciptaanNya. Kesenian Islam yang membuka ruang kepada pembentukkan seni tradisi
orang Melayu. Maka, konsep Islam terdapat dalam kesenian Melayu malah ajarannya juga
disemadikan dalam setiap hati umat Islam di negara ini. Kesenian tersebut melambangkan
keagungan Islam dan masyarakat Melayu yang melintasinya setiap kali akan senantiasa
dingatkan supaya sentiasa akur dan patuh kepada keagunganNya.
2596 patah perkataan
Rujukan
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/batik-buatan-malaysia.html
12
http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php
http://bobezani.tripod.com/budaya.htm
http://impak.uitm.edu.my/?page_id=1208
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=308030
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1345/1/JOHAN_BIN_ABDUL_85_24.pdf
http://www.hbp.usm.my/wburhan/arkitektursbina.htm
http://resam-melayu.com/2010/08/rumah-melayu-tradisional.html
Rudofsky,B. Architecture Without Architects: A Short Introduction to Non-Pedigreed
Architecture. Doubleday, 1964
Wan Burhanuddin, The Malay House: Rationale and Change, 1981
http://kini2u.com/v1/tag/senibina-rumah-tradisional/
http://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/evolusi%20bentuk%20dan%20
makna%20dalam%20simbolisme%20seni%20bina-dr.%20sabrizaa.pdf
13
http://penerbit.upsi.edu.my/website_e-jurnal/bahan/Jurnal%20Peradaban%20Melayu
%20No.3/chapter7/bab%207%20Seni%20dalam%20tamadun%20melayu.pdf
http://diwanikraf.com/tag/seni-khat/
http://callidesign.blogspot.com/
.
14