hbef 2303.docx

30
SHARULSALIZA BINTI JALALUDIN HBEF 2303 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2014 HBEF 2303 ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION NO. MATRIKULASI : 790416085976001 NO. KAD PENGENALAN : 790416085976 NO. TELEFON : 0175088225 E-MEL : [email protected] NAMA : SHARULSALIZA JALALUDIN PUSAT PEMBELAJARAN : PPT SANDAKAN 1 | Page

Upload: salizajalaludin

Post on 18-Nov-2015

361 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

SHARULSALIZA BINTI JALALUDIN HBEF 2303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2014

HBEF 2303

ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION

NO. MATRIKULASI : 790416085976001NO. KAD PENGENALAN: 790416085976NO. TELEFON: 0175088225E-MEL: [email protected]: SHARULSALIZA JALALUDINPUSAT PEMBELAJARAN: PPT SANDAKAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN . 2 -3

KAJIAN ILMIAH4 6

PEMILIHAN APLIKASI..7 12PENILAIAN SUMATIF13 18RUMUSAN ..20RUJUKAN .21

PENGENALANPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran. Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi. Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi. Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet. Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi social. Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain maklumat yang diperolehi di pasaran. Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya. Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesanperkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja. Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi. Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi merealisasikan hasrat kerajaan. ( diadaptasi dan ubahsuai darihttp://abubakar69.blogspot.com/)KAJIAN ILMIAH

Di sini disertakan beberapa kajian ilmiah yang telah di buat oleh beberapa orang tokoh yang mempunyai kredibiliti dalam bidang pendidikan tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring perkembangan teknologi. Perisian pemprosesan perkataan amat popular dandigunakan dengan meluas dalam kursus-kursus penulisan. Keupayaan pemprosesan perkataan memudahkan melaksanakan kerja-kerja penulisan dengan cekap dan pantas.Kajian telah dijalankan untuk melihat tahap kemahiran pelajar dan persepsi merekaterhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran penulisan. Hasil kajianmenunjukkan bahawa kemahiran menggunakan perisian aplikasi komputer amattinggi dan pelajar banyak menggunakan komputer dalam penghasilan tugasan dan pencarian maklumat.Pelajar banyak menggunakan pemprosesan perkataan untuk menghasilkan tugasan mereka dan Internet pula digunakan untuk mencari bahan rujukan. Proses perkataan ini dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran menulis mereka .Sebagai pelajar universiti berbagai-bagai bentuk penulisan perlu disiapkan dan ini memerlukan mereka menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan dengan cepat. Pelajar-pelajar didapati lebih senang mengikuti pengajaran melalui komputer dan pengajaran berbantukan multimedia dapat membantu mereka dalam penulisan. Ini menunjukkan pengajaran berbantukan multimedia sangat berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar menggunakan komputer untuk mencari makluma tatau bahan seperti jurnal dan artikel secara online. Guru-guru dan para pelajar juga sering menggunakan internet untuk tujuan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari kajian yang dijalankan menunjukkan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam empat perisian aplikasi, iaitu pemprosesan perkataan, Internet dan grafik serta persembahan. Para pelajar banyak menggunakan pemprosesan perkataan untuk menghasilkan tugasan mereka sementara Internet digunakan dalam pencarian bahan rujukan dan mengumpul maklumat. Penggunaan komputer dalam penulisan menunjukkan hasil yang tinggi. Komputer memudahkan pelajar membuat tugasan dengan format yang baik dan kerja-kerja menyunting dan mengedit menjadi lebih mudah. Penggunaan komputer hanya berkesan dalam proses penulisan berbanding sebagai alat mencari maklumat. Ini adalah kerana didapati masih ramai pelajar mencari bahan secara manual di perpustakaan walaupun ramai yang bersetuju mengatakan mencari maklumat melalui komputer lebih mudah dan pantas.Daripada kajian tersebut memperlihatkan pelajar-pelajar lebih banyak menggunakan komputer sebagai alat memproses perkataan berbanding sebagai alat mencari maklumat. Dalam dunia IT sekarang, proses pengajaran dan pembelajaran mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Kerja-kerja mencari maklumat untuk penulisan amat mudah dengan adanya kemudahan komputer daninternet kerana WWW berfungsi sebagai perpustakaan maya yang menyajikan pelbagai jenis maklumat. Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa penggunaan komputer dalam penghasilan tugasan dan pencarian maklumat adalah positif. Walaupun masih terdapat sebilangan pelajar masih suka mencari maklumat secara manual di perpustakaan.( http://www.academia.edu/)Menurut Thompson (2001), teori dan model pengajaran akan membimbing pembangun dalam mempercepatkan proses membangunkan bahan, membantu dalam komunikasi dengan ahli kumpulan perekabentuk dan meliputi semua fasa rekabentuk pengajaran (Rio Sumarni Shariffudin, 2007). Model ini mengandungi tiga fasa yang utama iaitu Need Assesment Phase (Fasa Analisis Keperluan), Design Phase (Fasa Rekabentuk) dan Develop & Implement Phase (Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan). Di samping itu, setiap fasa tersebut akan melalui proses penilaian dan penyemakan yang dilaksanakan secara berterusan. Shaharuddin & Nor Afizah (2007) dalam kajiannya telah membina sebuah perisian menggunakan model Hannafin & Peck telah berjaya menghasilkan perisian yang dapat menarik minat pelajar, meningkatkan motivasi pelajar serta dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam memahami konsep-konsep berkaitan dengan tajuk Perimeter and Area. Sarimah (2007) juga berjaya membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dengan menggunakan model Hanaffin & Peck yang berperanan menarik minat pelajar disamping mengukuhkan kefahaman pelajar. Selain itu, model ASSURE juga popular di kalangan pereka bentuk perisian atau bahan pengajaran. Model ASSURE berdiri di atas enam langkah iaitu bermula dengan langkah menganalisis pelajar, menyatakan objektif, memilih kaedah,media dan bahan, menggunakan media dan bahan, mendorong penglibatan pelajar dan langkah terakhir menilai dan menyemak (Heinich, 1982). Kajian oleh oleh Zaleha & Suhanim (2010) mendapati penggunaan model ASSURE dalam web portal yang dibangunkannya telah berjaya menghasilkan bahan yang baik dari aspek isi kandungan, penilaian, maklum balas, pembelajaran kendiri, komuniti pembelajaran, pengantaramuka, pedagogi dan navigasi. Zamri & Nur Aisyah (2011) juga membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer dalam kajiannya dengan menggunakan model ASSURE dan digabungkan dengan model Hanaffin & Peck. Hasilnya perisian yang dibangunkannya berjaya membantu proses pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif. Model ADDIE merangkumi lima fasa iatu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Model ini merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang sistematik dalam penghasilan bahan pembelajaran berkomputer yang berkesan dan mesra pengguna (Baharuddin et al., 2002). Hasil kajian yang dilakukan oleh Johari, Nor Hasniza & Mohamad Yusof (2006) menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan oleh mereka menggunakan model ADDIE berjaya memberi impak yang positif sebagai alat pembelajaran tambahan. Abd.Wahid & Mohammad Faizal (2010) turut mengaplikasikan model reka bentuk ADDIE dalam perisian mereka. Hasil pengujian terhadap perisian tersebut mendapati ianya memenuhi ciri-ciri multimedia interaktif serta memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Megat Aman & Nurul Shuhadah (2010). Model ADDIE yang digunakan berjaya menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu model berasaskan produk iaitu Model Bergman and Moore (1991) merupakan model yang khusus untuk menjadi panduan dalam menguruskan projek penghasilan produk interaktif multimedia. Ianya sesuai untuk aplikasi penghasilan produk multimedia untuk pengajaran yang interaktif. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui dalam proses penghasilan multimedia berasaskan model ini iaitu; analisis, rekabentuk, membangunkan, penghasilan, pengarangan dan penilaian. Selain itu, model Dick and Carey model yang dicadangkan oleh Lee dan Owens (2000) juga adalah sesuai untuk diaplikasikan dalam pembinaan perisian multimedia. Namun ianya melalui fasa berbeza iaitu hanya rekabnetuk dan pembangunan.

PEMILIHAN APLIKASISiri Belajar Membaca dihasilkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran suku kata Bahasa Melayu peringkat awal. Siri ini dirancang dengan teliti dan dihasilkan berdasarkan program Linus KSSR. Pengajarannya yang berpusatkan kanak-kanak dipersembahkan dalam bentuk sistematik supaya kanak-kanak dapat menguasai asas membaca dengan lebih mudah. Siri Belajar Membaca juga disertakan dengan latihan pengukuhan yang menguji kemahiran suku kata dan asas membaca kanak-kanak. Aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat turun sehingga 30 Nov 13. Selepas itu, caj sebanyak US$ 0.99 akan dikenakan untuk versi baru yang dinaiktaraf. Walau bagaimanapun, pengguna yang memuat turun sebelum 30 Nov 2013 masih dapat menikmati aplikasi ini secara percuma.

Kandungan:

- Pelajaran 1: Menamakan, membunyikan dan menuliskan huruf vokal (V)

- Pelajaran 2: Menamakan dan menuliskan huruf konsonan (K)

- Pelajaran 3: Membunyikan suku kata terbuka KV

- Pelajaran 4: Membunyikan suku kata tertutup KVK

- Pelajaran 5: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi suku kata terbuka KV

- Pelajaran 6: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi suku kata tertutup KVK

- Pelajaran 7: Membunyikan suku kata tertutup ng

- Pelajaran 8: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi suku kata tertutup ng

- Pelajaran 9: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi diftong KVV

- Pelajaran 10: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi vokal berganding

- Pelajaran 11: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi digraf kh, ng, ny, sy

- Pelajaran 12: Membaca perkataan dan ayat yang mengandungi konsonan bergabung

- Pelajaran 13: Membaca perkataan dan ayat berimbuhan awalan dan akhiran

- Pelajaran 14: Membaca dan memahami ayat berdasarkan petikan

Ciri-ciri:

- Perkataan dan ayat ditulis dengan dua warna bagi memudahkan pelajaran

- Audio jelas dan berkualiti

- Grafik menarik

- Aktiviti ulang kaji

- Murid perlu menguasai sesuatu pelajaran sebelum beralih ke pelajaran yang seterusnya

Perisian ini dinamakan sebagai Belajar Membaca yang dihasilkan oleh Unik Edu Solution.

Penilaian Sumatif Perisian.

1.0 Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran banyak digunakan dalam institusi pendidikan . Pengajaran berasaskan komputer meninggalkan beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Oleh kerana penggunaan komputer dalam pengajaran semakin diperluaskan , penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar ianya benar-benar dapat memberikan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian bertujuan untuk mengukur sama ada tercapainya objektif pembinaan perisian PPBK. Penilaian perisian PPBK ini memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa yang hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan menjalankan penilaian ini serta sasaran penilai. Penilaian perisian pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang dihasilkan benar-benar dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi pereka perisian atau pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu penghasilan bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu. Penilaian perisian PPBK ini merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk pengajaran ,grafik ,cirri-ciri teknikal dan instrumen penilaian yang disediakan untuk kegunaan penilai. 2.0 Rancangan PenilaianMenurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu,a) melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat pentingb) mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.c) Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada .d) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.Menurut Norhashimah (1996) tumpuan penilai apabila menilai sesebuah perisian kursus ialaha. ) senang untuk diedarkan kepada pelajar.

b. ) mempunyai dokumentasi yang lengkap.

c. ) mempunyai panduan pengguna yang jelas.

d. ) skrin yang ramah pengguna.

e. ) menggunakan ruang ingatan yang optima.

f. ) dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan komputer ini mengambil kira isi kandungan perisian yang dibina. Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan kepada pelajar, mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau implisit,aspek nilai-nilai murni dan ketepatan isi kandungan. Aspek pedagogi juga dipertimbangkan seperti maklumbalas perisian terhadap pelajar semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada pengguna. Penilaian perisian kursus ini akan dilaksanakan melalui penilaian sumatif dan penilaian formatif. Menurut Flagg(1990) penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu perisian atau bahan.Penulaian terhadap perisian ini dijalankan semasa pembangunan dan juga semasa proses pembaikan perisian melalui kaedah temubual,pemerhatian dan analisa rekod. Pengunpulan data akan dilakukan secara tidak formal dan ianya dilakukan secara berterusan bagi setiap langkah pembangunan perisian. Penilaian formatif dilakukan untuk menilai bahan-bahan interaktif seperti hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan maklumbalas dan interaksi dikalangan pengguna. Penilaian sumatif pula akan digunakan untuk mengumpul maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang penggunaan . Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat penghasilan dan penggunaan sesuatu perisian. Dalam penilaian sumatif kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh sasaran penilaian. Penilai sasaran terdiri daripada

c) Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran matapelajaran perkakasan Komputer akan memberikan maklumbalas mengenai perisian ini dengan mengisi borang senarai semakan yang disediakan. Satu sesi temubual akan dilakukan oleh penulis dengan guru berkenaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai mutu perisian, kesesuaian kandungan ,grafik,audio , kesesuaian perisian .i. Kandungan tajuk yang sedang dipelajariii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.ii. Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaraniii. Bahan bantu mengajar yang digunakan.iv. Proses penilaian yang dilakukan . v. Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran pembelajaran

b) PemerhatianPreose pemerhatian akan dibuat oleh penulis terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer . Satu senarai semak akan digunakan oleh penulis semasa proses pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini pemerhati hanya perlu merekodkannya pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses pembelajaran asas perkakasan komputer bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas ini. Pemerhatian berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh penulis yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah :i. Tindakbalas pelajar semasa proses pembelajaran. ii. Cara pensyarah merangsangkan pelajar.iii. Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami proses kerja.iv. Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan bahasa Inggeris.v. Cara pensyarah mengendalikan alat bantuan mengajar.vi. Cara pensyarah menilai kefahaman pelajar.vii. Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada mereka.viii. Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.xi. Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.x. Kesan strategi pengajaran yang diguna Kandungan perisian tersebut sesuai dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran dan mencapai objektif. Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak kurikulum pendidikan.

.c) Penerapan Nilai MurniTerdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam perisian seperti : menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam menyelesaikan sesuatu tugas Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal untuk mendapat dan menyampaikan maklumat Memandang tinggi sumbangan multimedia d) Pensebatian Unsur-Unsur KBKK Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan yang dibuat dengan bantuan perisian Kebolehan membuat bandinganbeza. e) Kesesuaian KandunganKandungan perisian menepati kandungan kurikulumIsi kandungan menepati dan boleh mencapai objektif yang dinyatakanPerisian ini tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaanPenggunaan bahasa Malaysia yang mudah dan sesuai dengan sasaran

a) Perisian ini sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran sepertimana yang telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana terdapat sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar seperti mendapatkan perhatian menyampaikan objektif pelajaran mengingatkan semula pelajaran lepas menyampaikan objektif pelajaran memberikan contoh yang baik dan sesuai memberikan latihan mendapatkan maklumbalas Memberikan ujian untuk mengukur prestasi Menyediakan aktiviti pengayaan b) Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaranc) Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan dengan objektif pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.d) Perisian juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan minimum daripada guru.e) Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna yang sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk meningkatkan motivasi pelajar.f) Perisian ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.g) Kesuaian maklumbalas adalah sesuai dengan objektif pengajaran. Jenis maklumbalas terdapat dalam perisian ialah bermaklumat,maklum balas motivasi dan maklumbalas pengesahan.h) perisian ini mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.i) panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara-cara menggunakan perisian .j) Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain dan boleh berhenti bila-bila masa dan boleh meneruskan semula pelajaran.k) Arahan atau panduan disediakan jelas,ringkas teratur ,konsisten .l) Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan objektif pengajaran.m) Terdapat unsur-unsur kreativiti dan Inovarif dalam perisiann) Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna dan komputer saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif pengajaran.o) Elemen navigasi menggunakan pendekatan metafora dinamik , perpetual unique navigation ,misalnya menutama menggunakan topik sebenar dalam sub menu, subtopik. g) Reka Letak ( Gaya persenbahan) a) Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan dipaparkan pada skrin.

b) Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.

c) Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz font kontras dengan latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.

d) Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan perisian komputer. Imej statik digunakan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek,fakta atau konsep.

e) Pemilihan corak latarbelakang yang mengambilkira perkara berikut.

Kapasiti paparan warna pada monitor

Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian

Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian kursus.

f) Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik antara latar belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak lebih daripada empat warna dalam satu skrin.

RUMUSANKajian ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran tentang penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar sekolah rendah. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran masih di tahap sederhana. Walaubagaimanapun guru-guru memberi pandangan yang positif terhadap peranan perisian multimedia dalam pendidikan. Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian multimedia tetapi itu bukanlah halangan dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini menunjukkan guru ini bersikap positif terhadap penggunaan perisian kursus bercirikan multimedia dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sebilangan besar di kalangan mereka berpendapat bahawa penggunaan multimedia juga dapat memberikan keyakinan dan keseronokan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus berkaitan multimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan, penyelidik yakin tahap pendidikan negara akan berkembang seiring dengan teknologi kini.

RUJUKANAbd Wahid, Mohammad Faizal Naharuddin. (2010). Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS). Skudai ,Johor: UTM. Atan Long. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azhar Muhammad, Siti Maisarah Bahrun. (2010). Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Modal Insan. Skudai, Johor: UTM. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam. (2002). Rekabentuk Perisian Multimedia. Skudai, Johor: UTM. Bergman, R. E., Moore, T. V. (1991). Managing Interactive Video/ Multimedia Projects. Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications. Carver, S., Lehrer, R., Connell, T., Erickson, J. (1992). Learning by Hypermedia Design: Issues of assessment and implementation. Educational Psychologist , 27(3), 385-404. Clark, R. a. (2004). Graphics for Learning: Proven Guidelines for Planning, Designing and Evaluating Visuals in Training Materials. Jossey-Bass Pfeiffer. Hanaffin, M. J. and Park, I. (1993). Empirically-Based Guidelines for the Design of Interactive Multimedia. Educational Technology Research & Development Journal , Vol. 41. No. (3). pp. 63-85. .

21 | Page