hbml 4203 (1)

Upload: -

Post on 10-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    1/16

    HBML 4203:Kesusasteraan Melayu

    Disediakan oleh:

    En Johny

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    2/16

    Tujuan Kertas Kerja

    Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan

    kelulusan bagi mengadakan Seminar KesusasteraanMelayu.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    3/16

    Latar belakang

    Seminar Keusahawanan merupakan

    program yang berkonsepkan

    pendidikan yang dianjurkan oleh

    Jabatan Pelajaran Daerah. Menerusi

    seminar ini nanti, peserta akan

    didedahkan dengan pengetahuan

    berkenaan ilmu Kesusasteraan Melayu

    yang sebenarnya mempunyai nilai-nilai

    keindahan bahasa yang lebih

    setanding dengan kesusasteraan

    Eropah.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    4/16

    Matlamat

    Program ini bermatlamat membentuk masyarakat yang bukan sahaja cenderung untuk

    mendalami ilmu-ilmu sains dan teknologi malah juga turut mempelajari bidang Kesusateraan

    Melayu yang dan sekaligus mampu menjadi perintis-perintis pada karya-karya yang berkualiti

    untuk tatapan masyarakat kita pada masa-masa akan datang.

    Selain itu, program ini mampu memberi pendedahan secara khusus berkenaan sejarah dan

    perkembangan, teori-teori kesusasteraan Melayu, aliran-aliran, tokoh-tokoh dan semua isu-isi

    berkaitan kesusasteraan Melayu yang kurang diketahui oleh sebilangan besar masyarakat kita

    pada hari ini.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    5/16

    Objektif

    i. Memberi pendedahan secara khusus berkenaan

    Kesusasteraan Melayu moden dan tradisional kepada

    semua peserta.

    ii. Menanam semangat cintakan seni bahasa melalui

    penghayatan nilai bahasa kesusasteraan Melayu yangtelah bertapak lama sejak berabad-abad yang lalu.

    iii. Mengubah perspektif peserta tentang kemampuan

    bidang kesusasteraan untuk berkembang jauh selari

    dengan bidang sains dan teknologi.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    6/16

    BUTIRAN PROGRAM

    Nama Program : Seminar Kesusasteraan Melayu

    Anjuran : Jabatan Pelajaran Daerah

    Tarikh : 15 Desember 2010

    Tempat : Ball Room 3, Hotel Promenade Tawau.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    7/16

    Pengenalan Kesusasteraan

    Istilah Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan

    literature dalam bahasa Inggeris. Dan evolusi istilah-istilah itu dari segi etimologi,

    pembentukan kata dan perubahan konsepsinya dapat dikatakan berada dalam

    arus yang sama.

    Istilah literaturedalam bahasa Inggeris berkembang daripada kata Latin literature

    dan berasal daripada kata literayang bermakna huruf, abjad (letter). Dan literature

    itu sendiri adalah terjemahan daripada kata Yunani grammatika yang berasal

    daripada kata gramma yang juga bermakna huruf atau abjad.

    Istilah Kesusasteraan dalam bahasa Melayu/Indonesia berkembang daripada

    kata Sanskrit satra. Akar kata sas- adalah kata kerja terbitan bermakna

    mengarahkan, mengajar, member petunjuk atau instruksi. Dan akhiran tra

    biasanya menunjukkan alat atau sarana.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    8/16

    Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu

    Tradisional dan Moden

    Kesusasteraan Melayu moden mengalami perkembangan yang pesat selepas

    Semenanjung mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Ini sesuai dengan citra

    baharu bagi Kuala Lumpur yang diisyhtiharkan sebagai ibu Negara, bukan sahaja

    berperanan sebagai pusat pentadbiran malah juga menentukan pertumbuhan ilmu

    ekonomi, seni dan budaya. Peranan ini kian meningkat apabila gagasan Malaysia

    menjadi kenyataan pada 16 September 1963.

    Pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an dapatlah disebut zaman megah

    kesusasteraan. Tanah air sedang membangunkan masyarakat yang mewarisi

    tradisi dan meneliti penjajahan ke suatu dimensi baharu yang bermaruah pada

    zaman kemerdekaan. Dalam dua dekad ini, dunia kesusasteraan Melayu amatlah

    meriah. Kesusasteraan Melayu diterima sebagai kesusasteraan nasional.

    Sasterawan Melayu yang menjadi pujaan ramai dan mendapat pengiktirafan

    melalui Hadiah Sastera bermula pada tahun 1971.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    9/16

    Gagasan Hadiah Sastera itu sudah diperkembangkan jauh ke hadapan dengan

    wujudnya Anugerah Sastera Negara dan pihak swasta juga mempunyai hadiah-

    hadiah sastera khusus masing-masing seperti Hadiah Sastera ESSO-GAPENA dan

    lain-lain.

    Kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai bentuk dan cirri yang berbeza

    daripada kesusasteraan moden. Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur,

    plot, gaya dan teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan pula oleh

    bahasa, persembahan, fungsi dan faktor-faktor luaran lainnya.

    Sastera tradisional selalunya bersifat kolektif, milik bersama masyarakat;

    justeru itu tidak menyatakan nama penulis. Sastera tradisional juga terutama

    dalam genre puisi bersifat fungsional; semua yang dicipta untuk digunakan dalam

    kehidupan social masyarakat sehari-hari. Dan tradisi ini dilanjutkan dari zaman

    lampau hingga hari ini.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    10/16

    Kesusasteraan Melayu Moden meliputi lima genre penting:

    i. Puisi

    ii. Cerpen

    iii. Drama

    iv. Novel

    v. Esei Kritikan

    Kelima-lima genre ini tercipta daripada tanggapan penulis yang menghayati

    permasalahan diri dengan alam sekitarnya secara imaginatif dan kreatif.

    Setiap tahap perkembangannya, selaras dengan kemajuan kreativiti penulis,

    turut mengalami perubahan.

    Kemajuan pesat dalam bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan turut

    mewarnai perubahan ini.

    Bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan

    sastera

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    11/16

    Kesusasteraan Melayu Tradisional pula terdapat dalam bentuk cerita ditulis dalam

    pelbagai genre seperti;

    i. Cerita rakyat

    ii. Panji

    iii. Epik

    iv. Hikayat dan sebagainya.

    Sementara itu karya-karya yang berbentuk bukan cerita pula yang merupakan

    pelajaran dalam pengajaran merangkumi semua bidang ilmu yang berkaitan

    dengan;

    i. Keagamaan v.Ilmu senjata dan sebagainya

    ii. Ilmu hisab

    iii. Ilmu bahasa

    iv. Ilmu bintang

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    12/16

    Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur

    intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta

    penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.

    Sastera ialah seni Melayu yang tertua dan terumit, yang memperlihatkan genius bangsa ini,

    terutama dalam peribahasa, pantun dan Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu).

    Sastera Melayu dibentuk oleh mediumnya sesuatu bangsa, yang juga mempunyai wataknya

    yang khusus dengan sistem ucapan, bunyi dan pemakanan.

    Konsep keindahan bahasa pula pasti dipinjam dan dipupuk oleh bangsa yang berubah

    mengikut perubahan waktu itu. Inilah hakikat tapak teori yang amat dasar.

    Sturukturalisme pada abad kita ini lebih memikirkan teks sebagai terjadi daripada susunan

    bahasa yang tertera dalam sesebuah karya fragmen. Teori berorientasikan pembaca atau reader

    oriented theory pula cuba menyelami dunia pemikiran dan perasaan pembaca sewaktu

    berhadapan dengan sebuah karya dan menghayatinya.

    Bagi memikirkan sesuatu teori sastera, yang menyeluruh ataupun yang hanya melihat suatu

    sudut atau pusat ni, kebenaran ini masih berlaku dan harus selalu hadir dalam pemikiran

    seseorang ahli teori ini. Antaranya ialah melalui pengarang, karya, dan khalayak.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    13/16

    Ditegaskan bahawa teks Melayu harus membebaskan teks daripada makna kata di

    atas kertas dan perlu memasukkan jampi mantera seseorang tukang cerita,

    suaranya, lagu penceritaan, jeda, dan apa yang dikatakan sewaktu dia berehat

    terutama dalam sastera lisan.

    Dalam wayang kulit pula, jampi dan selawat juga harus dilihat sebagai teks begitu

    juga bunyi ketuk di kotak patung, serta lagu-lagunya.

    Dalam cerita lipur lara, teksnya berubah setiap kali sesebuah cerita

    dipersembahkan, episod disusun semula, bahagian-bahagian ditinggal atau

    ditambah. Jadi setiap persembahannya itu mempunyai teks yang berlainan. Dan

    teks ini terjalin dalam budaya persembahan, dan tidak boleh dilihat hanya dari segi

    teks tradisi bertulis.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    14/16

    Kesimpulan

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    15/16

    Penutup

    Program ini mampu mendatangkan manfaat yang besar

    kepada masyarakat kita dan mengubah perspektif

    terhadap bidang kesusasteraan Melayu yang sering

    dianggap sebagai bidang yang tidak mampu

    berkembang selari dengan bidang-bidang lain. Justeru,pertimbangan, sokongan dan kelulusan bagi

    melaksanakan program ini amatlah diharapkan dan

    didahului dengan ucapan terima kasih.

  • 8/8/2019 HBML 4203 (1)

    16/16

    Terima Kasih Atas Perhatian Anda ..