hbmt 1103 pengenalan pengajian matematik
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
1/21
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
JANUARI / 2012
(SMP KHAS)
HBMT 1103
INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION
TUTOR : EN. NG. KUM LOY
NO. MATRIKULASI : 810622135087001
NO. KAD PENGNEALAN : 810622135087
NO. TELEFON : 0135685647
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM
(PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK)
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
2/21
HBMT1103
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan
HBMT1103 Pengenalan Pengajian Matematik ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalammenyiapkan tugasan ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Saya ingin menyampaikan setinggi-tingi penghargaan kepada Tutor, En. Ng. Kum Loy,
diatas bimbingan dan teguran membina yang sangat berharga semasa sesi tutorial bersemuka
dan sepanjang tempoh masa untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga
penghargaan untuk rakan-rakan yang sama mengikuti pengajian jarak jauh yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga terhutang budi kepada seisi keluarga saya kerana memberi peluang kepada saya
untuk mengikuti pengajian jarak jauh ini dan sanggup berkongsi penat lelah serta sentiasa
memberi sokongan penuh kepada saya. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada tutor berkenaan kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak
hasil kerja kursus saya ini.
Sekian, terima kasih.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
3/21
HBMT1103
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Perbezaan Pendekatan Yang Diamalan Dalam Modul. 33.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian. 8
4.0 Penerangan Terperinci Tentang Langkah Pengajaran
Berasaskan Masalah. 12
5.0 Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Pendekatan
Berasaskan Masalah. 14
6.0 Cadangan Penambahbaikan. 17
7.0 Rumusan. 17
8.0 Rujukan. 19
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
4/21
HBMT1103
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran
lain. Ini kerana ianya memerlukan seseorang itu perlu memahami sesuatu konsep dengan
tepat dan menyeluruh terlebih dahulu di samping memerlukan kemahiran mengira yangmelibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ( NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik
Azis, 1992, Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik pula mestilah bertanggung
jawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan ( competence ) dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan
tahap pencapaian para pelajar (NCTN,1980). Setiap guru juga mempunyai gaya, teknik,
pendekatan serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti,
pengalaman dan latihan yang diterima ( Shaharir, 1984 ). Walaupun terdapat perbezaan
daripada segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
namun begitu kaedah umum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
masih sama. Beberapa pendekatan yang perlu difahami dan dikuasai oleh para pendidik
matematik ialah pendekatan konstruktivis, pendekatan secara kontekstual, pendekatan
berasaskan masalah dan pendekatan berasaskan web.
2.0 Perbezaan Pendekatan Yand Diamalkan Dalam Modul.
2.1 Pendekatan Konstruktivis
Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan
sendiri. Pengetahuan itu bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain dan
individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia
ada. Teori konstruktif ini telah disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky
di mana mereka menyatakan;
i. Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu sendiri.
ii. Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh seseorang itu kerana ingin
menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar.
iii. Ilmu pengetahuan terbentuk hasil daripada rasionalisasi pengalaman
individu.
iv. Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang
menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada, dan
v. Seseorang individu tidaklah menerima ilmu secara pasif.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
5/21
HBMT1103
Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama
( 5Es: engage, explore, explain, elaborate, and evaluate ) iaitu;
Melibat Guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid,murid melibatkan diri.
Meneroka Guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan
meneroka.
Menjelas Murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan
jawapan.
Mengembang Murid membuat perkaitan den melanjutkan konsep.
Menilai Guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan
pemahaman konsep.
Fungsi utama guru di sini ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru
merancang dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid
memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati.
2.2 Pendekatan Secara KontekstualMenurut teori pembelajaran secar kontekstual, pembelajaran berlaku hanya
apabila pelajar memproses maklumat dan pengetahuan baru dalam apa-apa cara
yang masuk akal kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri iaitu
(dunia dalaman mereka sendiri, memori, pengalaman dan tindak balas).
Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks
yang pelbagai dan bermaksud kepada murid dan penekanan perlu diberikan
kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal,
tempat kerja, dan kehidupan seharian untuk menghasilkan pembelajaran yang
berkesan. Kaedah pembelajaran secara kontekstual menggabungkan isi
kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit ( nyata ) yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Secara umumnya, strategi
pembelajaran kontekstual perlu distruktur untuk menggalakkan lima bentuk
pembeljaran yang berkaitan, mengalami, memohon, bekerjasama dan
memindahkan.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
6/21
HBMT1103
2.3 Pendekatan Berasaskan Masalah
Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengankehidupan seharian kepada murid dan masalah yang dikemukakan bukan masalah
rutin dan pelbagai jenis penyelesaian yang mungkin boleh digunakan. Dalam hal
ini, guru matematik perlu untuk membantu pelajar untuk meneroka masalah
matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Ini akan membantu
mereka belajar melalui pengalaman dan mengaitkan pembelajaran baru kepada
pengetahuan sedia ada mereka. Pembelajaran berasaskan masalah ( PBM )
bermula di Sekolah Perubatan Universiti Mc Master lebih 25 tahun dahulu dan
sejak itu ianya dilaksanakan di pelbagai pelbagai prasiswazah dan program
siswazah di seluruh dunia. Pendekatan PBM kini diperkenalkan dan digunakan
dalam pendidikan ( Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Maricopa, 2011 ).
Apabila menggunakan PBM, guru-guru akan membantu pelajar memberi tumpuan
untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar, menggalakan mereka
mempertimbangkan situasi di mana masalah itu wujud dan cuba mencari
penyelesaian ( Nasir, Hand, and Taylor, 2008 ). Menurut Lambros (2010 ), antara
ciri-ciri PBM ialah;
a. Masalah adalah dunia sebenar dalam alam untuk pelajar di mana mereka
dapat melihat dan mengalami situasi untuk mendapat sebarang pengetahuan.
b. Masalah dapat mengaktifkan pengetahuan daripada pengalaman sedia ada, dan
c. Masalah meniru cara di mana maklumat baru akan digunakan kemudian sama
ada dalampenilaian atau amalan.
2.4 Pendekatan Berasaskan Web
Pendekatan berasaskan web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang
mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna.
Menurut Becker & Dwyer,1994 format hipermedia memudahkan pendekatan
berpusatkan pelajar kerana ia dapat mereka dan mencipta suasana pembelajaran
yang aktif dan bermotivasi. Web juga mendkong dan menggalakan perayauan dan
eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (
High-order thinking skills ), Thuering, Mannenann & Haake, 1995. Pendekatan
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
7/21
HBMT1103
berasaskan web memerlukan sambungan internet sebagai medium asas untuk
mendapatkan input dan output pengajaran dan pembelajaran. Internet telah
membolehkan perkhidmatan dan program latihan dan pembelajaran dapat
disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran berasaskanweb juga dikenali sebagai e-learning atau dengan kata lain iaitu pembelajaran
melalui online. Perlaksanaan pembelajaran berasaskan web ini didukung oleh
penggunaan teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau
komputer. Menurut Lowe (2000) staf akedemik dan pelajar mendapati
pembelajaran atas talian merupakan kaedah yang menyenangkan pembelajaran
dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja
dan pada masa yang sama membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya
dengan lebih efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan
pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web.
Pelajar akan berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar-
pakar dari universiti melalui e-mel atau akses sendiri ke mana-mana laman web
yang menyediakan tapak pembelajaran interaktif. Salah satu laman web yang
dibangunkan oleh kementerian pelajaran kita ialah Eduweb TV yang boleh
diakses terus secara atas talian di portal kementerian pelajaran Malaysia. Selain
itu terdapat banyak laman web yang berunsurkan pembelajaran interaktif telah
dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu boleh dilayari dan diakses atas talian
dengan percuma mahupun berbayar.
Amalan harian biasa dalam proses pembelajaran dan pengaja ran di sekolah
Apabila diimbas kembali pengajaran dan pembelajaran matematik yang
disampaikan pada minggu-minggu kebelakangan ini, saya merasakan proses
penyampaian P&P yang dijalankan agak berbeza dengan pendekatan-pendekatan
yang dibincangkan seperti di atas. Sebagai contoh, apabila diambil kira satu sesi
pengajaran matematik di sekolah, secara kebiasaanya guru akan mengajar secara
chalk and talk di mana pada bahagian persediaan, guru terus memperkenalkan
tajuk atau sesuatu kemahiran yang hendak diajar tanpa mengira pendekatan seperti
model konstruktivis yang mana pelajar didedahkan atau dikaitkan dengan
orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Jadual di bawah
merupakan perbezaan yang di kenal pasti antara amalan biasa guru jika
dibandingkan dengan amalan melalui 4 pendekatan yang dibincangkan.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
8/21
HBMT1103
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P)
Amalan Biasa
Guru
( Tradisional )
Pendekatan
Konstruktivis
Pendekatan
secara
Kontekstual
Pendekatan
Berasaskan
Masalah
Pendekatan
berasaskan Web
Fasa Persediaan
Tiada orientasi
idea.
Penyampaian
tajuk secara
terus.
Orientasi idea
-berasaskan
pengetahuan sedia
ada murid.
Mengaitkan situasi
harian dengan
maklumat baru
untuk diserap atau
masalah yang perludiselesaikan.
-Mengenal pasti
masalah
-Menjelaskan
masalah
Guru hanya sebag
fasilitator d
panduan.
Fasa Imaginasi
Terlalu banyak
amalan tafsiran
konsep.
Penstrukturan
Idea.
- Meneroka
- Menjelas
- Konstruk idea
baru
Mengaplikasikan
konsep dan
maklumat dalam
konteks yang
berguna ke dalam
masa depan yang
dibayangkan.
-Mencari alternatif
penyelesaian
-Mencari
penyelesaian
Eksplorasi kons
secara kend
dipandu oleh bah
perisian web ya
diprogramkan.
Fasa Perkembangan
Aplikasi konsep
baru dalam
situasi baru
Penjelasan Lanjut
-Aplikasi idea
Mengaplikasi
pengetahuan
dengan tajuk
pembelajaran.
Bekerjasama antara
ahli kumpulan.
-Melakukan
operasi
-Menilai
penyelesaian
masalah
Pemahaman seca
akses kend
kolaboratif at
berkumpulan mela
chat,forum at
email.Fasa Tindakan
Lagi melibatkan
penerokaan
lanjut
Penilaian
-Kaji semula
perubahan idea.
-Penyiasatan
lanjutan
Pemindahan
pengetahuan untuk
penyelesai
masalah.
-Membuat refleksi
penyelesaian yang
dibuat
Permainan interakt
latihan pengukuh
dan pencapai
dinilai secara terus
3.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
9/21
HBMT1103
CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
MATEMATIK TAHUN 2
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tolak dalam lingkungan 1000
Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
3.3 Menyelesaikan masalah tolak.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dua nombor.
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN
KOMUNIKASI
PERSEDIAAN
Pemerhatian dan
Analisis
Menjelaskan masalah
Guru menunjukkan barang-barang
maujud seperti:
Pensel Buku
Pemadam
Guru bersoal jawab dengan murid
berdasarkan barang maujud di atas.
Soalan:
Apakah nama alat tulis
ini?
Nyatakan kegunaan
setiap peralatan ini?
Apakah masalah
yang selalu timbul
semasa menggunakan
alat tulis ini?
Apakah tindakan
anda untuk mengatasi
masalah ini?
IMAGINASI Guru memberi satu penyataan
Soalan :
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
10/21
HBMT1103
Penjanaan Idea
Sintesis Idea
Mencari
penyelesaian
masalah.
Contoh:
Kamu mempunyai 15 batang penselwarna. Ketika kamu mewarna, 5
batang daripada pensel warna anda
telah patah. Berapa batang pensel
warnakah yang masih tinggal?
Adakah bilangan pensel
warna kamu yang elok
akan bertambah atau
berkurang?
Apakah operasi yang
sesuai digunakan untukmenyelesaikan
penyataan masalah ini?
PERKEMBANGAN
Menilai
Melakukan operasi
Menilai penyelesaian
masalah
Guru memberi beberapa situasi
(Lampiran 1) dan meminta murid
menyelesaikannya dalam kumpulan
dengan menggunakan kreativiti
masing-masing.
Murid menghubungkaitkan operasi
tolak dalam masalah yang akan
diselesaikan.
Contoh:
Bentuk ayat matematik
Bentuk lazim
Soalan :
Bincangkan dalam
kumpulan bagaimana
cara menyelesaikan
masalah tersebut?
Tunjukkan cara
menyelesaikan
penyataan masalah
tersebut
1. Dalam bentuk ayat
matematik.
2. Dalam bentuk lazim- =
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
11/21
HBMT1103
TINDAKAN
Pelaksanaan Amalan
Berterusan
Membuat refleksi
penyelesaian yang
dibuat.
Murid membentangkan hasil dapatan
setiap kumpulan.
Murid membuat penilaian dan
perbandingan hasil dapatan di antara
kumpulan.
Guru menyemak secara kelas hasil
dapatan setiap kumpulan, setelah
murid menilai hasil kerja kumpulan
yang lain.
Kumpulan yang dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul akan
mendapat ganjaran daripada guru.
Soalan :
Bagaimana cara
kamu mendapat
jawapan?
Adakah kaedah yang
kamu gunakan dapat
menyelesaikan masalah
yang diberi?
PENTAKSIRAN Guru mengajukan soalan penyelesaian
masalah yang mudah secara lisan
kepada murid.
Murid memberi jawapan terhadap
soalan yang diajukan oleh guru.
Sebuah buku cerita
mempunyai 350 muka
surat. Ali telah
membaca sebanyak 135
muka surat buku cerita
itu. Berapakah bilangan
muka surat yang belum
dibaca oleh Ali?
NILAI DAN SIKAP Bekerjasama ketika melakukan aktiviti
-
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
12/21
HBMT1103
dalam kumpulan.
Sifat kepemimpinan semasa membuat
pembentangan.
Menghargai rakan-rakan
Lampiran1
Latihan Penyelesaian Masalah
1. Di atas pokok mangga ada dua puluh empat biji buah mangga.
Lima belas biji masih hijau dan yang lainnya sudah masak.
Berapa biji buah mangga yang sudah masak?
2. Abu dan Ali adalah adik beradik.
Abu berumur lapan tahun manakala Ali berumur lima tahun.
Berapakah beza umur di antara Abu dan Ali?
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
13/21
HBMT1103
3. Dalam kotak telur ada tiga puluh biji telur.
Sembilan biji telur telah dimasak oleh nenek.
Berapakah baki telur dalam kotak telur itu?
4.0 Penerangan Terperinci Tentang Langkah Pengajaran Berasaskan Masalah.
Matapelajaran : Matematik Tahun 2
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tolak dalam Lingkungan 1000
Standard Pembelajaran :Menyelesaikan masalah harian melibatkan penolakan dua
nombor.
Masa : 60 minit.
Isi kandungan
i. Fasa Persediaan
Pada fasa persediaan, guru menunjukkan dan menggunakan barang-barang maujud yang
biasa digunakan oleh pelajar di kelas seperti buku, pensil dan pemadam. Di sini, guru
menngunakan teknik pemerhatian dan analisis serta menjelaskan masalah kepada murid
dengan cara bersoal-jawab dengan murid. Antara cadangan komunikasi yang boleh
digunakan ialah seperti;
a. Apakah nama alat tulis ini?
b. Nyatakan kegunaan setiap peralatan ini murid-murid?
c. Boleh murid beritahu apakah masalah yang selalu timbul semasa menggunakan alat
tulis ini?
d. Apakah tindakan kamu untuk mengatasi masalah ini ?
Setelah murid-murid menjawab soalan yang dikemukan guru, secara tidak langsung guru
telah mengaitkan masalah tadi dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Di sini,
murid-murid telah diperkenalkan dengan penyataan situasi masalah dan cara memahami
masalah tersebut dan beberapa kemungkinan cara penyelesaian yang boleh digunakan
secara tidak langsung atau spontan.
ii. Fasa Imaginasi
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
14/21
HBMT1103
Pada fasa imaginasi, guru akan memberi satu penyataan masalah sebagai aktiviti
penjanaan idea murid-murid. Contohnya;
Kamu mempuyai 15 batang pensil warna. Ketika kamu mewarna, 5 batang daripadapensil warna anda telah patah. Berapa batang pensil warnakah yang masih tinggal ?
Pada peringkat sintesis idea, guru boleh membimbing murid mengumpul maklumat
daripada penyataan masalah tadi iaitu;
- Ada 15 pensil warna
- 5 batang telah patah
- (patah) membawa maksud rosak atau semakin berkurang dari jumlah
asal.
Jadi, sebagai langkah mencari penyelesaian, cadangan komunikasi di sini ialah;
a. Adakah bilangan pensil warna kamu yang elok akan bertambah atau berkurang?
b. Apakah operasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan penyataan masalah ini ?
iii. Fasa Perkembangan
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi
beberapa situasi ( lampiran 1 ) dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan
dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Tugasan setiap kumpulan ialah;
a. Bincangkan dalam kumpulan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut?
b. Tunjukkan cara menyelesaikan penyataan masalah tersebut dalam bentuk
Ayat matematik.
Pengiraan dengan kaedah bentuk lazim.
Murid menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang akan diselesaikan.
Contoh ayat matematik
- =
Contoh pengiraan dalam kaedah bentuk lazim.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
15/21
HBMT1103
iv. Fasa Tindakan.
Pada fasa tindakan murid akan membentangkan hasil dapatan bagi setiap kumpulan.
Murid akan membuat penilaian dan perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. Guru
pula akan menyemak hasil kerja berkumpulan tadi secara kelas setelah murid menilai
hasil kerja kumpulan lain. Mana-mana kumpulan yang dapat menjawab kesemua soalan
dengan betul akan mendapat ganjaran daripada guru. Berikut merupakan cadangan
komunikasi yang boleh digunakan semasa menyoal murid-murid;
a. Bagaimanakah kamu mendapat jawapan?
b. Adakah kaedah yang kamu gunakan dapat menyelesaikan masalah yang diberi?
v. Pentaksiran
Untuk pentaksiran, murid bolelah diuji dengan soalan penyelesaian masalah yang mudah
secara lisan kepada murid.
Contoh soalan:
Sebuah buku cerita mempunyai 350 muka surat. Ali telah membaca sebanyak
135 muka surat buku cerita tersebut. Berapakah bilangan muka surat yang
belum dibaca oleh Ali?
Murid memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
5.0 Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Pendekatan Berasaskan Masalah.
Setelah saya mengajar tajuk Tolak dalam Lingkungan 1000 menggunakan pendekatan
berasaskan masalah, saya telah mendapati bahawa 22 daripada 28 orang murid berupaya
untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi penolakan dua
-
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
16/21
HBMT1103
nombor. Pada pandangan saya, penggunaan pendekatan berasaskan masalah yang
digunakan telah banyak membantu murid-murid faham dengan cara untuk menjawab
soalan berbentuk penyelesaian masalah harian. Ini adalah kerana pemahaman konsep
murid-murid tentang operasi tolak dalam bentuk soalan situasi telah berjaya dilaksanakanbermula dari fasa persediaan persediaan lagi.
Berikut merupakan antara kekuatan-kekuatan yang dinilai dari pendekatan berasaskan
masalah yang dipilih;
a. Pemerhatian dan analisis
- Penggunaan bahan maujud yang betul.
- Bahan maujud yang dipilih biasa digunakan oleh murid-murid.
b. Penjanaan idea dan sintesis idea
- Pemilihan contoh soalan masalah harian yang mempunyai perkaitan
dengan masalah-masalah harian yang biasa murid hadapi di sekolah.
Contoh seperti penggunaan perkataan pensil warna, patah, rosak dan
sebagainya.
c. Mencari penyelesaian
- Murid dibimbing mengumpul maklumat daripada penyataan masalah.
- Guru menggunakan kata kunci untuk menunjukkan pemilihan operasi
tolak seperti patah, rosak atau berapa yang masih tinggal, baki,
kurang, diambil, terbang dan sebagainya.
d. Menilai
- Perbincangan antara ahli kumpulan.
- Penilaian masalah dan penyelesaian bersama antara ahli kumpulan
masing-masing.
e. Melakukan operasi
- Murid dibimbing cara untuk menulis ayat matematik setelah pemilihan
operasi dilakukan.
- Pengiraan dalam bentuk kaedah bentuk lazim memudahkan murid
mengira dengan tepat.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
17/21
HBMT1103
f. Menilai penyelesaian masalah
- Murid berjaya menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang
akan diselesaikan melalui perkataan kata-kata kunci seperti yang di
sebut di atas tadi.
g. Perlaksanaan amanal berterusan
- murid tidak hanya diberi dengan satu,atau dua contoh soalan sahaja
malah diteruskan dengan soalan-soalan penyataan masalah lain yang
mana diselesaikan secara perbincangan ahli dalam kumpulan kecil.
- Murid-murid semua terlibat dengan aktiviti P&P.
h. Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.
- Murid-murid diberi peluang menilai dan memberi pandangan terhadap
hasil kerja kumpulan lain. Guru hanya akan menyemak secara kelas
hasil dapatan setiap kumpulan setelah murid menilai hasil kerja
kumpulan lain.
i. Latihan pengukuhan / pentaksiran.
- Aktiviti pengukuhan tidak dilupakan.
- Ianya penting untuk menguji sejauh mana pemahaman murid tentang
soalan yang diuji secara individu.
- Sebagai penilaian pencapaian objektif P&P murid dalam
tajuk/kemahiran yang diajar.
Terdapat juga kekangan dan kelemahan yang mana tidak dapat dielakkan semasa mengajar
menggunakan pendekatan berasaskan masalah. Antaranya ialah;
a. Masalah murid tidak boleh membaca.
- Beberapa orang murid yang masih lemah dalam membaca dan mengeja
menyulitkan mereka untuk memahami masalah dalam bentuk ayat.
b. Masalah murid tidak kenal nombor.
- Terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai menulis dan
mengecam nombor dengan betul. Biasanya terdiri daripada murid
kumpulan linus numerasi atau pemulihan.
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
18/21
HBMT1103
c. Masalah asas penolakan melibatkan pengumpulan semula.
- Terdapat segelintir murid yang belum menguasai kemahiran menolak
dengan mengumpul semula. Kesalahan-kesalahan kecil seperti ini jugamenyebabkan murid mendapat hasil jawapan yang kurang tepat
walaupun mereka tahu untuk memilih operasi yang terlibat untuk
menyelesaikan masalah.
d. Masalah murid pasif.
- Murid ini jarang bergaul dengan rakan-rakan lain dan susah untuk
menjawab apabila diajukan soalan. Golongan ini biasanya
menjauhkan diri dari rakan-rakan dan kurang memberi kerjasama
dengan rakan-rakan sewaktu perbincangan dilakukan.
e. Masalah murid nakal/hiperaktif.
- Murid dari kumpulan ini terlalu nakal dan hiperaktif.
- Guru susah untuk mengawal murid-murid ini.
- Tumpuan yang sangat lemah semasa penyampaian P&P dijalankan.
- Suka mengganggu rakan-rakan lain.
6.0 Cadangan Penambahbaikan.
Memandangkan kelas tahun 2 merupakan kohot 2 yang terlibat dengan program NKRA
iaitu program LINUS maka guru bolehlah membahagikan murid kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan PERDANA untuk murid-murid yang pandai dan boleh mengikuti P&P
biasa manakala bagi kumpulan LINUS NUMERASI, mereka ini akan diajar semula
dengan bahan dan bentuk soalan mudah tanpa lari daripada konsep pendekatan
berasaskan masalah yang digunakan. Bezanya ialah bentuk soalan dan nombor atau angka
yang digunakan melibatkan nombor asas serta melibatkan penyelesaian masalah dengan
penolakan tanpa mengumpul semula.
7.0 Rumusan.
Sebagai seorang guru matematik, kita sentiasa menghadapi cabaran dalam menjalankan
proses P&P di bilik kelas. Bermula dengan pemilihan pendekatan yang diambil seperti
pendekatan konstruktivis, pendekatan kontekstual, pendekatan berasaskan masalah dan
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
19/21
HBMT1103
pendekatan berasaskan web serta banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan
untuk mengajar murid-murid kita agar mereka dapat memahami konsep dan kemahiran
yang ingin diajar dengan cara yang betul dan terarah. Selain itu, persediaan rancangan
pengajaran yang rapi dan teliti perlu dirancang dengan lebih awal serta penggunaan bahanbantu mengajar seperti bahan maujud perlu disediakan. Pencapaian objektif P&P kita
juga dinilai daripada jumlah murid yang boleh menjawab serta melakukan pengoperasian
yang betul dan ini tentulah berbalik kepada cara penyampaian isi pelajaran yang
digunakan bermula dari fasa persedian, fasa imaginasi, fasa perkembangan, fasa tindakan
seterusnya Pentaksiran yang merupakan penilaian pencapaian objektif P&P kita.
( 2995 patah perkataan )
-
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
20/21
HBMT1103
8.0 Rujukan.
Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.
Kuala Lumpur : DBP.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP
Maricopa Center for Learning and Instruction (2011). Problem-based learning in
mathematics: A tool for developing students conceptual knowledge.
Retrieved from http:// www.mcli.dist.maricopa.edu/pbl/info.html
Nasir, N.S., Hand,V., & Taylor, E.V. (2008). Culture and mathematics in school: Boundaries
between cultural and domain knowledge in mathematics classroom and beyond.
Review of Research in Education, 32, 187-240.
http:// www.eduwebtv.com/
M.Azhar A.Hamid, (2004). Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Sharipah AB Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah Ismail, Murugiah Velaytham,
Dr Yeoh Poh Choo (2006). HBMT1103 Introduction to Mathematics Education.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
http://www.eduwebtv.com/http://www.eduwebtv.com/ -
7/29/2019 Hbmt 1103 Pengenalan Pengajian Matematik
21/21
HBMT1103
21