hendaklah diatasi sendiri. pemeliharaan · 2016. 3. 30. · penggunaan-penggunaan satu sifir yang...
TRANSCRIPT
-
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
hendaklah diatasi sendiri.
PEMELIHARAAN oleh
BUKU
~~~_~~_~~!_~~_~~!L_~!!_~~~~~~~~~~_!_~~~~~!
Pengenalan
Pad a umumnya perpustakaan membelanjakan beribu-ribu
atau kadangkala beratus-ratus ribu ringgit setiap tahun untuk
memperolehi buku dan bah an bacaan lain. Di samping itu banyak
tenaga pegawai dan kakitangan d iperlukan bagi tujuan
menguruskan hal-hal pembelian, katalog, mengindeks dan sebagainya.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa bagi keba~yakan perpustakaan
prestasi mereka diukur dengan meng i r a ramainya jumlah pengguna
koleksinya, tetapi seharusnya faktor pemel i haraan diberi perhatian
yang sswaja~nya bagi faedah j angka panjang t erutamanya dari
segi kewangan, pengurusan, penggunaan t enaga ikhtisas, nilai
nadir (r arity) dan s ebaga i nya. Car a- car a asas untuk memelihara
bahan-bahan perpustakaan adal ah mudah dilakukan sekiranya
ada kesedaran ten tang pentingnya aspek pemeliharaan kepada
perpustakaan.
Apa yang d i maks udkan dengan pemelihar aan bahan-bahan
perpustakaan ialah penggunaan cara-cara kimiawi atau amali
dalam usaha merawat dan menyimpan bahan-bahan berkaitan supaya
ianya dapat dipelihara dengan lebih lama. Cara bahan-bahan
tersebut diperlakukan, disimpan, diawit, dijilid dan sebagainya
adalah merupakan beberapa langkah ke arah pemeliharaan bahan-
bahan tersebut.
Walaupun banyak unsur-unsur yang merosakkan bahan-
bahan perpustak~an ssperti perlakuan oleh pengguna dan penjaga
perpustakaan, serangga, binatang, unsur-unsur persekitaraan,
unsur-unsur dalaman bahan-bahan tulisan dan sebagainya, bagi
tujuan tulisan ini saya ingin menarik perhatian kepada unsur
14
-
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
, ersekitaran sebagai f aktor kerosakan bahan-bahan perpustakaan,
,l;lfrutamanya bahan da1am bentuk ker t as.
Unsur a1am persekitaran dapat dibahagikan kepada c' c
empat aspek penting iaitu suhu, ke1embapan, peneemaran udara .
i:l.an eahaya. Oa1am usaha mengawa1nya, keempat-empat aspek ini
ada berhubungan di antara satu sama lain.
Ter dapat satu maeam konf1ik di antara manusia dan
puku iaitu buku per l ukan suhu yang r endah sedangkan manus i a
tidak mer,asa se1esa dalam keadaan sedemikian. Suhu yang paling
sesuai bagi menyimpan buku dan bahan-bahan bertu1i s da·1am
bentuk kertas ialah pada kira-kira 55°F (12.SoC). Adalah
dipereayai bahawa sekiranya suhu meneapai kira-kira 10°F
di atas atau di bawah paras tersebut, purata kerosakan buku
akan mel)ingkat sekali ganda. Ini bermakna sekiranya buku
selamat bagi ~angkamasa 100 tahun sekiranya suhu tempat simpanan
berada di paras 5Sop, buku akan selamat bagi jangkamasa 50 o tahun sahaja sekiranya ia disimpan dengan suhu 10 P di atas
atau di bawah paras yang diperakui itu. oi samping itu, adalah
penting suhu di perpustakaan berada pada paras yang sama
sepanjang masa kerana paras suhu yang berubah-ubah akan
menyebabkan unsur dalaman kertas mengalami perubahan dan
kehaneuran dan ini akan mempereepatkan proses kerosakan. Walau
pun begitu, bagi mengimbangi keselesaan pengguna dan pemeliharaan
buku, suhu pada kira-kira 6Sop (17°C) sering digunakan. Suhu
dapat dikawal dengan mengg,unakan alat pendingin udara dan paras
suhu dapat diukur dengan menggunakan alat jangkasuhu I thermometer I .
Kelembapan
Buku dan dokumen ade1ah bahen yang mudah diresapi air.
Pada umumnya kira"kira 4 - 10% berat buku disebabkan oleh kandungan
air atau kelembapannya. Kandungan kelembapan yang tinggi akan
menyebabkan ker t as tersebut kembang, timbul tumpuk-tumpuk hitam,
berkulat dan seterusnya reput . Seoa1iknya kelembapan yang sendah
pula akan menjadikan kertas ke ring, keeut, me1eding, merekah dan
15
-
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
rapuh. '~kiranya kelembapan rUang simpanan buku i tu sering
.becubah-ubah, ·walaupun ruang berkaitan mempunyai kemudahan
pencUftvin '-udara, akibat dar i kegagalan rnengawal dan memasangnya
berparrjang·an akan menye babkan serabut (fibre) kertas rnenjadi
leaah 'dan ·akhirnya hancur.
Kawalan ,kelernbapan ruang bahkan rnenjadi lebih
rumi·t .aekiranya buku dan dokumen disimpan dalam a!mari atau
lleja p_r,an yang tertutup, apatah lag i sekir anya bahan-bahan
ters.tiOt aanerima pancaran cahaya lampu di mana bahan-bahan
teraellu't ;;-mgkin lebih kering daripada bahan-bahan d i ruang
luar '~i atau meja pameran itu. Pada umurnnya keleRlbapan yang, ideal bagi ruang di mana bahan buku disimpan seperti
di perpuatakaan ialah kira-kira 50% dan ruang di mana bahan
luki'aan di&impan !alah kira-kira 55' .
Bagi rnengawal kelernbapan ruang, kemudahan pending in
uda ta', :~.ttialii!idi.f'ier ~ d."fl ..!.delruniidi.f:ie:r;~_:adalah: perlu. walaupun
dalam keadaan biasa, terutamanya oleh faktor-faktor kewangan '
dan kemahi'ian, kemudahan pending in udara sudah rnemadai.
Bahan ' silica gel beleh digunakan bagi ' tujuan rnenggantikan
peral.tan ' ,h~niidifier' dan .;Idehumidi.fier' da .. am usana"lllemantapkan
kelembapan, terutamanya ruang yang kecil atau terhad di mana
kira-kira 4 lb. silica gel dapat memantapkan ruang seluas 3
kaki padu.
P.eralatan yang sering digunakan bagi mengukur
kelembapan .dikenali sebagai 'hy.g.rome'~l: ' dafl jeni s",yanij:.penting
senang d i perolehi dan digunakan i alah 'wet-and-dry bulb
hygrometer '. Perbed aan di antara suhu thermometer yang kering
dan yang basah yang terdapat pada hygrometer terse but ser ta
penggunaan-penggunaan satu sifir yang memang tersedia pada. alat
tersebut akan membelehkan kelembapan ruang berkaitan diketahui.
Perpustakaart Negara Malaysia menggunakan satu 'wet-and-dry
bulb' yang berharga ki r a-kira l i ma puluh ringgit .
16
-
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Paneemaran Udara
Akibat dari cepatnya proses perkembangan perbandaran
yang berlaku di negara ini terutamanya bertambahnya kekotoran
udara dari kilang dan kereta, pemeliharaan buku-buku di
perpustakaan semakin terancam. Tambahan pula, perpustakaan
biasanya didirikan di bandar atau di tempat yang paling ramai
penduduk di mana paras kekotoran udaranya tinggi.
Satu daripada gas yang paling merbahaya ialah
Sulfur dioksid yang umumnya dihasilkan oleh ekzos kereta atau
cerobong kilang hasil dari pembakaran bahan minyak. Akibat
dari proses pengoksidaan, selepas ia terkena pada buku,
Sulfur d ioksid akan bertukar menj adi Asid sulfurik. Sekiranya
usliha-usaha tidak dilakukan bagi membersihkan kertas itu
dengan cara pengenyahan asid "deac idification", proses
pengoksidaan tersebut akan te rus berkembang . Oleh itu pada
umumnya di bahagian tepi buku-buku ser i ng berwarna kekuningan
akibat dari ~dungan asidnya yang tinggi.
-Debu yang dibawa angin dari jalanraya, orang ramai
yang keluar masuk pe rpus takaan dan buku yang dibawa keluar dari
perpustakaan hasil dari perkhidma tan pinj aman adalah di antara
sebab-sebab bertambahnya kekotoran pada buku.
Adalah penting supaya perpustakaan tidak mempunyai
jendela atau lubang supaya kekotoran dari luar bangunan tidak
dapat masuk ke dalam bangunan. Kemudahan pendingin udara pada
umu.nya dapat mengeluarkan gas-gas yang kotor itu dari
perpustakaan. Walaupun begitu, perlu juga ruang perpustakaan
santi •• a dibersihkan dari debu-debu. Bagi tujuan ini penggunaan
"VIiCUUII cleaner" sang at perlu kerana penggunaan penyapu atau
"feather duster" akan menyebab~an kekotoran akan berterbangan
dan melekat· pada buku-buku. Disamping itu, apabila kerja •
~rsihan dijalankan, rak-rak buku perlu juga dibersihkan.
17
-
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Cahaya
Cahaya mengandungi pancaran 'ultra-violet' dan
hawa panas yang merupakan unsur-unsur merbahaya kepada buku.
Sekiranya pancaran cahaya di ruang perpustakaan tinggi dan
dipasang berpanjangan, umur buku akan menjadi bertambah pendek.
Cahaya matahari mengandungi pancaran 'ultra-violet' yang
lebih tinggi diband~ngkan dengan lampu dan lampu jenis
fluorescent pula mengandungi pancaran 'ultra-violet ' yang lebih
tinggi dibandingkan dengan lampu jenis 'incande~ent'.
Sebaliknya hawa panas dari lampu 'fluorescent' adalah rendah
dibandingkan dengan cahaya matahar i atau lampu 'incandescent'.
Pancaran ' ultra-viol e t' dan hawa panas akan melemah dan
menghancurkan kekuatan serabut kertas dan tulisan dan gambar
akan mengalami perubahan warna ak ibat dari terkena cahaya itu.
Bagi tuju~n mengawal keselamatan buku adalah
penting cabaya matahari tidak te r kena secara terus kepada buku
dan ini dapa~dilakukan biasanya dengan memasang langsir.
Seterusnya paras cahaya lampu hendaklah rendah dan dipasang
di ruang-ruang tepi at au di antara rak-rak supaya tidak
terkena secara ter us kepada buku . Bahkan "bagi bahan-bahan
yang uzur seperti manuskrip dan buku nadir, ruang simpanan
patut bergelap. Di samping itu, plastik yang dapat menahan
panca"ran 'ultra-violet' patut dipasang kepada lampu. Alat
untuk me ngesan paras cahaya adalah dikenali dengan nama
'photOllleter' •
PenutUR
Memandangkan negara ini terletak di kawasan tropika
dengan alam sekitarnya yang panas dan lembab, buku dan dokumen
lebih cepat mengalami kerosakan kerana itu harus diberi perhatian
yang serius. Usaha-usaha ke arah memelihara buku dan dokumen
dapat memberi sumbangan kepada perpustakaan dan n,gara.
18