hia kajian lapangan-khurafat.docx

22
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian Islam merupakan agama yang syumul dimana ianya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam juga merupakan agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada ke-Esaan Allah Yang Maha Kuasa, maka ukuran dan kesempurnaan atau tidak kesempurnaan Islam dan Iman seseorang bergantung kepada kesempurnaan Tauhidnya. Oleh yang demikian, agama Islam sepatutnya menjadi pembimbing kepada adat resam atau budaya Melayu agar berlandaskan syariat agama dan tidak tersasar sehingga mengamalkan kepercayaan-kepercayaan karut, tahyul khurafat dan syirik kepada Allah. Namun demikian sehingga kini masih ada lagi masyarakat Melayu Islam yang kuat berpegang dan mengamalkan adat resam yang bertentangan dan bercanggah dengan agama Islam yang dianuti. Mereka telah mencampur adukkan fahaman khurafat dengan akidah mereka. Perbuatan sedemikian merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah s.w.t pada sifat Uluhiyyyah dan Rububiyyah Allah. Sebagaimana yang kita ketahui sifat Uluhiyyah Allah merupakan sifatnya yang berhak disembah, dipatuhi perintahnya, dicintai dan dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan menolak 1

Upload: norsyazwani-bakar

Post on 18-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Islam merupakan agama yang syumul dimana ianya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

Islam juga merupakan agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada ke-Esaan Allah

Yang Maha Kuasa, maka ukuran dan kesempurnaan atau tidak kesempurnaan Islam dan Iman

seseorang bergantung kepada kesempurnaan Tauhidnya. Oleh yang demikian, agama Islam

sepatutnya menjadi pembimbing kepada adat resam atau budaya Melayu agar berlandaskan

syariat agama dan tidak tersasar sehingga mengamalkan kepercayaan-kepercayaan karut, tahyul

khurafat dan syirik kepada Allah.

Namun demikian sehingga kini masih ada lagi masyarakat Melayu Islam yang kuat

berpegang dan mengamalkan adat resam yang bertentangan dan bercanggah dengan agama Islam

yang dianuti. Mereka telah mencampur adukkan fahaman khurafat dengan akidah mereka.

Perbuatan sedemikian merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah s.w.t pada sifat

Uluhiyyyah dan Rububiyyah Allah.

Sebagaimana yang kita ketahui sifat Uluhiyyah Allah merupakan sifatnya yang berhak

disembah, dipatuhi perintahnya, dicintai dan dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan

menolak segala keburukan. Keimanan kepada Allah merupakan babak yang paling penting

dalam Islam. Oleh itu, perbuatan-perbuatan yang menyesatkan seperti khurafat dan tahyul boleh

membawa kepada syirik dan sesungguhnya dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah.

Dalam tugasan ini, kajian dijalankan terhadap amalan khurafat dalam majilis cukur

jambul di sebuah kampung di Pantai Remis Perak. Amalan khurafat tersebut dapat dilihat apabila

seorang bidan kampung yang mengetuai majlis tersebut mengadakan upacara seperti pemujaan

dan membaca jampi serapah yang tidak difahami. Begitu juga dengan barang-barang untuk

pemujaan seperti kemenyan, pulut kuning, telur rebus dan banyak lagi. Jelas bahawa terdapat

unsur-unsur khurafat dalam majlis tersebut dan ini sangat bertentangan dengan syariat Islam.

1

Page 2: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif dan tujuan seperti berikut:

1. Untuk mengetahui amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan masyarakat Melayu

Islam dalam majlis cukur jambul bayi.

2. Untuk mengetahui jenis-jenis amalan khurafat yang boleh menjejaskan iman dan aqidah

individu.

3. Untuk mengetahui sejauh mana amalan khurafat tersebut memberi kesan terhadap iman

dan aqidah seseorang.

4. Untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat Melayu Islam terhadap amalan khurafat

dalam segenap aspek kehidupan.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam tugasan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan temu bual.

Pemerhatian dijalankan semasa majlis cukur jambul itu berlangsung dari awal hingga

berakhirnya majlis tersebut. Manakala kaedah temu bual dilaksanakan terhadap beberapa orang

kampung yang telah lama menetap di tempat tersebut.

2.0 PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN

2.1 Definisi Khurafat

Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat

kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain

yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati,

namun masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang

diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Walhal, amalan khurafat adalah

2

Page 3: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan

syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik

mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari

itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan

dosa besar."  (Surah al-Nisa’, ayat 48)

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas

kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan

ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah pula bermaksud kepercayaan

karut yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.

Menurut kamus bahasa Arab, khurafat ialah al-Mujam al-Wasit iaitu cerita-cerita yang

mempersonakan dan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta manakala menurut kamus

dewan pula, khurafat ialah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-

perbuatan dan kejadian-kejadian yang berlaku. Selain itu, pengertian khurafat dalam Islam ialah

semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat,

ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Syeikh Idris al-

Marbawi pula mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau

kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau

aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan

kebahagiaan, manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada seseorang. Sedangkan semua itu

merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang

suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga

bersandarkan reality. Oleh kerana itu, ia merupakan sesuatu yang batil, yang lansung tidak

mengandungi sebarang unsur kebenaran.

3

Page 4: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

2.2 Jenis-Jenis Khurafat

Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan khurafat dan tahyul yang boleh

membawa kepada syirik, melanggar persaksian syahadah mereka sendiri adalah disebabkan oleh

kebodohan dan kelalaian dari memahami tauhid, sebaliknya mereka lebih rela memilih untuk

taqlid buta (mengikut tanpa mempersoalkan) kepada adat kebiasaan nenek moyang.  Firman

Allah dalam surah Yunus ayat 106.

Maksudnya : “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu Termasuk orang-orang yang zalim".

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang

berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati

Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-

orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mewujudkan

dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat

istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu?. Persoalan yang

lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu

bertepatan dan selari dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum

syarak.

Amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak

yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan

yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah-olah telah

menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan

4

Page 5: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

tertentu. Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antaranya

ialah :

(1) Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat

dengan kehadirannya dan amalan buang sial seperti tepung tawar, lenggang perut, mandi

bunga/mintok limau dan mandi safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan

ada qadar buruknya dan sama sekali tidak wujud kesiaalan dalam diri seseorang. Begitu juga

cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan

segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

(2) Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau

memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat

tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia

agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak

ada sekutu dengannya. Oleh itu manusia tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya

adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

(3) Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang

mengamalkan jurus kebatinan. Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang

bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam

amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi

mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang bukan asalnya dari Islam

seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

(4) Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami

maksudnya. Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan

bersumber dari al-Quran dan hadith kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak

mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran mahupun

hadith. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak

ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Misalnya seruan

kepada sesuatu, menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW, memperlekehkan ajaran Islam,

5

Page 6: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta kepada batu atau kayu dan

sebagainya.

(5) Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun sama ada terhadap perkara yang

telah lalu atau pada masa akan datang merupakan sebahagian daripada perkara yang haram,

berdosa besar bahkan salah satu syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

(6) Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam

Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang

Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

 (7) Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang

tersabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci. Pada

kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan

merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Oleh yang demikian, atas sebab

itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

(8) Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari

gangguan makhluk halus.

(9) Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan

tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang berkaitan dengan agama.

(10) Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin, Khadam, Masuk Tok Nenek dalam

badan (menurun). Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah

lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat

berbeza sama sekali dengan manusia.

 (11) Mengamalkan ilmu pengasih. Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat

menawan hati seseorang samaada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan

tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk

6

Page 7: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok

tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

(12) Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah

dan menjemput malaikat datang ke rumah. Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu

ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh

para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun

untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya

amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu

dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada

pelakunya.

(13) Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air

Malaikat”. Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada nur atau

cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu,

tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan

nafsu. Oleh itu, bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat?

Fenomena ini melambangkan tentang kejahilan tentang perkara agama.

(14) Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau. Tujuan mereka

untuk menguji sejauh mana kehebatan ilmu yang dimiliki, membantu orang lain yang

bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil

hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak

diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.

(15) Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau bahagian lain. Merubah

sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Firman Allah

dalam Surah at-Tin, ayat 4 :  

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan

berkelengkapan sesuai dengan keadaannya”.

7

Page 8: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

(16) Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk

kuatkan rangsangan seks. Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan

Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi

kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk

memasukkannya seperti pemakaian susuk.

(17) Menggunakan objek untuk menakuti jin. Penggunaan sesuatu objek dengan alasan

golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur

beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam

ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.

(18) Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.

Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu

koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.

(19) Kepercayaan kepada tuah keranda. Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu

kasih supaya tidak teringat kepadanya. Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi

menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-

Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.

Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.

Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.

Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke

atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.

(20) Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau

menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain. Tindakan menzalimi

binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak,

bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.

(21) Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.

Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh

mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.

8

Page 9: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

(22) Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan. Mempercayai sesuatu

perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang

tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan

membawa malapetaka.

(23) Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah

dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak. Umpamanya membaca

surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk

menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran

Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-

ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.  “Di antara

orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat),

dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami

dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat

46)

(24) Kepercayaan kepada kebolehan wafaq. Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah

yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat

difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah

sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu

fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan

menghindarkan penyakit.

(25) Pengubatan yang bercanggah dengan Islam. Berubat dengan kaedah yang salah dan

haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam

air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka,

melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.

(26) Pengubatan dengan bahan harum. Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang

haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang

9

Page 10: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi

dan tulang manusia.

(27) Upacara memanggil roh. Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk

memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti memanggil roh Syeikh

‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.

(28) Pengubatan tanpa sumber agama. Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul

dalam agama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang

diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau

penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau urat yang sakit. Selain itu,

perlakuan memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris,

pisau, pedang dan gambar.

(29) Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim. Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti

sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah

kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.

(30) Mendakwa diri sebagai seorang kasyaf. Mendakwa diri sebagai seorang wali yang

kasyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang

penyakit.

(31) Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik. Contohnya mesti memberi benda tajam,

atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur

berwarna.

3.0 LAPORAN DAPATAN KAJIAN

3.1 Amalan Khurafat

10

Page 11: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

Daripada apa yang diperhatikan kes ini memang dikategorikan dalam kes khurafat, kerana ia

telah melakukan sesuatu amalan cukur jambul yang menyimpang daripada amalan Islam yang

sebenar.

Salah seorang daripada ahli kumpulan telah mengikuti satu majlis mencukur jambul yang

telah di lakukan oleh seorang bidan kampung di salah sebuah kampung di Pantai Remis, Perak.

Kampung tersebut memang terkenal dengan adat resam dari segi pelbagai aspek sama ada dari

segi majlis perkahwinan ataupun majlis mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan.

Bidan tersebut tidak melakukan seperti kebiasaan yang kita lakukan perkara-perkara yang

sunat dan yang disunnahkan dalam majlis bercukur, seperti selawat keatas nabi, bertahnid dan

sebagainya. Tetapi beliau telah melakukan satu upacara seperti upacara pemujaan atau

penyeruan dengan menyediakan bahan-bahan seperti beras pulut yang telah digaul dengan

kunyit, pulut kuning yang telah dimasak dan dijadikan ketulan sebanyak tiga ketul, tiga biji telur

yang telah direbus, daun-daun dari beberapa jenis, kemeyan, dan beberapa jenis barang lagi yang

tidak dikenali.

Sebelum melakukan upacara mencukur jambul, bidan tersebut telah membalut bayi yang

hendak dicukur dengan sejenis kain putih,kemudian beliau telah membakar kemenyan. Semasa

di dalam proses membakar kemenyan beliau telah membaca sesuatu yang tidak didengari dan

diketahui di hadapan asap kemenyan tersebut. Selepas habis membaca jampi, beliau telah

mengambil satu persatu bahan yang telah disediakan dan memperasapkan bahan-bahan tersebut.

Akhir sekali beliau telah memperasapkan bayi yang hendak dicukur itu. Sebelum proses

mencukur rambut bermula beliau telah menaburkan beras pulut yang telah digaul dengan kunyi

11

Page 12: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

tadi di sekeliling beliau dan ke atas bayi tersebut dan juga mengusap-ngusap bayi tersebut dari

kepala hingga hujung kaki dan membuangnya seolah-olah membuang sesuatu.

Selepas membuat semua proses tersebut barulah beliau mula mencukur rambut bayi

tersebut, tetapi beliau tetap memastikan asap kemeyan itu tidak padam. Selepas selesai mencukur

rambut bayi tersebut beliau telah meletakkan bedak sejuk di seluruh kepala dan badan bayi

tersebut sepertimana kebiasaan yang dilakukan oleh bidan-bidan yang lain.

Daripada maklumat yang diperolehi melalui temu bual beberapa orang kampung tersebut,

itu adalah amalan yang biasanya dilakukan oleh bidan tersebut semasa proseses mencukur

rambut mana-mana bayi yang baru dilahirkan. Apa yang telah disaksikan oleh salah seorang ahli

kumpulan ini hanyalah separuh daripada persiapan yang dilakukan, sekiranya ahli keluarga

memaklumkan dengan terlebih awal untuk mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan beliau

akan menyediakan dengan lebih banyak persediaan dengan bermacam-macam bahan lagi.

3.2. Golingan / Individu

Perkara khurafat atau menyalahi hukum Islam yang telah diamalkan dalam kajian ini telah

dilakukan oleh seorang individu yang juga dikenali sebagai seorang bidan yang sangat

berpengalaman. Beliau seringkali dijemput oleh orang-orang dari kampung yang sama dan

kampung-kampung lain di sekitar daerah Manjung dan juga Ipoh, Perak. Beliau juga seringkali

menjadi rujukan para jururawat masyarakat (perbidanan) di daerah tersebut. Beliau berusia

lingkungan lebih daripada 80 tahun dan memiliki fizikal yang kuat dan sihat, tetapi sebagai

seorang manusia dan hamba Allah beliau juga tidak lari daripada ujiannya.

12

Page 13: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

4.0 RUMUSAN.

Secara tuntasnya, kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada

seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt

kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu

memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana

pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan

seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal. Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang,

tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan

berlakunya huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan

masyarakat hari ini usaha-usaha dakwah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam

perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah

mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang  melakukan perkara khurafat iaitu dengan

mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat

pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara

kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat

yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan

seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan

Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

13

Page 14: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

RUJUKAN

Abdullah Bin Muhammad Bin Abdurrahman Bin Ishaqalusyaikh. (2008). Tafsir Ibnu Katsir Jilid

3 . Kuala Lumpur : Pustaka Imam Asy – Syafi’ i.

Adil Akhyar. (2012) . Khurafat Alam Melayu . Johor Bahru : Pustaka Azhar.

Muhammad Jaafar Rahim. (2003). Bimbingan Aqidah Mukmin Menuju Jalan Yang Selamat.

Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise .

Dr.Muhammad Naim Yasin. (2011). Iman,Rukun,Hakikat dan Pembatalannya. Kedah : Pustaka

Darussalam Sdn Bhd.

http://ping.busuk.org/v/212633/31-jenis-jenis-amalan-khurafat.html

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fdakwahwanita.wordpress.com

%2Fkepercayaan-karut%2F1-pengertian-khurafat%2F&h=WAQFuVvQs

14

Page 15: HIA KAJIAN LAPANGAN-KHURAFAT.docx

15