hidroponik aeroponik

16
JENIS-JENIS TANAMAN -FERTIGASI -HIDROPONIK -AEROPONIK Disediakan oleh: Siti Razlizawani Binti Abd Rahman Hapiza Bt. Awang Nur Jamilah Bt. Khaliah@ Khalid

Upload: beauty-and-the-best

Post on 20-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS TANAMAN-FERTIGASI-HIDROPONIK-AEROPONIK

Disediakan oleh:Siti Razlizawani Binti Abd RahmanHapiza Bt. AwangNur Jamilah Bt. Khaliah@ Khalid

FERTIGASI

Fertigasi bermaksud sebuah teknologi yang merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah.Kawalan perairan dan pembajaan secara automatik.Mengelak tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti fusarium, rhirctonia dan penyakit layu bakteria.

KELEBIHAN

Lebih produktifTanaman mudah alihHasil tanaman berkualiti tinggiTiada penyakit bawah tanahDapat mengurangkan kos pengurusan dan operasi.Penggunaan air dan baja dapat dijmatkan Bersih tanpa bau dan mesra alamBoleh menanam bila-bila masa.

KELEMAHAN

Memerlukan kemahiran dan ilmu untuk menguruskan sistem fertigasi.Kos permulaan adalah tinggi kerana memerlukan peralatanMemerlukan air yang bersih untuk tanaman berkualiti tinggi.Memerlukan tenaga elektrik untuk tenaga pengepaman.

PENANAMAN SECARA HIDROPONIK

Kaedah menanam tanpa menggunakan tanah.

Sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam dengan kaedah

ini.

Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.

Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada :-

i. Baja yang digunakanii. Benih yang elok

iii.Cahaya matahari yang cukup

PERALATAN DAN PENJAGAAN KAEDAH HIDROPONIK

Peralatan

i. Takung Hidroponik :- tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

ii. Penutup Takung/ Penutup Polisterin:- diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

PERALATAN DAN PENJAGAAN KAEDAH HIDROPONIK

Peralataniii. Bakul Semaian:- Plastik kecil yang berlubang

diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.

Penyediaan Larutan Baja Hidroponik :- Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar

yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.

PERALATAN DAN PENJAGAAN KAEDAH HIDROPONIK

Penjagaan

i. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan takung terlindung dari air hujan. Kawalan serangga / penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

ii. Perhatian :- Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok dan permukaan air untuk pernafasan akar. Gunakan media dal larutan yang baru untuk setiap penanaman. Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul media selepas setiap penanaman.

PENANAMAN SECARA AEROPONIK

Kaedah menanam tanpa menggunakan tanah (kaedah memberdayakan udara).

Suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan

mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan.

Akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam.

Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran. Akar tanaman yang tergantung akan

menyerap larutan nutrisi tersebut.

KAEDAH AEROPONIK

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat

KAEDAH AEROPONIK

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

KAEDAH AEROPONIK

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada. Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara.dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.