hit or getting hit

5
Permainan Kategori Sasaran HIT OR GETTING HIT Pengenalan Bermain merupakan proses semula jadi dan spontan. Bermain adalah hobi kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Permainan Hit Or Getting Hit ini merupakan asas bagi permainan Dodgeball. Permainan ini boleh digunakan untuk melatih kemahiran yang akan digunakan dalam permainan Dodgeball. Nama Hit Or Getting Hit bagi permainan ini adalah disebabkan oleh cara permainan ini dimainkan iaitu mereka perlu menyingkirkan pihak lawan untuk mendapatkan mata. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan strategi atau taktikal semasa melakukan serangan. Oleh itu, permainan ini mampu memupuk keserasian dan sikap kerjasama antara pemain dalam satu pasukan. Hal ini kerana, setiap pemain perlu memberi komitmen dan kerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai kemenangan. Permainan ini boleh merangsang serta melatih perkembangan psikomotor, afektif dan kognitif kanak- kanak. Permainan ini juga boleh diubah suai mengikut kesesuaian bilangan pemain, tahap kemahiran pemain, kawasan permainan, objektif yang ingin dicapai dan alatan. Matlamat Permainan ini dijalankan untuk melatih kemahiran koordinasi antara mata dan tangan, mata dan kaki serta ketangkasan kanak-kanak. Bola gimrama digunakan untuk melatih kemahiran asas membaling dan menangkap di dalam permainan.

Upload: syazwan-wajiah

Post on 29-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

permainan sasaran

TRANSCRIPT

Permainan Kategori SasaranHIT OR GETTING HITPengenalanBermain merupakan proses semula jadi dan spontan. Bermain adalah hobi kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Permainan Hit Or Getting Hit ini merupakan asas bagi permainan Dodgeball. Permainan ini boleh digunakan untuk melatih kemahiran yang akan digunakan dalam permainan Dodgeball. Nama Hit Or Getting Hit bagi permainan ini adalah disebabkan oleh cara permainan ini dimainkan iaitu mereka perlu menyingkirkan pihak lawan untuk mendapatkan mata. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan strategi atau taktikal semasa melakukan serangan. Oleh itu, permainan ini mampu memupuk keserasian dan sikap kerjasama antara pemain dalam satu pasukan. Hal ini kerana, setiap pemain perlu memberi komitmen dan kerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai kemenangan. Permainan ini boleh merangsang serta melatih perkembangan psikomotor, afektif dan kognitif kanak-kanak. Permainan ini juga boleh diubah suai mengikut kesesuaian bilangan pemain, tahap kemahiran pemain, kawasan permainan, objektif yang ingin dicapai dan alatan. MatlamatPermainan ini dijalankan untuk melatih kemahiran koordinasi antara mata dan tangan, mata dan kaki serta ketangkasan kanak-kanak. Bola gimrama digunakan untuk melatih kemahiran asas membaling dan menangkap di dalam permainan.

Objektif Memahami keperluan kecergasan fizikal seperti ketangkasan, kelajuan dan kekuatan Menguasai kemahiran dan teknik yang dapat membantu pelajar dalam penguasaan kemahiran sukan tertentu. Menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat bekerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi. Dapat menyemai semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Dapat merangsang daya pemikiran pelajar semasa mengatur strategi perlawanan.

Alat Yang Digunakan

KonBola Gimrama

Kawasan Permainan Padang dan kawasan permainan dibina menggunakan kon, tali atau sesuatu yang difikirkan sesuai. Padang tersebut berukuran (8m X 5m). Jarak antara garisan tengah dan garisan had balingan ialah 1 m.

1m 1m

5m

8mProsedur Pelaksanaan Permainan1. Permainan ini boleh dimainkan 4,6, atau 10 orang pemain setiap pasukan.2. Konsep asas yang digunakan adalah seperti dalam permainan Dodgeball.3. Bola gimrama diletakkan di garisan tengah sebelum permainan dimulakan.4. Pengadil akan memberi arahan: 1,2 HIT dan pemain bagi kedua-dua pasukan akan mengambil bola gimrama dan segera ke belakang garisan balingan untuk melakukan balingan kepada pihak lawan.5. 1 mata diberikan kepada pasukan yang berjaya menyingkirkan semua pihak lawan.6. Pasukan yang mendapat 6 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

Peraturan Permainan1. Lelaki dan perempuan boleh melibatkan diri dalam permainan ini dan bilangan antara pemain lelaki dan perempuan mestilah seimbang.2. Pemain yang terkena balingan bola pihak lawan dikira mati atau tersingkir.3. Pemain dibenarkan menangkap bola daripada pihak lawan.4. Pemain dibenarkan melakukan hantaran antara pasukannya.5. Pemain dikira batal dan tersingkir jika terkeluar daripada garisan padang.6. Pemain dibenarkan membuat balingan kepada pihak lawan yang berada dihadapan garisan balingan.7. Jika pemain melepasi garisan balingan, balingan tersebut tidak dikira.8. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan lawan.9. Maksimum bilangan bola yang boleh digunakan ialah 6 biji sahaja.10. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai.11. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Pemarkahan 1 mata diberikan kepada pasukan yang berjaya menyingkirkan semua pihak lawan. Pasukan yang mendapat 6 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

Aspek Keselamatan1. Pastikan kawasan yang akan digunakan untuk permainan rata dan selamat untuk pergerakan pelajar.2. Pastikan pemain memakai pakaian yang sesuai contohnya berbaju tshirt sukan, berseluar track bottom dan berkasut sukan.3. Pemain tidak dibenarkan memakai rantai, jam tangan, gelang dan alat yang boleh mencederakan diri dan orang lain.4. Pastikan alatan berkeadaan baik dan selamat untuk digunakan.