hkr 221

15
FAKULTI PERAKAUNAN Tajuk:Talak, Fasakh, Taklik, Khuluk, & Mutaah Kursus: Pengurusan Institusi Keluarga 2 Kod Kursus: HKR 221 Semester:DIS 2010 – APR 2010 Kampus: Kota Kinabalu, Sabah Kod Program: AC 110 Kumpulan: ACD3A2 Nama Pensyarah: Ustaz Arshad Hj.Hashim Nama: Shahridah Saidih No.Pelajar: 2008511033 1

Upload: scha-yayang

Post on 19-Jun-2015

607 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HKR 221

FAKULTI PERAKAUNANTajuk:Talak, Fasakh, Taklik, Khuluk, & Mutaah

Kursus: Pengurusan Institusi Keluarga 2

Kod Kursus: HKR 221

Semester:DIS 2010 – APR 2010

Kampus: Kota Kinabalu, Sabah

Kod Program: AC 110

Kumpulan: ACD3A2

Nama Pensyarah: Ustaz Arshad Hj.Hashim

Nama: Shahridah Saidih

No.Pelajar: 2008511033

1

Page 2: HKR 221

TALAKDefinisi

Talak merupakan jalan penyelesaian terakhir bagi rumahtangga yang menghadapi krisis yang tidak dapat diselesaikan melainkan dengan cara perpisahan.

Talak pada bahasa ialah melepaskan ikatan dan membebaskan. Pada istilah syarak bermaksud membatalkan atau melepaskan ikatan akad perkahwinan dengan menggunakan perkataan talak (cerai) dan seumpamanya.

Firman Allah S.W.T: Talak (yang boleh dirujuk itu) dua kali. Sesudah itu,

bolehlah dia (rujuk) dengan cara yang sepatutnya atau

melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.

(Surah Al-Baqarah,229:2)

Hukum Talak

Terbahagi kepada lima bahagian:

1) Harama. Haram mentalakkan isteri dalam keadaan haid, nifas atau pada waktu

suci yang sudah disetubuhi.b. Menceraikan isteri sedangkan dia menyedari kemungkinan akan

berlaku zina. Pada waktu yang sama, dia tidak mampu berkahwin lain.

2) Makrua. Apabila suami mentalakkan isteri tanpa keperluan, di mana dia masih

ingin menggekalkan perkahwinannya, dan perkahwinan tersebut tidak menghalang dia melakukan kewajipannya.

2

Page 3: HKR 221

3) Wajiba. Seseorang yang yakin dengan kekal bersama isterinya akan

membawa kepada maksiat atau perkara yang haram seperti tidak mampu memberi nafkah dan lain-lain.

4) Sunat a. Apabila isteri tidak menjaga percakapannya, takut membawa kepada

haram jika berkekalan dengannya.b. Bila isteri tidak menunaikan hak-hak Allah seperti solat dan hak-hak

suaminya (nushus) serta suami tidak mampu mendidiknya.5) Harus

a. Apabila bercerai mengikut sebab-sebab yang dibenarkan syarak seperti tiada persefahaman lagi walaupun telah dilakukan pelbagai usaha.

Jenis-jenis Talak

1) Talak Rajei’ : Talak satu dan talak dua. Suami berhak merujuk kembali kepada isteri yang ditalaknya tanpa perlu kepada akad yang baru, selagi belum tamat tempoh edah walaupun isterinya tidak rela.

2) Talak Ba’in : Terbahagi kepada dua, iaitu talak ba’in sugrah dan talak ba’in kubrah ;

a. Talak Ba’in Sugrah : Talak yang telah tamat tempoh edah dan talak isteri yang belum disetubuhi. Suami tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan dengan akad dan mahar yang baru.

b. Talak Ba’in Kubrah : Suami yang mentalak isterinya (dengan talak tiga) dan tidak boleh kembali lagi kepada isterinya kecuali setelah wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan disetubuhi, kemudian dia bercerai dan tamat edahnya.

3

Page 4: HKR 221

3) Talak sunni : Talak yang diizinkan oleh syarak seperti mentalakkan isteri yang suci daripada haid dan nifas dan tidak disetubuhi ketika suci.

4) Talak bid’i : Talak yang ditegah oleh syarak seperti menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid atau nifas atau dalam keadaan suci yang sudah disetubuhi.

5) Talak taklik : Talak di mana, suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Bahagian Lafaz Talak

1) Lafaz Sorih’Lafaz yang jelas pada zahirnya membawa erti talak.Contoh, seperti kata suami kepada isterinya “ Aku mentalakkan kamu atau aku menceraikan kamu ”.

2) Lafaz KinayahLafaz atau kata-kata yang boleh membawa erti talak atau bukan talak.Contoh, seperti kata suami “ Pergilah engkau dari rumah ini ” atau “Pergilah engkau kepada keluarga engkau ”. Lafaz Kinayah tidak akan sah kecuali disertai dengan niat cerai.

Rukun dan Syarat Sah Talak

1) Suami : (Orang yang menceraikan) Suami yang mentalakkan itu

hendaklah baligh, berakal dan pilihan sendiri.2) Isteri : (Orang yang dicerai) Perempuan yang hendak diceraikan

hendaklah isteri yang sah.3) Wilayah : Kuasa mencerai adalah terletak di tangan suami.4) Qasad : Sengaja untuk manceraikannya tanpa paksaan.5) Si’ ghat : (Lafaz talak) Lafaz sama ada diucapkan dengan kata-kata

tulisan atau isyarat.

4

Page 5: HKR 221

Kesan Talak

1) Jika talak rajei’, isteri berhak mendapat nafkah seperti tempat tinggal

semasa dalam edah.

2) Isteri berhak mendapat mutaah jika perceraian atas kehendak suami.

3) Jika talak ba’in sugrah, akad perkahwinan yang baru diperlukan jika

suami ingin mengahwininya semula.

4) Jika talak ba’in kubrah, suami tidak boleh lagi rujuk semula kepada

isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin lain, telah melakukan

persetubuhan dan berpisah dengan suami keduanya serta telah tamat

edahnya. Perkahwinan hendaklah dengan akad yang baru.

5) Suami isteri berhak membahagi harta perkongsian selepas perceraian

(tanpa rujuk) mengikut bahagian masing-masing.

5

Page 6: HKR 221

FASAKH

Definisi

Fasakh merupakan salah satu bentuk pembatalan perkahwinan yang boleh dituntut sama ada oleh suami atau isteri.

Fasakh dari segi bahasa ialah batal. Dari segi istilah syarak ialah membatalkan akad perkahwinan dengan sebab-sebab yang tertentu melalui kuasa hakim atas permintaan isteri ataupun suami.

Perceraian melalui kaedah fasakh tidak boleh dirujuk kembali kecuali dengan akad yang baru. Prinsip yang dipakai oleh ulama berkaitan fasakh ialah menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasullulah s.a.w bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak memperolehi sesuatu yang akan dinafkahkan untuk isterinya, hendaklah dipisahkan antara keduanya.

(Rawahu ad-Dira’khathani wa al-Baihaki)

Diriwayatkan daripada Imam Syafie’ daripada Umar bin Al-khatab r.a bahawasanya beliau telah memisahkan sepasang suami isteri dengan sebab penyakit kusta, supak dan gila.

Bahagian Fasakh

Terbahagi kepada dua, iaitu:

1) Fasakh dengan alasan yang tidak nyata seperti isteri mengadu tidak menerima nafkah sedangkan suami menafikannya, perlu diselesaikan oleh hakim.

2) Fasakh dengan alasan yang jelas seperti murtad salah seorang suami atau isteri, perkahwinan dengan sendirinya terbatal.

6

Page 7: HKR 221

Sebab-sebab yang Membolehkan Fasakh

1) Selepas berlaku akad, ternyata isteri adalah muhrim kepada suami sama ada dengan sebab nisab, persemendaan atau penyusuan.

2) Jika berlaku murtad salah seorang daripada suami isteri tersebut.3) Jika salah seorang antara suami atau isteri yang kafir memeluk islam

sedangkan salah seorang lagi tetap dengan agama asalnya.4) Suami tidak mampu cuai dalam memberi mahar atau nafkah.5) Berlaku kecacatan atau keaiban. Contoh; gila, penyakit kusta, penyakit

supak dan penyakit yang menghalang daripada persetubuhan (kecacatan organ seks) kepada lelaki atau perempuan.

6) Fasakh kerana li’an ( suami bersumpah menuduh isteri berzina tanpa saksi).

7) Fasakh kerana tidak sekupu atau setaraf dalam beberapa aspek tertentu.

Kesan Fasakh

1) Terputus ikatan perkahwinan. Suami tidak boleh rujuk kembali kecuali dengan akad perkahwinan yang baru.

2) Fasakh tidak mengurangi jumlah talak. Suami boleh mengahwini bekas isteri walaupun telah berlaku fasakh sebanyak tiga kali.

3) Talak suami tidak boleh berlaku semasa isteri dalam edah fasakh.4) Fasakh yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan menyebabkan hak

isteri untuk mendapatkan mahar terbatal. Jika selepas berlaku persetubuhan, isteri berhak mendapat mahar masmi.

5) Isteri tidak berhak mendapat mutaah jika dia memohon fasakh.6) Isteri tidak berhak mendapat nafkah ketika dalam edah fasakh sama ada

hamil atau tidak, tetapi berhak mendapat tempat tinggal.

7

Page 8: HKR 221

TAKLIK Definisi

Cerai taklik bermaksud perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik.

Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu.

Cara atau Keadaan Taklik Berlaku

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

8

Page 9: HKR 221

KHULUKDefinisi

Seseorang isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinannya melalui khuluk atau tebus talak.

Khuluk dari sudut bahasa bererti cabut atau tanggal. Dari sudut istilah perpisahan antara suami isteri dengan bayaran (tukaran) tertentu kepada suami melalui lafaz talak atau khuluk. Contoh lafaz khuluk, “ Aku talak kamu dengan bayaran sekian-sekian...”.

Hukum khuluk (tebus talak)

1) Harus : Bagi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan.

2) Makruh : Dilakukan tanpa tujuan syari’.

3) Haram : Bila suami sengaja menzalimi isteri supaya isteri meminta

khuluk daripadanya.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Tidak halal bagi kamu mengambil semula apa-apa yang telah diberikan

kepada mereka sedikit pun, kecuali kedua-dua suami isteri takut tidak dapat menjalankan

hukum Allah. Jika kamu (wali-wali) khuatirkan mereka tidak dapat menjalankan hukum

Allah, maka kedua-duanya tidak berdosa tentang apa-apa bayaran (tebus talak) yang

dibayarnya.

(Surah al-Bakarah,229:2)

9

Page 10: HKR 221

Rukun Khuluk

1) Suami disyaratkan akil baligh.

2) Isteri ( isteri bersetuju membayar ganti rugi ).

3) Si’ghat (lafaz khuluk).

4) Bayaran ganti rugi yang dipersetujui.

Tujuan khuluk

Memelihara hak wanita. Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya. Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui

keputusan mahkamah.

Kesan Khuluk

1) Isteri yang diceraikan melalui khuluk tidak boleh dirujuk semula kecuali

dengan akad nikah yang baru.

2) Khuluk mengurangkan bilangan talak yang dimiliki suami (dikira talak

satu).

3) Isteri mesti mengeluarkan bayaran yang dipersetujui kepada suami.

4) Ketika beredah, isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali jika hamil.

5) Isteri berhak mendapat tempat tinggal semasa edah.

10

Page 11: HKR 221

MUTAAH Definisi

Mutaah pada bahasa ialah sesuatu yang mengembirakan. Pada istilah syarak ialah harta yang wajib dibayar oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan atas kehendak suami dengan syarat tertentu.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertakwa.

(Surah al-Baqarah, 241:2)

Menurut Imam Syafie’, mutaah wajib diberikan kepada setiap perempuan yang ditalak sama ada isteri yang diceraikan itu disetubuhi atau belum. Jika pemberian itu kepada perempuan yang ditalak sebelum disetubuhi, ianya di namakan mahar, memadai separuh daripada mahar.

Kadar Pemberian Mutaah

Pada dasarnya kadar mutaah tidak ditentukan. Ia bergantung kepada kemampuan suami. Pemberian tersebut hendaklah mengikut kadar yang berpatutan dan munasabah.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menaggung bayaran mas kahwin), jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bersentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu tetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mutaah

11

Page 12: HKR 221

(pemberian saguhati kepada mereka) iaitu suami yang senang menurut kemampuannya, dan suami yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati yang patut lagi menjadi kewajipan atas mereka yang mahu berbuat kebaikan.

( Surah al-Baqarah, 236:2)

Jika berlaku perselisihan faham kadar mutaah, hendaklah dirujuk kepada qadi yang akan menetukan mengikut kemampuan suami. Ulama Syafie’ mewajibkan mutaah kecuali bagi perempuan yang ditentukan maharnya di dalam akad, bercerai sebelum berlaku persetubuhan dengan suaminya.

Kepentigan Mutaah

1) Memberi ketenangan dan kedamaian hati kepada bekas isteri.

2) Mengurangkan tekanan perasaan bekas isteri akibat bercerai.

3) Mendorong suami merujuk kembali kepada isteri jika bukan talak

ba’ in serta menggelak permusuhan.

4) Sebagai menghargai jasa baktinya semasa menjadi isteri.

5) Untuk isteri mulakan hidup baru setelah hilang tempat

bergantung.

12

Page 13: HKR 221

RUJUKAN 1) Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia

bebas.http://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

2) http://wapedia.mobi/ms/Perceraian_dalam_Islam

3) Buku Syariah Islamiah Tingkatan 5, Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka, Ditulis oleh Aimi bin Hamzah, Muhammad Haidir bin Hj.

Muhammad Isha dan Muhammad Syah bin Ujang.

13