homemade pizza dough

Download Homemade Pizza Dough

Post on 12-Sep-2015

223 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cara membuat doh pizza

TRANSCRIPT

Homemade Pizza Dough

Bahan bahan:1 1/2 cawan air suam2 sk yis mauripanSecubit gula4 cawan tepung gandum1/4 sk garam1/4 cawan olive oilSedikit olive oil (lumur)

Cara cara: Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian

Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping ...

Recommended

View more >