hst225 compiled

24
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Semester 2 Sidang Akademik 2014/15 HST225/3 Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Soalan 4: “Penjajahan Peranchis hanya memburukkan keadaan petani di Vietnam dan Laos.” Setujukah anda? Sila beri hujah sokongan anda. Pembentang: Uzairin Izzaty Mohd Zain 118776 Noor Madeha binti Amat Rosdi 118686 Khoo Yunn Juan 118627 Lee Wai Keat 118618 Chew Wei Wen 118607 Pensyarah: Prof. Dato’ Dr. Abu Talib Ahmad

Upload: lee-wai-keat

Post on 18-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

presentation slides

TRANSCRIPT

Dasar Perancis di Laos --- Pencukaian

Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanSemester 2 Sidang Akademik 2014/15

HST225/3 Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara

Soalan 4: Penjajahan Peranchis hanya memburukkan keadaan petani di Vietnam dan Laos. Setujukah anda? Sila beri hujah sokongan anda.

Pembentang: Uzairin Izzaty Mohd Zain 118776 Noor Madeha binti Amat Rosdi 118686 Khoo Yunn Juan 118627 Lee Wai Keat 118618 Chew Wei Wen 118607Pensyarah: Prof. Dato Dr. Abu Talib AhmadPendirianKumpulan kami bersetuju terhadap penyataan soalan iaitu, penjajahan Peranchis hanya memburukkan keadaan petani di Vietnam dan Laos.PengenalanPerancis merupakan salah satu kuasa barat yang kiat menjajah Tanah Besar Asia Tenggara.Perancis berjaya menakluk Vietnam pada tahun 1884 dan Laos pada 1893.Penjajahan Perancis yang berbentuk kolonialisme telah membawa banyak perubahan terhadap Vietnam dan Laos dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang ekonomi dan keadaan petani.PETANI SEBELUM KEDATANGAN PERANCIS DI VIETNAM1) TANAH

Sebelum abad ke 19 Masihi, pemilikan tanah kebiasaannya dimiliki oleh golongan kelas atasan sahaja seperti melalui kurniaan Maharaja Vietnam.

Namun pada awal abad ke 19, Maharaja Gia Long telah mengehadkan hak pemilikan tanah yang besar pada golongan mandarin, para pegawai dan tokoh - tokoh yang berjasa.

Bertujuan memberikan peluang kepada rakyat khususnya para petani untuk memiliki tanah untuk diusahakan dan keutamaan akan diberikan kepada petani kecil dan petani yang tidak mempunyai tanah..Tanah di Vietnam dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanah milik persendirian iaitu yang dimiliki sesebuah oleh keluarga dan tanah milik awam ( cong dien ).

Tanah milik awam merupakan tanah yang sememangnya dikhususkan untuk setiap rakyat Vietnam iaitu tanah yang diusahakan secara bersama.

Tanah persendirian juga boleh diwarisi kepada ahli keluarga yang lain untuk diusahakan dan jika si pemilik tanah tidak mempunyai waris yang terdekat maka secara automatiknya tanah tersebut akan dianggap sebagai tanah baru untuk diusahakan2) TANAH

sistem cukai dikenakan kepada petani yang mengerjakan tanah tersebut berdasarkan kepada senarai pendaftaran cukai di kampung kampung.

Tujuan sistem percukaian dijalankan adalah untuk memastikan supaya Maharaja mempunyai pendapatan serta untuk menilai pendapatan cukai di kampung kampung.

Namun cukai tanah yang dikenakan adalah tidak membebankan kerana cukai hanya dikenakan terhadap petani kecil dan penduduk kampung yang mengusahakan tanah awam sahaja.

SELEPAS PENJAJAHAN PERANCIS:

POLISI TANAHDiwujudkan untuk menjaga kepentingan ekonomi Perancis.

Bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi peneroka peneroka tanah untuk menanam modal di Vietnam.

Melalui polisi ini, mana mana tanah yang tidak dimiliki akan diikrarkan sebagai tanah kerajaan

Memperkenalkan sistem konsesi tanah dimana peneroka peneroka tanah dan pihak syarikat swasta dibenarkan untuk memohon.

Walaupun penduduk memiliki tanah persendirian tetapi semua tanah tertakluk kepada undang undang tanah Perancis dan ini memberikan ruang yang sangat besar kepada kemungkinan aktiviti pengambilan, perampasan, penjualan dan penyewaan tanah kerana pihak kolonial berkuasa penuh keatas tanah penduduk.

KONSESI TANAHDisediakan khas untuk peneroka tanah dan penanam modal Perancis serta syarikat syarikat swasta.

Untuk menggalakkan lagi pelbagai hasil pertanian untuk tujuan pasaran dunia.Tanah diperoleh daripada rampasan tanah yang dianggap sah iaitu daripada proses penjualan dan pembelian, lelongan, pajakan serta penyitaan.

Contohnya, semasa pemerintahan Doumer, pegangan hak pemilikan konsesi tanah telah dibuka seluas luasnya dan angka hak pemilikan konsesi tanah meningkat daripada 323 kepada 717 pegangan iaitu daripada 80861 kepada 357481 hektar. Antara kawasan konsesi tanah adalah seperti Tokin, Annam serta Kochinchina.

Perancis sedar bahawa mudahanya untuk mendapatkan tanah menyebabkan berlakunya spekulasi tanah dimana tanah konsesi dimiliki tetapi tidak menjalankan aktiviti pertanian. Berlangsung sehingga abad ke 20.

EKSPLOITASI TANAHDi Kochinchina, berlakunya sistem penyitaan yang diperkenalkan pada tahun 1860 - an dibawah sistem penstrukturan semuala hak pemilikan tanah.Sistem lelongan merupakan sistem dimana tanah konsesi ditawarkan untuk dijual kepada peneroka peneroka tanah dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan juga mempunyai hak untuk merampas tanah tanah penduduk yang telah melarikan diri dalam pemberontakan. Contohnya, di Kochinchina apabila penduduk yang melarikan diri daripada perkhidmatan tentera akan dirampas tanahnya dan disiytiharkan sebagai tanah bebas dan tanah tersebut tidak akan dilakukan pertanian. Rampasan tanah bukan sahaja dilakukan oleh pihak pegawai kolonial tetapi juga dilakukan oleh ketua ketua kampung yang tamak.TERGUGATNYA TANAH AWAMDisediakan khas oleh pemerintah (maharaja) untuk digunakan oleh petani yang tidak mempunyai tanah atau petani yang mempunyai tanah tetapi tidak subur.

Tanah awam juga digunakan sebagai tanah persediaan iaitu tanah tersebut boleh digunakan secara bersama jika berlakunya bencana alam seperti banjir atau tanaman dijangkiti penyakit.

Namun, pihak kolonial ingin mengecilkan hak pemilikan tanah awam penduduk.

Oleh itu, Perancis membenarkan ketua ketua kampung untuk menjual tanah awam yang disediakan khas untuk penduduk.Pada tahun 1903, satu dikri juga telah dikeluarkan yang membenarkan penjualan tanah awam dibawah arahan Residen Perancis.

Kesannya petani yang miskin tidak menderita kerana kehilangan punca pendapatan.

Pada tahun 1923, satu dikri telah dikeluarkan iaitu dengan rasminya tanah awam yang telah digunakan sekurang kurangya selama 20 tahun akan menjadi sepenuhnya hak milik kerajaan.

Setelah itu, tanah awam yang telah sah menjadi tanah kerajaan akan diikrarkan sebagai tanah untuk pasaran komoditi.MONOPOLI Aktiviti monopoli dilakukan untuk meningkatkan keuntungan tetapi hanya mendatangkan penderitaan terhadap rakyat khususnya petani kerana petani tidak mendapat sebarang faedah daripada sistem ekonomi tersebut.

Antara monopoli yang dilakukan ialah monopoli tembakau, gula, mancis, garam, alkohol,dan juga candu.

Tiga monopoli yang paling utama dikenali sebagai monopoli tiga kepala raksasa atau ( triple headed monster of the monopolies ) iaitu monopoli garam, monopoli candu serta monopoli alkohol.

Aktiviti monopoli yang dilakukan oleh pihak kolonial dalam monopoli tembakau, gula, garam, candu, serta alcohol amat menguntungkan mereka kerana keuntungan yang diperoleh dianggarkan benilai 20 juta piaster pada tahun 1899 meningkat kepada 32 juta piaster pada 1903 dan seterusnya meningkat dengan mendadak iaitu 42 juta piaster pada 1911.

Dalam aktiviti monopoli alkohol, pihak kolonial bukan sahaja mengenakan cukai terhadap alkohol tetapi turut menguasai pembuatan dan penjualan alkohol.

Pihak kolonial turut memaksa petani untuk menjual wain beras kepda mereka dengan harga yang telah ditetapkan iaitu membeli dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi kepada saudagar China.

Turut isytiharkan larangan pembukaan ladang ladang candu bagi tujuan pertanian oleh petani kerana dasar monopoli yang dilakukan oleh kerajaan. Latar BelakangMengamalkan sistem ekonomi sara diri prinsip dahulukan selamat Prinsip ini ada kelemahanenggan usaha cari untung kerana anggap akan kacau kegiatan yang amal lamaRisiko bencana alamJaminan sosialSemua penduduk usaha sama dalam sumber yang sedia ada untuk menjamin semua terdapat keperluan minimumadat pemilikan tanah. Tanah bukan hak individu, setiap penduduk perlu mengusahakan tanah, jika tidak akan dihalau keluar

Hak Tanah1864, Sistem lelong dirasmikan Konsesi tanah ditawar harga tetap (minimum 10 francs per hektarTanah bagi kepada rakyat Perancis dalam bentuk konsesi atau orang Vietnam yang setia kepada pihak Perancis

Golongan Tuan tanahPeluang yang ada (hak milik tanah dan konsesi skala besar) telah lahir golongan tuan tanahlebih taat setia kepada pihak penjajah, menerima cara hidup Barat Bahagi tanah kepada kecil dan sewa

Jaminan sosialTanam milik awam dan ia berfungsi jaminan kepada penduduk tiada jaminan ini, kemungkinan besar akan menambah hutangPihak perancis tidak rela dan tidak upaya menanggung

Masalah CukaiBayar cukai dalam bentuk wang2 cara untuk dapat wang:Guna hasil pertanian tukar untuk mendapat pulangan dalam bentuk wangKerja dengan pihak BaratPermintaan terhadap wang meningkatLebihan hasil pertanian harga hasil pertanian turunCukai meningkat Cukai kepala meningkat dari 0.165 piastres per orang pada 1880 1.125 piastres per orang pada 1890Dasar Perancis

Teori Rasional PetaniPetani adalah orang-orang kreatif yang penuh perhitungan rasional.Pada prinsipnya petani bersikap mengambil kedudukan yang menguntungkan dirinya. Prinsipnya para petani adalah manusia yang penuh perhitungan untung rugi bukan hanya manusia yang diikat oleh nilai-nilai moral. Misalnya, keengganan melakukan inovasi bukan kerana mereka pasif, tetapi ianya sendiri merupakan suatu perhitungan yang rasional.Apabila mereka berdepan dengan faktor-faktor yang menekan mereka, mereka bertindak bukan kerana tradisi mereka terancam oleh ekonomi pasar yang kapitalistik , tetapi disebabkan mereka ingin memperoleh kesempatan hidup dalam ekonomi baru ini.Gerakan Anti-kolonial di Vietnam bersifat anti-feudal. Petani bukan bertindak kerana status quo mereka terjejas. Malah, mereka ingin mencapai satu impian.

Reaksi Petani Vietnam: Ekonomi Moral atau Rasional Petani?Sistem percukaian yang diperkenalkan oleh Perancis telah mengubah sistem ekonomi sara diri yang selama ini diamalkan oleh penduduk Laos kepada sistem ekonomi kewangan.Para penduduk diwajibkan membayar cukai dalam bentuk tunai, berbeza dengan pembayaran cukai dalam bentuk hasil/barangan yang diamalkan sebelum itu.Cukai peribadi: Lelaki Laos 19 60 tahun diwajibkan membayar 2 piaster setahunKelas sosial yang dulu dikecualikan daripada pembayaran cukai (golongan miskin) telah dimansuhkan.It was a criminal to be poor. (Murray, 1980)

Dasar Perancis di Laos --- PencukaianKutipan cukai adalah di bawah jagaan Residen manakala pegawai tempatan juga diberikan kuasa memungut cukai.This most despised of colonial institutions known as kouang, lam, haou or van has been characterized by the Lao communist historian Phoumi Vongvichit, as a ferocious regime of exploitation Pelaksanaan sistem cukai di setiap tasseng dilakukan dengan ketat.Yang tidak mampu membayar cukai akan hilang rumah dan tanah.Dasar Perancis di Laos --- PencukaianSetiap tahun, lelaki Laos perlu melakukan kerja kerah selama 20 hari.Buruh-buruh ini terlibat dalam:1. Pembinaan jalan raya (Saravane & Xieng Khouang)2. Membersihkan semak-samun di kampung3. Membaiki tali telegraf, kourier, pos, mengalihkan batu dari Sungai Mekong

Dasar Perancis di Laos --- Sistem Buruh Paksa1. Menghantar sebuah laporan politik pada tahun 1930 (dari Naikhoueng kepada Conseil du Royaume)2. Melakukan sabotaj pada tahun 1935 di muong Khantabouli3. Pemberontakan 1938-39 di SarravaneReaksi Petani Terhadap Sistem KerahRumusan Meskipun segelintir perubahan yang dijalankan oleh pentadbiran Perancis telah memberi kesan positif dalam pembangunan Vietnam dan Laos, namun kesan negatif adalah lebih ketara.Perubahan yang dilakukan oleh Perancis hanyalah bertujuan untuk mengeksploitasi ekonomi negara yang dijajahnya.Segala perubahan tersebut memberi kesan yang buruk kepada kehidupan para petani.J.C Scott. Moral Ekonomi Petani. New Heaven: 1976.S.L Popkin. The Rational Peasant. Berkeley: 1979.Geoffrey Gunn. Rebellion in Laos: Peasant and Politics in a Colonial Backwater. Boulder: 1990.Murray. The Development of Capitalism in Colonial Indochina (1870-1940). Los Angeles & London: 1980.Rujukan