hubungan antara harga diri dengan · pdf fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Psz 19:16 (pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN : 2006/2009
Saya SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PARIT RAJA AHMAD, 83500 PARIT SULONG, DR. YEO KEE JIAR BATU PAHAT , JOHOR. Nama Penyelia Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan ( Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………....
Nama Penulis : SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN
Tarikh : 30 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Syukurku Kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Untuk…
Ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Hj. Paimin bin Sadio dan Hjh. Siti Zaleha binti Hj. Mohd. Taib
Kakanda dan adinda yang disayangi,
Mohd. Amin & Isteri, Mohd. Rosmadi dan Khairul Ariffin
Jutaan terima kasih di atas dorongan, sokongan, pengorbanan, kesabaran dan doa
kalian yang tidak pernah pudar. Akan dikenang buat selamanya.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM.....
Jasa kalian amat dihargai.
Terima kasih atas segala-galanya.
Semoga sentiasa diberkati oleh Nya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w. yang telah
memberi tunjuk teladan untuk kita sentiasa melalui jalan lurus. Bersyukurku Ke
hadrat Allah S.W.T. berkat limpah dan kurnia Nya saya dapat menyiapkan PSM ini
pada masa yang ditetapkan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang sedia
membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Dato’ Onn, Sekolah Menengah Penghulu Saad dan Sekolah Menengah
Dato’ Sulaiman di Batu Pahat, Johor di atas kerjasama yang amat baik dalam
menjayakan penyelidikan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama
ini, kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam penulisan ini.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayahanda
dan bonda serta kakanda dan adinda sekalian yang banyak membantu serta memberi
galakan dan doa yang tidak pernah pudar.
Kalian semua sentiasa dalam ingatan. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, para guru perlu mengetahui
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian seperti kebolehan kognitif, ingatan,
minat, kesediaan, persekitaran dan harga diri. Banyak dapatan kajian menunjukkan
harga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan
itu, kajian untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar
serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini telah dijalankan ke
atas 220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu
Pahat. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian mengandungi 30
item soal selidik. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap
harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian mata pelajaran
Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi
dengan pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh
menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara harga diri dengan pencapaian
Matematik. Berdasarkan dapatan kajian, sewajarnya kajian selanjutnya dijalankan
dengan melibatkan lebih pemboleh ubah dan sampel untuk mendapatkan suatu
perspektif yang lebih menyeluruh tentang harga diri. Guru-guru pula disarankan
melaksanakan strategi untuk meningkatkan harga diri pelajar selain fokus terhadap
isi kandungan subjek.
vi
ABSTRACT
In the quest to enhance students’ achievement, teachers should be aware of
factors that influence students’ achievement. Among these factors are cognitive
skills, students’ interest and ability to memorize, environment and self-esteem.
Many research findings showed that self-esteem has huge impact students’ academic
achievement. Therefore, this research aimed at identifying student’s self-esteem and
achievements in Mathematics and the relationship between these two variables. A
total of 220 Form Two students from two secondary schools were taken as samples
in this research. The samples were randomly chosen. The instrument used was a
questionnaire consists of 30 items. Results showed that most of the respondents have
moderate level of self-esteem. There were no significant differences in self-esteem
between male and female students. Most of the respondents have low level of
achievements in Mathematics. The results also showed that there were no significant
differences between self-esteem of student’s with high achievement and low
achievement in Mathematics. The two variables were negatively correlated in all
aspects that have been studied in this research. In view of this result, more variables
and samples should be studied to get a better perspective of students’ self-esteem.
Teachers should also try to implement strategies to enhance students’ self-esteem
besides focusing on the subject matter.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Rasional Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.8.1 Kepentingan kepada pelajar 10
viii
1.8.2 Kepentingan kepada ibu bapa 11
1.8.3 Kepentingan kepada guru 11
1.8.4 Kepentingan kepada penggubal kurikulum 11
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Definisi Istilah 13
1.10.1 Harga Diri 14
1.10.2 Harga Diri Tinggi 15
1.10.3 Harga Diri Rendah 15
1.10.4 Hubungan 16
1.10.5 Matematik 17
1.10.6 Pencapaian Matematik 18
1.11 Penutup 19
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Konsep dan Ciri-ciri Harga Diri 21
2.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan
Mata Pelajaran Matematik 25
2.4 Teori Pembelajaran 26
2.4.1 Teori Pembelajaran Tingkah Laku 26
2.4.2 Teori Pembelajaran Pemerhatian (Peniruan) 28
2.4.3 Teori Kognitif 29
2.4.4 Orentasi Nilai 31
2.4.5 Sikap 32
2.4.6 Data, Idea dan Matematik 33
2.5 Kajian Lepas Dalam Negeri 34
2.6 Kajian Lepas Luar Negara 37
2.7 Penutup 41
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Pelaksanaan/Prosedur Kajian 43
3.4 Lokasi Kajian 44
3.5 Persampelan Kajian 45
3.6 Instrumen Kajian 46
3.6.1 Soal Selidik 47
3.7 Kajian Rintis 50
3.8 Kesahan dan Instrumen Kajian 50
3.9 Analisis Data 51
3.9.1 Ringkasan Kaedah Analisis Data 51
3.9.2 Analisis Deskriptif 52
3.9.3 Analsis Inferensi 54
3.10 Penutup 55
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Bahagian A – Analisis Deskriptif 57
4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 57
4.2.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 57
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58
4.2.1.3 Taburan Pekerjaan Bapa 58
4.2.1.4 Taburan Pencapaian Matematik Pelajar 59
4.2.1.5 Taburan Tahap Pencapaian Matematik
Pelajar 60
4.2.2 Analsis Item Soal Selidik (Bahagian B) 60
4.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar 61
x
4.3 Bahagian B – Analisis Inferensi 64
4.3.1 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki Dengan
Pelajar Perempuan 64
4.3.2 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang
Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian
Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik 65
4.3.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian
Mata Pelajaran Matematik 66
4.4 Penutup 68
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 69
5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 70
5.2.2 Bahagian B : Soal Selidik 72
5.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar 72
5.2.2.2 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar
Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 77
5.2.2.3 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang
Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan
Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran
Matematik 77
5.2.2.4 Hubungan Antara Harga Diri Dengan
Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 78
5.3 Rumusan 79
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 79
5.3.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian 80
xi
5.4 Cadangan 81
5.4.1 Pelajar 82
5.4.2 Ibu bapa 82
5.4.3 Guru 83
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
BIBLIOGRAFI 87
LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik
Lampiran C Surat Kebenaran dari EPRD
Lampiran D Surat Kebenaran dari JPNJ
Lampiran E Surat Kebenaran dari UTM
Lampiran F Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Lingkungan Pangkat / Markah Takrifan
Dan Gred Mata Pelajaran Matematik 18
3.1 Gred Pencapaian Pelajar 48
3.2 Persoalan Kajian 48
3.3 Skala Likert 49
3.4 Taburan Item Dalam Soal Selidik 49
3.5 Jadual Recode 49
3.6 Pekali Alpha Cronbach 51
3.7 Ringkasan Analsis Data 52
3.8 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 53
3.9 Tahap Pencapaian Pelajar 53
3.10 Klasifikasi Kekuatan Korelasi Rowntree (1981) 54
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58
4.3 Taburan Pekerjaan Bapa 59
4.4 Taburan Pencapaian Matematik Pelajar 59
4.5 Taburan Tahap Pencapaian Matematik Pelajar 60
4.6 Tahap Harga Diri Pelajar 61
4.7 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki
Dengan Pelajar Perempuan 65
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.8 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang
Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian
Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik 66
4.9 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian
Mata Pelajaran Matematik 65
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Penentuan Saiz Sampel 46
xv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan.
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For School Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Soal Selidik
C Surat Kebenaran dari EPRD
D Surat Kebenaran dari JPNJ
E Surat Kebenaran dari UTM
F Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : ....................................................................................
Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : 30 APRIL 2009
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Aspirasi ini sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1990). Bagi
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum diberikan penekanan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam hal pengajaran dan pembelajaran,
pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti beberapa mata pelajaran teras seperti mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah.
Mata pelajaran Matematik diperkenalkan kepada pelajar bertujuan untuk
melahirkan individu yang berketerampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan
matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa
2
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ( Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001). Oleh itu, pembelajaran matematik dengan menggunakan kaedah atau
pendekatan yang berkesan pastinya akan melahirkan individu yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan matematik. Perkara ini adalah penting untuk
merealisasikan hasrat negara mencapai matlamat Wawasan 2020 kerana mata
pelajaran Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Kajian dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik boleh memberi sumbangan yang besar ke arah
mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu,
usaha menggalakan kajian seumpama ini dalam kalangan guru-guru haruslah
dipertingkatkan.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia bersaing pada era
globalisasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Dalam kepesatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT), mata pelajaran Sains dan Matematik akan
mendominasikan bidang-bidang tersebut di samping penggunaan bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Kesediaan diri dalam mempelajari mata
pelajaran Matematik sangat penting. Aziz (2003) berpendapat bahawa selain aspek
kemahiran Matematik, bahasa mempengaruhi pemikiran pelajar melalui pemupukan
persepsi dan penyusunan idea dari persekitaran mereka.
Mata pelajaran bahasa dianggap sebagai mata pelajaran yang merentas
kurikulum kerana pelajar perlu menggunakan bahasa sebagai pengantar untuk
memahami pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran manakala mata pelajaran
Sains dan Matematik pula merupakan subjek yang merentas kurikulum sains dan
teknologi. Dengan kata lain, pengetahuan dan pengalaman dalam kedua-dua mata
pelajaran Sains dan Matematik adalah penting untuk membolehkan pelajar
meneroka sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang
3
menyumbang kepada pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains dan
Matematik perlu dikenal pasti, justeru membolehkan pelbagai pendekatan dan
strategi diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
pembelajaran mata pelajaran berkenaan. Para pelajar perlu memikul tanggungjawab
mereka sebagai pelajar dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan dan
cabaran.
Pembelajaran dan pengajaran Matematik di sekolah memerlukan,
kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk memahami, menganggap dan
membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan
yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan
kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti minat, motivasi, persekitaran,
personaliti dan harga diri turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Menurut William James (1890), harga diri bermaksud satu konsep psikologi
yang melibatkan persepsi mental. Menurut Tafarodi, Marshall & Milne (2003),
harga diri dibahagikan kepada dua aras iaitu harga diri tinggi dan harga diri rendah.
Mereka yang memiliki harga diri yang tinggi memaparkan ciri-ciri yang
membantunya mempelajari sesuatu dengan lebih yakin. Begitu juga sebaliknya akan
berlaku jika pelajar memiliki harga diri rendah.
Pada masa ini, matematik memainkan peranan yang besar dalam bidang
sains dan teknologi selain bahasa Inggeris. Berlandaskan hakikat ini, Malaysia yang
sedang membangun dengan pesat menekankan bidang Matematik bagi mewujudkan
masyarakat dan negara yang maju menjelang Wawasan 2020. Diharapkan pelajar-
pelajar dapat memahami, menguasai dan mengaplikasikan pemahaman dan
kemahiran mereka dalam Matematik agar merealisasikan wawasan negara.
4
Kajian menunjukkan bahawa kemampuan seseorang dalam menguasai
pengetahuan dan kemahiran sesuatu mata pelajaran dipengaruhi oleh banyak faktor
seperti persekitaran, baka, sosial, emosi, konsep kendiri, harga diri dan sebagainya.
Harga diri yang tinggi memainkan peranan penting untuk meningkatkan semangat
dan keyakinan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana harga diri mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pencapaian seseorang (Coopersmith, 1968).
Pencapaian akademik sering dikaitkan dengan harga diri yang tinggi manakala bagi
seseorang yang mempunyai harga diri yang rendah pula dikaitkan dengan kegagalan
(Burns, 1982). Maurus (1999) mengatakan bahawa setiap pelajar mesti memiliki
harga diri untuk berjaya. Sekiranya harga diri pelajar terlalu rendah, mereka tidak
yakin dalam menjalani kehidupan. Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada
pencapaian Matematik juga dipengaruhi oleh harga diri pelajar. Perkara ini perlu
diterokai sebagai langkah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian
Matematik mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebelum tahun 2003. Bermula
tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Isu pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh
segenap lapisan masyarakat mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Pertukaran bahasa pengantar boleh membawa kepada kejutan budaya bagi
sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami
aspek-aspek yang dipelajari. Kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat
sukar untuk diubah (Gilbert,1982). Beban pembelajaran Matematik yang amat
5
dirasai oleh pelajar menjadi lebih ringan apabila bahasa Melayu digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar Melayu.
Pelajar yang lemah dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik
menghadapi kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik. Apabila mata pelajaran
Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat memahami dan
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh penggunaan bahasa
dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri (Aziz, 2003). Majoriti
pelajar menyatakan kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik
dalam bahasa Inggeris (Aziz, 2005). Kebanyakan pelajar berasa bimbang, takut dan
kurang berkeyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam ilmu yang
menggoncang keutuhan dan semangat dan penaakulan mereka.
Banyak pelajar lemah dan kurang yakin akan kemampuan mereka dalam
penggunaan bahasa Inggeris. Apabila kedua-dua mata pelajaran ini digabungkan
iaitu bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik, maka perasaan gerun dan takut dalam kalangan pelajar semakin
bertambah. Menurut Tengku Razaleigh (2004, dalam Johari, Nor Hasniza & Meor
Ibrahim, 2006) banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah
mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Kajian
itu mendapati wujud kegelisahan dalam pelajar dalam mempelajari Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Dari segi psikologi, pelajar yang mempunyai
harga diri yang rendah akan mempunyai perasaan yang negatif terhadap mata
pelajaran Matematik.
6
Dalam usaha membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran Matematik, guru perlu mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran seperti persekitaran dan harga diri.
Jika dikaji secara mendalam, latar belakang memainkan peranan penting
dalam pencapaian mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik. Menurut
Wood, Heimple & Michela (2003), pelajar-pelajar yang mempunyai harga diri tinggi
akan memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Matematik manakala
pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah akan memperoleh keputusan yang
rendah. Bagi pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pengajaran Matematik
dalam bahasa Inggeris adakah keyakinan yang rendah terhadap bahasa Inggeris akan
Menjejaskan keputusan dalam Matematik, sekaligus menjejaskan harga diri
mereka?
Hubungan antara harga diri pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Matematik perlu ditinjau kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian
malah membawa kesan psikologi kepada pelajar. Salah satu faktor yang telah
dibuktikan bahawa perkara yang banyak menyumbang kepada pencapaian akademik
pelajar ialah harga diri. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di
Malaysia, hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Matematik
perlu dikenal pasti sebelum langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil.
1.3 Penyataan Masalah
Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan
perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan
agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Sebagai warisan kepimpinan pelajar
7
bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia
untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan yang akan datang. Dalam hal ini
faktor perbezaan dan latar belakang, personaliti, harga diri serta gaya pembelajaran
dan pengajaran di sekolah perlu dikaji dari segi kaitannya dengan pencapaian
pelajar.
Dalam meninjau hubungan pelbagai faktor dengan pencapaian mata
pelajaran Matematik, salah satu faktor yang menjadi minat penyelidik ialah harga
diri. Menurut Dorothy (1998), harga diri ialah faktor utama yang menentukan
kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai insan. Banyak kajian mengenai harga
diri pelajar. Antaranya yang mengaitkan harga diri dengan pencapaian akademik (D’
Amico & Cardaci, 2003; Roy, 2003) dan kajian tentang hubungan harga diri dengan
perlakuan tidak bermoral (Meriwater, 2003). Menurut dapatan kajian oleh D’ Amico
dan Cardaci (2003) dan Roy (2003), tidak terdapat hubungan antara harga diri
dengan pencapaian akademik.
Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji lebih mendalam lagi hubungan
harga diri dengan pencapaian akademik khususnya bagi mata pelajaran Matematik
dalam kalangan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Penyelidik telah menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian
ini. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:
i. Tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik.
ii. Perbezaan antara harga diri pelajar lelaki dengan perempuan.
8
iii. Perbezaan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi
dengan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik.
iv. Hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Matematik.
1.5 Persoalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan
jawapan kepada persoalan berikut :
i. Apakah tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran
Matematik?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar
yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam
mata pelajaran Matematik?
iv. Adakah terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik?
1.6 Hipotesis Kajian
Sebelum memulakan kajian ini, beberapa hipotesis telah dibuat bagi pelajar
Tingkatan 2.
9
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan harga diri pelajar yang
mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam mata
pelajaran Matematik.
Ho3 Tidak terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Matematik.