hubungan antara iklim kerja dan teknikal sekolah … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti...

23

Upload: duonglien

Post on 03-May-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan
Page 2: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan
Page 3: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN BURNOUT DI KALANGAN GURU

TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR

SAIFFUDIN BIN KAMARI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan
Page 5: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

iii

Dedikasi dan istimewa

Kajian ini ku abadikan buat……………

Bondaku Hjh. Rahmah bte Hj.Serin

Allahyarham ayahandaku Hj.Kamari bin Surat

(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)

Ayah mertuaku Hj.Samat bin Jumaen

Allahyarhamah ibu mertuaku Hjh.Saodah bte Taslim

(yang baru meninggalkanku)

sesungguhnya kalianlah yang mengajar dan mendidikku mengenal

erti kehidupan dan sentiasa mendoakan kejayaanku

Isteriku yang dicintai Yuhanis bte Samat

Yang banyak memberi dorongan, pengorbanan

Dan harapan………….

Anak-anakku tersayang,

Nurul Aisyah

Nasrul Naemudin

Ahmad Naqiudin

Dan yang akan hadir

Menjadi pendorongku

Kepada seluruh ahli keluarga dan ipar-duaiku,

Yang sentiasa memberi sokongan

KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar

termakbul segala cita-cita……..

Page 6: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan

salam buat junjungan besar Rasulullah saw sebagai contoh teladan terbaik, para

sahabat dan pejuang Islam. Syukur kepada Allah swt, kesyukuran yang tidak

terhingga kerana dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya.

Dengan sukacitanya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada penyelia tesis, En.Jamaludin bin Ramli yang banyak memberi

panduan, tunjuk ajar dan nasihat bagi menyiapkan tesis ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua

pensyarah yang memberi didikan dan pelajaran. Juga kepada Pentadbir dan guru-guru

Sekolah Menengah Teknik Kluang yang banyak memberikan kerjasama semasa

menjalankan kajian ini serta kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung

memberikan sumbangan untuk menjayakan projek penyelidikan ini. Semua kerjasama

amatlah dihargai.

Buat semua rakan-rakan seperjuangan, kenangan bersama selama ini amat-

amat dihargai. Akhirnya semoga Allah swt memberi kurniaNya kepada semua.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara

aspek-aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja dengan tiga

subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi.

Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory (MBI) bagi

mengukur tahap burnout di kalangan guru teknikal. Seramai 53 orang guru yang

mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Kluang telah dipilih untuk

menjadi responden kajian. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik yang

diedarkan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi dianalisis secara dua

peringkat iaitu analisis deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan

hampir semua aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja

dengan ketiga-tiga subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan

pencapaian peribadi terdapat hubungan yang signifikan. Manakala aspek beban kerja

dengan keletihan emosi dan pencapaian peribadi tidak terdapat hubungan yang

signifikan. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan faktor yang

berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan,

sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja menyumbang lebih banyak kesan

terhadap burnout berbanding dengan faktor latar belakang guru. Kajian ini juga

mengemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan burnout selanjutnya.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

vi

ABSTRACT

The primary aim of this research was to identify the relationship between

nature of work aspects - attitude, environment, social and workload with three

subscales of burnout – emotional exhaustion, depersonalization and personal

accomplishment. This research uses the standardized Maslach Burnout Inventory

(MBI) instrument to measure the degree of burnout among technical teachers. As

many as 53 technical teachers at Sekolah Menengah Teknik Kluang were selected as

respondents. Research data were collected by researcher himself. The data collected

were analyzed in two stages: descriptive analysis and correlation analysis. The

findings show that there are significant relationship between most of the nature of

work aspects and three subscales of burnout. But there is no significant relationship

between workload with emotional exhaustion and personal accomplishment. In

general, the findings show that factors related to teacher’s work such as salary, work

stress, role conflict, social support from principal and colleagues contributed more

towards burnout compared to factors related to teacher’s background variables. Also

included in this research are suggestions for future research on burnout.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran xv

Senarai Singkatan xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis kajian 6

1.7 Kepentingan kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Definisi istilah 8

1.9.1 Iklim Kerja 8

1.9.2 Burnout 9

1.9.3 Guru Teknikal 9

Page 10: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

viii

1.9.4 Sekolah 9

1.9.5 Gaji 9

1.9.6 Situasi Kerja 10

1.9.7 Kenaikan Pangkat 10

1.9.8 Rakan Sekerja 10

1.9.9 Penyeliaan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian Luar Negeri 12

2.3 Kajian Dalam Negeri 16

2.4 Mengapa Terjadi Burnout 17

2.4.1 Karakter Individu 17

2.4.2 Lingkungan Pekerjaan 21

2.4.3 Keterlibatan emosi 22

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Lokasi Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Pembolehubah-pembolehubah 26

3.6 Instrumen Kajian 27

3.7 Prosedur Kajian 28

3.8 Kajian Rintis 28

3.9 Analisis Data 29

3.10 Rumusan 30

Page 11: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 31

4.2 Latar Belakang Responden 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Keturunan 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Status

Perkahwinan 34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Kasar Sebulan 34

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 35

4.2.7 Taburan Responden Mengikut

Jawatan Utama Disandang 36

4.3 Dapatan Item Iklim Kerja 37

4.3.1 Aspek sikap 38

4.3.2 Aspek persekitaran 39

4.3.3 Aspek sosial 40

4.3.4 Aspek beban kerja 41

4.4 Item Burnout 42

4.4.1 Keletihan emosi 43

4.4.2 Depersonalisasi 45

4.4.3 Pencapaian Peribadi 47

Page 12: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

x

4.5 Analisis Hubungan Aspek-aspek Iklim

Kerja dan Burnout 49

4.5.1 Hubungan Antara Aspek Sikap

Dan Keletihan Emosi 49

4.5.2 Hubungan Antara Aspek Sikap

Dan Depersonalisasi 49

4.5.3 Hubungan Antara Aspek Sikap

Dan Pencapaian Peribadi 50

4.5.4 Hubungan Antara Aspek Persekitaran

Dan Keletihan Emosi 50

4.5.5 Hubungan Antara Aspek Persekitaran

Dan Depersonalisasi 51

4.5.6 Hubungan Antara Aspek Persekitaran

Dan Pencapaian Peribadi 51

4.5.7 Hubungan Antara Aspek Sosial

Dan Keletihan Emosi 52

4.5.8 Hubungan Antara Aspek Sosial

Dan Depersonalisasi 52

4.5.9 Hubungan Antara Aspek Sosial

Dan Pencapaian Peribadi 53

4.5.10 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja

Dan Keletihan Emosi 54

4.5.11 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja

Dan Depersonalisasi 54

4.5.12 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja

Dan Pencapaian Peribadi 55

Page 13: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xi

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 56

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Hubungan antara aspek sikap

dengan item-item subskala burnout 57

5.2.2 Hubungan antara aspek persekitaran

dengan item-item subskala burnout 58

5.2.3 Hubungan antara aspek sosial

dengan item-item subskala burnout 59

5.2.4 Hubungan antara aspek beban kerja

dengan item-item subskala burnout 60

5.3 Perbincangan item-item burnout 60

5.3.1 Keletihan emosi mempengaruhi

burnout 61

5.3.2 Depersonalisasi mempengaruhi

burnout 62

5.3.3 Pencapaian peribadi mempengaruhi

burnout 62

5.4 Rumusan 63

5.5 Cadangan

5.5.1 Cadangan tindakan 64

5.5.2 Cadangan kajian akan datang 66

5.6 Penutup 67

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 14: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Klassifikasi kekuatan kolerasi 29

3.2 Pecahan aspek-aspek iklim kerja 30

3.3 Pecahan subskala burnout 30

4.1 Taburan responden mengikut jantina 32

4.2 Taburan responden mengikut keturunan 33

4.3 Taburan responden mengikut umur 33

4.4 Taburan responden mengikut status perkahwinan 34

4.5 Taburan responden mengikut pendapatan kasar

sebulan 34

4.6 Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar subjek teknikal 35

4.7 Taburan responden mengikut jawatan utama

yang disandang 36

4.8 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai

terhadap iklim kerja dari aspek sikap 38

4.9 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai

terhadap iklim kerja dari aspek persekitaran 39

4.10 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai

terhadap iklim kerja dari aspek sosial 40

4.11 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai

terhadap iklim kerja dari aspek beban kerja 41

Page 15: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xiii

4.12 Taburan responden menunjukkan keletihan emosi

mempengaruhi burnout 43

4.13 Taburan responden menunjukkan depersonalisasi

mempengaruhi burnout 45

4.14 Taburan responden menunjukkan pencapaian

peribadi mempengaruhi burnout 47

4.15 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout

(subskala keletihan emosi) 49

4.16 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout

(subskala depersonalisasi) 49

4.17 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout

(subskala pencapaian peribadi) 50

4.18 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan

burnout (subskala keletihan emosi) 50

4.19 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan

burnout (subskala depersonalisasi) 51

4.20 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan

burnout (subskala pencapaian peribadi) 51

4.21 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan

burnout (subskala keletihan emosi) 52

4.22 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan

burnout (subskala depersonalisasi) 52

4.23 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan

burnout (subskala pencapaian peribadi) 53

4.24 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan

burnout (subskala keletihan emosi) 53

Page 16: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xiv

4.25 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan

burnout (subskala depersonalisasi) 54

4.26 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan

burnout (subskala pencapaian peribadi) 54

Page 17: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Daripada

Jabatan Pendidikan Johor

D Surat Daripada UTM

E Analisis Data – Reliability Coefficients (Alpha)

Page 18: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SMTK : Sekolah Menengah Teknik Kluang

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

HEM : Hal Ehwal Murid

UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

PKPG : Program Khas Pensiswazahan Guru

SPSS : Statistic Package for Social Science

MBI : Maslach Burnout Inventory

JPT : Jabatan Pendidikan Teknik

PTV : Pendidikan Teknik & Vokasional

p : Aras Keyakinan

r : Nilai Pekali Korelasi

SP : Sisihan Piawai

% : Peratus

Page 19: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang

sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan harus peka dengan

perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber

dan pencapaian matlamat pendidikan. Dengan pelaksanaan berbagai-bagai

reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab

guru menjadi lebih mencabar. Reformasi pendidikan seperti Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) menuntut pengorbanan guru dalam merealisasikan hasrat

kerajaan.

Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan reformasi

pendidikan kini, sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa

sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan

corak tingkah laku dan sikap guru-guru. Kesan-kesan perubahan ini terhadap

guru-guru merupakan andaian semata-mata. Kajian-kajian empirikal perlu

dilakukan terhadap fenomena ini. Dalam meningkatkan kecemerlangan dalam

pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru

yang bertaraf dunia maka hal-hal seumpama inilah yang perlu dibongkar dan

disingkap.

Page 20: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

2

Terdapat berbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya

guru pada masa kini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa

kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang

menarik. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan

memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang yang berjaya

(Lee Pau Wing, 1993).

Pada setiap hari persekolahan, seorang guru berdepan dengan purata

seramai 120 orang murid yang berlainan perwatakan maka ia tidak dapat

mengelak dari seribu satu macam masalah pelajar.Dalam usaha ia melayan

keperluan, kehendak dan keperihatinan kesemua 120 pelajar, ia menghadapi

pelbagai kebimbangan, tekanan dan desakan emosi. Dalam masa yang sama, ia

juga terpaksa mengharungi cabaran dan desakan dari segi perancangan untuk

mengajar, kerja-kerja perkeranian, kegiatan ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat

dan berbagai kerja lain seperti menganjurkan pertandingan, perkhemahan,

pameran dan kuiz.

Dalam pengajaran pula, guru perlu melibatkan diri dengan sepenuh hati,

sama ada dari segi fizikal contohnya pergerakan tangan, intonasi suara,

pergerakan kaki dan air muka. Dari segi mental contohnya jenis soalan yang

ditanya pelajar dan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Dari segi emosi

contohnya memberi galakan, menunjukkan kasih sayang dan perasaan empati

kepada pelajar. Dalam kesemua tugas yang dijalankan ini, ia juga perlu

mengekalkan hubungan yang baik dengan kesemua murid serta rakan sejawat.

Memandangkan tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini tidak dapat

dinafikan bahawa kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa seorang

guru mudah mengalami tekanan dan tahap burnout yang tinggi.

Page 21: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai kaji selidik telah diusahakan untuk mengenalpasti unsur-unsur

yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan.

Tumpuan kajian berpusat pada sifat-sifat diri guru, kelakuan guru dan sikap guru.

Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan

perubahan kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Bertambah tinggi

peratus guru yang rasa terbeban dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) dan berasa stressful yang mengakibatkan minat mereka dalam

pengajaran menurun (Isahak Haron, 1993). Perubahan itu dikatakan

menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap guru

semakin tinggi. Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak

disediakan dengan sempurna untuk menghadapi perubahan. Dengan itu

memungkinkan guru berasa amat kecewa kerana tidak mampu menangani tugas

dan harapan yang sudah berubah.

Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam

keadaan tertekan (Smith, 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak

rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal

menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini

akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya apa lagi sifat kasih

sayang.Terdapat kajian-kajian membuktikan sesetengah guru memang mengalami

perasaan tertekan, sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan

untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan. Kebolehan

penyesuaian merupakan ciri paling asas dan penting dalam kehidupan manusia

untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka.

Page 22: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

4

Selagi manusia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerja maka selagi

itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.Oleh kerana tahap penyesuaian individu

terhadap suasana kerjanya adalah berubah-ubah dan berbeza mengikut keperluan

dan tujuan organisasi maka ketidakpuasan kerja berlaku di kalangan individu

yang membawa kepada tahap burnout.

Walaupun tekanan kerja seorang guru dianggap oleh sesetengah pihak sebagai

perkara remeh namun ia boleh menyebabkan gangguan mental kepada guru

tersebut (Tengku Habsah, 2002). Pendidikan perlu dibangunkan bagi memenuhi

keperluan ekoran daripada perubahan dalam masyarakat, teknologi dan budaya.

Keadaan burnout di kalangan guru-guru teknikal masa kini mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian ini cuba mengetengahkan dan

mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor terpilih seperti keadaan pekerjaan

sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, rakan sekerja, penyeliaan dalam

pekerjaan dan pekerjaan secara am.

1.3 Pernyataan Masalah

Banyak kajian tentang burnout di kalangan guru telah dijalankan di barat

tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang memberi tumpuan dalam kajian

mereka terhadap guru-guru teknikal. Hasil pemerhatian pengkaji selama lapan

tahun menjadi guru teknikal mendapati terdapat tanda-tanda burnout di kalangan

guru di mana ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta

fungsi guru itu sendiri. Oleh itu bukti-bukti awal dirasakan perlu untuk

mengetahui berkaitan iklim kerja dan tahap burnout di kalangan guru teknikal

supaya langkah-langkah persediaan dapat diambil untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinannya.

Page 23: HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN TEKNIKAL SEKOLAH … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan

5

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i) Mengenalpasti iklim kerja dari aspek sikap, persekitaran, sosial dan

beban kerja di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik.

ii) Mengenalpasti burnout dari subskala keletihan emosi, depersonalisasi

dan pencapaian peribadi di kalangan guru teknikal di Sekolah

Menengah Teknik.

iii) Mengenalpasti hubungan antara aspek-aspek iklim kerja dengan

subskala burnout di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah

Teknik.

iv) Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara

aspek-aspek iklim kerja dengan subskala burnout di kalangan guru

teknikal di Sekolah Menengah Teknik.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang

menjadi kajian ialah:

i) Sejauhmana iklim kerja dari aspek sikap, persekitaran, sosial dan

beban kerja di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik?

ii) Sejauhmana burnout dari subskala keletihan emosi, depersonalisasi

dan pencapaian peribadi di kalangan guru teknikal di Sekolah

Menengah Teknik?

iii) Adakah terdapat hubungan antara aspek-aspek iklim kerja dengan

subskala burnout guru-guru teknikal?

iv) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek-aspek iklim

kerja dengan subskala burnout di kalangan guru teknikal?