hubungan etnik

5
PENDAHULUAN Topik ini membincangkan tentang Islam dan Hubungan Etnik yang terkandung dalam bab kelapan. Dalam bab ini, terdapat tujuh topik kecil yang akan diterangkan dalam kerja khusus ini. Topik ini menerangkan kepada kita bagaimana untuk mengenalpasti perspektif Islam tentang hubungan etnik, bagaimana asas-asas dan prinsip-prinsip hubungan etnik dikaitkan dengan perspektif Islam dalam proses perpaduan di Malaysia. Selain itu, topik ini juga menerangkan bagaimana untuk mengetahui dan mengaplikasi nilai-nilai kemanusiaan dalam merapatkan hubungan antara kaum. Topik kecil pertama membincangkan tentang Islam dan keharmonian hubungan etnik. Menurut surah Al-Baqarah (ayat 256), Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Menurut surah Al-Hujurat (ayat 12 dan 13) pula, Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat. Bagi topik kecil kedua pula, ia membincangkan tentang prinsip- prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Terdapat enam nilai kemanusiaan yang berkaitan Islam. Antaranya ialah, Al-Ilm ataupun berilmu, Al-Syura ataupun permesyuarakatan, Al-Adalah ataupun keadilan, Al-Hurriyyah ataupun kebebasan, Al-Musawah ataupun kesamarataan dan juga Al-Mas’uliyyah ataupun bertanggungjawab. Seterusnya, topik kecil yang ketiga membincangkan tentang asas hubungan etnik menurut Islam. Terdapat enam asas hubungan etnik menurut Islam. Antaranya ialah Al-Ta’aruf ataupun berkenal-kenalan, Al-Tahafum ataupun faham-memahami, Al-Ta’awun ataupun saling bekerjasama, ukhuwah ataupun persaudaraan, Al-Mahabbah ataupun berkasih-sayang dan juga Al-Tadhamun ataupun jamin-menjamin. Topik keempat pula membincangkan tentang aplikasi hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Antara aplikasi hubungan etnik yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian kita ialah kemesraan komunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, hormat-

Upload: nafiz-syadhamier

Post on 16-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Topik ini membincangkan tentang Islam dan Hubungan Etnik yang terkandung dalam bab kelapan. Dalam bab ini, terdapat tujuh topik kecil yang akan diterangkan dalam kerja khusus ini. Topik ini menerangkan kepada kita bagaimana untuk mengenalpasti perspektif Islam tentang hubungan etnik, bagaimana asas-asas dan prinsip-prinsip hubungan etnik dikaitkan dengan perspektif Islam dalam proses perpaduan di Malaysia. Selain itu, topik ini juga menerangkan bagaimana untuk mengetahui dan mengaplikasi nilai-nilai kemanusiaan dalam merapatkan hubungan antara kaum.Topik kecil pertama membincangkan tentang Islam dan keharmonian hubungan etnik. Menurut surah Al-Baqarah (ayat 256), Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Menurut surah Al-Hujurat (ayat 12 dan 13) pula, Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat.Bagi topik kecil kedua pula, ia membincangkan tentang prinsip-prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Terdapat enam nilai kemanusiaan yang berkaitan Islam. Antaranya ialah, Al-Ilm ataupun berilmu, Al-Syura ataupun permesyuarakatan, Al-Adalah ataupun keadilan, Al-Hurriyyah ataupun kebebasan, Al-Musawah ataupun kesamarataan dan juga Al-Masuliyyah ataupun bertanggungjawab.Seterusnya, topik kecil yang ketiga membincangkan tentang asas hubungan etnik menurut Islam. Terdapat enam asas hubungan etnik menurut Islam. Antaranya ialah Al-Taaruf ataupun berkenal-kenalan, Al-Tahafum ataupun faham-memahami, Al-Taawun ataupun saling bekerjasama, ukhuwah ataupun persaudaraan, Al-Mahabbah ataupun berkasih-sayang dan juga Al-Tadhamun ataupun jamin-menjamin.Topik keempat pula membincangkan tentang aplikasi hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Antara aplikasi hubungan etnik yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian kita ialah kemesraan komunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, hormat-menghormati, menghormati jiran dan juga bersama dalam membuat keputusan.Selain itu, topik kelima pula membincangkan tentang aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik. Syariah Islam didatangkan oleh Allah S.W.T untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan kemudaratan kepada semua manusia tanpa mengira etnik. Terdapat lima ciri-ciri maqasid syariah. Antaranya ialah memelihara akidah atau agama, memelihara akal, memelihara nyawa, memelihara harta dan juga memelihara keturunan.Topik keenam pula membincangkan tentang konsep wasatiyyah. Wasatiyyah adalah pertengahan, kesederhanaan dan moderat, iaitu pertengahan di antara dua sikap yang ekstrem dan yang jumud.Topik terakhir pula membincangkan tentang wasatiyyah dalam sistem Islam. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu politik, ekonomi dan sosial.

8.0 : ISLAM & KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK

Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman Allah SWT:Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain. Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam. Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-mabantu dalam perkara kebaikan. Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.

8.1 : ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM

Terdapat beberapa asas hubungan etnik dalam Islam yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah Al-Ilm ataupun berilmu, Al-Syura ataupun permesyuarakatan, Al-Adalah ataupun keadilan, Al-Hurriyyah ataupun kebebasan, Al-Musawah ataupun kesamarataan dan juga Al-Masuliyyah ataupun bertanggungjawab.Pertama sekali ialah Al-Ilm atau dalam kata lain berilmu. Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang Islam. Seperti yang diketahui, sesungguhnya Islam adalah ilmu, dan kitab Al-Quran adalah kitab Ilmu. Dengan adanya ilmu, sesebuah masyarakat itu akan tegak dan bersatupadu antara ilmu pengetahuan dan keimanan.Seterusnya ialah Al-Syura atau permesyuarakatan. Syura membawa maksud bahawa seseorang itu tidak menyedari pendapatnya dalam persoalan yang memerlukan pendapat orang lain. Musyawarah dapat membuka segala pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat penyeselaian dalam pelbagai sudut. Kebaikan bermusyawarah adalah manusia akan memdapat lebih ilmu pengetahuan dari perbincangan selain idea sendiri. Islam menggalakkan aktiviti bermusyawarah dalam kehidupan individu, berkeluarga dan bernegara. Bagi syura dalam kehidupan individu, contohnya ialah beristikharah kepada Allah serta musyawarah dengan orang yang dapat dipercayai pendapatnya, pengalaman, nasihat dan keikhlasannya. Bagi syura dalam kehidupan berkeluarga pula, wajib bagi suami isteri untuk saling memahami dan saling musyawarah dalam hal yang membawa kepentingan bersama dan juga saling meredhai.Yang ketiga pula ialah Al-Adalah yang membawa maksud keadilan. Dalam aspek sosial, semua etnik bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing. Selain itu, semua etnik juga bebas melakukan aktiviti ekonomi. Dalam aspek pemerintahan pula, orang bukan islam yang bermaustatin di negara Islam wajib dipelihara darah dan hartanya. Harta dan kekayaan negara juga wajib dibahagikan kepada semua rakyat. Dari segi undang-undang pula, nasib semua lapisan masyarakat dalam negara juga wajib dibela.Selain itu, yang keempat pula adalah Al-Hurriyyah ataupun kebebasan. Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam. Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasan sivil dan semua kebebasan hakiki. Kebebasan beragama bemaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat. Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelaan individu tersebut.

Bagi yang kelima pula adalah Al-Musawah ataupun kesamarataan. Kesamarataan manusia adalah berlandaskan konsep kesejagatan Islam. Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah SWT dan faktor yang membezakan mereka adalah ketakwaan disisi Allah SWT. Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang dari perspektif Islam.Yang terakhir sekali adalah Al-Masuliyyah ataupun bertanggungjawab. Allah SWT telah menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan ilmu yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi. Rasulullah SAW menjelaskan kepada kita di dalam hadisnya unsur-unsur penting bagi tanggungjawab manusia di dunia, iaitu masa, kerja, harta dan ilmu. Tanggungjawab itu akan dipersoal di hadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.