hukuman rotan

38
IMPLIKASI KEPADA GURU AKIBAT HUKUMAN ROTAN TANPA KUASA BERDASARKAN SEKSYEN 320, 323, 324, 325 DAN 326 KANUN KESEKSAAN Oleh : KHAIRUL AZLI MAT ZEN NURUN EHSAN HASBULLAH MALIK HJ AHMAD

Upload: khairul-azli

Post on 05-Dec-2014

2.376 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: hukuman rotan

IMPLIKASI KEPADA GURU AKIBAT HUKUMAN ROTAN TANPA KUASA

BERDASARKAN SEKSYEN 320, 323, 324, 325 DAN 326 KANUN KESEKSAAN

Oleh :

KHAIRUL AZLI MAT ZENNURUN EHSAN HASBULLAH

MALIK HJ AHMAD

Page 2: hukuman rotan

PENGENALAN

¨ Para pendidik, pengetua dan guru besar dan pegawai pendidikan sentiasa terdedah kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

¨ Menurut Mohd Ismail Othman (2006), Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah adalah antara faktor yang dikenalpasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibubapa.

Page 3: hukuman rotan

KENAPA GURU DAN SEKOLAH DIDAKWA?

¨ Salah persepsi ibu bapa mengenai tindakan guru dengan mengatakan tindakan itu bukan membentuk disiplin tetapi mendera.

¨ Menteliti ibu bapa sekarang sedia mengambil tindakan undang-undang kepada guru dan pendidik

Page 4: hukuman rotan

¨ Terdapat segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri.

¨ Mereka enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian.

¨ Mereka yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat.

¨ Guru tidak didedahkan dan kurang faham mengenai undang-undang.

Page 5: hukuman rotan

KUASA GURU MEROTAN MURID

¨ Perkara ini seharusnya diketahui oleh guru sejauh mana tindakan mendisiplin boleh dilaksanakan. Ini hanya boleh didapati dari surat arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Page 6: hukuman rotan

¨ Bagi menjaga tatatertib dikalangan pelajar, guru besar/pengetua mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman dera berdasarkan kepada PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957.

Page 7: hukuman rotan

¨ Peraturan 5 :

(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa –

Page 8: hukuman rotan

(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan\

(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

Page 9: hukuman rotan

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.

Page 10: hukuman rotan

¨ Peraturan 6 :

Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu.

¨ Rujuk contoh surat wakil kuasa.

Page 11: hukuman rotan

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS

KESALAHAN

JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN

1 * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

3 *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling

Contoh kes : 3. pelajar dirotan lebih dari 100 kali (Terengganu)

Page 12: hukuman rotan

KESAN KEPADA GURU YANG MENGENAKAN HUKUMAN TANPA

KUASA OLEH GURU BESAR/ PENGETUA

¨ Beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Mulai dari Seksyen 319 yang menyentuh pelbagai perundangan terhadap mereka yang mencederakan seseorang.

Page 13: hukuman rotan

¨ Guru-guru boleh dituduh di bawah seksyen 320 (cedera parah), 323 (Kecederaan Ringan), 324 (Cedera ringan disebabkan senjata berbahaya), 325 (Hukuman akibat cedera parah) dan 326 (Cedera parah disebabkan senjata berbahaya) di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

¨ Tindakan tatatertib oleh Kementerian Pelajaran

Page 14: hukuman rotan

SEKSYEN 320(cedera parah)

¨ Pengembirian¨ Hilang penglihatan kekal satu mata¨ Hilang pendengaran kekal satu telinga¨ Kehilangan mana-mana anggota atau sendi¨ Kemusnahan atau kerosakan kekal kuasa

mana-mana anggota atau sendi¨ Kecacatan kekal kepala atau muka¨ Patah tulang atau terkehel

Page 15: hukuman rotan

SEKSYEN 320(cedera parah)

¨ Apa-apa kecederaan yang membahayakan nyawa, atau yang menyebabkan penghidap, dalam tempoh 20 hari, mengalami kesakitan badan yang teruk, atau tidak berupaya untuk menjalankan kegiatan sehariannya.

Page 16: hukuman rotan

SEKSYEN 325(Hukuman dengan sengaja menyebabkan

cedera parah)

¨ Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Page 17: hukuman rotan

SEKSYEN 323 (Kecederaan Ringan)

¨ Dengan sengaja menyebabkan cedera.¨ Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman

adalah penjara selama tempoh yang tidak melebihi 1 tahun atau didenda sehingga RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.

¨ Contoh : pelajar ditampar dan ditumbuk guru (langkawi)

Page 18: hukuman rotan

SEKSYEN 324(Cedera yang disebabkan oleh senjata

berbahaya)

¨ Jika apa-apa kecederaan, sungguhpun tidak parah, disebabkan oleh penggunaan alat bagi menembak, menikam atau memotong atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, berkemungkinan menyebabkan kematian atau dengan menggunakan api atau apa-apa bahan panas atau dengan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa bahan kakisan atau..

Page 19: hukuman rotan

..dengan menggunakan apa-apa bahan ledakan atau dengan menggunakan apa-apa bahan berbahaya kepada badan manusia apabila dihidu, ditelan. Atau diserap ke dalam darah atau dengan menggunakan apa-apa haiwan.

Page 20: hukuman rotan

¨ Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama tempoh yang tidak melebihi 3 tahun atau didenda atau disebat atau dikenakan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

¨ Contoh : Guru sepak, tumbuk dan hentak pelajar dengan kerusi (Kelantan)

Page 21: hukuman rotan

SEKSYEN 326 (Cedera parah yang disebabkan oleh senjata

berbahaya)

¨ Jika cedera parah itu disebabkan dengan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam atau memotong atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, berkemungkinan menyebabkan kematian atau dengan menggunakan api atau apa-apa bahan panas atau ..

Page 22: hukuman rotan

..dengan menggunakan bahan letupan yang boleh merosakkan badan manusia apabila dihidu, ditelan atau jika masuk ke dalam darah atau dengan menggunakan apa-apa haiwan

Page 23: hukuman rotan

¨ Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama satu tempoh sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau disebat.

Page 24: hukuman rotan

PERATURAN 4, PERATURAN- PERATURANPEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN

TATATERTIB) 1993.

4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -

(d) Berkelakuan dengan cara yang

boleh memburukkan /mencemar

nama baik perkhidmatan awam”

Page 25: hukuman rotan

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(d)

¨ Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah.

Page 26: hukuman rotan

KES TATATERTIB GURU TAHUN 2001

BIL JENIS KESALAHAN KES LTT

1. Tidak Hadir Bertugas/Tidak Hadir Tanpa Dikesan

280

2. Jenayah(AktaRacun/Dadah/Cabul/Rogol/Curi/Judi)

23

3. Melanggar Akta Dadah Berbahaya 1952/Rawatan 1983

14

4. Rasuah/Kes BPR 12

5. Perilaku Seks/Sumbang/Cubaan Perkosa/Cabul Pelajar

10

6. Penyelewengan Wang/Pecah Amanah 9

7. Bangkrap 7

8. Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap Pelajar/Staf

6

9. Memalsukan Dokumen/Meniru Tandatangan Pengetua

5

Page 27: hukuman rotan

BIL JENIS KESALAHAN KES LTT

10. Sediakan Soalan Politik/Ceramah Politik/Hasut Pelajar 5

11. Kemalangan Kenderaan Kerajaan 4

12. Khalwat/Kahwin Tanpa Kebenaran 4

13. Mendera Murid/Pelajar 414. Datang Lewat/Tidak Ketik Kad Perakam /Balik Awal 3

15. Melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 2

16. Ajaran Sesat 2

17. Lemah Pengurusan 2

18. Kes Tahanan Dalam Negeri (Al Maunah) 1

19. Tuntutan Palsu / Elaun Keraian 1

20. Melanggar Akta Kastam 1

21. Membuat Penyataan Awam 1

22. Hubungan Sulit Dengan Pelajar Membawa Kes Bunuh 1

23. Pinjaman Wang Sekolah Untuk Tujuan Peribadi 1

24. Lewat Kemukakan Buku Rekod/Biadap Kpd K. Jabatan 1

Page 28: hukuman rotan

Prosedur Tatatertib

33. Tanggungjawab ketua jabatan jika terdapat sabitan jenayah

Ketua jabatan hendaklah menghantar suatu salinan keputusan mahkamah kepada pihak berkuasa tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat beserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu,..

Page 29: hukuman rotan

..dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai itu patut:

¨ Dibuang kerja atau diturunkan pangkat.¨ Dikenakan apa-apa hukuman selain

daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat.

¨ Ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam, atau

¨ Tidak dikenakan apa-apa hukuman.

Page 30: hukuman rotan

LANGKAH BERJAGA-JAGA¨ Pengetua / guru besar dan guru seharusnya membuat

tindakan yang betul bagi mengelakkan dari tanggungan undang-undang.

¨ Simpan salinan surat pekeliling dan boleh dilihat dan dibaca oleh guru.

¨ Pastikan semua surat pekeliling disimpan dan disemak sebelum satu tindakan dibuat

¨ Fahami satu-satu prosedur sebelum satu tindakan diambil contoh prosedur pembuangan pelajar dan tindakan disiplin keatas guru.

Page 31: hukuman rotan

PEMBELAAN TERHADAP GURU YANG DIDAKWA MENYEBABKAN CEDERA KEPADA PELAJAR

¨ Dilindungi di bawah seksyen 89 Kanun Keseksaan (pelajar 12 tahun dan kebawah) jika dia dapat membuktikan :

– Hukuman dera itu dikenakan bagi maksud tatatertib sekolah atau bagi mengasuh kanak-kanak itu.

– Hukuman dera yang dikenakan itu adalah sederhana dan munasabah.

Page 32: hukuman rotan

– Dijalankan dengan niat baik dan demi kepentingan kanak-kanak itu sendiri.

– Terdapat izin tersirat oleh ibubapa atau penjaga kanak-kanak yang diberikan kepada pihak berkuasa sekolah untuk menjaga tatatertib budak itu apabila dia membuat kesalahan. Izin tersirat ini telah diberikan oleh ibubapa atau penjaga kepada pihak berkuasa sekolah untuk mengenakan apa-apa jua hukuman ke atas kanak-kanak secara yang sederhana dan munasabah bagi maksud mengasuh atau menguatkuasakan tatatertib sekolah apabila kanak-kanak itu dihantar ke sekolah.

Page 33: hukuman rotan

¨ Dilindungi di bawah seksyen 88 Kanun Keseksaan (pelajar lebih daripada 12 tahun tetapi kurang daripada 18 tahun).

– 88. Nothing, which is not intended to cause death, is an offence by reason of any harm which it may cause, or be intended by the doer to cause, or be known by the doer to be likely to cause, to any person for whose benefit it is done in good faith, and who has given a consent, whether express or implied, to suffer that harm,or to take the risk of that harm.

Page 34: hukuman rotan

¨ Sesetangah seksyen jenayah tak perlu di jatuhkan hukuman/ denda atau penjara, tapi boleh di selesaikan cara persetujuan di mana pengadu/mangsa setuju dengan jumlah bayaran yang di tawarkan oleh pihak pembelaan, dengan syarat kes mestilah di tuduh di mahkamah dahulu dan pihak mangsa/pengadu setuju dengan bayaran dari pihak pembelaan.Contohnya Seksyen 323 dan 325.

Page 35: hukuman rotan

PENUTUP

¨ Ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka.

¨ Berita segelintir guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media.

Page 36: hukuman rotan

¨ Oleh itu guru harus sentiasa bersedia mendalami aspek undang-undang awam, ordinan yang berkaitan dan surat pekeliling yang sentiasa dikeluarkan dengan membuat rujukan yang memadai dan guru tidak boleh mengata ia tidak tahu peraturan dan undang-undang.

Page 37: hukuman rotan
Page 38: hukuman rotan

¨ Sesi Soal Jawab dan Perbincangan