huraian kemahiran bahasa

4
HURAIAN KEMAHIRAN BAHASA Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, Menguasai makna dan Bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan. Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Mendengar Secara Intensif dan Mendengar Secara Ekstensif. Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah mendengar secara pasif, mendengar secara bertelau-telau, mendengar tanpa tindak balas, mendengar secara membuak-buak, mendengar dengan beremosi, mendengar secara berhati-hati, mendengar secara kritikal, pengamatan dan mendebgar secara kreatif. Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia. Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Aspek bertutur ialah seperti sebutan,tekanan, mora(panjangpendek), jeda(persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan, laras bahasa. Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah

Upload: heidi-simon

Post on 24-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kemahiran bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Kemahiran Bahasa

HURAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di

peringkat kanak-kanak dan dewasa. Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat

peringkat iaitu Mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, Menguasai

makna dan Bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah

pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan

keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa

dilafazkan. Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Mendengar

Secara Intensif dan Mendengar Secara Ekstensif.

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

Antaranya ialah mendengar secara pasif, mendengar secara bertelau-telau, mendengar

tanpa tindak balas, mendengar secara membuak-buak, mendengar dengan beremosi,

mendengar secara berhati-hati, mendengar secara kritikal, pengamatan dan mendebgar

secara kreatif.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia. Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya.

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya

pertuturan menjadi lebih berkesan. Aspek bertutur ialah seperti sebutan,tekanan,

mora(panjangpendek), jeda(persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan,

laras bahasa. Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan

mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai

keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam

aktiviti perbahasan dan syarahan.Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah

memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan,

intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa

yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca

adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.

Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat

diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu

memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu

dalam pelbagai bidang.

Page 2: Huraian Kemahiran Bahasa

Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca

memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada

lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza

daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara

serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan

dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar

di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua

kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca

ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis.

Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu tujuan serta-merta adalah

untuk membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang

digunakan.Apabila seseorang murid dikatakan “boleh membaca”, maka kenyataan itu

bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak dan tidak

mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan.Selain itu,

“boleh membaca” juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada

bantuan guru.

Kedua ialah Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang

salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah

hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang

teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat

perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di

sekelilingnya.

Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang

kompleks. Dalam pengajaran bacaan di sekolah rendah, penekanan diberikan kepada

bacaan mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan

pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis , iaitu guru akan memberikan contoh

sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses ini diikuti oleh

murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara beramai-ramai, berkumpulan

ataupun secara individu.

Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka

menguasai atau berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa untuk

membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan dibincangkan

atau menjawab soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid-murid.Bacaan mentalis ini

boleh juga diikuti dengan bacaan kuat.Perkara penting yang perlu diketahui oleh guru ialah

bacaan mentalis diutamakan bagi murid-murid di sekolah rendah, sementara bacaan

mentalis lebih diutamakan pada peringkat sekolah menengah. Terdapat empat jenis

Page 3: Huraian Kemahiran Bahasa

peringkat membaca iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif dan bacaan

ekstensif ialah (meluas).

Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan

bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej , maklumat atau idea

kepada pembaca. Simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf yang

berkaitan dengan lambing bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis

merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman

peribadi yang dilalui.Penekanan kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah

idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.Murid-murid juga perlu

mengusai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis

kesimpulan. Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk

melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau

tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan

kemas dan dan betul.Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan matra

diberikan kepada murid. Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan

melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar kemahiran

membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad.Seterusnya menguasai kemahiran

menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja.Mereka sudah boleh menulis

pelbagai jenis karangan.Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan

pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang

sama, mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka

kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-

bentuk grafik yang sudah dipelajari. Penulisan boleh dibahagikan kepada lima kategori, iaitu

karangan, penulisan ringkas, penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan

kenyataan.