i s i k an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran...

56

Upload: others

Post on 19-Jun-2020

9 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung
Page 2: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

Isi Kandungan

#1: Rumah apa yang senang anda sewakan dan jual balik? #2: Barang baik – Kenapa kena tunggu untuk beli? #3: Rumah second hand harga rendah – Indah khabar dari rupa? #4: Buat apa yang anda benar-benar faham saja. Jangan cuba- cuba buat benda yang anda tak tau#5: Benda penting yang anda wajib ambil tau sebelum beli rumah #6: Wajib lawat rumah sebelum buat keputusan membeli #7: Rumah dekat kubur – Elok atau elak beli? #8: Fahamkan pasaran sewa untuk setiap rumah yang anda beli #9: Sentiasa beli rumah yang anda mampu tanggung #10: Tetapkan harga maksimum rumah yang anda mampu beli #11: Pelaburan hartanah takde shortcut. Anda rajin, anda dapat #12: Tak perlu kedekut keluar modal untuk upah peguam yang  pandai buat kerja #13: Elak bayar harga premium semata-mata nak nombor rumah cantik #14: Tambah lebih ramai kawan yang pakar ubah suai rumah #15: Jangan kena tipu beli rumah yang ada GRR  (Guaranteed Rental Return) #16: Elak ikut bulat-bulat cakap dan pandangan orang lain #17: Sikap suka turut emosi – Beli rumah ikut hati, mati #18: Ini satu tindakan busuk yang bakal makan diri anda #19: Confirm ke ada MRT? – Hanya beli rumah bila projek dah sah berjalan #20: Tapis bakal penyewa anda dengan serius #21: Jangan sesuka hati naikkan sewa. Nanti ada penyewa benci anda #22: Elak bergantung dekat satu sumber maklumat semata-mata #23: Pelabur yang baik sentiasa patuh pada janji #24: Belum tentu anda buat untung bila market value rumah meningkat #25: Lokasi – Kawasan mana ada permintaan sewa yang tinggi? 

Page 3: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#26: Elak terkena perangkap tawaran “indah khabar dari rupa”#27: Pelaburan hartanah patut jana pendapatan pasif. Bukan sebaliknya #28: Jangan beli rumah sebab pemandangan semata-mata #29: Periksa dulu sebelum beli - Kenapa ada pemaju jual projek melalui banyak agensi? #30: Macam mana elak beli rumah pada harga yang  melampau?#31: Tak semua rumah murah rugi untuk kita beli 30#32: Kenapa tak patut beli rumah pelaburan yang jauh dengan  rumah anda duduk sekarang?#33: Elak tertumpu 100% kepada hartanah freehold. Leasehold  pun boleh buat duit (kalau tahu cara)#34: Strategi kalis rugi - Perkara penting anda patut buat sebelum beli mana-mana rumah pelaburan.#35: Untung, rugi, dan breakeven - Apa yang seorang pelabur  wajib ambil tahu? #36: Pening kepala layan pandangan orang sebelum beli rumah#37: Duduk sendiri, atau untuk pelaburan - Apa anda patut buat dengan rumah yang anda beli? #38: Patut beli rumah under construction, atau rumah second  hand? #39: Hartanah hype - Yakin ke hartanah ini confirm buat  untung? #40: Sentiasa kaji supply and demand dan harga pasaran  sebelum beli rumah #41: Apa yang anda wajib buat sebelum beli rumah dengan mana-mana pemaju? #42: Ambil tahu tentang proses kitaran hartanah (property  cycle) sebelum membeli

Page 4: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#43: Tak sempat beli? Takpe. Terus cuba lagi #44: Ambil tahu siapa kontraktor yang bantu projek pemaju #45: Kenapa perlu elak beli daripada pemaju yang takde nama?#46: Hartanah pelaburan - Beli rumah yang dipasarkan secara meluas. Jangan beli yang takde nama.#47: Anda buat untung semasa membeli. Bukan semata- mata semasa menjual.#48: Anda pasti buat untung bila beli dengan pemaju yang ada nama? Betul ke? #49: Pinjam dengan “ah long” atau beli rumah guna kad kredit  - Kenapa anda sengaja cari pasal?#50: Kenapa pemaju sedaya-upaya jual rumah semasa ekspo hartanah?

Page 5: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

1

#1: Rumah apa yang senang andasewakan dan jual balik?Kalau nak beli hartanah untuk tujuan pelaburan, elakkanmembeli hartanah yang kita sendiri minat. Sebaliknya, beli hartanah yang orang ramai mahukan.Ini terbukti lebih berkesan untuk kita sewakan dengancepat, atau jual balik  hartanah  yang  dibeli  tu  dengan lebih mudah. Bagi tujuan niche market play (pasaran hartanah yanglebih spesifik), kita  perlukan  pegangan  modal  (holdingpower) yang kuat.Kalau takde, tak payah cerita nak main game ni dulu. Kenapa pilih untuk susahkan diri sendiri, padahal kitaboleh rolling balik duit tu?

Apa yang anda patut buat? Sentiasa jawab dulu soalan ini sebelum beli rumah:“Siapakah mereka yang berpotensi membeli rumah katkawasan yang kita nak beli tu?” Dengan kata lain, kenal pasti dulu jenis orang akan belirumah kat kawasan tu.Ingat ya. Lain padang, lain belalang. Klik sekarang untuk baca: Lelaki ini kongsi 10 tip beli rumahpertama pada umur 25 tahun.

Page 6: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#2: Barang baik – Kenapa kena tungguuntuk beli? Tak usah menunggu lagi. Bila dah ada ilmu dan modal, terusbeli hartanah untuk tujuan pelaburan. Setiap masa adalah masa yang terbaik untuk melabur (ataubeli rumah untuk duduk sendiri), lebih-lebih lagi bilahartanah itu tergolong dalam kategori good buy. Hartanah yang baik adalah hartanah yang tak terkesanterlalu teruk akibat daripada  kejatuhan  harga  dalampasaran.

Apa yang anda patut buat?

Kenal pasti dulu apakah jenis rumah yang tergolong dalamkategori “good  buy.”  Boleh  je  cari  maklumat  ni  dalam Internet.

2

Page 7: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#3: Rumah second hand harga rendah –Indah khabar dari rupa? Tok faham kalau korang rasa teruja bila dah dapat hartanahsubsale pada  harga  bawah  nilai  pasaran  (below  marketvalue). Tapi jaga -jaga  ya.  Mungkin  ia  sekadar  indah  khabar  dari rupa. Mana tau. Harga rendah yang kita dapat tu, hanya sekadarperkara yang sedap mata memandang je. Ada kemungkinanhartanah itu dalam proses nak masuk dalam pasaran lelong.

Apa yang anda patut buat?

Sentiasa periksa dulu kalau ada sebarang kaveat sebelumbeli rumah subsale (rumah second hand). Mungkin hartanahtu dah bertukar status jadi hartanah lelong.

3

Page 8: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#4: Buat apa yang anda benar-benarfaham saja. Jangan cuba-cuba buatbenda yang anda tak tau Elakkan membeli hartanah yang korang tak biasa beli. Contohnya, korang hanya ada pengalaman beli hartanahdalam pasaran subsale. Tapi, atas sebab nak diversify(mempelbagaikan) portfolio  pelaburan  hartanah,  korangnak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membelihartanah lelong langsung. Bertambah haru biru jadinya. Kenapa Tok pesan macam ni? Sebab risiko korang bakal tersontot sangat tinggi. Bahkan,korang bagaikan memperjudikan nasib. Kan tak elok berjudi?

Apa yang anda patut buat?

Sebelum beli hartanah, kaji dulu tahap kewangan korangdan pastikan korang betul-betul mampu dulu. Sambil tu,pelan exit strategy jugak. Senang kalau terjadi apa-apaperkara yang buruk nanti. Paling kurang, boleh la rendahkan tahap kerugian korang tu.

4

Page 9: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#5: Benda penting yang anda wajibambil tau sebelum beli rumah Hindarkan diri daripada buat keputusan berpandukan hargajualan semata-mata, serta harga pasaran sesebuah rumahyang korang nak beli tu. Ada sesetengah hartanah dan lokasi yang boleh perangkapemosi kita (pembeli). Terutama sekali kalau korang nak belirumah kat kawasan yang dah capai tahap matang. Lagi tambah lauk bila hartanah kat sesebuah kawasan tupulak tak banyak bekalan rumah.

Apa yang anda patut buat?

Kawasan yang dah capai tahap matang pasti ada rekodtransaksi yang banyak. Boleh la korang kaji data demanddan supply kawasan tu.

5

Page 10: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#6: Wajib lawat rumah sebelum buatkeputusan membeli Jangan sekali-kali gatal tangan beli hartanah tanpa buat sitevisit. Buat ni,  padah  korang  tanggung  sendiri  (jangancakap Tok tak pesan). Perumpamaan tindakan ni bagaikan korang pilih bini dalamkawasan yang gelap gelita. Takkan korang nak buat macam ni kan? Tok yakin korangsemua masih waras. Hehe.

Apa yang anda patut buat?

Buat lawatan ke kawasan hartanah tu masa matahariterpacak kat atas kepala, dan juga waktu bulan dan bintangsedang berdansa di langit (chewah). Klik sekarang untuk baca: Beli dan simpan, atau terus jual? – 4 strategiasas pelabur hartanah newbie boleh buat untung.

6

Page 11: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#7: Rumah dekat kubur - Elok  atau  elak beli? Masuk pula bab pemandangan. Sehabis boleh elakkan belihartanah yang berhadapan dengan tanah kubur. Mungkin ada sesetengah yang tak kisah. Tapi kebanyakanorang tak gemar menyewa kalau unit tu berhadapandengan kubur. Lagi-lagi penyewa golongan Hawa. Tok ada cakap sebelum ni (tengok balik poin #1). Belihartanah yang prospek suka nak beli (atau menyewa).Bukan ikut hati, kehendak, dan minat diri kita sendiri.

Apa yang anda patut buat?

Tak payah risau. Pakcik Google korang boleh tolong.Kalau nak pastikan 100%, periksa jugak dengan pihakberkuasa tempatan untuk dapatkan maklumatpembangunan kawasan rumah yang nak dibeli.

7

Page 12: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#8: Fahamkan pasaran sewa untuksetiap rumah yang anda beli Elakkan daripada jadi terlalu asyik dengan untung sewaanunit dalam satu bangunan yang sama. Perkara ni bergantung kat nasib jugak. Kalau nasib baik,dapat la sewakan pada kadar yang tinggi berbanding biasa.Tak lupa jugak kehebatan ejen yang uruskan deal sewa korang tu. Kalau ayat manis (dan korang mampu layan apa yangpenyewa nakkan),  tak  mustahil  boleh  lonjakkan  lagi kadar sewa.

Apa yang anda patut buat?Usaha untuk fahamkan dalam-dalam tentang pasaransewaan unit yang kita beli tu, dan buat keputusan untuktentukan kadar sewaan yang sesuai. Dah dapat satu figure yang munasabah? Terus gunakan kadar tu.

8

Page 13: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#9: Sentiasa beli rumah yang andamampu tanggung Elakkan mindset untuk datang ke seminar atau kelashartanah semata-mata  nak  tambah  koleksi  rumahpelaburan. Padahal, kalau tengok kelayakan dan komitmen, korang jelastak mampu. Apa yang korang boleh buat? Gunakan smart financing untuk tanggung hartanahpelaburan yang korang  beli.  Raikan  kuasa  leverage  sebaikmungkin. Boleh je beli rumah pakai tanpa pakai banyak duit sendiri.Yang penting, kena tau dan belajar cara yang betul denganorang yang betul.

Apa yang anda patut buat?Sentiasa beli rumah yang korang mampu tanggung. Jangancuba-cuba buat benda yang korang tak tau.

9

Page 14: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#10: Tetapkan harga maksimum rumahyang anda mampu beli Sehabis boleh, korang patut elak tawar-menawar hargasekitar RM5,000 ke RM10,000 semata-mata untuk close dealdengan pembeli atau penjual. Lebih-lebih lagi kalau korang serius nak beli rumah tu.Pernah tak korang dengar pepatah Bahasa Inggeris ni?:

“Don’t be a penny wise, pound stupid.” Korang kemain berhati-hati bila berbelanja untuk satujumlah yang kecil,  tapi  tak  uruskan  perbelanjaan  yangbesar dengan betul.

Apa yang anda patut buat?Wajib untuk tetapkan had harga yang korang mampu beli.Tak perlu korang  ikut  atau  bandingkan  kemampuan dengan orang lain. Perangai paling teruk? Terus ikut cakap orang lain tanpasebarang usul periksa.  Buat  ni,  memang  korang  sengaja cari nahas. Klik sekarang untuk baca: Betul ke anda berhak pegang hartanahfreehold sampai bila-bila?

10

Page 15: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#11: Pelaburan hartanah takdeshortcut. Anda rajin, anda dapat. Kalau nak jadi pelabur hartanah yang serius dan buatbanyak duit, jangan terlalu  mudah  percaya  apa  yangorang cakap. Korang sendiri perlu ada pendirian dan pandangantersendiri tentang sesebuah hartanah. Lebih-lebih lagi kalau nak beli untuk tujuan pelaburan.

Apa yang anda patut buat?Rajin-rajinkan diri korang buat homework. Kalau korangsendiri tak buat, siapa lagi?

11

Page 16: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#12: Tak perlu kedekut keluar modaluntuk upah  peguam  yang  pandai  buat kerja Ini yang ramai orang kantoi buat. Sebab berkira sangat, dirisendiri yang rugi. Fikir balik sebelum korang hadkan kos untuk tanggungbayaran peguam yang tau buat kerja. Lagipun, korang boleh je minta diskaun dekat mereka. Adarezeki, memang boleh dapat. Janji korang minta elok-elok.Dan satu lagi. Korang boleh jadikan peguam tu sebagailong-term partner. Senang kerja korang nanti sebab tak payah susah-susah nakcari peguam lain setiap kali.

Apa yang anda patut buat?Korang boleh tanya dekat pelabur hartanah yang dahseason (orang lama) dan belajar dengan mereka tentang ini.

12

Page 17: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#13: Elak bayar harga premium semata-mata nak nombor rumah cantik Jangan terlampau obses dengan nombor rumah, sepertirumah No.8 dan lain-lain nombor yang korang rasa cantik. Sebab tak berbaloi untuk korang bayar mahal untukdapatkan nombor rumah yang korang nak tu. Baik lagi korang guna duit tu untuk buat renovation dantingkatkan nilai rumah. Lagi untung boh!

Apa yang anda patut buat?Elakkan bayar harga premium untuk dapatkan unit dengannombor rumah yang cantik.

13

Page 18: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#14: Tambah lebih ramai kawan yangpakar ubah suai rumah Korang tak perlu terlalu fokus dekat kualiti rumah yang barudapat VP (vacant  possesion),  kalau  rumah  tu  untuktujuan pelaburan. Rugi je masa korang tuntut balik segala ubah suai dekatpemaju untuk betulkan balik apa yang patut. Ya, isu paling besar dekat sini adalah masa. Takkan naktunggu sampai semua  sempurna,  baru  boleh  mula  buatduit?

Apa yang anda patut buat?Buat kawan dengan mereka yang pakar dalam kerja ubahsuai rumah. Ada je cara untuk betulkan balik rumah tu dengan lebihcepat (tanpa perlu tunggu developer buat kerja).

14

Page 19: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#15: Jangan kena tipu beli rumah yangada GRR (Guaranteed Rental Return) Kenapa perlu ada insentif GRR, kalau rumah yang pemaju tunak jual betul-betul bagus? Dah banyak kes macam ni yang berlaku. Pemaju yang rajin gunakan GGR ni, biasanya cuba untuktutup kekurangan  yang  ada  dalam  projek  pembangunanmereka.

Apa yang anda patut buat?Belajar dan kaji berapa nilai sebenar sesuatu hartanah yangkorang nak beli. Kadang -kadang,  ramai  tak  perasan  yang  mereka  bayarsekali harga GRR bila membeli rumah daripada pemaju.

15

Page 20: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#16: Elak ikut bulat-bulat cakap danpandangan orang lain Jangan senang -senang  beli  rumah  sebab  ramai  yang belidan dapat saranan untuk beli cepat-cepat  sesuatu  projek baru (atau rumah subsale) sebelum terlambat. Ini semua game yang bermain dengan emosi korang. Akankeluar macam-macam  perkataan  bombastik  yang keluardaripada  mulut  mereka,  dan  buatkan  korang  rasarugi kalau tak beli. Padahal, projek tu tak boleh jana untung yang baik untuk korang pun. Tapi sebab pengaruh kawan-kawan, korang beli jugak.Last-last,  baru  korang  tau  yang  hartanah  tu  jenis  taik. Tak boleh buat duit langsung.  Korang  jugak  yang  terpaksa tanggung rugi, kan?

Apa yang anda patut buat?Cari dan buka balik buku Ekonomi 101, dan belajar tentang demand and supply. Ilmu  ini  akan  bantu  korang  buat keputusan dan beli rumah pelaburan yang  sentiasa  buat untung. Klik sekarang untuk baca: 7 pakar kewangan bocorkan rahsia beli rumah pertama. Rugi tak baca.

16

Page 21: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#17: Sikap suka turut emosi - Beli rumah  ikut hati, mati Jangan sekali -kali  beli  rumah  gunakan  emosi  korang.Sentiasa gunakan akal yang Allah S.W.T bagi tu. Tersalah beli nanti, batang hidung korang sendiri yang kena tanggung. Bukan orang lain. Kalau korang nak buat keputusan, buat dekat luar galeri jualan projek. Tarik nafas panjang-panjang dan fikir betul-betul dulu setiap kali nak buat keputusan.

Apa yang anda patut buat?Korang boleh jenguk projek dalam setiap galeri jualan yang ada. Cuma, elak buat keputusan dalam sales gallery tu.Sebab banyak yang akan pengaruh keputusan membeli korang tu. Takut lepas dah sign cek nanti, korang pulak yang rasa menyesal.

17

Page 22: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#18: Ini satu tindakan busuk yang bakal makan diri anda Kuantiti bukan segala-galanya. Seorang pelabur hartanah yang bagus tak terlalu fokus untuk tambah koleksi rumah dalam portfolio mereka. Mereka lebih pentingkan kualiti berbanding kualiti.

Apa yang anda patut buat?Korang kena kira dulu keupayaan untuk tanggung bayar rumah pelaburan yang ada. Kira semua yang berkaitan – monthly  installment,  dan sebagainya.

18

Page 23: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#19: Confirm ke ada MRT? - Hanya  beli rumah bila projek dah sah berjalan Jangan sekali-kali  beli  rumah  yang  dekat  dengan  projekMRT, selagi projek  perumahan  tu  tak  confirm  atausedang dalam pembinaan.

Apa yang anda patut buat?Sentiasa sahkan dulu segala maklumat yang korang dapat. Lagi bagus kalau korang boleh dapatkan tender notice.

19

Page 24: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#20: Tapis bakal penyewa anda dengan serius Akan sentiasa ada penyewa yang akan minta korang rendahkan kadar sewa. Pada pandangan Tok, benda ni terus wujud selagi ada pasaran sewaan dalam dunia ni. Cuma, korang tak perlu senang-senang  rendahkan  kadarsewa dan ikut permintaan penyewa korang tu. Tak kira la untuk sewa dekat student, atau sewa unit komersial. Jalan paling  selamat  adalah  tetapkan  kadar sewa mengikut kadar pasaran, Pada kebanyakan masa, mereka ni boleh jadi pembayar yang baik.

Apa yang anda patut buat?Dapatkan ejen yang bagus dan minta bantuan mereka untuk tapis prospek korang dengan baik. Pastikan semua dokumen yang perlu, korang lengkapkan. KKlik sekarang untuk baca: Panduan supaya orang muda senang nak beli rumah pertama. Baca 11 tip ini sekarang.

20

Page 25: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#21: Jangan sesuka hati naikkan sewa. Nanti ada penyewa benci anda Tok tau. Sebagai pemilik, korang berhak buat apa je dekatrumah korang tu. Tapi, jangan la suka-suka  hati  naikkan  sewa  tanpa bagitaudekat penyewa korang. Kalau dah ada sebarang perjanjian dengan penyewa berkenaan kadar sewa, sila kekalkan perjanjian tu. Korang sendiri pun tak suka kalau terpaksa tanggung kos sewa yang lebih tinggi secara tiba-tiba, betul? Jadi, jangan buat macam ni dekat penyewa korang ye.

Apa yang anda patut buat?Fahamkan apa yang berlaku dalam pasaran setempat, dankaji demand and  supply  hartanah  sekitar  kawasan  rumahyang korang nak beli tu.

21

Page 26: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#21: Jangan sesuka hati naikkan sewa. Nanti ada penyewa benci anda Tok tau. Sebagai pemilik, korang berhak buat apa je dekatrumah korang tu. Tapi, jangan la suka-suka  hati  naikkan  sewa  tanpa bagitaudekat penyewa korang. Kalau dah ada sebarang perjanjian dengan penyewa berkenaan kadar sewa, sila kekalkan perjanjian tu. Korang sendiri pun tak suka kalau terpaksa tanggung kos sewa yang lebih tinggi secara tiba-tiba, betul? Jadi, jangan buat macam ni dekat penyewa korang ye.

Apa yang anda patut buat?Fahamkan apa yang berlaku dalam pasaran setempat, dankaji demand and  supply  hartanah  sekitar  kawasan  rumahyang korang nak beli tu.

21

Page 27: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#22: Elak bergantung dekat satu jenis sumber maklumat semata-mata Elak gunakan forum hartanah untuk mengukur permintaan sesebuah hartanah yang korang nak beli. Biasanya, ramai yang ada agenda tersendiri dalam forum-forum macam ni. Ada yang nak promote untuk jual rumah yang ada dalam listing, dan ada jugak yang mengutuk pemaju, dan macam-macam lagi. Jadi, forum dah tak sesuai korang jadikan alat bantuan untuk buat keputusan membeli. Susah nak jumpa forum genuine dengan perbincangan berkaitan hartanah.

Apa yang anda patut buat?Banyakkan sumber maklumat korang, dan elak bergantung dekat satu jenis  sumber  je.  Jadikan  pakcik  Google sebagai kawan baik korang.

22

Page 28: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#23: Pelabur yang baik sentiasa patuh pada janji Jangan sekali-kali  ubah  keputusan  membeli  (ataumenjual) korang secara tiba-tiba. Korang dah berjanji nak jual (atau beli) rumah tu, tapi last-last minute, korang boleh cancel pulak. Sesiapa pun panas hati kalau berurusan dengan orang macam ni.

Apa yang anda patut buat?Buat keputusan awal-awal dan jangan senang-senang ubahkeputusan tu. Kalau  tak  nak  jual  atau  beli,  bagitau  orangtu awal-awal. Jangan buat last minute.

23

Page 29: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#24: Belum tentu anda buat untung bila market value rumah meningkat Gembira sebab nilai hartanah (market value) korang meningkat? Tahniah Tok ucapkan. Cuma, jangan suka sangat dulu. Perbuatan ni seperti korang dah tau berapa jumlah ayam yang ada dalam setiap telur yang belum menetas.

Apa yang anda patut buat?Periksa balik market value dan rekodkan nilai ini. Bila dah ada data, baru korang boleh buat kira-kira  yang  lebihrealistik.Dengan data yang betul, baru, baru korang boleh buat keputusan yang betul. Setuju?

24

Page 30: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#25: Lokasi – Kawasan mana yang adapermintaan sewa yang tinggi? Jangan sekali-kali lupakan faktor lokasi. Tak semua rumah yang ada dalam kawasan SS2 dan TTDI boleh jana untung yang baik. Sama jugak dengan rumah yang dekat dengan KLCC. Tak semua hartanah yang dekat KLCC dapat permintaan tinggi, sama harga  dan  nilai  dengan  unit  lain  yangberdekatan, dan sebagainya. Tak semestinya unit yang korang jual tu, akan sama harga dengan unit lain dalam satu kawasan yang sama.

Apa yang anda patut buat?Buat segmen “permintaan dan harga sewa” dalam satu lokasi. Korang sendiri  akan  terkejut  tengok  perbezaan yang besar kat situ nanti.

25

Page 31: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#26: Elak terkena perangkap tawaran “indah khabar dari rupa” Jangan terpedaya dengan pakej yang tak masuk akal. Contohnya: Perumahan banglo berharga RM99,000 je, lepas korang bayar  deposit  RM1,000  duit  booking,  terus lesap. Satu lagi Tok nasihatkan. Jangan pandang benda fizikal, contoh macam kereta percuma, kabinet dapur  eksklusif,  percuma  gajet  danseumpamanya. Kalau boleh untuk tujuan membeli rumah pelaburan ni, korang tengok apa  cash  back  ataupun  diskaun  tunai yang ada.

Apa yang anda patut buat?Ingat, duit tunai sentiasa lebih bagus daripada barang-barang percuma ni tadi. Nilai  pasaran  mengikut  lokasi, kenapa nak kena tahu? Supaya  anda  boleh   tahu  bila  adaoffer yang tak masuk akal dan kemungkinan  besar  satupenipuan terancang. Klik sekarang untuk baca: Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama.

26

Page 32: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#27: Pelaburan hartanah patut janapendapatan pasif. Bukan sebaliknya. Jangan main pinjam je. Korang tak patut main-main  applyloan rumah. Tau dulu kemampuan korang. Buat strategi untuk masuk dan keluar daripada  pelaburan  (exit plan)  untuk  elakkanmasalah lebih besar pada masa depan. Jangan meminjam sampai tak mampu nak bayar balik.

Apa yang anda patut buat?Ingat. Objektif pelaburan hartanah adalah sebagai pendapatan pasif. Bukan sebagai mimpi ngeri dan stress yang tak masuk akal.

27

Page 33: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#28: Jangan beli rumah sebab pemandangan semata-mata Jaga faktor pemandangan bila nak membeli rumah. Lagi-lagi  bila  kawasan  depan  rumah  yang  korang  nak beli tu hanyalah tanah kosong. Tok sarankan beli pemandangan yang menghadap bahagian dalam, bangunan lain,  kawasan  rekreasi,  dan sebagainya. Bukan apa, tanah yang kosong ni boleh jadi apa-apa. Kawasan kubur, pelupusan sampah dan sebagainya yang mana boleh pengaruhi harga rumah korang secara negatif.

Apa yang anda patut buat?Gunakan bantuan pakcik Google dan segala bantuan yang ada sebaiknya.

28

Page 34: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#29: Periksa dulu sebelum beli - Kenapa ada pemaju jual  projek  melalui banyakagensi? Bila berdepan dengan satu projek perumahan yang ada beberapa ejen berlainan menjual, baik korang berhati-hati. Fikir dulu 2 kali sebelum korang bayar yuran booking untuk rumah tersebut. Tanyakan kepada diri sendiri, kenapa pemaju tak jual sendiri? Kalau betul ejen boleh kurangkan kos untuk pamaju, kenapabanyak sangat ambik ejen daripada agensi lain-lain?

Apa yang anda patut buat?Korang boleh tanya agensi luar yang jual projek pemaju tu. Tanya sebab apa pemaju gunakan servis mereka. Tengoksama ada sebab mereka tu logik atau tak. Kalau banyak yang tak logik berbanding logik, baik korang elak beli unit tu.

29

Page 35: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#30: Macam mana nak elak beli rumah pada harga yang melampau? Kalau rumah tak terjual walaupun selepas VP (Vacant Possession),boleh jadi harga rumah ni mahal terlampau semasa pelancaran. Atau kemungkinan, ada terlampau banyak unit yang ada (oversupply) dan permintaan  (demand)  yang  sikit  kat kawasan tu.

Apa yang anda patut buat?Semak harga yang dilancarkan dan fahamkan permintaan dan tawaran  (supply and demand)  sesebuah  lokasi tuterlebih dulu. Klik sekarang untuk baca: Orang yang nak beli rumah pertama patuthadam 11 tip ini. Gerenti duit anda tak lebur.

30

Page 36: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#31: Tak semua rumah murah rugi untuk kita beli Pernah dengar orang cakap: "Benda yang baik, harga tak murah. Dan benda yang murah, tak semestinya baik." Kalau pernah dengar, tolong jangan percaya. Benda ni tak selalunya betul. Lebih-lebih  lagi dalam pasaranlelong. Banyak je rumah murah yang bagus Tok jumpa. Kalau korang cari dekat tempat yang betul,  confirm korang akanjumpa punya.

Apa yang anda patut buat?Bagi sepenuh tumpuan kepada ciri-ciri yang korang nak dapatkan. Tau dulu apa yang korang mahukan. Pantauharga pasaran semasa, harga pasaran lelong, dansebagainya supaya korang tak beli rumah pada harga yang tak munasabah. Bila jumpa je harga yang terbaik, terus beli tanpa buang banyak masa.

31

Page 37: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#32: Kenapa tak patut beli rumah pelaburan yang jauh dengan rumah anda duduk sekarang? Kalau tak banyak ilmu dan pengalaman, elakkan melabur dalam hartanah yang jaraknya  lebih daripada 50KM daripada tempat tinggal korang sekarang.

Apa yang anda patut buat?Bantuan Google Maps akan bantu senangkan kerja korang.

32

Page 38: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#33: Elak tertumpu 100% kepada hartanah freehold. Leasehold  pun boleh buat duit (kalau tahu cara) Leasehold atau freehold, korang jangan kisah sangat. Ada masanya, rumah leasehold pun boleh jana keuntungan lebih banyak berbanding unit freehold. Dengan syarat, kena ada  dekat lokasi yang betul.

Apa yang anda patut buat?Ambil tahu segala perkara tentang market value unit (yang korang nak beli) dekat sesuatu kawasan. Dengan data tu, korang akan tau nak beli rumah yang mana satu.

33

Page 39: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#34: Strategi kalis rugi - Perkara penting anda patut buat sebelum beli mana-mana rumah pelaburan Jangan ambik nasihat daripada guru hartanah 100%. Buat kerja rumah korang sendiri sebelum korang beli mana-mana rumah.

Apa yang anda patut buat?Kaji, kaji, dan teruskan mengkaji. Dah puas kaji, baru buat keputusan membeli. Korang yang nak beli hartanah tu, bukan orang  lain.

34

Page 40: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#35: Untung, rugi, dan break - even- Apa yang seorang pelabur wajib ambil tahu? Jangan fikir yang semua pelaburan yang dibuat akan janakeuntungan kaw kaw. Ada masanya pasaran naik, ada masanya turun. Boleh jadi korang jana untung, dan boleh jadi korang rugi. Kawal persepsi dan emosi korang tu. Jangan biarkan berlebih sangat.

Apa yang anda patut buat?Kaji faktor mikro dan makro. Gabungkan 2 benda ni dan buat keputusan dari situ.

35

Page 41: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#36: Pening kepala nak layan pandangan orang lain sebelum beli rumah? Jangan ambik terlampau banyak pendapat daripada pelbagai pihak dalam membuat keputusan.  Pening  kepalakorang nanti. Dapatkan maklumat, hadamkan, dan proses sendiri segala maklumat yang korang dapat tu. Lepas tu, fikir masak-masak sebelum  buat sebarang keputusan.

Apa yang anda patut buat?Sentiasa cuba dapatkan maklumat, bukan pandangan oranglain. 2 perkara ni cukup berbeza. Klik sekarang untuk baca: Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh belirumah pertama?

36

Page 42: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#37: Duduk sendiri, atau untuk pelaburan - Apa anda patut buat denganrumah yang anda beli? “Kalau tak lepas nak sewakan, aku boleh duduk sendiri dekat rumah ni.” Ini mindset yang tak elok ada dekat seorang pelabur hartanah. Lambat laun, fikirkan ni akan makan diri korang nanti. Jalan paling selamat adalah cari dulu rumah yang ada potensi untuk dapat capital appreciation yang baik. Jualrumah  tu, dan gunakan duit untung  untuk beli rumahduduk sendiri.

Apa yang anda patut buat?Tetapkan keputusan sama ada korang nak beli rumah untukduduk sendiri, atau untuk tujuan pelaburan. Dan sebelumbeli, kaji dulu segala yang patut. Kalau beli untuk duduksendiri, apa kelebihan unit tu berbanding unit di kawasan lain? Dan kalau beli untuk pelaburan pulak, berapa banyak potensi kenaikan capital appreciation yang  korang jangkakan akan dapat?

37

Page 43: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#38: Patut beli rumah under construction, atau rumah second hand? Jangan korang tertumpu sangat dekat projek-projek baru je.Projek baru mungkin boleh menjamin keuntungan lepas 2 atau 3 tahun. Tapi kalau dalam pasaran subsale, korang ada kemungkinanuntuk dapat keuntungan segera selepas pembelian. Selain itu juga, kalau banyak simpanan tunai, boleh cuba tengok pasaran lelong. Cuma, korang wajib ada simpanan untuk main dalam pasaran lelong.

 Apa yang anda patut buat?Luangkan masa untuk kuatkan networking dengan ejen-ejen hartanah yang ada. Kalau korang jaga hubungan baik dengan golongan ni, korang ada peluang cerah untuk dapatkan  rumah padabawah market value.

38

Page 44: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#39: Hartanah hype - Yakin ke hartanah ini confirm buat untung? Jangan terkejar sangat untuk beli hartanah jenis macam ni.Sebab benda hype ni boleh mengganggu fikiran logik korangdalam membuat pilihan yang baik. Dan jangan terikut-ikut orang  lain beli.  Orang lain beli, korang pun menyibuk nak ikut tanpa sebarang usul periksa.

Apa yang anda patut buat?Kenal pasti punya hype tu sebelum apa-apa.  Tanya merekayang bertanggungjawab sebarkan hype projek  tu kepadaumum. Dah tau? Baru korang layak buat keputusan membeli.

39

Page 45: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#40: Sentiasa kaji supply and demand dan harga pasaran sebelum beli rumah Jangan jadikan trafik sesak sebagai alasan yang sesebuah rumah tu tak bagus, sebab  kebanyakan rumah  dengan ciriini mempunyai kadar capital appreciation tertinggi. Dan dah tentu tak semua pasaran macam ni. Biasanya, rumah mass market ada peluang dapatkan capitalappreciation yang tinggi berbanding pasaran yang lain.

Apa yang anda patut buat?Kaji dekat tempat yang betul. Korang tak perlu kaji kepadatan trafik dalam sesebuah kawasan pun. Yang penting untuk korang kaji adalah supply and demand dan juga market value. Trafik yang sesak selalunya  tak bagus untuk projek hartanah high-end. Klik sekarang untuk baca: Prosedur beli rumah pertama dari mulasampai dapat kunci.

40

Page 46: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#41: Apa yang anda wajib buat sebelum beli rumah dengan mana-mana pemaju? Jangan main ikut pemaju secara membuta tuli je. Ada sesetengah projek dekat kawasan yang tak terkenal, walaupun pemaju dia ternama, boleh  jadi lebih terukberbanding projek kelolaan pemaju yang takde nama. Korang kena berhati-hati daripada  jadi mangsa  unsurhype.  Kalau tak, buat rugi duit korang je.

Apa yang anda patut buat?Belajar dan kaji profil pemaju yang baru bertapak dalam industri. Baru boleh elak daripada tertipu  dengan pemajuyang cuba nak sontot korang. Untuk projek daripada pemaju yang dah ada nama, periksa dulu projek mereka tu dekat kawasan mana. Sentiasa elak diri korang daripada bayar harga premium untuk projek yang bukan-bukan,  walaupun daripadapemaju terkemuka.

41

Page 47: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#42: Ambil tahu tentang proses kitaranhartanah (property cycle) sebelum membeli Jangan fikir yang tahun kegemilangan pasaran hartanah (2008-2012) merupakan kitaran yang  akan berlaku secaraberkala. Belum tentu lagi bang. Banyak faktor-faktor yang  pengaruhi perkara ni.  Yang pasti,korang tak boleh jangka bila benda ni akan berlaku. Apa yang korang boleh buat adalah berhati-hati semasamembeli hartanah untuk tujuan flipping atau nak  dapatkanuntung sewaan. Jalan paling selamat adalah beli hartanah dengan capitalappreciation yang bagus.

Apa yang anda patut buat?Teruskan kaji trend pasaran terkini dan bertindak mengikut situasi dan strategi yang korang tetapkan. Cipta exit plan yang bagus supaya pelaburan korang kekal selamat.

42

Page 48: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#43: Tak sempat beli? Takpe. Terus cuba lagi Jangan bersedih bila tak dapat beli rumah yang korang nak. Pasaran sentiasa akan wujudkan peluang yang baru. Terlepas satu hartanah yang baik, tak bermakna korang dah takde harapan buat selamanya. Kan rezeki ada dekat setiap tempat tapak kaki korang berlabuh?

Apa yang anda patut buat?Pastikan korang updated dengan setiap perkara dan beritaterkini berkaitan hartanah. Korang pasti tak nak terlepas pandang tawaran yang menarik yang ada, bukan? Senang je. Rajin-rajin la ke laman  web seperti The  Edge Property, The Star Propery, atau bolej je follow sifu-sifu yang ada dekat Facebook tu.

43

Page 49: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#44: Ambil tahu siapa kontraktor yang bantu projek pemaju Jangan fikir pemaju popular boleh sentiasa bagi kualiti rumah yang tip top. Ini persepsi tak betul. Isu kualiti ni bergantung kepada kontraktor yang diupah untuk projek tu. Kalau kontraktor tu jenis barai, end-qualityrumah korang tu memang barai la. Kebanyakan pemaju hanya sekadar jalankan pemasaran untuk projek terbaru mereka. Mereka hanya menjual je,bukan membina. Betul. Pemaju mainkan  peranan yangbesar dalam mengurus kontraktor yang bangunkanprojek mereka. Tapi kadang-kadang, kalau  ada berlaku masalah  berkaitanisu pembinaan, memang akan  ambil masa yang lama  nakselesaikan. Memang kena ambil masa.

Apa yang anda patut buat?Kalau korang tak larat nak hadap pelbagai masalah, orang boleh pilih rumah dalam kategori subsale  (rumah secondhand). Tapi kalau korang nak beli jugak  projek underconstruction, pastikan korang kaji dulu  kontraktor yangterlibat.

44

Page 50: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#45: Kenapa perlu elak beli daripada pemaju yang takde nama? Jangan ingat semua pemaju boleh bagi rumah tepat pada masanya. Bila beli daripada pemaju yang  takde rekod dalam membina rumah, pastikan korang semak  maklumatpemaju terlebih dulu. Berbeza semasa pasaran hartanah tengah booming, mana-mana pemaju boleh bina dan jual projek mereka. Cuma, susah nak buat benda ni masa ekonomi tengah tak stabil. Banyak developer yang takde back-up  kewanganmungkin  ada hadapi masalah yang  besar. Terutama sekalimereka yang takde pengalaman lalui zaman  ekonomimerosot.

Apa yang anda patut buat?Semak dulu maklumat SSM, Tak banyak keluar duit pun kalau sekadar nak tahu latar belakang pemaju tu. Klik sekarang untuk baca: 5 sebab graduan kena beli rumah pertama lepas dah dapat kerja.

45

Page 51: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#46: Hartanah pelaburan - Beli rumah yang dipasarkan secara meluas.  Janganbeli yang takde nama Jangan beli daripada pemaju yang tak melabur duit banyak untuk tujuan pemasaran, walaupun nama  dan projekmereka gah. Sebab kalau tujuannya adalah untuk flipping, lagi senang untuk flip unit yang dipasarkan secara menyeluruh.

Apa yang anda patut buat?Buka surat khabar dan rajinkan diri cari maklumat dekat media sosial. Fahamkan pasaran mereka yang cari rumah untuk duduk sendiri.

46

Page 52: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#47: Anda buat untung semasa membeli. Bukan semata-mata  semasamenjual Jangan lupa yang keuntungan dibuat ketika korang membelisesebuah hartanah, bukan sekadar semasa menjual. Semua orang boleh jual hartanah yang mereka beli. Yang paling penting adalah perbezaan harga antara harga yang korang beli dan harga yang korang jual.

Apa yang anda patut buat?Pelabur yang baik akan buat segala homework yang perlu, baru buat keputusan untuk beli hartanah yang terbaik. Semasa pasaran sedang bergerak perlahan, perbezaan harga antara harga yang korang beli dan harga  yangorang lain beli akan jadi indikator utama. Siapa yang berjaya beli rumah dengan harga terbaik, dia pemenang sebenar.

47

Page 53: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#48: Anda pasti buat untung bila beli dengan pemaju yang ada nama? Betul ke? Jangan ada mentaliti "ikut saja 10 pemaju terbesar dah cukup." Benda ni, korang tak boleh pakai lebih-lebih lagi  dalamsituasi ekonomi yang mencabar.

Apa yang anda patut buat?Korang serius nak tahu apa yang pelabur hartanah buat? Mereka akan luangkan masa selama 200 jam untuk buat segala kajian yang perlu. Baru mereka  boleh buatkeputusan membeli. Sekarang, tanya diri korang. Sanggup buat atau tak?

48

Page 54: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#49: Pinjam dengan “ah long” atau beli rumah guna kad  kredit -  Kenapa andasengaja cari pasal? Jangan sekali-kali korang pinjam dengan  “ah long” untukbeli rumah dan juga kad kredit. Takde capital appreciation yang boleh tampung kos pinjaman yang melampau. Silap-silap, sampai mati  pun takselesai lagi hutang.

Apa yang anda patut buat?Buat dulu kira-kira supaya korang  tau kemampuankewangan, sama ada korang betul - betul mampu  atausebaliknya. Kalau tak mampu, buat apa susahkan diri sendiri? Boleh je beli hartanah lain yang kena dengan kemampuan korang.

49

Page 55: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

#50: Kenapa pemaju sedaya-upaya jualrumah semasa ekspo hartanah? Elakkan beli rumah dekat ekspo hartanah. Selalunya ekspo ni tempat pemaju jual stok-stok rumahlama yang tak laku. Kalau betul projek tu satu pembelian yang baik, walaupun unit bumiputera sekalipun,  senang je pemaju nak  jual sampai sold out. Tak payah tunggu  ekspo untuk habiskanstok-stok rumah lama tu.

Apa yang anda patut buat?Tok tak larang pun korang tak pergi ke ekspo hartanah. Boleh je pergi sana untuk dapatkan maklumat. Lagi satu, fahamkan maksud “stok lama” dalam pasaran hartanah. Ekspo hartanah adalah tempat  mengumpul maklumat tentang pasaran hartanah, bukan  sekadartempat tambah koleksi hartanah.

50

Page 56: I s i K an d u n g an...(mempelbagaikan) portfolio pelaburan hartanah, korang nak masuk pasaran lelong pulak. Tambahan pula, korang tak pernah dalami ilmu membeli hartanah lelong langsung

Kata-kata Penutup

Semua orang berhak untuk memiliki rumah sendiri. Tapi tak semua orang bertuah untuk mendapatkan ilmuhartanah yang betul sebelum membeli rumah. Gunakanlah ilmu beli rumah dengan modal yang minima inidengan sebaik-baiknya. Pembelajaran ilmu hartanah korang tak terhenti disini. Teruskan belajar dan mencari ilmu. Layari laman web GilaHartanah di http://gilahartanah.comuntuk tips terkini dalam pelaburan hartanah dan kewanganperibadi.