ibnu sina

3
Ibnu Sina Biodata Nama sebenar : Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina Nama barat : Avicenna Bangsa : Parsi Tempat Lahir : Afsyanah, Bukhara (Uzbekistan) Tarikh lahir : 980 Masihi Pendidikan awal: al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Gelaran : “Penghulu Para Doktor” dan “Raja Ubat”. Kitab : Al-Majmu. Al-Qanun Fii al-Tibb (Terjemahan Barat : Canon of Medicine) . Kehidupan Ibnu Sina - Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. - Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. - Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. - Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.

Upload: nafiz-syadhamier

Post on 17-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Ibnu SinaBiodata

Nama sebenar: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin SinaNama barat : AvicennaBangsa : ParsiTempat Lahir: Afsyanah, Bukhara (Uzbekistan)Tarikh lahir : 980 MasihiPendidikan awal: al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.Gelaran: Penghulu Para Doktor dan Raja Ubat.Kitab : Al-Majmu. Al-Qanun Fii al-Tibb (Terjemahan Barat : Canon of Medicine) .

Kehidupan Ibnu Sina

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Dipecat kerana terlibat dengan politik. Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan(Iran).

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan Terdapat beberapa pencapaian yang telah Berjaya dicapai oleh Ibn Sina. Antaranya, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah: Tibi (Batuk kering) Rubella Cacar Alahan Beliau juga membuat penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.

Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.

Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.

Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina)

Karya-karya terkenal Ibnu Sina

i- Kitab Al-Majmu.ii- Al-Qanun Fii al-Tibb (Terjemahan Barat : Canon of Medicine)