icu information dashboard for executive...

22
ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE (InDEX) UNIT PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN (ICU JPM) PENGENALAN 1.0 PERKHIDMATAN TERAS UTAMA 1. Menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). 2. Mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri. 3. Menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat. 2.0 PERKHIDMATAN TERAS 1. Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan. 2. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi program Satu Daerah Satu Industri. 3. Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2010 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan. 4. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-pekeliling yang berkaitan. 5. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Penyusunan Semula Masyarakat, Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Upload: nguyenphuc

Post on 06-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE (InDEX)

UNIT PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN (ICU JPM)

PENGENALAN

1.0 PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

1. Menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

2. Mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri.

3. Menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.

2.0 PERKHIDMATAN TERAS

1. Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan.

2. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi program Satu Daerah Satu Industri.

3. Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2010 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan.

4. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

5. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Penyusunan

Semula Masyarakat, Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Page 2: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

2/22

LAPORAN INOVASI

1.0 PENGENALAN PROJEK

1.1 ICU Information Dashboard for Executive atau singkatannya InDEX

merupakan executive dashboard yang menyatukan semua maklumat-

maklumat utama jabatan dalam satu platform yang dinamik dan interaktif.

1.2 Maklumat yang disatukan ialah prestasi projek Rancangan Malaysia Lima

Tahun (RMLT), statistik kemiskinan, prestasi projek-projek kecil, maklumat

pembangunan daerah, prestasi perbelanjaan mengurus, prestasi piagam

pelanggan, maklumat perjawatan, latihan, aduan serta statistik penduduk

di Malaysia. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan

infostruktur maklumat terkini dari pelbagai sistem dan sumber sebagai

platform untuk pihak pengurusan mendapatkan pelbagai maklumat

dengan cepat dan tepat bagi membuat keputusan dan tindakan intervensi.

Rajah 1 : Maklumat InDEX

Page 3: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

3/22

1.3 InDEX dibangunkan secara joint development (JAD) bersama pembekal

pada Julai 2011 hingga Julai 2012 di mana sebahagian modul

dibangunkan secara dalaman oleh pegawai ICU JPM.

1.4 Pelaksanaan InDEX sangat signifikan kepada ICU JPM dan menepati

objektif untuk mewujudkan one stop centre (OSC) bagi pihak pengurusan

mendapatkan maklumat-maklumat penting jabatan secara holistik dalam

bentuk dashboard yang menarik, mudah dan lebih bermakna berbanding

sistem konvensional yang hanya menyediakan maklumat tertentu sahaja

dan dalam format yang terhad.

1.5 Melalui pelaksanaan InDEX, pengurusan atasan ICU JPM dapat

memantau inisiatif di peringkat nasional yang diterajui oleh ICU JPM dan

aspek pengurusan ke arah organisasi berprestasi cemerlang. Sistem ini

berpotensi untuk diperluaskan kepada horizontal analysis dan data

mining serta maklumat-maklumat luaran yang lain seperti pencapaian

Key Performance Indicator (KPI) bahagian dan jabatan untuk

menghasilkan dashboard yang komprehensif.

1.6 Pasukan Projek Pembangunan InDEX yang terdiri dari pasukan teknikal

dan business expert seperti berikut:

Rajah 2 : Maklumat Pasukan Projek InDEX

Page 4: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

4/22

2.0 TUJUAN

2.1 Meningkatkan kecekapan kaedah pencapaian maklumat-maklumat utama

ICU JPM oleh pengurusan atasan dengan hanya menggunakan satu

antara muka OSC

2.2 Menghasilkan focal point bagi pengurusan atasan bagi mendapat

gambaran secara holistik terhadap semua petunjuk-petunjuk prestasi yang

berkaitan dengan fungsi utama ICU JPM.

2.3 Meningkatkan keupayaan pihak pengurusan atasan membuat keputusan

dengan lebih mudah, cepat dan betul berdasarkan maklumat yang tepat.

2.4 Menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti melalui penghasilan

pelaporan yang interaktif dan mudah difahami.

3.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

3.1 Kaedah Pembangunan

3.1.1 InDEX telah mula dibangunkan pada Julai 2011 dan siap

sepenuhnya pada Julai 2012. Pembangunan InDEX ini mengambil

masa selama dua belas (12) bulan. Pembangunan InDEX

menggunakan metodologi Air Terjun (Waterfall).

3.1.2 Pengurusan projek diseliakan oleh dua (2) orang Pegawai

Teknologi Maklumat (PTM) dan Seorang (1) Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat (PPTM). Pembangunan InDEX dilaksanakan

secara berfasa. Fasa 1 melibatkan pembangunan tujuh (7) modul.

Pembangunan fasa 1 adalah secara JAD memandangkan ICU JPM

telah menggunakan teknologi baru seperti Microstrategy dan

Page 5: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

5/22

Jasper Talend Studio dan tiada kepakaran dalaman mengenainya

pada masa itu. Walau bagaimanapun pembangunan fasa 2 bagi

Modul Projek Khas, telah dibangunkan sepenuhnya oleh ICU JPM

setelah melalui proses Transfer Of Technology (TOT) yang sangat

berkesan.

3.2 Kaedah Pelaksanaan Projek

3.2.1 InDEX dibangunkan bermula tahun 2011 yang terdiri daripada tujuh

(7) modul iaitu Modul Utama, Modul Projek RMLT, Modul

Kesejahteraan Rakyat, Modul Projek PIA/PIAS, Modul Komuniti,

Modul Pengurusan dan Modul Projek Khas .

3.2.2 Aktiviti Pengujian peringkat pengguna (UAT) telah dijalankan

selama tiga (3) minggu bagi fasa 1 dan tiga (3) minggu bagi fasa 2

dan siap untuk digunapakai Ogos 2012. Pelaksanaan penggunaan

adalah secara berfasa mulai Ogos 2012 bagi Ibu Pejabat dan

Januari 2013 bagi negeri-negeri.

3.2.3 InDEX telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Timbalan Ketua Pengarah

(Pelan Strategik) ICU JPM pada 26 November 2013 di Majlis

Program Go For IT ICU JPM setelah berjaya digunakan

sepenuhnya oleh pengurusan atasan di Ibu Pejabat dan negeri.

Rajah 18 : Majlis Pelancaran InDEX

Page 6: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

6/22

3.2.4 Bagi memudahkan pengguna InDEX, ICU JPM telah menyediakan

manual pengguna yang mengandungi panduan ringkas

penggunaan InDEX sebagai rujukan.

3.2.5 Pegawai khusus gred F44 dan F29 juga telah ditugaskan untuk

membantu pengguna menyelesaikan sebarang permasalahan

teknikal yang berkaitan dengan pelaksanaan InDEX.

4.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

4.1 Rasional Pelaksanaan

4.1.1 Ketiadaan satu pun platform yang mengintegrasikan semua

maklumat utama ICU JPM amat menyukarkan pihak pengurusan

untuk mendapatkan maklumat secara holistik terhadap semua

petunjuk-petunjuk prestasi yang berkaitan dengan fungsi utama

ICU JPM.

4.1.2 Ini kerana pihak pengurusan atasan ICU JPM perlu mengakses

kepada setiap sistem bagi mendapat maklumat tersebut dan ini

tidak bersesuaian dengan era teknologi semasa.

4.1.3 Susulan itu, ICU JPM telah mula membangunkan sistem ICU

Information Dashboard For Executive (InDEX) pada tahun 2011.

Ini adalah usaha ICU JPM untuk mewujudkan kaedah terbaik

membantu pihak pengurusan atasan dalam membuat keputusan

dengan lebih mudah, cepat dan betul berdasarkan maklumat

daripada InDEX.

Page 7: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

7/22

4.1.4 Ia merupakan sistem bersepadu yang berbentuk eksekutif dengan

mengintegrasikan serta memaparkan maklumat yang berbeza dari

pelbagai sistem utama dalam bentuk yang menarik, mudah,

interaktif serta dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana-

mana jua.

4.1.5 Disamping itu, pelaksanaan InDEX telah meningkatkan produktiviti

melalui penghasilan pelaporan yang interaktif, dinamik dan mudah

difahami.

5.0 ELEMEN KREATIVITI

5.1.1 Maklumat yang banyak dapat diperoleh dalam satu masa

Keberkesanan paparan maklumat pada dashboard InDEX dapat

membantu pihak pengurusan atasan membuat keputusan yang

lebih cepat dan tepat bagi menyokong dasar, program dan

tumpuan kerajaan.

Pihak pengurusan atasan ICU JPM dapat melihat secara jelas

maklumat keseluruhan terkini pada dashboard InDEX. Dengan

maklumat tersebut mereka boleh menganalisis kedudukan dan

pencapaian fungsi-fungsi utama ICU JPM berdasarkan statistik

dan graf yang terperinci pada dashboard yang cukup menarik.

Dengan itu mereka boleh membuat keputusan berdasarkan dari

pelbagai sudut dan aspek. Sekiranya ada pencapaian yang tidak

memuaskan, pihak pengurusan akan mengarahkan pegawai

pelaksana di peringkat Ibu Pejabat dan di negeri untuk mengambil

langkah intervension dan penyelesaian.

Page 8: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

8/22

Rajah 3 : Dashboard Utama Paparan Keseluruhan Maklumat InDEX

InDEX boleh dicapai melalui mobile device iaitu iPad yang telah

dibekalkan kepada semua pengurusan atasan ICU JPM. Ini

menjadikannya laporan eksekutif yang sangat berkesan di mana

ia boleh dicapai dengan mudah oleh pengurusan atasan pada

bila-bila masa dan di mana-mana jua.

5.1.2 Laporan-laporan digunakan pada Mesyuarat Pengurusan

Tertinggi

Selain dari pelaporan yang boleh dicapai pada bila-bila masa,

pelaporan dari InDEX juga dibentangkan secara real time semasa

mesyuarat utama ICU JPM di Ibu Pejabat dan negeri.

5.1.3 Pemantauan Prestasi Projek RMLT Meningkat

Paparan dashboard InDEX mengenai prestasi kemajuan dan

kewangan RMLT yang terperinci, lengkap dan terkini telah

Page 9: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

9/22

meningkatkan tahap pemantauan prestasi projek RMLT. Di

samping itu pihak pengurusan tertinggi yang merupakan

pengguna utama sistem ini dapat membuat pemantauan dengan

lebih telus secara terus daripada dashboard berkenaan tanpa

mendapatkan maklumat daripada pegawai bawahan.

Rajah 4 : Laporan InDEX - Prestasi Kemajuan & Kewangan RMLT

5.1.4 Pemantauan Status Kemiskinan

InDEX telah membantu pihak pengurusan memantau penerima

bantuan yang layak diberikan bantuan dengan lebih cepat.

Page 10: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

10/22

Berdasarkan statistik kemiskinan semasa, pihak pengurusan

dapat membuat keputusan dan memantau perkara-perkara seperti

isi rumah yang belum menerima bantuan, penerima yang telah

tamat tempoh dan isi rumah yang layak menerima bantuan.

Pengurusan atasan juga boleh melihat prestasi pemantauan di

peringkat negeri berdasarkan statistik kemiskinan negeri. Ini

membolehkan intervensi dapat dibuat bagi mengenal pasti punca

masalah yang timbul dan mengambil langkah-langkah pembaikan.

Rajah 5 : Laporan InDEX – Status Kemiskinan

5.1.5 Pemantapan Pengurusan Organisasi

Untuk mencapai pengurusan organisasi yang mantap, InDEX telah

menyediakan gabungan maklumat pengurusan yang meliputi

Page 11: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

11/22

pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan

prestasi dan perhubungan pelanggan.

5.1.5.1 Pengurusan Kewangan

Pihak pengurusan dapat memantau secara terus prestasi

kewangan ICU JPM di ibu pejabat dan negeri melalui InDEX.

Ia memaparkan maklumat prestasi belanja mengurus,

prestasi belanja pembangunan dan bayaran bil ICU JPM.

Pada tahun 2013, prestasi perbelanjaan mengurus sehingga

tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) adalah 99.55%. Manakala

prestasi perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak

98.92%. InDEX juga memperincikan maklumat prestasi

perbelanjaan mengikut jenis peruntukan mengurus iaitu

dasar baru, dasar sedia ada dan one-off.

5.1.5.2 Pengurusan Sumber Manusia

Peningkatan Prestasi Jumlah Hari Berkursus

Pihak pengurusan dapat memantau prestasi jumlah hari

berkursus bagi setiap bahagian di ICU JPM dan pejabat

negeri dengan lebih berkesan melalui InDEX. Seterusnya,

perancangan latihan yang bersesuaian dapat dirangka

dengan lebih tersusun mengikut jawatan dan peringkat

pegawai.

Prestasi pencapaian tujuh (7) hari berkursus oleh pegawai

dapat dicapai dengan lebih cepat.

Page 12: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

12/22

Rajah 6 : Laporan Dashboard InDEX - Prestasi Latihan

Prestasi Pengisian dan Kekosongan Perjawatan

InDEX menyediakan maklumat perjawatan ICU JPM di

peringkat Ibu Pejabat dan negeri. Pihak pengurusan dapat

memantau prestasi pengisian dan kekosongan jawatan

secara terus melalui InDEX. Apabila terdapat kekosongan

perjawatan, arahan segera akan dibuat dengan permohonan

kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengisi

semula kekosongan perjawatan tersebut.

Page 13: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

13/22

Rajah 7 : Laporan Dashboard InDEX - Prestasi Perjawatan

5.1.5.3 Pengurusan Prestasi dan Perhubungan Pelanggan

a) Piagam Pelanggan

ICU JPM menawarkan tujuh (7) Perkhidmatan Teras dan

empat (4) Perkhidmatan Sokongan kepada

Stakeholder/Pelanggan pada tahun 2013. Prestasi dipantau

setiap bulan sebagai salah satu KPI Ketua Pengarah ICU

JPM. Melalui pelaksanaan InDEX telah membolehkan pihak

pengurusan memantau prestasi pematuhan piagam

pelanggan ICU JPM dengan lebih berkesan. Prestasi purata

bagi tahun 2013 ialah 99.5% meningkat sebanyak 1.1%

berbanding tahun 2012 iaitu 98.4%.

b) Peningkatan Prestasi Penyelesaian Masalah Aduan

Dalam penyelarasan pemantauan projek-projek RMLT,

kesejahteraan rakyat, projek infrastruktur awam dan projek

infrastruktur asas (PIA/PIAS) serta Projek Khas, ICU JPM

tidak dapat lari daripada aduan-aduan daripada orang awam.

Dengan adanya InDEX, pihak pengurusan atasan ICU JPM

dapat memantau kedudukan aduan semasa meliputi

keseluruhan ICU JPM termasuk di peringkat negeri, dengan

itu penyelesaian masalah telah dapat ditingkatkan.

Page 14: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

14/22

Rajah 8 : Laporan Dashboard InDEX- Aduan (Call Centre)

6.0 ELEMEN SIGNIFIKAN

6.1 Faedah yang diperolehi

6.1.1 Pengumpulan Maklumat Fungsi Utama Secara Berpusat

InDEX menyediakan fungsi paparan dalam satu dashboard

mengenai maklumat prestasi Kemajuan dan kewangan RMLT,

Sistem Bank Data Kemiskinan (eKasih), laporan-laporan daripada

eMerah dan data penduduk daripada Jabatan Perangkaan

Malaysia, laporan perjawatan, latihan, prestasi perbelanjaan

pembangunan dan mengurus, pengurusan prestasi dan

perhubungan pelanggan secara berpusat. Di dalam satu paparan,

pengguna dapat membuat analisa awal bagi semua maklumat

ringkasan yang ditunjukkan.

6.1.2 Pengkelasan Maklumat Mengikut Fungsi Utama

InDEX juga menyediakan maklumat yang lebih terperinci bagi

setiap fungsi utama ICU JPM. Ia amat membantu pihak

pengurusan atasan untuk menganalisa maklumat dengan lebih

Page 15: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

15/22

mendalam seterusnya dapat merangka dasar dan program baru

yang bersesuaian.

6.1.3 Kesahihan Maklumat Secara Real Time

InDEX memperolehi maklumat-maklumat utama ICU JPM dengan

berintegrasi secara terus dan real time kepada sistem-sistem ICU

JPM. Ini menjaminkan kesahihan data dan maklumat adalah terkini.

6.1.4 Maklumat Boleh Diperolehi Dengan Mudah

InDEX membolehkan pihak pengurusan ICU JPM memperolehi

semua maklumat fungsi-fungsi utama ICU JPM dengan lebih

mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana melalui penggunaan

web dan mobile application.

6.1.5 Menyimpan Sejarah Prestasi Kemajuan Bilangan Hari

Berkursus

Selain itu juga, maklumat-maklumat terdahulu tentang kemajuan

bilangan hari berkursus dapat dilihat oleh pengguna, khasnya Unit

Latihan ICU JPM untuk memantau prestasi hari berkursus dan

mengatur strategi seterusnya jika sasaran tidak tercapai.

6.2 Penjimatan Kos

Dengan penggunaan InDEX pihak Kerajaan dapat menjimatkan kos

operasi kerana pengguna tidak perlu membawa maklumat dalam bentuk

hard copy yang memerlukan penggunaan kertas dan toner yang tinggi.

Sebagai contoh, pengguna ingin menghadiri sesuatu mesyuarat hanya

perlu memaparkan secara terus daripada dashboard tersebut. Melalui

penggunaan InDEX, secara tidak langsung ICU JPM telah menyokong

pelaksanaan persekitaran hijau.

Page 16: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

16/22

7.0 ELEMEN KEBERKESANAN

7.1 Peningkatan Produktiviti

7.1.1 Peningkatan Prestasi Kemajuan Fungsi Utama ICU JPM

Melalui dashboard ini, kesemua maklumat boleh diperolehi pada

bila-bila masa oleh pihak pengurusan tanpa perlu meminta

daripada pegawai lain atau menunggu pelaporan yang dibuat

semasa mesyuarat utama. Ini memberi kesan yang positif kepada

peningkatan produktiviti kerana pemantauan prestasi boleh dibuat

sepanjang masa oleh pihak pengurusan.

7.1.2 Peningkatan Penyelesaian Masalah Aduan

Selain itu, ICU JPM telah berjaya meningkatkan hasil kerja dari

segi penyelesaian aduan seperti di Jadual 3. Maklumat ini diambil

bagi tahun 2012 sebelum penggunaan sepenuhnya InDEX dan

2013 selepas penggunaan sepenuhnya InDEX. Pada Tahun 2012,

sebanyak 42 aduan telah direkodkan dan sebanyak 37 aduan telah

diselesaikan dengan peratus penyelesaian 88%. Dengan

penggunaan sepenuhnya InDEX, Ia telah meningkat kepada 94%

pada tahun 2013.

Jadual 3 : Peningkatan Hasil Kerja (Tempoh Penyelesaian Aduan)

PERKARA JUMLAH ADUAN

TEMPOH PENYELESAIA

N 1-7 hari

% PENYELESAIA

N BAGI TEMPOH 1-7

HARI

PENYELESAIAN

MASALAH (TAHUN 2012) 42 37 88%

PENYELESAIAN

MASALAH (TAHUN 2013) 31

29 94%

PENINGKATAN TEMPOH

PENYELESAIAN 6%

Page 17: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

17/22

7.2 Penjimatan Masa

Sebelum pelaksanaan InDEX, bagi memperoleh maklumat, pengguna

perlu log ini kepada setiap sistem. Ini bermakna sekiranya pengguna

memerlukan maklumat berkaitan fungsi-fungsi utama ICU JPM, maka

pengguna perlu mencapai sembilan (9) sistem berasingan.

Namun selepas pelaksanaan InDEX, pengguna hanya perlu mengakses

atau login kepada satu sistem sahaja bagi mendapatkan kesemua

maklumat tersebut.

Rajah 9 menunjukkan bilangan langkah dan masa bagi mendapatkan

maklumat bagi sembilan (9) sistem berasingan berbanding InDEX.

Hasil daripada projek ini, ICU JPM telah berjaya menjimatkan masa

termasuk masa capaian, carian dan paparan maklumat sebanyak 2 jam

untuk sekali capaian. Penjimatan masa sebelum dan selepas projek

adalah seperti Rajah 9.

Rajah 9 : Gambaran Penjimatan Masa Sebelum Penggunaan InDEX dan

Selepas Penggunaan InDEX

Page 18: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

18/22

Laporan-laporan ini dilaporkan secara berkala di dalam mesyuarat

pengurusan ICU JPM iaitu Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat

Pengarah-Pengarah ICU JPM, Mesyuarat Negeri, Mesyuarat Sektor,

Mesyuarat Khas dan mesyuarat-mesyuarat lain di Ibu Pejabat dan negeri.

Anggaran keseluruhan mesyuarat untuk sebulan di Ibu Pejabat dan negeri

ialah 80 mesyuarat yang menggunakan InDEX. Ini bermakna sebelum

penggunaan InDEX urus setia mesyuarat memerlukan masa sebanyak

180 jam bagi menyediakan laporan untuk mesyuarat-mesyuarat tersebut.

Manakala melalui penggunaan InDEX, masa yang diambil hanya 20 jam

bagi semua mesyuarat tersebut. Oleh itu dengan penggunaan InDEX,

penjimatan adalah sebanyak 160 jam.

8.0 ELEMEN SIGNIFIKAN

8.1 Mesra Pengguna

8.1.1 Aturan Menu Mengikut Fungsi –Fungsi Yang Paling Utama

InDEX merupakan sistem yang mesra pengguna kerana ia

dibangunkan dalam persekitaran web based dan mobile

application. Paparan maklumat dalam InDEX sangat menarik,

padat dengan menu-menu yang teratur mengikut keutamaan

maklumat.

InDEX di dalam persekitaran mobile device (iPad) dapat digunakan

secara lebih meluas serta ia mudah dinavigasikan iaitu dengan

menggunakan dua (2) atau tiga (3) klik sahaja untuk mendapatkan

maklumat yang diperlukan.

8.1.2 Pelaporan Menarik

InDEX juga menyediakan kaedah pelaporan yang menarik, padat

dan mudah difahami seperti penggunaan graf, grid dan peta seperti

di Rajah 11.

Page 19: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

19/22

Rajah 11 : Contoh Laporan-Laporan Lain InDEX

8.1.3 Kemudahan cetak, email, edit, zoom dan lain-lain

InDEX dilengkapi dengan kemudahan untuk mencetak,

menghantar laporan melalui email, zoom dan lain-lain. Pengguna

juga boleh mengubahsuai format laporan tersebut secara terus

melalui InDEX.

.

Rajah 12 : Kemudahan yang disediakan oleh InDEX

Page 20: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

20/22

8.1.4 Panduan Ringkas

InDEX juga menyediakan penerangan ringkasan modul-modul di

dalam InDEX secara online dan pengguna boleh merujuk Manual

Pengguna seperti di Rajah 13.

Rajah 13: Panduan Pengguna

9.0 ELEMEN RELEVAN

9.1 Pelaporan Eksekutif Yang Memberangsangkan

InDEX telah memberi kesan yang memberangsangkan kepada ICU

JPM dalam menyediakan pelaporan eksekutif yang merangkumi

semua maklumat utama yang diperlukan oleh pengurusan atasan

ICU JPM dalam membuat keputusan penting bagi melaksanakan

dasar, program dan tumpuan kerajaan yang dilaksanakan oleh ICU

JPM.

Page 21: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

21/22

9.2 Jalinan Kolaborasi Strategik

InDEX digunakan oleh semua cawangan ICU JPM di negeri-negeri.

Kerjasama yang sedia wujud di antara cawangan-cawangan ICU

JPM di negeri dan agensi-agensi lain di peringkat negeri

menambahkan jalinan kolaborasi yang lebih strategik kerana

informasi daripada InDEX yang lebih tepat dan kesegeraannya

membantu semua pihak.

9.3 Kelestarian Inovasi

InDEX merupakan pusat Online One Stop Centre bagi ICU JPM

memperoleh semua maklumat utama yang terperinci dan

komprehensif dengan cepat, tepat dan terkini. Ia merupakan

dashbord yang lengkap sebagai alat untuk membuat keputusan

dan pemantauan dalam melaksanakan fungsi-fungsi utama ICU

JPM.

Maklumat InDEX adalah extraction daripada pelbagai database

utama ICU JPM. Gabungan tersebut menjadikan InDEX kekal

releven di ICU JPM.

10.0 PENGIKTIRAFAN

InDEx telah berjaya merangkul tempat kedua Anugerah Inovasi Jabatan Perdana

Menteri (Kategori ICT) bagi tahun 2013 yang disampaikan oleh YAB Tan Sri

Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, pada 29

Oktober 2014.

Page 22: ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1748-icu-information... · ICU INFORMATION DASHBOARD FOR EXECUTIVE ... aspek pengurusan ke arah

22/22

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Berikut adalah merupakan implikasi kewangan bagi aplikasi InDEX:

Bil. Perkara Kos (RM)

1. Kos Perisian 552,340

2. Kos Pembangunan 828,510

Jumlah 1,380,850

12.0 PENUTUP

9.1 InDEX merupakan satu kaedah atau alat yang membantu dalam membuat

keputusan dan pemantauan fungsi-fungsi utama ICU JPM dengan

penggunaan teknologi semasa. Ia merupakan hasil kejayaan ICU JPM

dalam memastikan semua maklumat fungsi-fungsi utama di kolaborasi

secara sepadu dengan lengkap dan komprehensif di dalam satu

dashboard. Maklumat di integrasi secara real time dapat meningkatkan

penyampaian perkhidmatan dan kualiti maklumat yang disampaikan

kepada pelanggan di samping meningkatkan tahap kompetensi,

kepakaran dan ilmu teknikal kepada personel di bahagian ICT khasnya.

9.2 Kertas Laporan Anugerah Inovasi JPM 2013 Jabatan Perdana Menteri

diangkat untuk perhatian dan pertimbangan pihak Panel Anugerah Inovasi

JPM 2013 Jabatan Perdana Menteri.

Disediakan oleh : ICU JPM

Tarikh : 16 April 2014