ikatan

Upload: arif-shah

Post on 18-Oct-2015

118 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

H

TRANSCRIPT

Buku Sila

Bunga Keti

Ikat Seraya

Lilit Balak

Belit Tali Khemah

Simpul Manuk

Tindih kasih

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT Aktiviti paling menarik bagi pengakap. Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gejet perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan gadjet. aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.3. TUJUAN MEMBUAT GEJET Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.6. JENIS-JENIS GEJET Gadjet kawasan pintu. Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan. Gadjet kawasan tempat basuhan. Gadjet kawasan tempat tinggal. Gadjet kawasan pengeringan. Lain-lain gadjet.7.GEJET KAWASAN PINTU Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Variasi-Variasi pintu hadapan Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type). Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. Meja makan Penyangkut cawan / gelas. Rak menyimpan kayu api / tong gas. Gejet gerobok (camp larder). Gejet lubang basah dan kering.9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH Gejet tempat meletak besen air. Gejet tempat menyimpan alat pergigian. Gejet tempat menyimpan sabun. Gejet mengantung tuala mandi. Gejet kawasan tempat basuhan.10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.12. GEJET-GEJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti: Tiang bendera Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gejet pembawa barang (Indian Travois) Gejet pondok lalang (tempat berteduh)13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJETGejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap. Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gadjet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet. Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJETSimpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supayagejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat. Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong. Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. Ikatan Pemukat ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.

Masakan hutanMasak Telur Dalam LimauRamuan : 1 biji telur 1 biji limau

Langkah-langkah :1. Sediakan sebiji telur dan limau2. Membuat satu lubang kecil pada permukaan limau3. Mengeluarkan isi limau dengan cermat supaya kulit limau tidak terkopek4. Telur dituangkan ke dalam mangkuk lalu dikacau5. Masukkan telur yang dikacau ke dalam limau yang telah dibuang isi6. Letakkan limau tersebut ke dalam api untuk dibakar7. Bakar sehingga kulit limau menjadi warna coklatMasaklah telur dalam limau

Masakan Telur Dengan Salutan Tanah LiatRamuan : 1 biji telur tanah liat air

Langkah-langkah :1. Sediakan sebiji telur dan sedikit tanah liat2. Campurkan tanah liat dengan sedikit air untuk meliatkannya3. Salutkan telur yang disediakan dengan tanah liat yang basah4. Letakkan telur yang salut dengan tanah liat ke dalam api untuk dibakar5. Bakar sehingga tanah liat basah itu keringTelur yang salut dengan tanah liat pun masak

Masak Nasi Dalam KelapaRamuan : 1 biji buah kelapa beras air kelapa

Langkah-langkah :1. Sediakan sebiji buah kelapa dan sedikit beras2. Kopekkan kulit buah kelapa sehingga bersih3. Membuat satu lubang pada permukaan buah kelapa4. Tuangkan air kelapa ke dalam mangkuk5. Cucikan beras yang disediakan6. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam mangkuk yang berisi air kelapa7. Masukkan air kelapa bersama beras ke dalam buah kelapa melalui lubang kecil yang dibuattadi8. Letakkan buah kelapa tersebut ke dalam api untuk dibakar9. Bakarkan buah kelapa itu sehingga berwarna hitam 10. Masak lah nasi dalam buah kelapa

Masak Nasi Dalam Buluh

Ramuan : seruas buluh beras air daun pisang

Langkah-langkah :1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh4. Cucikan beras yang disediakan5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama rata10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak

Roti LilitRamuan: tepung gandum air gula buluh yang dibelah

Langkah-langkah :1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung2. Ulikan tepung sehingga sebati3. Tepung dibiarkan kering4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidakhangusBakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat