iklim dan budaya sekolah yang konduksif membawa kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran...

20
http://fahmiibrahim.com IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA 1.0 Pengenalan Budaya berasal dari dua kata dasar budi dan daya. Budi (Kamus Dewan 1994) bererti akal, kebijaksanaan yang digunakan dalam penggunaan bahasa (budi bahasa), tingkahlaku (budi pekerti) berjasa, penggunaan akal untuk membuat pertimbangan (budi bicara). Daya pula bererti kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, akal, ikhtiar dan muslihat. Budaya (Kamus Dewan 1994) bermakna tamadun, peradaban yang didorong oleh kemajuan pemikiran dan akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Oleh itu takfrif budaya ialah kebijaksanaan yang dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, ikhtiar dan muslihat manusia yang dapat melahirkan tamadun atau peradaban sesuatu bangsa. Sekolah pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar. Kondusif pula dapat ditafsirkan dengan keadaan atau kondisi yang paling baik atau selesa bagi melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan keputusan yang terbaik. 1

Upload: fahmi-ibrahim

Post on 27-Jul-2015

1.668 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

TRANSCRIPT

Page 1: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT

MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1.0 Pengenalan

Budaya berasal dari dua kata dasar budi dan daya. Budi (Kamus Dewan 1994)

bererti akal, kebijaksanaan yang digunakan dalam penggunaan bahasa (budi bahasa),

tingkahlaku (budi pekerti) berjasa, penggunaan akal untuk membuat pertimbangan

(budi bicara). Daya pula bererti kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, akal, ikhtiar

dan muslihat.

Budaya (Kamus Dewan 1994) bermakna tamadun, peradaban yang didorong

oleh kemajuan pemikiran dan akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Oleh itu takfrif

budaya ialah kebijaksanaan yang dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan

tenaga, keupayaan, kemampuan, ikhtiar dan muslihat manusia yang dapat melahirkan

tamadun atau peradaban sesuatu bangsa.

Sekolah pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar. Kondusif pula dapat

ditafsirkan dengan keadaan atau kondisi yang paling baik atau selesa bagi melakukan

sesuatu perkara bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.

Pendidikan bertaraf dunia merangkumi semua aspek pendidikan seperti

pedagogi, silibus, cara penyampaian, kemudahan bahan bantu mengajar dan lain-lain

dalam keadaan yang optimum dan diintegrasikan dengan teknologi maklumat dan

komunikasi. Hal ini jelas selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menjurus kepada perkembangan diri dari semua aspek iaitu intelek, rohani, emosi, dan

jasmani.

1

Page 2: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.0 Usaha Menjadikan Iklim dan Budaya Sekolah yang Kondusif

2.1 Kemudahan dan Infrasruktur yang mencukupi

Dalam mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif, keadaan dan

infrastruktur merupakan faktor penyumbang utama untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemudahan dan infrastruktutr dikatakan penting kerana tanpa infrastruktur dan

kemudahan yang mencukupi pembelajaran kurang berkesan. Kemudahan dan

infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti kelengkapan asas seperti papan hitam,

kerusi dan meja murid. Selain itu kemudahan yang lain seperti perpustakaan dan bilik

tayangan.

Keadaan sekolah yang tidak sempurna dengan kondisi kerusi dan meja murid

yang tidak memuaskan amat mencacatkan pemandangan dan juga yang paling

teruknya ialah menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan

pula hendaklah dipastikan keadaan dan kerelevenan bahan-bahan bacaan kepada

tahap murid. Tidaklah nanti buku-buku banyak namun penggunanya tiada kerana

bahan bacaan tersebut terlalu tinggi tahapnya untuk dijangkau oleh para pelajar.

Infrastuktur dan kemudahan yang serba lengakap diharapkan tetapi dengan

kadar yang mencukupi ini dapat mudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Perpustakaan misalnya memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dan mencari

bahan-bahan bacaan tambahan selain dari di dalam kelas.

Kepentingan kemudahan dan infrastruktur ini dapat di lihat dengan jelas

membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya murid

dapat mempelajari dan mempraktikkan kemahiran kerja tangan mereka di bengkel

kemahiran hidup. Guru pula mudah untuk memberikan pengajaran secara praktikal

dengan alatan dan bahan maujud yang ada dan tidak bergantung kepada teori semata-

mata

2

Page 3: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

Zahirnya sekarang sekolah-sekolah mempunyai banyak kemudahan dan bilik-

bilik khas untuk tujuan pembangunan pembelajaran. Berukut adalah kemudahan yang

ada di setiap sekolah:

1. Bilik Komputer

2. Bilik Sains

3. Bilik Kemahiran Hidup

4. Bilik Muzik

5. Bilik j-QAF

6. Bilik PPSMI

7. Bilik Tayangan

8. Perpustakaan

9. Kelas Pemulihan

10.Kantin

Sungguhpun begitu pihak sekolaha haruslah memainkan peranan dengan

sebaiknya menjaga dan menambah baik kemudahan dan infrastruktur yang dibekalkan

itu agar ia dapat memberikan hasil yang optimum kepada peningkatan taraf pendidikan

pelajar.

Kemudahan dan frasarana yang baik untuk guru adalah perlu kerana bagi

melahirkan pelajar yang cemerlang guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Bahan-bahan rujukan yang banyak boleh di

dapati melalui internet. Sehubungan dengan itu ada sekolah-sekolah dengan inisiatif

sendiri membekalkan internet tanpa wayar percuma untuk kemudahan guru-guru

membuat rujukan pantas bagi membantu pengajaran dan pembelajaran

Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini dapat menaikkan

taraf pendidikan di sesebuah insitusi tersebut. Penggunaan pelbagai sumber dan

kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan

yang paling pentingnya ialah pelajar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka

dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini.

.

3

Page 4: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

Sebelum memberikan huraian panjang lebar mengenai TMK ini eloklah kiranya

saya memberikan sedikit definasi tentang TMK ini. TMK ini adalah istilah Bahasa

Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu iaitu Information Communication

Technology (ICT). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ICT adalah

sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan

komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam

pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta

pendidikan sepanjang hayat. (Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di

Sekolah, BTP, KPM, Julai 2002).

Seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini sistem

pendidikan juga amat sesuai untuk mengadaptasinya. Pengajaran dan pembelajaran

menggunakan TMK ini amatlah membantu penyampaian kepada pelajar. Penggunaan

TMK dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya lebih menarik perhatian pelajar

kerana lebih kepada penggunaan grafik yang menarik dan bunyi-bunyian yang unik.

Selain menarik perhatian, pembelajaran menggunakan grafik-grafik yang

menarik serta berwarna-warni ini adalah lebih baik kerana objek dan warna-warna ini

lebih merangsang saraf-saraf dalam otak kita untuk menyimpan dan mengingat kembali

sesuatu yang telah kita pelajari. Seterusnya ia membantu kefahaman murid dalam

sesuatu topik pembelajaran itu.

Internet juga salah satu komponen penting dalam TMK. Seperti yang kita sedia

maklum internet ini adalah sangat berguna kerana melalui internet ini banyak sumber

rujukan yang dapat kita perolehi disamping ia juga adalah sumber rujukan yang pantas.

4

Page 5: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.3. Mewujudkan Budaya Penyayang di Sekolah

Amalan budaya penyayang di sekolah akan tercapai jika semua pihak

memainkan pernanan dalam bidang masing-masing. Setiap warga sekolah haruslah

menunjukkan keprihatinan mereka terhadap seluruh warga sekolah.

Saya berpendapat budaya penyayang di sekolah bukan setakat mempamerkan

dan mempraktikkan budaya tersebut, malah ianya lebih besar dan bermakna dari itu. Di

sini saya pecahkan budaya penyayang yang dapat dipraktikkan di sekolah;

a. Komunikasi yang berkesan

b. Disiplin murid yang baik

c. Guru sebagai role-model

2.3.1 Komunikasi Yang Berkesan

Iklim sekolah yang kondusif bukan sahaja terhad kepada perkara-perkara

maujud tetapi juga kondusif kepada jiwa atau semangat kepada murid-murid untuk

menerima pengajaran dari guru. Kesediaan pelajar untuk mendengar syarahan dan

pengajaran guru itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran.

Kebiasaanya orang menyebut Sekolahku Syurgaku, Sekolah sebagai rumah

kedua, dan apa jua ungkapan yang dinyatakan adalah menunjukkan sekolah

merupakan tempat yang paling selesa untuk didiami.

Komunikasi berkesan ini akan membuatkan para pelajar selesa dengan keadaan

sekolah dan membuatkan mereka lebih selesa untuk berada di sekolah sekali gus

dapat membantu pembelajaran mereka. Guru-guru tidaklah perlu menjadi garang tetapi

sebaliknya lebih lembut tetapi tegas terhadap murid-murid.

5

Page 6: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.3.2 Disiplin Murid Yang Baik

Apabila budaya penyayang diamalkan di sekolah, para pelajar lebih mempunyai

rasa kasih dan sayang kepada sekolah, sekaligus menanam rasa tidak selesa dalam

diri mereka dalam melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan

sekolah.

Guru pula menangani masalah disiplin dengan cara yang berhemah. Sesi

kaunseling dan hukuman yang dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan

adalah bagi mendidik mereka. Pelajar sekarang tidak boleh disamakan dengan pelajar

sebelum merdeka di mana pelajar sekarang tidak dapat menngadapatasi hukuman

fizikal sebagai pengajaran kepada mereka, tetapi mereka perlu lebih perhatian dan

sokongan dari pelbagai pihak.

Dengan cara didikan disiplin yang baik dan berkesan akan mengurangkan

masalah disiplin di sekolah dan hal ini sekaligus dapat membantu membina budaya dan

iklim sekolah yang kondusif tanpa gangguan dari masalah disiplin pelajar.

2.3.3 Guru Sebagai Role-model

Peranan dan keberkesanan guru sebagai role model sama ada daripada

perspektif Barat ataupun Islam sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Secara

semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui arahan atau peniruan daripada

orang lain. Bandura (1965) menyatakan bahawa perlakuan kanak-kanak adalah

dipengaruhi dengan kuatnya oleh orang dewasa. Sejak kecil sebelum bersekolah guru

bagi kanak-kanak adalah kedua ibu bapa mereka dan masyarakatnya. Peri pentingnya

peranan ibu bapa pada peringkat awal pendidikan anak-anak ini disebut oleh Nabi

Muhammad (saw) melaui sabdanya yang bermaksud:

“Setiap kanak-kanak yang dilahirkan itu berada dalam keadaan bersih, maka kedua-dua ibu

bapanyalah yang bertaggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Hadis)

6

Page 7: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

Seperti yang kita maklum kanak-kanak suka belajar dari persekitarannya, jika

sekiranya guru mereka menunjukkan keperibadian yang baik, maka mereka juga akan

mempraktikkannya. Berikut adalah cirri-ciri peribadi guru sebagai role-model:

a. Bersifat jujur

b. Menghubungkan silaturahim (persahabatan) dan toleransi

c. Sabar

d. Menjaga kebersihan diri

e. Sederhana dalam kehidupan

Apabila ketiga-tiga aspek yang diterangkan di atas dapat diaplikasi di sekolah,

maka akan tercapailah hasrat untuk membudayakan budaya penyayang di sekolah

sekaligus dapat menerapkan iklim yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

2.4 Budaya Ilmu

Budaya ilmu yang dimaksudkan di sini ialah para pelajar di dedahkan dengan

seberapa banyak ilmu dan pengetahuan yang mereka patut tahu. Pihak sekolah

berperanan menyediakan frasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi mencapai

hasrat ini.

Setiap penjuru bangunan sekolah perlulah dilukis atau diisi dengan bahan-bahan

yang berkaitan dengan pembelajaran mereka supaya mereka biasa dan mudah

mengingati isi pembelajaran tersebut.

Selain itu pihak sekolah juga boleh menjalankan kempen kesedaran sebagai

contoh kempen membaca, One word one day, dan lain-lain kempen yang dapat

mendekatkan diri para pelajar dengan pembelajaran yang mereka tempuhi supaya

mereka tidak berasa kekok dengan pengetahuan di sekeliling mereka.

7

Page 8: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.5 Pembelajaran Yang Menarik

Gaya pembelajaran masa kini adalah satu isu yang menarik untuk dibincangkan.

Guru-guru pelatih misalnya telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara

penyampaian untuk digunakan ketika berada di sekolah nanti. Cara chalk-and-talk

amatlah perlu dielakkan kerana teknik ini adalah kurang sesuai untuk mendekatkan diri

guru kepada pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Murid telah bersedia untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru,

sungguhpun begitu masih terdapat masalah dalam proses tersebut oleh kerana faktor

lain, iaitu guru itu sendiri.

2.5.1 Berpusatkan Pelajar

Gaya pengajaran yang berpusatkan pelajar ini memberi tumpuan kepada pelajar

untuk mereka memberikan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap sesuatu

isu yang ditmbulkan oleh guru. Dalam hal ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator

untuk memberi bimbingan dan juga meberi rangsangan kepada murid untuk berfikir

lebih jauh lagi.

2.5.2 Tiada Tekanan

Tiada tekanan di sini dimaksudkan, para pelajar merasakan seronok untuk

menjalani aktivti pembelajaran kerana suasana pembelajaran yang baik dan selesa.

Murid-murid tidak merasakan tekanan dan bebanan yang berat bagi mendapatkan ilmu

daripada guru itu sendiri. Teknik dan cara penyampaian serta pendekatan guru itu

sendiri memainkan peranan yang penting dalam mencapai usaha ini.

8

Page 9: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

2.5.3 Hands-on Activity

Pelajar hendaklah dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja

menarik malah dapat memberikan mereka pengukuhan terhadap pembelajaran yang

dijalankan oleh guru. Sebagai contoh pengajaran Sains perlu lebih kepada aktiviti

menggunakan bahan maujud dan melakukan eksperimen supaya pelajar lebih

memahami dan dapat melakukan perkaitan dalam pembelajaran yang mereka lalui

9

Page 10: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

3.0 Meningkatkan Pendidikan Bertaraf Dunia

Seiring perkembangan TMK atau ICT ini dunia pendidikan telah mengorak

langkah kehadapan dengan menggunakan TMK dalam pembelajaran agar tidak

ketinggalan dan standing dengan masyarakat dunia yang lain yang menggunakan TMK

sebagai teras pendidikan mereka. Selain itu kita juga dapat melatih dan membiaskan

diri para pelajar dengan komputer dan segala perkakasan yang berkaitan.

Budaya penyayang yang diterapkan di sekolah akan membantu para pelajar

berlatih berkomunikasi dengan berkesan dan membina keyakinan para pelajar.

Keadaan ini terhasil apabila kebiasaan mereka meluahkan isi hati dan kemusykilan

kepada guru-guru mereka. Secara tidak langsung para pelajar dapat melengkapkan diri

mereka dengan kelebihan boleh berkomunikasi dengan baik dan juga yakin dengan diri

sendiri.

Infrastruktur yang lengkap dan bersesuaian dapat juga membantu pendidikan

berkembang dan bersaing dengan masyarakat luar. Gaya pembelajaran yang

dipelbagaikan juga membantu pemahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran

yang disampaikan oleh guru.

Budaya cintakan ilmu yang terterap di dalam diri pelajar memudahkan lagi usaha

guru-guru menyampaikan pengajaran kerana murid-murid telah sendiri sedar akan

kepentingan dan keperluan kepada ilmu itu sendiri. Setelah hal ini berlaku para pelajar

akan menggunakan pelbagai cara untuk melengkapkan diri mereka dengan seberapa

banyak ilmu baru dan mengayakan ilmu pengetahuan yang sedia ada agar mereka

boleh bersaing dengan bangsa asing pada suatu ketika nanti.

10

Page 11: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

4.0 Penutup

Iklim dan budaya sekolah yang kondusif memainka pernanan yang penting

dalam mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Sungguh pun begitu sekolah tersebut

perlulah menjalani pelbagai usaha penambahbaikan bagi mencapai iklim dan budaya

sekolah yang kondusif. Untuk mencapai objektif yang menggunung tinggi ini banyak

cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Semua pihak haruslah bersabar dan memberikan

keyakinan penuh terhadap sekolah bagi menaikkan taraf pendidikan anak-anak bangsa

kita sendiri. Dengan sokongan yang berterusan dari semua pihak, Insya-Allah segala

onak dan duri dalam perjuangan ini dapat dihadapai oleh pihak sekolah bagi mencapai

objektif yang murni itu.

11

Page 12: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

5.0 Refleksi

Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran ini.

Ucapan jutaan terima kasih buat Tuan Hj. Abdullah Mohamed atas tunjuk

ajar yang diberikan sepanjang semester ini. Juga tidak lupa kepada rakan

seperjuangan.

Budaya dan Pembelajaran adalah satu matapelajaran yang

memberikan saya peluang untuk mengenali dan mengendalikan kelas yang

berbagai budaya. Selain itu saya juga mempelajari cara-cara untuk

mengawal dan merancang pengajaran untuk kelas yang mempunyai

banyak budaya.

Selain itu saya juga dapat menyelami dan menghayati

pengaruh budaya sesuatu kaum dalam kehidupan mereka amnya dan

dalam pendidikan khasnya.

Selain itu saya juga mempelajari budaya pelajaran setiap

masyarakat itu. Tidak banyak beza antara kaum-kaum berkenaan budaya

pelajaran ini.

Akhir kata, semoga segala yang di timba ketika ini dapat

diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ketika menjadi

guru suatu hari nanti.

12

Page 13: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

6.0 Kolaborasi

NAMA : AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM

OPSYEN: PISMP SAINS SEM 5

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: TUAN HJ. ABDULLAH MOHAMED

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMENTANDA TANGAN

PENSYARAH

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA,

KELANTAN

Page 14: IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

http://fahmiibrahim.com

7.0 Bibilografi

Buku

Kamus Dewan. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal

Mohamad bin Haji Ikhsan. (2001). Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Melalui Amalan Budaya Penyayang di Sekolah. Jurnal Pendidikan Guru. 14(1). 5-12.

Laman sesawang

Budaya dan iklim sekolah. www.scribd.com/doc/12935426/Budaya-dan-Iklim-sekolah (11 April 2009)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan

(11 April 2009)

Iklim Sekolah. http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim-sekolah-kaitannya-dengan-hasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/ (11 April 2009)

14