iman dan kehidupan unit 3.pdf

18
! " # $ & # $ ' ( ) * + , - # $  " !" "#$% &'()*)+)# , -'#%)".$/0)# )((). 12% .)1$( &'-3'()*)+)# !"#" "%&'( )*'+ '*', "*#" #'&"("- #"-"+. /0 12*3"+"%"* %4*52- +")&'# #"* %2#)#)% "**3" #"6"7 %2("*8%" 92('7"* %2-"#" :66"& ;<=0 >0 12*?26"5%"* -2(92@""* %2+")&'#"* %2-"#" :66"& ;<= 529"8"' A:BB #"* CD:E0 F0 12*82*"6-"5+' 5'G"+H5'G"+ %&)5)5 3"*8 -2(6) "#" -"#" #'(' 7)%7'* 3"*8 72*+")&'#%"* :66"& ;<= 3"*8 727'6'%' *"7"H*"7" 3"*8 '*#"& #"* 5'G"+ H5'G"+ 3"*8 527-)(*"0 &'#4'#)()# 567 587 +696: ,;< ;'6" 6'&"+ 8"79"( %"-"6 +2(9"*8 #"* &26'%4-+2( '*'0 :*#" 725+' 723"%'*' 9"&"I" 52+'"- %"-"6 +2(9"*8 #"* &26'%4-+2( 3"*8 52#"*8 +2(9"*8 #'"I"* "#" ?)()+2(9"*8*3" "+") "#" -2*82*#"6'*3"0 J", %"6") +'#"%, 7"5"%"* #'" 9462& +2(9"*8 #' 6"*8'+K L"*, "*#" ?)8" -"5+'*3" 723"%'*' &"*3" 524("*8 5"&"?" -27"*#) "+") -2*82*#"6' %"-"6 +2(9"*8 #"* &26'%4-+2( '*'0 !2(*"&%"& "*#" 72*27)' "+") 72*82+"&)' "#" #)" 4("*8 -27"*#) #"6"7 52529)"& %"-"6 +2(9"*8K :-"%"& "%"* 92(6"%) 52%'("*3" +2(#"-"+ #)" 4("*8 "+") ("7"' -27"*#) 52529)"& %"-"6 +2(9"*8K 1"(' +2()5%"* 92(G'%'(, "-"%"& 3"*8 72*329"9%"* "*#" 723"%'*' 9"&"I" 52+'"- %"-"6 +2(9"*8 #"* &26'%4-+2( '*' "#" -27"*#)*3"K L"*, "-"%"& 6"8' %23"%'*"* "*#" +2*+"*8 -27"*#) +2(529)+K ;)#"& +2*+) +2(#2+'% #"6"7 G'%'("* "*#", 9"&"I" -27"*#)H-27"*#) '*' 727'6'%' -2*82+"&)"* #"* %27"&'("* 3"*8 M)%)- )*+)% 727"*#) 52&'*88" 7"7-) 7279"I" %"-"6 +2(9"*8 '+) #2*8"* 526"7"+0

Upload: anuar-ibrahim

Post on 09-Oct-2015

110 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 43

    UNIT PELAJARAN 3 MENTAUHIDKAN ALLAH SWT

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menyatakan konsep tauhid dan kedudukannya dalam kerangka beriman kepada Allah SWT. 2. Menjelaskan perbezaan ketauhidan kepada Allah SWT sebagai RABB dan ILAH. 3. Mengenalpasti sifat-sifat khusus yang perlu ada pada diri mukmin yang mentauhidkan Allah

    SWT yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna.

    PENGENALAN

    (a) (b) Rajah 3.1

    Sila lihat gambar kapal terbang dan helikopter ini. Anda mesti meyakini bahawa setiap kapal terbang dan helikopter yang sedang terbang diawan ada juruterbangnya atau ada pengendalinya. Ya, kalau tidak, masakan dia boleh terbang di langit? Dan, anda juga pastinya meyakini hanya seorang sahaja pemandu atau pengendali kapal terbang dan helikopter ini. Pernahkah anda menemui atau mengetahui ada dua orang pemandu dalam sesebuah kapal terbang? Apakah akan berlaku sekiranya terdapat dua orang atau ramai pemandu sesebuah kapal terbang? Mari teruskan berfikir, apakah yang menyebabkan anda meyakini bahawa setiap kapal terbang dan helikopter ini ada pemandunya? Dan, apakah lagi keyakinan anda tentang pemandu tersebut? Sudah tentu terdetik dalam fikiran anda, bahawa pemandu-pemandu ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk memandu sehingga mampu membawa kapal terbang itu dengan selamat.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 44

    (a) (b)

    Rajah 3.2

    Bagaimana pula dengan gambar di atas ini?

    Pernahkah anda terfikir siapakah sebenarnya yang menggerakkan dan mengendali setiap pergerakan alam cakrawala yang sangat hebat dan luas ini, yang dipenuhi dengan bulan, bintang dan matahari, di langit, di bumi dan dalam lautan malah dalam perut manusia? Bagaimana mungkin seorang manusia boleh hidup yang kita salah seorang darinya pernah berada dalam perut ibu yang kemudiannya dikeluarkan ke dunia ini dengan penuh kesempurnaan dan rezeki yang tidak putus-putus? Anda juga mendapati adanya hubungan secara rapi antara makhluk di langit, di bumi, di laut dan di dalam perut ibu sehingga kehidupan ini berjalan dengan penuh sempurna dan indah. .

    Kita telah berbincang dengan mendalam pada bab sebelum ini bahawa secara fitrahnya manusia tidak akan menolak hakikat kewujudan tuhan yang mencipta dan mengendali alam ini. Namun, kita juga bersetuju fitrah meyakini Tuhan yang Maha Mencipta tidak mampu mencapai penemuan bahawa Tuhan sebenar yang mencipta alam ini ialah Allah SWT kecuali menerusi pengkhabaran wahyu. Fitrah dan akal sangat terbatas untuk membongkar hakikat kebenaran dan kehidupan ini.

    Pemikiran yang waras juga mampu untuk berfikir bahawa sekiranya kapal terbang tadi diyakini hanya ada seorang pemandu sahaja, adalah mungkin alam yang luas tidak bertepi ini boleh dikendalikan oleh Tuhan yang lebih dari satu. Alam yang tersusun indah dan berjalan saling berkaitan antara satu sama lain mengikut satu peraturan ini sudah pasti dicipta oleh pencipta yang Maha Esa dan Maha Bijaksana dan Maha Perkasa, Pencipta yang juga Maha Pengatur, Maha Pengawal

    Tahukah anda keyakinan itu merupakan sebuah keimanan iaitu keimanan kepada Tuhan yang Esa yang dituntut dalam mengimani Allah SWT sebagai Tuhan. Tuntutan ini disebut sebagai Tauhid yang menjadi pusat keimanan kepada Allah SWT dan kemuncak kepada seluruh keimanan dalam rukun iman. Tauhid merupakan ruh kepada keimanan kepada malaikat, keimanan kepada Rasul dan Kitab, keimanan kepada hari Akhirat dan keimanan kepada Qada dan Qadar. Sekiranya keimanan kepada 6 perkara ini tidak diasaskan dengan tauhid, segala keimanan lainnya tidak ada nilainya dan segala amal kebajikan yang dilakukan oleh umat manusia itu juga tertolak.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 45

    ISI KANDUNGAN

    3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya?

    3.2 Perbezaan Mentaudhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai Ilah.

    3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid.

    3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-Nama Indah Dan Sifat Kesempurnaan.

    3.1 Apa Itu Tauhid Dan Hakikatnya?

    (a) (b) (c)

    Rajah 3.3

    Tauhid adalah prinsip paling asas dan utama yang ditekankan dalam ilmu Aqidah. Semudah angka 1 yang dimulakan dalam mempelajari ilmu Matematik sebagaimana rajah di atas. Di dalam susunan angka, 1 adalah angka pertama dalam senarai angka yang bersifat infiniti. Tanpa angka 1, formula Matematik tidak akan bermula. Angka sifar hanya sebagai penanda aras bahawa tidak ada angka lain sebelum 1 dan kekal sedia ada angka 1 untuk menjadi sebab musabab segala proses pengiraan objek.

    usteru, wujudnya alam dan seluruh makhluk ini menjadi indikator kepada kewujudan Allah SWT yang Maha Esa, Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi oleh akal yang waras menerusi setiap kejadian makhluk dan peristiwa yang berlaku yang di luar

    kudrat dan iradah manusia. Angka 1 mengajar umat Islam bahawa Allah SWT itu Esa. Allah SWT menjelaskan tentang zat dan sifatnya secara jelas di dalam al-Quran menerusi surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4.

    J

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 46

    Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Surah al-Ikhlas: 1-4)

    Daripada analogi yang dibentangkan di atas tadi sudah pasti anda sudah dapat memahami maksud tauhid yang menjadi asas kepada keimanan kepada Allah SWT yang merupakan rukun Iman yang pertama. 3.2 Perbezaan Mentauhidkan Allah SWT Sebagai Rabb Dan Allah SWT Sebagai

    Ilah

    Untuk lebih mendalami ilmu ini, mari kita teliti pandangan para ulama berkaitan tauhid. Perkataan tauhid berasal daripada Bahasa Arab iaitu , , , , (Wahhada, Yuwahhidu Tauhidan) ertinya mengEsakan. Angka 1 disebut wahid. Maka, tauhid dari sudut bahasanya ialah menjadikan ia satu sahaja atau menjadikan sesuatu itu Esa. Kemudiannya para ulama menggunakan istilah Tauhid dalam ilmu aqidah dengan maksud mengesakan Allah SWT sebagai rabb dan ilah, menjadikan hanya Allah SWT sebagai ilah. Justeru, manusia yang mentauhidkan Allah SWT melafazkan kalimah La Ilaha illallah yang dinyatakan sebagai kalimah tauhid. Menurut bahasa Melayu, Tuhan adalah suatu kuasa yang hebat yang menjadi pelindung dan penjaga seluruh alam ini. Manakala dalam bahasa Arab Tuhan itu diertikan sebagai RABB dan ILAH dalam pelbagai pengertian selain bermaksud TUHAN. Perkataan ini disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran menerusi sekian banyak ayat. Al-Maududi telah mengumpulkan ayat-ayat ini untuk kita lebih memahami maksud Rabb dan ilah yang sebenar berpandukan kepada wahyu dengan merujuk kepada buku yang bertajuk 4 istilah di dalam al-Quran.

    Rajah 3.4

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 47

    Mari kita lihat beberapa ayat yang terkandung perkataan Rabb yang sering kita baca setiap hari.

    Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (Surah Al-Fatihah: 2-4)

    1. Apakah yang dimaksudkan Tuhan Sekelian Alam di dalam surah al-Fatihah ayat 2 di atas?

    2. Apakah pula yang boleh anda fahami maksud Rabb di dalan surah al-Nass dan al-Falaq ini?

    Maksudnya: Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini, Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan (Surah Quraisy: 3-4)

    3. Bagaimana pula kefahaman anda tentang perkataan Rabb yang terdapat dalam surah Quraisy ini?

    Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk (Surah al-Falaq: 1)

    Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia (Surah an-Nas: 1)

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 48

    Anda diminta merujuk kitab tafsir al-Quran untuk membincangkan makna Rabb yang terkandung di dalam ayat-ayat di bawah:

    1- Al-Naba ayat 37

    2- Al-Najm ayat 49

    Al-Jathiyah ayat 36

    3- Ghafir ayat 64

    4- as-Sajdah ayat 22

    Sila bincangkan penghayatan mukmin yang menjadikan Allah SWT sebagai Rabb berdasarkan pengertian yang dijelaskan tentang Rabb sebagaimana rajah di bawah.

    Rajah 3.5

    ALLAH SAHAJA

    RABB

    PENCIPTA

    PENJAGA / PENGAWAL

    PEMILIHARA

    PENGATUR / PENGENDALIPELINDUNG

    PEMBERI REZEKI

    PENGUASA

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 49

    Rajah 3.6

    Untuk mencari jawapan terhadap persoalan di atas, anda perlu memahami terlebih dahulu apa pula yang dimaksudkan dengan ILAH. Walaupun dalam bahasa Melayu ILAH juga diertikan sebagai TUHAN akan tetapi al-Quran telah memberikan panduan kepada umat Islam bahawa perkataan ILAH bukan sahaja bererti TUHAN semata-mata sebagaimana makna RABB. Penggunaan ILAH dalam kalimah tauhid dan syahadah sudah pasti membezakan makna RABB dan ILAH.

    Di dalam buku al-Maududi juga, beliau ada mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perkataan Ilah. Bolehkah anda meneliti ayat-ayat yang berkaitan untuk dikongsikan di sini? Ya, antaranya terdapat dalam surah al-Furqan ayat 43:

    Maksudnya: Adakah kamu lihat (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Surah al-Furqan : 43)

    Sudah pasti anda merasa terkejut bagaimana adanya manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah. Pada kebiasaannya hawa nafsu manusia mendorong kepada kejahatan dan mengikut syaitan. Ini bermakna manusia yang diikuti dorongan nafsu syahwatnya telah menjadikan nafsunya sebagai Ilah dalam erti kata nafsunya menjadi tuhan yang ditaati dan dipuja.

    Pernahkah anda terfikir atau bertanya Mengapakah seorang muslim itu semestinya melafazkan kalimah syahadah

    yang mengandungi perkataan Ilah? Pernahkah anda menggantikan perkataan ilah itu dengan

    perkataan rabb sahaja La Rabb IllalLah kerana pada zahirnya rabb dan ilah itu sama sahaja maknanya iaitu tuhan. Kita juga selalu menterjemah makna kalimah tauhid dengan makna Tidak ada tuhan melainkan Allah.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 50

    Oleh itu, dapatlah difahami secara mudah bahawa antara maksud ILAH ialah sesuatu yang ditaati dan dipuja sehingga akhirnya nafsu itu berstatus TUHAN yang diutamakan oleh manusia. Dalam kamus Arab, Al-Ilah adalah al-Maluh wa Al-Mabud bihaqqin iaitu yang dicintai, ditaati dan berhak diibadati kerana ia memiliki segala sifat kesempurnaan. Kesimpulannya, Dia berhak mendapat kekhususan puncak cinta dan puncak ketundukan. Rajah di bawah adalah himpunan pengertian ILAH yang berpandukan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, sudah tentu anda telah menemui jawapan tentang perbezaan antara RABB dan ILAH. Seterusnya mengakui bahawa golongan yang beriman selayaknya melafazkan ikrar syahadah dan kalimah tauhid dengan menggunakan perkataan ILAH sahaja bukan RABB.

    Rajah 3.7

    HANYA ALLAH

    SAHAJA ILAH

    YANG DISEMBAH

    YANG DITAATI

    YANG DICINTAI

    YANG DIMINTA PERTOLONGN

    YANG DIHARAPKAN

    PERLINDUNGN

    YANG DISERAHKAN

    SEGALA URUSAN

    YANG DIJADIKAN SUMBER

    PERATURAN HIDUP

    YANG DIMINTA SEGALA REZKI

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 51

    Mari kita teruskan penelitian terhadap beberapa lagi ayat al-Quran yang terkandung makna ILAH agar kefahaman kita tentang maksud ILAH menurut rajah di atas lebih jelas.

    1. Apakah yang dimaksudkan ILAH dalam surah al-Nas ayat 3 :

    2. Apakah pula makna ILAH dalam surah al-Mukminun ayat 32 di bawah ini.

    Maksudnya: Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"

    3. Di dalam surah Fatir ayat 3 pula, apakah pula maksud ILAH?

    Maksudnya: Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?

    Setelah meneliti contoh-contoh ayat yang mengandungi perkataan RABB dan ILAH, dapatkan anda menemui perbezaan antara penggunaan RABB dan ILAH? Sudahkah anda memahami hanya perkataan ILAH sahaja selayaknya digunapakai dalam kalimah Tauhid dan setiap syahadah? Ya, secara mudahnya perkataan ILAH bermakna al-Maluh dan al-Mabud iaitu Yang diberikan pengabdian dan ditaati. Perkataan RABB tidak boleh digunakan dalam kalimah tauhid dan syahadah

    Maksdunya: "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia..

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 52

    disebabkan makna RABB hanya menuntut perakuan terhadap tuhan yang mencipta dan berkuasa. Berbanding pengertian ILAH yang menuntut tindakan di sebalik perakuan iaitu menjadikan Allah SWT sebagai sembahan dan tumpuan ketaatan dalam seluruh amalan dalam bentuk pengibadatan. Berdasarkan pengertian dan perbezaan perkataan RABB dan ILAH, setiap muslim dituntut bukan sahaja menjadikan Allah SWT sebagai Rabb semata-mata. Seorang muslim itu tidak lagi dikira Iman dan Islamnya hanya mengakui Allah SWT sebagai RABB semata-mata. Ini disebabkan keyakinan Allah SWT sebagai Rabb merupakan keyakinan universal yang diterima oleh akal manusia yang waras menerusi penelitian dan kajian-kajian ilmiah yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Namun, seorang muslim itu digolongkan sebagai muslim dan mukmin hanya setelah memperakui hanya Allah SWT sebagai Rabb, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa, Memberi Perlindungan dan Mengatur seluruh perjalanan alam ini dan menyusul tindakan yang berupa Itiqad, perkataan dan perbuatan memperakui hanya Allah SWT sebagai ILAH. Muslim mukmin meletakkan hanya Allah SWT Ilah yang mesti ditaati, dibadati, yang dicintai, yang dijadikan matlamat hidup, yang dijadikan sumber segala peraturan cara hidup dan pemikiran. 3.3 Pembahagian Tauhid Dan Pengertian Setiap Kategori Tauhid Bagi menjelaskan lagi secara mendalam tentang erti mengimani Allah SWT dengan mentauhidkan-Nya. Imam Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab telah memformalisasikan Tauhid kepada 3 bentuk selaras dengan pengertian yang terkandung dalam perkataan Rabb dan Ilah. Anda juga menemui formula ini diterima oleh para ulama kontemporari seperti Sheikh Yusuf al-Qardhawi , Seikh Muhammad al-Ghazali, Sheikh Muhammad Naim Yasin dan lain-lain dengan membahagikan Tauhid kepada 3 bentuk yang saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan iaitu :

    Rajah 3.8

    .

    .

    .

    TAUHID

    Tauhid Rububiyyah

    Tauhid Uluhiyyah

    Tauhid Asma Wa Sifat

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 53

    Sebelum anda meneruskan tugasan anda, mari kita teliti perbincangan para ulama tentang jenis-jenis tauhid ini secara ringkas.

    Keyakinan dalam bentuk Tauhid Rububiyyah ini dimiliki secara fitrahnya di dalam jiwa manusia dan menjadi asas kepada jenis-jenis tauhid yang lain.

    Manifestasi Tauhid Rububiyyah di dalam al-Quran dapat dilihat dalam bentuk pujian (surah al-Fatihah ayat 2), penyerahan (surah al-Anam ayat 71) dan perakuan (al-Araf ayat 54) dan ibadah (surah al-Baqarah ayat 21-22) Dalam hal mengimani Allah SWT di sudut rububiyyah ini, terdapat golongan yang mengakui rububiyyah Allah SWT (mengakui Allah SWT sebagai Rabb) tetapi turut meyakini adanya tuhan atau makhluk lain yang dikongsi kuasa dengan Allah SWT sebagai Rabb. Terdapat pula golongan yang tersasar dalam menghayati Tauhid Rububiyyah Allah SWT ini dengan menjadikan makhluk-makhluk sebagai perantaraan untuk berhubung dengan Allah SWT. Kedua hal keadaan ini bertentangan sama sekali dengan hakikat keimanan dan tidak dapat diterima sebagai Tauhid Rububiyyah Allah SWT tetapi tergolong dalam mensyirikkan Allah SWT sebagai Rabb iaitu keimanan yang ditolak. Tauhid Rububiyyah ini pada hakikatnya masih memerlukan keyakinan yang lebih khusus iaitu kepada Tauhid Uluhiyyah kerana ramai manusia yang mengakui rububiyyah Allah SWT tetapi dalam masa yang sama tidak meyakini Uluhiyyah Allah SWT. Keyakinan di sudut rububiyyah Allah SWT sahaja tidak diterima dan tidak menjadikan seorang itu beriman kepada Allah SWT.

    Rajah 3.9

    1- Tauhid Rububiyyah

    Beritiqad bahawa hanya Allah SWT sahaja sebagai Rabb bersifat Esa, Pencipta, Pemilik, Penguasa,

    Pemelihara dan Tuan sekelian alam secara mutlak. Beritikad dengan

    jelas dan tegas bahawa Allah SWT adalah Rabb atau Tuanpunya bagi

    segala sesuatu tidak ada Rabb selain-Nya.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 54

    Rajah 3.10

    Tauhid Uluhiyyah ini merangkumi ikrar (pengakuan) akan Rububiyyah Allah SWT dan beriman kepada Asma dan Sifat-sifat-Nya.

    Unsur utama dalam mengaplikasikan Tauhid Uluhiyyah ini ialah ikhlas kepada Allah SWT pada lahir dan batin, dalam erti kata segala kegiatan ibadah dan amalan harian tidak dikerjakan untuk selain dari Allah SWT dengan rasa cinta, takut, harapan doa, tawakkal, taat, patuh, dan tunduk, dan merendah diri hanya kepada Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5:

    Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar (Surah al-Bayyinah : 5)

    2- Tauhid Uluhiyyah Beriktikad dengan jazam bahawa hanya Allah SWT sahaja Ilah iaitu

    Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selain-Nya dan Dialah Tuhan yang mesti diEsakan dalam beribadah,yang mesti ditaati, diletakkan sepenuh

    kecintaan dan dijadikan matlamat dalam hidup dan menjadi sumber

    peraturan.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 55

    Tauhid ini menjadi tujuan Allah SWT menciptakan jin dan manusia iaitu agar jin dan manusia mengabdikan diri hanya kepada-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah az-Zariyat ayat 56 dan 57:

    Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu (Surah az-Zariyat : 56-57)

    Tauhid ini juga menjadikan para nabi yang diutuskan dan kitab yang diturunkan adalah sebagai membimbing manusia mengimani tuhannya yang sebenar dalam bentuk pengabdian yang bersandarkan syara dan menjadi mesej dakwah para nabi dan disempurnakan oleh Nabi SAW sehingga mereka dimusuhi dan ada yang dibunuh oleh kaumnya lantaran tauhid ini menggugat kekuasaan dan kedudukan golongan yang menghambakan diri sesama manusia dan memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan kerana tauhid ini juga Allah SWT menciptakan syurga untuk mereka yang menganutnya (tauhid uluhiyyah) dan menciptakan neraka bagi mereka yang meninggalkannya.

    Tauhid Uluhuyyah ini menjadi hakikat kepada ajaran Islam itu sendiri yang membezakan dengan agama-agama yang lain. Tauhid Uluhiyyah pada hakikatnya mengandungi Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma dan Sifat. (Dr. Muhammad AW.Al-Aqil: 228), Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak mengandungi Tauhid Uluhiyyah kerana kadang-kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah SWT tetapi tidak beribadah kepada Allah SWT sebagaimana yang disyariatkan-Nya.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 56

    Rajah 3.11

    Asma ialah al-Asma al-Husna iaitu 99 nama (asma) Allah SWT yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith. Ia adalah nama-nama Allah SWT yang baik dan agung sesuai dengan zat-Nya sebagai Rabb dan Ilah yang mutlak. Firman Allah SWT dalam surah Thaa-Haa ayat 8:

    Maksudnya: Dialah Allah SWT, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaaul husna (nama-nama yang baik). (Surah Thaa-Haa : 8)

    Sifat pula bermaksud sifat kamalat yang menjelaskan kesempurnaan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah. Menurut pegangan ahli sunnah wal Jamaah, Allah SWT bersifat dengan 20 sifat wajib dan 1 sifat harus yang kamalat yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

    Istighna' yang bermaksud Kaya Allah SWT daripada sekalian yang lain daripada-

    Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah SWT tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Sifat wajib Allah SWT yang digolongkan dalam kategori ini ialah Sifat Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiamuhu Binafsih, Sama', Basar, Kalam, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mutakalliman.

    3- Tauhid Asma wa Sifat

    Beritiqad dengan jazam bahawa Allah SWT sahaja yang memilik nama-nama yang indah yang disebut di dalam al-

    Quran dan Hadith sebagai al-Asma al-Husna i dan hanya Allah sahaja yang

    memiliki sifat-sifat yang penuh kesempurnaaan (sifat kamalat)

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 57

    Iftiqar yang bermaksud Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah SWT iaitu

    yang lain berkehendakkan daripada Allah SWT untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Sifat yang tergolong dalam kategori ini ialah Sifat Wahdaniat, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Hayyan.

    3.4 Tuntutan Mentauhidkan Allah SWT Pemilik Nama-nama Indah dan Sifat Kesempurnaan.

    3 asas yang menjadi pegangan dalam mentauhidkan Allah SWT yang memiliki asma wa sifat ini ialah :

    i. Menyucikan Allah Azza wajalla dari menyerupai makhluk dan dari mana-mana sifat

    kekurangan.

    ii. Beriman dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam al-Quran al-Karim dan hadith tanpa mengurang, mengubah dan mentaktilkan (menafikannya makna setengah sifat Allah SWT)

    iii. Membuang segala perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat Allah SWT

    sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith dengan pelbagai tafsiran dan gambaran.

    Empat perkara yang perlu dijauhi dalam menanamkan tauhid asma wa sifat ini iaitu :

    a. Tasbih iaitu menyerupai sifat-sifat Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk seperti orang-

    orang Nasara menyerupakan Isa Bin Maryam dengan Allah SWT, orang-orang Yahudi menyerupakan Uzair dengan Allah SWT, orang-orang musyrikin menyerupakan berhala-berhala mereka dengan Allah SWT dan seperti segolongan manusia lain .

    b. Tahrif iaitu menukar atau mengganti nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat dengan sempurna dan menambah atau mengurang atau mengubah baris ikrab seperti membaca ayat suci Al-Quran dengan menasabkan kalimah Allah yang memberi erti.

    c. Takyif iaitu menentukan kaifiyat sifat-sifat Allah SWT dan menetapkan hakikatnya.

    Cara mengambil sifat-sifat dan namanama Allah SWT yang tersebut di dalam al-Quran dan al-Hadis mengikut maknanya yang zahir tanpa tasbih, taktil dan takyif itu adalah sebagaimana ulamaulama dahulu seperti dari para sahabat r.hum, tabiin dan tabi tabiin.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 58

    d. Taktil iaitu menafikan sifat-sifat Uluhiyyah Allah SWT dan mengingkari adanya sifat itu pada Allah SWT seperti menafikan sifat-sifat sempurna dari Allah SWT, dalalm erti kata mengingkari nama-namanya dan sifat-sifatnya, menafikan hubungan manusia dengan Allah SWT dalam erti kata mengingkari beribadat kepadanya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuat-Nya seperti orang berkata : segala makhluk ini qadim, Allah SWT tidak mengada dan menciptanya.

    Kedudukan tauhid Asma wa Sifat dalam tauhid sebagai pelengkap dan sangat penting untuk mengelakkan seseorang muslim itu tidak menyeleweng dan tersesat dalam mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah..

    Mari bincangkan salah faham yang berlaku dikalangan umat Islam dalam mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah dan tuhan yang memiliki Asma wa Sifat.

    RUMUSAN Keseluruhan ajaran Islam adalah berasaskan kepada tauhid dan keseluruhan kandungan al-Quran juga hanya berkisar tentang tauhid. Setiap orang yang mengakui dirinya sebagai muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT wajib beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini serentak tanpa mengasingkan di antara satu sama lain. Keimanan kepada rubbubiyyah Allah SWT semata tidak akan menjadikan seseorang itu mentaati perintah Allah SWT iaitu dalam erti kata hanya mengakui Allah SWT sebagai Rabb tetapi menolak kedudukan Allah SWT sebagai matlamatmnya dalam kehidupan. Manakala Tauhid Uluhiyyah pula merangkumi Tauhid Rabubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat kerana Allah SWT yang diyakini sebagai Ilah semestinya Rabb dan turut mengandungi makna kesempurnaan pada nama-Nya dan Sifat-Nya.

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 59

    PETA KONSEP TAUHID

    KATA KUNCI

    1.Tauhid

    2. Syirik

    3. Rabb

    4. Ilah

    5. Asma wa Sifat

    6. Kauniyyah

    7. Rububiyyah

    8. Uluhiyyah

    9. Khauf dan Raja

    10.Tasybih

    Pujian

    Penyerahan

    Ibadah

    Pengakuan

    Raja

    Ikhlasbadah

    Khauf

    Tidak Tasybih

    Tidak Tahrif

    Tidak Takyif

    Rububiyyah

    Uluhiyyah

    Asma wa Sifat

    Tidak Tatil

  • I m a n D a n K e h i d u p a n | 60

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Bagaimankan kedudukan tauhid dalam mengimani Allah SWT?

    2. Mengapakah keimanan kepada Allah SWT sebagai rabb atau tauhid rububiyyah masih belum menyebabkan seorang itu diterima sebagai muslim dan mukmin?

    3. Nyatakan 3 contoh amalan mukmin yang mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb, Ilah dan

    memiliki nama-nama indah dan sifat-sifat sempurna.

    4. Apakah keistimewaan Tauhid Uluhiyyah?

    5. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang disebut sebagai mutasyabihat dalam menyatakan sifat-sifat Allah SWT. Kemukakan 3 contoh ayat tersebut dan bagaimana anda mengimani ayat tersebut dalam kerangka tauhid asma wa sifat.