industri kayu-kayan

21
Soalan 3: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap pembangunan di negara ini. 1.0 PENDAHULUAN Industri secara umumnya adalah kelompok perniagaan tertentu yang memiliki teknik dan kaedah yang sama dalam menghasilkan keuntungan. Misalnya, industri muzik, industri kenderaan, industri ternak, industri kayu-kayan dan sebagainya. Definisi pembangunan membawa maksud kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah atau membuat sesuatu perubahan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan. Hulme D & Turner. M (1990) pula mendefinisikan pembangunan sebagai memimpin objektif kerajaan-kerajaan iaitu pembangunan adalah sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik. Seers (1977) mendefinisikan pembangunan sebagai merealisasikan potensi personaliti manusia iaitu gabungan daripada tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan ke atas bekalan keperluan 1

Upload: mohd-faizal-bin-yahaya

Post on 07-Jun-2015

11.889 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Industri Kayu-kayan

Soalan 3: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap

pembangunan di negara ini.

1.0 PENDAHULUAN

Industri secara umumnya adalah kelompok perniagaan tertentu yang memiliki teknik dan

kaedah yang sama dalam menghasilkan keuntungan. Misalnya, industri muzik, industri

kenderaan, industri ternak, industri kayu-kayan dan sebagainya. Definisi pembangunan

membawa maksud kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-

apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah atau

membuat sesuatu perubahan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan. Hulme D

& Turner. M (1990) pula mendefinisikan pembangunan sebagai memimpin objektif

kerajaan-kerajaan iaitu pembangunan adalah sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial

dan politik. Seers (1977) mendefinisikan pembangunan sebagai merealisasikan potensi

personaliti manusia iaitu gabungan daripada tiga matlamat yang khusus. Pertama,

jaminan ke atas bekalan keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan dan yang

ketiga adalah sebagai pengurangan ketidakadilan.

Menurut Kadt E. D (1974) dalam Sociology and Development, dalam

menerangkan pembangunan daripada kaca mata Leninism, Rejim Soviet ini cuba melihat

jumlah perubahan ke atas individu-individu kepada keperluan dalam dunia persaingan

bagi industri iaitu pembangunan yang berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme

secara kuantitatif. Berger G. (1992) telah menyatakan bahawa pembangunan boleh

difahami daripada kebiasaan ekonomi dan bukannya daripada perspektif politik, etika,

ideologi atau daripada kriteria-kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya dilihat

1

Page 2: Industri Kayu-kayan

daripada faktor-faktor ekonomi iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha tetapi juga lebih

kepada perkembangan ekonomi. Kadir H. D. (1996) pula menyatakan bahawa

pembangunan adalah satu proses membuka sesuatu yang “berbungkus” iaitu membuka

serta mendedahkan apa yang ada di dalam sesuatu “bungkusan” itu. Walau

bagaimanapun, kadang-kadang ia “membungkus” bukan untuk menyembunyikan tetapi

untuk melindungi dan menjaga. Dalam erti kata yang lain, pembangunan adalah suatu

proses mendedahkan “benih” yang berada di dalam sesuatu ke arah perkembangan atau

menggilapkan lagi. Menurut beliau lagi, pembangunan adalah suatu proses membuka dan

memperkembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan

mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya dapat berkembang

sepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan

alamiah.

2.0 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Strategi Pelan Induk Perindustrian telah mengenal pasti 12 sektor-sektor industri yang

patut diberikan penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor tersebut adalah yang berasaskan

kepada sumber-sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan kepada getah, kelapa

sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian

bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan kepada

sumber iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,

logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan

kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan lagi asas industri negara.

2

Page 3: Industri Kayu-kayan

3.0 IMPAK INDUSTRI BERASASKAN KAYU

Kayu-kayan merupakan hasil hutan yang penting dan bahan ini telah digunakan untuk

pelbagai tujuan. Ia merupakan bahan api atau bahan bakar yang sudah lama digunakan

untuk keperluan rumah tangga dan juga dalam kilang-kilang. Kira-kira 40% daripada

jumlah hutan dunia digunakan sebagai bahan api. Kebanyakan negara di kawasan tropika

mempunyai kadar penggunaan balak yang tinggi sebagai bahan api yang diperolehi

daripada hutan-hutan semulajadi. Negara-negara yang menjalankan sektor perhutanan

seperti Sweden, Kanada dan Finland telah menyumbangkan sejumlah wang yang besar

daripada pertukaran wang asing negara-negara tersebut.

Sektor perhutanan dan kayu-kayan memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan sosio ekonomi di Malaysia. Sumber-sumber bekalan kayu-kayan telah

memberi sumbangan yang besar terhadap pertambahan pendapatan tukaran wang asing,

pertumbuhan KDNK, hasil kerajaan dan peluang pekerjaan. Malaysia adalah negara

pengeksport utama kayu keras dunia. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun, Korea

Selatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras yang berharga di

negara ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau.

Pada tahun 2004, eksport produk-produk berasaskan kayu adalah berjumlah

RM19.8 bilion (US$5.2 bilion), iaitu pertambahan sebanyak 18.9% yang melebihi tahun

2003 iaitu sebanyak RM16.6 bilion.  Produk-produk utama yang dieksport adalah seperti

papan lapis (RM5.6 bilion), perabot (RM5.5 bilion), pertukangan kayu dan tanggam

pembina (RM1.1 bilion) dan papan gentian (RM1 bilion).

3

Page 4: Industri Kayu-kayan

Industri kayu-kayan ini sebahagian besarnya adalah dimiliki oleh warga Malaysia dan

setakat ini, lebih daripada 4,000 kilang pemprosesan kayu telah beroperasi. Dianggarkan

lebih daripada 80% syarikat-syarikat berasaskan kayu termasuk perabot bersaiz

perusahaan kecil dan sederhana. Industri ini telah berjaya dibangunkan dan telah

mempelbagaikan pengeluaran ke sebilangan besar produk hiliran seperti venir dan papan

lapis serta produk-produk tambah nilai yang tinggi termasuk papan blok, kumai,

pertukangan kayu dan tanggam pembina, panel berasaskan bancuhan (papan zarah, papan

gentian), perabot dan komponen-komponen perabot.

Selain itu, Sabah dan Sarawak telah berjaya menarik kebanyakan projek-projek

yang menggunakan kayu keras untuk pengeluaran kayu gergaji, venir, papan lapis dan

produk-produk panel bervenir lain.  Lebih daripada 70% daripada 154 kilang papan lapis

terletak di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kumai, daripada 177 kilang yang

beroperasi, 85 buah kilang telah bertempat di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang

pemprosesan hiliran untuk pengeluaran kumai, papan gentian, pertukangan kayu dan

tanggam pembina serta perabot dan komponen perabot kebanyakannya bertempat di

Semenanjung Malaysia.  Kilang-kilang ini terutamanya menggunakan kayu getah (Oak

Malaysia) hasil daripada ladang-ladang getah yang mampan.

4

Page 5: Industri Kayu-kayan

4.0 PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

Industri berasaskan kayu merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang utama

kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan industri ini kepada Keluaran Kasar

Dalam Negeri (GDNP) dianggarkan pada tahap lima peratus. Pada masa ini, terdapat

lebih daripada 4,000 buah kilang yang terbabit dalam pengeluaran produk-produk atau

hasil kayu, termasuk lebih daripada 2,300 kilang kerja kayu dan perabot. Pertumbuhan

pesat industri perkayuan negara secara langsung telah berjaya mewujudkan peluang-

peluang pekerjaan kepada lebih daripada 370,000 orang.

Sumbangan sektor perkayuan kepada pendapatan negara sememangnya tidak

dapat dinafikan. Malahan, pada tahun 1995, sektor perkayuan telah mendahului sektor

petroleum dan minyak kelapa sawit dari segi hasil eksport kepada negara. Walaupun

berlaku kegawatan ekonomi dalam tempoh lapan tahun yang lalu, prestasi eksport kayu-

kayan terus mencatatkan peningkatan. Hasilnya, pada tahun 2004, jumlah eksport produk

kayu-kayan telah mencapai nilai sehingga RM19.77 bilion iaitu peningkatan sebanyak

20% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan yang memberangsangkan ini

turut disumbangkan oleh prestasi cemerlang industri perabot yang telah mencatatkan nilai

eksport melebihi RM 6 bilion pada tahun lalu.

5

Page 6: Industri Kayu-kayan

Sejajar dengan matlamat tersebut, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah

menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) pada tahun 1995

melalui peruntukan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 iaitu

sebanyak RM2.82 juta bagi tujuan mempercepatkan lagi pemindahan teknologi dan tahap

pemprosesan bagi produk bernilai tambah seperti perabot, tanggam dan kayu kumai.

Penubuhan WISDEC merupakan salah satu strategi bagi memenuhi keperluan

utama dalam pembangunan sumber manusia di sektor kayu kayan. Kerajaan telah

mengambil langkah yang serius dalam melaksanakan program pembangunan sumber

manusia secara berterusan yang berupaya memberi manfaat berlipat ganda kepada pihak

industri. Sejak WISDEC ditubuhkan, institusi ini telah berjaya menganjurkan pelbagai

bentuk program latihan dalam bidang teknikal dan teknologi kayu, pemprosesan,

pengurusan dan rekabentuk. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada proses

pengembangannya, WISDEC juga telah melaksanakan Skim Perantisan Industri

Berasaskan Kayu (Perabot) yang dijalankan dengan kerjasama daripada Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (PSMB) khusus bagi melatih belia-belia lepasan sekolah.

WISDEC juga turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan khidmat nasihat

teknikal, pembangunan produk, khidmat perundingan dan aktiviti-aktiviti R&D.

4.1 Kayu Gergaji

Sub-sektor ini merupakan industri yang telah ditubuhkan dengan mempunyai sebanyak

1,086 kilang papan yang beroperasi di Semenanjung Malaysia (662), Sabah (178) dan

Sarawak (246).  Eksport kayu gergaji pada tahun 2004 adalah berjumlah RM2.9 bilion

(2.81 juta meter padu) terutamanya ke Thailand, Belanda, Jepun dan Taiwan.

6

Page 7: Industri Kayu-kayan

4.2 Produk Panel

4.2.1 Papan Lapis

Dalam sub-sektor produk panel, papan lapis kekal sebagai penyumbang yang ketara iaitu

sebanyak 28.5% daripada jumlah pendapatan eksport produk kayu-kayan.  Jenis papan

lapis yang dikeluarkan adalah termasuk papan lapis permukaan venir biasa, papan lapis

bersalutan atas seperti papan lapis kertas bercetak dan poliester, papan lapis untuk kerja

bentuk konkrit dan papan lapis marin.  Papan lapis Malaysia telah mencapai piawai

antarabangsa seperti Piawaian Pertanian Jepun (JAS), Piawaian British (BS) dan

Piawaian Persatuan Produk Kayu Keras (IHPA) untuk pasaran Amerika Syarikat dan

Piawaian Selaras Eropah  (EN) untuk Eropah.  Malaysia adalah pengeksport terbesar

kedua dunia bagi papan lapis tropika.

4.2.2 Papan Zarah

Memandangkan perlunya memaksimumkan penggunaan sumber-sumber kayu, industri

ini telah dipelbagaikan kepada pengeluaran produk-produk panel bancuhan tambah nilai

tinggi seperti papan zarah dan papan gentian densiti sederhana.  Industri papan zarah

telah berkembang dan pada masa ini terdapat sembilan syarikat yang telah beroperasi.

Dalam tempoh beberapa tahun, industri ini telah berjaya mengeksport produk-produknya

terutamanya untuk kegunaan industri perabot. 

7

Page 8: Industri Kayu-kayan

Pada tahun 2004, eksport berjumlah RM197.2 juta dan destinasi utamanya adalah ke

negara China, Vietnam, Korea dan Taiwan.  Kini, Malaysia adalah pengeksport utama

bagi papan zarah dan papan zarah Malaysia mampu menepati standard piawai

anatarabangsa seperti BS, EN dan Piawaian Perindustrian Jepun (JIS).  Malaysia

merupakan pengeksport papan zarah yang kesepuluh terbesar di dunia.

Pada masa ini, industri papan gentian densiti sederhana mempunyai 10 syarikat

yang beroperasi yang mana lapan daripadanya bertempat di Semenanjung Malaysia dan

dua di Sarawak.  Eksport pada tahun 2004 berjumlah RM 1 bilion, menunjukkan 5.2%

daripada jumlah pendapatan eksport kayu-kayan. Ketika ini, Malaysia adalah

pengeksport papan gentian densiti sederhana keempat terbesar di dunia terutamanya ke

negara China, UAE dan Arab Saudi.  Papan gentian densiti sederhana Malaysia telah

berjaya mencapai standard piawaian antarabangsa seperti BS, Piawaian Asia-Pasifik,

Jepun, Australia, New Zealand (JANS) dan EN. Sebahagian syarikat juga telah memasuki

bidang pengeluaran papan gentian densiti sederhana berlamina/bercetak untuk dieksport

dan pada masa ini, Malaysia merupakan pengeksport papan gentian densiti sederhana

kesepuluh terbesar di dunia.

4.2.3 Produk Panel Bervenir

Disamping papan gentian densiti sederhana, industri ini terus membangunkan produk

yang direka bentuk daripada venir yang lain seperti kayu venir berlamina, jalur berpalang

venir berlamina dan sandwic venir berlamina untuk memenuhi permintaan aplikasi

struktur dan perindustrian. Industri ini telah menggabungkan teknologi moden dengan

kegunaan efisen daripada sumber-sumber asli untuk mengeluarakan produk-produk

8

Page 9: Industri Kayu-kayan

tersebut untuk pasaran eksport.  Selain mesra alam, produk-produk ini dengan kualiti

struktrur yang dipertingkatkan untuk memenuhi keadaan iklim yang berbeza, semakin

digunakan dalam industri pembinaan.  Industri ini juga telah membuat kepelbagaian

terhadap produk-produk komposit bancuhan tambah nilai tinggi seperti komposit polimer

diperkukuh gentian dan ini mencerminkan permintaan dunia yang semakin berkembang.

4.2.4 Kumai, Pertukangan Kayu dan Tanggam Pembina

Produk-produk di bawah pertukangan kayu dan tanggam pembina termasuk kumai

arkitek (panelan, kambi, silara, rel kerusi), pintu/tingkap dan aksesori, lantai kayu dan rel

kayu. Kumai dan pertukangan kayu serta tanggam pembina kebanyakannya dieksport ke

Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom.  Pada tahun 2004, eksport

kumai berjumlah RM649.1 juta manakala eksport pertukangan kayu dan tanggam

pembina mencatat RM1.1 bilion.  Produk-produk utama di bawah kategori ini adalah

pintu kayu dan lantai kayu dan bersama-sama menyumbang sebanyak 75% kepada

eksport pertukangan kayu dan tanggam pembina.

4.3 Perabot dan Lekapan

Sub-sektor perabot kayu adalah salah satu penyumbang utama dalam industri berasaskan

kayu dengan menyumbangkan sebanyak 27.7% daripada jumlah pendapatan eksport bagi

sektor kayu.  Pada tahun 2004, Malaysia mengeksport sebanyak RM5.4 bilion perabot

kayu, kebanyakannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan

Singapura. 

9

Page 10: Industri Kayu-kayan

Malaysia menduduki tempat kesepuluh sebagai pengesport terbesar perabot dan ketiga di

Asia selepas China dan Indonesia dengan eksport ke lebih daripada 160 negara.

Di antara perabot-perabot yang dieksport adalah set bilik tidur, perabot

berupholsteri dan perabot dapur yang mana lebih daripada 70% perabot tersebut

diperbuat daripada kayu getah iaitu sejenis kayu keras sederhana berwarna muda yang

dikenali sebagai ‘Oak Malaysia’.  Pasaran eksport utama adalah Amerika Syarikat,

United Kingdom, Jepun dan Auatralia.  Eksport perabot taman/luar rumah daripada kayu

keras tropika kebanyakannya adalah untuk pasaran Eropah. Spesis kayu tropika pejal

yang digunakan sememangnya dikenali kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim

yang berbeza.  Di samping pasaran-pasaran tradisi ini, perabot dari Malaysia telah

menebusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan

Russia.  Malaysia adalah pembekal utama bagi perabot pejabat ke pasaran Timur Tengah.

Syarikat-syarikat perabot Malaysia yang berjumlah lebih daripada 2,000 buah

syarikat kebanyakannya bertempat di Semenanjung Malaysia.  Tumpuan tertinggi

syarikat-syarikat ini adalah di Johor (Muar dan Kluang), Selangor (Klang dan Sungai

Buloh) dan Melaka (Bukit Rambai).

Dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi, pekilang-pekilang perabot Malaysia

telah memberi penekanan yang lebih terhadap kemasan, reka bentuk dan pengeluaran

produk berkualiti tinggi di samping memberi jenama tempatan yang mana sebahagian

besarnya adalah untuk pasaran eksport.  Sesetengah syarikat-syarikat ini telah beranjak

daripada pembekalan perabot sedia untuk dipasang kepada pengilangan perabot

rekabentuk sendiri. 

10

Page 11: Industri Kayu-kayan

Sehubungan dengan itu, AutoCad adalah salah satu sistem perisian paling luas digunakan

oleh pekilang-pekilang perabot di Malaysia pada hari ini.  Untuk menyediakan reka

bentuk yang mana bukan sahaja berfungsi tetapi juga indah, syarikat-syarikat perabot

Malaysia telah menerokai penggunaan lebih luas bahan-bahan lain seperti logam, kaca,

plastik dan bahan-bahan komposit lain yang digabungkan dengan kayu getah atau spesis-

spesis kayu lain untuk pasaran dunia yang semakin canggih

Sementara itu, prospek industri kayu dijangka tidak begitu cerah memandangkan

Sabah berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan bahan mentah, ekoran sumber

kayu-kayan negeri yang semakin berkurangan. Pengeluaran kayu balak pada tahun 2001

direkodkan pada tahap 2.59 juta meter padu. Pengeluaran ini telah merosot sebanyak 31%

berbanding pencapaian pada tahun 2000 iaitu sebanyak 3.73 juta meter padu. Menurut

Jabatan Perhutanan, pengeluaran kayu balak diunjurkan akan menurun lagi kepada 2.2

juta meter padu pada tahun 2003. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2002,

pengeluaran kayu balak dianggarkan berjumlah 1.20 juta meter padu. Pada masa ini,

industri berasaskan kayu di Sabah memerlukan kira-kira 6.37 juta meter padu kayu untuk

memenuhi kapasiti input terpasang pemprosesan industri tersebut.

Selain daripada masalah bekalan bahan mentah, industri kayu di Sabah juga

berhadapan dengan masalah struktural yang lain di samping menghadapi saingan

daripada pengeluar-pengeluar kayu seperti softwood, temperate wood, kayu tropika, kayu

sentatik dan bahan pengganti kayu dari negara-negara lain. Peralihan permintaan

softwood daripada Jepun dan China juga adalah suatu kenyataan.

11

Page 12: Industri Kayu-kayan

5.0 PEMBANGUNAN SOSIAL NEGARA

5.1 Peluang Pekerjaan

Dari segi pekerjaan, kira-kira 20 juta orang di seluruh dunia telah terlibat dalam

perhutanan dan industri-industri yang berkaitan seperti kerja-kerja menebang balak,

mengilang papan, memproses pulpa kertas dan papan lapis. Selain itu, pertukangan kayu,

membuat alat-alat perabot serta memelihara dan mengawal hutan juga termasuk dalam

industri perhutanan. Sektor perhutanan telah memberi peluang pekerjaan kepada kepada

lebih kurang 150,500 orang penduduk Malaysia. Sektor ini telah menyediakan peluang

pekerjaan kepada 70,500 orang di Semenanjung dengan 21,000 orang terlibat dalam

aktiviti pembalakan, 28,000 dalam perkilangan papan, 15,930 dalam pengeluaran papan

keping, venir dan 5000 dalam pemprosesan kayu kumai dan produk kayu yang lain.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menubuhkan sebuah

pusat latihan khusus untuk industri kayu di Sabah. Penduduk di Sabah telah

memanfaatkan sepenuhnya kewujudan pusat latihan kemahiran industri kayu ini yang

merupakan pusat latihan terbesar di Asia Tenggara. Kerajaan Negeri Sabah menyedari

bahawa kewujudan pusat latihan ini akan memberikan banyak peluang kepada belia di

Sabah untuk mengikuti latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi dan

pembuatan perabot. Selain memberikan peluang pekerjaan atau peningkatan kerjaya

kepada belia-belia di Sabah, usaha ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri

ini. Usaha ini juga selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 yang memberikan

tumpuan terhadap pembangunan modal insan.

12

Page 13: Industri Kayu-kayan

Industri perkayuan merupakan tulang belakang pembangunan sosio-ekonomi Sabah dan

sehingga kini masih mengekalkan kepentingannya sebagai sumber ekonomi utama negeri

ini. Pada tahun 2004, sektor perhutanan negeri telah menyumbang sebanyak RM385 juta

iaitu sebanyak 22% daripada jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Sabah. Industri

perkayuan pernah mencatat melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan pendapatan

negeri ini. Dari segi guna tenaga pula, industri ini telah menyediakan peluang pekerjaan

kepada 38,845 pekerja.

6.0 RUMUSAN

Industri perkayuan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja di

peringkat antarabangsa malahan juga di pasaran domestik. Ini termasuklah masalah

kekurangan tenaga kerja mahir, pergantungan kepada buruh asing serta produktiviti yang

agak rendah berbanding dengan negara-negara seperti Taiwan, Itali, Jepun dan Jerman di

samping persaingan dengan negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan dari

segi kos pengeluaran dan tenaga buruh yang rendah seperti China dan Vietnam.

Bagi membolehkan produk Malaysia terus kompetitif, kita mesti bertindak secara

proaktif untuk meningkatkan lagi kualiti, kecekapan, kemahiran serta produktiviti

pengeluaran di samping mempergiatkan usaha di dalam pembangunan produk berinovasi

dan mempunyai rekabentuk yang terkini. Pihak Industri juga perlu peka kepada

pembangunan serta perubahan teknologi terkini kerana ianya mempunyai kesan langsung

ke atas peningkatan tahap daya saing.

13

Page 14: Industri Kayu-kayan

Justeru, generasi hari ini haruslah peka dan prihatin terhadap kepentingan hutan dalam

industri perkayuan di negara ini. Hal ini kerana, tanpa sumbangan pendapatan dari

industri perkayuan, ekonomi negara mungkin berada pada tahap yang sederhana. Dalam

hal ini, semua pihak haruslah bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi

mengekalkan hutan di negara kita yang sememangnya menjadi sumber yang penting

kepada industri perkayuan di Malaysia.

14