industri pembinaan yang mampan di malaysia
DESCRIPTION
Pada tahun 1987, The World Commission on Economic Development memberi definasi terhadap pembangunan yang mampan sebagai suatu pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi di masa yang akan datang. Pembangunan yang mampan merupakan suatu intersection antara tiga prinsip dan dasar utama, iaitu environmental integrity, social equity dan economic development. Dasar dasar ini saling berkaitan, keberhasilan salah satu dari dasar tersebut juga menjadi penentu keberhasilan dasar-dasar yang lainnya. (Bansal, 2001). Tanpa adanya environmental integrity maka penyediaan bekalan makanan akan terganggu pengagihannya, kerusakan semulajadi seperti erosion akan terjadi tanpa kawalan, sumber-sumber semulajadi yang sepatutnya menyediakan keperluan manusia tidak dapat menyediaakan keperluan umat manusia. Tanpa social equity maka akan terjadi pembalakan secara besar-besaran tanpa adanya kawalan dari pihak kerajaan, perusakan alam semulajadi melalui pembuangan sisa bahan limbah berpejal ke sungai-sungai. Dan tanpa adanya economic development maka permasalahan kemiskinan tidak akan terpecahkan. Saat in dapat di unjurkan bahwasanya perkembangan Bandar di dunia menuju kearah urban sprawl, untuk menghindari degradasi dari alam semulajadi maka salah satu cara yang dapat diperbuat ialah mengetengahkan konsep pembangunan yang mampan, dimana sebuah pembinaan kawasan berusaha memecahkan permasalahan-permasalahan kawasan, sosial dan ekonomi. Konsep perumahan yang mampan mengetengahkan bagai mana mengintegrasikan sebuah kawasan binaan dengan alamnya, sehingga diupayakan keberadaan perumahan dapat menyokong kualiti dari alam semulajadi tersebut. Pembinaan perumahan dengan konsep mampan merupakan salah satu solusi terhadap penggunaan bahan bakar secara berlebihan, dimana manusia diupayakan kembali ke konsep-konsep tradisional dan menghadkan penggunaan kereta dan motosikal. Sehingga manusia hidup serasi dengan alamnya. Konsep ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dari kehidupan, kerena dengan mengintegrasi antara alam dan rumah diharapkan akan meningkatkan kualiti kesihatan para penghuninya. Konsep mampan ini menggunkan konsep TND (Traditional Neighboourhod Development) dimana perumahan kembali dibina dengan menggunkan konsep neo-traditional seperti konsep new urbanism, konsep ini juga mengetengahkan pembangunan yang lebih mesra terhadap alam. Dimana diupayakan perumahan tersebut dapat megurangi pembuangan bahan buangan yang mengandung zat yang berbahaya kepada alam.TRANSCRIPT
1
Industri Pembinaan Yang Mampan di Malaysia Muamar Vebry February 2005
2
Isi Kandungan
1. Pengenalan 3
2. Kelebihan dan Kekurangan Konsep Pembangunan yang Mampan 5
3. Industri Perumahan yang Mampan 8
4. Industri Pembinaan yang Mampan 10
4.1 Dasar Kemampanan Sosial pada Pembinaan yang Mampan 15
4.2 Dasar Kemampaman Ekonomi Pada Pembinaan yang Mampan 15
4.3 Dasar Kemampanan Biophysical pada Pembinaan yang Mampan 16
4.4 Dasar Kemampanan Teknikal pada Pembinaan yang Mampan 18
5. Pembangunan Yang Mampan di Malaysia 20
5.1 Konsep Pembangunan yang Mampan di Malaysia 21
5.1.1 Pembangunan Yang Mampan Pada Kawasan Bandar Dan Perumahan 21
5.1.2 Pembinaan Bangunan 22
5.1.3 Perancangan dan Pembinaan 22
5.1.4 Bahan Bangunan 23
5.1.5 Kepakaran Pekerja dan Standarisasi 23
5.2 Polisi Kerajaan 24
5.2.1 Polisi Pada Masa Perancangan 24
5.2.2 Polisi Pada Masa Pembinaan 25
5.2.3 Polisi Pada Masa Penggunaan Bangunan 25
5.2.4 Polisi Pada Masa Penentuan Jenis Bahan Bangunan 25
5.2.5 Polisi Kualiti Pekerja 26
5.3 Rekomendasi 26
Rujukan 27
3
1. Pengenalan
Pada tahun 1987, The World Commission on Economic Development memberi
definasi terhadap pembangunan yang mampan sebagai suatu pembangunan yang memenuhi
keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi di masa yang akan datang.
Pembangunan yang mampan merupakan suatu intersection antara tiga prinsip dan dasar
utama, iaitu environmental integrity, social equity dan economic development. Dasar dasar ini
saling berkaitan, keberhasilan salah satu dari dasar tersebut juga menjadi penentu
keberhasilan dasar-dasar yang lainnya. (Bansal, 2001).
Tanpa adanya environmental integrity maka penyediaan bekalan makanan akan
terganggu pengagihannya, kerusakan semulajadi seperti erosion akan terjadi tanpa kawalan,
sumber-sumber semulajadi yang sepatutnya menyediakan keperluan manusia tidak dapat
menyediaakan keperluan umat manusia. Tanpa social equity maka akan terjadi pembalakan
secara besar-besaran tanpa adanya kawalan dari pihak kerajaan, perusakan alam semulajadi
melalui pembuangan sisa bahan limbah berpejal ke sungai-sungai. Dan tanpa adanya
economic development maka permasalahan kemiskinan tidak akan terpecahkan.
Saat in dapat di unjurkan bahwasanya perkembangan Bandar di dunia menuju kearah
urban sprawl, untuk menghindari degradasi dari alam semulajadi maka salah satu cara yang
dapat diperbuat ialah mengetengahkan konsep pembangunan yang mampan, dimana sebuah
pembinaan kawasan berusaha memecahkan permasalahan-permasalahan kawasan, sosial dan
ekonomi. Konsep perumahan yang mampan mengetengahkan bagai mana mengintegrasikan
sebuah kawasan binaan dengan alamnya, sehingga diupayakan keberadaan perumahan dapat
menyokong kualiti dari alam semulajadi tersebut.
Pembinaan perumahan dengan konsep mampan merupakan salah satu solusi terhadap
penggunaan bahan bakar secara berlebihan, dimana manusia diupayakan kembali ke konsep-
konsep tradisional dan menghadkan penggunaan kereta dan motosikal. Sehingga manusia
hidup serasi dengan alamnya. Konsep ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dari
kehidupan, kerena dengan mengintegrasi antara alam dan rumah diharapkan akan
meningkatkan kualiti kesihatan para penghuninya. Konsep mampan ini menggunkan konsep
TND (Traditional Neighboourhod Development) dimana perumahan kembali dibina dengan
menggunkan konsep neo-traditional seperti konsep new urbanism, konsep ini juga
4
mengetengahkan pembangunan yang lebih mesra terhadap alam. Dimana diupayakan
perumahan tersebut dapat megurangi pembuangan bahan buangan yang mengandung zat yang
berbahaya kepada alam.
Penggunaaan alam semulajadi juga diharapkan akan menjadikan alam sebagai
penghindar dari bahangan dan haba di siang hari, alam semulajadi juga diharapkan dapat
mengurangi pencemaran udara. Seperti yang kita ketahui saat ini pembangunan perumahan
selalu menggunakan bahan bangunan secara berlebihan, saat ini diharapkan masyarakat
tempatan dapat memberikan sumbangan terhadap pembinaan perumahan mereka dengan
menggunkan konsep teknologi yang berkesesuaian dengan alamnya, sehingga diharapkan
perilaku ini dapat menjaga sumber-sumber semulajadi yang tidak boleh di perbaharui.
Pembangunan perumahan secara mampan dengan menggunkan teknologi yang berkesesuaian
diharapkan akan mengurangi kos yang mahal, sehingga masyarakat mampu memiliki
perumahan sesuai dengan pendapatanya. Disaat masyarakat dapat memiliki perumahan
dengan harga yang termampu diharapkan masyarakat dapat lebih berkonsentrasi pada
kegiatan ekonomi dan aktiviti sosialnya. Pembangunan perumahan yang mampan ialah
sebuah konsep dimana sebuah rumah dapat menyokokng aktiviti sosial dan ekonominya,
aktiviti sosial dimana masyarakat dapat meningkatkan kegiatan-kegiatan perniagaan, seperti
konsep rumah kedai (Shop Houses & Corner Shops) dan konsep lainya (Mixed-Development).
Konsep perumahan yang mampan ialah dimana diupayakan sebuah perumahan yang
memiliki caj perkhidmatan dan murah dari segi penjagan bangunan, penjagaan bangunan
yang murah dapat dicapai dengan adanya bahan bangunan yang murah dan disokong dengan
teknolgi yang berkesesuaian, keberadaan bahan bangunan ini dapat terus dijaga
keberadaannya (Kayu) dengan tidak menggunkan bahan-bahan secara berlebihan. Konsep
perumahan yang mampan juga menyokong aktiviti sosial dan keagamaan, dimana alam
kembali menjadi kawasan yang lebih bersahabat, sehingga segala aktiviti sosial dapat terjaga.
Bila kualiti sosial, ekonomi dan sosial terjaga maka dianya akan meningkatkan kualiti dari
kehidupan, dan bila kualiti kehidupan telah ditingkatkan maka keselamatan alam akan terjaga
secara baik, sehingga alam kita tetap terus dapat digunakan oleh anak dan cucu kita.
5
2. Kelebihan dan Kekurangan Konsep Pembangunan yang Mampan
Pembagunan mampan atau “sustainable development” bermakna pembangunan yang
dilakukan pada masa kini dengan mengambil kira kepentingan keperluan masa depan. Konsep
pembangunan mampan wujud hasil kesadaran masyarakat dunia bahawa sumber-sumber asli
adalah terhad dan ia harus digunakan secara cekap. Menyedari akan hal ini maka pada 1992,
180 negara telah menyetujui satu pelan yang dipanggil “ local Agenda 21”. Konsep perumahan
mampan juga merupakan wujud hasil “Local Agenda 21.
Prinsip dasar dari Local Agenda menyatakan manusia sebagai pemegang peranan
penting dalam menyokong pembangunan yang mampan, dimana disini dinyatakan bahawa
“Human beings are at the centre of concerns for sustainable Development” (Doyle, 1998)
berdasarkan maklumat ini maka dapat kita simpulkan bahawa dengan menciptakan
pembangunan yang mampan maka manusia akan mendapatkan keuntungan secara langsung
bagi kehidupannya, sehingga keberlangsungan hidup manusia dan keberlangsungan sumber-
sumber alam tetap terjaga. Pembangunan yang mampan bertujuan untuk menciptakan suatu
pembangunan yang akan meningkatkkan kualiti kehidupan manusia tanpa menjejasakan
kualiti alam semulajadi.
Banyak pihak-pihak yang menganggap bahawa pembangunan mampan merupakan
sebuah pembangunan yang sempurna dan menyokong perlindungan kepada alam semulajadi,
akan tetapi banyak pihak-pihak yang justru merasa pembangunan mampan yang dicadangkan
oleh United States merupakan suatu tipuan dari kerajaan tersebut. Secara konsep memanglah
pembangunan yang mampan merupakan pembangunan yang baik, akan tetapi ada sesuatu niat
dan unsur kapitalis yang terkandung didalam konsep tersebut.
Saya mengangkat salah satu tulisan Timothy Doyle mengenai niat yang terkandung
pada kerajaan-kerajaan super power yang berlindung didalam konsep pembangunan yang
mampan. Doyle menyatakan bahawa syarikat-syarikat multinational yang dimiliki oleh
United States dan Jepun dengan perlindungan dan sokongan World Bank dan International
Monetary Fund selalu mendapatkan apa yang mereka inginkan, yang selalu menghasilkan
keselesaan yang berlebihan dan masa depan yang lebih baik kepada pihak mereka. Manakala
mereka terus mengambil hak-hak dari kaum miskin yang hanya memiliki kuasa yang kecil
jika dibandingkan dengan pihak-pihak yang berkuasa tersebut. Hal ini telah menjadi hal yang
6
sangat umum pada aktiviti economi di dunia kita, yang disebabkan oleh ketamakan dan
kejahatan ekonomi kaum kapitalis yang dilakukan oleh Negara-negara super power. Berbagai
tipuan seperti demokratisasi, militerism, regulation of transnational corporation’s dan
inequitable terms of trade menjadikan Negara-negara yang membangun semakin terjejas
ekonomiannya. Syarikat-syarikat swasta milik kerajaan-kerajaan super power ini telah
merusak alam semulajadi di negara-negara mereka, dan ketika kondisi alam semulajadi
dinegara mereka semakin terjejas, mereka melakukan pendekatan out sourcing, dengan
jangkaan bahawa sumber-sumber semulajadi di Negara-negara berkembang lebih banyak dari
segi kuantiti, dan Negara-negara berkembang memiliki kos buruh dan tenaga kerja yang
murah. Tindakan mereka menghasilkan tentangan-tentangan dan bantahan dari kaum
environmentalist.
Kemudian pada tahun 1980 pihak-pihak syarikat swasata besar tersebut menyadari
keperluan untuk menjaga keperluan masa depan mereka. Dan mereka mengakui bahawa
banyak impak yang sangat buruk yang disebabkan oleh produksi mereka, yang juga
merupakan akibat kesilapan dan malpractice yang mereka lakukan. Maka cara kerja
merekapun berubah, iaitu dengan mencuba menghancurkan kaum environmentalist dengan
cara kaum environmentalist tersebut sendiri, yang saat ini disebut sebagai term dan agenda.
Tujuan meraka ialah untuk mendapatkan keuntungan dengan konsep “to subvert them, to
divide them, to supplant them, to appear to be greener than the green.” Dengan ini mereka
berhasil terbabit dan mempengaruhi polisi-polisi kerajaan yang berkaitan dengan alam
semulajadi dan
Sustainable development is not about giving priority to environmental concerns; it is about incorporating environmental assets into the economic system to ensure the sustainability of the economic system. Sustainable development encompasses the idea that the loss of environmental amenity can be substituted for by wealth creation; that putting a price on the environment will help us protect it unless degrading it is more profitable; that the `free’ market is the best way of allocating environmental resources; that businesses should base their decisions about polluting behavior on economic considerations and the quest for profit that economic growth is necessary for environmental protection and therefore should take priority over it. (Badder, 1994)
Menurut Doyle, pembangunan yang mampan lebih ditujukan kepada faktor-faktor ekonomi
sahaja dan hanya menempatkan faktor alam semulajadi sebagai faktor tambahan sahaja.
Dengan tipuan akan kepedulian terhadap alam maka syarikat-syarikat tersebut akan
memperolihi kuasa untuk lebih meningkatkan pendapatan mereka.
7
Sudah barang tentu pendapat yang dikemukankan oleh doyle merupakan pendapat
yang diajukan oleh kaum yang pesimistic, akan tetapi berbeza dengan pendapat yang
dicadangkan oleh kaum-kaum yang lebih besifat optimis, President USA, George W Bush
menyatakan bahawa “Growth is the engine of change and the friend of the environment “
Disini dapat kita simpulkan bahawa pembangunan merupakan sahabat bagi alam. Dengan
pembangunan kita boleh mempertahankan kualiti alam semulajadi, dengan contoh kita boleh
melakukan pembinaan pada kawasan konservasi dengan mengetengahkan konsep ecotourism
dan eco-architecture.
A holistic view is presented on the issues and challenges facing business, which in it is the move
towards sustainable development. There is a strong shift from a few years ago when the
environment and sustainable development were viewed by business as risk faktors. The situation
today (and even more in the future) is that these are seen as responsibilities and opportunities –
sources of competitive advantage. The progressive companies have already understood this and
they are grabbing the opportunity. (Stingson, 1999)
Kaum optimis menyatakan bahawa saat ini mind set kaum binis dan syarikat swasta
telah berubah, yang pada awalnya mengganggap alam sebagi musuh untuk bisnis mereka
namun pada masa ini menganggap alam sebagai sahabat mereka, dan mereka merasa
bertanggungjawab atas kualiti alam terseut. Kaum optimis yang menyokong pembinaan yang
mampan menyatakan bahawa kaum environmentalist seperti doyle merupakan penghambat
bagi kemajuan negara-negara yang sedang membangun. Mereka dikategorikan kepada kaum
yang hipokrit, dimana dengan pertubuhan-pertubuhan green peace, safe the world, dan WWF
terus mencoba menghadkan pembangunan pada kawasan-kawasan dunia ketiga.
Kaum optimis juga menyatakan bahwa pertubuhan-pertubuhan tersebut merupakan
salah satu kaki tangan dari negara-negara maju yang terus merusak alam semulajadi nya, dan
mencuba mempertahankan kodisi environment di negara berkembang untuk menghambat dan
megurangi impak yang mereka timbulkan akibat pengrusakan alamsemulajadi di negera-
negara maju tersebut. Sepeti salah satu contoh dimana WWF menetang secara keras
pembinaan jalan Ladia Galaska di Acheh yang mereka nyatakan dapat merusak hutan tropical
di wilayah acheh dan akan memberikan impak kepada peningktan haba global dunia (Global
Heating). WWF mencurigai dengan pembinaan jalan yang melalui hutan tropical terbesar di
8
Indonesia tersebut akan semakin meningkatkan kegiatan pembalakan. Akan tetapi jalan
tersebut memang sangatlah diperlukan oleh masyarakat, dimana masyarakat asli di kawasan
tersebut terhad jalur transportasi dan tidak boleh meniagakan hasil pertanian mereka akibat
tidak adanya jalan dan jalur transportasi yang baik. Hal ini telah mengakibatkan ekonomi
masyarakat di sekitar kawasan tersebut semakin terjejas.
Berdasarkan kepada dua sudut pandang yang berbeza tersebut, terdapat perbezaan
pendapat yang memperkaya idea mengenai keuntungan dan kekurangan dari pembanguan
yang mampan, apakah pembanguna mampan yang kita inginkan hanya setakat untuk
memajukan ekonomi sahaja? Atau juga kita mengedepankan konsep yang simultan antara
pembanguan ekonomi dan alam semulajadi ataupun juga mengutamakan alam semulajadi
sahaja sebagai faktor utama dan faktor ekonomi hanya sebagai faktor yang kedua. Hal ini
masih memerlukan penyelidikan yang lebih mendetail dan lebih mendalam, sehingga kita
boleh mendapatkan konsep yang benar-benar sesuai dengan kepeluan bangsa dan masyarakat
Malaysia.
3. Industri Perumahan yang Mampan
Perumahan yang mampan berarti ialah menyediakan perumahan yang menjamin
kualiti kehidupan untuk semua orang, untuk saat ini dan untuk generasi yang akan datang
(Franklin, 2003) untuk menyokong pembangunan perumahan yang mampan maka diperlukan
berbagai tindakan baik dengan membina perumahan ataupun memperbaharui perumahan
dengan konsep yang mampan dengan mengambil kira faktor-faktor transportasi, kesihatan,
kejiranan dan tempat bekerja.
Pembangunan yang mampan bila dikaitkan dengan industri pembinaan berarti ialah
menyediakaan rumah yang sihat kepada masyarakat, kecekapan penyediaan dalam
pemanfaatan sumber-sumber semulajadi dengan memastikan bahawa sumber yang digunakan
tidak digunakan secara berlebihan, dan memastikan bahawa sumber-sumber tersebut masih
boleh digunakan oleh generasi yang akan datang. (Wesley, 1995)
Pembinaan kejiranan yang sihat berperan dalam menyokong matlamat pembangunan
perumahan yang mampan, pembangunan tersebut boleh disokong dengan pengurangan emisi
green house gas, pengurangan polusi, memelihara sumber-sumber semulajadi, memelihara
9
biodiversity, penggunaan hutan dengan kawalan yang baik dan juga menjaga kesihatan
ekonomi.
Pembinaan bangunan dan perumahan selalu memberi kesan kepada alam semulajadi,
10 peratus peningkatan karbon dioksida meningkat dikarenakan transportasi dari bahan
bangunan dan pembinaan bangunan di UK, penggunaan energy bagi sektor pembinaan di UK
dijangkakan mencapai 40 peratus (Raynsford, 1999). Perumahan yang mampan haruslah
boleh menjimatkan penggunaan energy, sehingga sumber-sumber yang tidak boleh
diperbaharui tetap terjaga.
Ensure financial affordability for intended beneciaries by reducing the overemphasis on technical sustainability. For example, appropriate sets of minimum housing and associated service standards need to be developed to promote the acquisition of affordable formal housing. (Hill, 1995)
Pembangunan yang mampan bukanlah hanya berupa konsep-kosep, melainkan
merupakan suatu kewajiban dan tanggunjawab, seperti contohnya ialah dimana pada kerajaan
tempatan belum tertentu mampu menyediakaan perumahan yang affordable bagi
masyarakatnya (Wesley, 1995) Perumahan yang mampan haruslah memiliki kualiti yang baik,
harga yang termampu (affordable) serta ketersediaan dan pengagihan yang cukup, hal ini
sangatlah penting karena berhubungan langsung dengan kualiti kehidupan setiap persendirian.
Lokasi pembinaan perumahan, perancangan, layout serta reka bentuk perumahan memberikan
sumbangan kepada identiti masyarakat dan meningkatkan semangat kejiranan (Community
Spirit). Dengan membina perumahan yang mampan maka akan diperolehi konsep Bandar
yang selamat (safe city) yang pada akhirnya menghasilkan kebahagiaan kepada seluruh
mayarakat.
Terdapat banyak keuntungan yang boleh diperolehi dengan pembinaan perumahan
yang mampan, seperti mengurangi impak buruk kepada alam semulajadi, memelihara sumber-
sumber semulajadi yang terhad ketersediaannya (non-renewable), menawarkan standar dan
kualiti yang tinggi bagi bangunan dan pada akhirnya memberikan sumbangan yang tinggi
kepada ekonomi negara (Sustainable Works, 2004)
Dengan penjimatan penggunaan energy pada perumahan maka akan diperolehi
penjimatan pada bil elektikal, gas dan air yang akhirnya memberikan sumbangan kepada
pendapatan masyarakat. Perumahan yang mamapan dengan reka bentuk yang baik apalagi
10
disokong dengan kosep eco-houses akan memberikan keselesaan dan kepuasan bagi manusia
yang tinggal didalamnnya, dan dengan reka bentuk dan perancangan kejiranan dengan konsep
yang mampan seperti konsep New Urbanism yang dikemukakan oleh Peter Caltrophe dan
Alexander Dhuany akan meningkatkan hubungan yang baik anatara jiran. Selain itu
perumahan yang mamapan akan memberikan sumbangan bagi kesihatan masyarakat karena
berupaya mengintegrasikan alam semulajadi dalam bentuk taman maupun hutan buatan,
sehingga kualiti udara di kawasan perumahan tetap terjaga.
Pembangunan yang mampan tidak hanya memberikan keuntungan bagi pemilik
rumah, keuntungan juga boleh didapati oleh para landlords’ dan para pemaju. Keuntungan
yang boleh di dapatkan oleh para pemilik hartanah tersebut dimana dengan pembangunan
yang mampan akan diperolehi hanya sedikit rasa ketidakpuasan dari penyewa dan para
landlords hanya mengeluarkan sedikit kos untuk pengurusan dan perkhidmatan (maintenance)
bangunan. Sementara para pemaju memperolehi peningkatan penjualan perumahan yang
diakibatkan oleh peningkatan kualiti rumah. Selain itu pemaju juga memperolehi kemudahan
untuk mendapatakan pinjaman kewangan dengan cara mendemonstrasikan bagaimana mereka
mengintegrasikan prinsip pembangunan yang mampan kepada kerajaan tempatan, pelabur dan
berbagai pihak lainnya.
4. Industri Pembinaan yang Mampan
Sustainable Constructions ialah suatu kewajiban bagi industri pembinaan untuk
mengedepankan konsep pembinaan yang mampan. (Hill, 1995) dasar tersebdut dicadangkan
pertama sekali saat dilaksanakannya “First International Conference on Sustainable
Construction in Tampa, Florida, United States of America pada November 1994”. Kualiti dari
kawasan terbina memberikan impak yang besar terhadap kondisi kehidupan masyarakat,
kualiti dan kemampanan pembinaan akan memberikan sumbangan bagi peningkatan kualiti
kehidupan. Bangunan haruslah direka bentuk, dibina dan di khidmatkan sesuai dengan
keperluan masyarakat yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti alam dan kualiti hidup
masyrakat. (Raynsford, 1999).
1/10 ekonomi global di peruntukkan untuk pembinaan sektor pembinaan, baik untuk
pengoprasian dan melengkapi perumahan dan pejabat-pejabat. Aktiviti ini dijangkakan
11
menggunakan 40 % dari bahan bangunan yang memasuki ekonomi dunia, yang di konsusmsi
oleh pembinaan jalan, jembatan dan sebagainya (Roodman and Lensen, 1994) industri
pembinaan yang mampan haruslah mampu merangkumi segala aspek, terutama aspek
penggunaan sumber semulajadi, waste management dan kitar semula, penggunaan kembali
bangunan yang telah terbengkalai (revitalization), kecekapan dalam industri pembinaan dan
kos untuk kepemilikan bangunan.
Saat ini di UK 70 million tonnes sisa/waste pembinaan dihasilkan dalam setiap
tahunnnya, boleh kita unjurkan berapa besar bahan-bahan semulajadi yang menjadi limbah
industri pembinaan dalam setiap tahunnya, dan hanya 20 peratus sisa bahan bangunan tersebut
yang kitar semula. Penggunaan kembali bahan bangunan yang menjadi sisa pada projek
pembinaan merupakan suatu keharusan. Kerena bahan-bahan tesebut seperti pasir dan cemen
sangatlah terhadad, dan exploration serta exploitation terhadap bahan bangunan tersebut akan
memberikan impak kepada alam semulajadi, dan akhirnya akn menyebabkan bencana seperti
bencana tanah runtuh.
Pada masa sebelum sustainable constructions dikenal pengurusan projek hanyalah
memfokuskan kepada cost management, time management dan quality management. Faktor-
faktor tersebutlah yang menentukan kejayaan sebuah pengurusan projek, sementara faktor
keselamatan (safety) dan faktor environment selalu dikesampingkan (Shen, 2001) diharapkan
dengan pengintegrasian sustainable development maka akan diperolehi pembinaan yang akan
mengambil kira faktor keselamatan dan faktor alam sebagai suatu pertimbangan. Salah satu
hal yang menjadi cabaran pada pelaksanaan konsep ini ialah konsep profit oriented yang
terlalu melekat pada dunia pembinaan, sehingga terkadang faktor alam semulajadi dan
keselamatan sering tidak diperhatikan.
Aplikasi konsep sustainable constructions memiliki banyak cabaran, terutama pada
Negara-negara membangun, hal ini biasanya disebabkan oleh faktor ekonomi dan kekurang
cekapan pentabiran kerajaan. Malaysia sebagai sebuah Negara berkembang yang sedang
menuju ke tahap negara maju haruslah proaktif dalam menindak lanjuti dan menyelesaikan
berbagai permasalahan ini. Di negara-negara membangun banyak masyarakat masih
tergantung kepada sumber-sumber semulajadi, sebagai contoh dijangkakan sekitar 40 million
penduduk yang tinggal di kawasan pedesaan di India memepertahankan hidupnya dengan
12
kegiatan pembalakan, hal ini menunjukan dasar pembangunan yang mampan berbeza
konteksnya, terutama antara negara-negara maju dan Negara-negara berkembang. (Chen,
1999)
Saat ini isu mengenai sustainable constructions semakin sering kita dengar, hal ini
menjadi isu yang sangat penting pada Negara-negara yang sektor pembinaannya menurun.
Sementara itu pada negara-negara yang sektor pembinaan sedang berkembang sangatlah sukar
untuk mempromosikan dan mengedepankan konsep sustainable constructions. Secara umum
masih sangatlah sukar untuk menjadikan sektor pembinaan sebagai penyumbang utama dalam
pembangunan yang mampan. (Hutincson, 2000)
Hal tersebut menjadi suatu cabaran bagi kita yang terabit didalam sektor-sektor
pembinaan, kita haruslah mengedepankan suatu konsep yang bersepadu sehingga sektor
pembinaan boleh menjadi suatu sektor yang benar-benar mampan. Dalam kes ini saya ingin
mengungkapkan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh negara China yang masih
termasuk kedalam Negara membangun. Dalam mengaplikasikan konsep pembinaan yang
mampan kerajaan china mencuba tiga buah dasar utama, iaitu R & D, Technical Standard dan
Polisi dan dasar-dasar baru pada industri pembinaan. Penyelidikan terus dilakukan untuk
mengetahui konsep-konsep baru yang boleh diterapkan pada pembinaan bangunan, salah satu
penyelidikan yang sedang dilakukan saat ini ialah mengenai “Passive solar-energy-heating
buildings” dimana kerajaan China berupaya untuk mencekapkan penggunaan energy melalui
konsep tersebut, termasuk pemanfaatan tenaga matahari, passive cooling dan banyak hal
lainnya. Pendekatan ini dilakukan dengan pembuatan data base mengenai kondisi cuaca di
China, dan juga melakukan modeling serta membina demonstrations building yang
memperlihatkan bagaimana rumah dengan konsep baru tersebut mampu menjimat
penggunaan air-cond pada musim panas, dan juga menjimatkan penggunaan pemanas udara
pada musim dingin.
Sementara pada sisi technical standard kerajaan berupaya menerapkan konsep baru,
iaitu konsep lightweight concrete yang menggantikan penggunaan clay brick (batu bata) yang
sudah digunakan selama 2200 tahun lamanya, dengan konsep ini kerajaan berupaya untuk
mengurangi jumlah tapak dan perlombongan yang digunakan untuk mengambil bahan dasar
bagi pembuatan batu bata (bricks), dengan menggantikan batu bata dengan lightweight
13
concrete juga akan mengurangkan polusi udara yang disebabkan oleh produksi batu bata
tersebut. Pada tahapan polisi kerajaan menetapkan standar baru dalam penggunaan sumber-
sumber semulajadi, yang menghadkan penggunaan sumber secara berlebihan, meskipun
demikian dijangkakan masih banyak kekurangan dalam polisi pembangunan yang mampan di
China, hal ini lebih disebabkan oleh driving force kaum kapitalis yang tetap melakukan
kegiatan industri dan juga pembinaan yang tidak mesra dengan alam, hal ini juga ditambah
dengan permasalahan kemiskinan masyarakat yang tinggi, sehingga penerapan konsep
sustainable constructions di China juga mendapatkan cabaran seperti pada negara-negara
membangun lainnya.
Konsep sustainable bukanlah suatu konsep sempurna, akan tetapi konsep
pembangunan yang mampan boleh dikatakan sebagi suatu usaha untuk memperbaiki
kesilapan dimasa lau, dimana kita selalu berupaya untuk menggunakan sumber-sumber secara
berlebihan yang akhirnya juga menjejaskan kualiti kehidupan kita. Dengan konsep
sustainable diharapkan kita lebih memikirkan dan mempertimbangkan faktor-faktor
keserasian antara manusia sebagai suatu objek, alam sebagi suatu tempat kita hidup, faktor
sosial sebagai suatu identiti dan faktor ekonomi yang menjadi suatu pemenuhan bagi
keperluan hidup. Bagimanakah kita boleh mengedepankan dan mencoba mengaplikasikan dan
mengintegrasikan konsep-konsep sustainable constructions? hal ini juga merupakan sebuah
pertanyaan yang susah untuk dijawab, masih banyak penerokan yang perlu dilakukan untuk
mendapatkan kesempurnaan, terutama pada negara-negara membangun. Disini saya tertarik
untuk mengungkapkan bagaimana cara mengintegrasikan dan mengaplikasikan konsep
tersebut yang ditawarkan oleh Richard. C. Hill dan Paula A. Bowen. Menurut Hill dan bowen
terdapat empat dasar utama yang menjadi acuan dan prinsip dari sustainable constructions,
iaitu social, economic, biophysical dan technical. Empat faktor tersebut haruslah dikuat
kuasakan untuk mencapai industri pembinaan yang mampan, untuk lebih jelas boleh diamati
pada figure dibawah ini.
14
Figure1, Principles of sustainable construction
15
4.1 Dasar Kemampanan Sosial pada Pembinaan yang Mampan
� Meningkatkan kualiti kehidupan umat manusia dengan memastikan mereka memperolehi
keperluan dasar, seperti makanan, pakaian dan perumahan, pendidikan, kesihatan dan juga
memastikan mereka memperolehi keselesaan dan identiti dalam komunitinya.
� Membuat polisi tentang keberagaman puak yang berada dalam suatu kawasan dalam suatu
proses pembangunan dan kemudian haruslah dipastikan bahawa pembinaan tersebut
sesuai dengan kebudayaan dan prilaku masyarakat tempatan.
� Melindungi dan menyokong kesihatan masyarakat melalui tempat kerja yang selamat dan
sihat. Cadangkan proses pembinaan untuk meminimakan kecederaan/accident, dan secara
berhati-hati mengatur penggunaan bahan-bahan bangunan yang berbahaya bagi kesihatan
para pekerja.
� Mengintegrasikan “Skill Training” dan peningkataan kualiti kaum kurang upaya agar
mereka boleh memberikan sumbangan dalam proses pembinaan.
� Mencari suatu sistim yang menjamin keadilan dari kos-kos sosial akibat proses
pembinaan, dan jika hal tersebut tidak boleh dilakukan maka haruslah dibuat
“compensation” yang adil bagi masyarakat yang terkena impak akibat proses pembinaan.
� Mencari keadilan dalam pengagihan keuntungan dan manfaat sosial dari suatu
pembangunan, dan jika ada sebahagian masyarakat tidak boleh mendapatkan kemudahan
fasiliti tersebut, haruslah dicari suatu solusi yang menguntungkan masyarakat pada saat
masa pembinaan, seperti kesempatan untuk mencari lapangan pekerjaan.
� Mecari keadilan dalam pengintegrasian sehingga permasalahan sosial, kewangan dan
biophysical tidak dilanjutkan sebagai suatu masalah bagi generasi yang akan datang.
4.2 Dasar Kemampaman Ekonomi Pada Pembinaan yang Mampan
� Memastikan kemampuan untuk mendapatkan manfaat dari pembangunan yang mampan.
� Menyokong penciptaan lapangan kerja dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu
menggunakan konsep “labour intensive” pada projek pembinaan untuk menangani
permasalahan tenaga kerja tempatan.
� Menggunakan full-cost accounting pada pembelian barang dan perkhidmatan untuk
menentukan harga dan kos operasional. Barang dan perkhidmatan haruslah mengambil
16
kira kos sosial dan kos biophysical. Hal ini bermatlamat untuk menciptakan pembangunan
yang lebih seimbang dan adil dan juga pembangunan yang lebih cekap dalam penggunaan
sumber-sumber semulajadi. Hal ini untuk menjadi tandingan faham kaum
environmentalis, dimana kita mengedepankan konsep kemampanan yang lebih
mengutamakan pendekatan ekonomi.
� Meningkatkan persaingan di pasar dengan mengadopsi polisi dan praktik yang
mengedepankan isu-isu pembangunan yang mampan
� Memilih kontraktor dan supplier yang bertanggung jawab atas alam semulajadi yang
boleh mendemonstrasikan kualiti dari alam dan kaitannya dengan barang yang mereka
produksi.
4.3 Dasar Kemampanan Biophysical pada Pembinaan yang Mampan
� Usaha perlombongan bahan-bahan mineral haruslah disesuaikan dengan keperluan dan
persediaannya di dalam bumi, dicadangkan agar perlombongan bahan-bahan tersebut
tidak dilakukan dengan sangat laju, melainkan dilakukan sesuai dengan keperluan,
dikarenakan sumber tersebut sangat terhad. Selain itu diperlukan suatu kaedah
perlombongan yang dapat menjimatkan sumber tersebut (resources-saving) yang hanya
diambil sesuai dengan keperluan manusia.
� Kurangkan penggunaan empat sumber utama dapam projek pembinaan, iaitu, air, energy,
bahan bangunan dan tanah dalam setiap tahapan pembanguna dan life cycle dari sebuah
bangunan. Hal ini bermatlamat untuk mengurangkan penggunaan sumber-sumber secara
berlebihan yang akan memberi impak buruk kepada alam.
� Maksimakan penggunaan sumber kitar semula dan penggunaan kembali bahan yang
masih boleh digunakan sebagai suatu cara untuk mengurangkan limbah berpejal dan
memanjangkan umur tanah, dan juga mengurangkan kawasan landfill yang diperuntukan
bagi tempat pembuangan sampah. Hal ini juga mengurangkan penggunaan bahan-bahan
mentah (raw material). Sebagai contoh ialah menggunakan bahan-bahan bangunan yang
masih boleh digunakan selepas ubah suai bangunan, maka itu diperlukan sebuah reka
bentuk yang adaptive. Penggunaan bahan yang masih boleh digunakan (reuse) dan proses
kitar semula akan mengurangkan jumlah limbah.
17
� Gunakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui daripada menggunakan bahan-bahan
yang tidak boleh diperbaharui. Hal ini boleh diintegrasikan dalam pemilihan bahan
bangunan dan energy yang digunakan. Untuk energy disini kita boleh menggunakan
passive thermal design, pencahayaan semulajadi, solar heating of water dan penggunaan
photovoltaics untuk menjanakan energy, Untuk bahan bangunan sebaiknya digunakan
bahan-bahn seperti kayu, namun kita haruslah menggunakan sustainable-manage forest,
daripada menggunakan hutan dengan aktiviti pembalakan.
� Mengurangkan polusi air, tanah dan udara. Prinsip ini boleh dilakukan dalam berbagai
hal-hal yang berkaitan dengan alam, management of noise, bau-bauan, dust, vibration dan
berbagai elemen lainnya yang dihasilkan dalam proses pembinaan bangunan.
� Menciptakan alam yang sihat dan tidak beracun melalui pengurusan limbah-limbah
berbahaya baik didalam ataupun di luar bangunan. Hal ini berkaitan dengan pengurangan
penggunaan solvent-based finishes, adhesive carpeting dan particle board yang
mengeluarkan zat formaldehyde dan zat berbahaya lainnya ke udara. Hal ini akan
menyebabakan gangguan kesihatan bagi pekerja dan pengguna bangunan.
� Menjaga dan mengembalikan vitality bumi dan keberagaman ekologi melalui:
- Konservasi penyokong kehidupan, seperti penapisan dan penjernihan air dan
udara, menentukan aliran air, kitar semula nutrisi-nutrisi penting, menjanakan
alam sehingga boleh melakukan proses recovery.
- Konservasi biodiversiti dari tanaman dan pokok-pokok, haiwan dan organisma
lainnya.
- Mengurangkan kesan buruk kepada sumber-sumber yang boleh diperbaharui
(renewable resources) seperti tanah, organisma liar, hutan, laut, dan air.
- Mengembalikan kualiti alam dan proses ekologi yang telah di kacaukan oleh
aktiviti-aktiviti manusia di masa lalu.
Hal tersebut boleh dilakukan dengan evaluasi dari alternative pemilihan tapak untuk
menghindari kerusakan alam seperti tumbuhan, tanah dan kualiti aliran sungai pada masa
pembinaan bangunan, hal ini harus mempertimbangkan impak ekologi dan juga impak
yang disebabkan oleh transportasi bahan bangunan ke tapak pembinaan.
18
4.4 Dasar Kemampanan Teknikal pada Pembinaan yang Mampan
� Membina struktur yang durable, reliable dan fungsional. Pertimbangkan dari
kemampanan teknikal dimulai dengan keperluan akan struktur tersebut untuk bertahan
kepada kekuatan-kekuatan perusak dari alam. Bahan yang tahan lama merupakan bahan
yang mampan, karena tidak memerlukan pergantian dan perkhidmatan yang mahal. Bahan
bangunan yang tahan lama akan menjimatkan energy dan akan mengurangi limbah
berpejal.
� Meningkatkan kualiti pembinaan. Hal ini amatlah penting dimana pembinaan yang
manusiawi akan tetap dijaga kualitinya, sementara pembinaan yang tidak manusiawi akan
menjejaskan kualiti pembinaan dan akan mengarah kepada tindakan destruktif dan
vandalism. Pembangunan tidak sepatunya hanya mempertimbangan penjimatan kos dan
ketepatan masa, akan tetapi juga haruslah mengambilkira keperluan masyarakat, sehingga
bangunan akan tetap bertahan lama dan boleh di ubah suai sesuai dengan keperluan
mereka.
� Mengintegrasikan perkhidmatan yang mampan kedalam bangunan, untuk menyokong
pembinaan yang mampan. Strategi haruslah dikembangkan bagai mana menciptakan
kemudahan perkhidmatan, kemudahan dalam ubah suai dan penggantian bahagian-
bahagian yang rusak.
� Memanusiakan bangunan-bangunan yang besar, sehingga setiap individu boleh mengawal
kualiti dalaman bangunan (sisitim ini menggantikan sisitim terpusat dan sistim
keseragaman)
� Revitalisasikan infrastruktur bandar dengan menggunakan konsep mixed use development,
pedestrian, neihgbourhood development. Pembangunan bercampur yang mencampurkan
fungsi rumah, perniagaan dan tempat bekerja. Dengan ini penjimatan masa dan energi dan
kos akan diperolehi.
19
Untuk mengintegrasikan prinsip dan dasar dari Sustainable Constructions maka Hill mecoba
mengemukakan framework yang mengatur bagai mana projek yang mampan sepatutnya
dilaksanakan. Framework tersebut menyatakan pentingnya Environmental Asessment (EA)
dan Environmental Management System (EMS)
Figure 2, a framework for sustainable construction
20
5. Pembangunan Yang Mampan di Malaysia
Pembangunan yang mampan pada industri pembinaan dimalaysia menggunakan
prinsip yang diajukan oleh Kirbert, iaitu “the creation and responsible management of a healthy
built environment based on resource efficient and ecological principles”. Dimana dengan
menggunakan pembangunan yang mampan diharapakan pembinaan di Malaysia mampu
menyediakan pembinaan bangunan yang sihat berdasarkan kepada kecekapan sumber-sumber
semulajadi. Dengan menggunakan konsep ini juga diharapkan akan diperolehi kecekapan dan
penjimatan dalam segi kos, sehingga kos-kos yang tidak diperlukan dan impak kepada alam
semulajadi dapat dihilangkan.
Pembangunan yang mampan di Malaysia sangat berkaitan dengan beberapa isu-isu
semasa, yang diantaranya iaitu:
1. Besarnya jumlah populasi manusia yang tinggal di kawasan perumahan Bandar
2. Imigran haram yang menimbulkan permasalahan ekonomi dan sosial
3. Keprluan akan kualiti dari tanah, air dan udara yang baik menjadi masalah-masalah utama
4. Banyaknya stinggan di kawasan bandar
5. Kekacauan susun atur Bandar
6. Pengrusakan hutan/pembalakan
7. Haba panas yang disebabkan oleh cuaca tropikal memerlukan suatu polisi kerajaan untuk
mengawal penggunaan energi karena hampir semua rumah dijangkakan menggunakan
fasiliti air cond.
8. Volume dari jalan dan jumlah kereta yang ada semakin meningkatkan kadar Co2
9. Pengurusan limbah dan bahan beracun hasil industri haruslah di kaji dan dipelajari
kembali
10. Perlindungan alam semulajadi pada saat proses pembinaan
11. Penggunaan bahan bangunan dan teknologi bangunan yang di impor dari luar Negara.
Dalam menanggapi dan menyelesaikan permasalahan-permasalah tersebut maka kerajaan
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan yang digunakan dalam menyelsaikan permasalahan
tersebut.
21
5.1 Konsep Pembangunan yang Mampan di Malaysia
5.1.1 Pembangunan Yang Mampan Pada Kawasan Bandar Dan Perumahan
Membina Bandar-bandar dengan konsep high-density dengan penggunaan bangunan
high-rise dan bangunan low-rise, dengan pembangunan Bandar dengan konsep high dense
diharapakan kekacauan susun atur Bandar (Urban Sprawl) dapat dikawal. Pada kawasan
suburban atau kawasan pinggiran Bandar diutamakan pembinaan bangunan low-rise untuk
perumahan, sedikit pembinaan pangsa puri dan pembangunan kawasan rural area yang
berorientasi terhadap alam semulajadi. Bangunan-bangunan yang rusak dan tidak memenuhi
standar akan dihancurkan atau diubah suai untuk memenuhi keperluan masyarakat, Kembali
meningkatkan jumlah kawasan open space baik berupa local play ground, play ground, urban
sanctuary, local park, ataupun boleh berupa kawasan green belt.
Menyikapi banyaknya kendaraan yang digunakan oleh masyarakat Malaysia maka
diperlukan Bandar-bandar yang memeiliki keboleh masukan dan hubungan yang baik,
melalaui sisitim transportasi, baik berupa fast train, mass rapid transportation, ataupun inter
city. Konsep ini menggunkan konsep TOD (Transport Oriented Development) dimana dengan
konsep public transportation ini diharapkan akan dicapai keselesaan dalam pergerakan
masyarakat, sehingga traffic jam yang selalu menjadi permasalahan akan boleh diatasi. Selain
itu juga diperlukan pembangunan bercampur (Mixed Development), sehingga permasalahan
jarak tempat tinggal ke tempat kerja boleh dijimatkan. Selain itu sisitim transportasi juga
haruslah “Encouraging People to Walk in Pedestrian Ways” sehingga permasalahan-
permasalahan penggunaan kereta secara belebihan juga boleh diselesaikan.
Penjimatan enerji juga merupakan suatu keharusan, dimana terjadi kes-kes
pemadaman elektrik yang terjadi pada Pulau Pinang dan kuala Lumpur. Hal ini menunjukan
bahawa beban elektrik yang diagihkan oleh TNB tidak lagi cukup untuk diagihkan kepada
permintaan dan penggunaan enerji secara berlebihan. Untuk itu pengenalan kepada sumber-
sumber energi baru, dan juga renewable energy menjadi suatu keharusan. Selain itu
penjimatan kuasa juga merupakan suatu keharusan bagi masyarakat Malaysia.
Pengagihan air juga merupakan suatu permasalahan, dimana terkadang kualiti dan
kuantiti air tidaklah memenuhi keperluan masyarakat. Seperti pada kes PBA di Pulau Pinang
dimana terkadang kualiti air dinilai masih sedikit buruk, dikarenakan proses penapisan tidak
boleh menapis partikel-partikel yang terkandung di dalam air. Salah satu cara yang boleh
22
dilakukan ialah menyelamatkan sumber-sumber air dengan memelihara kawasan wet land
yang akan berfungsi sebagai kolam tadahan dan penapis semulajadi. Permasalahan-
permasalahan bahan buangan dan kotoran juga haruslah melalui sistim yang terintegrasi,
seperti yang dilakukan oleh indah water sdn bhd, melalui pengelolaan Sewage Treatment
Plant, akan tetapi Malaysia, khasnya Pulau Pinang memerlukan perhatian yang lebih serius
kepada penanganan bahan buangan, sehingga tidak mencemari kawasan pantai secara lebih
teruk.
5.1.2 Pembinaan Bangunan
Berdasarkan kepada konsep pembangunan yang mampan maka bangunan yang dibina
pada kawasan Malaysia haruslah memiliki kualiti yang baik tanpa adanya kecacatan bangunan
seperti leaking dan craking. Kes-kes ini sering terjadi terutama pada bangunan perumahan kos
rendah. Selain itu bangunan haruslah flexible dan dapat difungsikan sebaik mungkin. Diupayakan
juga untuk tidak membina bangunan dengan jumlah yang terlalu banyak, melainkan melakukan
proses utilization, ubah suai yang murah (economic renovation and modification) pada bangunan-
bangunan yang masih boleh digunakan.
Bangunan juga diharuskan untuk tidak menggunakan kuasa/enerji secara erlebihan (Small
Energy Consumption), juga memeiliki konsep energy conservation, autonomous energy
production, energy-economic construction, new energy sources, energy storage. Selain itu juga
bangunan diharuskan memiliki kos yang rendah dalam perkhidmatan bangunan (Building
Maintenance), sehingga tidak terlalu memebebani kewangan kerajaan dan kewangan pemilik
bangunan.
5.1.3 Perancangan dan Pembinaan
Untuk menciptakan bangunan yang mampan maka sang pemilik dan pengguna
haruslah ikut campur tangan pada tahap perancangan, sehingga seluruh keperluan akan
diambil kira oleh arkitek yang merancang bangunan tersebut. Selain itu juga kos untuk
perancangan bagunan sepatutnya dinaikkan untuk meningkatkan kuatiti dari pelan bangunan
tersebut, sehingga bangunan yang dirancang dapat benar-benar berfungsi dengan baik.
Para Arkitek, jurutera dan project manager perlu memiliki keahlian dan pengetahuan
mengenai kondisi alam semulajadi melalui pendidikan mengenai ecology, juga haruslah
23
memahami sistim maklumat ecology, life-cycle analisis dan berbagai maklumat lainnya. Hal
ini bertujuan agar perancangan dan pelan yang dibuat oleh para pakar tersebut tidak
memberikan kesan yang buruk bagi alam semulajadi, atau juga pelan tersebut boleh
meningkatkan kualiti alam semulajadi. Untuk mencapai hal tersebut maka diperlukan
maklumat yang lengkap mengenai kondisi existing dari tapak yang akan dibina, termasuk juga
informasi mengenai kondisi alam tempatan. Pembinaan bangunan haruslah juga
menggunakan konsep passive design, terutama dalam penggunaan enerji semulajadi, baik
angin maupun matahari, dengan pengunaan kedua elemen itu dengan baik maka dijangkakan
kos yang dikeluarkan unuk penggunaan enerji dapat dijimatkan. Pembinaan juga haruslah
mengedepankan konsep construction on-site, sehingga kos-kos transportasi dapat lebih
dicekapkan.
5.1.4 Bahan Bangunan
Bahan bangunan yang digunakan sebaiknya menggunakan bahan bangunan dengan
karakter kitar semula, sedangkan bahan yang tidak boleh dikitar semula haruslah bahan yang
dengan mudah dapat dihancurkan, janganlah berupa plastic yang sangat sukar untuk
dihancurkan. Selain itu bahan bangunan juga haruslah memiliki kemudahan untuk dibaiki,
sedikit keperluan untuk dibaiki, daya tahan lama (durability) dan memiliki masa pakai yang
panjang.
Bahan bangunan yang digunakan sebaiknya ialah bahan yang boleh diperbaharui
(renewable resources), bahan bangunan yang murah dan juga haruslah digunakan secara tidak
berlebihan. Bahan bangunan juga haruslah menjaga kesihatan bangunan tanpa toxic yang
boleh menyebabkan sebarang penyakit, samada SBS (Syndrom of Building Sickness) ataupun
BRI (Building Related Illness), bahan seperti asbestos tidak boleh digunakan pada bangunan,
karena membahayakan kesihatan pengguna bangunan.
5.1.5 Kepakaran Pekerja dan Standarisasi
Pekerja yang membina bangunan haruslah memiliki kepakaran yang baik, sehingga
kecacatan pada pembinaan, keselamatan pada tapak pembinaan dan ketepatan masa
pembinaan boleh diperolehi secara tepat dan berkualiti. Selain itu para pekerja juga haruslah
24
dibekali dengan ilmu pengetahuan terbaru sehingga mereka boleh menangani dan
menggunakan bahan bangunan lama dan bahan bangunan terbaru. Pengurangan tenaga kerja
asing yang berasal dari Indonesia dan Bangladesh merupakan suatu keperluan yang
mendesak, dimana para pekerja tersebut cenderung kurang berkualiti dan juga menjejaskan
lapangan pekerjaan bagi kaum bumi putera. Masyarakat Malaysia yang bekerja pada projek-
projek pembinaan haruslah mendapatkan pendapatan yang lebih baik, sehingga sektor ini
dapat lebih menarik minat masyarakat tempatan.
5.2 Polisi Kerajaan
5.2.1 Polisi Pada Masa Perancangan
Untuk menyikapi persoalan diatas terutama pada tahap perancangan maka hal-hal
yang boleh dilakukan ialah berupa kecekapan dalam penggunaan tanah dan juga penggunaan
tanah secara lebih intensif, mengingat jumlah manusia terus meningkat dan jumlah tanah
sangatlah terhad. Selain itu pelan seharusnya terintegrasi untuk memeperolehi kecekapan
dalam penggunaan enerji, seperti pengurangan penggunaan air cond, penggunaan passive
cooling dan pencahayaan semulajadi, serta mengambil kira sisitim keselamatan di dalam
bangunan.
Sedangan permsalahan pengagihan air bersih sepatunya dilakukan dengan konsep kitar
semula, sehingga water consumption boleh dijimatkan. Bahan bangunan yang digunakan juga
wajib mampu bertahan lama, tidak berbahaya bagi kesihatan, dapat dikitar semula dan boleh
digunakan kembali, sedangan cat yang digunakan haruslah memiliki ketahanan yang baik.
Bahan bangunan juga haruslah menggunakan bahan-bahan tempatan, baik yang tradisional
maupun yang moden. Salah satu pendekatan yang boleh dilakukan iaah menggunakan bahan
bagunan dengan kriteria lightweight, baik berupa lightweight concrete ataupun yang lainnya.
Sistim Industialized Building System juga boleh menyokong hal ini. Perancangan bangunan
juga haruslah mengambil kira fasiliti IT secara baik, optimisasi melalui eco-balance tools, dan
juga haruslah terlebih dahulu mengalami Post Completion Design Assesment, analisis kondisi
alam semulajadi dan juga melibatkan pengguna bangunan dalam perancangan.
25
5.2.2 Polisi Pada Masa Pembinaan
Pada tahap pembinaan, kontraktor dan pemaju haruslah mengambil kira perlindungan
kepada haiwan, tumbuhan dan pokok pada tapak pembinaan, dan juga haruslah menghindari
penggunaan bahan peledak pada tapak bangunan. Transportasi di dalam tapak juga haruslah di
hadkan untuk penjimatan. Bahan bangunan yang digunakan haruslah memilikipetunjuk
penggunaan (manual instructions) dan intruksi bagaimana cara penggunaanya dan juga
menggunakan sistem modullar. Selain itu bahan bangunan juga haruslah memiliki labeling,
sehingga para pekerja dapat mengenal bahan-bahan tersebut dengan baik.
Kedah pembinaan yang dilakukan iaitu menggunkan sistem Turn Key, selain itu untuk
meningkatkan kualiti bangunan juga dilakukan peningkatan kerjasama antara perancang,
kontraktor dan kilang-kilang yang memproduksi bahan-bahan bangunan. Hal lainnya yang
wajib dilakukan di masa yang akan datang untuk memperolehi pembangunan yang mapan
diantarnya ialah peningkatan standar dan kualiti pekerjaan, meningkatkan kualiti kondisi
kerja, peningkatan kesempatan bisnis bagi proses kitar semula dan juga meningkatkan logistik
pada kawasan pembinaan.
5.2.3 Polisi Pada Masa Penggunaan Bangunan
Pada tahapan penggunaan diharapkan penggunaan bangunan menggunakan sistim
automasi yang mampu mengawal penggunaan enerji, seperti pengunaan automatic timer yang
diperuntukkan bagi penggunaan air conditioner dan lampu-lampu yang tidak terpakai.
Sementara itu pelan dan program untuk maintenance bangunan sudahlah menjadi suatu
keharusan sewaktu bangunan digunakan, bangunan juga diupayakan mampu beradaptasi
dengan keperluan di masa yang akan datang. Alat untuk mengawal kualiti udara di dalam
bangunan juga merupakan suatu keperluan dasar, begitu juga alat yang boleh mendeteksi
kebisingan dan resiko kesihatan di dalam bangunan.
5.2.4 Polisi Pada Masa Penentuan Jenis Bahan Bangunan
Bahan bangunan yang digunakan haruslah menyokong sistim pendinginan pasif, atau
pun sistim campuran, demikian juga dengan pencahayaan yang lebih mengutamakan bukaan-
bukaan/opening seperti patio dan courtyard, sehingga memudahkan cahaya semulajadi untuk
26
masuk kedalam ruangan. Bahan bangunan juga haruslah menggunkan bahan bangunan
tempatan untuk lebih menjimatkan kos, selain itu juga diperlukan R & D untuk menemukan
bahan bangunan baru yang mesra dengan alam.
5.2.5 Polisi Kualiti Pekerja
Pekerja haruslah merupakan pekerja yang memiliki kepakaran, dan juga harus lebih di
spesialisasikan kepada isu-isu alam semulajadi, selain itu pekerja juga haruslah mendapatkan
pendidikan mengenai proses keseluruhan pembinaan bangunan.
5.3 Rekomendasi
Diharapkan kerajaan Malaysia agar tetap terus menekankan kepada polisi-polisi
sebelumnya yang memang sesuai dengan tujuan pembangunan yang mampan,kahsnya pada
pembinaan Bandar dan perumahan, kemudian juga mengkaji kembali standar yang boleh
dikira sebagai suatu indikator akan perfoma pembangunan. Pendidikan Interdisciplinary
merupakan suatu keharusan, dimana para ahli-ahli yang terbabit didalam proses pembangunan
lebih mengetahui perihal alam semulajadi. R & D pada pengembangan kosep sustainable
development juga merupkan suatu keperluan yang medesak di masa hadapan.
27
RUJUKAN Bansal, Pratima, Building a Competitive and Managing Risk Trough Sustainable
Development, Ivey Bussines Journal, November/December 2001, 48-52.
Chen, Jean Jingchan, David Chamers, Sustainability and the Impact of Chinese Policy
Initiatives upon Constructions, Construction Management and Economics (1999) 17,
679-687.
Dang Anom, Zin, Sustainable Development and Future of Constructions, Malaysian
Outlined Paper on CIB W82 Project, Ministy of Housing and Local Government.
(2000) 3-8.
Doyle, Timothy, Sustainable Development and Agenda 21: The Secular Bible of Global
Free Markets and Pluralist Democracy, Third World Quarterly, Vol 19, No 4 (1998),
Pp 771- 786.
Hutchinson, Keith And Ranko Bon, Sustainable Construction: Some Economic Challenges,
Building Research & Information (2000) 28(5/6), 310–314.
Hill, Richard C. And Paul A. Bowen, Sustainable Construction: Principles and a
Framework for Attainment, Construction Management and Economics (1997) 15,
223-239.
Raynsford, Nick, The UK’s Approach to Sustainable Development in Construction,
Building Research & Information (1999) 27(6), 419–423.
Shen , L. Y. M. Wuy And J. Y. Wang, A Model For Assessing The Feasibility Of
Construction Project In Contributing To The Attainment Of Sustainable
Development, Journal Of Construction Research, Vol. 3, No. 2 (2002) 255-269.
Stigson, Bjorn, Sustainable Development for Industry and Society, Building Research &
Information (1999), 27(6) 424–430.
S Beder, Sustainable Development, Victoria: Scribe Publications, 1994, p 8.
Roodman, D.M. and Lenssen, Newberg (1994) Our Buildings, Ourselves. World Watch,
7(6), 21- 9.
Wesley, John Miller, Building Industry's Future Is Sustainable Development, Inside Tucson
Business, 12/11/95, Vol. 5 Issue 37, 20.