institut pendidikan guru malaysia€¦ · web viewfalsafah pendidikan negara pendidikan di malaysia...
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL KOKURIKULUM
MPUD2042BINA INSAN GURU
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
KURSUS DALAM CUTI (KDC)
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia
2
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang i
Kandungan ii
Panduan Pelajar iii
Pengenalan iv
Agihan Tajuk dan Unit v
UNIT 1 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) 1
UNIT 2 AKTIVITI PERKHEMAHAN 17
UNIT 3 AKTIVITI AIR 48
UNIT 4 AKTIVITI KEMBARA 61
UNIT 5 AKTIVITI TALI 67
Bibliografi 79
Panel 80
Simbol 81
3
KANDUNGANMUKA SURAT
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia
(PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.
Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka
secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
4
PANDUAN PELAJAR
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
IKON
Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pengukuran pencapaian pelajar akan diukur melalui Kuiz, Pembentangan Kumpulan (Refleksi) dan Projek semasa kursus dijalankan. Tarikh dan masa Pentaksiran Berterusan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar.
Soalan Kuiz akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian (OL).
5
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pembinaan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru. Selain itu, modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
2. Mempamerkan nilai kepemimpinan semasa aktiviti perkhemahan yang dijalankan.
3. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui semua aktiviti yang disertai.
6
AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARANPanduan Kepada Pengguna
Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa
dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan
pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka
diperuntukan 82% (60% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 22%
interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 18% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
JAM KREDIT ASAL 100%
66 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA60%
47 JAM
MODUL32%
21 JAM
(KULIAH/TUTORIAL/
AMALI)60%
40 JAM
DALAM TALIAN
8%5 JAM
1. Prosedur Operasi Standard
Aktiviti Perkhemahan(K/M)
Aktiviti Air(K/M) Aktiviti Kembara(K/M) Aktiviti Tali(K/M)
8 4 (f2f) 1 3
2. Perkhemahan (4H 3M) Aktiviti
Perkhemahan Persiapan
Mendirikan Khemah(A/M)
Malaysia Cergas dan Patriotik(A)
Tazkirah, Kerohanian Etiket Sosial dan
Protokol (A/M) Refleksi (DT)
2017
(Perkhemahan)1 2
3. Aktiviti Air Persiapan Keyakinan Di Air(A/M)
14
7
1 6
7
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
JAM KREDIT ASAL 100%
66 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA60%
47 JAM
MODUL32%
21 JAM
(KULIAH/TUTORIAL/
AMALI)60%
40 JAM
DALAM TALIAN
8%5 JAM
Apungan(A/M) Kemahiran Asas
Renang(A/M) Kemahiran Asas
Menyelamat(A/M) Refleksi (DT)
(Perkhemahan)
4. Aktiviti Kembara Persiapan (A/M) Berjalan Merentas
Rimba/Lasak(A/M) Aktiviti Penghayatan
Alam(A/M) Refleksi (DT)
145
(Perkhemahan)1 8
5. Aktiviti Tali Persiapan (DT) Pelbagai Aktiviti
menggunakan tali (A/M)
Penyelesaian masalah(Contoh – spider web)(A/M)
107
(Perkhemahan)1 2
JUMLAH 66 JAM 40 JAM 5 JAM 21 JAM
Nota:K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
8
UNIT 1 Prosedur Operasi Standard
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa
dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi
Standard.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi
Standard (SOP) sebelum, semasa, dan selepas menjalankan aktiviti perkhemahan,
aktiviti air, aktiviti kembara, dan aktiviti tali.
KERANGKA TAJUK
1.1 Definisi Prosedur Operasi Standard
1.2 Prosedur Operasi Standard Perkhemahan
1.3 Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air
1.4 Tugasan
9
1.1 Definisi Prosedur Operasi Standard
Prosedur Operasi Standard adalah sesuatu set arahan atau perintah kerja yang
terperinci dan bertulis yang harus diikuti bagi mencapai keseragaman dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu dengan berpandukan matlamat yang
ingin dicapai. Menurut EPA (2008) , SOP ialah rantaian peraturan yang
dibukukan berdasarkan aktiviti yang dilakukan berkali-kali dalam sesebuah
agensi. Menurut Federal Emergency managegement Agensi atau dikenali
sebagai FEMA (2008), SOP merupakan satu panduan atau aturan yang
menjelaskan proses yang dijalankan secara teratur dan terperinci. Lingappan
(2000) SOP merupakan satu rangkaian peraturan yang digunakan dan dipatuhi
dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
SOP diperincikan melalui arahan bertulis bagi mencapai keseragaman
pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu. SOP yang ditulis dengan baik boleh
digunakan untuk memenuhi keperluan pematuhan. SOP juga disyorkan untuk
semua prosedur yang menimbulkan risiko kepada kesihatan dan keselamatan.
Oleh yang demikian, dengan adanya SOP kita dapat mengendalikan sesuatu
aktiviti, peraturan, pematuhan kerja dan dasar-dasar.dengan betul dan selamat.
Prosedur Operasi Standard juga harus sering dikemaskini untuk
menginsuranskan patuh kepada syarat-syarat kesedaran dan amalan kerja
Keselamatan DiriKeselamatan semasa menjalankan aktiviti di daratan amatlah dititikberatkan oleh
semua pihak yang terlibat sama ada pihak penganjur atau pun para
peserta.Proses ini perlu dimaklumkan lebih awal kepada para peserta agar
semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara perkara-perkara
yang berkaitan keselamatan adalah seperti berikut:
Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim,
kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu
yang ditetapkan oleh kem komandan.
10
Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam
setiap program.
Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata rata
tempat.
Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-
binatang.
Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar
atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada
kawasan perkhemahan.
Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-
masing,selepas jam 12.00 tengah malam.
Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan
tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa
aktiviti rasmi.
Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah
penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari
pihak penganjur.
1.2 Prosedur Operasi Standard Perkhemahan
11
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti
mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah
dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.
Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti
perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti
perkhemahan.
Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan,
kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau
berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di
antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling,
orienteering, ikhtiar hidup, kembara, dan sebagainya.
1.3 Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air
Peraturan keselamatan di dalam air
Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada
orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan
mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan
badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak
seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan
meletakkan tangan anda di dalam air.
angan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air,
segera keluar dari kolam
Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian re-
nang
12
Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing
Perkara yang boleh dilakukan keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan walau-
pan anda seorang perenang yang mahir
perhatikan bendera kuning di kawasan berenang
kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya
untuk berenang
jauhi mereka yang bermain surf board
jauhi bot dan jet ski
sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan pere-
nang
berhati – hati dengan pasang dan surut air laut
air pasang boleh membahayakan perenang
mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas
tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak
Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap
sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara
merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menunjukkan
bahaya
boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya
berenang ketika bendera merah dinaikkan
bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu
menggunakan airbates di dalam laut
ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya
berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian
menolak rakan ke kolam renang mudah untuk anda terjatuh dan terced-
era kerana kawasan tersebut licin
berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang
mahir
memakai pelampung tangan di kaki
Keselamatan di Kolam Renang beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam
renang atau tempat-tempat lain
13
pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan se-
belum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk
tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ pro-
gram atau penyewaan/ penggunaan secara harian
semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan
serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang
kerosakan/ kehilangan perlu diganti
orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket
yang boleh dibeli di kolam renang
kanak-kanak yang berumer 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang
penjaga.
semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit se-
belum ditutup
pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai
pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta
mengikut etika berpakaian di kolam renang
pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau meng-
ganggu orang lain
orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang ba-
haya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merba-
haya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan,
botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan seba-
gainya
bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga se-
mua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgu-
nakan
sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dila-
rang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang
14
pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam
renang
pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di
kawasan kolam renang
setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu
memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa ma-
suk ke kawasan kolam renang
penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah dite-
tapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke
semasa oleh pegawai yang bertugas
Keyakinan Dalam Aira) Memakai baju keselamatan
ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju kesela-
matan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak terto-
lak ke atas apabila terapung.
b) Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan
pastikan peserta mestilah dalam berpasangan
bantu membantu antara satu sama lain
jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan
semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan
arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan ju-
rulatih
1.4 Tugasan
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang Prosedur Operasi Standard yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan.
15
TUGASAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Definisi
ii. Prosedur Operasi Standard
iii. Prosedur Operasi Standard Perkhemahan
iv.Prosedur Operasi Standard Air
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv.Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
UNIT 2 Perkhemahan (M)
16
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti perkhemahan
dan perkara-perkara yang sepatutnya. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam unit
ini ialah persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan dijalankan.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menyatakan langkah-langkah persediaan yang perlu sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan.
ii. Melakukan Malaysia Cergas melalui aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik, kawad
kaki, dan senamrobik semasa perkhemahan dijalankan
iii. Mempamerkan sifat kerjasama dan berinteraksi secara efektif dalam
kepelbagaian kebudayaan.
iv. mengendalikan majlis berpandukan Etiket Pengendalian Majlis Rasmi
KERANGKA TAJUK
2.1 Mendirikan khemah
2.2 Malysia Cergas dan Patriotik
2.3 Tazkirah dan kerohanian
2.4 Etiket Sosial dan Protokol
2.1 MENDIRIKAN KHEMAHPerkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua
aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang
menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih bakal guru menyelesaikan segala
tugasan dengan penuh tanggungjawab di samping meningkatkan keyakinan
diri. Melalui aktiviti perkhemahan, bakal- bakal guru juga dapat
mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang dipelajari.
17
2.1.1 Kompenan-Komponen Perkhemahan: Jenis-Jenis KhemahDi bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk
aktiviti berkhemah: • Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
• Khemah ‘A’ berhelaian • Khemah pengembaraan
• Khemah satu tiang
• Khemah bentuk dinding
• Khemah Ridge dua tiang
• Khemah wagon
• Khemah dome
• Khemah igloo
• Khemah berangka
2.1.2 Pemilihan KhemahPerkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk
memilih atau membeli khemah
a) Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan
perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk
angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat
memberi pelindungan daripada serangga-serangga.
b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama
dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai
ruang untuk menyimpan barang-barang.
c) Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu
18
memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-
benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan
d) Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu
ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila
ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan
hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah
e) Ukuran
Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu
atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat
menyukarkan kita membawanya
2.1.3 Pemilihan Kawasan Perkhemahan / Tapak Perkhemahan
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara
yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan
kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan
jika tidak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:
a) Tanah atau tapak yang rata
Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan –
pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada
terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah
tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air
bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.
b) Corak tapak perkhemahan
19
Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang
mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab,
dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila
elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh
sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air
yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
c) Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca
air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan
dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk
memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah
berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau
sebagainya.
Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya
supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau
sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih.
Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui
kawasan yang bagaimana.
d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air
Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di
tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.
e) Mudah untuk mendapat bantuan
Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat
yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang
kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan
laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti
perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib
seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.
20
f) Mudah untuk mendapat bahan bakar
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan
faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk
memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan
binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.
Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-
daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.
g) Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan
tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar
seperti gajah, babi dan sebagainya.
h) Jangkamasa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa
perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama
maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan
memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
i) Bilangan peserta perkhemahan Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang
aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai.
Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan
peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah
sebagai tempat tidur malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah
lain.
j) Alam Persekitaran
Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu
aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar
berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar
melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan
21
dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat
penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.
2.1.4 Pemilihan Tempat Untuk Mendirikan Khemah
Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali
setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan.
Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-
perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:
• Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
• Terlindung dari angina
• Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
• Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan terhibur apabila melihatnya ).
• Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan
keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita
bergerak semula bagi tujuan kecemasan.
2.1.5 Peraturan Keselamatan Perkhemahan
Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-
peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:
• Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
• Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,
• Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut
perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan
atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.
• Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
• Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
• Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). • Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau
22
atau binatang merayap daripada memasuki khemah. • Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
• Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.
• Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.
• Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur • di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar
dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.
• Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,
• ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
• Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari
masa ke semasa dan segala pantang larang.
• Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian
dan tapak perkhemahan.
• Berhati-hati melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta
menghargai kawasan sekitar.
• Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam
menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
• Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang.
• Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
• Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau
kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang
kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
• Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga
rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
• Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan
berhampiran sungai, laut atau tasik.
• Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang
dan menyalahi undang-undang.
• Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan
yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
• Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan
setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg.
• Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku
sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.
2.2 MALAYSIA CERGAS
23
Malaysia Cergas adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi penekanan
kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan bakal
guru.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan yang berteraskan kepada
penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Disamping
itu juga, aktiviti ini bertujuan menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan
masyarakat Malaysia khususnya bakal guru.akan kepentingan kesihatan yang perlu
dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Amalan sihat ini perlulah dikekalkan dan
dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang dijalankan dalam Malaysia Cergas ialah
menaikkan bendera, kawad kaki dan diakhiri dengan senamrobik.
2.2.1 Naik Bendera
a. Lantik seorang Ketua Peserta atau ketua yang bertugas. Ketua Peserta berdiri di
tengah-tengah menghadap barisan kumpulan. Ketua Peserta menentukan petugas
untuk menaikkan bendera dan pembaca doa.
b. Bariskan anggota/peserta bertiga-tiga mengikut kumpulan menghadap tiang
bendera. Ketua Kumpulan berada di hadapan di tengah-tengah kumpulan.
c. Ketua Kumpulan dikehendaki melapor kepada Ketua Peserta tentang jumlah / ke-
dudukan ahli kumpulan
d. Ketua Peserta/Petugas akan memberikan hukuman:
Sedia
Ke kanan lurus ( dan pandang depan)
Bendera (Panggilan)
Lagu Negara-Ku
Lagu Guru Malaysia
Bacaan doa.
e. Selepas upacara naik bendera, Ketua Peserta akan menyerahkan kepada Ketua
Jurulatih untuk menyampaikan amanat untuk hari tersebut.
f. Senamrobik
Susunan Upacara Naik Bendera (protokol susunan bendera mengikut negeri masing-masing)
24
2.3. TAZKIRAH / KEROHANIAN
Aktiviti tazkirah dan kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri
yang mantap dalam kalangan bakal guru sekiranya dilaksanakan sejajar dengan
keperluan pelajar.Justeru adalah penting bagi institusi pendidikan guru melatih bakal-
bakal guru untuk menjadi insan yang bermoral dan memiliki sahsiah yang dikagumi.
2.3.1 Pemantapan Etika Kerohanian
2.3.1.1 Tazkirah Imam Ghazali
Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-
Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman
dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling
dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling
jauh dari diri kita di dunia ini?”
25
Petunjuk:
1 : Bendera Malaysia2 : Bendera negeri3 : Bendera Institut/BPG
J : JurulatihKP : KETUA PESERTA
K : Ketua Kumpulanxxx : Barisan peserta
Kxxxxxxxxx
Kxxxxxxxxx
Kxxxxxxxxx
Kxxxxxxxxx
Kxxxxxxxxx
K xxx xxx xxx
KP
J J J J J J
Bendera 2 1 3
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan
bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang
mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’
Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali
kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa
yang paling besar di dunia ini?”
Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua
jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah
‘nafsu’ (sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf).
Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu
menjerumuskan diri ke lembah neraka.
Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang
menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan
benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang
amanah.’ (lihat ayat 72, surah al-Ahzab)
Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu
ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia
ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah
sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang
amanahnya.
Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang
menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-
Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’
Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.
Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
26
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah
‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati
dan melukai perasaan rakan sendiri.
Sekian, assalamulaikum...dan bertemu di waktu yang sama.
2.3.2 Amalan Solat
Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat
sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud
merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang
terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x
selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL
hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar
jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya
akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu
akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat-
Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas
Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat
Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.”
Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:
“Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah
Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat
Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk
meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti
27
daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri
kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi
keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah
mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara
daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk
dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi
SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan
kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati
dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat
Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu
‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran
seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran
adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat
dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca
surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga
ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai
amalan tetap dan berkekalan.
28
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-
suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi
SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan
mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata,
telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang
sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan
sampaikan. Amin
2.3.3 Solat Sewaktu DaruratSolat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf adalah
kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam solat-solat yang
lain. ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan suasana
peperangan kerana bimbang akan diserang musuh.
Firman Allah وتعالى : سبحانه
سجدوا فإ'ذا أسل'حتهم وليأخذوا عك م نهم م طائ'فة فلتقم الة الص لهم فأقمت م يه' ف' كنت وإ'ذاوأسل'حتهم ذر هم ح' وليأخذوا معك فليصلوا يصلوا لم أخر ى طائ'فة ولتأت' ور ائ'كم م'ن فليكونوا
دة واح' يلة م عليكم يلون فيم' وأمت'عت'كم أسل'حت'كم عن تغفلون لو كفر وا الذ'ين جناح ود وال أسل'حتكم تضعوا أن مر ضى كنتم أو مطر من أذى ب'كم كان إ'ن ذر كم عليكم ح' وخذوا ه اللـ إ'ن
﴿ ن�ا هي م�� ن�ا ذ�ا ذ� ذ� ه�ي ه� ذ�ا ل� ه� �� ذ ذ� ١٠٢ذ�ا
“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa
perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah
sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah
mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud,
maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan
hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga
serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan
hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-
masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta
benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai
29
dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika
kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan
hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah
menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-
Nisa’ 4; Ayat 102)
.
Ulamak–ulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai
solat khauf ini,“Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.”
.
Allah وتعالى :berfirman سبحانه
ر كبانا أو فر' جاال فتم خ' فإ'ن
“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik kenderaan.” (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239)
.
2.3.4 Bila Dan Di mana ?.
Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan
keadaan.
1. Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.
2. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau
berkenderaan.
3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.
4. Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat..
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص bersabda: “Jika keadaan itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan, menghadap kiblat ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
2.3.5 Batal Solat KhaufPerkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf:
1) Terbatal wuduk ketika sedang solat
2) Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan)
3) Melakukan banyak pergerakan yang tiada kaitan dengan peperangan
30
4) Keluar darah yang banyak tidak menjejaskan solat (di sisi mazhab Maliki
tetapi imam Syafie ia membatalkan solat kecuali kerana terpaksa atau
darurat) maka ianya dimaafkan.
..
2.3.6 Cara Solat Khauf .Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia
merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang berlaku sama
ada ketika sakit, keuzuran atau pun ketika di medan peperangan.dengan cara-cara yang
telah ditetapkan.
Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak.
Solat ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak,
menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang.
.
2.4 ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL
2.4.1 Etiket Pengendalian Majlis Rasmi
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada
dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis
yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua peri laku yang dilakukan oleh
seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh
masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai
mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan
yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping
menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.
Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan
kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu
majlis.
2.4.2 Jenis-jenis Majlis Rasmi
1. Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan
surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.
31
2. Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing.
3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.
4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti
perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.
5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Majlis yang tidak memerlukan protokol seperti hari keluarga sesebuah agensi
kerajaan atau swasta.
2.4.3 Aspek Pengurusan Pelbagai Majlis Rasmi Atau formal
1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara pentadbiran
13. Peranan penyambut tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Postmortem
2.4.4 Elemen Penting Etiket1. Citarasa Berpakaian
32
2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis Luar Rumah)
12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13. Mengenali Peralatan Jamuan
14. Cara Menghidang
15. Tertib di Meja Makan
2.4.5 Perkara-Perkara Penting Dalam Etiket
1. Tertib Perkenalan a) Prinsip Perkenalan
Perkenalkan lelaki kepada wanita
Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih
penting
Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang
yang lebih tinggi pangkatnya
Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua
b) Keberkesanan dalam perkenalan Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk
menerima perkenalan
Sebut nama dengan jelas dan betul
Perlakuan yang tertib
Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan
Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-
baiknya akui
Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu
Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau
menggenggam dengan kuat
33
Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas
c) Tertib Memperkenalkan Izinkan saya memperkenalkan............
Puan.......inilah Encik........
Boleh saya memperkenalkan..............
d) Cara Menjawab Yang Sopan Apa Khabar?
Bertuah dapat berkenalan !
Hello !
e) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan Elakkan bertanya tentang asal usul tempat/daerah/bangsa/agama
Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus
Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara
Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain
Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan
Elakkan memberi senyuman sinis/tidak ikhlas
2. Berjabat Tangan (Bersalam)a) Pelbagai cara
Kasar dan agresif
Mengawal
Hujung jari sahaja
Tarik
Sejuk
Erat dan mesra
b) Perkara-perkara negatif semasa bersalam Pegangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil
lewa
Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang
penting
Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting/kurang suka dan
tidak berminat
34
Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan
marah
Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau
membenci
Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah
mengikut keadaan. Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak
mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan
di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung/sapu tangan
untuk bersalam.
3. Perbualan Sosiala) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai
Hobi
Sukan
Muzik
Rancangan Televisyen
Pakaian
Menanam bunga (Gardening)
Makanan
Pengembaraan
Kesenian
Cuaca
b) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai Perbualan peribadi
Fahaman politik
Keagamaan
Peperangan
c) Tertib perbualan sosial Kedua-dua pihak berminat
Pandang ke arah orang yang bercakap
Mendengar dengan teliti
Bercakap dengan nada yang biasa
Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama)
Bercakap secara bersahaja
35
Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap
Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam
sesuatu kumpulan
4. Tatahias Pakaian Dan Gaya Kepentingan Tatahias
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf
majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan
rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-
i. Imej organisasi tempat berkhidmat
ii. Imej peribadi
a) Kesesuaian pakaian wanita
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian:-
Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari
Elakkan daripada memakai satu warna sahaja
jangan melebihi empat warna pada satu masa
Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan
bentuk badan
Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang
Apabila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan
gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat
Rambut hendaklah tersisir rapi
Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai
tudung
Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah
bertentangan dengan warna baju
Bila gunakan sarung kaki pilih warna `skin colour`
Corak fabrik tidak lebih daripada empat warna
Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan
yang berloceng yang akan berbunyi apabila anda berjalan
Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol(frills) ataupun
berbunga besar
Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata
Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang
sama
36
b) Kesesuaian Pakaian Lelaki
Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali
butang kolar)
Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala
tali pinggang
Sesuaikan warna tali leher dengan baju
Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
Sesuaikan warna stoking dengan seluar
Kasut hendaklah bersih dan berkilat
Stoking putih tidak sesuai dalam majlis
Gunakan `cologne` dan deodoron yang lembut. Jika bergaul
dengan orang ramai sapukan `cologne` di kedua belah bahu
Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai
kelihatan singlet tersebut
Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan
(material)
Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna
tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar
Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan
pergerakan badan dan tangan
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur
keseluruhannya
Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun
singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang
ketat (drainpipe)
Stoking berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat
melainkan berpakaian putih/berpakaian sukan
Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan
rasmi
5. Hiasan
37
Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang,
gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin dan rantai leher memang perlu
dipakai. Perhiasan yang sederhana adalah penting kerana ia
merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh hal
yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai.
Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.
a) Tali pinggang
i) daripada jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai
b) Selendang dan Skaf
i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis
rasmi dengan cara disangkutkan di bahu
ii) dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian -
selendang menutupi seluruh kepala
c) Beg Tangan
Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti:
i) kegunaan harian di pejabat
ii) kegunaan pelbagai
iii) kegunaan majlis rasmi
6. Minyak Wangi Pilihan yang lembut, supaya tidak melemaskan atau memeningkan
a) Minyak wangi tulen
i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja
b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah dan perlu dipakai
beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat
c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat
7. Kesihatan, Kebersihan dan Kesihatan
Aspek ini amat penting,hal ini menggambarkan sejauhmana seseorang
itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.
Antara perkara yang dimaksudkan ialah:
a) Bahagian kepala dan muka
38
rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
misai dan janggut diurus dengan rapi
bulu hidung tidak kelihatan liar
gigi sentiasa bersih
pernafasan tidak berbau
b) Bahagian badan dan tangan
badan tidak berbau
baju tidak ada tanda carik
baju tidak kelihatan berdaki di lengan,poket dan kolar
baju kelihatan tidak bergosok
kuku jari dipotong, tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit
kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda penyakit atau
bersisik
c) Bahagian punggung dan kaki
seluar perlu bergosok
seluar tidak kelihatan carik
berstoking
Elakkan daripada memakai stoking melebihi had harinya
bagi wanita, jangan pakai stoking berwarna perang atau berbunga
kasut kelihatan kelabu
kasut coklat kelihatan hitam
tumit kasut hendaklah dalam keadaan yang baik.
2.4.5 Etiket di Meja Makan (Table Manner)
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada
setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara
gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan itu,
kita mestilah mengetahui asas etika di meja makan.
Penggunaan peralatan yang digunakan untuk makan yang betul boleh
menyelamatkan kita daripada terjebak di dalam situasi yang kekok apabila berada
di meja makan. Peralatan bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi
tertentu. Peralatan bagi sajian cina dan melayu adalah berbeza. Ianya bergantung
terhadap pihak panganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di
39
dalam suatu majlis jamuan rasmi.Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah
penting.
Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di
sebelah kiri sekiranya sajian makanan melayu dihidangkan. Memegang pisau di
sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri untuk sajian barat. Chopstick di sebelah
kanan untuk sajian makanan cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang
yang kidal.
a) Makan sup Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri.
Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
Menyeduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
Untuk memakan isi sup pula ( sayur atau daging ) boleh dimakan melalui
hujung sudu.
Sup tidak boleh dihirup sehingga kedengaran bunyi yang nyaring.
Bila ingin makan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan
bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu
mentega sahaja.
Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah
kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan di dalam mangkuk jika tidak
berpiring.
b) Majlis Makan Rasmi Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama)
sebelum anda mula makan.
Apabila memakan masakan utama seperti stek/ayam atau bahan-bahan
pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda.
Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
dengan tertib.
Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar
Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda
mengambil bahagian yang terdekat sekali.
Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun
anda tidak menggemarinya. Jika tercekiuk tulang, cepat-cepat ke bilik air.
40
Makanan utama di makan dengan menggunakan pisau dan garpu di
tangan kiri, garpu dengan posisi telungkup.
Daging , ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih
tetap di tangan kiri.
Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan
Apabila selesai makan, pisau dan garpu hendaklah di letakkan sebelah
menyebelah dengan posisi tangkai arah kanan dan hujungnya pula
mengarah tangan.
c) Panduan Menggunakan Pisau, Sudu dan Garpu Dengan Betul Susunan pisau, sudu dan garpu di meja makan cara barat
Makan tengah hari atau makan malam
Pisau mentega (diletak di atas piring untuk roti)
Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan dan salad)
Garpu makan hidangan utama
Camca sedang `dessert`(jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan
pisau makanan pencuci mulut)
Garpu sedang (dessert)
Gelas
Napkin
Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan
pisau untuk ikan sebagai ganti)
Sudu makan hidangan utama (di Malaysia digunakan untuk nasi)
Pisau hidang, garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis
hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di
sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu
Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau
diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring.
Tuala makan diletakkan dengan terlipat senduknya rapi di atas piring
utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan
sudah di piring seperti di restoren, serbetnya diletakkan di tempat piring
atau di sebelah paling kiri dari letak garpu
Pelbagai gelas minuman terletak berderet di sebelah kanan atas
Piring mentega atau roti dan beberapa tempat penyedap makanan
berada di sebelah atas kiri
Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang
paling luar dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita
41
berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu dan barulah
pisau dan garpu utama
d) Fungsi Napkin
Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagai bentuk.Kebiasaannya
diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walau
bagaimanapun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk
menggunakaannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting
ketika berada di meja makan.
Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk
mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Napkin
mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang
mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan.
Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa
tidak selesa dan mahu terbatuk.
Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan
yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ini
membawa maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas
meja makan, memberitahu pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah
meninggalkan jamuan makan.
2.4.6 Adab Makan di Majlis Rasmi : Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu
Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan
semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan
sosial dan perangai sebenar seseorang individu.
Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnyqa dilabel sebagai
seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang
42
nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai
seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.
Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima
jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis,
cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan
anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.
a) Menggunakan Pisau, Garpu, Sudu dan Kadang-Kadang Tangan
Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis
makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang
disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh
steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda
perlu tahu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk
pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad.
Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah
mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak
paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.
Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan
sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu paling kiri. Namun,
trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut
juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.
Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri.
Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan
ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh
memotong dengan tangan kiri.
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang
dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong
kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian
depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke
tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
43
Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di
antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu
yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan
alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di
dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di tepi piring
yang digunakan untuk mengalas mangkuk.
Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Menggunakan Peralatan Yang
Sesuai Atau Dengan Tangan
Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut
agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mestilah dihirup perlahan-lahan.
Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut dianggap
tidak sopan.
Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil
sedikit berbanding garpu biasa.
Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk
ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.
Daging – gunakan garpu utama yang disediakan
Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya.
Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau
piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus
tersebut tidak disaluti apa-apa sos. jika tidak, anda boleh menggunakan
garpu yang disediakan untuk salad.
Daging nipis – apabila daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak
berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek
biasa. hal ini kerana agak susah untuk memotong daging nipis yang garing
menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu kepingan daging nipis
tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong.
Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan
pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum
mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakanj, gunakan pisau
untuk menyapu mentega tersebut poada cebisan roti sebelum anda
memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas,
anda dibenarkan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi
mencairkannya.
44
Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan
buah-buahan atau tuna di atasnya.
Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda
boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan
secara sebiji-sebiji, anda dibenarkan makan menggunakan tangan.
sekiranya mentega disediakan, gunakan piusau untuk menyapu pada dua
baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris
berikutnya.
Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini
dikatogerikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di
majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam
bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau
dan garpu.
Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filing yang
terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.
Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut,
dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih
bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan.
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh
menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut
melayang. Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan
tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan
di dalam pinggan anda. jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang
kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi
orang lain.
UNIT 2b Perkhemahan (DT)
2.5 KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit)
1.2 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari
(10 minit)
45
1.3 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi
aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input)
(20 minit)
1.4 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh
pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)
1.5 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)
1.6 Tamat
1.7 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
2.6 Tugasan
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ?
2. Bincangkan jenis-jenis majlis rasmi?
A. Media Digunakan
iii. WhatsApp
iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Perkhemahan
46
TUGASAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Aktiviti persiapan mendirikan perkhemahan
ii. Malaysia Cergas dan Patriotik
iii. Etiket Sosial dan Protokol
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
UNIT 3 Aktiviti Air
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. menunjukkan keyakinan diri ketika berada di dalam air
ii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti air
47
iii. menunjukkan sikap bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi
iv. percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan
v. Menyatakan jenis-jenis apungan dalam aktiviti air.
vi. Mempelajari teknik renang dengan betul
vii. Menunjukkan cara kemahiran asas menyelamat.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti air yang dijalankan
semasa perkhemahan. Aktiviti air adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan
juga merbahaya jika tidak patuh kepada arahan-arahan keselamatan. Melalui
pembelajaran ini, bakal guru akan diberi kesedaran tentang bahaya-bahaya yang tidak
diundang, penyelamatan dan usaha-usaha untuk mengurangkan kejadian lemas.
KERANGKA TAJUK3.1. Keyakinan dan keselamatan di air
3.2 Asas Apungan
3.3 Asas Renang
3.4 Kemahiran Asas Menyelamat
3.1 Keyakinan dan Keselamatan di Air
Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan
semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek
penting dalam acara renang di dalam Kurikulum , yang mana sebahagian
daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas luar persekitaran kolam renang.
Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan
pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip
keselamatan diri. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan
merangsang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada
mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi
merbahaya. Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi
pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila
program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.
48
Di samping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk
memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika
menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah cara yang terbaik untuk memberi
bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air.
a) Peraturan keselamatan di dalam air
Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa
ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh ber-
enang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pus-
ingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan
jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perha-
tian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan
makanan berat.
Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di
dalam air, segera keluar dari kolam
Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu
pakaian renang
Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing
b) Perkara yang boleh dilakukan
keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan
walaupan anda seorang perenang yang mahir
perhatikan bendera kuning di kawasan berenang
kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merba-
haya untuk berenang
jauhi mereka yang bermain surf board
jauhi bot dan jet ski
sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan
perenang
berhati – hati dengan pasang dan surut air laut
49
air pasang boleh membahayakan perenang
mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas
tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua
pihak
c) Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap
sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara
merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menun-
jukkan bahaya
boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat meli-
hatnya
berenang ketika bendera merah dinaikkan
bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya
ketika itu
menggunakan airbates di dalam laut
ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak
menyedarinya
berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian
menolak rakan ke kolam renang
mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut
licin
berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang
yang mahir
memakai pelampung tangan di kaki
d) Keselamatan di Kolam Renang
Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam
renang atau tempat-tempat lain
pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan se-
belum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk
tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ program
atau penyewaan/ penggunaan secara harian
50
semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan
serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang
kerosakan/ kehilangan perlu diganti
orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket
yang boleh dibeli di kolam renang
kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang pen-
jaga.
semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum
ditutup
pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai paka-
ian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta
mengikut etika berpakaian di kolam renang
pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau meng-
ganggu orang lain
orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang ba-
haya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merbahaya
dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol
minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya
bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga se-
mua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgu-
nakan
sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang
menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang
pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam re-
nang
pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di
kawasan kolam renang
setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu
memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
51
binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk
ke kawasan kolam renang
penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetap-
kan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa
oleh pegawai yang bertugas
e) Keyakinan Dalam Air
Memakai baju keselamatan
ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan
pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju kesela-
matan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak tertolak
ke atas apabila terapung.
b) Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan
pastikan peserta mestilah dalam berpasangan
bantu membantu antara satu sama lain
jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan
semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan
arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan juru-
latih
3.2 Asas Apungan
Apungan merupakan salah satu kemahiran asas dalam berenang.
Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh kerana ianya dibantu oleh kandungan
udara dalam paru-paru. Terdapat tiga unsur yang mengawal keapungan iaitu:
kawalan nafas
posisi tubuh
kesantaian/rehat
Apungan dengan menggunakan baju keselamatan
a) Latihan bernafas ( blow bubbles )
berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja
tahan nafas dan selamkan muka
apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hem-
buskan melalui hidung
52
selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air
dan tarik nafas
bertindak sebagai daya apungan badan. Badan yang
beroksigen lebih mudah terapung
memanjangkan stamina apabila berada di dalam air
mengurangkan kepenatan selepas aktiviti renangan; blow
bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.
b) Aktiviti apungan asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh
berenang
berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar
arahan
apungan berdiri
depa tangan - bernafas dengan tenang dan masih berpegangan
tangan.
buat bulatan 5 – 6 orang dengan berpegangan tangan
Apungan Terlentang
peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan
kaki dibuka membentuk `V` dan tangan didepa membentuk
`T`seperti bintang
kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air
depa tangan – bernafas dengan tenang
terlentang sambil berpegangan tangan
Apungan Meniarap
rebahkan badan ke hadapan
luruskan kaki
masih berpegangan tangan
muka dimasukkan ke dalam air
peralatan pernafasan biasa boleh digunakan
Apungan Cendawan
teknik yang paling mudah
kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala ditundukkan
sehingga badan seperti bola
53
tenang dan santai, anda pasti terapung
semua di atas
dilakukan secara individu
apungan meniarap dan bergerak jarak 3 meter
berenang berdua ke hadapan
lawan berenang
3.3 Asas Renang
Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan
umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya
mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum
mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh
disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan serta kebolehan. Aktiviti renang
membolehkan seseorang itu dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi
menyeronokkan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati
lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Di sekolah acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum
kebangsaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum, terutamanya
bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka
meninggalkan sekolah rendah, kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang
sekurang-kuranngnya 25 meter dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai
keselamatan dalam air.
3.3.1 Gaya Renang
Ada empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat
sukan Olimpik iaitu gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak
lentang dan gaya bebas.
Gaya kuak dada.
Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang
rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini
memerlukan tubuh stabil dan kepala boleh berada di luar atau di dalam
air untuk suatu tempoh yang lama.
54
Kedua-dua belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-dua belah
tangan diluruskan ke hadapan. Kemudian kedua-dua beelah tangan
dibuka ke arah sisi badan seperti gerakan membelah air supaya badan
maju ke hadapan. Gerakan ini seolah-olah meniru gaya seekor katak
yang sedang berenang. Perenang melakukan pernafasan ketika mulut
berada di permukaan air. Ini di selang seli dengan satu kali gerakan
tangan kaki atau dua kali gerakan tangan kaki.
Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk
berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada
ini adalah renang yang paling lambat sekali mengikut aturan yang
dikeluarkan olah Federasi Renang Internasional.
Gaya Kuak Lentang
Gaya kuak lentang ialah perenang melakukan renangan dengan cara
menelentang di atas permukaan air. Wajah perenang menghadapa ke
atas dan ini memudahkan perenang bernafas. Namun perenang hanya
boleh memandang ke atas dan tidak boleh memandang ke hadapan.
Ketika berlumba perenang mengetahui jarak dinding dengan mengira
jumlah gerakan kayuhan renang mereka.
Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa dengan gaya
bebas. Kedua – dua belah tangan secara bergilir digerakkan menuju ke
pinggang seperti pergerakan mengayuh. Di dalam pertandingan,
permulaan acara gaya kuak lentang adalah berbeza dengan gaya bebas,
kuak dada dan gaya kupu – kupu yang semuanya bermula di atas blok
permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril bermula di dalam kolam.
Perenang akan menghadap dinding dengan kedua-dua belah tangan
memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua – dua lutut dibengkokkan
ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam. Apabila siren
dibunyikan perenang akan menolak dinding dengan dan badan akan
mula membelah air kolam.
Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak
zaman kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di
Olimpiade Paris. Oleh itu ianya merupakan gaya renang kedua tertua
selepas gaya bebas.
55
Gaya Kupu – kupu
Gaya kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya
berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua
belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke
arah luar sebelum diayunkan ke depan. Kaki pula digerakkan dengan
cara menendang ke atas dan ke bawah bersama-sama. Udara
dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul
dipermukaan air. Udara dihirup ketika berada di luar air.
Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya renang
yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya ini perlu
mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya
renang yang lain. Ini kerana gaya renang ini memerlukan waktu yang
lebih lama untuk koordinasi gerakan tangan dan kaki.
Gaya renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang menggunakan
tenaga yang lebih banyak. Kelajuan gaya renang ini diperolehi daripada
ayunan kedua belah tangan secara sama. Perenang yang berenang
dengan menggunakan gaya renang kupu-kupu ini boleh mengatasi
kepantasan perenang yang berenang dengan gaya bebas.
Gaya bebas
Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke
permukaan air. Kedua belah lengan secara bergantian digerakkan jauh
ke depan dengan gerakan mengayuh, sementara kedua belah kaki
secara bergantian digerakkan naik turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu
berenang gaya bebas, posisi wajah menghadap ke permukaan air.
Pernafasan dilakukan semasa lengan digerakkan keluar dari air, semasa
tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa mengambil nafas,
perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan
3.3.2. Bagaimana berenang gaya bebas dengan cara yang betul: Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang
mengambil nafas
Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian (tanpa
henti).
56
Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyen-
tuh permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari tangan yang
menyentuh permukaan air terlebih dahulu.
Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil
nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke dalam
air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri) selesai.
Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil,
pengambilan nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi
jangan sesekali gerakan tangan sambilmengambil nafas.
3.4 Kemahiran Asas MenyelamatKemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah
ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak
diingini dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang
tersendiri. Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan
yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada
menghadapi situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh
membawa kepada kematian, kecederaan ataupun kecacatan yang berpanjangan
dan berterusan.
3.4.1. Prinsip-Prinsip Menyelamat a. Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
b. Mengenali kewujudan masalah.
c. Menginterperastasikan peristiwa.
d. Berasa tanggungjawab.
3.4.2. Penilaian
Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum
memasuki air.
Keselamatan kendiri.
Kesedaran tentang kebolehan fizikal.
Bantuan yang diperolehi.
Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.
Keadaan persekitaran.
Bilangan mangsa.
Pakaian yang perlu ditanggalkan.
“cross bearings”.
57
3.4.3. Tindakan
Keadaan air.
Tingginya tempat memasuki air.
Jenis alat bantuan yang dibawa.
Jenis dasar air.
Keadaan mangsa.
Kepantasan yang diperlukan.
3.4.4. Cara-cara memasuki airMelangkah masuk.
Lompat.
Junam.
Lompat “straddle”.
3.4.5. Mendekati mangsao Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman
mangsa.
o Pendekatan bercakap.
o Pendekatan menggunakan alat bantuan.
o Mendekati mangsa yang tidak sedar.
o Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air
dan mencari mangsa di dalam air.
o Kecederaan tulang belakang.
o Menyokong mangsa.
o Memberi bantuan pernafasan.
3.4.6. Menunda mangsao Mengiringi mangsa dengan alat bantuan.
o Menunda tanpa sentuhan.
o Menunda dengan sentuhan.
3.3.7. Mendaratkan mangsao Mendaratkan mangsa dengan cara yang betul
o Meminta bantuan dengan segera
58
3.4.8. Rawatan kecemasan dan tindakan susulano Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.
o Kecederaan.
o Perkhidmatan kecemasan.
3.5 Tugasan
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang langkah-langkah untuk menyelamat mangsa di air ?
2. Jelaskan jenis-jenis apungan dan jenis-jenis renang ?
A.
Media Digunakan
v. WhatsApp
vi. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Persiapan menjalankan aktiviti air
ii. Keyakinan di Air
iii. Apungan
iv.Kemahiran Asas Menyelamat
59
TUGASAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv.Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
UNIT 4 Aktiviti Kembara
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti kembara dijalankan.
ii. Menjelaskan apakah tujuan aktiviti kembara diadakan.
iii. Menyatakan langkah-langkah persediaan sebelum melakukan aktiviti kembara
iv. Menyatakan kepentingan amalan konservasi
60
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti kembara yang
dijalankan dalam setiap perkhemahan. Kembara didefinisikan sebagai satu perjalanan
yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran
fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang
sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan,
alam semulajadi.
KERANGKA TAJUK4.1. Kembara
4.2 Amalan Konservasi
.
4.1 Kembara
Kembara bermaksud mengikuti denai-denai atau lorong-lorong kecil yang dilalui
oleh manusia mahupun haiwan. Antara aktiviti kembara yang dijalankan ialah
berjalan merentas rimba atau berjalan lasak. Aktiviti ini merupakan sebahagian
daripada program perkhemahan semasa Bina Insan Guru. Tujuan aktiviti kembara
dijalankan adalah untuk:-
membina ketahanan fizikal dan mental
mengamalkan sikap berdikari semasa menjalankan aktiviti
membentuk semangat berpasukan yang nilai kerjasama yang tinggi
membina nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi
meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar
Sebelum aktiviti kembara dilaksanakan, perancangan perlulah dibuat dengan
teliti untuk mengelakkan kemalangan atau sesat perjalanan.
4.1.1. Persiapan Awal sebelum Memulakan Aktiviti Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu
maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti
kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam
kumpulan masing-masing
61
memberi nombor kepada para peserta
memberi penerangan berkenaan jarak dan gambaran perseki-
taraan yang akan ditempoh oleh setiap peserta
memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua
peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan,
pemandu arah dan perawat kecemasan
diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta seki-
ranya berlaku kecemasan
Aktiviti memanaskan badan
seorang ketua akan membuat aktiviti memanaskan badan
pastikan stamina dalam keadaan yang baik
sentiasa dalam keadaan yang bersedia
pastikan peralatan yang dibawa mencukupi dan tidak terlalu
banyak
Bacaan Doa
Bagi yang beragama islam, carilah yang mampu membaca doa
secara beramai-ramai
Bagi yang Non Muslim, mereka dibenarkan berdoa sendiri atau
pun berdiam diri
4.2. Amalan Konservasi
Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah
pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentinhnya
konservasi alam. ini akan membawa kese3daran kepada mereka tentang
kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif
terhadap alam.
Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat
disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa
yang mempunyai keberanian, bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika
dan mempunyai visi yang berwawasan.
62
Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan
aktivitinya di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pelatih guru yang mengikuti
program Bina Insan Guru (BIG). Aktiviti seperti berakit, menjelajah, mendaki
gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.
Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan sekiranya alam sekitar di negara kita
tidk dijaga dengan baik.
Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya
terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar
yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat
memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah
memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak
berlaku pencemaran.
4.2.1. Aktiviti Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu
bapa, badan kerajaan, NGO dan badan swasta untuk menimbulkan kesedaran
pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjur, pelajar akan dapat memahami
tentang kepentingan untuk memmelihara dan memulihara alam sekitar.
Kempen Kitar semula
Kempen-kempen yang barkaitan dengan mengurangkan bahan buangan,
mengguna semula dan mengitar semula 3R (reduce,reuse,recycle) di
sekolah-sekolah. pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan
atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar
mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula
akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini
sejak kecil lagi. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran
dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan
majalah-majalah maka bdapatlah memelihara dan memulihara dari aspek
tumbuhan.Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan
aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas
bermakna lebih banyak polkok akan ditebang. jikalau hutan tidak
63
dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi.
dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan
membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar
dan memelihara sumber alam sekitar.
Jungle Trekking/Kembara
Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti
penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang bkepentingan
dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-
pelajar ke Taman Negara. Banyak pengetahuan yang berkaitan alam
boleh diterangkan kepada para pelajar. Antaranya tumbuhan yang boleh
dijadikan ubat dan habitat bagi haiwan-haiwan.Di samping itu juga,
kesan-kesan pemusnahan hutan dan akibatnya boleh juga diterangkan
seperti banjir, tanah runtuh dan kepupusan flora dan fauna.
Perkhemahan
Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari
pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan
belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar
dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini,
mereka akan mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam
sekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat
meneruskan hidup. Habitat haiwan juga akan musnah, banyak bianatang
akan mengalami kepupusan.
64
UNIT 4b KEMBARA (DT)
KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit)
1.1 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari
(10 minit)
1.2 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi
aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input)
(20 minit)
1.3 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh
pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)
1.4 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)
1.5 Tamat
1.6 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
AKTIVITI 1 :
65Hasilkan sebuah peta konsep i-
Think berasaskan
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis aktiviti penghayatan alam semasa kembara.
2. Bincangkan persiapan yang diperlukan sebelum melaksanakan aktiviti kembara.
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Kembara
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti kembara
ii.Aktiviti merentas rimba /lasak
iii. Aktiviti penghayatan alam
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
66
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
TUGASAN
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
UNIT 5 Aktiviti Tali
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti tali dijalankan.
ii. Menyatakan langkah-langkah penjagaan dan keselamatan tali
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti tali yang
dijalankan dalam setiap perkhemahan. Aktiviti tali didefinisikan sebagai satu perjalanan
yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran
fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang
sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan,
alam semulajadi.
67
KERANGKA TAJUK5.1. Sejarah Tali
5.2 Aktiviti Tali
5.3 Jenis Tali
5.4 Penjagaan dan Keselamatan Tali.
5.1 Sejarah Tali dan Pembinaan TaliTali bermaksud untaian-untaian panjang yang dibuat dari berbagai bahan
yang berfungsi untuk mengikat, menarik, menjerat, menambat, menggantung
dsb. Secara etimologi, tali dapat diertikan sebagai segala sesuatu yang berkaitan
dengan fungsi dan kegunaan tali. Tali pada mulanya berasal dari bahan alam
semulajadi seperti dari akar-akar pohon. Namun mengikut perubahan masa tali
kini boleh dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan sintetik dan kimia.
Tali yang diperbuat dari alam semulajadi semata-mata adalah lebih
mudah rosak dan tidak tahan lama. Kebanyakan bahan alam semulajadi yang
digunakan untuk menghasilkan tali adalah seperti kapas, jut dan sabut kelapa
dan dari haiwan adalah seperti sutera dan bulu biri-biri. Bagi menghasilkan tali
yang bermutu tinggi dan tahan lama, para saintis telah berjaya mencipta tali
dengan cara menggabungkan kedua-dua elemen alam semulajadi dan sintetik
Pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan
dihasilkan oleh E.I. du Pont de Memors and Co. syarikatnya pada tahun 1938.
Tali dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada awalnya hanya dihasilkan untuk
kegunaan para pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak digunakan
untuk aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali tinggi & rendah.
5.2 Aktiviti Tali
5.2.1 Aktiviti AbseilingAbseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah.
Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat
aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.
Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi
saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta
apabila berada di tempat yang tinggi.
68
Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.
Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah
peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang
pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta
yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat
merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang
tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak
langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.
5.3 Jenis-jenis Tali
1) Tali Karmental (kernmantle)
Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan :
kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang membentuk satu
teras yang kuat ; dan
mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk
membentuk satu lapisan kulit luar.
Kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar. Gabungan bahan
semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope &
dynamic rope. Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di sahkan
oleh Union Internationale des Association d’Alpinisme (UIAA) yang
menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan aktiviti elemen tali. Ia
terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang dikenali sebagai
‘kern’ dan lapisan luar yang turut terdiri dari anyaman nylon yg dikenali
sebagai ‘mantle’ Tali kernmental adalah ringan dan boleh menambung
berat sehingga 2 ton metrik.
2) Tali Nylon
69
Nylon merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik yang
dikenali sebagai polyamid dan merupakan jenis tali yang paling mudah di
temui dipasaran.
Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat,
tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton.
3) Polyester - merupakan tali kategori polimer. Polyester turut dikenali
melalui nama saintifiknya iaitu polyethylene terephthalate (PET).
Polyester adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam
Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik untuk
tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts)
4) Hemp adalah merupakan tali yang diperbuat dari fiber-fiber tumbuhan
yang dipintal. Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas,
pokok jut, sabut kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan
sebagainya. Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia akan
menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah.
5) Hawser laid merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan
satu tali yang kukuh .Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada
hasilan 3 tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan
dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri
daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.
5.4. Penjagaan dan Keselamatan tali.1) Cara mencuci alatan
a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa
menggunakan sebarang bahan pencuci (mengelakkan
tindakbalas kimia). Tali yang kotor perlu direndam terlebih
dahulu, kemudian dicuci secara teliti dari hujung ke hujung tali.
2) Cara mengeringkan peralatan.
70
a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang
alik pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah
terus kepada cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya
tempat tersebut mestilah mempunyai kitaran udara yang baik.
Kaedah ini akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.
b) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan
dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar
hendak digunakan di masa hadapan.
3) Cara menggulung dan membawa tali karmental
a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan
dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar
hendak digunakan di masa hadapan.
b) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan
kaedah
i) Mountaineering
Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.
Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.
71
Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.
Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati
satu gulungan tali yang besar.
Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat
pada bahagian tengah gulungan secara simpul manuk.
72
ii) Butterfly
Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis.
Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5 meter.
Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.
Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.
Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali.
73
Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.
Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.
4) Kaedah membawa tali.
1) Kaedah membawa tali.
a) Menggunakan beg khas.
Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.
74
b) Menggalas di belakang.
Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di
belakang.
c) Menyilang di badan.
Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang
ke badan untuk dibawa ke lokasi.
d) Menggalas di sisi.
Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkai beg tangan.
75
5) Punca-punca Kerosakan Tali
5.1 Geseran
Kemungkinan disebabkan tali melalui bucu yang tajam
dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada
permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali
5.2 Terluka
Belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk
ke dalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan
lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus.
Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya
menjadi lebih besar
Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena
dengan air
Tali tidak tersusun dengan baik dan menyebabkannya
bengkok
5.3 Cuaca terlalu panas
Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat
Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada
jangka masa yang lama
5.4 Asid / alkali
Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi
apbila terkena asid atau pelarut atau sperid yang kuat
akan merosakkan tali
Sebagai langkah keselamatan, semua tali yang tercemar
hendaklah diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan
sama sekali)
5.5 Terkena serangan Cendawan @ kulat
Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas
apabila terkena cendawan atau kulat
Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah
dikeringkan tanpa menggunakan haba jika tidak digunakan
5.5 Tugasan
76
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis-jenis tali?
2. Jelaskan teknik-teknik menggulung tali?
3. Bincangkan kaedah-kaedah membawa tali?
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Aktiviti Tali
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti tali
ii.Pelbagai aktiviti menggunakan tali.
iii. Aktiviti penyelesaian masalah menggunakan tali
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
77
TUGASAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (MPUD2042)
PAGI
TG
H
PETANG
MALAM
5.00-
6.00
6.00-7.00
7.00-8.00
8.00-9.00
9.00-10.00
10.00-11.00
11.00-12.00
12.00-1.00
1.00-2.00
2.00-3.00
3.00-4.00
4.00-5.00
5.00-6.00
6.00-7.00
7.00-
8.00
8.00-
9.00
9.00-10.0
0
10.00-
11.00
HARI1
PERJALANAN
PEN
DA
FTA
RA
N D
AN
T
AK
LIM
AT
ME
ND
IRIK
AN
KH
EM
AH
(2J)
KE
YA
KIN
AN
AIR
(2J)
SOL
AT
/MA
KA
N/
PEN
GU
RU
SAN
DIR
I
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
(1J)
RE
FLE
KSI
TA
KL
IMA
T A
KT
IVIT
I/SO
P
HARI2 SO
LA
T
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
(1J)
MA
LA
YSI
AA
CE
RG
AS/
MA
KA
N (1
J)
AK
TIV
IIT
I AIR
(5J)
MA
KA
N /S
OL
AT
j
A
KT
IVIT
I K
EM
BA
RA
(5J)
SOL
AT
/MA
KA
N/
PEN
GU
RU
SAN
DIR
I
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
(1J)
RE
FLE
KSI
TA
KL
IMA
T A
KT
IVIT
I/SO
P
HARI3
SOL
AT
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
(1J)
AKTIVITI TALI (5 J)
MA
KA
N /S
OL
AT
A
KT
IVIT
I TA
LI
(2J
)
ET
IKE
T
SISI
AL
/PR
OT
OK
OL
(3J)
SOL
AT
/MA
KA
N/
PEN
GU
RU
SAN
DIR
I
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
(1J)
RE
FLE
KSI
AK
TIV
ITI
HARI4
SOL
AT
TA
ZK
IRA
H/ M
OR
AL
PE
NT
AK
SIR
AN
/
R
EFL
EK
SI
BR
EA
KC
AM
P/M
AJL
IS
PEN
UT
UP
PER
JAL
AN
AN
BA
LIK
78
BIBLIOGRAFI
Abdul Alim Abdul Rahim (2013), Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Carr,Bob.(2012) Camp Sights. 1st University of Minnesota Press.
Environmental Protection Agency (2008), Pennsylvania Ave,NW,Washington, DC
Federal Emergency Management Agency (2008), Mitigation Division, Washington, DC
Ikmalhisham bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.
Ismail Kamus, MohdAzrulAzizan Ab. Hamid (2013). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jabatan Perdana Menteri, (2014) Panduan Pengurusan Majlis Dan Acara. Kuala Lumpur: Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.
Knight, Richard L.(2012) Wildlife and Recreationists: Coexistence Through Managementand Research. Washington, D.C.: Island Press.
Krogerus, M., Tcshappeler, R. (2014), The Test Book. Profile Books Ltd., London.
Mohd Haji Mohd Tohar (2012), Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis. Kuala Lumpur : INTAN
Linggapan (2000) Definisi Pengertian Standard Operasi Prosedur. Manado, Grameda
79
PANEL PENGGUBALMPUD2042 BINA INSAN GURU
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Nazri Bin Bedin
Sarjana Pendidikan Sains Sukan, UPSISarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (UPSI)Sijil Perguruan Asas (MPSAH)
2 Mohd Zainuri Bin Embi
Sarjana Sains (Sains Sukan), UPMSarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian, UiTMKursus Sijil Perguruan Khas PJK (MPSAH)Sijil Perguruan Asas (MPMK)
3 Mohd Sidek Bin MuhamadSarjana Sains (Pentadbiran Pendidikan), UPMSarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPM)Sijil Perguruan Asas ( MPSI)
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
80
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
81
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
82