inventori personaliti warna sidek

10
UJIAN PERSONALITI AKMAL MUSTAFA AMRU OTHAMAN UJIAN & PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI (TP24123)

Upload: akmalmustafakamal

Post on 10-Jun-2015

13.892 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inventori Personaliti Warna Sidek

UJIAN PERSONALITI

AKMAL MUSTAFA AMRU OTHAMAN

UJIAN & PENGUKURANDALAM PSIKOLOGI

(TP24123)

Page 2: Inventori Personaliti Warna Sidek

LATAR BELAKANG UJIANINVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW) merupakan pengubahsuaian berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan Don Lowry melalui kad-kad aktiviti true colours.

- Dibina oleh Dr. Sidek Mohd Noah dan pelajar Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT).

- Draf asal mengandungi 200 item; setiap jenis personaliti warna mewakili 50 item. Namun 100 item yang benar-benar bermutu & signifikan sahaja telah dimuatkan.

- Mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’

- 4 skala yang mewakili personaliti warna; Emas, Hijau, Biru & Jingga.  

Page 3: Inventori Personaliti Warna Sidek

NAMA : Sidek Bin Mohd NoahJAWATAN : Professor PersatuanKELAYAKAN : - Sarjana Pendidikan (Bachelor of Education) di UPM- Master of Science, Degree (Western Michigan)- Doktor Falsafah, Ph.D. (UKM) JABATAN : Bimbingan & KaunselingBIDANG PENGKHUSUSAN : Kaunseling Kerjaya, Penilaian dalam Kaunseling

INVENTORI DIHASILKAN :Inventori Personaliti Sidek (IPS), Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS), Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) & Inventori Personaliti Warna (IPW).

PENCIPTA UJIAN

Page 4: Inventori Personaliti Warna Sidek

PENTADBIRAN UJIAN

- Masa : 30 minit

- Responden perlu menjawab berdasarkan jawapan yang benar-benar menerangkan mengenai diri mereka menerusi item-item tersebut.

KAEDAH MENGIRA SKOR

1) Menghitung bilangan ‘Ya’ sahaja pada setiap lajur Emas, Hijau, Biru & Jingga 2) Bilangan ‘Ya’ terbanyak pada salah satu lajur dikira mewakili

ciri personaliti individu tersebut.

Page 5: Inventori Personaliti Warna Sidek

PENAFSIRAN UJIAN1. EMAS

Kata Kunci: Bertanggungjawab

CIRI-CIRI UMUM CIRI-CIRI PERIBADI

Keibubapaan, ikut adat resam, setia,

tradisional atau konservatif, praktis,

waras fikiran, boleh dipercayai,

bertanggungjawab, berperaturan dan

bersistem.

Mengikut peraturan, taat & boleh

diharap, tahu baik & buruk, seorang

yang teliti, menghormati masa,

berperaturan dan sistematik,

menghargai hidup berkeluarga/tradisi,

keibubapaan, memelihara adat resam,

gemar menolong.

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA CIRI-CIRI SEMASA KANAK-KANAK

Menjaga kestabilan, menyusun atur,

mengorganisasikan kerja, terperinci

dalam urusan, bekerja keras, bekerja

sebelum bermain, mengikut peraturan,

bekerjasama dan mengikut kebiasaan

(rutin)

Ikut undang-undang, memahami &

menghormati pihak berkuasa, selesa

dengan rutin pelajaran

Page 6: Inventori Personaliti Warna Sidek

1. HIJAU

Kata Kunci: Perasaan Ingin Tahu yang Tinggi

CIRI-CIRI UMUM CIRI-CIRI PERIBADI

Cenderung dan cekap dalam

pelbagai lapangan, mereka cipta,

ingin mengetahui, memahami

konsep, berpengetahuan luas, bijak

dan mahir, panjang akal, pemikiran

berasaskan logik

Gemar mereka cipta suatu yang

baru, menjalankan tugas dengan

sempurna, minat tentang konsep,

tanggapan & idea, panjang akal,

tenang, berprinsip dan jujur serta

analitikal

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA CIRI-CIRI SEMASA KANAK-KANAK

Kerja itu suatu permainan,

menjalankan tugas/cabaran dengan

tenang, gemar mereka cipta model,

gemar meneroka idea, beralih ke

projek lain setelah sempurna suatu

idea

Pemikirannya lebih tua dari umur,

fokus kepada perkara yang diminati

(mendapat pencapaian yang tinggi

dalam subjek yang merangsang

mental), sering menyoal guru/orang

lain, menghormati guru sebelum

belajar dengan mereka

Page 7: Inventori Personaliti Warna Sidek

1. BIRU

Kata Kunci: Sukakan Keharmonian

CIRI-CIRI UMUM CIRI-CIRI PERIBADI

Tulen, mesra, mengasihani. Unik,

berkebolehan menyelami perasaan

dan pemikiran orang lain,

penyayang & setia, berseni, sering

memberi inspirasi, penuh kasih

sayang & bersemangat

Mahu rasa unik, mudah simpati,

mencari makna dalam kehidupan,

ingin perhubungan yang mesra,

mampu menyelami perasaan orang

lain, berkarya, memberi ilham

puitis, romantis, imaginatif

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA CIRI-CIRI SEMASA KANAK-KANAK

Dorongan yang kuat untuk

pengaruhi orang lain, bekerja

dalam bidang seni & pendidikan,

profesion menolong orang lain,

bermotivasi

Sangat imaginatif, agak sukar

untuk menyesuaikan diri dalam

struktur sekolah, mahu

pengiktirafan, tidak suka

perbalahan dalam diri, sukakan

galakan & bukan persaingan (tidak

suka dibandingkan dengan orang

lain)

Page 8: Inventori Personaliti Warna Sidek

1. JINGGA

Kata Kunci: Suka Mengembara ( Adventurous )

CIRI-CIRI UMUM CIRI-CIRI PERIBADI

Cergas, pandai guna kesempatan,

spontan, suka pertandingan,

tergopoh-gapah tetapi bersemangat,

realistik, berfikiran terbuka, gemar

pengalaman luar biasa yang

merbahaya tetapi menyeronokkan,

berani, bertindak atas desakan fikiran,

suka keseronokan

Bertindak spontan, berjenaka,

menawan, menganggap hidup sebagai

permainan, sukakan keseronokan dan

sesuatu yang memberangsangkan,

suka akan persaingan, kadangkala

tindakan tergopoh-gapah tetapi

bersemangat dan menimbulkan kesan

yang mendalam, sukakan pengalaman

yang merbahaya tetapi

menyeronokkan

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA CIRI-CIRI SEMASA KANAK-KANAK

Bosan & gelisah jika kerja

berstruktur, rigid & ikut rutin, puas

hati dalam kerja yang memberikan

kebebasan, dapat guna koordinasi

fizikal dan alatan

Kesulitan besar untuk menyesuaikan

diri dengan rutin sekolah, belajar

dengan cara amali dan bukannya

membaca atau mendengar,

pembelajaran memerlukan

penglibatan fizikal, suka bersaing &

inginkan keseronokan

Page 9: Inventori Personaliti Warna Sidek

Menurut Brown (1983), adalah tidak mungkin suatu ujian memberikan jawapan yang tepat. Namun ujian tersebut boleh ditentukan melalui beberapa keperluan minimum seperti: 1) Ujian mestilah mempunyai kegunaan & memberi faedah kepada pengguna. 2) Keberkesanan dalam membuat keputusan dengan menggunakan ujian mestilah lebih baik berbanding ujian lain.

KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN

Page 10: Inventori Personaliti Warna Sidek

Dalam menentukan kebolehpercayaan IPW, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebagaimana yang dinyatakan Mohd Najib Konting (1990) : PENYATAAN ITEM YANG TEPAT & JELASPenyataan yang terdapat dalam IPW mudah difahami dan jelas dengan menggunakan bahasa yang formal supaya sesuai ditadbir dalam pelbagai lapisan masyarakat. ARAHAN UJIAN MESTILAH JELAS, RINGKAS & PADATArahan yang terkandung dalam IPW sangat mudah difahami, ringkas & padat.