isi tajuk mendaki
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
1/27
1
1.0 PENGENALAN
Mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti yang dikategorikan sebagai sukan yang lasak
dan jenis sukan ini lebih sesuai dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai ketahanan
badan atau stamina yang tinggi. Aktiviti pendakian ini dijalankan oleh pendaki di alam
terbuka yang liar, sebuah habitat yang bukan dimiliki oleh manusia.
Pendaki yang baik akan sedar bahawa terdapat unsur-unsur yang membahayakan
semasa menjalankan aktiviti pendakian ini yang terbahagi kepada bahaya objektif dan
bahaya subjektif. Bahaya objektif adalah bahaya yang datang daripada sifat-sifat alam
tersebut. Misalnya, gunung tersebut bersuhu yang sangat dingin dan ditambah dengan angin
yang kencang, tiada tempat untuk berteduh semasa hujan, kecuramam permukaan yang
mungkin menyebabkan orang tergelincir dan ditambah lagi dengan batu-bata yang
berjatuhan serta malam yang gelap gelita. Kesemua sifat bahaya ini tidak dapat diubah olehkuasa manusia.
Bahaya jenis subjektif pula datangnya daripada pendaki itu sendiri. Contoh-contohnya
adalah seperti yang berikut:
y Adakah persiapan seseorang pendaki itu sebelum mendaki gunung adalah cukup?
y Adakah seseorang pendaki itu berehat dengan cukup?
y Adakah seseorang itu mempunyai kekuatan yang mencukupi?
y Adakah pengetahuan tentang kompas seseorang pendaki itu memadai untuknya
menjalankan aktiviti pendakian?
Sebagai satu gambaran yang jelas menunjukkan betapa bahayanya aktiviti pendakian
ini adalah melalui data atau statistik pendakian. Menurut Sumber Badan SAR Nasional
Republik Indonesia pada tahun 2001, dari bulan Januari 1998 sehingga April 2001, terdapat
47 orang pendaki yang menjalankan pendakian gunung di Indonesia ditimpa dengan
kemalangan. Daripada jumlah tersebut, 10 orang yang meninggal dunia, 8 orang yang hilang,
2 orang pendaki cedera parah dan seorang yang cedera ringan.
Satu lagi kumpulan data yang dijalankan oleh negara New Zealand, terdapat 49
pendaki yang terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 44 orang pendaki atau 90%
daripadanya meelibatkan diri dalam aktiviti pendakian ini lebih daripada lima tahun. 23 orang
atau 47% pendaki pernah mengalami kemalangan semasa aktiviti pendakian gunung. Pada
tahun keempat kajian ini dijalankan, kemalangan yang berlaku bertambah sembilan kes dan
daripada jumlahnya empat kes kemalangan merupakan kes maut. Dengan kumpulan data
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
2/27
2
tersebut, Erik (2005) telah membuat kesimpulan bahawa pendakian gunung ini merupakan
aktiviti yang mempunyai risiko kecederaan parah dan kemautan yang agak tinggi.
2.0 GRED MENDAKI GUNUNG
Dalam bidang pendakian gunung, pendaki telah mengamalkan satu pembahagian gred
pendakian untuk menyatakan tahap kesukaran dan tahap bahaya terhadap pendakian
gunung tersebut. Pelbagai aspek telah dikenalpasti dan setiap aspek tersebut mempunyai
sistem pengredan masing-masing. Selain itu, negara yang berlainan juga turut menghasilkan
sistem pengredan mendaki mereka masing-masing.
Terdapat beberapa aspek yang diambil kira dalam penentuan gred mendaki gunung
atau tahap kesukarannya. Antaranya termasuklah tahap teknikal yang ditemui, keupayaanstamina badan yang diperlukan, komitmen yang diperlukan dan juga tahap kesukaran dalam
melindungi pendaki (Wikipedia, 2008).
Salah satu pengredan mendaki gunung yang selalu digunakan oleh pendaki ialah
Sistem Perpuluhan Yosemite (Yosemite Decial System, YDS). YDS ini merupakan sistem
pengredan yang digunakan oleh pendaki Kelab Sierra di banjaran Sierra Nevada yang terletak
di Amerika Utara pada tahun 1930-an. Sistem pengredan ini amat dikenali dan tersebar luas
di Kanada dan ke seluruh Amerika pada tahun 1950-an. Walaupun sistem pengredan ini
sangat terkenal, tetapi YDS ini hanya diaplikasikan pada beberapa jenis pendakian gunung
sahaja. Pengklasifikasian kelas YDS ini berdasarkan tahap kesukaran teknikal seperti yang
ditunjukkan dalam jadual yang berikutnya:
KELAS CIRI-CIRI
Kelas 1 Permukaan yang kurang berisiko untuk cedera.
Jika jatuh, tidak akan menyebabkan kematian.
Kelas 2
dan
kelas 3
Pendaki berupaya mendaki gunung dengan bantuan tangan.
Mempunyai risiko berhadapan dengan kecederaan yang serius.
Jika terjatuh, tidak akan menyebabkan kematian.
Kelas 4 Melibatkan langkah yang lebih pendek.
Pendaki perlu mendaki gunung dengan bantuan tali.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
3/27
3
Jika terlepas daripada tali akan menyebabkan kematian.
Kelas 5 Merupakan pendakian gunung batu (true rock climbing)
Memerlukan kemahiran mendaki gunung.
Pendaki perlu mendaki gunung dengan bantuan tali.
Jika terlepas daripada tali akan menyebabkan kematian.
Jadual 2.1: Pengredan mendaki gunung berdasarkan tahap kesukaran teknikal
Selain pengkelasan mengikut tahap kesukaran teknikal, satu lagi cara pengredan mendaki
adalah berdasarkan tempoh masa yang digunakan untuk mendaki gunung tersebut. Cara
pengkelasan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikutnya:
GRED TEMPOH MASA
Gred I Satu hingga dua jam
Gred II Kurang daripada setengah hari
Gred III Setengah hari
Gred IV Sehari
Gred V Dua hari
Gred VI Beberapa hari
Gred VII Lebih daripada seminggu
Jadual 2.2: Pengredan mendaki gunung berdasarkan tempoh masa yang digunakan
3.0 JENIS GUNUNG
Sebahagian besar permukaan Bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis yang utama iaitu gunung lipat, gunung bongkah dan gunung berapi.
3.1 Gunung Lipat
Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-
tekanan yang kuat dalam kerak Bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
4/27
4
y
g
k
b
rk
d
r
p
r
p
k
g
c
k
gk
r
k
d
y
b
bk
p
r k
d b
r
R
:
b
k
g
g
p
c
g
g
p
d
s
p
r
y
g b
rk
y
:
y G g H !"
#
"
y"
d $
s "
y G % & % & g'
( ps d ) 0 % r1
p2
3
y G 4 5 4 5 g6
5 d7
s d 86
9
7
r 8 k@
A
7
B
@
C
@
5
y G D E D E g RF
ck GH
s d GI
P
H
r G kQ
R
S
Q
rQ
y G T U T U g V rW
X s d Y R T ss YW
RW
W
a
b
c
b
: G T U T U g H Y dW
X
W
yW
U (se
be
X
W
a k Y r Y ) dW
U G T U T U gf
X ps (se
be
X
W
a kW
U
W
U )
GUNUNG LIPAT
KERAK BUMI
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
5/27
5
3.2 Gunung bongkah
Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin
disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau
memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau
meninggi dari aras sekitarnya.
Rajah 3.4: Pembentukan gunung bongkah
Contoh-contoh gunung bongkah adalah seperti yang berikutnya:
y Gunung Sierra Nevada di Amerika Utara
y Gunung Harz di Jerman
Rajah 3.5: Pemandangan Gunung Sierra Nevada, Amerika Utara
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
6/27
6
3.3 Gunung berapi
Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi.
Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-
bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis -lapis
hingga membentuk kon gunung berapi.
Rajah 3.6: Pembentukan gunung berapi
Contoh-contoh gunung berapi termasuklah gunung-gunung yang berikutnya:
y Gunung St. Helens di Amerika Utara
y Gunung Pinatubo di Filipina
y Gunung Kea dan Gunung Loa di Hawaii
Rajah 3.7: Pemandangan dari atas Gunung Pinatubo di Filipina yang menunjukkan kawah
gunung tersebut.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
7/27
7
Rajah 3.8: Kesan tinggalan lava selepas letusan gunung berapi Gunung Loa, Hawaii
4.0 MENGAPA MENDAKI GUNUNG?
Tujuan individu mahupun kumpulan mendaki gunung adalah untuk menjalankan aktiviti lasak.
Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang lasak yang memerlukan tahap kecerdasan
tinggi bagi peserta yang menyertainya. Aktiviti ini menguji daya ketahanan tubuh peserta
dan mentaliti serta stamina untuk menghadapi bahaya serta cabaran yang bakal mereka
tempuhi.
Kedua, aktiviti ini dapat mendekatkan peserta kepada alam semula jadi yang
sememangnya sangat indah. Peserta dapat merasai sendiri keindahan alam semula jadi yang
tidak dapat dinikmati oleh semua orang di zaman ini. Hal ini kerana aktiviti ini dijalankan di
tengah-tengah hutan yang sangat luas dan liar.
Ketiga, aktiviti ini juga dianggap satu riadah atau rekreasi bagi sesetengah orang.
Aktiviti ini dianggap demikian kerana aktiviti ini dapat menghindari peser ta daripada suasana
hiruk piruk kota. Suasana hutan dan gunung yang sangat tenang serta harmoni dapat
menenangkan fikiran bagi peserta yang sibuk dengan kerja seharian.
Keempat, aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta untuk bertekad menuju impian
yang ingin dicapai. Tidak ramai yang berjaya menawan sesuatu pendakian terutama
pendakian gunung yang sangat tinggi seperti Gunung Everest, namun berbekalkan keazaman
dan tekad yang tinggi, sekitar 400 orang telah berjaya menawan gunung tersebut. Pendakian
seperti ini dapat mengajar peserta untuk fokus dan membentuk semangat perjuangan yang
tinggi dalam diri peserta untuk menuju pendakian sehinnga tamat.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
8/27
8
Kelima, mendaki gunung dapat mengukur kemampuan diri peserta. Kemampuan yang
dimaksudkan bukan sahaja berkaitan dengan tubuh badan tetapi juga dari segi mentaliti
peserta. Peserta perlu bersedia dari segi fizikal, rohani dan juga mentaliti agar segala
perjalanan menuju puncak gunung yang didaki dapat dilaksanakan dengan lancar.
Persediaan ini dapat membentuk jati diri peserta untuk menghadapi segala rintangan sertakepayahan yang bakal mereka hadapi kelak dalam perjalanan mendaki gunung.
Risiko mendaki gunung sememangnya sangat tinggi dan sangat sukar untuk diramal,
Oleh itu, tujuan yang seterusnya adalah pengalaman yang bakal diperolehi pendaki juga
tujuan mendaki gunung. Pengalaman yang bakal diperolehi peserta amat bernilai dan tidak
ada pada orang lain melainkan orang yang pernah mendaki gunung. Pengalaman inilah yang
akan membentuk sahsiah serta self-esteem peserta dalam menghadapi cabaran hidup di
dunia yang penuh dengan cabarn dan dugaan ini.
5.0 PERALATAN DAN BEKALAN MENDAKI
Aktiviti mendaki memerlukan peralatan yang khusus untuk perlindungan, keselamatan dan
keselesaan sepanjang aktiviti. Peralatan-peralatan asas yang mudah dibawah, tahan lasak
dan ringan perlu disediakan untuk menjalankan aktiviti mendaki. Contoh peralatan yang perlu
disediakan adalah seperti beg atau backpack yang mempunyai internal frame yang dapat
diperluas daya tampungnya. Beg ini haruslah sesuai, ringan, kalis air, dan selesa dipakai. Beg
ini bertujuan untuk menyimpan barang-barang yang hendak dibawa ketika mendaki seperti
baju hujan, makanan, peti kecemasan dan sebagainya.
Rajah 5.1: Backpack
Alas kaki, kasut trekking, selipar atau sandle juga merupakan peralatan yang diperlukan
semasa mendaki. Kasut yang dipilih untuk mendaki haruslah berkualiti serta menjamin
keselesaan dan keselamatan. Kaus kaki dari bahan wol atau sintetis yang dapat menahan
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
9/27
9
udara dinding juga diperlukan semasa mendaki mengikut keadaan tempat. Selain itu, stokin
yang selesa juga perlu dipakai semasa mendaki.
Rajah 5.2: Kasut trekking
Semasa mendaki, cuaca akan berubah mengikut ketinggian gunung. Jadi adalah perlu
untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian ke sesuatu destinasi. Ini termasuklah pakaian
trekking, pakaian di kem site, dan untuk pulang. Baju sejuk dan sarung tangan juga perlu
disediakan. Penutup kepala juga disediakan sebelum mendaki. Baju sejuk, sarung tangan dan
penutup kepala diperlukan untuk mengelakkan seseorang daripada kesejukan apabila
mendaki ke aras yang lebih tinggi.
Rajah5.3: Baju sejuk
Peralatan yang lain termasuklah sleeping bag, sleeping mat, lampu suluh atau headlamp
dan bateri tambahan, pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian,
mancis, lighter dan tongkat. Sleeping bag atau sleeping mat yang dibawa hendaklah
berkualiti dan dapat memberi perlindungan. Penyediaan lampu suluh atau headlamp adalah
perlu untuk memberikan cahaya kepada pendaki pada waktu malam. Pendaki haruslah
memastikan bahawa bateri tambahan disediakan untuk mengelakkan kehabisan bateri. Baju
hujan diperlukan jika hujan semasa mendaki manakala pisau atau parang diperlukan untuk
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
10/27
10
memotong semak samun atau apa apa sahaja semasa mendaki. Adalah penting untuk
membawa ubat persendirian seperti ubat alahan semasa mendaki.
Rajah 5.4: sleeping bag
Rajah 5.5: Baju hujan
Untuk bekalan makanan pula, makanan yang dibawa semasa mendaki hendaklah
disediakan dari jenis yang ringan, ringkas dan tidak tumpah. Makanan ringan seperti coklat
dan air pemberi tenaga seperti 100 plus dan red bull merupakan makanan yang boleh
disediakan oleh pendaki. Peralatan penunjuk waktu dan navigasi juga diperlukan semasa
mendaki. Contohnya, peta kontur, kompas dan altimeter. Peralatan ini adalah sangat penting
semasa mendaki kerana pendaki memerlukan peralatan tersebut untuk menentukan arahsemasa mendaki. Selain itu, first aid kit dan snake bite kit juga merupakan peralatan yang
diperlukan untuk mendaki.
Dalam menjalankan aktiviti mendaki, peralatan yang diperlukan adalah berbeza mengikut
keadaan atau tempat yang akan didaki. Seseorang pendaki haruslah mengetahui keadaan
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
11/27
11
destinasi yang akan didaki dan menyediakan segala peralatan yang diperlukan. Perlatan yang
disediakan haruslah bersesuaian, mudah dibawa dan tahan.
6.0 PERKARA YANG PERLU AMBIL PERHATIAN SEBELUM MENJALANKAN
AKTIVITI MENDAKI
Sebelum aktiviti mendaki dijalankan, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian bagi
memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Perkara utama yang perlu dibuat
ialah ahli jawatankuasa yang terlibat perlu mengadakan sekurang-kurangnya empat kali minit
mesyuarat. Mesyuarat ini dijalankan bertujuan membincangkan tentang aktiviti mendaki,
tempoh aktiviti tersebut dijalankan, tujuan pelaksanaan aktiviti tersebut, menetapkan lokasi
mendaki dan sebagainya mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.
Selepas perbincangan dibuat, ahli jawatankuasa yang terlibat misalnya setiausaha
perlu membuat kertas kerja dan berbincang dengan pihak yang terlibat mengenai
perancangan aktiviti yang hendak dilaksanakan. Langkah seterusnya adalah mendapat
kelulusan daripada pihak yang berkaitan serta mengurus tempat dan surat-menyurat kepada
pihak yang terlibat dengan aktiviti mendaki. Oleh kerana mendapat kelulusan daripada pihak
yang terlibat kemungkinan mengambil masa yang panjang, maka kertas kerja sepatutnya
disiapkan lebih awal misalnya tiga atau empat bulan sebelum aktiviti mendaki dilaksanakan.
Selepas mendapat kelulusan pelaksanaan aktiviti, tugas ahli jawatankuasa yang
terlibat adalah memastikan peserta yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan menjalani
pemeriksaan doktor bagi membolehkan peserta dapat mengambil bahagian dalam aktiviti
mendaki yang dijalankan atau tidak. Memandangkan aktiviti mendaki tergolong dalam aktivti
lasak, maka kesihatan para peserta perlu diambil kira untuk mengelak sebarang masalah
yang serius semasa pelaksanaan aktiviti mendaki. Pihak pengurusan juga perlu
memaklumkan kepada peserta yang mempunyai masalah kesihatan agar tidak digalakkan
untuk menyertai aktiviti mendaki.
Pengangkutan untuk para peserta juga perlu disediakan untuk memudahkanperjalanan para peserta ke lokasi mendaki yang telah ditetapkan. Selain itu, peralatan-
peralatan yang diperlukan untuk aktiviti mendaki perlu disediakan lebih awal untuk
mengelakkan sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan. Hal yang tidak kurang pentingnya
juga adalah berkaitan dengan keselamatan. Permit pihak berkuasa perlu disediakan. Selain
itu, pihak berkuasa seperti pegawai polis dan pegawai bomba perlu dimaklumkan terlebih
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
12/27
12
dahulu tentang aktiviti yang akan dijalankan. Peserta perlu diberikan alamat dan nombor
kecemasan untuk langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan semasa aktiviti
dijalankan. Kebenaran ibu bapa juga diperlukan terutamanya bagi peserta yang terdiri
daripada pelajar sekolah.
Langkah seterusnya adalah ahli-ahli jawatankuasa yang sudah ditetapkan perlumemastikan tempat penginapan, makanan, minuman dan sebagainya untuk para peserta
adalah mencukupi sebelum aktiviti mendaki dijalankan. Ini bagi memastikan kebajikan para
peserta yang menyertai aktiviti mendaki dapat dipenuhi. Langkah terakhir yang perlu dibuat
sebelum aktiviti mendaki dijalankan ialah ahli jawatankuasa yang terlibat perlu memaklumkan
kepada peserta peraturan-peraturan yang harus diikuti semasa aktiviti dan memaklumkan
kepada para peserta kelengkapan-kelangkapan yang perlu dibawa semasa aktiviti mendaki.
7.0 PERKARA YANG PERLU AMBIL PERHATIAN SEMASA MENJALANKAN
AKTIVITI MENDAKI
Semasa mendaki, semua peserta hendaklah mematuhi tentatif yang telah dirancangkan.
Pengurusan masa yang tepat hendaklah diutamakan bagi melicinkan lagi program mendaki
tersebut. Seorang ketua yang dilantik memainkan peranan yang amat penting bagi
memastikan perjalanan semasa mendaki mematuhi tentatif dan perancangan yang telah
diatur. Setiap pendaki perlu memastikan diri mereka sentiasa berada dalam kumpulan bagi
mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini. Sekiranya sesetengah pendaki memerlukan
rehat semasa pendakian, ketua haruslah memaklumkan kepada semua kumpulan untuk
berhenti sebentar. Dalam keadaan ini juga, disiplin yang tinggi daripada setiap pendaki
diperlukan bagi menlancarkan pendakian tersebut. Sebagai peserta pendakian tersebut,
setiap ahli hendaklah mendengar dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh ketua.
Selain daripada itu, berat bebanan yang dibawa semasa mendaki perlulah diberi
perhatian oleh setiap peserta. Ini bagi mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh
pendaki semasa melakukan pendakian. Teknik yang betul untuk membawa bebanan tersebut
juga perlulah diberi perhatian oleh setiap pendaki. Sebagai contoh, pada laluan yang lebihlandai, pendaki bolehlah meletakkan barangan yang berat dibahagian atas dekat dengan
kepala. Bagi barangan yang sederhana berat pula, pendaki harus meletakkanya di dua
bahagian iaitu di bahagian tengah (dekat dengan punggung) dan juga di bahagian atas luar
bagi menutup bahagian berat manakala barangan yang ringan pula diletakkan di bahagian
tengah luar.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
13/27
13
Pada laluan yang agak curam pula, penyusunan bebanan yang dibawa juga perlu
diberi perhatian. Barang yang sederhana berat diletakkan di bahagian atas, manakala
barangan yang berat diletakkan di bahagian punggung dan pinggang. Bagi barangan yang
ringan pula, bolehlah diletakkan pada bahagian luar menutupi barang yang paling berat.
Dalam kedua-kedua teknik yang dinyatakan tersebut, sekiranya peserta membawakelengkapan seperti sleeping bag, ianya diletakkan pada bahagian yang bawah sekali.
Selain itu juga, teknik pendakian yang betul juga perlu diambil perhatian yang serius
oleh para pendaki. Walaupun bukan keseluruhan laluan mendaki dari tempat mula mendaki
hingga ke puncak memerlukan teknik mendaki, namum teknik yang betul perlu diambil
perhatian yangs serius. Adalah penting bagi setiap pendaki mengambil kira keadaan bentuk
muka bumi yang dilalui bagi mengurangkan tekanan pada bahagian otot dan lutut. Perlu
diambil perhatian juga, pendaki digalakkan untuk memperlahankan langkah pada awal
pendakian supaya membolehkan badan pendaki dapat menyesuaikan diri dengan altitude
ketinggian. Sebagai contoh, pada altitude 3 000 meter, kandun gan oksigen hanya 70%
berbanding pada paras aras laut. Perlu diingat juga, kebanyakan pendaki mengalami
kecederaan semasa turun dari bukit ataupun gunung tersebut. Jadi, perhatian yang serius
pada keselamatan diri perlulah dititikberatkan oleh setiap pendaki tidak kira dalam apa
keadaan sekali pun.
Selain daripada itu, jika pendaki perlu memakan ubat semasa mendaki, pendaki
perlulah memaklumkan kepada doktor ataupun bahagian perubatan sebelum pendakian. Ini
kerana altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan kepada ubatan yang diambil
sebelum pendakian tersebut. Semasa mendaki juga, setiap pendaki hendaklah mengambil
perhatian yang serius pada perubahan diri sendiri. Ini kerana bukan semua pendaki
mengalami perubahan dan kesan yang sama apabila menghadapi perubahan altitude.
Sekiranya peserta mengalami kesan acute gunung (Acute Mountain Sickness) yang ringan
seperti sakit kepala, pening, tidak mampu untuk bernafas, tiada selera makan, susah untuk
tidur dan juga muntah-muntah, pendaki dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan seperti
paracetamol atau ubat tahan sakit. Kebiasaannya kesan AMS ini dapat diatasi dengan
mengambil ubatan tersebut. Tetapi sekiranya kesan AMS tersebut tidak hilang selepas
memakan ubatan tersebut, pendaki dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian kerana
bimbang membawa kesan yang lebih teruk.
Antara lain perkara yang perlu diambil perhatian oleh pendaki semasa melakukan
pendakian ialah dilarang sama sekali untuk membuang sampah merata-rata tempat. Sampah
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
14/27
14
sarap yang terhasil perlu dikumpul pada tempat yang tertentu bagi memudahkan untuk
membawa kembali sampah tersebut apabila turun nanti. Selain daripada keselesaan pendaki
lain nanti, kebersihan alam sekitar juga dapat dikekalkan. Selain itu, perkara yang perlu
diambil perhatian ialah, setiap pendaki dilarang sama sekali untuk berbuat bising. Ini bagi
mengelakkan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan juga bagi menghormati keadaan disesuatu tempat.
8.0 PERKARA YANG PERLU AMBIL PERHATIAN SELEPAS MENJALANKAN
AKTIVITI MENDAKI
8.1 Mengadakan analisa
Perkara ini selalunya adalah memerlukan penglibatan keseluruhan bahagian ahli
jawatankuasa yang berkerjasama menjayakan program ini. Persidangan ini selalunya
dijalankan sejurus selepas sesuatu aktiviti itu telah berakhir. Ini bermaksud sejurus Program
Mendaki ini telah berakhir maka kesemua ahli jawatankuasa ini akan berkumpul dan
mengadakan persidangan ini. Persidangan ini juga adalah lebih dikenali sebagai post
mortem. Dalam hal ini, kesemua ahli jawatankuasa adalah layak untuk memberikan
pendapat yang bernas mengenai semua aktiviti yang telah dijalankan iaitu dari awal sehingga
akhir aktiviti ini berlangsung.
Tujuan sesuatu program ini menjalankan analisa, khususnya Program Mendaki ini
adalah bagi tujuan untuk menilai semula aktivti yang telah dijalankan dan untuk
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam program ini bagi tujuan
mengambil tindakan selanjutnya. Oleh itu, segala kebaikan yang wujud semasa program
mendaki ini berlangsung akan diteruskan, manakala segala kelemahan yang telah dikenal
pasti akan dapat diperbaiki sekiranya program seperti ini akan dijalankan pada masa yang
akan datang. Adalah penting bagi setiap ahli jawatankuasa yang terlibat menyuaraka segala
pendapat mereka dengan jujur, agar tindakan yang bakal diambil adalah rasional.
Dalam masa persidangan ini berlangsung, Setiausaha Program Mendaki ini
bertanggungjawab untuk mencatat segala pendapat yang diutarakan oleh semua ahlijawatankuasa, ini adalah penting bagi tujuan untuk catatan laporan Program Mendaki ini.
8.2 Pembentangan dan laporan
Pembentangan Program Mendaki ini adalah merupakan tanggungjawab ahli jawatankuasa
tertinggi program ini. Pembentangan akan dijalankan dihadapan pihak atasan.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
15/27
15
Pembentangan ini adalah meliputi segala aktiviti yang telah dijalankan serta kegunaan wang
bagi menjayakan Program Mendaki ini.
Ahli jawatankuasa teratas ini akan menerangkan segala aktiviti yang telah dijalankan
sebelum, semasa dan selepas Program Mendaki ini berjaya dilaksanakan. Dalam masa yang
sama juga, kegunaan kewangan sepanjang program ini berlangsung juga akan dibentangkan.Ini adalah penting untuk mengenalpasti hala tuju sejumlah wang yang telah digunakan itu,
dalam masa yang sama bagi memastikan tidak berlaku penggunaan wang untuk tujuan lain
yang tidak berkaitan dengan Program Mendaki.
8.3 Pengedaran sijil penghargaan dan penyertaan
Adalah wajib bagi setiap ahli jawatankuasa yang terlibat untuk diberikan penghargaan atas
segala usaha dan perkhidmatan yang telah mereka berikan untuk menjayakan Program
Mendaki ini. Selalunya, penghargaan di atas jasa setiap ahli jawatankuasa ini, tidak kira
tinggi mahupun rendah adalah dalam bentuk sijil. Sekiranya, segala laporan program adalah
di bawah tanggungjawab Setiausaha, namun dalam hal ini adalah menjadi tanggunjawab ahli
jawatankuasa Urus Setia untuk menyediakan sijil kepada setiap yang terlibat.
Tidak dilupakan juga sijil penyertaan kepada setiap peserta yang terlibat. Setiap
peserta yang terlibat dalam Program Mendaki ini adalah layak untuk mendapatkan sijil
penyertaan yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa Urus Setia itu. Pengedaran sijil
penghargaan dan penyertaan ini juga adalah di bawah kelolaan bahagian Urus Setia.
8.4 Mendokumentasikan Program Mendaki
Perkara terakhir yang harus dilaksanakan selepas sesuatu program ataupun aktiviti Mendaki
itu berakhir ialah mendokumentasikan Program Mendaki tersebut sebagai panduan dan
rujukan pada masa hadapan.
Rujukan ini adalah berguna sekiranya program seperti ini dijalankan sekali lagi. Ahli
jawatankuasa yang baru ini boleh menjadikan dokumen ini sebgai rujukan mereka bagi
setiap tindakan yang bakal mereka ambil, dan segala kelemahan yang wujud dalam program
sebelum ini dapat dielakkan. Dalam masa yang sama, program yang baru ini dapat
dijalankan dengan lebih baik, telus dan berkualiti berbanding program yang dijalankan
sebelumnya.
9.0 PENYAKIT YANG MUNGKIN DIHADAPI DALAM PROSES MENDAKI GUNUNG
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
16/27
16
Mendaki gunung merupakan satu perkara yang menyeronokkan tetapi risiko menghadapi
keadaan-keadaan seperti masalah kesihatan, ketidakcukupan tenaga, kesakitan badan,
kesukaran pernafasan dan sebagainya. Seorang pendaki gunung haruslah sentiasa bersedia
untuk menghadapi keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin berlaku seperti yang berikut:
9.1 Penyakit Perubahan Altitude
Jika mendaki gunung yang tinggi seperti Gunung Kinabalu yang beraltitude ketinggian 12,000
18,000 feet (3,658 5,487 meters), haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi
risiko ,mendapat altitude sickness atau acute mountain sickness (AMS). Laban Rata
merupakan tempat berehat bagi pendaki Gunung Kinabalu untuk berehatkan diri dan
sesuaikan diri dengan tekanan tanah yang tinggi sebelum teruskan perjalanan ke Low Peaks
pada ketinggian 8,000 12,000 feet (2,438 3,658 meters). Penyakit ini berkemungkinan
besar dihadapi oleh pendaki yang belum pernah berada di kedudukan altitude yang tinggi.
Kesan-kesan ringan AMS seperti sakit kepala, pening, tidak mampu bernafas, tiada
selera makan, susah tidur, rasa nak muntah, rasa khayal dan lain-lain lagi. Kesan-kesan AMS
ini biasanya dihadapi semasa waktu malam. Keadaan yang ringan dapat diatasi dengan
mengambil ubat penadol/ paracetamol atau ubat tahan sakit. Berikut merupakan panduan-
panduan bagi mencegah AMS:
y Jika pendaki merasa terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan
tersebut hilang.
y Banyakkan minum air kosong. Hal ini adalah disebabkan pendaki akan kehilangan
banyak air semasa mendaki gunung.
y Adakan aktivit ringan pada altitude ini dan elakkan daripada banyak tidur kerana
tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS.
y Elakkan merokok atai pengambilan dadah serat ubat tidur.
y Makan banyak karbohidrat.
9.2 Kekejangan Kerana Panas (Heat Cramps)
Kekejangan jenis ini merupakan kekajangan otot yang hebat akibat daripada melakukan
aktiviti yang terlampau pada keadaan cuaca yang panas. Kekejangan kerana panas ini adalah
disebabkan oleh kehilangan banyak cecair dan garam mineral dari badan kita. Garam mineral
yang dimaksudkan termasuklah natrium, kalsium dan magnesium. Antara gejala-gejala yang
ditunjukkan akibat keadaan cuaca yang panas adalah seperti kekejangan yang tiba-tiba pada
bahagian tangan,, betis atau kaki serta otot menjadi keras, tegang dan sangat susah untuk
dikendurkan. Jika pendaki gunung menghadapi tanda-tanda yang dinyatakan, adalah
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
17/27
17
dinasihatkan supaya minum atau makan minuman atau makanan yang mengandungi garam
mineral seperti minuman isotonik dan sebagainya. Jika kekejangan ini tidak dirawat dengan
segera, keadaan yang lebih teruk iaitu heat exhaustion akan berlaku.
9.3 Kelelahan Kerana Panas (Heat Exhaustion)
Kelelahan ini adalah sesuatu keadaan yang terjadi akibat terkena atau terpapar kepada
kepanasan selama berjam-jam, di mana badan seseorang itu mengalami kehilangan banyak
cecair sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan mungkin mengakibatkan pengsan.
Petanda-petanda bagi seseorang pendaki yang mangalami heat exhaustion ini adalah seperti
yang berikut:
y Kelelahan
y
Badan dibasahi dengan peluh yang banyak.y Pendaki akan berasa sangat pening jika diminta untuk berdiri.
y Denyutan jantung menjadi lambat dan lemah.
y Kulit menjadi sejuk, pucat dan lembab.
y Pengsan.
Pendaki yang mempunyai gejala-gejala yang dinyatakan haruslah dijaga dengan baik seperti
memberikan istirehat yang cukup, berehat di tempat yang teduh, memberikan pendaki
tersebut minuman yang mengandungi elektrolit bagi mengelakkan keadaanya menjadi lebih
kritikal. Jika pendaki berkenaan tidak diatasi dengan segera, heat exhaustion akan
menyebabkan heat stroke.
9.4 Heat Stroke
Heat stroke ini merupakan satu keadaan di mana pendaki didedahkan dengan cahaya
matahari yang panas untuk satu jangka masa yang terlampau panjang di mana badan
pendaki tersebut tidak dapat menurunkan suhu badan dengan melalui mekanisme
pengawalaturan secara sendiri. Heat stroke ini akan menyebabkan kelumpuhan seumur hidup
atau kematian jika mendapat rawatan yang sewajarnya. Suhu 41C adalah suhu yang kritikal
di mana kenaikan 1C akan mengakibatkan pendaki tersebut mengalami kerosakan kekal
pada organ dalaman yang pada akhirnya mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi
kematian. Jika seseorang pendaki menghadapi gejala-gejala seperti yang berikut, tindakan
sewajarnya haruslah diambil dengan segera.
y Sakit kepala.
y Perasaan berputar (vertigo).
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
18/27
18
y Kulit yang panas, kemerah-merahan dan biasanya kering.
y Denyutan jantung meningkat dan boleh mencapai 160-180 kali / minit.
y Kelajuan bernafas meningkat tetapi tekanan darah jarang berubah.
y Suhu badan mencecah 41C, menyebabkan perasaan seperti terbakar.
Jika keadaan ini wujud pada seorang pendaki gunung, tindakan seperti memindahkan pesakittersebut ke tempat yang teduh, tanggalkan baju yang terdapat pada pendaki, membalutkan
pendaki tersebut dengan selimut yang sejuk dan basah serta langkah-langkah yang boleh
menurunkan suhu badan pendaki tersebut.
10.0 DASAR PENGETAHUAN SURVIVAL
Semasa menjalankan aktiviti mendaki, seseorang individu seharusnya mempunyai
pengetahuan survival. Ini bertujuan untuk memberi jaminan kepada individu yang mengalamikesukaran mahupun sesat khususnya semasa mendaki. Survival atau ikthiar hidup
merupakan keupayaan untuk meneruskan hidup. Survival digunakan apabila seseorang
individu itu menghadapi ancaman ataupun bahaya dalam sesua tu situasi. Survival dapat
dinyatakan seperti berikut :
S - Size up situation ( Mengecilkan situasi )
U - Use all your senses ( Menggunakan semua organ deria )
R - Remember where you are ( Mengingati tempat kita berada )
V - Vanquish all fear and panic ( Menyingkirkan semua ketakutan dan panik )
I - Improvise ( Mengolah )
V - Value living ( Kehidupan yang berharga )
A - Act like native ( Bertindak sebagai penduduk asli )
L - Live by your wits ( Hidup dengan usaha sendiri )
10.1 Persiapan Survival
Seseorang pendaki yang ingin menjalankan ativiti mendaki seharusnya mempunyai persiapan
yang rapi sebelum tibanya masanya untuk mendaki.
10.1.1 Persiapan Mental
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
19/27
19
Seseorang yang ingin mendaki seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai dasar survival
ataupun ikthiar hidup. Ini kerana malang tidak berbau.Pengetahuan dasar survival dapat
membantu menyelamatkan diri pendaki yang tersesat.
Selain daripada pengetahuan mengenai dasar survival, seseorang pendaki juga harus
melatih diri agar mengawal emosi. Emosi yang tidak terkawal akan memburukkan lagi
keadaan. Sebagai contoh, jika seseorang itu terlalu panik, dia tidak akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya walaupun telah mempunyai pengetahuan dasar survival.
10.1.2 Persiapan Fizikal
Seseorang yang ingin mendaki seharusnya mempunyai kecergasan dan ketahanan diri di
tahap minima. Ini disebabkan aktiviti mendaki merupakan aktiviti yang lasak dan
memerlukan stamina dan ketahanan yang tinggi, terutamanya apabila terpaksa survival atau
bertahan untuk hidup ketika sesat.
10.1.3 Persiapan Teknik
Persiapan dari segi teknik ialah persiapan dari segi penguasaan kemahiran dasar survival.
Persiapan dari segi pengetahuan dasar survival sahaja tidak mencukupi untuk menyiapkan
diri. Sebaliknya kemahiran dasar survival seharusnya dipraktikkan dalam diri seorang pendaki
kerana seseorang seharusnya mempunyai praktikal mengenai dasar survival berbanding teori
dasar survival semata-mata.
10.1.4 Persiapan Material
Persiapan seorang pendaki tidak lengkap tanpa persiapan dari segi material. Persiapan
material ialah persiapan dari segi peralatan, pakaian dan bekalan. Material-material ini
seharusnya dibawa ketika menjalankan aktiviti mendaki kerana dapat membantu ketika
hendak survival.
10.1.4.1 Makanan
Makanan penting untuk sentiasa dibawa oleh pendaki. Makanan yang dibawa sebagaipersediaan survival ialah makanan yang mempunyai nilai kalori yang tinggi. Contohnya,
gula-gula, coklat, manisan, biskut dan sebagainya. Sumber makanan ini penting bagi
memastikan individu mampu bertahan dan mempunyai tenaga. Tumbuhan hutan juga boleh
dimakan. Oleh itu, individu perlu mengenai mengenai buah hutan yang boleh dijadikan
sumber makanan (Nurul Izza, 2011).
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
20/27
20
10.1.4.2 Ubat-ubatan
Individu seharusnya membawa ubat-ubatan bagi merawat kecederaan, kemalangan dan
kesihatan yang tidak mengizinkan. Peti kecemasan seharusnya dibawa sebagai langkah
berjaga-jaga. Peti kecemasan seharusnya lengkap berisi dengan aspirin, gunting, kain anduh,
iodine dan sebagainya ( Davenport, 1998). Keadaan fizikal dan kesihatan semasa berada
dalam situasi cemas adalah penting untuk memastikan individu dapat meneruskan
kelansungan hidup.
10.1.4.3 Alat Kegunaan
Alat kegunaan amat penting dalam dasar survival. Alatan seperti kotak mancis, pemetik api,
cermin muka, cermin, kompas amat penting dalam menjalankan dasar survival.
10.1.4.3.1 Kotak Mancis dan Pemetik Api
Berfungsi sebagai alat untuk menyalakan api. Api amat penting dalam memberikan isyarat
kecemasan, melindungi diri dari binatang buas, memberikan haba dan meminta pertolongan.
10.1.4.3.2 Cermin atau Cermin Muka
Berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada individu yang berada di kapal terbang dan di
tempat yang tinggi.
10.1.4.3.3 Kompas
Berfungsi sebagai alat petunjuk arah ketika sesat semasa mendaki.
11.0 TANGGUNGJAWAB GURU
Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti baik dari segi
menyediakan kertas kerja, meninjau tempat pendakian dan sebagainya, guru juga
bertanggungjawab dan menjalankan tugas mereka sewaktu aktiviti dijalankan. Di dalam
aktiviti mendaki ini guru di beri mandat dalam memastikan aktiviti yang akan dilaksanakan
dan berjalan dengan lancer. Secara keseluruhannya, tugas dan tanggungjawab guru
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti mendaki dijalankan.
Ini adalah untuk memastikan perjalanan aktiviti tersebut dalam keadaan yang lancar tanpa
berlakunya sebarang masalah.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
21/27
21
Sebelum aktiviti mendaki dijalankan, guru terlebih dahulu meninjau lokasi atau
tempat pendakian tersebut. Tujuan utama melakukan peninjauan ini adalah untuk
mengenalpasti halangan dan juga kesukaran yang bakal ditempuh apabila memulakan aktiviti
mendaki. Sebelum memulakan pendakian, guru bertanggungjawab memberikan taklimat
ringkas kepada pelajar. Taklimat yang diberikan ini adalah bertujuan untuk mendedahkanmaklumat kepada pelajar kepada trek pendakian yang akan dilalui dan ditempuh. Maklumat
terhadap trek pendakian ini amat penting dalam memastikan pelajar melalui trek yang
sepatutnya dan ini boleh mengelakkan berlakunya masalah tersalah arah semasa mendaki.
Taklimat ringkas sebelum aktiviti pendakian dilakukan juga adalah penting di mana guru juga
memberi arahan agar pelajar dapat berhenti mengikut check-point yang telah ditetapkan.
Selain itu, sebelum memulakan aktiviti pendakian, guru juga bertanggungjawab
menberi arahan kepada pelajar seperti memaklumkan kepada pelajar supaya berada dalam
kumpulan pada setiap masa. Cara ini adalah bertujuan untuk mengelak sebarang kejadian
yang tidak diingini berlaku ke atas seseorang individu iaitu pelajar. Tugas dan
tanggungjawab guru sebelum mendaki juga boleh dilihat dari segi penyediaan alatan yang
mencukupi. Pelajar telah diberi arahan agar menyediakan peralatan yang mencukupi sebelum
mendaki seperti menyediakan jaket, sarung tangan dan sebagainya, tetapi pada masa yang
sama guru juga mestilah sentiasa berwaspada dalam menyediakan peralatan bagi
memastikan segala perkara yang tidak diingini boleh dielakkan. Selain peralatan, guru juga
bertangungjawab menyediakan ubat-ubatan yang mencukupi kerana semasa menjalakan
aktiviti mendaki mereka mungkin terdedah dengan segala risiko yang mungkin tidak dapat
dielakkan.
Tanggungjawab guru semasa mendaki pula adalah mengiringi pelajar semasa aktiviti
pendakian. Dalam aktiviti ini guru bertanggungjawab sebagai runner iaitu diletakkan di
bahagian paling hadapan, guru juga bertindak sebagai middle man iaitu berada dibahagian
tengah dan sweeper di bahagian paling akhir dalam satu kumpulan mendaki. Tugas yang
digalas oleh guru ini adalah penting dalam menjaga keselamatan pelajar. Ini adalah kerana
runner, middle man dan sweeper akan membantu peserta yang menghadapi masalah
semasa mendaki. Keberangkalian kemalangan yang berlaku ketika mendaki tidak dapat
dijangka, maka guru mestilah bersiap sedia dalam semua aspek agar perkara yang bakal
berlaku dapat diatasi dengan sempurna dan lancar.
Ketika mendaki juga, guru bertanggungjawab dalam membuat pantauan kepada
kumpulan mendaki. Pantauan yang dilakukan adalah bertujuan bagi memastikan kesemua
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
22/27
22
peserta berada dalam keadaan yang sempurna. Guru bertanggungjawab memantau peserta
yang mengikuti aktiviti pendakian ini adalah untuk memastikan jumlah peserta adalah sama.
Selain itu, pantauan ini juga bertujuan melihat keadaan peserta berada pada paras yang
sepatutnya. Jika terdapat peserta yang mengalami kecederaan semasa mendaki, rawatan
segera boleh diberikan. Oleh sebab itulah, guru bertanggungjawab dalam memantaukeadaan pelajar atau peserta semasa mendaki. Semasa mendaki juga, guru juga
bertanggungjwab dalam memberikan arahan semasa mendaki. Arahan yang diberikan
semasa aktiviti pendakian ini dijalankan adalah untuk mengelak daripada berlakunya
sebarang masalah yang tidak diingini. Arahan yang diberikan mestilah jelas supaya peserta
dapat mengikutinya dan sekaligus dapat menjalankan aktiviti pendakian dengan sempurna
dan lancar.
Di samping itu, tanggungjawab dan tugas guru juga amat penting bukan sahaja
sebelum dan semasa pendakian sahaja. Tugas mereka juga amat penting selepas aktiviti
pendakian. Selepas pendakian, guru memainkan peranan mereka dalam memeriksa jumlah
pelajar atau peserta. Selepas mendaki guru mestilah memeriksa dan mengira jumlah pelajar
untuk memastikan jumlah peserta adalah sama sebelum dan semasa aktiviti mendaki. Ini
adalah bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya pergelinciran peserta iaitu kekurangan
peserta. Selain itu, selepas pendakian guru bertanggungjawab dalam memantau tentang
keselamatan dan kesihatan pelajar. Pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pelajar adalah
penting kerana untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan peserta berada dalam
keadaan yang stabil.
12.0 TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Dalam aktiviti mendaki ini, pelajar juga mempunyai tanggungjawab tersendiri.
Tanggungjawab-tanggungjawab tersebut boleh dibahagikan kepada tiga situasi iaitu sebelum,
semasa dan selepas aktiviti mendaki berlangsung.
Sebelum mendaki, pelajar perlulah mencari atau mengetahui serba sedikit maklumat
dan pengetahuan tentang aktiviti yang bakal dilakukan. Hal ini adalah kerana sebagai
persiapan awal untuk pelajar mengetahui beberapa perkara dan risiko yang bakal dihadapi
semasa aktiviti ini berlangsung sekaligus membolehkan pelajar berjaga-jaga semasa aktiviti
ini dijalankan.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
23/27
23
Pelajar juga bolehlah membuat serba sedikit aktiviti senaman yang bersesuaian
sebelum aktivti mendaki in berlangsung. Rasionalnya adalah pelajar mempersiapkan tubuh
mereka untuk menerima sebarang pergerakan dan aktiviti yang berlebihan semasa aktiviti
mendaki in berlangsung. Hal ini juga adalah untuk membina stamina pelajar untuk mendaki
kelak. Stamina yang cukup tidak akan membuatkan pelajar berasa mudah lemah dan mampuuntuk menempuh halangan semasa aktiviti mendaki dijalankan.
Di samping itu, pelajar juga haruslah memaklumkan pihak guru jika terdapat
sebarang masalah kesihatan. Hal ini kerana makluman tersebut akan membolehkan guru
bersiap sedia dengan ubatan atau peralatan yang sepatutnya sekiranya sebarang perkara
yang tidak diingini berlaku. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai
penyakit asma, guru yang bertanggungjawab akan bersiap sedia dengan ubatan atau
sebarang alternatif lain sekiranya pelajar tersebut diserang asma semasa aktiviti mendaki
dilakukan. Namun, sekiranya penyakit yang dialami oleh pelajar itu kronik dan tidak sesuai
untuk dijalankan oleh pelajar, guru akan memberitahu pelajar supaya menarik diri atas faktor
kesihatan yang tidak bersesuaian. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk yang
tidak diingini berlaku kapada pelajar semasa aktiviti mendaki dijalankan.
Sebelum aktiviti mendaki berlangsung, pelajar haruslah menyediakan pakaian atau
peralatan yang bersesuaian untuk aktiviti yang bakal mereka hadapi kelak. Sebagai
contohnya, kasut, jaket, sarung tangan dan pelbagai alatan peribadi yang diperlukan semasa
mendaki haruskan disediakan oleh pelajar supaya sepanjang aktiviti ini dijalankan pelajar
akan berasa selesa dan mampu meneruskan pendakian sehingga ke akhirnya. Peralatan yang
tidak sesuai dan tidak baik mampu menyebabkan kecederaan kepada pelajar sekaligus
menghalang perjalanan pendakian pelajar tersebut.
Bagi situasi kedua, iaitu semasa mendaki pelajar bertanggugjawab untuk membawa
barang keperluan peribadi yang bersesuaian. Barang-barang keperluan peribadi tersebut
adalah seperti sarung tangan, jaket, kasut dan ubatan yang bersesuaian sebagai bekalan
semasa mendaki. Barang-barang keperluan ini haruslah dibawa oleh pelajar untuk
membolehkan mereka berasa selesa semasa mendaki dan mampu menyelesaikan aktivitimendaki hingga ke akhirnya.
Pelajar juga haruskan menggunakan pakaian dan peralatan yang bersesuaian semasa
aktiviti mendaki. Sebagai contohnya kasut sukan dan sarung tangan yang bersesuaian akan
membantu pelajar mendaki dengan rasa selesa tanpa perlu menahan rasa sejuk atau
kesakitan akibat penggunaan alatan yang tidak bersesuaian.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
24/27
24
Pelajar perlulah mengikut dan mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan
atau guru-guru yang terlibat. Hal ini kerana kegagalan mematuhi dan mengikut arahan yang
ditetapkan membuatkan pelajar terdedah kepada risiko yang berbahaya. Sebagai contohnya,
ketua mengarahkan pelajar bergerak secara berkumpulan agar keselamatan pelajar lebih
terjamin. Berdasarkan arahan tersebut pelajar haruslah bergerak secara berkumpulan dantidak mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri dengan bergerak sendirian walaupun yakin
dengan keupayaan diri sendiri.
Di samping itu, pelajar juga perlulah menjaga keselamatan diri sendiri, rakan-rakan
dan saling membantu semasa aktiviti mendaki. Hal ini kerana keadaan pendakian yang
berbahaya mampu mengundang bencana sekiranya pelajar mengambil tindakan sambil lewa
isu keselamatan mereka. Di samping keselamatan sendiri, pelajar juga haruslah sama-sama
mengambil berat dan membantu rakan-rakan yang lain kerana sikap saling membantu ini
memudahkan aktiviti mendaki ini dijayakan.
Situasi ketiga pula ialah selepas mendaki. Selepas mendaki pelajar bertanggungjawab
untuk menyimpan atau mengembalikan peralatan mendaki yang dipinjam semasa mendaki.
Peralatan tersebut haruskan dipulangkan dalam keadaan baik dan dipulangkan dalam
keadaan teratur.
Pelajar juga perlulah mematuhi arahan yang diberikan agar segala pergerakan dan
perancangan dapat disempurnakan dengan baik sehingga pelajar selamat pulang ke rumah
masing-masing.
13.0 KESIMPULAN
Mendaki gunung adalah kegiatan mengadakan perjalanan atau pengembaraan di alam bebas
dengan maksud untuk mencapai ketinggian tertentu atau puncak dari sebuah gunung.
Dengan kata lain, mendaki gunung dapat diertikan sebagai salah satu rekreasi yang
memanfaatkan alam. Dengan melalui mendaki gunung, pendaki boleh mengisi waktu luang,
kegiatan ini juga dapat menghilangkan ketegangan mental dan emosional para pendaki.
Walaubagaimanapun, mendaki gunung mungkin akan menghadapi pelbagai penyakit
seperti kekejangan kerana panas, penyakit perubahan altitude, dan sebagainya. Untuk
mendaki gunung, terdapatnya perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa, dan selepas
mendaki gunung supaya proses mendaki gunung dapat berjalan dengan lancar. Di samping
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
25/27
25
itu, apabila mendaki gunung, pendaki juga perlu menyediakan alat -alat yang diperlukan
supaya lebih selamat dan selesa.
Sekiranya menjalankan aktivit mendaki gunung, guru dan pelajar mempunyai
tanggungjawab yang perlu ditanggungkan. Guru mempunyai tanggungjawab untuk
menyediakan kertas kerja, penempatan mendaki, dan sebagainya. Pelajar juga mempunyai
tanggungjawabnya sendiri supaya aktiviti mendaki gunung dapat berjalan dengan selamat.
Aktiviti mendaki gunung boleh dirancang oleh guru untuk membawa pelajar mendaki gunung
supaya pelajar dapat menjadi seseorang yang berimpian dan tidak berputus asa. Oleh itu,
aktiviti mendaki gunung boleh difikirkan oleh pihak sekolah.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
26/27
26
BIBLIOGRAFI
Ab. Alim Abdul Rahim. 1995. Pengurusan Kokurikulum. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Erik M. 2005. Accident and Fatality Characteristics In A Population of Mountain Climbers in
New Zealand. Journal of the New Zealand Medical Association, 28th January 2005, Vol 118
No 1208.
Grade Climbing. Dipetik daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Grade_%28climbing%29 .
pada 27hb 2011.
Javenport, Gregory J. (1998) Wilderness Survival. United States: Stackpole Books.
Learn Survival Training for Mountain Climbing by Johnsams. Dipetik dar i
www.articlerich.com/Article/Learn... Mountain-Climbing/935521 pada 18 Februari 2011.
Nurul Izza Rosly (2011) Kosmo! Online: HORIZON- Ikthiar Hidup Dikala Sesat. Dipetik
daripada
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Horizon
&pg=ho_01.htm pada 19 Febuari 2011.
Pembentukan Gunung. Dipetik daripada http://inani.tripod.com/rupa.htm . pada 27hb
Februari 2011.
Pengetahuan Dasar Mendaki Gunung. Dipetik daripada
justitia.wordpress.com/2007/05/07/pengetahuan-dasar-mendaki-gunung . pada 26 Februari
2011.
Rock and Mountain Climbing. Dipetik daripada
http://www.maxxadventuretravel.com/Climbing/Mountain/mountain-climbing-facts.php .
pada 26 Februari 2011.
-
8/6/2019 ISI TAJUK MENDAKI
27/27
Sumber Badan SAR Nasional Republik Indonesia. Dipetik daripada
http://justitia.wordpress.com/2007/05/07/pengetahuan-dasar-mendaki-gunung . pada 26hb
Februari 2011.
Wilderness Suvival. Dipetik daripada www.survival-netpada 18 Februari 2011.