isu guru bukan opsyen

2
Isu Guru Bukan Opsyen - Surat Dari Pembaca « on: January 13, 2012, 07:05:02 PM » Forum: Rangka strategi cukupkan guru berilmu 2012/01/13 PENDIDIKAN di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan merangka beberapa strategi. Ini termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum yang sudah digubal. Saya tertarik dengan masalah yang melanda di mana-mana sekolah di daerah saya, yang mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Persoalannya, adakah guru-guru itu mampu menyampaikan ilmu terbabit dengan berkesan? Mereka yang terpaksa akur dengan kehendak sekolah dan kehendak pentadbir terpaksa menurut perintah. Atau situasi ini akan berlaku, ‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut dialami apabila si murid bertanya mengenai satu soalan, kemudian si guru tidak tahu. Jadi, dialog ini akan keluar “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang”. Terdapat juga kes di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, tanpa mengambil kira, kelas yang diajar itu mempunyai murid yang lebih bijak dalam subjek berkenaan. Akhirnya guru yang belajar dengan murid. Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal memenuhi keperluan guru di negara ini? Sehingga hari ini guru-guru ini tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru GSTT masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sampai bilakah sistem pendidikan seumpama ini berterusan? Ramai guru yang akur mengajar subjek tidak opsyen, kerana mereka terikat dengan jolokan ‘SYMP’ – saya yang menurut perintah. Kita boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan. SUARA KAMI, Kuala Lumpur. Sumber : Berita Harian

Upload: lady-zuely

Post on 14-Aug-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Masalah guru permulaan

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Guru Bukan Opsyen

Isu Guru Bukan Opsyen - Surat Dari Pembaca« on: January 13, 2012, 07:05:02 PM »

Forum: Rangka strategi cukupkan guru berilmu

2012/01/13

PENDIDIKAN di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang

seimbang. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan merangka beberapa strategi. Ini

termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini

bertujuan menyediakan guru yang berilmu dan berkualiti untuk melaksanakan kurikulum

yang sudah digubal.

Saya tertarik dengan masalah yang melanda di mana-mana sekolah di daerah saya,

yang mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan

guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul

tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka.

Persoalannya, adakah guru-guru itu mampu menyampaikan ilmu terbabit dengan

berkesan? Mereka yang terpaksa akur dengan kehendak sekolah dan kehendak

pentadbir terpaksa menurut perintah. Atau situasi ini akan berlaku, ‘pelajar dahagakan

ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’.

Situasi lain juga turut dialami apabila si murid bertanya mengenai satu soalan, kemudian

si guru tidak tahu. Jadi, dialog ini akan keluar “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang”.

Terdapat juga kes di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik,

tanpa mengambil kira, kelas yang diajar itu mempunyai murid yang lebih bijak dalam

subjek berkenaan. Akhirnya guru yang belajar dengan murid. Keadaan ini bukan saja

mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi

penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal

memenuhi keperluan guru di negara ini?

Sehingga hari ini guru-guru ini tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan

khidmat guru GSTT masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada

pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari

pihak yang dipertanggungjawabkan. Sampai bilakah sistem pendidikan seumpama ini

berterusan? Ramai guru yang akur mengajar subjek tidak opsyen, kerana mereka terikat

dengan jolokan ‘SYMP’ – saya yang menurut perintah. Kita boleh mengisi kekosongan

dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu

dengan berkesan.

SUARA KAMI,

Kuala Lumpur.

Sumber : Berita Harian

Pautan :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Forum_Rangkastrategicukupkanguruberilmu