jabatan kerja raya malaysia piagam ... - jkr.terengganu.gov.my · laporan awal berdasarkan...
TRANSCRIPT
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
PENGURUSAN PROJEK1.0
PIAGAM PELANGGAN
1.1 Fasa Prapembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.
a. Pelan Piawai: Bangunan, Pangkalan Udara dan Maritim
b. Pelan Piawai: Jalan dan Infrastruktur
c. Projek Kompleks (Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara dan Maritim dll.)
Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama pelanggan.
RM500 ribuke bawah
15 bulan
RM500 ribu- RM5 juta
24 bulan
RM5 jutake atas
36 bulan
RM500 ribuke bawah
9 bulan
RM500 ribu- RM20 juta
24 bulan
RM20 jutake atas
36 bulan
2.1 Jalan
Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima.
Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam setelah dikenal pasti atau aduan diterima.
Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.
2.2 Bangunan
Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan. KEMAS KINI 30 APRIL 2014
SENGGARA ASET2.0
2.3 Mekanikal
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal. 1 hari
Kerja pembaikan besar (major overhaul)/pembaikan badan kenderaan. 3 bulan
Kerja pembaikan kecil kenderaan. 3 minggu
Penggantian pendingin (chiller). 1 tahun
Penggantian lif. 1 tahun
2.4 Elektrik
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik. 1 hari
Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik. 7 hari
3.1 Kejuruteraan Cerun a) Runtuhan cerun berimpak besar :
Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak. b) Runtuhan cerun berimpak kecil:
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut :
Keadaan memerlukan penyiasatan tapak – 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak – 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
c) Ulasan teknikal Laporan Geoteknik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan dibuat.
3.2 Kejuruteraan Senggara
Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.
Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.
KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL3.0
3.3 Kejuruteraan Forensik
a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan:
Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang:
Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
4.1 Pengurusan Aduan Di Bawah Tanggungjawab JKR Tempoh tindakan diambil:
Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari Maklum balas aduan 7 hari Penutupan aduan 45 hari
4.2 Pengurusan Aduan Bukan Di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy) Tempoh tindakan diambil:
Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari Maklum balas aduan 7 hari
PENGURUSAN ADUAN4.0
Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
PENGURUSAN KEWANGAN5.0
Projek Kos dan Tempoh Pembinaan
Jabatan Kerja Raya MalaysiaIbu Pejabat JKR Jalan Sultan Salahuddin50582 Kuala Lumpur
1.2 Fasa Pembinaan