jabatan pendaftar registry...

9
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JABATAN PENDAFTAR REGISTRY Kepada: MEMORANDUM Tarikh: 6 Mei 2010 Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Timbalan Naib canselor (Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar) TImbalan Naib canselor (Penyelidikan & Inovasi) Timbalan NaibCanselor (Jaringan Industri & Masyarakat) Semua DekanjPengarahjPenyelarasjKetua Jabatan Pusat PengajianjPusatjlnstitutjJabatan Kampus IndukjKampus Kejurut-eraanfKampus K-esihatan Assalamualaikum Wrt. Wbt.jSalam Sejahtera Y. Bhg. Dato'jDatin/TuanjPuan, GARIS PANDUAN PENGENDAUAN SURAT SOKONGAN DARIPADA PEMIMPINKERAlAAN, INDIVIDU BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSAN KERAlAAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman Y. Bhq, Dato'jDatin/tuanjpuan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Januari 2010 telah bersetuju agar Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menyediakan satu garis panduan mengenai pengendalian surat sokongan terutamanya yang berkaitan dengan perolehan Kerajaan. Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh 14 April 2010 [No. Ruj.: MAMPU.BPKK.100-1j1 Kit 9] dan Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana- mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan untuk perhatian dan rujukan Y. Bhg. Dato'jDatinjtuanjpuan. Garis panduan tersebut boleh juga dimuatturun dari taman sesawang MAMPU www.mampu.gov.my. 3. Garis panduan ini menerangkan tentang tafsiran dan panduan oengendalian surat sokongan bagi memastikan penjawat awam tidak terkeliru, terpengaruh da" mengekalkan integriti dalam membuat keputusan. 4. Kerjasama Y. Bhg. Dato'jDatin/tuanjpuan untuk menghebahkan perkara ini kepada staf di PTJ masing-masing amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan rfbuan terfma kasfh. Sekian. Wassa/amu'alaikum/Salam Hormat. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 'Memastikan Kelestarian Hari Esok' ? :"0=:::05, " ~ISMAIL Penolonq Pendaftar S.k. 1. Naib canselor 2. Pendaftar Mils; ~ MAMPU - Garis Panduan Surat Sokongan Daripada Kenamaan 1 11800 U5M, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-6533888 Fax: 604-6581718; Website: www.usm.my

Upload: dinhtram

Post on 04-Feb-2018

325 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

UNIVERSITI SAINS MALAYSIAJABATAN PENDAFTARREGISTRY

Kepada: MEMORANDUM Tarikh: 6 Mei 2010

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)Timbalan Naib canselor (Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar)TImbalan Naib canselor (Penyelidikan & Inovasi)Timbalan NaibCanselor (Jaringan Industri & Masyarakat)

Semua DekanjPengarahjPenyelarasjKetua JabatanPusat PengajianjPusatjlnstitutjJabatanKampus IndukjKampus Kejurut-eraanfKampus K-esihatan

Assalamualaikum Wrt. Wbt.jSalam Sejahtera

Y. Bhg. Dato'jDatin/TuanjPuan,

GARIS PANDUAN PENGENDAUAN SURAT SOKONGAN DARIPADA PEMIMPINKERAlAAN,INDIVIDU BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSANKERAlAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Y. Bhq, Dato'jDatin/tuanjpuan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Januari2010 telah bersetuju agar Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)menyediakan satu garis panduan mengenai pengendalian surat sokongan terutamanya yangberkaitan dengan perolehan Kerajaan. Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihakMAMPU bertarikh 14 April 2010 [No. Ruj.: MAMPU.BPKK.100-1j1 Kit 9] dan Garis Panduan TindakanKe Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan untuk perhatian dan rujukan Y. Bhg.Dato'jDatinjtuanjpuan. Garis panduan tersebut boleh juga dimuatturun dari taman sesawang MAMPUwww.mampu.gov.my.

3. Garis panduan ini menerangkan tentang tafsiran dan panduan oengendalian surat sokonganbagi memastikan penjawat awam tidak terkeliru, terpengaruh da" mengekalkan integriti dalammembuat keputusan.

4. Kerjasama Y. Bhg. Dato'jDatin/tuanjpuan untuk menghebahkan perkara ini kepada staf diPTJ masing-masing amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan rfbuan terfma kasfh.

Sekian. Wassa/amu'alaikum/Salam Hormat.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"'Memastikan Kelestarian Hari Esok'

? :"0=:::05, "~ISMAILPenolonq Pendaftar

S.k. 1. Naib canselor2. Pendaftar

Mils; ~ MAMPU - Garis Panduan Surat Sokongan Daripada Kenamaan

111800 U5M, Pulau Pinang, MalaysiaTel: 604-6533888 Fax: 604-6581718; Website: www.usm.my

Page 2: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

KETUA PENGARAH

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGANPENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)JABATAN PERDANA MENTERI

ARAS 6, BLOK 82i'l r-«. Teleton

KOMPLEKS JABATAN PERDANAMENTERI. ',""PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUr.DAN "~,:,,, -: ,,:'\ Faks

....... ." - ....~. .."\ Email62502 PUTRAJAYA /C;;-:;:-'/ -rr: i"j, ..« !, "~~,

f·:~,.,_',·" J I~'.:..~'oj ~ •• .: • -', •

..,., ." '" .~ i 1""? \

: 03-88723002

: 03-88883163

: [email protected]

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN SURAT SOKONGANDARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU BERPENGARUHATAU MANA-MANA ORANG MENGENAI SESUATU URUSANKERAJAAN

YBhg.NB Tan Sri DatuklDato'/Datin/Dr.lTuan/Puan

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Januari 2010 bersetujusupaya MAMPU menyediakan satu garis panduan mengenaipenqendalian surat sokongan terutamanya yang berkaitan denganperolehan Kerajaan. Perkara ini juga telah dibincangkan dalam sesimakmal mengenai NKRA: Memerangi Rasuah. Lanjutan dari itu,Kerajaan telah bersetuju dengan Garis Panduan Tindakan Ke AtasSokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, IndividuBerpengaruh Atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu UrusanKerajaan seperti yang dilampirkan.

3. Garis panduan ini antara lain menyediakan tafsiran danpanduan pengendalian surat sokongan bagi memastikanpenjawat awam tidak terkeliru, terpengaruh dan mengekalkanintegriti dal~m membuat keputusan. Garis panduan ini terpakai

- untuk semua penjawat awam di peringkat Persekutuan dan Negeri.Garis panduan ini turut boleh didapati di Laman. Web MAMPU(www.mampu.gov.my). ,'@ Pr( p) -'

~~~/~"" ~.(2)<T), .. IO~ ~ /~ ?7:7 ~.s--k NC.~ ( ~ ,

S" r- Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal ~~oJ'. / Pemanqku Naib Canselor G ::>:7:

~rk/~~(o# Universiti Sa~nsMala~ia uft . ~L----' /7.?:::J

~~/ . fWl t~~ ...U~v,.r ,r...,- - fFfL ~~- l¥J ~>/["{)l,MAN ABD(fLLAf-5"-- ~. PENGIKTlRAFANMS1S09G01;l!OOO NOSIJI~;lC:-L.R05OO33' Pendaftar

Un ive-siti Sains Mat~

Page 3: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

4. Semoga dokumen ini dapat dimanfaatkan bersama sebagaiinisiatif Perkhidmatan Awam Malaysia ke arah mewujudkan sebuahpentadbiran awam yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

s.k: YBhg. Tan Sri Mohd . e HassanKetua Setiaus egaraPejabat a Setiausaha NegaraAras 4, Blok TimurBangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJA YA

2

Page 4: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

KERAJAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN TINDAKAN KE ATAS SOKONGAN YANGDITERIMA DARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU

BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAISESUATU URUSAN KERAJAAN

Jabatan Perdana MenteriMalaysia

8 Mac 2010

Dikelilingkan Kepada:

Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Badan Berkanun PersekutuanSemua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

Page 5: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

GARIS PANDUAN TINDAKAN KE ATAS SOKONGAN YANGDITERIMA DARIPADA PEMIMPIN KERAJAAN, INDIVIDU

BERPENGARUH ATAU MANA-MANA ORANG MENGENAISESUATU URUSAN KERAJAAN

TUJUAN

1. Garis panduan ini bertujuan menerangkan kepada penjawat

awam mengenai tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada

pemimpin Kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang

mengenai sesuatu urusan Kerajaan. .

LATAR BELAKANG

2. Dari semasa ke semasa penjawat awam menerima banyak

sokongan daripada pemimpin Kerajaan, individu berpengaruh atau

mana-mana orang berhubung urusan Kerajaan dan ini meletakkan

mereka dalam keadaan serba salah ketika membuat pertimbangan

dan keputusan berhubung perkara tersebut. Sehubungan ini,

Kerajaan telah meminta dikeluarkan satu garis panduan untuk

diguna pakai oleh penjawat awam dalam mengambil tindakan ke

atas sesuatu perkara yang disokong oleh pihak tertentu.

1

Page 6: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

TAFSIRAN

3. Bagi maksud garis panduan ini, sokongan, pemimpin Kerajaan,

individu berpengaruh, penjawat awam dan urusan Kerajaan

bermaksud seperti berikut

(a) "Sokongan" bermaksud sebarang komunikasi yang

disampaikan sama ada secara bertulis atau lisan. Ini

termasuk dalam bentuk surat, memo, minit, e-mel,

khidmat pesanan ringkas (SMS), percakapan mulut,

panggilan telefon dan .sebagainya yang bertujuan

menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi

pertimbangan keputusan;

(b) "Pemimpin Kerajaan" bermaksud Anggota Pentadbiran

di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan

Persekutuan, Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan

Undangan Negeri;

(c) "Individu Berpengaruh" bermaksud individu yang

mempunyai kedudukan dalam Kerajaan atau hubungan

dengan pihak-pihak berkuasa, orang kenamaan, ahli-ahli

politik dan lain-lain;

(d) "Penjawat Awam" bermaksud mana-mana pegawai

awam sama ada dilantik secara tetap, kontrak atau

sementara; dan

2

Page 7: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

(e) "Urusan Kerajaan" bermaksud semua urusan Kerajaan

seperti perolehan, pengurusan sumber manusia,

permohonan kelulusan pelesenan/permit, pinjaman,

biasiswa, kewarganegaraan dan sebagainya.

PANDUAN TINDAKAN KE ATAS SOKONGAN

4. Bagi memudahkan penjawat awam mengambil tindakan ke atas

sokongan yang diterima daripada pemimpin Kerajaan, individu

berpengaruh dan mana-mana orang, panduan berikut hendaklah

dipatuhi:

(a) sokongan yang diterima secara bertulis hendaklah

difailkan dalam fail yang berkaitan. Sekiranya sokongan

diberi secara lisan, penjawat awam hendaklah

mencatatkan komunikasi tersebut secara bertulis dalam

helaian minit fail yang berkaitan berserta butir-butir pihak

yang memberi sokongan, tarikh dan bentuk sokongan

yang diterima;

(b) penjawat awam hendaklah dengan segera melaporkan

secara bertulis sokongan yang diterima kepada ketua

jabatan masing-masing untuk mendapatkan arahan

selanjutnya;

3

Page 8: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

(c) sekiranya atas apa-apa sebab tertentu atau tidak

praktikal untuk membuat laporan kepada ketua jabatan,

maka penjawat awam yang menerima sokongan tersebut

hendaklah melaporkan kepada agensi Kerajaan yang

berkaitan untuk tindakan selanjutnya, misalnya perkara

berkaitan sumber manusia hendaklah dilaporkan kepada

Jabatan Perkhidmatan Awarn, perkara berkaitan

perolehan kepada Kernenterian Kewangan, perkara

berkaitan rasuah/salah guna kuasa kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia, perkara berkaitan

pelesenan/permit dan lain-lain hendaklah dirujuk kepada

agensi-agensi yang berkaitan dan sebagainya; dan

(d) contoh-contoh kornunikasi/perakuan sokongan adalah

seperti berikut:

"sila timbangkan"

"disokong dengan kuat"

"saya tiada halangan"

"diluluskan, dan sebagainya"

Perakuan-perakuan sokongan yang diterima tidak boleh

sarna sekali digunakan sebagai asas, merit atau

kelayakan dalam mempertimbangkan sesuatu keputusan

Kerajaan. Sebaliknya penjawat awam hendaklah

sentiasa bertindak berdasarkan peruntukan undang-

undang, peraturan dan tatacara urusan Kerajaan yang

sedang berkuat kuasa.

4

Page 9: JABATAN PENDAFTAR REGISTRY MEMORANDUMregistry.usm.my/.../MAMPU_Garis_Panduan_Pengendalian_Surat_Soko… · Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi daripada pihak MAMPU bertarikh

-- ---------------------- -----

PEMAKAIAN

5. Garis panduan ini adalah terpakai bagi semua kementerian,

jabatan, agensi dan badan berkanun Persekutuan.

6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa

masing-masing, garis panduan ini dipanjangkan kepada semua

kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa

tempatan.

TARIKH KUAT KUASA

7. Garis panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

-TAN SRI MOHO SIDEK BIN HJ. HASSAN

Ketua Setiausaha Negara

5