jabatan tenaga kerja sarawak buletin - jtkswk.gov.my · program karnival pekerjaan yang diadakan di...

24
JTK SARAWAK BULETIN EDISI 17 BIL 2/2017 (JULAI - DISEMBER 2017) JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK Kementerian Sumber Manusia

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

J T K S A R A W A KB U L E T I N

EDISI 17 BIL 2/2017 (JULAI - DISEMBER 2017)

J A B ATA N T E N A G A K E R J A S A R AWA K

Kementerian Sumber Manusia

Page 2: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat bertemu kembali dalam Edisi ke-17, Buletin JTK Sarawak bagi tahun 2017 ini. Jabatan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tempoh liputan iaitu dari Julai hingga Disember 2017. Semoga semua warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak berada dalam keadaan sihat dan bersemangat, serta penuh berintegriti dalam menjalankan tugas seharian masing-masing.

Dalam mengharungi perjalanan hidup, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang perlu diselesaikan. Oleh itu, persediaan dan latihan yang bersesuaian amat penting kepada warga kerja Jabatan untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Tambahan lagi, tahun ini juga menyaksikan banyak program berteraskan, people centric di mana keperluan rakyat dan golongan sasaran seperti pencari kerja diberi perhatian serius. Contohnya, Program Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak pada bulan Ogos lepas telah banyak membantu pencari kerja untuk bertemu dengan bakal-bakal majikan dan merebut peluang pekerjaan yang bersesuaian.

Semoga paparan buletin kali ini dapat dimanfaatkan agar terpahat dalam liputan sejarah Jabatan bagi tahun 2017 yang kelak menjadi kenangan dalam ingatan kita bersama.

Selamat membaca.

SULAIMAN BIN ISMAILKetua Editor

Dari Meja

KETUA EDITOR

2 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Ketua Editor Sulaiman bin Ismail

Editor Tuan Haji Kamal bin Haji Aris

Ahli SidangEditor

Jeffry Douglas anak William Nagun Stanley Bennet LehanWahid bin OlenAida Fadzilla binti YusufSapinah binti Mohamad IbrahimChrysostom anak ThomasSharifah Noraini binti Wan Mohamad

Urus setia Tan Hui MienNorollah binti Semion

Jurugambar Hayden anak LaieKipli bin Dollah

Sidang Editor

Page 3: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

PERUTUSAN PENGARAH Tenaga Kerja, Sarawak

3Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Salam sejahtera,

Buletin JTK Sarawak kembali menemui pembaca budiman melalui keluaran kali ini. Harapan saya semoga pembaca budiman

sentiasa sihat dan penuh bersemangat serta ceria selalu. Dan, marilah kita saling mengingati untuk penuh berintegriti dalam

menjalankan amanah seharian.

Buletin kali ini merupakan keluaran kedua bagi tahun 2017 ini. Sebelum meneruskan tutur bicara, saya ingin

menzahirkan rasa berbesar hati dan ingin mengalungkan ucapan syabas dan tahniah kepada Ketua Editor dan

semua Editor Buletin JTK Sarawak terbitan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ini serta semua pihak yang

terlibat atas kejayaan dinobatkan sebagai penerima Sagu Hati Anugerah Citra Buletin Jabatan 2017 oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Sarawak. Hadiah berkenaan telah disampaikan pada Majlis

Anugerah Tinta Kenyalang 2017.

Saya difahamkan bahawa antara objektif utama projek anugerah berkenaan adalah untuk menilai (secara audit

bahasa) buletin terbitan jabatan-jabatan dan agensi-agensi dalam penggunaan bahasa Malaysianya. Ini sejajar hasrat

untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua warga kerja Jabatan

Tenaga Kerja Sarawak untuk berusaha lebih giat lagi demi memupuk penggunaan bahasa Malaysia dengan lebih baik dan betul.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Wahid bin Olen, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Jabatan kita yang telah dilantik sebagai Munsyi Muda Bahasa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak pada bulan September 2017 yang lalu. Semoga beliau dapat membantu memperkasakan bahasa kebangsaan di jabatan-jabatan kerajaan di negeri Sarawak secara amnya dan khasnya di Jabatan kita sendiri.

Menerusi buletin keluaran ini, kami memaparkan sebahagian daripada aktiviti dan program untuk tatapan semua. Dari Julai hingga Disember 2017, banyak aktiviti dan program yang telah berjaya kami laksanakan. Antaranya ialah program berhubung dengan penempatan para pencari kerja yang terus diberikan penekanan sesuai dengan kedudukannya sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Sumber Manusia. Termasuk dalam inisiatif ini ialah Program Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak, Program Penempatan Pekerjaan yang berlangsung di Kuching dan Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan yang hebat daripada para pencari kerja dan setakat ini seramai 13,328 pencari kerja telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai bidang pekerjaan

Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2017/2018 yang menghimpunkan para pegawai kanan Jabatan ini berlangusung pada bulan November 2017. Selain itu, terdapat juga aktiviti dan program lain yang kami sajikan kepada pembaca budiman dalam buletin Jabatan keluaran ini.

Diharapkan perkongsian maklumat ini memberikan manfaat kepada semua pihak dan selamat membaca.

JACK MEREDU ANAK KO Pengarah Tenaga Kerja, Sarawak

Page 4: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

4 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Bahagian Standard Perburuhan telah menganjurkan tiga siri Kursus Pemeriksaan Berkanun bagi semua pegawai pemeriksa dari gred S29 hingga S48 Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang mana sejumlah 77 orang pegawai pemeriksa telah menghadiri kursus ini. Siri pertama kursus ini telah diadakan pada 11hb hingga 12hb Julai 2017 di 56 Hotel Kuching dan telah dihadiri oleh 21 orang pegawai gred S29. Kursus siri kedua pula diadakan pada 25hb hingga 27hb September 2017 di Merdeka Palace Hotel and Suites Kuching dan telah dihadiri oleh 28 orang pegawai yang terdiri daripada Ketua ketua Pejabat dan pegawai gred S44 dan S41 manakala siri ketiga pula diadakan pada 16hb hingga 18hb Oktober 2017 di tempat yang sama dan telah dihadiri oleh 28 orang pegawai gred S38 dan S32. Penganjuran kursus ini adalah langkah strategik Jabatan untuk meningkatkan keupayaan pegawai pemeriksa dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan berkanun. Ini termasuk mengukuhkan kefahaman dan ilmu pegawai pemeriksa berkaitan dengan teknik pemeriksaan berkanun, meningkatkan keupayaan pegawai pemeriksa dalam memperolehi maklumat berhubung penggajian pekerja, melaksanakan pemeriksaan dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan serta menjalankan pemeriksaan dengan lebih yakin untuk memastikan aktiviti pemeriksaan berkanun dijalankan dengan teratur dan berkesan. Modul kursus termasuk sesi syarahan dan amali. Pengisian kursus pula merangkumi syarahan mengenai kuasa kuasa pegawai pemeriksa, prosedur pemeriksaan, laporan pemeriksaan, notifikasi pelanggaran serta isu dan cabaran dalam pemeriksaan berkanun. Setiap peserta diberi latih amal dan membentangkan hasil kerja di akhir kursus. Pada keseluruhannya objektif kursus telah tercapai dan peserta meminta kursus sedemikian diadakan dari semasa ke semasa demi meningkatkan kualiti kerja. Terdapat beberapa kelemahan dalam menjalankan pemeriksaan berkanun telah dikenalpasti di mana peserta telah dimaklumkan untuk penambahbaikan di masa hadapan. Perasmian penutupan kursus siri pertama telah disempurnakan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Encik Jack Meredu anak Ko manakala perasmian penutupan kursus siri kedua dan ketiga telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Tenaga Kerja, Encik Sulaiman bin Ismail.

Taklimat ringkas disampaikan oleh fasilitator kepada peserta kursus di hadapan bangunan Aiman Mall, Kota Samarahan sebelum latih amal siri

pertama dimulakan

Pembentangan hasil kerja oleh salah seorang peserta, Encik Rakit anak Ban dalam siri pertama

Gambar semasa sesi syarahan dalam siri kedua

Gambar peserta ketika menjalankan latih amal dalam siri ketiga

KURSUS PEMERIKSAAN BERKANUN &BUSINESS LICENSING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM (BLESS)

Page 5: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

5Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan telah menganjurkan Kursus Business Licensing Electronic Support System (BLESS) yang berlangsung pada 13hb hingga 14hb Julai 2017 bertempat di Makmal Komputer, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kota Samarahan. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta berkenaan penggunaan sistem secara atas talian yang dinamakan BLESS dalam urusan memproses permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS), memperbaharui Lesen APS dan Endorsan. Kursus BLESS siri pertama telah diadakan pada tahun 2015 namun sasaran peserta pada masa tersebut adalah kumpulan pegawai pelaksana yang secara dasarnya berperanan untuk menerima permohonan serta menyemak butiran dokumen yang diperlukan. Justeru, Kursus BLESS dianjurkan pada tahun ini dengan mensasarkan kumpulan sasaran yang lain iaitu Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29 hingga S38. Kursus BLESS telah dihadiri oleh 21 orang peserta dari seluruh Pejabat Bahagian di Sarawak. Dua orang penceramah dan fasilitator telah dijemput bagi menjayakan kursus ini iaitu Puan Kodsiah binti Mohd Juzad (Unit APS, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) dan Encik Muhammad Firdaus bin Mohd Nazam (Bahagian BLESS, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri). Kaedah pelaksanaan kursus ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi yang pertama melibatkan penerangan penceramah secara teori kepada para peserta berkenaan pengenalan BLESS dan prosedur penggunaan sistem tersebut. Seterusnya, para peserta didedahkan berkenaan tatacara memproses permohonan melalui BLESS dengan kaedah hands-on (latihan praktikal). Sesi penutupan Kursus BLESS telah disempurnakan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak iaitu Encik Jack Meredu anak

Ko dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan. Tuan pengarah turut memberikan ucapan amanat kepada para peserta dan beliau mengharapkan agar para peserta dapat mempraktikkan apa yang yang telah dipelajari sepanjang dua hari berkursus.

Page 6: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

6 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

MINGGU KERjAYA KENYALANG PERINGKAT NEGERI SARAwAK 2017

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merupakan salah sebuah Jabatan yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam bagi tahun 2017, iaitu menganjurkan Program Minggu Kerjaya Kenyalang di Sarawak. Program Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran Program Jelajah Kerjaya Kenyalang Siri 1 Tahun 2017 yang telah diadakan pada 11 Mac 2017 hingga 19 Mac 2017 bermula dari Serian, Lubok Antu, Kabong, Daro, Selangau dan berakhir di Debak. Walau bagaimanapun, konsep pelaksanaan program kali ini sedikit berbeza namun masih berlandaskan objektif yang sama. Program ini dianjurkan bagi melebarkan perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia amnya dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak khususnya kepada para penduduk luar bandar yang kurang terdedah dengan maklumat peluang pekerjaan. Selain itu, program ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang

Page 7: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

7Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

berterusan dalam membantu memudahkan pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan sekaligus membantu kerajaan mengurangkan kadar penggangguran bagi Sarawak khasnya.

Antara objektif program ini adalah seperti di bawah:-(a) menyediakan platform kepada pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan membantu para majikan mendapatkan calon pekerja yang berpotensi;(b) menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara terus melalui pendekatan secara outreach; dan(c) mewujudkan dan mengeratkan kerjasama antara agensi/jabatan kerajaan serta antara syarikat swasta.

Program ini bermula dari 17 Ogos 2017 hingga 23 Ogos 2017 dengan penganjuran karnival kerjaya di setiap lokasi bahagian utara Sarawak yang meliputi Bintulu, Bekenu, Marudi, Limbang dan Lawas. Pengisian program yang dilaksanakan sepanjang Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 adalah seperti temuduga terbuka, pendaftaran pencari kerja dalam portal JobsMalaysia, ceramah kerjaya, khidmat nasihat perburuhan serta pameran dan perkhidmatan secara terus oleh agensi/jabatan kerajaan. Secara keseluruhannya, Minggu Kerjaya Kenyalang telah berjaya menempatkan seramai 2,596 pencari kerja yang hadir ke temuduga terbuka yang dijalankan di lima lokasi tersebut.

Page 8: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

8 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

PROGRAMKARNIVAlKERJAYA

Tarikh : 17.08.2017Lokasi : Dewan Suarah BintuluBilangan majikan terlibat : 26Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan : 2,950Bilangan pencari kerja yang ditemuduga : 1,655Bilangan pencari kerja yang ditempatkan : 404Bilangan pengunjung : 2,592

Tarikh : 19.08.2017Lokasi : Dewan Masyarakat Bekenu, MiriBilangan majikan terlibat : 21Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan : 3,297Bilangan pencari kerja yang ditemuduga : 1,294Bilangan pencari kerja yang ditempatkan : 586Bilangan pengunjung : 1,565

Page 9: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

9Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

PROGRAMKARNIVAlKERJAYA

Tarikh : 20.08.2017Lokasi : Tempat Letak Kereta di Tamu MarudiBilangan majikan terlibat : 13Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan : 1,279Bilangan pencari kerja yang ditemuduga : 351Bilangan pencari kerja yang ditempatkan : 196Bilangan pengunjung : 890

Tarikh : 21.08.2017Lokasi : Dewan Kampung Bunga Raya, LimbangBilangan majikan terlibat : 16Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan : 2,067Bilangan pencari kerja yang ditemuduga : 362Bilangan pencari kerja yang ditempatkan : 107Bilangan pengunjung : 818

Tarikh : 23.08.2017Lokasi : Gelanggang Bola Keranjang, Taman Awam LawasBilangan majikan terlibat : 18Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan : 2,058Bilangan pencari kerja yang ditemuduga : 394Bilangan pencari kerja yang ditempatkan : 280Bilangan pengunjung : 1,003

Page 10: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

10 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

BENGKEL PENGENDALIAN KERTAS SIASATAN

Unit Undang-Undang dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah mengadakan Bengkel Berhubung Pengendalian Kertas Siasatan pada 27 September 2017 hingga 28 September 2017 di Hotel Merdeka Palace & Suites, Kuching.Bengkel ini diadakan untuk semua Ketua Pejabat dan para pegawai gred S29 hingga S44 yang terpilih daripada seluruh Pejabat Tenaga Kerja di Sarawak. Seramai 38 orang pegawai yang turut serta dalam bengkel tersebut.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah sebagaimana berikut:(i) mendedahkan secara terperinci kepada pegawai bagaimana kertas siasatan disediakan dari segi siasatan di tempat kejadian, rakaman percakapan saksi, pengumpulan bukti, pengendalian ekshibit dan sebagainya; dan(ii) memberi pendedahan kepada para pegawai berkenaan dengan Undang-Undang seperti Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah.

Page 11: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

11Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Program Penempatan Pekerjaan Pejabat Tenaga Kerja Kuching

Program Penempatan Pekerjaan Pejabat Tenaga Kerja Kuching

Seramai 22 majikan telah menyertai Program Penempatan Pekerjaan kali ini dengan menawarkan sebanyak 1,039 kekosongan jawatan kepada para pencari kerja. Jumlah pencari kerja yang telah ditemuduga pada hari tersebut ialah seramai 1,779 orang dan seramai 659 orang telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan. Dianggarkan seramai 2,692 orang pengunjung telah hadir ke program ini.

Para pencari kerja sedang mendapatkanborang di kaunter permohonan kerja

Para pencari kerja sedang mengisiborang permohonan kerja

Para pencari kerja sedang menunggu giliran temuduga

Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada majikanoleh YB Ir Lo Khere Chiang, ADUN Batu Kitang N.13

Page 12: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

12

Program Job Fair @ UTC 3.0 Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah diadakan pada 30 September 2017 di Sibu Central Market dengan jayanya.

Antara pengisian dalam program tersebut adalah:-(i) temu duga terbuka oleh majikan;(ii) pameran daripada agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia;(iii) pendaftaran JobsMalaysia;(iv) khidmat nasihat perburuhan; dan(v) pameran dan jualan daripda peserta Azam Kerja.Sebanyak 20 booth majikan telah disediakan untuk Program ini dengan menawarkan sebanyak 740 kekosongan jawatan. Jumlah pencari kerja yang telah ditemuduga pada hari tersebut ialah seramai 816 orang dan seramai 623 orang telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan. Dianggarkan seramai 6,001 orang pengunjung yang hadir ke program ini.

Para pencari kerja mendapat borang permohonan di kaunter majikan

Ruangan menunggu giliran untuk ditemuduga oleh majikan

Encik Jack Meredu anak Ko, Pengarah

Tenaga Kerja Sarawak melawat ke booth pendaftaran

JobsMalaysia

Para pencari kerja mengisi borang permohonan

Sesi bergambar Encik Jack Meredu anak Ko, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak bersama para pegawai di booth Jabatan

Job Fair @ UTC 3.0

Para pencari kerja sedang meneliti pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan

Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Page 13: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN KERAJAAN, JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

Tarikh : 13 – 15.10.2017Tempat : Grand Dormani Rajah Court Hotel Kuching

Bengkel ini telah dihadiri oleh 41 orang pegawai dan staf yang terlibat dalam pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan di peringkat Jabatan dan semua pejabat bahagian di Sarawak. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd. Maulud bin Sukaimi, Puan Nurul Ain binti Salleh dan Cik Chuay Chia Hui daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak, Puan Misni binti Suhai daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak serta Puan Dayang Arfahiza binti Abang Junaidi daripada Perbendaharaan Malaysia Negeri Sarawak.Antara objektif bengkel ini adalah seperti berikut:-(i) memastikan Tatacara Perolehan Sebutharga di Jabatan dilaksanakan secara cekap dan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.1 Tahun 2014;(ii) mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap Tatacara dan Prosedur Kewangan bagi meningkatkan kesedaran serta ketelusan tentang kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan;(iii) penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan melalui tadbir urus yang baik (good governance) serta menjurus kepada value for money; dan(iv) meningkatkan kesedaran kepada Jabatan dan PTK Bahagian (PTJ) berhubung Prosedur Pengurusan Kewangan Jabatan.

KURSUS PENGURUSAN KEwANGAN DAN PEROLEHAN KERAjAAN

13Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Page 14: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

Ibu pejabat, JTK Sarawak telah menerima kunjungan daripada General Manager, Encik Peter Umak daripada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) pada 2 November 2017. Kunjungan beliau disambut oleh Encik Sulaiman bin Ismail, Timbalan Pengarah JTK Sarawak beserta 2 orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan. Kehadiran beliau ialah untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat berhubung isu Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Beliau bertanyakan adakah umur persaraan minimum jatuh pada hari lahir yang ke-60 tahun atau hari berikutnya untuk dikira sebagai umur bersara? Merujuk kepada Akta berkenaan, Umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur 60 tahun.

KUNjUNGAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI SARAwAK

14 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Pada 15 Ogos 2017 jam 10.00 pagi, Ibu Pejabat JTK Sarawak telah menerima kunjungan daripada wakil-wakil syarikat Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Kunjungan mereka disambut oleh Encik Jack Meredu anak Ko, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak beserta 2 orang pegawai iaitu Encik Ewiim @ Ewiin anak Michael Sinar dan Puan Nur Huda binti Mohammad Imran. Manakala syarikat pula diwakili oleh Encik Asran Rozain (Employee & Industrial Relations Manager, Group Human Resource Division), Encik Abdul Razif Mohd Nurin (Factory Manager), Puan Jacklyn Jap (HR Manager) daripada Production Division, Kuching Factory. Tujuan kunjungan tersebut diadakan ialah bagi membincangkan cadangan syarikat untuk menjalankan proses Voluntary Seperation Scheme (VSS) yang melibatkan kilang di Demak Laut. Syarikat menjangkakan bahawa seramai 40 orang pekerja di bahagian pembuatan ais krim akan terlibat dengan proses VSS berkenaan.

KUNjUNGAN NESTLE MANUfACTURING (M) SDN. BHD.

Page 15: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

15Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Mesyuarat Pegawai–Pegawai Kanan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2017/2018

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai–Pegawai Kanan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2017/2018 pada 12 hingga 14 November 2017 bertempat di Pullman Hotels & Resorts Kuching.Persidangan ini telah dihadiri oleh 52 orang pegawai (Gred 41 ke atas) dari seluruh negeri Sarawak.Antara objektif mesyuarat ini adalah seperti berikut:-(i) menilai pencapaian Business Plan Jabatan bagi Tahun 2017 serta merancang dan menetapkan sasaran bagi setiap aktiviti dalam Business Plan Jabatan Tahun 2018;(ii) mengenalpasti punca masalah, membuat penambahbaikan dan membuka peluang kepada setiap cadangan dan pendapat yang diusulkan;(iii) mempertimbangkan pengetahuan dan kemahiran para pegawai berhubung cabaran dan pendekatan baru dalam mengendalikan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang perburuhan di Sarawak; dan(iv) memberi penerangan dan bimbingan kepada para pegawai ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada rakyat di Sarawak.

Page 16: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

Seramai 30 orang ahli kontinjen Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang diketuai oleh Puan Asmarina binti Othman telah menyertai Majlis Perarakan Maulidur Rasul Tahun 1439H yang telah diadakan pada 1 Disember 2017 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Kuching. Pihak Pengurusan Atasan Jabatan amat menghargai komitmen pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyertai perarakan tersebut.

Seramai 30 orang ahli kontinjen Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang diketuai oleh Puan Asmarina binti Othman telah menyertai Majlis Perarakan Maulidur Rasul Tahun 1439H yang telah diadakan pada 1 Disember 2017 di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Kuching. Pihak Pengurusan Atasan Jabatan amat menghargai komitmen pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyertai perarakan tersebut.

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

16 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

KEjOHANAN SUKAN TAHUNAN SKIM S (KESTASIS) KALI KE-8

Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan KESTASIS Kali Ke-8 pada 24 hingga 26 Ogos 2017 bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam, Selangor. Seramai 6 orang kakitangan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak telah dihantar untuk menyertai kejohanan sukan tersebut yang mewakili Zon Selatan. Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, 7 acara utama yang dipertandingkan ialah perlawanan badminton, ping pong, bola sepak, futsal, karom, dart dan dam haji.

Pembarisan ahli-ahli kontinjen Zon Selatan semasa Majlis Perasmian

Page 17: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

B. KIRAANi) Pekerja Bergaji Bulanan

Contoh : Telah bekerja selama 3 tahun, 4 bulan & 10 hariGaji sebulan RM 1,500.00

3 tahun x 15 hari / tahun = 45 hari4 bulan : ( 4 ÷ 12 bulan ) x 15 hari = 5 hari

JUMLAH = 50 hariGaji sehari : (RM1,500.00 x 12 bulan) 365 hari setahun

= RM 49.32 gaji sehari

* Jumlah Faedah Penamatan Kerja = (RM 49.32 x 50 hari) = RM 2,466.00

ii) Pekerja Bergaji Harian / Jam / Ikut Bilangan (Piece Rated)Contoh : Telah bekerja selama 13 tahun, 5 bulan & 16 hari

Gaji diterima untuk tempoh 12 bulan terkini sebelum pemberhentian : RM 10,000.00Jumlah hari bekerja sebenar : 270 hari setahun

13 tahun x 20 hari / tahun = 260 hari6 bulan : ( 6 ÷ 12 bulan ) x 20 hari = 10 hari JUMLAH = 270 hariGaji sehari : RM 10,000.00 x 270 hari = RM 37.04 gaji sehari* Jumlah Faedah Penamatan Kerja = (RM 37.04 x 270 hari) = RM 10,000.80

KADAR KELAYAKAN DAN KIRAAN FAEDAH PENAMATAN KERJA DAN PENAMATAN KERJA SEMENTARA (KAEDAH 2008)

A. KADAR KELAYAKAN

Bil. Tempoh Bekerja Kelayakan1. Lebih 1 tahun hingga 2 tahun 10 hari gaji setahun perkhidmatan2. Lebih 2 tahun hingga 5 tahun 15 hari gaji setahun perkhidmatan3. Lebih 5 tahun 20 hari gaji setahun perkhidmatan

Jika bilangan hari ;< 15 hari : 0 bulan

≥ 15 hari : + 1 bulan

Jika bilangan hari ;< 15 hari : 0 bulan

≥ 15 hari : + 1 bulan

17Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Page 18: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

Kelebihan GPKI Agent 2.0 Kepada Pengguna Token

Sebelum ini pengguna seringkali merujuk dengan Pentadbir AP (Authorised Personnel) jabatan berkaitan masalah token. Antara masalah yang sering diajukan adalah:• Lupakatalaluan;• PermohonanSoPIN;• Tokenkenablok;• TukarPIN;• TamatTempoh• PengaktifanToken;dan• PengujianToken.

Pemasangan GPKI Agent 2.0

Agent GPKI 2.0 perlu dipasang di komputer pengguna sendiri sebelum pengurusan token dapat dibuat. Dengan pemasangan Agent GPKI 2.0 ini, pengguna secara tidak langsung dapat mengurus sendiri token tanpa perlu merujuk dengan pentadbir AP jabatan.

Kenapa masih pening kepala jika anda sendiri dapat melakukan semuanya. Semua di hujung jari anda. Tetapi sebelum itu, pastikan anda telah muat turun Agent GPKI 2.0 Release 1.2.0.0 dari laman web GPKI (https://gpki.mampu.gov.my) dan “install” di komputer anda. Muat turun Agent GPKI 2.0 hanya dibenarkan untuk pengguna yang telah mempunyai token sahaja.

Sumber : https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/

PENGGUNAAN GPKI AGENT 2.0(RELEASE 1.2.0.0)

Mungkin masih ramai pengguna token ePerolehan dan eSPKB tidak sedar akan fungsi Agent GPKI 2.0. Agent ini telah dilancarkan oleh pihak MAMPU pada 27 Julai 2017 dan telah menamatkan penggunaan agent GPKI 1.0 sepenuhnya. Pelancaran agent baru ini telah mengubah pelaksanaan pentadbiran token dengan memberi kuasa mutlak kepada pengguna untuk mengurus sendiri token.

18 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Page 19: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

BERITA WARGANama Pegawai : Nurjanah binti SaieeJawatan : Pembantu Perhubungan

Perusahaan Gred S19Dari : Lantikan BaharuKe : PTK BakunTarikh Kuat Kuasa : 25.08.2017

Nama Pegawai : Astinah NyambangJawatan : Pembantu Perhubungan

Perusahaan Gred S19Dari : Lantikan BaharuKe : PTK BintuluTarikh Kuat Kuasa : 25.08.2017

Nama Pegawai : Rozita binti EmranJawatan : Pembantu Perhubungan

Perusahaan Gred S19Dari : Lantikan BaharuKe : PTK BintuluTarikh Kuat Kuasa : 25.08.2017

Nama Pegawai : Alvin Clinton anak SuderJawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred

W19Dari : Maktab Turus Angkatan Tentera,

Kuala LumpurKe : Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja

SarawakTarikh Kuat Kuasa : 09.10.2017Nama Pegawai : Jamaluddin bin Yaakub

Jawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S48 (M)

Dari : Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

Ke : Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Tarikh Kuat Kuasa : 13.11.2017

Nama Pegawai : Nazirudin bin HassanJawatan : Penghantar Notis Gred N11

Dari : Lantikan BaharuKe : PTK BintuluTarikh Kuat Kuasa : 13.11.2017

Nama Pegawai : Jamillah binti PutitJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S52 (M)Dari : Caw. Dasar Perburuhan, KSMKe : Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja

SarawakTarikh Kuat Kuasa : 20.11.2017

Nama Pegawai : Pang Jeng Wei Jawatan : Penolong Pegawai Perhubungan

Perusahaan Gred S29Dari : Lantikan BaharuKe : PTK KuchingTarikh Kuat Kuasa : 04.12.2017

Nama Pegawai : Adzrin bin OmarJawatan : Penolong Pegawai Perhubungan

Perusahaan Gred S29Dari : Lantikan BaharuKe : PTK SibuTarikh Kuat Kuasa : 18.12.2017

Nama Pegawai : Martin anak BadiJawatan : Penolong Pegawai Perhubungan

Perusahaan Gred S29Dari : Lantikan BaharuKe : PTK SarikeiTarikh Kuat Kuasa : 18.12.2017

Nama Pegawai : Mohamad Faizul bin John MudaJawatan : Penolong Pegawai Perhubungan

Perusahaan Gred S29Dari : Lantikan BaharuKe : PTK LawasTarikh Kuat Kuasa : 18.12.2017

19Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Salam Perkenalan

Page 20: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

BERITA WARGA

Kenaikan Pangkat

Pertukaran

Nama Pegawai : Ismail bin MohamadJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred

S41/S44 (Fleksi)Penempatan : PTK KuchingTarikh Kuat Kuasa : 19.07.2017

Nama Pegawai : Edward Jekim anak DiotJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S41/S44 (Fleksi)Penempatan : PTK LimbangTarikh Kuat Kuasa : 19.07.2017

Nama Pegawai : Asmah binti BujangJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S41/S44 (Fleksi)Penempatan : PTK SarikeiTarikh Kuat Kuasa : 19.07.2017

Nama Pegawai : Lio Siang YunJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S41/S44 (Fleksi)Penempatan : PTK MarudiTarikh Kuat Kuasa : 19.07.2017

Nama Pegawai : Emma Yusmaniza binti HelmiJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S41/S44 (Fleksi)Penempatan : PTK KuchingTarikh Kuat Kuasa : 19.07.2017

Nama Pegawai : Mohd Faiz bin IshamJawatan : Pembantu Perhubungan

Perusahaan Gred S19Dari : PTK BintuluKe : JTK Johor BahruPada : 25.08.2017

Nama Pegawai : Rahman Bee binti A. Mohamed Sheriff

Jawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S48 (M)

Dari : Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Ke : Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak

Pada : 06.11.2017

Nama Pegawai : Mary Liliyiana anak LipikJawatan : Pembantu Operasi Gred N11

Dari : Bahagian Standard PerburuhanKe : JobsMalaysia, UTC Sarawak

Pada : 14.08.2017

Nama Pegawai : Asmarina binti OthmanJawatan : Pegawai Perhubungan Perusahaan

Gred S44Dari : Bahagian Standard PerburuhanKe : Bahagian Perkhidmatan PekerjaanPada : 20.11.2017

20 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Page 21: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

BERITA WARGA

Bersara

Cahaya Mata

Nama Pegawai : Titek Pospa binti Mat YassinJawatan : Jurubahasa Gred LA29 (KUP)

Tarikh Bersara : 01.09.2017Pejabat/Bahagian : PTK Kuching

Nama Pegawai : Lee Yong FoongJawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian /

Operasi) Gred N22 (KUP)Tarikh Bersara : 13.10.2017Pejabat/Bahagian : PTK Serian

Nama Pegawai : Annie ak John LanggieJawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian /

Operasi) Gred N19Tarikh Bersara : 17.10.2017Pejabat/Bahagian : PTK Kuching

Nama Pegawai : Chelsea Sherry LaboJawatan : Penolong Akauntan Gred W29 (KUP)Pejabat / Bahagian : PTK MarudiNama Anak : Alessandro Engan RickyTarikh Lahir : 09.10.2017Jantina : Lelaki

1) Ayahanda kepada Tuan Haji Kamal bin Haji Aris, Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S48 dari Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah kembali ke rahmatullah pada 23.07.2017;

2) Bonda kepada Encik Edward Jekim anak Diot, Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41/44 (Flexi) dari PTK Limbang telah meninggal dunia pada 09.08.2017;

3) Ayahanda kepada Encik Giles Roland Kamar, Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S38 dari PTK Sri Aman telah meninggal dunia pada 24.08.2017;

4) Suami kepada Puan Hadiah binti Haji Mohammad, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 dari Ibu Pejabat JTK Sarawak telah kembali ke rahmatullah pada 06.10.2017;

5) Ayahanda kepada Puan Hadiah binti Haji Mohammad, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 dari Ibu Pejabat JTK Sarawak telah kembali ke rahmatullah pada 09.10.2017;

6) Ayahanda kepada Puan Barbara anak Suyang, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N22 (KUP) dari Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah meninggal dunia pada 08.12.2017;

7) Bonda kepada Encik Mustapha bin Jobeli, Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S32 dari PTK Sri Aman telah kembali ke rahmatullah pada 16.12.2017;

8) Ayahanda kepada Encik Masrol bin Mahidi, Pembantu Operasi Gred N11 dari PTK Saratok telah kembali ke rahmatullah pada 18.12.2017; dan

9) AllahyarhamMohammadHafizanbinHajiHelmi,Pembantu Operasi Gred N11 dari PTK Sri Aman telah kembali ke rahmatullah pada 24.12.2017.

Warga kerja JTK Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang berkenaan. Semoga roh mereka dihimpunkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

21Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Salam Takziah

Page 22: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

Ketua Editor dan Sidang Editor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Encik Wahid bin Olen, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan di Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak sebagai Munsyi Muda Bahasa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Sarawak. Beliau juga adalah merupakan salah seorang editor Buletin JTK Sarawak ini. Pelantikan ini dibuat pada bulan September 2017 lalu. Semoga dengan pelantikan ini memberikan beliau peluang untuk membantu pihak DBP Cawangan Sarawak memperkasakan bahasa kebangsaan di jabatan-jabatan kerajaan di negeri Sarawak ini.

Buletin JTK Sarawak Edisi 15 Bil.2/2016 telah dinobatkan sebagai penerima Sagu Hati Anugerah Citra Buletin Jabatan 2017 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sarawak. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan di Hotel Pullman, Kuching pada 29 November 2017 semasa Majlis Anugerah Tinta Kenyalang 2017. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Sidang Editorial JTK Sarawak di atas julung kalinya memenangi anugerah tersebut. Semoga semua Ahli Sidang Editorial akan terus menghasilkan buletin Jabatan yang berkualiti.

Anugerah CitraBuletin Jabatan 2017Anugerah CitraBuletin Jabatan 2017

22 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Pelantikan Sebagai Munsyi Muda Bahasa

Page 23: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

23Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Kata Mutiara

Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.

-Mahatma Gandhi

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

-Thomas Edison

I never lose. I either win or learn.

-Nelson Mandela

Page 24: JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BULETIN - jtkswk.gov.my · Program Karnival Pekerjaan yang diadakan di Sibu. Program-program ini sentiasa mendapat sambutan Program-program ini sentiasa

24 Buletin JTK Sarawak Edisi 16 (Januari-Jun 2017)

Diterbitkan oleh:Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagaian artikel, ilustrasi dan kandungan buletin ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak. Artikel yang disiarkan dalam buletin ini tidak semestinya mencerminkan pendir-ian dan dasar JTK Sarawak.

IBU PEJABAT JABATAN TENAGA KERJA SARAWAKTingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,

93532 Kuching, Sarawak.Tel: 082-242261 Fax: 082-244909 / 082-237051

E-mel: [email protected] Web: http://jtkswk.mohr.gov.my

Talian Terus Bilik Gerakan Gaji Minimum: 082-254281E-mel Bilik Gerakan Gaji Minimum: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KUCHINGTkt.7 & 8, Bangunan KWSP, Jalan Upland, Peti Surat 375, 93300 Kuching, SarawakTel : 082-247349 Faks : 082-247305E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MARUDITkt.2, Wisma Persekutuan, Jln Kampung Cina,Peti Surat 224, 98508 Marudi, Sarawak.Tel : 085-755963 Faks : 085-756559E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SIBUTkt.3, Wisma Persekutuan Blok 3,Lot 462, Persiaran Brooke, Peti Surat 431, 96007 Sibu, Sarawak.Tel : 084-330700 Faks : 084-317284E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SERIANTkt. Bawah ,Lot 1061-1062,Jln Alamanda, Serian Town District,94700 Serian, Sarawak.Tel : 082-874840 Faks : 082-875299E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MIRITkt.3, Bgn. Persekutuan, Jln Gartok,Peti Surat 541, 98007 Miri, Sarawak.Tel : 085-419949 Faks : 085-417181E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BAKUNNo.4 Sungai Asap Commercial Centre, BelagaPeti Surat 418, 97008 Bintulu, Sarawak.Tel : 019-8595286 Faks : 086-339457E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA LIMBANGTkt.2, Bgn Persekutuan,Jalan Fisher, Peti Surat 128,98707 Limbang, Sarawak.Tel : 085-211228 Faks : 085-212461E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KOTA SAMARAHANSub Lot No.33, Lot 4681, Tkt.Bawah 1 & 2, Fasa 17,Blok 1, Desa Ilmu, Sarawak Land District, Jln Dato’ Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.Tel : 082-616073 Faks : 082-616054E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SRI AMANTkt. Bawah, Bgn. Persekutuan Fasa II,Jalan Kejatau, Peti Surat 83,95007 Sri Aman, Sarawak.Tel : 083-322527 Faks : 083-323194E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARATOKGround Floor, 3 Storey Shophouse,Lot 719, Saratok Town District,95400 Saratok, Sarawak.Tel : 083-438603 Faks : 083-438609E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KAPITTkt.2, Wisma Persekutuan,Jln. Kapit By-Pass, Peti Surat 75,96807 Kapit, Sarawak.Tel : 084-796430 Faks : 084-797637E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA LAWASTingkat Bawah 1 & 2, Bangunan Kedai 3 Tingkat,Lot 334, Jln Trusan, Lawas Town District,98850 Lawas, Sarawak.Tel : 085-285452 Faks : 085-285476E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARIKEITkt.2, Wisma Persekutuan,Jln. Bgn. Kerajaan, 96100 Sarikei, Sarawak. Tel : 084-651242 Fax : 084-654011E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BETONGSublot 23, Lot 177, Tingkat Bawah 1 & 2,Betong Town District, 95700 Betong, Sarawak.Tel : 083-471501 Faks : 083-472945E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BINTULUTkt.2, Bgn.Persekutuan, Batu 2,Jln Bintulu/Miri, Peti Surat 418,97008 Bintulu, Sarawak.Tel : 086-337625 Faks : 086-339457E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MUKAHSublot No.43, Lot 924 & 927, Block 68,Mukah Land District, Mukah Town Extension Phase II, 96400 Mukah, Sarawak.Tel : 084-874179 Faks : 084-874182E-mel : [email protected]

JOBSMALAYSIA (JMC) KUCHINGSublot 17, Lot 11884, Ground Floor (Corner Lot),

KCLD, Jalan Tun Jugah, 93532 Kuching, Sarawak.Tel: 082-576497 Faks: 082-576492

E-mel: [email protected]

DIRE

KTOR

I