jemaah menteri

21
1.0 Pengenalan Sistem pentadbiran di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sedia ada di Malaysia semasa kerajaan Melayu tradisi juga merupakan asas penting kepada apa yang wujud kini. Kewujudan sistem kabinet kementerian, badan- badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara ini sehingga Malaysia dikenali di negara luar sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Kabinet atau jemaah menteri di bentuk mengikut perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa Yang Di-pertuan Agong (YDPA) hendaklah melantik sebuah jemaah menteri untuk menasihatkannya dalam menjalankan tugasnya. Jemaah diketuai oleh Perdana Menteri dan di bantu oleh ahli-ahli yang digelar menteri yang bertanggungjawab melaksanakan sebarang keputusan yang dibuat. Justeru itu, jemaah menteri merupakan badan tertinggi di dalam negara untuk menbentuk dasar-dasar kerajaan. Anggota jemaah menteri boleh dilantik daripada ahli Dewan Rakyat ataupun ahli Dewan Negara. Sehingga pilihanraya 2008, seramai 222 orang telah layak bertanding dan daripada jumlah tersebut hanya anggaran 10% daripadanya telah dilantik menjadi jemaah menteri. Manakala antara seramai 70 orang dari Dewan Negara hanya 3 orang yang dilantik oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk 1

Upload: nor-haiza

Post on 20-Jun-2015

1.181 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengenalan,latar belakang,sistem jemaah menteri, kebaikan dan keburukan,contoh dasar-dasar yang dicadangkan,nama-nama jemaah menteri dan kesimpulan.

TRANSCRIPT

Page 1: Jemaah Menteri

1.0 Pengenalan

Sistem pentadbiran di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sistem pemerintahan dan pentadbiran yang

sedia ada di Malaysia semasa kerajaan Melayu tradisi juga merupakan asas penting kepada apa

yang wujud kini. Kewujudan sistem kabinet kementerian, badan-badan berkanun dan

suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara ini sehingga Malaysia

dikenali di negara luar sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Kabinet atau jemaah menteri di bentuk mengikut perkara 43 Perlembagaan Persekutuan

yang menyebutkan bahawa Yang Di-pertuan Agong (YDPA) hendaklah melantik sebuah jemaah

menteri untuk menasihatkannya dalam menjalankan tugasnya. Jemaah diketuai oleh Perdana

Menteri dan di bantu oleh ahli-ahli yang digelar menteri yang bertanggungjawab melaksanakan

sebarang keputusan yang dibuat. Justeru itu, jemaah menteri merupakan badan tertinggi di dalam

negara untuk menbentuk dasar-dasar kerajaan. Anggota jemaah menteri boleh dilantik daripada

ahli Dewan Rakyat ataupun ahli Dewan Negara. Sehingga pilihanraya 2008, seramai 222 orang

telah layak bertanding dan daripada jumlah tersebut hanya anggaran 10% daripadanya telah

dilantik menjadi jemaah menteri. Manakala antara seramai 70 orang dari Dewan Negara hanya

3 orang yang dilantik oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menjadi jemaah

menteri antaranya ialah Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Tan Sri Dr Koh

Tsu Koon dan Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

2.0 Latar Belakang Sejarah

Dari segi sejarah, jemaah menteri atau kabinet telah dimulakan sebelum negara kita merdeka,

iaitu pada tahun 1951 melalui pengenalan Sistem Ahli. Melalui Sistem Ahli, seorang ahli akan

dilantik dimana jawatannya sama seperti tugas seorang menteri. Melalui sistem ini juga,

beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak di bawah kawalan seorang ahli. Memandangkan

1

Page 2: Jemaah Menteri

pada waktu itu Tanah Melayu berada di bawah penjajahan British, menyebabkan seorang ahli

yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem Ahli

ini berakhir apabila pilihan raya umum pertama diadakan pada bulan Ogos 1995.

Selepas Pilihan Raya Umum 1995, sebuah kerajaan baru dibentuk dimana Parti Perikatan

telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerajaan Parti Perikatan

telah melantik Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Ketua Menteri, dan seiring dengan itu

lahir pula sebuah kabinet moden pramerdeka.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul

Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama. Beliau mengetuai kabinet pertama yang

dibentuk selepas Tanah melayu mencapai kemerdekaan. Jemaah Menteri yang ulung telah

mengadakan mesyuarat yang pertama di Majlis Undangan Persekutuan Kuala Lumpur pada 10

September 1957. Dalam mesyuarat tersebut, buat kali pertama pemimpin-pemimpin tempatan

telah mengambil alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Dalam

kabinet ini, menteri-menteri terdiri daripada pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MIC-MCA

yang menang dalam Pilihan Raya Umum 1955. Sistem kabinet ini berlanjutan sehingga ke hari

ini.

3.0 Sistem Jemaah Menteri

Sistem Jemaah Menteri merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang

diamalkan pada masa kini oleh kebanyakan negara. Ia sebenarnya diasaskan oleh Britain.

Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat undi

2

Page 3: Jemaah Menteri

majoriti dalam pilihan raya dan menguasai sejumlah besar kerusi di Parlimen atau Dewan

Perundangan.

Dalam hal ini, apabila sesebuah parti politik berjaya dalam satu-satu pilihan maka ia

layak untuk memerintah negara kerana rakyat telah memberikan mereka mandat untuk

memerintah. Ketua parti yang berkenaan akan dipanggil oleh Ketua Negara dan

diperkenankannya sebagai Ketua Menteri atau Perdana Menteri. Sesebuah kabinet akan

dibubarkan sekiranya ia kurang mendapat sokongan dan ahli-ahlinya meletak jawatan.

Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan ahli-ahli jemaah menteri

dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. Perkara 43(3)

Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA dikehendaki melantik seorang Perdana

Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah

setelah Berjaya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk mengetuai kabinet.

Di Malaysia, jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa

eksekutif. Jemaah menteri ini akan mengandungi seorang Perdana Menteri dan beberapa orang

menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing. Seorang Perdana Menteri

secara tidak langsung berperanan sebagai Ketua Jemaah Menteri. Keadaan ini juga bermakna

beliau mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai

kabinetnya. Biasanya, seseorang yang dilantik mengganggotai jemaah menteri merupakan

penyokong kerajaan pemerintah.

Dalam konteks Demokrasi Berparlimen, ahli-ahli jemaah menteri bertanggungjawab di

atas segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri. Keadaan ini membawa maksud

walaupun seorang menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, beliau tetap dikehendaki

bersetuju dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri. Dalam perjalanan

3

Page 4: Jemaah Menteri

sistem jemaah menteri , peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri

merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan. Dalam hal ini, seorang menteri itu

merujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat sebelum rang undang-undang itu

diusulkan di Parlimen.

Untuk membantu menteri melaksanakan tugasnya, Perlembagaan Persekutuan melalui

Perkara 43(a) memperuntukkan kuasa untuk YDPA melantik menteri-menteri yang lain atas

nasihat Perdana Menteri. Menteri-menteri yang dilantik boleh diambil daripada kedua-dua Majlis

Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seorang timbalan menteri juga dilantik untuk

membantu menteri.

Bagi melaksanakan tugas-tugas jemaah menteri, seorang setiausaha parlimen telah

dilantik oleh Perdana Menteri sendiri mengikut Perkara 43(b) 1 Perlembagaan Persekutuan.

Tugas seorang setiausaha parlimen adalah untuk membantu menteri dan timbalan menteri dan

semasa menjalankan tugas ini, mereka mempunyai kuasa yang penuh sebagai seorang menteri

dan timbalan menteri. Bagi membantu Perdana Menteri menjalankan tugas-tugasnya,

Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 43(c) membenarkan Perdana Menteri melantik

seorang setiausaha politik. Setiausaha politik tidak semestinya daripada kalangan ahli mana-

mana Majlis Parlimen.

Seorang Perdana Menteri juga bertindak sebagai pengerusi dalam mesyuarat jemaah

menteri yang diadakan seminggu sekali, iaitu setiap hari rabu. Selain itu, seorang Perdana

Menteri juga berperanan sebagai Ketua Pentadbir (kerajaan) utama negara. Contohnya, dasar-

dasar yang diamalkan oleh kerajaan biasanya dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga berperanan memperkenalkan dan menjalankan sesuatu dasar yang biasanya

adalah untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, mengubah sikap pegawai

perkhidmatan awam dan merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta.

4

Page 5: Jemaah Menteri

Seorang Perdana Menteri juga merupakan ketua kepada sebuah parti politik yang majoriti

dalam pilihan raya. Selain itu, seorang Perdana Menteri juga berperanan sebagai pegawai

diplomat negara. Ini dilakukan melalui hubungan persahabatan dan hubungan dengan negara-

negara luar. Hubungan dengan negara-negara luar pada masa ini banyak dilakukan oleh Tun Seri

Dr Mahathir Mohamad, manakala Perdana Menteri yang sebelumnya lebih menumpukan kepada

pembangunan ekonomi dan politik negara.

4.0 Beberapa Contoh Dasar Yang Dirancang Oleh Jemaah Menteri

Dasar bermakna asas, resam, tunjang atau teras kekukuhan perkara atau objek. Dalam konteks

politik dan pentadbiran negara, dasar bermakna ketetapan atau keputusan yang diajukan oleh

penggubal dasar dengan bertujuan untuk mendisiplinkan rakyat, memperbaiki perkhidmatan dan

kebajikan untuk rakyat, menyelesaikan masalah yang melanda rakyat dan membuat inovasi atau

pembaharuan. Dasar biasanya dirancang, dibentuk dan ditentukan oleh jemaah menteri untuk

dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana yang berada dibawahnya. Secara umumnya, terdapat

dua jenis dasar yang dirangka oleh jemaah menteri iaitu :

4.1 Dasar yang tetap, statik dan dirancang dengan teliti

Contoh-contoh dasar yang tetap,statik dan dirancang dengan teliti adalah :

4.1.1 Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Pada pertengahan April 1982, Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad telah

melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar bagi

dijadikan amalan kepada semua golongan di negara ini. Dasar ini

dilancarkan berasaskan hakikat bahawa pembangunan dan kejayaan

sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai hidup dan etika kerja yang

positif di kalangan pekerja-pekerjanya. Oleh itu, nilai-nilai ini harus

ditanamkan di jiwa semua pekerja dan rakyat. Objektif utama dasar ini

5

Page 6: Jemaah Menteri

adalah mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi

rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan

produktiviti dan mutu.

4.1.2 Dasar Penswastaan

Sebagai seorang yang mempunyai visi, Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad

percaya bahawa dengan sumber-sumbernya yang kaya Malaysia boleh

dijadikan sebuah ekonomi yang moden dan setanding dengan negara-

negara lain ke arah itu beliau telah melancarkan konsep Persyarikatan

Malaysia dan penswastaan yang merupakan ciri-ciri perlaksanaan Dasar

Pandang ke Timur. Melalui konsep ini, syarikat swasta digalak

mengembangkan perusahaan masing-masing bagi membawa keuntungan

yang besar kepada negara dan faedah-faedahnya tersebar kepada rakyat. 

4.1.3 Dasar Pandang ke Timur

Dasar ini telah diumumkan oleh Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8

Februari 1982 ketika Persidangan Tahunan Kelima MAJECA/JAMECA di

Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna pihak Kerajaan akan membuat

pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan

yang terbaik daripada negara-negara di Timur seperti Jepun dan Korea dan

mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Jepun dan Korea

adalah merupakan dua buah negara yang begitu berjaya membangun

dengan pesatnya, malahan di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju

dari beberapa negara barat sendiri.

Objektif utama Dasar Pandang ke Timur ini ialah untuk meninggikan

prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan

golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja

yang positif untuk mempertingkatkan kemajuan negara. Dasar ini tidak

bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan perdagangannya

6

Page 7: Jemaah Menteri

dengan rakan-rakan yang sedia ada ataupun memberi keutamaan kepada

import barang-barang dan perkhidmatan dari Jepun dan Korea. Kerajaan

akan terus mengamalkan dasar perdagangan terbuka dengan semua negara

kecuali Israel.

4.1.4 Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang dicetuskan oleh

mantan Perdana Menteri Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad bertujuan

membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti

kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Dasar ini bermatlamat

menubuhkan sebuah 'negara bahagia' dan menghapuskan sikap yang

negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta

menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Bertolak dari dasar ini juga lahirnya usaha-usaha lain termasuklah

penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi kewangan

bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat

insurans yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam

telah mula dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan

langkah-langkah besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di

Malaysia, malah menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain

dalam menghadapi tuntutan-tuntutan hidup zaman moden.

4.2 Dasar yang berubah berdasarkan faktor semasa

Antara salah satu contoh isu dasar yang berubah berdasarkan faktor semasa ialah

isu kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini mendatangkan kesan

kepada rakyat iaitu rakyat terpaksa menanggung kenaikan caj perkhidmatan, kos

cara hidup yang tinggi dan harga barang keperluan yang melonjak naik.

7

Page 8: Jemaah Menteri

Seterusnya, mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan sosial masyarakat

akibat tekanan hidup.

Walaubagaimanapun, kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi

akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya. Subsidi minyak

adalah wang yang dibayar kerajaan kepada pengeluar minyak dan merupakan

bantuan untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan sedang merangka kaedah

yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh

golongan yang benar-benar layak termasuk nelayan, pengusaha kenderaan awam

seperti bas dan teksi serta pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak.

Ini bermakna kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan kenaikan harga

minyak secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan

memberikan ruang untuk rakyat membuat penyesuaian sewajarnya dalam

perbelanjaan mereka.

5.0 Prinsip ‘Collective Responsibility’

Semua ahli jemaah menteri mempunyai tanggungjawab bersama secara kolektif. Anggota-

anggota jemaah menteri perlu tahu dan patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama, ‘collective

responsibility’. Prinsip tanggungjawab bersama yang dijunjung oleh ahli-ahli jemaah menteri ini

bertindak sebulat suara walaupun ada di kalangan ahlinya yang tidak bersetuju dengan sesuatu

perkara. Seperkara lagi, semua perbincangan dalam kabinet adalah rahsia.

Prinsip ini menuntut ahli-ahli jemaah menteri untuk bersatu di hadapan rakyat. Ini kerana

anggota jemaah menteri tidak boleh menunjukkan perbezaan pendapat di khalayak ramai. Begitu

juga tidak timbul soal kebebasan mengeluarkan pendapat kerana ini tidak terpakai dalam kes

kabinet dimana undang-undang menetapkan semua anggota kabinet sekata dan siapa yang tidak

mahu terikat keluar atau dipecat. Mereka mesti bersuara dengan nada yang satu. Bukannya

mewujudkan blok yang berbeza, membentuk dikotomi yang jelas. Apabila pertentangan

8

Page 9: Jemaah Menteri

pendapat berlaku dan terzahir kepada awam, secara politiknya, ia memalukan pihak kerajaan dan

mengelirukan rakyat.

6.0 Kebaikan Dan Keburukan Sistem Jemaah Menteri

Sebagaimana yang diketahui, kerajaan yang memerintah akan memikul amanah rakyat melalui

pilihan raya. Rakyatlah yang menentukan pembentukan-pembentukan kabinet dan pucuk

pimpinan. Justeru itu, ada kalanya sistem jemaah menteri mempunyai kebaikan dan keburukan

yang tidak dapat dielakkan antaranya :

6.1 Keburukan Sistem Jemaah Menteri

Semasa pilihan raya, kesempatan ini disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu

untuk memancing undi dengan mengamalkan rasuah. Ada di antara mereka hanya

menunjukkan muka apabila pilihan raya diadakan di kawasan yang mereka

bertanding. Ada juga hanya mengadakan umpan pada pengundi agar mereka

mendapat kerusi di pilihan raya. Serta ada antara janji yang dikeluarkan semasa

memancing undi rakyat tidak dilaksanakan.

6.2 Kebaikan Sistem Jemaah Menteri

Dari segi kebaikan, rakyat diberi peluang untuk memilih pemerintah. Ini

bermakna, suara rakyat diambil kira bukan sahaja semasa memilih wakil-wakil

mereka, malahan suara mereka juga diambil kira untuk dibentangkan di Parlimen.

Selain itu, sistem kabinet telah mencapai kejayaan walaupun tidak semua negara

mengamalkannya. Ini kerana kejayaan sesuatu sistem pemerintahan kabinet

adalah terletak kepada kesedaran rakyat sesebuah negara dan kepercayaan mereka

terhadap sistem yang diamalkan. Kerajaan juga berusaha sedaya upaya menjaga

kepentingan rakyat berdasarkan janji dalam pilihan raya.

9

Page 10: Jemaah Menteri

7.0 Senarai Jemaah Menteri dibawah Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 (Dato’ Seri

Najib Tun Abdul Razak)

Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melantik 28 menteri dan 40 timbalannya yang baru, bagi

bersama beliau mengembeling tenaga menjayakan slogan 'Satu Malaysia', Dato’ Seri Najib turut

menyenaraikan 6 muka baru yang dilantik sebagai menteri dalam pelbagai jabatan bagi

memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran Negara. Beliau menyifatkan kabinet yang baru dilantik

oleh beliau, merupakan 'Kabinet Rakyat', didalam melaksanakan segala agenda pembangunan

negara. Dato’ Seri Najib telah melakuan penyusunan semula dan memansuhkan beberapa

kementerian, ini menjadikan kabinet yang baru dilantik beliau lebih kecil, terdiri daripada 28

menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian ketika pentadbiran Tun

Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Disamping itu juga Dato’ Seri Najib begitu komited untuk memulihkan kepercayaan

rakyat dengan memperkenalkan pendekatan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk memantau

prestasi dan pencapaian mereka, menurut beliau pembaharuan ini dilakukan demi menjadikan

para jemaah menteri lebih bertanggungjawab, fokus, dan mendahulukan rakyat. Dibawah

pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya yang terdiri

daripada 28 menteri iaitu:

1. Dato’ Seri Najib Razak

Perdana Menteri

Menteri Kewangan

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri

Menteri Pelajaran

10

Page 11: Jemaah Menteri

3. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)

4. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)

5. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan

Ekonomi)

6. Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

7. Dato’ Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Kewangan II

8. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Menteri Dalam Negeri

9. Dato’ Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

10. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan

11. Dato’ Anifah Aman

Menteri Luar Negeri

11

Page 12: Jemaah Menteri

12. Tan Sri Bernard Dompok

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

13. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pengajian Tinggi

14. Dato’ Noh Omar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

15. Dato’ Seri Maximus Ongkili

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

16. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen

Menteri Pelancongan

17. Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Menteri Wilayah Persekutuan

18. Dato’ Douglas Uggah Embas

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

19. Dato’ Ong Tee Keat

Menteri Pengangkutan

20. Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

12

Page 13: Jemaah Menteri

21. Dato’ Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan

22. Dato’ Peter Chin Fah Kui

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

23. Dato’ Shaziman Abu Mansor

Menteri Kerja Raya

24. Dato’ Seri Dr Rais Yatim

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

25. Dato’ Dr S Subramaniam

Menteri Sumber Manusia

26. Dato’ Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

27. Dato’ Seri Shafie Apdal

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

28. Dato’ Kong Cho Ha

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

13

Page 14: Jemaah Menteri

29. Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan

8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, barisan jemaah menteri ini adalah diharapkan menjadi cerminan

kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui satu kerajaan yang mewakili semua rakyat

dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia. Barisan kabinet dibawah pentadbiran Dato’ Seri Najib

Tun Abdul Razak ini juga mencerminkan slogan pentadbiran iaitu “ Satu Malaysia. Rakyat

Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang mana mengajak rakyat bersama-sama melakukan

transformasi besar untuk Negara seterusnya berusaha untuk membawa negara dalam arus

perdana kemajuan dan permodenan antarabangsa.

14

Page 15: Jemaah Menteri

Rujukan

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin.2004.Pengajian Malaysia.Fajar

Bakti Sdn.Bhd.

Muhd.Shamsinor dan Ali Roshezry.2008.Pengajian Malaysia.Universiti

Industri Selangor.

ms.wikipedia.org/wiki/Kabinet_Malaysia

www.kabinet.gov.my

15