jenis-jenis rumah melayu
TRANSCRIPT
Jenis-jenis rumah Melayu
Rumah Perabung Panjang
• Merupakan sejenis reka bentuk rumah Melayu yang tertua.
• Lebih dikenali sebagai rumah bumbung panjang.
• Mempunyai satu bumbung yang panjang dan melintang.
• Di Kedah dan Perlis, bumbung jenis rumah ini dibuat daripada daun nipah atau rumbia dan untuk yang kaya pula atap genting digunakan
Rumah tiang dua belas
• Rumah jenis ini mempunyai dua belas tiang yang diatur dalam tiga baris.
• Dibahagi kepada tiga bahagian kerana sangat besar :– Bangunan rumah ibu– Rumah tengah– Rumah dapur
• Selalunya dimiliki orang yang berada. • Atap rumah diperbuat daripada genting import,
dinding, tingkap, dan pintu diukir dengan ukiran yang cantik.
• Dinding rumah ini selalunya berbentuk dinding kembang / lidah buaya. Atas tingkap pula dibuat kerawang- kerawang dengan ukiran tebuk untuk laluan udara.
• Biasanya tinggi 5-6 kaki .
Rumah perabung lima
• Reka bentuk rumah ini telah dipengaruh oleh rekabentuk rumah Belanda.
• Mula berkembang di Melaka dan Johor dan seterusnya merebak ke negeri-negeri di utara Malaysia.
• Pada zaman perintahan Brirish dan Belanda. Mereka banyak membina kediaman untuk pengawai-pengawainya.
• Tukang- tukang Melayu yang membina rumah ini kemudiannya membuat perubahan kepada bentuk yang asal.
• Rumah jenis ini mempunyai lima perabung dan perabung ini menjadi bumbung utama kepada serambi dan ibu rumah.
• Bahagian dapur dibuat bumbung asing untuk memberi ruang yang lebih luas kepada ibu rumah dan serambi.
Rumah Melaka
• Dikenali sebagai rumah Malaysia.• Rekabentuk rumah mempunyai ibu rumah,
rumah dapur, anjung dan serambi. Anjung rumah itu juga dibina di bahagian hadapan.
• Bahagian serambi selari dengan bahagian ibu rumah. Bumbung rumah selalunya tinggi dan kadang- kadang mencuram.
• Atap pula; genting untuk yang berada, daun rumbia dan atap ijuk untuk orang kebiasaan.
Rumah Minangkabau
• Mempunyai bentuk bumbung yang luar biasa, iaitu berbentuk lentik seperti tanduk kerbau.
• Tetapi, corak ruang dan kedudukan tiang rumah itu tidak jauh beza daripada rumah- rumah Melatu lain. Rekabentuk rumah Minangkabau banyak terdapat di Negeri Sembilan.
Rumah Limas.
• Dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Muar kerana asalnya dari Muar.
• Mempunyai anjung di hadapan dan bumbungnya agak rendah kalau dibandingkan dengan rumah Melayu lain.
• Rumah ini tidak mempunyai pangkal serambi. Bahagian lain hampir sama dengan rumah-rumah Melayu lain. Kebanyakan terdapat di Johor, Selangor dan Pahang.
Rumah bumbung Perak
• Merupakan rumah Melayu yang berasal daripada rekabentuk rumah limas.
• Rekabentuk rumah bumbung terletak pada bumbung yang selari memanjang, kedudukan bumbung yang agak rendah jika dibandingkan dengan rumah Melayu lain