jpu dan pembinaan item
TRANSCRIPT
14.0 PENILAIAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR
Pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan konsep penting dalam bidang
pendidikan yang tidak boleh dipisahkan dalam penilaian terhadap pencapaian pelajar.
Ketiga-tiga konsep ini berjalan seiring antara satu sama lain, tanpa salah satu konsep ini,
maka tidak sempurnalah sesuatu penilaian itu dibuat. Dengan kata lain, pengujian adalah
cara menilai, kemudian, pengukuran merupakan sebagai alat yang menentukan tahap
penguasaaan pelajar dan akhirnya penilaian dibuat berdasarkan dua konsep tersebut.
Konsep ini dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran
yang telah diajarkan oleh guru mereka. Justeru, ianya juga adalah untuk menentukan
kesesuaian pengajaran guru kepada pelajarnya agar boleh diperbaiki pada semasa ke
semasa, namun, faedahnya juga adalah untuk pelajar supaya mereka dapat menguasai
sepenuhnya matapelajaran yang diajarkan dengan lebih mudah dan cepat.
Membina Jadual Penentu Ujian ( JPU) sangat penting bagi memastikan soalan
yang dibina berkualiti dan mampu memberi ukuran yang tepat bagi penguasaan pelajar.
Setiap guru perlu mengetahui cara-cara untuk membina JPU ini. Hal ini penting bagi guru
untuk menentukan tahap penguasaan sebenar pelajar dalam setiap topik.
BAHAGIAN 1
PROSES MEMBINA JPU
Terdapat 6 peringkat dalam membina JPU:
Peringkat 1
Jadual mesti dibahagikan kepada dua bahagian atau dimensi,
Dimensi satu harus mengandungi objektif yang dikehendaki atau kandungan
utama dalam sukatan pelajaran
Dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran (6 aras taksonomi bloom)
bagi setiap objektif.
KandunganKemahiran
Jadual 1
Peringkat 2
Dalam dimensi atau bahagian pertama susun objektif atau kandungan pengajaran
mengikut kepentingan kandungan dari atas ke bawah. Adalah lebih mudah pengkelasan
dibuat mengikut susunan mata pelajaran. Penyusunan mungkin dibuat berdasarkan
kepentingan kandungan atau mengikut kepentingan objektif atau kemahiran dalam
pengajaran atau perkembangan kandungan kurikulum itu perlu disampaikan kepada
pelajar secara berperingkat-peringkat.
Satu lajur ditambah di sebelah kiri kandungan, lajur ini dinamakan
bilangan.
Lihat jadual 2 disebelah.
Jadual 2
Peringkat 3
Dalam dimensi kedua pula, bahagikan turus berkenaan kepada 8 lajur mengikut
susunan seperti berikut dari kiri ke kanan: Daya Ingatan (pengetahuan), Kefahaman,
Aplikasi, Analisis, Sintesis,dan penilaian.
Lihat jadual 3 di bawah
Bil
Kandungan
Kemahiran
Peng
etah
uan
Kef
aham
an
Apl
ikas
i
Ana
lisis
Sint
esis
Peni
laia
n1
Bidang Pelajaran 1 :
Pemakanan dan
Pengurusan Sajian
2Bidang Pelajaran 2 :
Bater
3Bidang Pelajaran 3 :
Kuih Tempatan
4Bidang Pelajaran 4 :
Jahitan (1)
Jadual 3
Bil Kandungan Kemahiran1 Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek2 Elektrik
3 Kerja paip
4 Tanaman Hiasan
Dua baris ditambah di bawah dan dua lajur ditambah di sebelah kanan, untuk memasukkan; jumlah item, dan peratusan
wajaran. (%).
Seperti yang terdapat dalam jadual 4.
Bil
Kandungan Kemahiran Jumlah Item
Wajaran( % )
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian1 Bidang Pelajaran 1 :
Organisasi Bengkel dan Keselamatan
2 Bidang Pelajaran 2 : Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
3 Bidang Pelajaran 3 : Elektrik
4 Bidang Pelajaran 4 : Kerja Paip
Jumlah ItemWajaran (%)
Jadual 4
Peringkat 4
Langkah 1 - Menentukan jumlah keseluruhan item.
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Pilihan ERT( Tingkatan 1 )
Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran (%)Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
3. Elektrik 4. Kerja Paip5. Jahitan 6 Tanaman HiasanPilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian8. Bater9 Kuih Tempatan10 Pakaian11 Jahitan (1)12 Pengenalan Kepada
PerniagaanJumlah ItemWajaran ( % )
Jadual 5Langkah 2 - Mengisi jumlah item mengikut topik.
Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran (%)Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
4
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
10
3. Elektrik 74. Kerja Paip 85. Jahitan 66 Tanaman Hiasan 5Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian5
8. Bater 29 Kuih Tempatan 310 Pakaian 311 Jahitan (1) 412 Pengenalan Kepada
Perniagaan3
Jumlah Item 60Wajaran ( % )
Jadual 6
Langkah 3 - Mengisi jumlah item mengikut aras kemahiran
Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran (%)Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1 2,3 4 - - - 4
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
5 6,7,8 9,10,11 12,13 - 14 10
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 74. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 85. Jahitan 30 31,32 33,34,35 - - - 66 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian41 42 43 44,45 - - 5
8. Bater - 46 - 47 - - 29 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 310 Pakaian 51 52 - 53 - - 311 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 412 Pengenalan Kepada
Perniagaan58 59 60 - - - 3
Jumlah Item 11 17 17 12 1 2 60Wajaran ( % )
Jadual 7
Langkah 4 - Menentukan wajaran
Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran (%)Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1 2,3 4 - - - 4 6.67
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10 16.67
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.674. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.335. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 106 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian41 42 43 44,45 - - 5 8.33
8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.339 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 510 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 511 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.6712 Pengenalan Kepada
Perniagaan58 59 60 - - - 3 5
Jumlah Item 10 16 17 14 1 2 60Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100%
Jadual 8
CONTOH PENGIRAAN WAJARAN;
Cara pengiraan peratus wajaran.
Contoh pengiraan nilai wajaran bagi aras pengetahuan ialah:-
Dan seterusnya, untuk mengira peratus wajaran bagi aras lain perlu menggunakan formula seperti di atas.
1.0 JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 KEMAHIRAN HIDUP ELEKTIF PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA
JUMLAH ITEM X 100JUMLAH KESELURUHAN ITEM
JUMLAH ITEM X 100
JUMLAH KESELURUHAN ITEM
= 14 X 100
60
= 23.33%
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Tingkatan 1 )
Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran (%)Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1 2,3 4 - - - 4 6.67
2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek
5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10 16.67
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.674. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.335. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 106 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian41 42 43 44,45 - - 5 8.33
8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.339 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 510 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 511 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.6712 Pengenalan Kepada
Perniagaan58 59 60 - - - 3 5
Jumlah Item 10 16 17 14 1 2 60Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100%
1.1 Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (Bidang Tingkatan 1 Pilihan Ekonomi
Rumah Tangga)
(Rujuk huraian sukatan yang dilampirkan)
1.2 Langkah-langkah dalam Penyediaan JPU
1.2.1 Menentukan kandungan sukatan mata pelajaran atau kemahiran yang hendak diuji.
Ia dilakukan dengan menyenaraikan tajuk atau objektif dalam sukatan mata pelajaran.
Dalam menentukan bilangan soalan/item yang dibina bagi setiap aras kemahiran, ia
mestilah bertepatan dengan penekanan dalam kurikulum dan juga kepentingan
tajuk/kemahiran dalam kurikulum. Guru seharusnya memastikan ujian yang akan dibina
itu benar-benar dapat mencerminkan kurikulum itu sendiri walaupun kandungan yang
dipilih hanyalah merupakan representatif daripada kandungan keseluruhan kurikulum.
Guru juga seharusnya dapat memberikan pemberatan yang saksama atau seimbang antara
kandungan dan kemahiran yang diperlukan daripada kurikulum berkenaan.
Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,
kenal, memahami teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan mempunya
keyakinan diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
setiap aras kemahiran akan di isi dengan beberapa soalan bergantung kepada pemberatan
tajuk. Misalnya bagi subjek Kemahiran Hidup jumlah soalan objektif untuk subjek
Kemahiran Hidup ialah 60 soalan iaitu 40 soalan untuk bahagian teras dan 20 soalan
untuk soalan elektif..
1.2.2 Menentukan jenis soalan / item yang sesuai digunakan
Keadaan ini bergantung kepada guru sama ada sesuatu tajuk atau objektif itu terletak
pada aras kemahiran yang rendah (mengingat seperti fakta-fakta atau memahami sahaja
sudah mencukupi) atau pada kemahiran yang tinggi (aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian). Guru seharusnya menentukannya terlebih dahulu berdasarkan kurikulum yang
diajar. Seandainya guru perlu menguji pada kemahiran yang rendah, maka jenis ujian
berikut boleh digunakan :
1. Objektif pelbagai pilihan
2. Mengisi tempat kosong
3. Padanan
4. Benar-salah
5. Soalan pendek
Soalan /item yang menguji pelajar pada peringkat kemahiran yang lebih tinggi atau lebih
dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), maka jenis
soalan /item berikut boleh digunakan :-
1. Objektif pelbagai pilihan
2. Soalan jawapan pendek
3. Soalan berstruktur
4. Soalan esei
Terdapat tindanan antara kemahiran aras rendah dan kemahiran aras tinggi dalam
menyediakan jenis soalan/item. Ini semuanya bergantung kepada guru. Jenis-jenis
soalan/item berkenaan boleh digunakan dalam kedua-dua situasi berkenaan iaitu
kemahiran aras tinggi atau rendah. Perbezaan di antara kemahiran aras tinggi atau rendah
adalah terletak kepada pendekatan pelajar menjawab soalan berkenaan serta aktiviti
kognitif yang berlaku ke atas mental pelajar.
Dalam soalan objektif pelbagai pilihan, guru boleh membina item pada peringkat
analisis dan pelajar boleh menjawabnya pada peringkat analisis sekiranya pelajar tersebut
betul-betul menganalisis ‘stem’ (pernyataan) tersebut untuk memilih jawapan. Mereka
juga cuba untuk menganalisis pilihan (opsyen) yang diberikan dalam menentukan
jawapan yang tepat sekali. Terdapat juga pelajar yang memperolehi jawapan tanpa
melakukan analisis kepada ‘stem’ atau opsyen, di mana pelajar tersebut terus
menghitamkan A,B,C atau D sebagai jawapan. Dengan itu, tidak berlakunya sebarang
aktiviti analisis yang berlaku pada kognitif pelajar. Pelajar hanya bergantung kepada
nasib bagi memperolehi jawapan yang betul dengan kebarangkalian 0.25 (bagi empat
pilihan jawapan). Perkara ini juga berlaku dengan soalan Benar-Salah, di mana pelajar
mempunyai kebarangkalian sebanyak 0.5 (bagi jawapan yang benar dan salah). Oleh itu,
guru disyorkan untuk menguji pada peringkat tinggi, dengan menggunakan jawapan
pendek atau esei. Pemilihan soalan pada peringkat aras rendah atau tinggi adalah
bergantung kepada kehendak kurikulum yang digunakan.
Bagi subjek Kemahiran Hidup, setiap tajuk dalam subjek ini lebih ditekankan
kepada aspek kemahiran aras rendah dan tinggi. Aras rendah penting supaya para pelajar
dapat memahami sesuatu topik itu terlebih dahulu sebelum beralih ke peringkat yang
lebih sukar dalam aras kemahiran tinggi.
1.2.3 Pembahagian bilangan soalan / item bagi setiap bidang dalam sukatan
matapelajaran dan menentukan masa yang diperuntukan bagi setiap ujian.
Jumlah item yang hendak dibina bergantung kepada jenis soalan yang hendak dibuat dan
masa yang diperuntukan untuk ujian tersebut. Secara umumnya, bagi ujian bilik darjah
guru dibenarkan menggunakan satu waktu mengajar. Ianya juga bergantung kepada
kesukaran ujian yang dibina. Secara amnya, sesuatu ujian itu dibuat dengan kadar 25%
bagi soalan aras rendah, 40% soalan aras sederhana dan 35% soalan aras tinggi.
Kemahiran aras rendah, sederhana dan tinggi adalah relatif mengikut aras perkembangan
pelajar. Peringkat kemahiran yang hendak diuji adalah bergantung kepada objektif
kurikulum. Ini adalah untuk mengelakkan pelajar cuba menjawab soalan di luar
kemahiran mereka atau pun di luar sukatan pelajaran seterusnya menjadikan ujian yang
dibina oleh guru tersebut tidak sah.
Bilangan soalan yang hendak dibina seharusnya cukup bagi menguji kemahiran
pelajar dalam kandungan/tajuk atau perlakuan yang diajar. Lebih banyak soalan yang
dimasukkan, maka lebih masa perlu diperuntukkan untuk menjawab dan lebih panjang
lagi masa ujian yang perlu diperuntukkan. Oleh itu, ujian bulanan adalah lebih ringkas
berbanding dengan ujian semester. Ujian bulanan hanya memuatkan pengajaran dalam
tempoh sebulan, manakala ujian semester meliputi apa yang telah diajar untuk satu
semester dan lebih bersifat sumatif berbanding dengan ujian bulanan.
Dalam konteks ujian di bilik darjah, semua ujian yang dibina adalah ujian kuasa
(power test) dan bukannya ujian kelajuan (speed test). Oleh kerana itu, pelajar seharusnya
diberikan masa yang mencukupi bagi menjawab semua item. Bagi menentukan masa
yang mencukupi bagi sesuatu ujian pencapaian ialah dengan memastikan sekurang-
kurangnya 85% pelajar dapat menjawab semua soalan ujian berkenaan dalam tempoh dan
masa yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh masa bagi
sesuatu ujian :-
I. Jenis item
Soalan subjektif atau soalan objektif
II. Aras Perkembangan Kognitif Pelajar
Murid Sekolah Rendah (Tahun 1 Hingga Tahun 6)
Pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 Hingga Tingkatan
5)
Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 6 Rendah Ke
Tingkatan 6 Atas)
III. Aras kebolehan pelajar
Pelajar cemerlang
Pelajar sederhana
Pelajar lemah
IV. Panjang dan kompleksnya item
Bilangan item dan penggunaan rangsangan dalam item.
V. Kemahiran yang diuji
Kemahiran mengingat boleh menggunakan masa yang singkat, berbanding
item yang memerlukan kemahiran tinggi.
VI. Sama ada memerlukan komputasi (kualitatif atau berbentuk kuantitatif)
Jenis item yang digunakan dalam ujian ini ialah soalan objektif dengan aneka pilihan.
Soalan ini juga dirangka bersesuaian dengan aras perkembangan kognitif para pelajar
iaitu pelajar tingkatan. Ujian ini juga perlu sesuai untuk semua pelajar kerana semua
pelajar mempunyai aras kebolehan berbeza sama ada cemerlang, sederhana ataupun
lemah. Penggunaan rangsangan dalam item penting supaya pelajar dapat merangsang
minda mereka untuk menjawab soalan tersebut. Masa yang ditetapkan untuk ujian ini
ialah 1 jam 30 minit untuk 60 soalan. Setiap soalan diperuntukkan masa sebanyak 1.5
minit.
1.2.4 Menentukan aras kemahiran yang diperlukan.
Ia dilaksanakan dengan menetapkan soalan/item dari setiap bahagian mata pelajaran
untuk menggambarkan bahawa pelajar dapat menguasai mata pelajaran berkenaan
sekiranya mereka lulus ujian berkenaan Setiap soalan dalam ujian Kemahiran Hidup
bermula dengan aras rendah dan meningkat kepada aras tinggi. Hal ini bertujuan supaya
pelajar dapat membina keyakinan diri untuk menjawab soalan yang lebih sukar.
1.2.5 Menentukan aras kesukaran item.
Bagi ujian objektif pelbagai pilihan, kesukaran item dinyatakan dalam nilai-p iaitu
perkadaran pelajar dapat menjawab dengan betul. Sering kali perkadaran ini ditulis dalam
bentuk peratusan pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Seandainya dalam kelas itu
mengandungi 30 orang pelajar dan bilangan pelajar yang mendapat jawapan betul bagi
item 7 ialah 8 orang sahaja; maka nilai bagi item 7 ialah 0.27 (7/30) atau 27% kesukaran.
Situasi ini berlainan bagi soalan jenis esei, yang mana soalan esei tidak menetapkan betul
salah bagi sesuatu item/soalan. Markah diberikan berdasarkan prestasi pelajar menjawab
sesuatu soalan/item berkenaan. Dengan itu, sekiranya markah penuh bagi sesuatu ujian
itu ialah 10, maka pelajar boleh mendapat markah antara 0 hingga 10 dan dengan itu,
kesukaran soalan esei adalah bergantung kepada skor purata bagi soalan berkenaan.
Jadual Penentuan Ujian
Sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian
(JPU) mesti dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue print ujian yang perlu
dibina. Proses pembinaan JPU dilakukan apabila pembina atau guru dapat menetapkan
jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU ini dapat membantu
pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang
akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan
BAHAGIAN 2
2.0 Membina Empat Item Objektif Yang Terdiri Daripada Pelbagai Aras Taksonomi Bloom
SOALAN 1
Apakah nama bahagian yang bertanda R?
A Sesendal
B Pelompat
C Pemulas
D Gandar
2.1.1 Soalan 1 dipilih daripada sel item Kerja paip, soalan nombor 23.
2.1.2 Mengenal pasti jenis dan bahagian utama pili.
2.1.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.1.2 adalah bentuk
memadan
2.1.4 Dalam item memadan pelajar dikehendaki memadan sesuatu perkara dengan
pilihan-pilihan yang diberi.
2.1.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras
pengetahuan
P
QR
S
SOALAN 2 :
Yang berikut adalah antara ciri-ciri kebaikan papan lapis jika dibandingkan
dengan papan biasa, kecuali?
A Tidak kalis air
B Permukaannya lebih nipis dan rata
C Diperoleh dalam saiz yang lebih lebar
D Tidak mudah pecah apabila dipaku dibahagian hujungnya
2.2.1 Soalan 2 dipilih daripada sel item Reka bentuk dan penghasilan projek, soalan
nombor 7.
2.2.2 Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan bahan
2.2.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.2.2 berbentuk negatif.
2.2.4 Semua pilihan jawapan yang dikemukakan benar kecuali terdapat satu pernyataan
yang salah berhubung stem yang dikemukan
2.2.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras
kefahaman
SOALAN 3 :
Jika diberi kos bahan untuk membuat 10 keping cucur udang ialah RM 1.50, kos upah RM 1.00, kos sampingan RM 0.70. hitungkan kos pengeluaran bagi sekeping cucur udang?
A. RM3.20B. RM0.32C. RM0.15D. RM0.25
2.3.1 Soalan 3 dipilih daripada sel item kuih tempatan, soalan nombor 49.
2.3.2 Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan kos kuih
tempatan
2.3.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.3.2 adalah stem
tertutup.
2.3.4 Item ini mengemukakan masalah dalam ayat lengkap dan pelajar dikehendaki
memilih jawapan yang betul.
2.3.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras aplikasi.
SOALAN 4 :
Susun semula aturan yang betul dalam kerja pemasangan benang pada mesin jahit.I. Benang dipasang di tiang benang
II. Melalui ceper penegang benangIII. Melalui tuas pemegangIV. Melalui jarum
A. I, II, III, IVB. I, III, IV, IIC. II, I, IV, IIID. II, III, IV, I
2.4.1 Soalan 4 dipilih daripada sel item jahitan , soalan nombor 35.
2.4.2 Memasang benang atas dan benang bawah
2.4.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.4.2 adalah
melengkapkan aneka gabungan
2.4.4 Pelajar perlu memilih antara beberapa gabungan bagi menentukan gabungan yang
dikehendaki oleh soalan.
2.4.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras analisis
BAHAGIAN 3
3.1 Objektif
Menyediakan rancangan kerja untuk sarapan, minum pagi dan minum petang.
3.2 Soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran
kerana
Soalan esei merupakan satu soalan yang menghendaki calon menulis
jawapannya sendiri dengan cara atau gayanya yang tersendiri dan ini boleh
boleh mengurangkan elemen meneka jawapan yang betul dan bukannya
memilih jawapan daripada beberapa alternatif yang diberikan. Ia boleh
menguji banyak kemahiran terutamanya kemahiran di peringkat tinggi.
Soalan esei biasanya memberikan panduan yang terhad tentang apa yang
diperlukan daripada seseorang calon.
Maka penekanan tugasan dalam soalan esei terletak ke atas kebolehan
pemeriksa untuk menentukan kualiti respon calon.
Oleh itu ketepatan dan kualiti jawapan calon hanya dapat ditentukan oleh
mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan, kemahiran
dan berilmu dalam mata pelajaran yang diuji.
Soalan esei yang baik mempunyai matlamat untuk menguji kemahiran
kognitif yang kompleks :
Menekankan tugasan
Mengorganisasi
Menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan
masalah novel
Membentuk satu kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah
Soalan esei memberikan kebebasan yang luas kepada calon untuk
mengemukakan jawapannya.
Boleh menggunakan sebarang pendekatan yang difikirkan sesuai selaras
dengan kehendak soalan.
Selalunya calon dikehendaki menjawab satu-satu soalan esei dalam
lingkungan masa 30 minit atau lebih.
Dapat menaksir kebolehan pelajar berfikir dan menyediakan pengetahuan
dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih bererti. Ini membenarkan
pelajar berfikir dan menyediakan satu bentuk persembahan yang
datangnya dari benak mereka sendiri dan tidak memilih dari alternatif
yang disediakan.
Dapat membentuk kemahiran menulis yang baik dan dapat berkomunikasi
dengan lebih berkesan.
Oleh itu, soalan esei yang dipilih seperti di bawah adalah kerana soalan
berbentuk objektif adalah tidak sesuai sama sekali. Hal ini disebabkan
jawapan yang diperlukan adalah lebih mendalam dan sangat menguji
keupayaan pelajar terutamanya pada kemahiran sintesis. Pelajar perlu
menyusun semula langkah-langkah tersebut dan diterjemahkan dalam
bentuk tulisan dengan baik dan tepat. Pengalaman amali membuat
hidangan tersebut dan mungkin telah melibatkan kemahiran aplikasi, dapat
dijadikan sebagai panduan dan pelajar juga boleh mengolah seberapa
banyak jawapan yang mereka boleh mengikut kemampuan dan kefahaman
masing-masing. Sebaliknya, jika soalan ini dibuat dalam bentuk objektif,
tahap penguasaan setiap pelajar yang berbeza-beza tidak dapat
dikenalpasti sama sekali dan seterusnya, guru tidak dapat membuat
pengkayaan tetapi melakukan aktiviti pemulihan bab yang lemah oleh
pelajar dan akan memakan masa juga. Jadi, soalan berbentuk esei adalah
lebih jitu dalam menguji keupayaan sebenar pelajar yang meliputi
kemahiran aras tinggi.
3.3 Soalan
Anda akan menerima tetamu seramai empat orang. Anda perlu menyediakan
sarapan cara Timur. Anda diminta menyediakan
1) Nasi lemak
2) Sambal ikan bilis
3) Air teh
4) Buah betik
Masa yang diperuntukkan selama 1jam. Anda perlu melengkapkan borang A, B
dan C dalam menyediakan masakan tersebut.
Senarai bahan :
250 g beras
300 ml santan
2 helai daun pandan
½ camt. garam
2 cm halia
120 g ikan bilis
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 g asam jawa
1 cm belacan
2 camb. minyak
¼ biji timun
2 biji telur
4 uncang serbuk teh
250 ml susu
200 g gula halus
¼ biji buah betik.
Senarai harga bahan-bahan :
Bahan-bahan RM
Beras 2.00/kg
Garam 0.40/kg
Halia 3.20/kg
Cili kering 8.00/kg
Bawang merah 2.40/kg
Bawang putih 3.00/kg
Bawang besar 1.50/kg
Asam jawa 3.50/kg
Belacan 1.00/peket
Minyak 2.20/kg
Telur 0.25/biji
Serbuk teh 3.00/peket
Susu 2.50/liter
Gula halus 2.40/kg
Santan 2.00/liter
Daun pandan 0.01/helai
Buah betik 1.00/biji
Timun 0.40/biji
Ikan bilis 20.00/kg
Jawapan :Borang Perancangan Kerja : Senarai Ramuan – Borang A ( 4 Markah )
BIL PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA KAEDAH MEMASAK
1. Nasi lemak
Sambal ikan bilis
250 g beras
300 ml santan
2 helai daun pandan
½ camt. garam
2 cm halia
120 g ikan bilis
10 tangkai cili kering
ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 g asam jawa
1 cm belacan
2 camb. minyak
Merebus
Menggoreng
2.
3.
Hiasan
Air teh
Buah betik
¼ biji timun
2 biji telur
4 uncang serbuk teh
250 ml susu
200 g gula halus
¼ biji buah betik
Merebus
Persediaan sejuk
Borang Perancangan Kerja : Senarai Harga Bahan – Borang B ( 6 Markah )
Bil Bahan kering Kuantiti Kos seunit (RM)
Jumlah kos (RM)
Bil Bahan basah Kuantiti Kos seunit (RM)
Jumlah kos (RM)
1. Beras 250 g 2.00/kg 0.50 1. Santan 300 ml 2.00/liter 0.602. Garam ½ camb. 0.40/kg 0.01 2. Daun pandan 2 helai 0.01/helai 0.023. Halia 2 cm 3.20/kg 0.02 3. Buah betik ¼ biji 1.00/biji 0.254. Ikan bilis 120 g 20.00/kg 2.40 4. Timun ¼ biji 0.40/biji 0.105. Cili kering 10 tangkai 8.00/kg 0.106. Bawang merah 4 ulas 2.40/kg 0.107. Bawang putih 2 ulas 3.00/kg 0.108. Bawang besar 1 biji 1.50/kg 0.109. Asam jawa 20 g 3.50/kg 0.0710. Belacan 1 cm 1.00/peket 0.0511. Minyak 2 camb. 2.20/kg 0.4412. Telur 2 biji 0.25/biji 0.5013. Serbuk teh 4 uncang 3.00/peket 0.6014. Susu 250 ml 2.50/liter 0.6015. Gula halus 200 g 2.40/kg 0.48
Jumlah 6.07 Jumlah 0.97
Jumlah keseluruhan : RM 7.04
Borang Perancangan Kerja : Susunan Kerja – Borang C ( 10 markah)
MASA SUSUNAN KERJA CATATAN7.00 pagi – 7.10 pagi Menyediakan bahan dan alatan menghidang :
1. Kupas bawang dan halia serta bersihkan
sayuran, semua bahan disusun atur dengan
kemas di dalam dulang.
2. Sediakan meja dan alatan untuk menghidang.
3. Rebus telur.
4. Kupas dan potong betik. Sejukkan di dalam peti
sejuk.
Didihkan air untuk membuat air teh
7.10 pagi – 7.20 pagi Memasak nasi lemak :
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan beras, santan, daun pandan, halia dan
garam ke dalam periuk. Didihkan sampai
masak.
Apabila nasi hampir masak, karih nasi
7.20 pagi – 7.30 pagi Memasak sambal ikan bilis :
1. Kisar cili bersama bawang merah, bawang
putih, bawang besar dan belacan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga
garing, angkat.
3. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan
naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan
gula.
4. Masak hingga kuah pekat, masukkan ikan bilis,
masak sebentar dan angkat.
7.30 pagi – 7.35 pagi Menyediakan air :
1. Panaskan teko dengan sedikit air mendidih.
2. Masukkan teh uncang ke dalam teko dan tuang
air mendidih ke dalamnya.
3. Tutup teko dan biarkan teh terseduh selama lima
minit.
4. Masukkan susu ke dalam jag susu dan gula ke
dalam mangkuk gula.
7.35 pagi – 7.45 pagi Menghias dan menghidang :
1. Alas pinggan makan dengan daun pisang,
masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil dan
tekan untuk mendapatkan bentuk, letak nasi
dalam pinggan.
2. Hiaskan nasi dengan telur rebus, hirisan timun
dan sambal ikan bilis.
3. Hidangkan air teh bersama gula dan susu
Kupas telur dan hiris timun
berasingan.
4. Hidang potongan betik di atas pinggan.
7.45 pagi – 7.50 pagi Membersih dan mengemas :
Bersihkan semula alatan dan meja kerja yang
digunakan.
Simpan alatan ke tempatnya
RUMUSAN
Melalui pembinaan JPU ini guru dapat melihat dengan lebih jelas sejauhmanakah tahap
penguasaan pelajar bagi setiap topik. Ujian yang dibuat mengikut standard JPU yang
telah ditetapkan akan menghasilkan ujian yang berkualiti di mana ujian ini mampu
menguji tahap pengusaan pelajar pada semua aras kognitif. Penilaian akhir selepas ujian
ini ditadbir boleh dibuat secara individu ataupun sekumpulan individu. Jadi guru boleh
melihat tahap penguasaan semua pelajar dan juga setiap pelajar.
Selepas penilaian dibuat guru boleh menentukan sama ada pelajar telah
menguasai sesuai topik ataupun tidak. Melalui penilaian ini guru boleh melihat di
bahagian mana yang tidak dikuasai oleh pelajar dan seterusnya boleh membaiki cara
pengajaran dan memberi penekanan terhadap topik yang tidak dikuasai oleh pelajar
tersebut.
Hal ini menunjukkan JPU sangat penting sebelum sesuatu ujian dibuat. Jadi setiap
guru perlu mempunyai kemahiran dalam membina JPU mengikut standard yang telaj
ditetapkan.