jsu bm thn 4

4
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu ujian (JPU) merupakan carta dua hala atau jadual yang mengandungi senarai topik-topik atau objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang diuji. Selain dikenali sebagai JPU, JSU juga dikenali sebagai Test Specification Table (TST), Jadual Penentu Item (JPI) dan Jadual Pengagihan Soalan (JPS). Jadual JSU menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. 4.2 Tujuan JSU Diwujudkan Pembinaan JSU dalam bidang pendidikan mempunyai tujuan-tujuan serta fungsinya yang tersendiri. Antara tujuan tersebut adalah sebagai panduan dan penentu kepada penggubal soalan untuk menggubal secara terancang. Ini secara tidak langsung akan memastikan bahawa ujian atau item soalan tidak dibina secara sembarangan dan menjamin kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian. Selain itu, JSU juga dibina untuk menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang diuji. Hal ini termasuklah dalam menentukan pemberatan yang akan diberikan dalam sesuatu ujian. Bukan itu sahaja, melalui JSU keselarasan aras kesukaran item dan bilangannya dapat diseragamkan dan sekaligus akan menstabilkan taraf serta mutu ujian

Upload: shinghui

Post on 22-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

Page 1: JSU BM Thn 4

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Definisi

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu ujian (JPU) merupakan carta dua hala atau jadual yang mengandungi senarai topik-topik atau objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang diuji. Selain dikenali sebagai JPU, JSU juga dikenali sebagai Test Specification Table (TST), Jadual Penentu Item (JPI) dan Jadual Pengagihan Soalan (JPS).

Jadual JSU menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

4.2 Tujuan JSU Diwujudkan

Pembinaan JSU dalam bidang pendidikan mempunyai tujuan-tujuan serta fungsinya yang tersendiri. Antara tujuan tersebut adalah sebagai panduan dan penentu kepada penggubal soalan untuk menggubal secara terancang. Ini secara tidak langsung akan memastikan bahawa ujian atau item soalan tidak dibina secara sembarangan dan menjamin kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian.

Selain itu, JSU juga dibina untuk menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang diuji. Hal ini termasuklah dalam menentukan pemberatan yang akan diberikan dalam sesuatu ujian. Bukan itu sahaja, melalui JSU keselarasan aras kesukaran item dan bilangannya dapat diseragamkan dan sekaligus akan menstabilkan taraf serta mutu ujian

JSU membantu guru menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras). Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan.

Page 2: JSU BM Thn 4

KANDUNGANSOALAN

ARAS

WajaranSoalanPengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

M SD S M SD S M SD S M SD S M SD S M SD S1.lengkapkan kerangka karangan

2 2 4

2.Bina 5 ayat 2 1 2 5

3.Tulis nilai murni

2 2 3 2 1 10

4 Tulis karangan 1 1

5.Jawab soalan petikan

2 3 5

Jumlal Item 4 4 2 5 2 2 1 3 2 25

Wajaran % 32% 28% 20% 0% 20% 0% 100%

Contoh Jadual Spesifikasi Ujian bagi Pentaksiran bulanan Bahasa Malaysia Kertas Penulisan Tahun 4

M=Mudah SD = Sederhana S=Sukar