judul: penambahbaikan rekabentuk modul … fileketabahan dan usaha saya ini akan membuahkan hasil...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) .
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENAMBAHBAIKAN REKABENTUK MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI BAGI PERISIAN MICROSOFT FRONTPAGE XP 2003
SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya : NOR SHAFARINA BINTI SAKIR _______
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia: Tarikh : __________________ Tarikh : _____________________
SULIT
TERHAD
KM 21, KG PARIT ZING SEROM SG MATI 84400 MUAR JOHOR.
PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : ……………………………
Tarikh : ……………………………
i
PENAMBAHBAIKAN REKABENTUK MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI
BAGI PERISIAN MICROSOFT FRONTPAGE XP 2003
NOR SHAFARINA BINTI SAKIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
November, 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
iii
DEDIKASI
Untuk suami yang tersayang,
Norizam bin Daim,
segala pengorbanan dan kasih sayangmu abang
tidak akan ku lupa dunia serta akhirat.
Semoga Allah merahmatimu sentiasa…
Buat seluruh ahli keluarga
emak, abah dan adik-beradik,
segala dorongan dan bantuan,
hanya ucapan terima kasih serta
kalungan doa sahaja yang mampu diucapkan.
Untuk semua rakan seperjuangan
Kenangan bersamamu akan tetap terpahat di hati…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Bersyukur saya kehadratNya
kerana dengan limpah kurniaNya yang memberikan kesihatan, kesabaran serta
ketabahan untuk meyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.
Walaupun pada awalnya projek ini agak sukar untuk disiapkan, namun dengan semangat
dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar serta syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda, saya kuatkan azam untuk menyiapkannya.
Jutaan terima kasih saya hadiahkan buat pensyarah selaku penyelia PSM saya, Pn Noor
Azean Binti Atan yang telah banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar dalam
tempoh perlaksanaan PSM ini.
Tidak lupa kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak memberikan dorongan dan
semangat bagi menyempurnakan PSM ini. Turut juga ucapan terima kasih diucapkan
untuk semua rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama turut menghulurkan
bantuan sepanjang PSM ini dilaksanakan.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam perlaksanaan PSM ini. Semoga berkat daripada
ketabahan dan usaha saya ini akan membuahkan hasil yang membanggakan dan
diberkati olehNya.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat satu penambahbaikan
rekabentuk terhadap modul pembelajaran kendiri yang bertajuk “Modul
Pembelajaran Kendiri Microsoft FrontPage XP 2003” yang mana ianya merupakan
penggabungan tiga modul sebelumnya iaitu “Modul Pembelajaran Kendiri Bagi
Topik Jadual, Bingkai dan Templat Web”, “Modul Pembelajaran Kendiri Topik Tag
HTML, Pemformatan Laman Web dan Pengaplikasian Audio dan Video”; dan
“Modul Pengajaran Kendiri Bagi Tajuk Pembinaan Navigasi, Penggunaan Web
Component, Penggunaan Input Form dan Pembinaan Site Transition” dan
penambahan satu bab baru iaitu “Penggunaan Kemudahan Behavior dan Event
Driven”. Penambahbaikan rekabentuk modul ini dihasilkan adalah berdasarkan teori
beban kognitif yang bertujuan untuk meminimakan beban ke atas kognitif pelajar
semasa menggunakan modul ini dalam pembelajaran mereka. Penilaian tidak formal
dilakukan kepada 10 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun tiga yang
mengambil matapelajaran Bahasa Pengaturcaraan III dan seorang pakar untuk
menilai penerimaan tentang modul ini. Pembangunan modul ini, diharapkan dapat
membantu pelajar dalam mempelajari dan membangunkan halaman web yang lebih
interaktif dengan menggunakan perisian Microsoft FrontPage XP 2003.
vi
ABSTRACT
The objective of this project is to improve on designing the self-learning
module on the title of “ Modul Pembelajaran Kendiri Microsoft FrontPage XP
2003” which it was from combination of three module on title of “Modul
Pembelajaran Kendiri Bagi Topik Jadual, Bingkai dan Templat Web”, ”Modul
Pembelajaran Kendiri Topik Tag HTML, Pemformatan Laman Web dan
Pengaplikasian Audio dan Video”; and ”Modul Pengajaran Kendiri Bagi Tajuk
Pembinaan Navigasi, Penggunaan Web Component, Penggunaan Input Form dan
Pembinaan Site Transition” and also addtion with new chapter on title of
”Penggunaan Kemudahan Behavior dan Event Driven”. This improvent on
designing module is produced based on Cognitif Load Theory to keep cognitif load
of learners at a minimum during the learning proses. Informal evaluation has been
done to the total of 10 respondens from third year students which on study of
”Bahasa Pengarturcaraan III” and also the expert. Developing this module,
hopefully will help student to learning and developing a website more interactive by
using Microsoft FrontPage XP 2003.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA
MUKA
SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.5.1
1.5.2
1.5.3
Pelajar
Pensyarah
Fakulti Pendidikan
7
7
8
viii
1.6 Skop dan Limitasi 9
1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1
1.7.2
1.7.3
1.7.4
1.7.5
1.7.6
1.7.7
Modul
Modul Pembelajaran Kendiri
Pengajaran Bermodul
Bahasa pengaturcaraan HTML
Bahan pengajaran dan pembelajaran
Perisian
Microsoft FrontPage XP 2003
9
10
10
10
11
11
11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian Modul 13
2.2.1 Kajian Keberkesanan Modul 15
2.2.2 Kajian Modul Asal 19
2.3 Modul 21
2.3.1 Ciri-ciri Modul 24
2.3.2 Bentuk Dan Struktur Modul 24
2.3.3 Proses Pembentukan Modul 25
2.3.4 Kesahan Modul 26
2.3.5 Kebolehpercayaan Modul 27
2.4 Modul Pembelajaran Kendiri 27
2.4.1 Takrif Modul Pembelajaran Kendiri 28
2.5 Teori Beban Kognitif 30
2.5.1 Fungsi Screen Capture dalam Modul
Pembelajaran Komputer
32
ix
2.6 Model Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri 34
2.6.1
2.6.2
2.6.3
2.6.4
2.6.5
Fasa Analisis
Fasa Rekabentuk
Fasa Pembangunan
Fasa Perlaksanaan
Fasa Penilaian
35
35
36
36
37
BAB III REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Fasa Analisis 39
3.2.1
3.2.2
3.2.3
Objektif Penambahbaikan Modul
Pembelajaran Kendiri
Kumpulan Sasaran
Skop isi pelajaran
3.2.3.1 Objektif Pembelajaran
3.2.3.2 Pengenalan
3.2.3.3 Nota
3.2.3.4 Kod HTML Dan Paparan Hasil
Paparan
3.2.3.5 Contoh Sebenar dan Tips
3.2.3.6 Aktiviti Hand-On
40
41
41
42
44
44
45
45
45
3.3 Fasa Rekabentuk 46
3.4 Fasa Pembangunan 51
3.4.1 Perisian yang Digunakan
3.4.2 Kandungan Isi-isi Pelajaran
3.4.3 Aktiviti Hands-On
52
52
56
x
3.4.4 Rangsangan-rangsangan yang Disediakan 56
3.5 Fasa Perlaksanaan 57
3.6 Fasa Penilaian 57
BAB IV PENAMBAHBAIKAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI
4.1 Pengenalan 58
4.2 Perisian Penambahbaikan Modul 59
4.3 Kriteria Penambahbaikan Modul 60
4.3.1 Penambahbaikan Modul “Modul
Pembelajaran Kendiri Bagi Topik Jadual,
Bingkai dan Templat Web”
60
4.3.2 Penambahbaikan Modul “Modul
Pembelajaran Kendiri Topik Tag Html,
Pemformatan Laman Web dan
Pengaplikasian Audio dan Video”
67
4.3.3 Penambahbaikan Modul “Modul
Pengajaran Kendiri Bagi Tajuk
Pembinaan Navigasi, Penggunaan Web
Component, Penggunaan Input Form dan
Pembinaan Site Transition”
74
4.3.4 Penambahan Bab Baru “Penggunaan
Kemudahan Behaviour dan Event Driven”
83
4.3.5 Penambahan Aktiviti dan Penyelesaian
Masalah
84
4.4 Penilaian Sumatif 87
xi
4.4.1 Aspek Kemudahan Pengguna 87
4.4.2 Aspek Rekabentuk Informasi : Strategi
Pengajaran
88
4.4.3 Aspek Rekabentuk Persembahan 90
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 91
5.2 Perbincangan 91
5.3 Masalah yang dihadapi semasa penambahbaikan
modul pembelajaran kendiri
94
5.3.1 Kemahiran dan Kepakaran 94
5.3.2 Kekangan masa 95
5.3.3 Bahan dan Sumber Rujukan 96
5.3.4 Kehilangan data 96
5.3.5 Permasalahan pada modul-modul
pembelajaran kendiri yang asal
97
5.6 Cadangan 98
5.7 Kesimpulan 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 104
xii
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
4.1 Tahap Min Kemudahan 87
4.2 Min bagi Kemudahan Pengguna 88
4.3 Tahap Min Rekabentuk 89
4.4 Min bagi Rekabentuk Informasi: Strategi Pengajaran 89
4.5 Tahap Min Persembahan 90
4.6 Min bagi Rekabentuk Persembahan 90
xiii
SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Pengkelasan Modul 22
2.2 Proses Pembentukan Modul 25
2.3 Rekabentuk Screen Capture Skrin Penuh 31
2.4 Rekabentuk Screen Capture Sebahagian Skrin 31
3.1 Aliran Kerja Model ADDIE 39
3.2 Paparan arahan yang mengikut konteks arahan dan ikon 47
3.3 Paparan penggunaan teks secara minima 48
3.4 Paparan penggunaan arahan yang berbeza 49
3.5 Paparan penggunaan teks dan imej pada helaian yang sama 50
3.6 Paparan aktiviti hands-on 51
4.1 Paparan bagi tajuk Jadual sebelum penambahbaikan modul 61
4.2 Paparan bagi tajuk Jadual selepas penambahbaikan modul 62
4.3 Paparan bagi tajuk Bingkai sebelum penambahbaikan
modul
63
4.4 Paparan bagi tajuk Bingkai selepas penambahbaikan modul 64
4.5 Paparan bagi tajuk Templat Web sebelum penambahbaikan
modul
65
4.6 Paparan bagi tajuk Templat Web selepas penambahbaikan
modul
66
4.7 Paparan bagi tajuk Tag HTML sebelum penambahbaikan
modul
68
4.8 Paparan bagi tajuk Tag HTML selepas penambahbaikan
modul
69
xiv
4.9 Paparan bagi tajuk Pemformatan Laman Web sebelum
penambahbaikan modul
70
4.10 Paparan bagi tajuk Pemformatan Laman Web selepas
penambahbaikan modul
71
4.11 Paparan bagi tajuk Pengaplikasian Audio dan Video
sebelum penambahbaikan modul
72
4.12 Paparan bagi tajuk Pengaplikasian Audio dan Video selepas
penambahbaikan modul
73
4.13 Paparan bagi tajuk Navigasi sebelum penambahbaikan
modul
75
4.14 Paparan bagi tajuk Navigasi selepas penambahbaikan
modul
76
4.15 Paparan bagi tajuk Web Component sebelum
penambahbaikan modul
77
4.16 Paparan bagi tajuk Web Component selepas
penambahbaikan modul
78
4.17 Paparan bagi tajuk Input form sebelum penambahbaikan
modul
79
4.18 Paparan bagi tajuk Input form selepas penambahbaikan
modul
80
4.19 Paparan bagi tajuk Transition sebelum penambahbaikan
modul
81
4.20 Paparan bagi tajuk Transition selepas penambahbaikan
modul
82
4.21 Paparan bagi subtopik Behavior : Set Text of Status Bar 83
4.22 Paparan bagi suntopik Event : Onresize Event 84
4.23 Paparan bagi penyelesaian Situasi 7 dalam Bab 7:
Penggunaan Input Form
85
4.24 Paparan bagi Aktiviti 7 dalam Bab 7: Penggunaan Input
Form
86
xv
SENARAI SINGKATAN SINGKATAN NAMA PENUH
UTM Universiti Teknologi Malaysia
HTML HyperText Markup Language
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMD Program Maju Diri
MPK Modul Pembelajaran Kendiri
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
xvi
SENARAI LAMPIRAN NO LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Penilaian Penambahbaikan Modul Serta Persepsi
Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Modul Pembelajaran
Kendiri Dalam Matapelajaran Html, Frontpage XP 2003
105
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang berkembang pesat dari
pelbagai sektor di mana ianya juga mempengaruhi sistem pendidikan yang
mempunyai kepelbagaian pencapaian pengajaran dan pembelajarannya.
Pengaplikasian pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
diterapkan dapat melahirkan satu generasi yang cemerlang dan terbilang. Lantaran
daripada itu bagi mencapai hasrat ini, keperluan untuk menaiktarafkan pendidikan
rakyat Malaysia adalah sangat penting dengan mewujudkan satu toleransi yang
berkesan dan mudah difahami oleh semua individu-individu yang terlibat dalam
bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Negara telah dinyatakan secara tersurat pada tahun 1987
yang berbunyi:
2
” Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
Hakikat ini bahawasanya sistem pendidikan yang dilahirkan adalah untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara dengan menekankan perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Secara keseluruhannya ia bertujuan
untuk melahirkan masyarakat yang memberikan sumbangan terhadap kepimpinan
dan kemakmuran negara.
Seperti yang diketahui kini, dunia pendidikan mengalami perubahan pesat
yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan dan ledakan
teknologi maklumat, ekonomi berasaskan pengetahuan, persaingan dan usaha ke
arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Pengajaran yang
berasaskan eksplorasi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar
melakukan ekplorasi sama ada secara individu atau kumpulan kecil. Peluang
pembelajaran individu telah diberikan kepada pelajar untuk membolehkan mereka
belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang bersesuaian
dengan kebolehan dan pencapaian masing-masing. Oleh yang demikian, kaedah dan
strategi serta bahan pembelajaran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan
persekitaran yang menjurus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.
3
Dalam bidang pendidikan, modul pembelajaran memberi erti kepada unit-
unit media dalam sesuatu proses pengajaran seperti contoh filem sebagai modul
pembelajaran, video, pita audio dan sebagainya. Begitu juga dengan penerbitan-
penerbitan yang memuatkan satu siri topik yang berkaitan, pelajaran-pelajaran
pendek dan koleksi unit-unit pengajaran dipanggil modul pembelajaran. Modul
pembelajaran boleh berfungsi sebagai tutor kepada pelajar manakala pensyarah
sebagai fasilitator. Pilihan membina modul pembelajaran kendiri merupakan pakej
pembelajaran yang memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di mana
pelajar boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran berkonsep atau berkemahiran
sama ada secara individu atau berkumpulan.
Dengan adanya modul pembelajaran kendiri ini, pelajar lebih bermotivasi
dan berdikari mengikut situasi pembelajaran mereka. Penerokaan bidang ilmu dan
kadar pembelajaran pelajar itu sendiri dapat memaksimumkan potensi mereka ke
tahap yang lebih cemerlang.
1.2 Latarbelakang Masalah
Pembelajaran merupakan satu fenomena utama yang melibatkan
perkembangan dan pertumbuhan individu serta kemajuan negara. Fenomena
pembelajaran juga menyebabkan pelbagai usaha dan strategi diwujudkan untuk
penghasilan teknik dan kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.
4
Stalling (1973), berpendapat bahawa pembelajaran berdasarkan tiga kriteria
yang penting, iaitu menampakkan perubahan dalam tingkah laku, melibatkan sesuatu
pemikiran dan menghasilkan perubahan melalui penglaman atau latihan. Dengan ini,
pembelajaran bermula daripada rangsangan yang diterima apabila seseorang itu
terdedah dengan kaedah dan strategi pembelajaran yang berbeza. Pensyarah adalah
pemudahcara dalam proses pembelajaran. Pensyarah bukan sahaja perlu
menyediakan pembelajaran yang sihat dan menarik tetapi juga seharusnya
mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang bermakna dan memberansangkan
minat pelajar di samping memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Strategi pembelajaran yang berkesan merupakan satu faktor utama menarik
minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Apabila pelajar mengambil bahagian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ini bermakna mereka menaruh minat
terhadap pelajaran dan tumpuan sepenuhnya diberikan oleh mereka kepada
pembelajaran. Pembelajaran berasaskan modul pembelajaran kendiri memerlukan
penerokaan minda pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini adalah kerana isi
pelajaran yang dipelajari kebanyakkannya memerlukan penghayatan yang lebih
untuk diaplikasikan dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Modul pembelajaran kendiri merupakan satu alternatif pendedahan awal
kepada strategi pembelajaran pelajar tanpa bergantung kepada pensyarah. Oleh yang
demikian, pelajar bebas mengolah proses pembelajaran mereka sendiri mengikut
kebolehan dan teknik pembelajaran masing-masing.
Penghasilan modul pembelajaran kendiri bagi bahasa pengaturcaraan
berasaskan web ini adalah bersesuaian dengan latar belakang pelajar, tahap
pengetahuan pelajar serta penyampaian isi kandungan yang jelas akan memudahkan
5
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa pengaturcaraan tersebut. Pembinaan
bahan modul yang berasaskan rekebentuk pendekatan yang baru serta susunan isi
yang teratur di samping cara penggunaan yang betul boleh membantu penguasaan
minda pelajar terhadap pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Modul pembelajaran kendiri merupakan satu alternatif rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh setiap individu yang mempunyai
inisiatif dalam penerokaan ilmu pengetahuan bagi matapelajaran yang dipelajari.
Sepertimana yang diketahui, pelbagai bahan rujukan yang boleh didapati dan
dijadikan sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran untuk setiap satu
matapelajaran tertentu.
Bahasa Pengaturcaraan III (SPM 3122), merupakan salah satu matapelajaran
pilihan yang ditawarkan oleh Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kepada pelajar-pelajar tahun tiga Fakulti
Pendidikan, UTM yang mengikuti kursus pendidikan dengan komputer. Namun
demikian, tiada modul pembelajaran yang khusus untuk matapelajaran ini yang
dibina berdasarkan sukatan pelajarannya. Selain itu, jika ada rujukan yang berkaitan
tetapi masalahnya skop isi kandungan yang ada bahan rujukan tersebut terlalu luas
dan tidak menepati silibus matapelajaran Bahasa Pengaturcaraan III, Fakulti
Pendidikan ini.
6
Tiga buah modul yang bertajuk Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri
Bagi Topik Jadual, Bingkai dan Templat Web Dalam Subjek Bahasa Pengaturcaraan
III, Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Topik Tag HTML, Pemformatan
Laman Web dan Pengaplikasian Audio dan Video; dan Modul Pengajaran Kendiri
Bagi Tajuk Pembinaan Navigasi, Penggunaan Web Component, Penggunaan Input
Form dan Pembinaan Site Transition Menggunakan Aplikasi Microsoft Frontpage
XP 2003 telah dihasilkan. Namun, disebabkan ketiga-tiga modul ini merupakan
ceraian bagi silibus matapelajaran Bahasa Pengaturcaraan III, inisiatif
penambahbaikan modul kepada satu modul lengkap berdasarkan kepada rekabentuk
teori beban kognitif yang bertujuan untuk meminimakan beban ke atas kognitif
pelajar semasa menggunakan modul ini perlu dilakukan terhadap ketiga-tiga modul
tersebut bagi satu saluran penyampaian maklumat yang baik dan jelas. Selain itu,
penambahan satu topik baru bertajuk Penggunaan Kemudahan Behavior dan Event
Driven juga dilakukan bagi melengkapkan modul ini berdasarkan silibus yang
dirancangkan dalam subjek SPM 3122.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melakukan penambahbaikan rekabentuk
terhadap tiga modul pembelajaran kendiri iaitu Modul Pembelajaran Kendiri Bagi
Topik Jadual, Bingkai dan Templat Web, Modul Pembelajaran Kendiri Topik Tag
HTML, Pemformatan Laman Web dan Pengaplikasian Audio dan Video; dan Modul
Pengajaran Kendiri Bagi Tajuk Pembinaan Navigasi, Penggunaan Web Component,
Penggunaan Input Form dan Pembinaan Site Transition dan penambahan satu bab
baru iaitu Penggunaan Kemudahan Behavior dan Event Driven untuk matapelajaran
Bahasa Pengaturcaraan III di bawah tajuk “Modul Pembelajaran Kendiri Microsoft
7
FrontPage 2003”. Penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri Microsoft FrontPage
2003 ini adalah berdasarkan teori beban kognitif yang menggabungkan penggunaan
teks dan visual beserta dengan pendekatan langkah demi langkah bagi setiap bab.
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini dapat memberikan kepentingan kepada individu-individu yang
terlibat untuk dijadikan sumber rujukan tambahan bagi matapelajaran Bahasa
Pengaturcaraan III dengan mengambil kira kepentingannya terhadap keperluan
modul secara menyeluruh.
1.5.1 Pelajar
Penambahbaikan modul ini berfokuskan kepada rekabentuk teori beban
kognitif yang dapat membantu proses pembelajaran pelajar dalam mempelajari dan
memahami matapelajaran Bahasa Pengaturcaraan III. Satu pendekatan pembelajaran
dalam penambahbaikan modul pembelajaran kendiri ini membolehkan pelajar
mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari.