judul trait personaliti di kalangan pelajar ijazah … filebuat pensyarah/penyelia projek sarjana...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHD KAMIL MAT DERIS
TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
DR. FAIZAH BTE ABD GHANI
Nama Penyelia
9062 KAMPUNG WAKAF TENGAH, JALAN BATU RAKIT 21080 K. TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN
Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan : ............................................
Nama Penyelia : Dr. Faizah Bte. Abd. Ghani
Tarikh : ............................................
ii
TRAIT PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP
PROFESIONALISME PERGURUAN
MOHD KAMIL BIN MAT DERIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2009
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ....................................
Nama Penulis : MOHD KAMIL BIN MAT DERIS
Tarikh : ....................................
iv
Dedikasi Alhamdu lillah, segala puji dan syukur hanyalah untukMu, melalui pengizinanMu, maka
yang terjadi adalah kebenaranMu...
Cik dan Mak,
Kamu telah melaksanakan kehendak Allah, Aku tidak berdaya Mengikut kehendak kamu
melainkan Allah jua yang Berkehendak. Aku meminta ampun dan maaf di atas segalanya.
Jika dibenarkan sujud, kamu berdualah yang akan kusujud selepasNya, walaupun begitu
Aku tetap meminta Redha dari kamu berdua. Maaridhollahu illa, biridho ilwalidaini. Aku
doakan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat..
Abah dan Mak Mbang,
Terimalah aku seadanya..sesungguhnya Aku Adalah Insan kerdil Yang serba
Kekurangan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar kepada rona-rona kehidupan.
Adik beradik ku dan ipar-iparku,
Ada tanah ada rumput,
Kerana ada tempat kurnia,
Ada rumah bolehku jemput,
Kerana ada hajat yang mulia.
Isteriku dan anak-anakku.
Segala pengorbanan dan dugaan hidup dikecapi bersama. Kekurangan belaian dan kasih
sayang kau hadapi ibarat air yang memukul pasir.
Buat Pensyarah/Penyelia Projek Sarjana Muda,Terima kasih atas tunjuk ajar dan
dorongan yang diberikan sehingga berjaya menyudahkan projek ini.
Moga-moga Allah permudahkanmu sepertimana kamu menerima segala keburukanku.
v
Tidak lupa buat teman-teman seperjuangan yang banyak berkongsi pendapat
dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini
Di harap kajian ini menjadi panduan untuk kalian berusaha dan berjaya dalam
menempuhi hidup ini
Terima Kasih....
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T yang yang menguruskan dunia dan segala
isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., para rasul, ahli
keluarga baginda, para sahabat, shuhada dan sekelian mukmin dan mukminin.
Di kesempatan ini, saya ingin meluahkan perasaan terima kasih saya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Faizah Bte. Abd. Ghani yang banyak bersabar
melayan karenah saya disamping tidak loket memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang penghasilan projek ini sehingga ianya berjaya dihasilkan.
Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi peluang
kepada penyelidik menjalankan penyelidikan di fakulti ini. Kerjasama daripada pelajar-
pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam tahun akhir yang menjadi
responden kajian amatlah dihargai.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan secara
tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji trait personaliti di kalangan pelajar kemahiran hidup
Fakulti Pendidikan UTM. Sebanyak 99 responden telah dipilih menggunakan
persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat dua jenis soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini. Soal selidik pada bahagian A adalah tentang latar belakang
responden. Soal selidik pada bahagian B pula adalah berpusat kepada trait
personaliti berdasarkan teori Holland yang mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85
hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan trait personaliti yang
diperolehi oleh responden ini adalah sosial, artistik dan convensional(SAC) untuk
item kesukaan manakala sosial, enterprising dan realistik(SER) untuk item
kecekapan. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden mempunyai trait
personaliti SER dan trait ini berpadanan dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu,
dapatan kajian juga menunjukkan 61.6% responden mempunyai tahap padanan yang
baik dari segi darjah kongruen personaliti yang berdasarkan kepada Indeks kongruen
Iachan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keselarasan
antara trait personaliti dengan kerjaya perguruan yang dipilih.
vii
ABSTRACT
This study examined the personality trait among student engineering from the
Education Faculty of UTM. A total 99 respondents were selected using purposive
sampling method. There is two types of questionnaires. Questionaire for A part is
for the student background while questionaire for B part is centered to personality
trait refer to Theory of Holland where the cronbach alpha is 0.85 to 0.97 (Amla,
1992). The descriptive analysis show that the personality trait of the respondent is
social, artistic and convensional(SAC) for the like item while sosial, enterprising
dan realistik(SER) for the skill item. The result of this study shows majority of
respondent have the SER personality trait that is matching to the Holland Alpha
Three Code. Beside, the result also shows 61.6% of respondents have good condition
for the degrees of personality congruen refer to Iachan Congruen Indeks. Totally,
results of this study shows that there are the matching between personality trait with
teacher’s profession that have been choose.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 8
ix
1.8.1 Trait 8
1.8.2 Personaliti Kerjaya 8
1.8.3 Guru 11
1.8.4 Profesionisme 11
1.8.5 perguruan 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori Kerjaya Holland 13
2.3 Kajian-Kajian Lepas 17
2.4 Kesimpulan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 26
3.5.2 Bahagian B 27
3.5.2.1 Skor Manual (SDS) 28
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Indeks Kongruen Iachan 29
3.8 prosedur mengumpul data kajian 31
3.9 Analisis Data 31
3.9.1 Statistik Deskriptif 32
3.10 Kesimpulan 32
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data 35
4.3 Analisis Deskriptif Maklumat
Latar Belakang Responden 35
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Umur 36
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Tahap
Pencapaian Akademik 37
4.3.5 Taburan Responden Mengikut
Tempat membesar 37
4.4 Analisis Deskriptif Profil Personaliti Responden 38
4.5 Trait Personaliti Pelajar SPH 38
4.5.1 Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding Kod
Tiga Huruf Holland 40
4.5.2 Tahap Darjah Kongruen Responden 40
4.6 Analisis Deskriptif Profil Personaliti
Individu Responden 42
4.6.1 Klasifikasi Bagi Hasil Taburan
Analisis Padanan Darjah Kongruen
Personaliti Responden Dengan Bidang
Kursus Yang Diikuti 50
4.7 Kesimpulan
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 52
5.3 Hasil Dapatan Taburan Maklumat Peribadi
Responden 52
xi
5.4 Hasil Dapatan Profil Personaliti Responden
Dengan Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding
Kod Tiga Huruf Holland 53
5.5 Hasil Analisis Taburan Tahap Padanan
Profil Personaliti Responden Dengan Bidang
Kursus Yang Diikuti 54
5.6 Implikasi Kajian 56
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 58
5.8 Rumusan 59
5.9 Kesimpulan 60
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kaitan Antara Cara Hidup, Ciri-Ciri Dan Persekitaran Pekerjaan 15
3.1 Tahap Darjah Kongruen Berdasarkan
Indeks Kongruen Iachan 30
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 35
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 35
4.4 Taburan Responden Berdasarkan
Tahap Pencapaian Akademik 36
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Tempat Membesar 37
4.6 Bilangan Item Mengikut Subskala SDS-Form Easy
(Versi Terjemahan Amla) 37
4.7 Skor Min Mengikut Subskala SDS-Form Easy
(Versi Terjemahan Amla) 38
4.8 Analisis Kod Tiga Huruf Penyelidik Berbanding
Kod Tiga Huruf Holland 39
4.9 Analisis Tahap Darjah Kongruen Responden 39
4.10 Kaedah Pengiraan Darjah Kongruen 40
4.11 Kod Tiga Huruf Setiap Responden 41-44
4.12 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 45-46
4.13 Susunan Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 46-47
4.14 Klasifikasi Indeks Kongruen Iachan 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
R Realistik
I Investigatif
A Artistik
S Sosial
E Enterprising
C Conventional
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS Statistical Package for Social Science
SDS-E Self Directed Search – Form Easy
xiv
SENARAI SIMBOL
% Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Pelajar dari Fakulti
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kerjaya bidang perguruan memerlukan seorang individu yang mempunyai
personaliti yang baik. Pemilihan dalam pekerjaan yang bakal ditempuhi oleh pelajar
perlu berdasarkan pada personaliti diri yang dimiliki oleh seorang pelajar atau individu
itu. Menurut Amir Awang (1983), pemilihan pekerjaan yang selaras dengan personaliti
merupakan penentu penting bagi taraf atau kedudukan seseorang dalam masyarakat yang
boleh memberi kesan kepada nilai hidup, sikap dan gaya hidup seseorang.
Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada
masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan
pendidik mengambil peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan
perwatakan pelajar (Khairina Yasin, 2001). Malah tidak dapat disangkalkan lagi, guru
mempunyai pengaruh terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap
manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).
2
Barrick dan Mount (1991, 1995 dan 1998), Salgado (2003) menyatakan prestasi
individu di tempat kerja adalah berhubungan dengan personaliti yang baik. Memiliki
personaliti yang baik dan bersesuaian dengan bidang perguruan adalah menjadi tonggak
utama dalam merealisasikan impian negara melahirkan insan yang cemerlang dan
terbilang.
Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu itu.
Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecermerlangan pencapaian akademik
secara menyeluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan motivasi dan
pelajar. Hal ini didokong oleh Barrick dan Mount (1991) ; Hough dan Ones (2001) ;
Salgado (1997) yang menegaskan personaliti berupaya untuk menjadi peramal yang sah
kepada prestasi kerja individu, terutamanya dalam bidang perguruan.
Lourdusamy (1994) juga berpendapat bahawa, jika para pendidik hanya
mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak
menunjukkan kekuatan di dalam imej diri serta berpandangan sempit, maka kejayaan
yang diimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para pendidik seharusnya
mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik di samping mampu melahirkan produk yang
cemerlang. Antara aspek tersebut merangkumi sahsiah yang baik, persediaan awal dan
minat yang mendalam terhadap profession tersebut. Di samping itu, mereka hendaklah
mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk berbincang dan
berkongsi pengalaman dengan pelajarnya (Ali Jaafar, 1999).
Maka tidak hairanlah pada tanggal 16 Mei setiap tahun sambutan Hari Guru
diraikan untuk memberikan penghargaan dan sanjungan kepada para pendidik yang
banyak berkorban untuk menjadi pemangkin terhadap pembangunan negara (Khairina
Yasin, 2001). Namun dalam menghadapi era maklumat yang semakin global ini, para
pendidik hendaklah menekankan bukan sahaja kandungan kurikulum tetapi juga
pembentukan personaliti pelajar di bawah bimbingannya (Abd. Majid, 1999). Menurut
3
Abd. Ghani (2001), meskipun pembelajaran secara multimedia telah
diperkenalkan dan menjadi semakin berkembang pengaruhnya namun ianya masih tidak
mampu untuk menafikan status dan peranan guru dalam membentuk warganegara yang
dinamis dan berguna. Lantaran ketidakupayaan guru menunjukkan model dan tauladan
yang baik akan menjadi batu penghalang terhadap pembentukan pelajar yang cemerlang
dari segi rohaniah dan jasmaniah.
Kepentingan pendidikan terbukti melalui potongan ayat yang dipetik dari ayat
suci Al-Quran;
“Katakan tiada serupa orang-orang yang berilmu perngetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan” (Az-Zumar : 9)
Jelas ayat tersebut menunjukkan bahawa pendidikan sangat penting kepada seluruh
generasi sebagai cahaya menerangi kegelapan. Justeru itu para pendidik haruslah
memainkan peranan penting untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwar-warkan
selama ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Stephen dan Crawlly (1994) menyatakan bahawa personaliti guru memberi kesan
terhadap perlakuannya di dalam bilik darjah. Cruickshank, Bainer danMetcalf (1999)
berpendapat bahawa perlakuan individu dipengaruhi oleh personaliti dirinya begitu juga
di dalam pengajaran seseorang guru. Daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Cook,
Leeds dan Callis (1951), didapati bahawa sikap dan sahsiah guru dapat diukur dengan
menunjukkan ukuran tinggi dan rendah menerusi ujian “Minnesota Teachers Attitudes
Inventory” atau ringkasnya MTAI (Gage, 1971). Berdasarkan kepada MTAI guru yang
berkesan termasuklah sentiasa mengekalkan keadaan yang harmoni di dalam
perhubungannya dengan para pelajarnya.
4
Di samping itu, para guru hendaklah memperlihatkan kemesraan, bertoleransi
dan menyayangi serta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.
Pengurusan bilik darjah secara autokratik akan menimbulkan suasana yang tegang
menyebabkan pelajar ketakutan dan memaksa murid tunduk kepadanya. Pendidik yang
bersikap demikian akan hanya memikirkan mata pelajaran yang diajar dan bukannya
melihat dari aspek perlakuan dan perkembangan pelajar. Sikap yang dinyatakan
merupakan sebahagian daripada guru yang didapati rendah di dalam ukuran MTAI (Atan
Long , 1976).
Murray (1963) seorang ahli psikologi yang berpengaruh mengenai personaliti
dalam kajiannya mendapati bahawa setiap manusia itu mempunyai beberapa keperluan
personaliti (personality needs), merangkumi pencapaian (achievement), penggabungan
(affiliation) iaitu keperluan untuk bersama-sama dan membina persahabatan dan
dominasi iaitu keperluan untuk mengawal dan mempengaruhi. Justeru itu, pendekatan
pengajaran seseorang guru biasanya dipengaruhi oleh keperluan-keperluan personaliti
dalam dirinya (Cruickshank, Bainer, Metcalf, 1999). Pada tahun 1969, Henjun telah
mengkaji mengenai karektor dan personaliti guru pelatih yang paling disukai di sekolah
menengah dan sekolah rendah. Hasil kajian beliau mendapati bahawa guru-guru pelatih
yang disukai untuk peringkat sekolah rendah mestilah bersikap matang, sanggup untuk
mengkaji dan boleh bergaul dengan baik. Manakala untuk guru pelatih di sekolah
menengah pula, para pelajar mengharap guru tersebut mestilah bijak dan bersemangat
atau dedikasi.
Zainol (1997), menyatakan sebahagian besar guru meletakkan tuntutan agama
sebagai pendorong, tugas sebagai guru mempunyai nilai yang tinggi dan satu
tanggungjawab yang dikira ibadah kepada Allah s.w.t. Hal ini dibuktikan dengan kajian
Hamidi (1997), yang mendapati motif utama yang mempengaruhi pelajar dari kursus
Diploma Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia memilih profesion perguruan ialah
keinginan memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga keinginan menyampaikan
ilmu kepada orang lain.
5
Holland (1973) menyatakan bahawa kepuasan dan pencapaian seseorang
individu adalah hasil daripada keselarasan antara jenis personaliti dan persekitaran
mereka. Pemilihan atau hubung kait kerjaya adalah berdasarkan kepada personaliti di
mana personaliti seseorang individu berkembang dalam konteks biologikal, psikologi
dan persekitaran. Ciri-ciri yang wujud akan dapat menyediakan peluang-peluang
aktiviti, tugas dan peranan yang kongruen dengan kecekapan dan minat mereka serta
persepsi diri yang selaras dengan jenis personaliti. Secara khususnya, keselarasan antara
individu dengan persekitaran adalah dikaitkan dengan kestabilan pendidikan, kepuasan
dan pencapaian yang tinggi. Kepuasan yang wujud akan mendorong seseorang individu
melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh dan lebih berkesan. Sekiranya
kesedaran tidak wujud di kalangan para guru, maka akan memberi implikasi dalam
profesion perguruan. Sehubungan itu, tidak hairan mengapa di masa kini kita saling
mendengar rungutan terhadap guru-guru yang bermasalah seperti yang terjadi di
sekolah-sekolah Malaysia.
1.3 Pernyataan Masalah
Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara
dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan seperti mata pelajaran Kemahiran Asas Industri yang akan
dimulakan pada tahun hadapan (Musa Mohammad, 2000). Sekali imbas tampak seperti
tugas mudah namun para pendidik harus menyedari bahawa pengajaran hari ini
memerlukan mereka melangkaui pelbagai kemahiran dan kepakaran dalam mengajar
sesuatu mata pelajaran tersebut disamping mereka mempunyai personaliti yang sesuai
dengan kerjaya guru.
6
Oleh itu, kewujudan guru-guru yang mempunyai kemahiran teknikal adalah amat
diperlukan. Selain itu guru-guru ini juga hendaklah mempunyai personaliti yang bagus
untuk mengelakkan pandangan negatif masyarakat.
Personaliti yang baik adalah sangat penting dalam profesionalisme
perguruan. Seorang guru perlu mempunyai personaliti yang cemerlang dan terbilang.
Ini kerana banyaknya kes-kes polis yang melibatkan guru-guru di malaysia ini antaranya
adalah berpunca dari guru yang tidak mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik.
Kes-kes seperti pencabulan, rogol, mendenda sehingga menyebabkan luka dan guru
ponteng adalah satu perkara yang tidak patut berlaku kepada guru itu sendiri.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keselarasan profil
personaliti terhadap profesionalisme perguruan yang diutarakan oleh teori Holland serta
mengetahui personaliti yang lebih baik untuk menjadi guru dikalangan pelajar Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran hidup) diFakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah :
1.4.1 Mengenalpasti trait personaliti pelajar-pelajar SPH tahun 4.
1.4.2 Mengenalpasti ciri-ciri trait personaliti yang dominan dengan pelajar-pelajar
SPH di Fakulti Pendidikan UTM Skudai?
1.4.3 Mengenalpasti keselarasan trait personaliti pelajar dengan bidang perguruan
yang diceburi..
7
1.5 Persoalan Kajian
Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang
menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini
membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian
ini persoalan-persoalan kajian ini adalah :-
a. Apakah trait personaliti pelajar-pelajar SPH di Fakulti Pendidikan UTM Skudai?
b. Apakah ciri-ciri trait personaliti yang dominan dengan pelajar-pelajar SPH di
Fakulti Pendidikan UTM Skudai?
c. Apakah keselarasan trait personaliti dengan bidang perguruan yang diceburi?