jul-dis jkr kesedar
TRANSCRIPT
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Jul-Dis
EDISI 2/2020 BULETIN
JKR KESEDAR
SESI PERKONGSIAN ILMU
KESEDARAN SIVIK
PRE DELIVERY INSPECTIONS & TEST DRIVE ATV MOTOR (200cc, 250cc & 450cc)
BAGI PROJEK EKO PELANCONGAN KOPERASI KG. JELAWANG, KUALA KRAI, KELANTAN.
ISI KANDUNGAN
SEKAPUR SIRIH -
SIDANG REDAKSI -
PEMBENTANGAN & PENYAM-
PAIAN SIJIL TAMAT LI
1
PRE DELIVERY INSPECTIONS
& TEST DRIVE ATV MOTOR
(200CC, 250CC & 450CC ) BAGI
PROJEK EKO
1
LAWATAN KE KILANG SPACE
PRODUCTION SDN. BHD.
BREEZWAY (M) SDN. BHD.
2
PROGRAM PENGARAH BER-
SAMA KAKITANGAN
2
LAWATAN KERJA PENGERUSI
KESEDAR KE KAWASAN RE-
HAT & RAWAT (R&R) KUALA
BALAH, JELI, KELANTAN
3
TAKLIMAT BAHAN OLEH SPACE
PRODUCTS SDN. BHD & BREEZ-
WAY
3
PROGRAM AUDIT DALAMAN PEM-
ATUHAN MS ISO 9001: 2015
3
SESI PERKONGSIAN ILMU OLEH
PEGAWAI PENGURUSAN & PROFE-
SIONAL JKR KESEDAR
4
CROSS AUDIT DALAMAN INDEKS
AKAUNTABILITI (AI) PENGERUSAN
KENDERAAN KERAJAAN
4
PEMBENTANGAN & PENYAMPAIAN
SIJIL TAMAT LI
5
AUDIT DALAMAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PREMIS JKR KESEDAR TAHUN
2020
5
PEMERIKSAAN KOMPUTER OLEH
PEGAWAI BAHAGIAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT (BTM) DI JKR
KESEDAR
5
LAWATAN KERJA PEGAWAI
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMEN-
TERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
KE JKR KESEDAR
6
TAKLIMAT DISKRIPSI TUGAS DAN
MYPORTFOLIO BAGI PEGAWAI &
KAKITANGAN JKR KESEDAR
6
LAWATAN MUHIBAH TIMBALAN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
KELANTAN KE TAPAK PROJEK
KLINIK KESIHATAN (JENIS 7)
BAHAGIA, KUALA KRAI, KELANTAN.
6
TAKLIMAT & BENGKEL PEKELILING PERBENDAHARAAN PENGURUSAN
KENDERAAN KERAJAAN DI JKR KESEDAR BAGI TAHUN 2020
7
TAKLIMAT MAKSAK & KESEDARAN SIVIK
7
IR. SHUKRI BIN ISHAK
PENGARAH
JKR KESEDAR
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Alhamdullilah, Bersyukur saya kehadrat ilahi dengan keizinanNya Buletin JKR
KESEDAR Ediisi 2 2020 berjaya diterbitkan untuk tatapan kita bersama. Syabas dan
tahniah kepada Sidang Redaksi dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung.
Buletin JKR KESEDAR Edisi 2 2020 ini merupakan satu medium yang
memaparkan berita-berita dan coretan peristiwa serta kejayaan yang telah dicapai
oleh Unit JKR KESEDAR sepanjang bulan Julai hingga Disember 2020.
Semoga usaha dan komitmen seluruh warga Unit JKR KESEDAR terus cemerlang dan
gemilang selaras dengan visi dan misi Jabatan pada era Revolusi Industri (IR 4.0).
Sekian.
SEKAPUR SIREH
• IR. SHUKRI ISHAK
• MAZLAN BIN MAKHTAR
• MOHAMMAD LUKMAN HAKIM BIN MUSTAPHA
• SAMSURI BIN YUNUS
• NORDIN BIN MAT
• MOHD SYAHRIZAN BIN AHMAD
• SITI NOORBAIZURA BT CHE HUSSIN
• KUEH SIAW LIN
• WAN N.RABIHAH BT WAN HASSAN
• MOHD SHAFIZAN BIN MOHD SAUFI
• ZAINUSAN BIN ZAKARIA
• IZUDDIN BIN IDRIS
• NORIAH BT MOHD NOOR
• MOHD ISWADI BIN ISHAK
• NOR FAHIDA BT AZMI
SIDANG RIDAKSI
PEMBENTANGAN & PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LI
Seramai 3 pelajar latihan industri mempersembahkan pembentangan mengikut bidang pengkhususan
masing-masing yang mana salah seorang daripada pelajar ini akan dinobatkan sebagai pelatih/pelajar
terbaik oleh pihak juri.
Majlis secara santai ini diserikan lagi dengan kehadiran Ybrs Ir. Shukri Bin Ishak (Pengarah), pegawai
kanan & kakitangan Jabatan ini.
Tahniah diucapkan kepada Suzaitul Asyikin Bt. Hashim, pelajar jurusan Ukur Bangunan yang dinobatkan
sebagai pelatih/pelajar terbaik untuk sesi kali ini.Selamat datang diucapkan kepada 5 pelajar LI yang ba-
ru melapor diri merangkumi pelbagai bidang pengkhususan bagi menjalani latihan/praktikal di Jabatan
ini.
PRE DELIVERY INSPECTIONS & TEST DRIVE ATV MOTOR
(200CC, 250CC & 450CC ) BAGI PROJEK EKO
Program tersebut diketuai oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli, Jurutera
Mekanikal dan beberapa kakitangan Bahagian Mekanikal bertempat di To-
paz Integrated Technology, Taman Industri Lunas, Kedah.
Turut hadir dalam program ini adalah pihak pelanggan iaitu En. Wan Zaimi
Bin Wan Daud, Pengurus Wilayah KESEDAR Kuala Krai. Antara skop
yang dilaksanakan adalah :-
1. Test Minimum Top Speed >>65km/j
2. Test Bracking
3. Test Gear Forward & Backward
4. Test Electric Winch
5. Test Model Racing Spec 250cc
BULETIN JKR KESEDAR 1
LAWATAN KE KILANG SPACE PRODUCTION SDN. BHD.
BREEZWAY (M) SDN. BHD.
JKR KESEDAR yang diketuai oleh En. Iskandar Zulkarnain Bin Azmi, Pen. Pegawai
Kanan Senibina dan rombongan telah mengadakan lawatan ke 2 kilang iaitu Space
Product Sdn. Bhd. berkaitan Produk Aluminium Box Louvers dan Breezway berkaitan
produk Aluminium Louvre Window.
Turut serta dalam lawatan ke kilang yang terletak di Puncak Alam & Kapar, Selangor
adalah Ybr Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR.
Lawatan ke kilang ini lebih kepada ingin mengetahui secara lebih dekat dan juga
pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir pada lawatan ini
akan kelebihan dan jenis-jenis produk/bahan oleh pihak kilang tersebut.
PROGRAM PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN
JKR KESEDAR telah menganjurkan Program Ybrs Tn. Pengarah bersama ka-
kitangan.Antara aturcara yang telah dilangsungkan pada hari ini ialah:-
• Aktiviti gotong-royong persekitaran pejabat
• Senaman ringkas
• Gimik pelepasan burung merpati
• Penanaman pokok nenas MD2
Dengan program sebegini akan terus memperkasakan hubungan insani antara semua pegawai & kakitangan, sikap mementingkan keselesaan dan keceriaan di tempat kerja serta memupuk semangat kerjasama berpasukan.
2
LAWATAN KERJA PENGERUSI KESEDAR KE KAWASAN REHAT &
RAWAT (R&R) KUALA BALAH, JELI, KELANTAN
Sekitar Lawatan Kerja YB Ustaz Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz,
Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ke Kawasan Rehat
dan Rawat (R&R) Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
Turut hadir bersama Ybrs Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR serta
pegawai JKR KESEDAR, Ybrs Tuan Haji W.Muhd Rahimi bin Wan Salleh, Timba-
lan Pengurus Besar (Pengurusan) dan Ybrs Tuan Haji Wan Johan bin Wan Has-
san, CEO KESEDAR Holding Sdn.Bhd. serta pegawai KESEDAR
TAKLIMAT BAHAN OLEH SPACE PRODUCTS SDN. BHD & BREEZWAY
Taklimat ini disertai oleh syarikat iaitu Space Product Sdn. Bhd. berkaitan Produk Aluminium Box Louvers dan Breezway berkaitan produk Aluminium Louvre Window.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Ybrs Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR, pegawai-pegawai, penyelia tapak bina & kontraktor yang terlibat bagi projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Star Dan Limau Kasturi.
PROGRAM AUDIT DALAMAN PEMATUHAN MS ISO 9001: 2015
Mesyuarat pembukaan ini dipengerusi oleh En. Mazlan Bin Makhtar, Jurutera Awam Kanan (U) dan turut dihadiri oleh semua Juruaudit.
Skop audit kali ini merangkumi Prosedur kerja operasi dan prosedur kerja pengu-rusan di semua bahagian dalam Jabatan ini.
3
CROSS AUDIT DALAMAN INDEKS AKAUNTABILITI (AI)
PENGERUSAN KENDERAAN KERAJAAN
Cross Audit Dalaman Indeks Akauntabiliti (AI) Pengurusan Kenderaan Kerajaan telah diadakan
dengan jaya.
Audit ini bertujuan bagi memastikan pengurusan kenderaan di pejabat ini mematuhi arahan
pekeliling perbendaharaan :-
I) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
II) Pengurusan Kenderaan Jabatan
III) Pemeriksaan Keselamatan & Prestasi Kenderaan
Tahniah diucapkan kepada pasukan pejabat ini yang diketuai oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli
(Jurutera Mekanikal) merangkap Pegawai Kenderaan JKR KESEDAR dan kakitangan Bahagian
Mekanikal dalam menjayakan audit ini.
SESI PERKONGSIAN ILMU OLEH PEGAWAI PENGURUSAN &
PROFESIONAL JKR KESEDAR
Majlis perkongsian ini dimulai oleh Ybrs Ir. Shukri Bin Ishak dan diikuti oleh 6 Jurutera pelbagai disiplin serta Juruukur Bahan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil & cenderahati kepada semua peserta yang terlibat utk sesi pertama ini.
4
PEMBENTANGAN & PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LI
Audit Pemantauan ISO 9001:2015 oleh SIRIM telah diadakan dengan
jayanya. Majlis pembukaan Audit ini telah dipengerusikan oleh En. Mazlan
Makhtar (Jurutera Awam Kanan) manakala Majlis penutup dipengerusikan
oleh Ybrs Tn. Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR.
Rumusan dari pihak SIRIM diakhir mesyuarat ini telah merumuskan baha-
wa pejabat ini masih lagi mematuhi dan telah diberikan beberapa penam-
bahbaikan.
AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PREMIS JKR KESEDAR TAHUN 2020
Majlis pembukaan dan penutup audit ini dipengerusikan oleh Ybrs. En. Mazlan Bin Makhtar, Jurutera Awam Kanan Utara.
Pasukan audit seramai 5 orang pegawai dari pelbagai disiplin hadir bagi menjayakan audit pada kali ini.
Setiausaha Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan JKR KESEDAR, En. Mohd Iskandar Zulkarnain Bin Azmi membentangkan laporan sebelum pasukan audit mengambil alih dengan audit dokumen serta lawatan ke semua tempat di dalam premis Jabatan ini. Secara keseluruhannya keputusan adalah amat baik dan sekalung tahniah serta terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan ini dalam menjayakan audit ini.
PEMERIKSAAN KOMPUTER OLEH PEGAWAI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BTM) DI
JKR KESEDAR
Pemeriksaan peralatan komputer diketuai oleh Cik Nur Syuhada Binti Shaffie dibantu oleh dua Pe-
nolong Pegawai Teknologi Maklumat.
Pemeriksaan peralatan ini merangkumi keseluruhan bahagian Jabatan ini
di tanah merah & gua musang. Tujuan pemeriksaan ini bagi menilai secara
lebih dekat keupayaan aset komputer Jabatan seiring dengan beban tugas
semasa.
5
LAWATAN KERJA PEGAWAI BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN
KERJA RAYA MALAYSIA KE JKR KESEDAR
En. Mohamad Sani Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagi-an Kewangan, Kementerian Kerja Raya Malaysia melakukan lawatan kerja dan telah disambut oleh Pegawai² & kakitangan kewangan pejabat ini.
TAKLIMAT DISKRIPSI TUGAS DAN MYPORTFOLIO BAGI PEGAWAI & KAKITANGAN
JKR KESEDAR
JKR KESEDAR telah menganjurkan taklimat Diskripsi Tugas dan Myportfolio bagi pegawai & kakitangan JKR KESEDAR
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Nazefah Binti Nawi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh semua pegawai & kakitangan JKR KESEDAR.
LAWATAN MUHIBAH TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI KELANTAN
KE TAPAK PROJEK KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) BAHAGIA, KUALA KRAI,
KELANTAN.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan (Kesihatan Awam), Dr. Abdul Haris Bin Muham-mad berasama beberapa pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai telah melakukan lawatan muhibah ke tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Ybrs En. Mazlan Bin Makhtar & pasukan projek berkenaan.
6
7
TAKLIMAT & BENGKEL PEKELILING PERBENDAHARAAN PENGURUSAN KENDERAAN KERA-JAAN DI JKR KESEDAR BAGI TAHUN 2020
Taklimat & Bengkel ini selia oleh En. Mohd Firdaus Bin Rameli, Jurutera Mekanikal dengan melibatkan pegawai & pemandu di Bahagian Mekanikal Tanah Merah & Gua Musang yang telah di adakan pada 09-10 September 2020 bertempat di Dewan Wawasan, JKR KESEDAR Tanah Merah, Kelantan.
Penceramah jemputan yang mengendalikan Taklimat & Bengkel ini adalah En. Razman Bin Sabtu dibantu oleh En. Ramlan Bin Ibrahim dan En. Nazri Bin Mohamed Khaidi selaku fasilitator.
TAKLIMAT MAKSAK & KESEDARAN SIVIK
JKR KESEDAR telah mengadakan dua taklimat secara serentak kepada semua pegawai dan kakitangan bertempat di perkarangan pejabat ini mengikut SOP yang telah ditetapkan selaras nor-ma baru ini.
Sesi taklimat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ybrs Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR KESEDAR. Turut hadir semua pegawai kanan & Ketua-Ketua Bahagian.
Sesi taklimat pertama adalah daripada Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Jabatan Perdana Menteri. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Siti Lestaria.
Sesi taklimat kedua adalah Kesedaran Sivik. Taklimat disampaikan Tn. Haji Mohd Zulkifli Bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
Jalan Chempaka Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
Tel : 09—9557057/09—9558513/09—9554009