jurnal 1

6
Tajuk Jurnal : Pelancongan Rekreasi Berasaskan Cabaran Dan Biodiversiti: Isu Konflik Penulis: Jaffry Zakaria (UPSI) Nor Azlina Abdullah (UM) Pengenalan Di dalam pengenalan dinyatakan tentang sumbangan suatu persekitaran atau tempat kepada pelancongan dan pembangunan pelancongan rekresi. Jika suatu persekitaran itu dikatakan menarik ia akan dapt menarik pelancong ke tempat terbabit.Kesannnya kepada persekitaran seharusnya dapat dilihat berasaskan cabaran. Keadaan iklim, flora dan fauna mempengaruhi pembangunan yang ingin dilakukan. Apabila suatu persekitaran dibuka kepada pelancongan, ia akan mengubah keadaan ekosistem dan kawasn semulajadi terbabit. Penjelasan yang diberikan menunjukkan bahawa aktiviti pelancongan juga mempunyai sisi-sisi kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, penulis tidak menyatakan dengan jelas bagaimana keadaan ini berlaku. Tidak juga dinyatakan

Upload: fareez-hassan

Post on 22-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 1

Tajuk Jurnal :

Pelancongan Rekreasi Berasaskan Cabaran Dan Biodiversiti: Isu Konflik

Penulis:

Jaffry Zakaria (UPSI)

Nor Azlina Abdullah (UM)

Pengenalan

Di dalam pengenalan dinyatakan tentang sumbangan suatu persekitaran atau

tempat kepada pelancongan dan pembangunan pelancongan rekresi. Jika suatu

persekitaran itu dikatakan menarik ia akan dapt menarik pelancong ke tempat

terbabit.Kesannnya kepada persekitaran seharusnya dapat dilihat berasaskan cabaran.

Keadaan iklim, flora dan fauna mempengaruhi pembangunan yang ingin dilakukan.

Apabila suatu persekitaran dibuka kepada pelancongan, ia akan mengubah keadaan

ekosistem dan kawasn semulajadi terbabit.

Penjelasan yang diberikan menunjukkan bahawa aktiviti pelancongan juga

mempunyai sisi-sisi kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun,

penulis tidak menyatakan dengan jelas bagaimana keadaan ini berlaku. Tidak juga

dinyatakan sebab-sebab secara umum keadaan pengubahsuaian ini terjadi. Contohnya

seperti cuaca, pembangunan kawasan terbabit, kesedaran pengunjung yang rendah

dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kawasan persekitaran terbabit yang menjurus

kepada kerosakan alam sekitar.

Page 2: Jurnal 1

Definisi Biodiversiti dan Pelancongan:

Menurut penulis, pelancongan didefinisikan sebagai suatu kegiatan ekonomi yang

mendatangkan pendapatan lumayan dan menguntungkan kepada sesebuah negara.

Dalam erti kata lain aktiviti ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan

kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan terus diabaikan. Ia juga turut

menyumbang kepada aktiviti sosial yang tidak diingini walaupun sesungguhnya ia dapat

memberikan satu peluang kepada industri pelancongan. Dalam erti kata lain, terdapat

kebaikan yang dapat dinikmati oleh kita semua dan boleh juga membawa keburukan.

Untuk mengatasi masalah-masalah ini, diharap pihak yang berwajib dapat mengambil

langkah-langkah proaktif dalam membendung perkara ini dari terus berleluasa.

Biodiversiti pula didefinisikan kepada 3 komponen utama iaitu merangkumi semua

benda hidup termasuklah mikroorganisma. Ia juga terdiri daripada setiap peringkat

organisasi kehidupan seperti populasi dan spesies yang mempunyai genetik yang

sama. Seterusya, biodiversity dikatakan melibatkan interaksi antara semua bentuk

hidupan dana tahap organisasinya. Contohnya seperti persaingan, simbiosis dan

komensalisme.

Kepentingan:

Kepentingan biodiversiti adalah membekalkan manusia dengan sumber-sumber

makanan, perubatan, produk-produk industri dan berperanan mengimbangi alam

sekitar. Kepelbagaiannya menyumbang kepada pengetahuan yan lebih luas dan ia juga

merupakan tempat untuk manusia melakukan aktiviti-aktiviti riadah sambil menghayati

keindahan alam sekitar. Walaubagaimanapun tidak dinyatakan dengan jelas didalam

jurnal ini tentang sumbangan-sumbangan dan kepentingan biodiversity secara saintifik

dan lebih kepada penerangan umum. Seperti keperluan proses hidupan seperti kitaran

oksigen dan karbon dioksida antara tumbuhan dan hidupan lain. Selain itu, penerangan

untuk kepentingannya hanya menitikberatkan tentang persoalan sosial yang mana ia

Page 3: Jurnal 1

kurang menekankan isu-isu sains dan teknologi dalam inisiatif pemeliharaan dan

pemuliharaan biodiversiti di negara kita

Seterusnya, perkara yang dibincangkan didalam jurnal ini adalah berkaitan

dengan ancaman pelancongan rekreasi berasaskan cabaran dimana kesan yang

tinggalkan oleh penggiat-pengiat perlancongan rekreasi akan memusnahkan

biodiversity yang terdapat di sesuatu kawasan. Antaranya ialah kesan pacuan empat

roda yang melalui sesuatu kawasan biodiversity. Ia akan merosakkan tumbuhan dan

juga boleh menyebabkan tumbuhan mati.

Selain itu, pembakaran yang dilakukan atau ditinggalkan oleh penggiat-pengiat

pelancongan rekreasi boleh menyebabkan kerosakan jika tidak berhati-hati turut boleh

menyumbang berlakunya pemakaran hutan secara tidak sengaja.

Aktiviti penebangan pokok untuk mendirikan tiang-tiang khemah dan menjadikan

pokok-pokok terbabit sebagai sumber bahan api. Aktiviti pembuangan sampah yang

berleluasa. Ia juga akan mengubah keadaan nutrien di sesuatu kawasan. Menjurus

kepada sekatan kemasukan udara dan cahaya pada tanah dan membantutkan

pertumbuhan tumbuhan

Ia juga menyebabkan haiwan mati jika termakan bahan-bahan buangan terbabit.

Pengunjung juga mungkin memberi makanan yan tidak mengikut spesifikasi dan boleh

menganggu pertumbuhan haiwan terbabit. Menganggu waktu penyusuan dan boleh

menyebabkan tersebarnya wabak penyakit yang berleluasa.

Cara-cara Pemuliharaan dan pemeliharaan:

Cara-cara pemuliharaan dan pemeliharaan turut dinyatakan dalam jurnal ini

seperti melalui pendidikan dimana ia difikirkan sebagai langkah terbaik iaitu samada

secara formal atau tidak formal. Selain itu, penulis juga menyatakan tentang sifat positif

individu itu sendiri secara intrinsik ingin memelihara alam sekitar dapat membantu

Page 4: Jurnal 1

menjaga biodiversiti itu sendiri. Jesteru itu, pihak berwajib dicadangkan menganjur

program percutian yang berinformasi dan lebih mesra alam sekitar. Ini dilakukan

dengan memperkenalkan undang-undang dan melaksanakan panduan-panduannya.

Panduan-panduan itu dapat membantu pelancong bertindak sebelum melawat

atau melancong ke kawasna biodiversity terbabit. Ia dapat mendorong pelancong

bersikap lebih berhati-hati. Mereka juga akan mendapat kesedaran yang lebih. Selain,

perlaksanaan undang-undng dan akta yang lebih ketat.

Kesimpulan:

Kesimpulannya jurnal ini, agak kurang menekankan secara saintifik perkara-

perkara berkaitan dengan biodiversiti dan lebih menekankan isu-isu yang umum. Selain

itu, tidak terdapat idea-idea baru yang diperkenalkan oleh penulis dan idea yang

digunakan adalah idea yang lama. Pengisian jurnal ini juga lebih menjurus kepada

masalah yang dihadapi dalam industri pelancongan rekreasi dan konfilknya. Perkara –

perkara yang melibatkan langkah-langkah penyelesian kurang ditekankan. Jurnal ini

juga kurang merujuk kepada kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh saintis dan

menghubungkaitkannya dengan masalah yang dihadapi dalam tajuk.

Walaubagaimanapun, jurnal ini adalah sesuai untuk digunakan di sekolah dan

ianya mudah untuk difahami oleh pelajar-pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar-

pelajar dan guru serta masyarakat dalam mendidik diri mereka tentang perkara-perkara

yang sewajarnya mereka lakukan apabila mengunjungi satu kawasan dalam erti kata

lain biodiversiti itu sendiri. Mereka juga akan lebih berwaspada akan setiap tindakan

mereka dan kesannya untuk jangka masa panjang apabila merek melakukan aktiviti

melancong rekreasi.