jurnal ilmiah-bbm

16
PERHUBUNGAN ANTARA ALAT BANTU MENGAJAR DENGAN SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH. oleh Abu Safian bin Amir 1 D20071029829 [email protected] Prof. Dr. Supli Effendi Rahim 2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Jabatan Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. [email protected] Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Di samping itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Sampel kajian yang akan di gunakan terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 sekolah berkenaan. Instrumen kajian yang akan digunakan untuk mengukur minat pelajar terhadap kemahiran hidup ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah kualitatif, di mana ujian statistik akan diguna bagi mendapatkan bilangan pelajar dan peratusan pelajar. Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap kemahiran hidup. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru. Kata kunci : perhubungan antara alat bantu mengajar, sistem pebgajaran dan pembelajaran. Abstract : The purpose of this study was to examine the relationship between the use of teaching aids to the students' interest on the subject of life skills. In addition, it is also to make sure what the characteristics and types of teaching aids are able to attract students. The survey will be conducted at the School Patinggi Toh Puan Datuk Hajjah Normah Daro. The sample survey will be used consisting of 40 students from form 2 and form 3 students. The research instrument used to measure students' interest in the skills of living is in the form of questionnaires. Qualitative methods, in which statistical tests will be used for a number of students and percentage of students. The findings of the study, showed a positive correlation between the use of teaching aids to the students' interest. Therefore, teaching aids is one way to motivate students' interest in the skills of life. In selecting materials, the factors of nature and type of teaching aids should also be taken into account and given due attention by the teacher.

Upload: adryla

Post on 03-Jul-2015

519 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal ilmiah-bbm

PERHUBUNGAN ANTARA ALAT BANTU MENGAJAR DENGAN SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

oleh

Abu Safian bin Amir1

D20071029829

[email protected]

Prof. Dr. Supli Effendi Rahim2

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Jabatan Kemahiran Hidup

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

[email protected]

Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Di samping itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Sampel kajian yang akan di gunakan terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 sekolah berkenaan. Instrumen kajian yang akan digunakan untuk mengukur minat pelajar terhadap kemahiran hidup ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah kualitatif, di mana ujian statistik akan diguna bagi mendapatkan bilangan pelajar dan peratusan pelajar. Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap kemahiran hidup. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.

Kata kunci : perhubungan antara alat bantu mengajar, sistem pebgajaran dan pembelajaran.

Abstract : The purpose of this study was to examine the relationship between the use of teaching aids to the students' interest on the subject of life skills. In addition, it is also to make sure what the characteristics and types of teaching aids are able to attract students. The survey will be conducted at the School Patinggi Toh Puan Datuk Hajjah Normah Daro. The sample survey will be used consisting of 40 students from form 2 and form 3 students. The research instrument used to measure students' interest in the skills of living is in the form of questionnaires. Qualitative methods, in which statistical tests will be used for a number of students and percentage of students. The findings of the study, showed a positive correlation between the use of teaching aids to the students' interest. Therefore, teaching aids is one way to motivate students' interest in the skills of life. In selecting materials, the factors of nature and type of teaching aids should also be taken into account and given due attention by the teacher.

Page 2: Jurnal ilmiah-bbm

BAB 1 PENGENALAN

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah subjek berbentuk pravokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Sains Pertanian (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan, 1989). Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua pelajar di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan lagi produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003).

Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Untuk menjayakan perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup, komitmen dari semua pihak yang terlibat amat diperlukan.

Pada masa kini, kita dapati masih ramai pelajar yang tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan secara menyeluruh oleh guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dan sentiasa mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas Kemahiran Hidup Bersepadu. Membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan adalah impian dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, bukan sahaja penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan lagi kemahiran pelajar adalah satu perkara yang amat penting. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu langkah yang bijak untuk menjayakan agenda tersebut.

Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; “ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah:

_ Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.

_ Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama

lain.

_ Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja

anda.”

Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini akan lebih menarik minat pelajar untuk terus belajar dengan penuh keyakinan tanpa rasa bosan.

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar untuk memahami isi pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat

Page 3: Jurnal ilmiah-bbm

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru haruslah mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan tersebut adalah bahan elektronik atau bukan elektronik.

Antara perkara penting yang harus diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Bahan Bantu Mengajar itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan pelbagai alat audio video. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi pelbagai masalah seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan bilik darjah, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

Secara amnya, cara untuk menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta Kemahiran Hidup Bersepadu dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru itu sendiri. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu termasuklah:

a. Bahan berbentuk kertas

b. Alat permainan

c. Alat elektronik contohnya komputer.

Pernyataan Masalah Kemahiran Hidup Bersepadu adalah penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Majoriti pelajar menganggap Kemahiran Hidup Bersepadu

Page 4: Jurnal ilmiah-bbm

adalah suatu subjek yang susah dan abstrak. Guru-guru juga menganggap pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu cabaran. Mengapakah keadaan begini berlaku?

Adakah isi kandungan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu benar-benar sukar dan abstrak sehingga ianya dianggap hanya sesuai untuk golongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan Kemahiran Hidup Bersepadu sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita. Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru. Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep Kemahiran Hidup Bersepadu yang abstrak, namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dalam kehidupan seharian kita. Jadi, pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap Kemahiran Hidup Bersepadu ini terjadi adalah mungkin disebabkan faktor pelajar kurang berminat. Para guru sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri

berikut:

a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan.

b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.

c. Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya.

d. Dibuat dengan perincian yang tepat.

e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang.

f. Rupa bentuk dan warna yang menarik

g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah

h. Sesuai dengan kemudahan yang sedia ada di sekolah.

i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.

Page 5: Jurnal ilmiah-bbm

j. Fleksible dan pelbagai guna.

k. Operasinya mudah

l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya dengan jelas apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan. Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan pelajar. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287).

Persoalan kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini :

1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu?

2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang Kemahiran Hidup Bersepadu?

3. Apakah jenis alat bantu mengajar yang sangat menarik perhatian pelajar?

Kesignifikan Kajian Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Dalam konteks pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM khususnya, penggunaan Bahan Bantu

Page 6: Jurnal ilmiah-bbm

Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep Kemahiran Hidup Bersepadu dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu khasnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.

Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat:

Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokuskan kepada 40 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menegah di Pekan Daro yang terletak kira-kira 3 km dari Pasar Daro. Pelajarnya adalah terdiri daripada penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu melayu, melanau dan cina. Pemilihan ini dibuat secara rawak. Responden yang akan dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan asas yang sama. Memandangkan pemilihan adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja, maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi daripada hasil penyelidikan ini hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

Definisi istilah

Alat Bantu Mengajar (ABM)

Abd. Rahman (1995), sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada konkrit atau abstrak (alat audio, APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Menurut Kamarudin (1990), alat batu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu, dibaca, dikisah dan digunakan. ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor (Mok Soon Sang, 2001). Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa guru serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Pengajaran

Page 7: Jurnal ilmiah-bbm

Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai. Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-murid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang mereka lakukan (Kamarudin, 1990). Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan yang diingini.

Menurut Romiszowski (1998) pula, pengajaran adalah proses yang berorientasikan

matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Bagi Heinich, Molenda dan Russel (1981), pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menpembelajaran.

Pembelajaran Menurut Ee Ah Meng (1997), proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk tindakan seterusnya.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Dalam bab ini pula akan membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar telah dijalankan. Minat yang mendalam terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam bidang Kemahiran Hidup Bersepadu. Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah.

Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar

Page 8: Jurnal ilmiah-bbm

Secara uumnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran.

Page 9: Jurnal ilmiah-bbm

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Bab ini pula akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis data.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians. Oleh itu, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati lebih sesuai dan berbaloi dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Selain itu, ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar.

Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang amat digemari oleh para penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat bahawa sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu, penggunaan kaedah soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini.

Page 10: Jurnal ilmiah-bbm

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah soal selidik. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A,B, C, dan D. Bahagian A adalah mengandungi tentang latar demografi pelajar. Bahagian B mengandungi 11 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik minat mereka. Manakala Bahagian C pula terdapat 7 item berkisar mengenai ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Sementara itu bahagian D pula adalah mengandungi 4 item lagi berkenaan dengan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar. Antara ciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar oleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan Bantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian pelajar bila digunakan.

Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6

kumpulan seperti berikut:

1. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya.

3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya.

4. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan sebagainya.

5. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya.

6. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya.

Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1 : Skala Pemeringkatan Likert

Aras Persetujuan Skor Nilai skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju ( S ) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Page 11: Jurnal ilmiah-bbm

Prosedur Kajian.

Untuk menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu akan diambil oleh penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan pihak sekolah yang telah dipilih. Langkah pertama yang dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat Fakulti teknikal dan Vokasional untuk menjalankan kajian tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah langkah- langkah selanjutnya dilaksanakan.

Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah iaitu Pengetua sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan.

Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

Analisis Profil Responden

Latar belakang Bilangan responden

Peratus (%)

1. Jantina Lelaki

Perempuan

Jumlah

17 23 40

44.0 56.0 100

Persepsi pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat terhadap Kemahiran Hidup.

Item SS (4) S (3) TS (2) STS (1) Jumlah responden(Orang)

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

1. 16 40 24 60 0 0 0 0 40 2. 19 47.5 18 45 3 7.5 0 0 40 3. 17 42.5 23 57.5 0 0 0 0 40 4. 18 45 20 50 2 5 0 0 40 5. 20 50 18 45 2 5 0 0 40

Page 12: Jurnal ilmiah-bbm

Ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Jenis alat bantu mengajar yang sangat menarik perhatian pelajar.

Jenis bahan

SS (4) S (3) TS (2) STS (1) Jumlah (responden)

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

Bahan bercetak

7 17.5 19 47.5 9 22.5 5 12.5 40

Bahan bukan bercetak

8 20 28 70 4 10 0 0 40

Bahan 3D 18 45 16 40 5 12.5 1 2.5 40 Bahan Tayangan

14 35 24 60 2 5 0 0 40

Bahan audio

4 10 30 75 6 15 1 2.5 40

Bahan video dan komputer

31 77.5 7 17.5 2 5 0 0 40

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulan

Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta

6. 13 32.5 25 62.5 2 5 0 0 40 7. 12 30 27 67.5 1 2.5 0 0 40 8. 16 40 22 55 2 5 0 0 40 9. 21 52.5 18 45 1 2.5 0 0 40

10. 20 50 20 50 0 0 0 0 40

11. 20 50 17 42.5 3 7.5 0 0 40

Item SS (4) S (3) TS (2) STS (1) Jumlah (responden)

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

1. 4 10 33 82.5 3 7.5 0 0 40 2. 11 27.5 25 62.5 4 10 0 0 40 3. 18 45 19 47.5 3 7.5 0 0 40 4. 17 42.5 21 52.5 2 5 0 0 40 5. 10 25 26 65 4 10 0 0 40 6. 10 25 30 75 0 0 0 0 40 7. 23 57.5 16 40 1 2.5 0 0 40

Page 13: Jurnal ilmiah-bbm

menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut:

i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran.

ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.

Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

Cadangan Penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

i. Fakulti Pendidikan

a) Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang teknologi pendidikan kepada bakal-bakal guru

b) Mengadakan kursus/latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar

c) Menyediakan sumber kewangan kepada guru pelatih agar mereka dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih menarik.

d) Meningkatkan kualiti alat bantu mengajar seperti melakukan pengubahsuaian yang bersesuaian dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan lagi.

Page 14: Jurnal ilmiah-bbm

Rujukan :

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1) m.s. 22 – 26.

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan PencapaianAkademik. Jurnal

Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru.

Mei (5) m.s. 11 –15.

Dale, E. (1969). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston.

Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video /

Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Tesis Sarjana. UTM.

Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan.

Mohd Nawi Abd Rahman (1998). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia.

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November, Kuala Lumpur:

Adabi.

Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. hlm. 23 – 38.

Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.39

Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan Sains dan

Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada seminar Pendidikan Sains dan

Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.

Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai,

Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

Selangor, Malaysia.

Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994).

Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. M.s. 22 – 34.

Page 15: Jurnal ilmiah-bbm

Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM

Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara

Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.

Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur:

Longman Sdn. Bhd.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi

Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang:

PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan guru-guru Sek.

Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda, UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan

Matematik (2001-2002). Diperolehi Oktober4, 2010 daripada

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm.

Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM.

Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar

Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s.

270 –280.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian, Jurnal

Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru

Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan Penyelidikan yang

tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.

Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.

Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan

Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi.

Kajang: Masa Enterprise.

Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam

pengajaran Matematik di Sek. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas, Johor. UTM.

Page 16: Jurnal ilmiah-bbm

Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian dalam

matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan sastera. Latihan ilmiah. UM.

Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam : Penerbit Fajar

Bakti Sdn.Bhd.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Deawan Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Murid Dan Alam Belajar. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Drs. Slameto (1991). Belajar dan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya. Jakarta : PT. RINEKA CIPTA.

Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.