k pemasangan sendiri komputer - skbbsintok.net it.pdf · keselamatan ... ringkasan langkah-langkah...

59
PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER GARIS PANDUAN PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA unit KDP k s p

Upload: hoangkien

Post on 29-Apr-2018

292 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

PEMASANGANSENDIRIKOMPUTER

GARIS PANDUAN

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

unitKDP

ks

p

Page 2: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Apakah Tujuan Program PSK …………………………………………….. 1

Kebaikan PSK …………………………………………………………….. 1

Apakah Komponen Asas Yang Diperlukan?……………………………… 1

Berapakah Perbelanjaan Yang Diperlukan?………………………………. 3

Keselamatan ………………………………………………………………. 4

Persediaan Sebelum Memasang Komputer ………………………………. 5

Senarai Semak Peralatan, Perkakasan dan Perisian Yang Diperlukan ….… 7

Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer ……. 9

Mengubah Pelompat (jumper) ……………………………………………. 10

Memasangkan RAM ……………………………………………………… 12

Memasangkan CPU ………………………………………………………. 15

Memasangkan Kipas dan Heat Sink CPU ……………………………….. 19

Menyediakan Casing Komputer …………………………………………. 20

Memasangkan Papan Induk ……………………………………………… 21

Memasangkan Kad Video dan Menyambungkan Monitor ………………. 24

Menyambungkan Papan Kekunci ………………………………………… 26

Memasangkan Kabel Kuasa Elektrik …………………………………….. 28

Menyambungkan Monitor dan Komputer Kepada Bekalan Elektrik ……. 30

Menguji Sistem ………………………………………………………….. 31

Memasangkan Pemacu Cakera Liut …………………………………….. 32

Memasangkan Pemacu Cakera Keras …………………………………… 34

Memasangkan Pemacu CD-ROM ………………………………………. 37

Memasangkan Kad Bunyi ……………………………………………….. 39

Menyambungkan Wayar-Wayar LED …………………………………… 40

Menyambungkan Tetikus ……………………………………………….. 41

Menutup Casing Komputer ……………………………………………… 42

Menukar CMOS Setup ………………………………………………….. 43

Memetakkan (partition) Cakera Keras ………………………………….. 46

Memasangkan Sistem Pengendalian (OS)………………………………. 52

Memasangkan Perisian Aplikasi ……………………………………….. 53

Lampiran I : Memformat petak (partition) dalam cakera keras ………… 54

Lampiran II: Senarai Istilah …………………………………………….. 56

Page 3: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 1/57

GARIS PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER (PSK) Apakah Tujuan Program PSK? Aktiviti pemasangan sendiri komputer dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar: 1. Memasang komponen-komponen komputer terpisah untuk menghasilkan sistem

komputer yang lengkap dan berfungsi mengikut spesifikasi yang dikehendaki. 2. Memasang Sistem Pengendalian (OS) dan perisian aplikasi asas. 3. Menyuai dan mengkonfigurasi papan induk (motherboard), kad-kad peranti dan

perisian-perisian supaya memenuhi keperluan sistem dan kehendak pengguna. 4. Mengdiagnosa dan memperbaiki sistem komputer yang gagal berfungsi. Kebaikan PSK 1. Proses pemasangan komputer sendiri membolehkan pelajar mendapatkan

pengetahuan dan fahaman yang lebih mendalam tentang apa yang tersembunyi di dalam kotak logam yang dinamakan komputer itu.

2. Peroses PSK dapat membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pelajar untuk menjalankan kerja penyenggaraan, baikpulih mudah dan naiktaraf sistem komputer bila perlu dan ini untuk jangka panjang akan menjimatkan perbelanjaan.

3. Pelajar akan menjadi pengguna yang berpengetahuan dan bijaksana berkaitan pemilihan dan pembelian barangan IT.

4. Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang sangat diperlukan dalam pasaran kerja.

Apakah komponen yang diperlukan untuk membina satu sistem komputer asas Komponen Komen CPU (Central Processing Unit)

- komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan data.

- pilih Intel Celeron atau AMD K6-2 jika memerlukakn sistem asas

- pilih Intel Pentium III atau AMD Athlon jika memerlukan kuasa pemprosesan yang lenih tinggi

- pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah serasi. Komponen wajib

Papan induk/papan ibu (motherboard)

- papan litar elektronik utama dalam sistem komputer - pilih papan induk jenis ATX

Page 4: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 2/57

- sesetengah papan induk mengandungi kad bunyi dan kad video yang diintegrasikan. Pengguna tidak perlu membeli kad bunyi dan kad video secara berasingan jika kad-kad ini telah diintegrasikan ke dalam papan induk

- memerlukan sekurang-kurangnya satu slot AGP (jika kad video tidak diintegrasikan), dua slot ISA dan tiga slot PCI. Komponen wajib

RAM (Random Access Memory)

- RAM atau Ingatan Capaian Rawak digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang diproses oleh komputer

- Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila komputer dimatikan

- pilih jenis SDRAM dengan kapasiti sekurang-kurangnya 64MB (64 megabait). Komponen wajib

Monitor (monitor)

- memaparkan output komputer - pilih jenis SVGA (super VGA) dengan pepenjuru

skrin monitor 15” panjang - digalakkan membeli monitor 17” jika keadaan

kewangan membenarkan. Komponen wajib Kad video (video card)

- merupakan orang tengah di antara papan induk dan monitor

- jenis AGP dengan sekurang-kurangnya 8 MB ingatan.

- komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan induk mempunyai kad video yang diintegrasikan.

Pemacu cakera keras (hard disk drive)

- menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan pemacu tidak akan hilang walaupun komputer dimatikan.

- pilih saiz sekurang-kurangnya 10.2 GB (Gigabait) - komponen wajib

Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive)

- untuk menggunakan CD-ROM yang boleh menyimpan data yang banyak (650 MB)

- membolehkan anda memain CD muzik atau VCD - komponen wajib

Pemacu cakera liut (Floppy disk drive)

- untuk menggunakan cakera liut yang boleh menyimpan data sebanyak 1.44 MB

- komponen wajib Papan kekunci (keyboard)

- membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer. Komponen wajib

Tetikus (mouse)

- memudahkan pelbagai operasi dalam Windows. - komponen wajib

Casing - kotak logam di mana papan induk, RAM dan komponen lain dipasang.

- Pilih casing jenis ATX. Komponen wajib Kad bunyi (sound card)

- membolehkan pengguna memainkan kesan audio dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan

Pembesar suara (speaker)

- membesarkan kesan audio yang dihasilkan oleh komputer

- komponen wajib/pilihan

Page 5: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 3/57

Mikrofon (microphone)

- membolehkan pengguna merakamkan suara - komponen pilihan

Modem (modem)

- membolehkan pengguna menyambungkan komputernya ke Internet.

- Pilih jenis luaran (external modem) 56K (iaitu laju 56 kilobit per saat). Komponen pilihan

Kad rangkaian (network card)

- membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain melalui satu rangkaian komputer.

- komponen pilihan. Hanya diperlukan jika pengguna mempunyai satu rangkaian komputer.

AVR (Automatic Voltage Regulator)

- membantu menstabilkan bekalan elektrik kepada komputer. Komponen pilihan

Berapakah perbelanjaan yang diperlukan? Melalui PSK, anda boleh memasang satu set komputer yang agak canggih dengan perbelanjaan yang lebih rendah daripada harga pasaran. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memasang satu sistem komputer asas melalui PSK adalah seperti dalam jadual di bawah. Perlu diingatkan bahawa harga yang tersenarai di bawah adalah berdasarkan harga pasaran di Kuala Lumpur ketika panduan ini ditulis. Harga ini akan berubah mengikut masa dan lokasi di mana item itu dibeli. Low (RM) Catatan High (RM) Catatan Monitor (SVGA) 450 15” 800 17” SDRAM (64M) 250 PC100 290 PC133 Papan ibu (+VGA, +Audio)

200 500

CPU 230 AMD K6-2-3D 500 MHz

370 Intel Celeron 500 MHz

Pemacu cakera keras (10.2 GB)

325 385

Pemacu CD-ROM 130 48X 190 Asus 50X Pemacu cakera liut 40 50 Papan kekunci 25 PS/2

keyboard 80 MS Internet

KB Tetikus 10 Serial 65 IntelliMouse Casing 90 ATX 90 ATX Pembesar suara 30 360W 100 800W Mikrofon 15 100 1795 3020

Page 6: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 4/57

Keselamatan 1. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA. Pastikan anda sentiasa mengamalkan

peraturan dan prosedur kerja yang selamat dan tidak melakukan kerja pemasangan secara bersendirian tanpa bimbingan dan kehadirian guru.

2. Kemaskan tempat kerja anda dan pastikan anda mempunyai ruang yang

mencukupi untuk menjalankan kerja pemasangan. Wayar-wayar, skru-skru yang berselerak boleh menjadi punca kemalangan.

3. Pastikan suis elektrik dimatikan dan palam elektrik ditanggalkan dari soket

sebelum anda memulakan kerja pemasangan atau penyenggaraan komputer. 4. Air merupakan pengalir (konduktor) elektrik yang boleh menyebabkan kebocoran

elektrik atau kejutan elektrik. Pastikan tangan anda kering semasa menjalankan aktiviti PSK.

5. Baca manual dan nota pemasangan yang dibekalkan bersama peranti yang dibeli

sebelum memulakan kerja pemasangan. 6. Jangan melakukan kerja secara gopoh-gapah. Fikir dahulu sebelum bertindak. 7. Nyahcas badan anda sebelum menyentuh bahagian-bahagian komputer. Cas statik

yang terkumpul pada badan anda mungkin merosakkan litar elektronik dalam komputer. Nyahcas badan anda dengan menyentuh bahagian logam casing komputer power supply atau dengan menggunakan anti statik wrist strap (rujuk rajah berikut).

8. Jangan membuka monitor atau power supply. Monitor komputer mungkin masih

menyimpan cas elektrik yang banyak walaupun sambungan kepada bekalan elektrik telah diputuskan dan cas ini boleh menyebabkan kejutan elektrik yang serius jika anda membuka monitor dan tersentuh bahagian tertentu.

9. Jangan memasang kabel secara paksaan. Pastikan pin dan lubang pada

penyambung telah dijajarkan (aligned) sebelum memasang kabel.

Anti-static Wrist Strap

Page 7: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 5/57

10. Bila memegang kad ingatan (memory card) atau kad penyesuai (adapter card), elakkan daripada menyentuh bahagian logam pada kad supaya cas elektrostatik tidak merosakkan litar elektronik. Pegang tepi kad yang terdiri daripada bahan plastik.

11. Sentiasa menyimpan modul RAM atau kad penyesuai (adapter card) dalam bekal

plastik yang dibina khas untuk antistatik. Persediaan sebelum memasang komputer 1. Penentuan Keperluan. Apakah keperluan anda? Adakah anda memerlukan

komputer untuk menggunakan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan? Untuk mengakses Internet? Kebanyakan pengguna biasanya tidak memerlukan komputer yang paling canggih di pasaran untuk tugasan mereka. Pembelian berdasarkan keperluan akan menjamin manfaat maximum dengan perbelanjaan yang paling rendah.

2. Pengumpulan maklumat. Sebelum membeli komponen perkakasan yang diperlukan untuk PSK, anda seharusnya mengumpul maklumat yang secukupnya mengenai PSK daripada pelbagai sumber: Sumber-sumber yang baik ialah kawan yang berpengetahuan dalam bidang komputer, guru komputer anda, kedai komputer, pameran komputer, surat khabar atau majalah. Anda mungkin perlu bertanya soalan-soalan berikut: • Komponen-komponen manakah dalam satu sistem komputer yang

menentukan prestasi sistem? • Apakah gabungan komponen sistem yang dapat memberi pulangan maximum

dari segi kos-faedah dan prestasi? • Syarikat yang manakah menawarkan komponen berkualiti dengan harga yang

berpatutan? • Syarikat yang manakah memberi perkhidmatan lepas jualan yang baik? • Apakah harga yang berpatutan bagi pelbagai komponen yang diperlukan? Buat catatan untuk rujukan kemudian.

3. Membuat Keputusan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul dalam langkah 2 di atas, buatlah keputusan mengenai konfigurasi sistem komputer yang hendak dibeli.

4. Pembelian Komponen. Beli komponen komputer daripada syarikat yang boleh

dipercayai berdasarkan maklumat yang anda kumpulkan dalam langkah di atas. • Resit mesti mencatatkan maklumat penting dengan jelas, khususnya tempoh

jaminan. • Cuba elakkan membeli komponen daripada kedai yang berlainan. Beli semua

komponen daripada vendor yang menawarkan harga termurah secara keseluruhannya, walaupun vendor lain mungkin dapat menjual item tertentu pada harga yang lebih rendah. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan di mana

Page 8: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 6/57

vendor-vendor tidak mengaku bertanggungjawab apabila sistem anda tidak berfungsi.

• Pastikan vendor membekalkan semua manual, pemacu peranti (device driver) dan kabel yang diperlukan.

5. Menyediakan Salinan Backup. Sediakan satu salinan backup bagi disket pemacu

peranti (dan CD-ROM juga jika ada kemudahan penulis CD-ROM) yang dibekalkan bersama dengan peranti persisian (peripheral device). Pemacu peranti ialah perisian yang ditulis khas untuk membolehkan sesuatu peranti digunakan. Gunakan salinan backup untuk memasang driver. Peranti yang biasanya dibekalkan dengan driver ialah seperti CD-ROM, kad bunyi dan kad video.

6. Menyediakan alat dan ruang kerja yang diperlukan. Untuk memasang komputer, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu pemutar skru Philips, satu pemutar skru flat blade dan satu long nose plier. Anda juga memerlukan satu bekas atau kotak kecil untuk menyimpan skru dan komponen yang kecil. Bagi mereka yang berminat, satu set computer service kit seperti yang berikut boleh dibeli untuk membaiki sistem atau menaiktaraf sistem komputer.

7. Sediakan satu cakera StartUp Windows (cakera but) tanpa virus yang

mengandungi perisian utiliti FORMAT.COM. Pastikan cakera but ini mengandungi sistem pengendalian yang sama dengan sistem pengendalian yang akan anda pasangkan pada komputer pasang sendiri ini.

Jika anda ingin memasang Windows 98 pada komputer pasang sendiri, sediakan sekeping cakera Startup menggunakan komputer Windows 98 dan salinkan FORMAT.COM ke dalam cakera Startup. Cara menyediakan cakera Startup Windows 98 (atau Windows 95) adalah seperti berikut:

• Imbas sistem dengan perisian antivirus untuk memastikan sistem tidak dijangkiti virus.

• Masukkan sekeping cakera liut kosong ke dalam pemacu A, • Klik butang Start, klik Settings dan kemudian klik Control Panel untuk

memaparkan tetingkap Control Panel. • Dalam tetingkap Control Panel klik ikon Add/Remove Programs untuk

memaparkan tetingkap Add/Remove Programs Properties. • Klik tab StartUp Disk kemudian klik butang Create Disk. • Apabila kotak dialog Insert Disk dipaprkan, masukkan cakera kosong ke

dalam pemacu A. • klik butang OK untuk memulakan proses pengwujudan cakera Startup.

Page 9: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 7/57

• Apabila proses penyediaan cakera startup telah tamat, klik OK untuk menutup tetingkap Add/Remove Programs Properties.

• Salin utiliti FDISK.EXE dan FORMAT.COM dari direktori C:\Windows\Command ke cakera Windows StartUp yang baru disediakan ini

• lindungtulis (write protect) cakera Startup dan labelkannya “Windows 98 Startup Disk With FDISK.EXE dan FORMAT.COM”.

Nota: Jika komputer dibut dengan cakera Startup Windows 98, pemacu CD-ROM dapat digunakan selepas proses but kerana cakera Startup Windows 98 mengandungi driver yang membolehkan anda mencapai (to access) pemacu CD-ROM. Sistem yang dibut dengan cakera Startup Windows 95 tidak boleh dicapai pemacu CD-ROM. Anda perlu memasang (install) driver CD-ROM dahulu sebelum pemacu CD-ROM dapat digunakan.

8. Sediakan satu cakera kosong yang telah diformat. Cakera ini digunakan untuk menyediakan Startup disk baru bila sistem anda telah siap dipasang.

Senarai semak peralatan, perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk PSK

Bil. Perkakasan 1 1 Casing komputer 2 1 papan induk 3 1 CPU 4 1 modul RAM 5 1 pemacu CD-ROM 6 1 kabel audio untuk CD-ROM dan kad bunyi 7 1 pemacu cakera liut 8 1 pemacu cakera keras 9 1 kabel data untuk pemacu cakera liut 10 1 kable IDE (kabel data) untuk pemacu CD-ROM dan

cakera keras

11 1 monitor 12 1 kabel kuasa untuk monitor 13 1 kabel kuasa casing komputer 14 1 tetikus 15 1 papan kekunci 16 1 pembesar suara 17 1 AVR (automatic voltage regulator) Bil. Perisian 18 1 CD-ROM Windows 98 19 1 Cakera Startup Windows 98 20 1 CD-ROM bagi perisian papan induk 21 1 CD-ROM device driver bagi papan kekunci

Page 10: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 8/57

Bil. Peralatan 22 1 pemutar skru Philips 23 1 pemutar skru flat blade 24 1 long nose plier

atau satu kit perkhidmatan komputer

25 Skru-skru 26 1 bekas kecil untuk menyimpan komponen kecil seperti

skru

27 1 disket kosong 28 1 antistatic wrist strap (pilihan) 29 1 pen penguji

Page 11: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 9/57

Ringkasan Langkah-langkah utama pemasangan sendiri komputer

Walaupun satu sistem komputer boleh dipasang mengikut pelbagai cara, adalah di cadangkan bahawa pemasangan dilakukan mengikut langkah utama berikut untuk mengurangkan masalah yang mungkin dihadapi semasa pemasangan.

A. Mengubah pelompat (jumper)

B. Memasangkan RAM

C. Memasangkan CPU

D. Memasangkan kipas dan heat sink CPU

E. Menyediakan casing komputer

F. Memasangkan papan induk ke dalam kotak komputer

G. Memasangkan kad video dan menyambungkan monitor kepada kad video

H. Menyambungkan papan kekunci kepada papan induk

I. Memasangkan kabel kuasa elektrik daripada power supply komputer kepada papan induk

J. Menyambungkan monitor dan komputer kepada bekalan elektrik

K. Menguji sistem yang telah dipasang

L. Memasang pemacu cakera liut

M. Memasang pemacu cakera keras

N. Memasang pemacu CD-ROM.

O. Memasang kad bunyi dan kad-kad lain

P. Memasang wayar LED kepada papan induk

Q. Menyambungkan tetikus kepada COM port

R. Menutup casing komputer

S. Menukar CMOS setup

T. Memetak (to partition) cakera keras

U. Memasang sistem pengendalian

V. Memasang perisian aplikasi

Page 12: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 10/57

A. MENGUBAH PELOMPAT (JUMPER) Amaran: Sentuh bahagian logam casing untuk menyahcaskan cas elektrostatik yang terkumpul pada badan anda sebelum anda menyentuh papan induk, kad ingatan atau kad penyesuai (adapter) lain. Ini dapat mengelakkan litar elektronik yang sensitif dirosakkan oleh cas elektrik dari badan anda. Jangan tanggalkan atau pasangkan penutup pelompat semasa bekalan elektrik masih dipasang. Matikan suis elektrik dan tanggalkan palam elektrik sebelum menukar kedudukan pelompat. Pelompat ialah kumpulan pin pada papan induk yang boleh disambungkan secara elektrik dengan menggunakan penutup pelompat (jumper cap). Rujuk rajah berikut. Apabila penutup pelompat dipasang pada dua pin, dua pin itu akan disambung secara elektrik dan kita kata pelompat yang terdiri daripada dua pin itu telah dibolehkan (enable atau short). Pelompat boleh dilumpuhkan (disable atau open) dengan menanggalkan penutup pelompat. Penutup pelompat mengubah pengoperasian papan induk dengan mengubahkan litar elektronik pada papan induk.

Pelompat biasanya digunakan pada papan induk untuk menggubah konfigurasi papan induk. Berikut ialah dua kegunaan pelompat pada papan induk:

(i) Untuk memadam kandungan ingatan CMOS. (ii) untuk membolehkan (to enable) penyesuai atas papan (onboard

adapter). Contoh: penyesuai LAN, modem dan audio. Rujuk manual papan induk sistem komputer anda untuk menentukan sama ada status pelompat-pelompat perlu diubah.

Setting Pelompat (jumper setting)

Dua pin pelompat disambung (enabled)

Dua pin tidak disambung (disabled)

Setting Pelompat

Pin 1 dan 2 enabled. Pin 2 dan 3 disabled.

Penutup pelompat

Page 13: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 11/57

Bagi papan induk yang mengandungi pelompat, buatlah perubahan yang perlu ke atas pelompat supaya papan induk dapat berfungsi dengan betul. Misalnya, jika anda ingin menggantikan kad bunyi bina-dalam (built-in sound card) pada papan induk dengan satu kad bunyi lain, pelompat berkenaan mesti dilumpuhkan (disabled) supaya kad bunyi yang akan dipasang dapat mengambil tempat kad bunyi bina-dalam. Walau bagaimanapun, trend terkini ialah teknologi pasang-dan-guna (plug-and-play) yang tidak memerlukan pengubahan pelompat secara manual. Sesetengah papan induk yang berdasarkan konsep tersebut tidak mempunyai pelompat. Konfigurasi papan induk yang perlu dilakukan boleh dibuat melalui program Setup.

Page 14: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 12/57

B. MEMASANGKAN RAM

Dalam bahagian ini anda akan belajar bagaimana memasukkan kad RAM ke dalam slot RAM. RAM yang paling popular sekarang ialah SDRAM yang dibekalkan dalam bentuk (form factor) DIMM atau SIMM.

Kebanyakan papan induk menggunakan slot DIMM yang hanya boleh menerima DIMM RAM. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua slot DIMM dan slot SIMM.

SIMM RAM mesti dimasukkan ke dalam slot SIMM dan DIMM RAM ke dalam slot DIMM. SIMM RAM mesti dipasang secara berpasangan dan mengikut tertib slot bermula dari nombor slot yang terkecil, manakala DIMM RAM boleh dipasang satu per satu. Pastikan jenis RAM yang anda miliki.

Modul RAM and slot RAM dibuat daripada plastik dan akan retak atau pecah sekiranya anda memaksa modul RAM ke dalam slot dalam arah yang salah. Memasang DIMM RAM ke Dalam Slot DIMM 1. baca manual papan induk untuk memastikan slot DIMM yang mana mesti diisi

dahulu. 2. kenalpasti kedudukan slot DIMM yang akan digunakan. 3. pegang modul DIMM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada

kad.) 4. tekan penyelak-penyelak (latches) pada kiri dan kanan slot DIMM pertama

untuk membukanya. 5. tempatkan modul DIMM pada kedudukan yang betul supaya takik pada modul

adalah sejajar dengan penyekat dalam slot. Rujuk rajah di atas. 6. tekankan modul ke dalam slot sehingga kedua-dua penyelak bergerak ke

dalam dan menguncikan modul di dalam slot. 7. masukkan modul DIMM yang lain (jika ada) ke dalam slot DIMM.

Penyelak (latch)

Modul DIMM RAM

Slot DIMM Penyekat dalam slot untuk memastikan modul DIMM hanya dapat dipasang dalam satu kedudukan sahaja.

Takik pada modul

Page 15: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 13/57

Memasang SIMM RAM ke dalam SIMM slot.

1. kenapasti slot SIMM yang akan dimasukkan SIMM RAM.

2. pegang SIMM RAM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada kad.)

3. masukkan modul ingatan ke dalam slot ingatan secara serong pada sudut 45o. Pastikan hujung kad ingatan bertakik dijajarkan dengan hujung slot RAM yang betul (rujuk rajah a dan b di bawah). Cuba meneliti struktur kad RAM dan struktur slot SIMM. Contohnya, meneliti dan pastikan takik atau lubang pada modul RAM tidak tersekat oleh slot bila modul RAM ditegakkan nanti. Songsangkan arah modul ingatan jika perlu.

4. Tegakkan kad ingatan secara perlahan. Jika kedudukan modul RAM betul, klip logam pada tepi slot akan ditolak buka oleh modul RAM dan satu bunyi “klik” kedengaran bila modul RAM sampai ke posisi yang betul. Ini menandakan bahawa klip pada hujung slot telah berjaya mencengkam kad ingatan. Jangan paksa modul RAM jika ia tidak boleh masuk dengan mudah. Pastikan arah kad RAM adalah betul. Songsangkan keduduakna RAM jika perlu.

Memasukkan modul DIMM ke dalam slot

Page 16: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 14/57

Rajah A Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot SIMM

Dua slot DIMM

Dua slot SIMM

Rajah B Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot SIMM

pandangan sisi pandangan depan

Tegakkan kad ingatan

Hujung bertakek

Page 17: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 15/57

C. MEMASANGKAN CPU CPU yang popular dalam pasaran pada masa garis panduan ini disediakan boleh dikelaskan seperti berikut.

Jenis CPU Soket / Slot yang diperlukan pada papan induk

Pentium III Slot 1 Celeron Socket 370

AMD-K6-2 Socket 7 AMD Athlon Slot A

Setiap CPU perlu dipadankan dengan papan induk yang mempunyai soket atau slot yang dapat memuatkan CPU. Perhatian: papan induk yang dibekalkan di bawah projek rintis PSK ialah jenis Socket 370 yang memerlukan CPU Celeron. Memasang CPU Jenis Socket 370 atau Socket 7 Socket 7 adalah sejenis soket ZIF (Zero Insertion Force) di mana CPU boleh dimasukkan ke dalam soket dengan mudah.

1. Kenalpasti lokasi soket CPU pada papan induk.

2. Kenalpasti tuas pengunci yang terletak di tepi soket CPU.

3. Naikkan tuas pengunci (locking lever) ke kedudukan tegak supaya lubang-lubang pada soket dibuka. Biasanya tuas soket CPU ditahan oleh satu tonjolan

Tuas pengunci

Lubang-lubang untuk pin CPU

Tolak tuas ke tepi sedikit sebelum menaikkannya.

Sudut pin-1 pada soket. Perhatikan susunan pin yang condong pada sudut ini.

Page 18: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 16/57

pada tepi soket CPU dan anda mesti menolak hujung tuas menjauhi soket sedikit (sedikit sahaja) sebelum anda dapat menaikkan tuas.

4. Kenalpasti sudut pin-1 pada soket CPU. Sudut pin-1 ialah sudut yang bersebelahan dengan hujung tuas pengunci bila tuas diturunkan. Sudut ini mempunyai susunan pin yang condong (rujuk rajah di atas.)

5. Kenalpasti sudut pin-1 pada CPU. Rujuk rajah di bawah.

6. Tempatkan CPU supaya sudut pin-1 CPU berada di atas sudut pin-1 soket.

7. Laraskan kedudukan CPU. Apabila pin-pin CPU dan lubang-lubang pin pada soket telah sepadan, CPU akan jatuh ke dalam soketnya. Anda mungkin perlu menekan CPU sedikit supaya CPU dimasukkan sepenuhnya ke dalam soket. Anda tidak perlu menekan CPU dengan kuat untuk memasukkannya ke dalam soket. Menekan CPU dengan kuat semasa memasukkannya ke dalam soket akan membengkokkan dan merosakkan pin-pin CPU.

8. Pastikan CPU telah dimasukkan dangan betul ke dalam soketnya.

9. Turunkan tuas pengunci untuk mengunci CPU pada soket.

Memasang CPU Jenis Slot 1

Sebelum memasang CPU jensi Slot 1 ke dalam slot CPU, anda perlu memasang klip penahanan CPU pada slot 1. Klip penahanan ini memastikan CPU sentiasa berada dalam keadaan tegak dalam slot. Sesetengah papan induk dijual dengan klip penahanan siap dipasang pada papan induk. Jika papan induk sistem anda mempunyai klip penahanan yang siap di pasang, terus lompat ke langkah 5 dalam prosedur pemasangan berikut:

Rajah menunjukkan pin-pin pada bahagian bawah CPU jenis Socket 7

Sudut pin-1

Page 19: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 17/57

1. Kenal pasti item-item berikut sebelum memulakan pemasangan.

2. Di tepi Slot 1 pada papan induk terdapat 2 pasang lubang untuk skru klip penahanan. Pasangkan klip penahanan pada Slot 1 (rujuk rajah berikut.)

3. Masukkan skru ke dalam lubang-lubang pada setiap sudut klip penahanan.

4 skru untuk klip penahanan

klip penahanan (rentention clip) untuk Slot 1 CPU

Pandangan klip penahanan dari atas

Papan Induk

Page 20: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 18/57

4. Tekan skru ke bawah untuk menetapkan klip penahanan pada slot.

Perhatian: Sesetengah klip penahanan boleh dilipatkan dan anda perlu menegakkan pemegang klip penahanan ini (seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut) sebelum CPU Slot 1 boleh dimasukkan. 5. Masukkan CPU ke dalam klip penahanan dan slot I.

Page 21: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 19/57

D. MEMASANGKAN KIPAS DAN HEAT SINK CPU

Memasang kipas CPU kepada CPU jenis Socket 370 dan Socket 7 CPU moden menghasilkan banyak haba apabila digunakan dan komputer akan tergantung (hang) jika suhu CPU meningkat terlalu tinggi. heat sink dan kipas kecil perlu disambungkan kepada CPU supaya haba yang dihasilkan oleh CPU dapat disebarkan dan CPU dikekalkan pada suhu yang paling sesuai. 1. Kenalpasti kipas CPU dan heat sink yang biasanya dijual sekali sebagai satu

unit. Rujuk rajah berikut.

2. Klipkan heat sink dan kipas CPU pada CPU.

3. Sambungkan kabel kuasa kipas CPU kepada sumber kuasa elektrik. Dalam sesetengah kes, kabel kuasa kipas CPU mempunyai satu penyambung 3 pin pada satu hujungnya untuk membolehkan kipas mendapat sumber elektrik melalui satu penyambung (connector) pada papan induk.

Kipas CPU

Heat Sink

Klip

Klip

Kabel kuasa untuk kipas CPU

Page 22: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 20/57

E. MENYEDIAKAN CASING KOMPUTER

Membuka casing komputer

Casing komputer biasanya dibekalkan bersama dengan power supply.

1. Kenal pasti skru-skru yang dipasang pada casing komputer. 2. Cara menanggalkan penutup casing komputer bergantung kepada jenis casing

yang anda beli. Biasanya anda perlu menanggalkan skru pada belakang casing untuk menanggalkan penutup casing. Pastikan anda tidak menanggalkan skru-skru power supply.

3. Periksa casing dan teliti struktur dalaman casing. Beri perhatian kepada lokasi

skru-skru dan slot-slot.

Pelbagai jenis casing boleh didapati di pasaran dan rajah berikut menunjukkan bahagian dalam satu casing biasa:

Casing komputer selepas penutupnya telah ditanggalkan dan sebelum dimasukkan papan induk dan pemacu-pemacu.

power supply

Ruangan untuk pemacu

Bahagian depan

Bahagian belakang

Page 23: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 21/57

F. MEMASANG PAPAN INDUK KE DALAM CASING KOMPUTER

1. Sesetengah casing komputer mempunyai tapak yang boleh

ditanggalkan. Bagi casing jenis ini, tanggalkan tapak ini supaya papan induk boleh dipasang pada tapak ini.

2. Teliti struktur casing komputer dan orientasikan papan induk supaya slot-slot tambah untuk kad penyuai (adapter card) terletak bersebelahan dengan slot-slot tambah apabila papan induk dipasang pada tapak casing.

3. Laraskan papan induk dengan tapak casing. Kenalpasti lubang-lubang skru pada papan induk yang sepadan dengan lubang-lubang skru pada tapak casing.

4. Skrukan metal stand-off ke dalam lubang-lubang skru pada tapak casing yang telah dikenalpastikan dalam langkah di atas. Rujuk rajah berikut:these threaded holes, screw in a metal screw mount (one side female, the other side male).

5. Anda perlu menanggalkan penutup port-port bersiri dan selari pada belakang casing komputer sebelum memasukkan papan induk ke dalam casing.

Metal stand-off (spacer) dipasang pada tapak kes komputer

Slot-slot tambah

Penutup-penutup slot tambah (expansion slot covers)

Page 24: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 22/57

6. Masukkan papan induk ke dalam casing. Laraskan kedudukan papan induk supaya lubang skru pada papan induk selaras dengan metal stand-off yang telah dipasang pada casing di langkah 4 di atas. Pastikan tiada skru berlebihan tertinggal di antara papan induk dengan casing, khususnya skru logam. Skru berlebihan di bawah papan induk boleh menyebabkan litar pintas yang mungkin merosakkan papan induk.

7. Skrukan papan induk kepada tapak casing.

Tapak kes komputer

Lubang yang dipasangkan metal stand-off

Lubang tanpa metal stand-off

Papan induk

Skrukan papan induk kepada kes

Skrukan papan induk kepada tapak case

Pemutar skru

Page 25: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 23/57

Nota: sesetengah casing komputer tidak menggunakan metal stand-off seperti yang diterangkan di atas. Apa yang digunakan ialah beberapa stand-off plastik (rujuk rajah berikut) yang dipasang pada papan induk.

Langkah memasang papan induk menggunakan stand-off plastik adalah seperti berikut:

1. Pada papan induk, kenal pasti lubang yang mempunyai slot yang sepadan pada tapak casing komputer.

2. Tolak kepala standoff palstik ke dalam lubang-lubang yang telah dikenal pasti pada papan induk supaya standoff plastik terkunci pada papan induk.

3. Standoff-standoff ini dimasukkan ke dalam lubang-lubang pada casing komputer untuk menguncikan papan induk pada tapak casing komputer (rujuk rajah berikut).

Tapak kes komputer

Papan induk

Masukkan tapak keempat-empat standoff plastik ke dalam lubang-lubang pada tapak kes kemudian gelongsorkan papan induk ke tepi untuk menguncikan papan induk pada tapak kes.

Kepala Standoff plastik yang telah dipasang pada papan induk

Slot untuk memasukkan standoff plastik

Lubang pada tapak kes. Untuk dimasukkan standoff plastik.

Standoff plastik (spacer)

Kepala standoff

Page 26: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 24/57

G. MEMASANGKAN KAD VIDEO DAN MENYAMBUNGKAN MONITOR KEPADA KAD VIDEO

Jika papan induk anda tidak mempunyai kad video (kad VGA) yang diintegrasikan, anda perlu masukkan satu kad VGA ke dalam satu slot AGP (atau slot PCI atau slot ISA). Jenis slot yang digunakan bergantung kepada jenis kad VGA yang anda beli. Contoh: kad AGP mesti dimasukkan ke dalam slot AGP. Slot AGP berwarna hijau/perang, slot PCI berwarna putih dan slot ISA berwarna hitam. Dari segi saiz, slot ISA yang paling panjang dan slot AGP paling pendek. Rajah berikut menunjukkan ketiga-tiga jenis slot dalam papan induk: 1. Tanggalkan skru pada satu penutup slot tambah (expansion slot cover) dan

keluarkan penutup slot tambah (rujuk rajah di bawah). Simpan skru penutup slot tambah untuk mengskrukan kad video kepada casing komputer kemudian.

2. Kenalpasti kad video (kad VGA). Rajah berikut menunjukkan satu contoh kad

video.

Slot AGP

Slot PCI

Slot ISA

Tanggalkan skru ini untuk menanggalkan penutup slot tambah.

Penutup slot tambah

Bahagian belakang kes komputer

Page 27: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 25/57

3. Tekankan kad video ke dalam slot tambah yang telah ditanggalkan

penutupnya. Anda mungkin perlu goyangkan kad sedikit untuk memasukkannya ke dalam slot. Berhati-hati supaya tangan anda tidak mematahkan sebarang kapasitor atau komponen pada kad video.

4. Pastikan kad video telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slotnya. Skrukan

hujung logam kad video kepada casing komputer. 5. Sambungkan kabel monitor kepada port video.

Kad AGP (kad video) Sambungkan

kabel monitor kepada port video ini.

AGP Video kad dipasang pada slot AGP

Slot AGP

Goyangkan kad sedikit dalam arah selari dengan satah kad untuk memasukkan kad ke dalam slot.

Sambung kabel video daripada monitor kepada port video pada kad video

Page 28: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 26/57

H. MENYAMBUNGKAN PAPAN KEKUNCI KEPADA PAPAN INDUK

1. Kenalpasti jenis papan kekunci yang anda miliki. Dua jenis papan kekunci yang biasa digunakan ialah papan kekunci yang menggunakan penyambung PS/2 (penyambung jenis MINIDIN6) dan papan kekunci yang menggunakan penyambung besar (jenis DIN5). Rajah berikut menunjukkan bentuk penyambung pada hujung kabel dua jenis papan kekunci tersebut.

2. Kenalpasti port papan kekunci yang bersesuaian untuk papan kekunci anda.

Port ini terletak pada hujung papan induk pada belakang casing komputer (rujuk rajah yang bertajuk Port-port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000). Biasanya label/ikon bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda boleh juga memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

3. Pastikan orientasi pin pada penyambung papan kekunci sepadan dengan

lubang pada port papan kekunci. Sambungkan papan kekunci kepada port yang sepadan. Perhatian: memasang penyambung dengan orentasi pin yang salah akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

Perhatian: Papan induk yang dibekalkan di bawah Projek PSK 2000 mempunyai kad video dan kad bunyi yang diintegrasikan. Bilangan port pada bahagian belakang papan induk ini adalah berlainan dengan papan induk ATX yang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi.

Penyambung jenis MINIDIN6 untuk papan kekunci PS/2 dan tetikus PS/2

Penyambung jenis DIN5 untuk papan kekunci biasa.

Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Dibekalkan

Melalui Projek PSK 2000

Port selari

port bersiri (COM port)

Port tetikus PS/2

Port papan kekunci PS/2

Video port

3 penyambung untuk kad bunyi

Game port

Page 29: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 27/57

Bagi papan induk ATX yang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi, port-part yang ada pada bahagian belakang papan induk adalah seperti rajah berikut:

Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Tidak Diintegrasikan Kad Video dan Kad Bunyi

Port selari (25-pin Female)

2 port bersiri (9-pin male)

Port tetikus PS/2 (6-pin Female)

Port kekunci PS/2 keyboard port (6-pin

female)

Page 30: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 28/57

I. MEMASANG KABEL KUASA ELEKTRIK DARIPADA POWER SUPPLY KOMPUTER KEPADA PAPAN INDUK

Bagi papan induk jenis ATX, penyambung (connector) kabel kuasa adalah dalam satu unit manakala penyambung kabel kuasa bagi papan induk jenis AT terdiri daripada dua unit yang berlabel P8 dan P9 yang mesti disusun mengikut "wayar hitam bersebelahan wayar hitam". Papan induk yang dibekalkan melalui projek PSK 2000 ialah jenis ATX. Perhatian: Semasa memasang penyambung kabel jenis AT ini kepada papan induk, pastikan P8 dan P9 disambungkan dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. Papan induk akan rosak jika kedudukan P8 dan P9 disongsangkan. Bagi papan induk jenis ATX, penyambung kabel kuasa 20-pin tidak mungkin disalah sambung kerana ia hanya boleh dipasang pada papan induk dalam satu arah sahaja. Penyambung kuasa elektrik pada papan induk biasanya terletak di bahagian belakang papan berdekatan dengan penyambung papan kekunci. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua jenis penyambung kuasa elektrik (jenis AT dan ATX). Rajah berikut menunjukkan sebuah papan induk yang menyediakan kedua-dua penyambung AT dan ATX.

Kabel Kuasa Untuk Papan Induk Jenis AT

Wayar hitam mesti dipasang bersebelahan dengan wayar hitam.

Penyambung kuasa jenis ATX

Penyambung kuasa jenis AT

Page 31: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 29/57

1. Pasangkan penyambung kuasa papan induk dari power supply kepada penyambung kuasa ATX pada papan induk.

2. Samubungkan wayar ‘standby’ kepada penyambung yang berkenaan di papan induk. Wayar ini biasanya berlabel ‘standby’ pada hujungnya. Rujuk manual papan induk mengenai kedudukan penyambung bagi wayar standby pada papan induk.

Penyambung Kuasa Untuk Papan ATX

Page 32: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 30/57

J. MENYAMBUNGKAN MONITOR DAN KOMPUTER KEPADA BEKALAN ELEKTRIK

Sebelum menyambungkan bekalan elektrik kepada sistem anda, semak semula semua sambungan untuk memastikan semua pemasangan adalah betul dan semua kad-kad telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slot-slot.

Cara sambungan kepada bekalan elektrik bergantung kepada jenis power supply yang ada pada casing komputer. Jenis 1: power supply mempunyai satu soket sahaja untuk sambungan ke bekalan elektrik. Casing yang dibekalkan dalam Projek PSK 2000 adalah jenis ini.

1. Sambung power supply komputer kepada bekalan elektrik utama

menggunakan kabel elektrik yang dibekalkan. Lihat Rajah 1 di bawah. 2. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada bekalan elektrik utama. Lihat Rajah

1 di bawah.

Jenis 2: Power supply mempunyai soket kuasa elektrik untuk sambungan ke monitor.

3. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada soket kuasa (soket X dalam rajah

berikut) pada power supply komputer. Rujuk rajah berikut .

4. Sambungkan power supply komputer melalui soket Y kepada bekalan elektrik utama

Soket X: Soket untuk kabel kuasa monitor

Soket Y: Soket untuk sambungan ke bekalan elektrik utama

Pastikan suis ini dikekalkan pada kedudukan AC 230V. Pembekal kuasa akan rosak jika suis ini dialihkan ke kedudukan AC 110V

Belakang monitor

Bahagian belakang komputer

Power supply komputer

Kabel kuasa monitor

Bekalan elektrik utama (soket dinding)

Page 33: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 31/57

K. MENGUJI SISTEM YANG TELAH DIPASANG

Selepas RAM, CPU, kad video, tetikus dan papan kekunci telah dipasang, sistem seharusnya diuji sebelum anda meneruskan pemasangan. 1. Pasangkan suis pada bekalan elektrik utama.

2. Pasangkan suis monitor.

3. Pasangkan suis bekalan kuasa komputer/suis komputer.

4. Jika komputer anda mengeluarkan satu beep pendek dan skrin monitor

memaparkan mesej-mesej POST* (Power On Self-Test), ia menandakan bahawa sistem telah dipasang dengan betul dan anda boleh meneruskan pemasangan di langkah (k). Nota: Mesej POST biasanya memaparkan jenis CPU, BIOS dan kad video yang digunakan berserta proses pengujian RAM

5. Sekiranya monitor tidak memaparkan sebarang mesej apabila suis komputer dipasang, atau beberapa beep kedengaran, matikan suis komputer anda dengan serta merta kemudian periksa sistem anda dengan teliti untuk memastikan semua telah dipasang dengan betul.

Corak beep yang dihasilkan bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan. Rujuk manual papan induk untuk mendapatkan penerangan mengenai corak beep.

6. Pastikan kipas CPU berfungsi. Periksa kabel kuasa kipas CPU jika perlu.

Page 34: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 32/57

L. MEMASANG PEMACU CAKERA LIUT 1. Masukkan pemacu cakera liut ke dalam slot pemacu dari hadapan komputer. 2. Skrukan pemacu cakera liut kepada slot pemacu. 3. Sambungkan kabel data kepada penyambung pemacu cakera liut atas papan

induk. Rujuk peta susun atur papan induk dalam manual. Pastikan sebelah kabel yang berwarna (merah atau cokelat) disambungkan kepada pin 1 pada penyambung atas papan. Rajah berikut menunjukkan kedudukan penyambung pemacu cakera liut dan penyambung IDE pada satu contoh papan induk.

4. Sambungkan penyambung pada hujung kabel data yang terpulas (twisted)

kepada pemacu cakera liut yang anda ingin gunakan sebagai pemacu A. Pastikan sebelah kabel yang berwarna merah disambungkan kepada pin 1. Jika kabel data disambungkan secara songsang, lampu pemacu akan menyala secara menerus apabila komputer diapsangkan.

penyambung pemacu cakera liut atas papan induk

Dua penyambung IDE atas papan induk

Page 35: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 33/57

5. Sambungkan kabel kuasa kepada pemacu.

Penyambung kabel kuasa dari pembekal kuasa untuk pemacu cakera liut

Penyambung kabel data

Pandangan belakang pemacu cakera liut

Penyambung kabel kuasa

Hujung Pin

Pasangkan penyambung ini kepada penyambung kabel data yang terletak pada bahagian belakang pemacu cakera liut.

Page 36: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 34/57

M. MEMASANG PEMACU CAKERA KERAS

Papan induk biasanya mempunyai dua penyambung IDE (penymabung primer dan sekunder) untuk pemacu cakera keras jenis IDE. Satu kabel IDE boleh digunakan untuk menyambungkan dua peranti (pemacu) IDE kepada satu penymabung IDE atas papan induk. Jika anda memasang dua pemacu cakera keras kepada satu kabel IDE, satu pemacu mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master (master drive) dan yang satu lagi sebagai pemacu slave (slave drive). Ini dapat dilakukan melalui pelompat (jumper) pada hujung pemacu cakera keras.

(Rajah berikut menunjukkan cara menyambungkan kabel data dan kabel kuasa kepada bahagian belakang cakera keras )

1. Teliti kedudukan pelompat (jumpers) pada hujung pemacu untuk memastikan pemacu telah ditetapkan sebagai pemacu master. Pemacu baru biasanya ditetapkan sebagai pemacu master secara lalai (default). Rujuk kepada manual pemacu atau label di atas permukaan pemacu untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana mengkonfigurasikan pemacu sebagai master atau slave.

Contoh: bagi pemacu cakera keras jenama QUANTUM, tiga pelompat yang biasa digunakan dilabel sebagai DS, SP dan CS. Jika pelompat DS sahaja dipasang, pemacu dikonfigurasikan sebagai pemacu master. Untuk pemacu slave, tiada sebarang pelompat patut dipasang.

Berikut menunjukkan setting pelompat bagi Quantum FireBall Plus LM.

Page 37: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 35/57

2. Buka penutup satu slot pemacu (drive bay) pada bahagian hadapan casing komputer.

3. Masukkan pemacu ke dalam slot pemacu melalui bahagian hadapan komputer.

4. Kenal pasti kabel data (kabel IDE) yang akan digunakan untuk menyambungkan pemacu kepada penyambung IDE 1 atas papan induk. Rujuk manual papan induk mengenai lokasi penyambung IDE 1 pada papan induk. Jika kabel ini tidak cukup panjang untuk menyambungkan pemacu kepada penyambung IDE atas papan induk, alihkan pemacu ke slot pamacu lain supaya pamacu dapat disambung kepada penyambung IDE atas papan.

5. Sambungkan penyambung pada hujung kabel IDE kepada penyambung pada belakang pemacu. Pastikan tepi kabel yang berwarna dipasangkan kepada pin 1.

Tepi kabel yang berwarna mesti disambung kepada pin 1 pada penyambung kabel IDE

Penyambung berbentuk D untuk kabel kuasa elektrik

Pin 1 bagi penyambung kabel data terletak berdekatan dengan penyambung kabel kuasa elektrik

Page 38: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 36/57

6. Skrukan pemacu kepada slot pemacu. Gunakan skru yang sesuai dan jangan memasang skru terlalu ketat. Skru yang terlalu panjang atau yang dipasang terlalu ketat akan merosakkan pemacu.

7. Pasangkan kabel kuasa elektrik kepada belakang pemacu.

8. Kenalpasti kedudukan penyambung IDE primer (primary IDE connector) atas papan induk.

9. Sambungkan hujung kabel IDE kepada penyambung IDE primer (IDE1) pada papan induk.

Laraskan lubang skru pada pemacu dengan lubang skru pada slot pemacu.

Skrukan cakera keras dengan menggunakan skru yang dibekalkan dengan pemacu. Jangan gunakan skru lain kerana ia boleh merosakkan cakera.

Penyambung IDE 1 pada papan induk

Hujung kabel data IDE yang akan disambungkan kepada penyambung IDE 1.

penyambung kabel kuasa bagi pemacu cakera keras

Page 39: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 37/57

N. MEMASANG PEMACU CD-ROM

1. Pemacu CD-ROM IDE boleh mengkongsikan kabel IDE primer dengan pemacu cakera keras. Pemacu cakera keras biasanya dikonfigurasikan sebagai pemacu master dan pemacu CD-ROM sebagai pemacu slave. Pastikan status (master atau slave?) pemacu keras dan pemacu CD-ROM anda. Jika statusnya tidak betul, ubah kedudukan pelompat mengikut makluman yang boleh didapati sama ada pada bahagian belakang pemacu atau nota/manual yang dibekalkan bersama pemacu.

Perhatian: Jika CD-ROM dipasang secara berasingan kepada satu kabel IDE, CD-ROM mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master.

2. Masukkan pemacu CD-ROM ke dalam satu slot pemacu melalui bahagian hadapan komputer.

3. Laraskan pemacu dan skrukannya pada slot pemacu.

4. Pasangkan kabel data pada belakang pemacu. Pastikan sebelah kabel yang berwarna dipasangkan kepada pin 1.

Penyambung Pada Bahagian Belakang Pemacu CD-ROM

Kabel audio

Kabel data

Kabel kuasa

Wayar merah

Jalur berwarna

Pin 1Pelompat

Page 40: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 38/57

5. Pasangkan kabel kuasa pada belakang pemacu. Hujung kabel kuasa mempunyai 4 pin.

6. Gunakan kabel 4-pin yang dibekalkan bersama dengan pemacu CD-ROM untuk menyambungkan penyambung analog audio-out pada CD-ROM drive kepada penyambung audio-in pada kad bunyi apabila kad bunyi telah dipasang. Sambungan ini membolehkan anda memainkan CD muzik menggunakan CD-ROM ini.

Page 41: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 39/57

O. MEMASANG KAD BUNYI DAN KAD-KAD LAIN

1. Baca manual yang dibekalkan bersama dengan kad bunyi untuk memahami fungsi sambungan dan pelompat (jika ada) pada kad.

2. Pasangkan kad bunyi kepada satu slot tambah. Pastikan kad bunyi dipasang pada slot yang dekat dengan pemacu CD-ROM supaya anda dapat memasangkan kabel audio dari CD-ROM ke kad bunyi.

3. Pasangkan kabel audio dari CD-ROM kepada penyambung audio pada kad bunyi. Penyambung ini biasanya berlabel “CD-in” atau "CD Audio" pada kad bunyi.

4. Sambungkan penyambung mikrofon dan pembesar suara kepada port-port pada kad bunyi. Lihat rajah berikut.

Kabel audio

Port untuk pembesar suara

Port untuk mikrofon

Bahagian belakang kad bunyi

Page 42: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 40/57

P. MENYAMBUNGKAN WAYAR-WAYAR KEPADA PAPAN INDUK

LED (lampu kecil) pada bahagian hadapan casing komputer biasanya mendapat bekalan elektriknya dari papan induk melalui wayar. Misalnya wayar yang berlabel HDD LED pada hujungnya ialah wayar bagi LED cakera keras (HDD bermakna hard disk drive). LED ini akan menyala bila cakera keras digunakan. Hujung wayar yang berlabel ini mesti disambungkan kepada pin-pin yang kelihatan seperti pelompat pada papan induk. Rujuk manual papan induk untuk menentukan lokasi pin-pin ini pada papan induk. Sambungkan wayar-wayar LED (berlabel POWER LED, HDD LED, TB LED dan KEYLOCK) kepada penyambung yang biasanya terletak pada tepi papan induk. Label pada penyambung mungkin lain daripada yang tersebut di atas. Rujuk manual papan induk anda. Wayar-wayar ini membekalkan kuasa elektrik untuk menyalakan LED kecil yang dipaparkan pada bahagian hadapan casing komputer.

Penyambung untuk LED (lampu kecil) pada hadapan kes komputer.

Penyambung LED disambungkan kepada penyambung pada papan induk

Page 43: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 41/57

Q. MENYAMBUNGKAN TETIKUS KEPADA COM PORT

Langkah 1 hingga 4 yang berikut tidak perlu dilakukan jika papan induk ialah jenis ATX di mana sambungan bagi port-port bersiri (serial), selari (parallel) dan PS/2 telah disediakan pada bahagian belakang papan induk (rujuk rajah yang berlabel Penyambung-penyambung Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX.)

1. Kenal pasti braket sambungan port bersiri dan selari (Serial/Parallel Ports

Extension Bracket) yang mengandungi penyambung bagi port bersiri dan port selari. Rajah berikut menunjukkan dua contoh.

2. Kenal pasti lokasi kumpulan pin-pin yang berlabel COM1 dan PRN1 pada

papan induk. Rujuk manual papan induk. 3. Pasang braket sambungan port bersiri dan selari (rujuk rajah di atas) kepada

satu slot tambah pada belakang casing komputer.

4. Pasangkan penyambung kabel kepada pin COM1 dan pin PRN1 pada papan induk.

5. Kenalpasti jenis tetikus yang anda miliki. Dua jenis tetikus yang biasa

digunakan ialah tetikus PS/2 dan tetikus bersiri. Rajah berikut menunjukkan bentuk penyambung pada hujung kabel dua jenis tetikus ini.

Port bersiri (COM) untuk tetikus dan modem

Port selari untuk pencetak

Page 44: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 42/57

6. Kenalpasti port tetikus yang bersesuaian untuk tetikus anda. Port ini terletak

pada hujung papan induk yang terletak pada belakang casing komputer (rujuk rajah yang bertajuk Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000 pada bahagian H.) Biasanya label/ikon bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda boleh juga memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

7. Pastikan orientasi pin pada penyambung tetikus sepadan dengan lubang pada

port tetikus. Sambungkan penyambung pada hujung kabel tetikus kepada port tetikus. Perhatian: memasang penyambung tetikus dengan orientasi pin yang salah mungkin akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

R. MENUTUP CASING KOMPUTER

Tutup casing komputer.

Penyambung jenis MINI DIN6 untuk tetikus PS/2 dan papan kekunci PS/2

Penyambung bagi tetikus bersiri

Page 45: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 43/57

S. MENUKAR CMOS SETUP

Selepas sistem komputer telah dipasang, anda perlu memasukkan maklumat mengenai perkakasan komputer ke dalam CMOS supaya komputer anda tahu apakah jenis perkakasan yang telah dipasang padanya (CMOS ialah RAM kecil yang menyimpan rekod tentang setup komputer). Rekod pada CMOS RAM boleh diubah dengan menggunakan perisian CMOS Setup yang disimpan dalam BIOS. Langkah berikut menerangkan bagaimana anda dapat mengubah rekod CMOS menggunakan perisian CMOS setup. 1. Pasang suis komputer. BIOS akan lakukan pengujian perkakasan komputer

melalui prosedur POST (Power-On Self Test).

2. Apabila mesej pengujian ingatan dipaparkan, tekan kekunci F2 untuk memaparkan menu BIOS Setup

Perhatian: Sesetengah BIOS memaparkan mesej Press Del to enter Setup. Rujuk manual papan induk untuk mengetahui kekunci atau gabungan kekunci yang diperlukan untuk memaparkan menu CMOS Setup. Selain daripada kekunci F2 dan Del, kekunci atau gabungan kekunci yang biasa digunakan ialah: Ctrl+Del, Ctrl+Alt+S, Ctrl+Alt+Esc, Ctrl+Alt+Ins dll.. Bagi papan induk yang dibekalkan melalui Projek PSK 2000, kekunci untuk memaparkan menu BIOS Setup semasa membut ialah F2.

3. Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada item daripada menu BIOS Setup yang akan dipaparkan.

BIOS SETUP UTILITY

Main Advanced Security Power Boot Exit

………. ………. ……….

System Time [08:44:07]

System Date [Mon 07/10/2000]

Tiga medan (field)

Tekan kekunci ← atau → untuk menggerakkan kursor dalam menu utama ini.

Page 46: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 44/57

4. Lakukan langkah berikut untuk mengkonfigurasikan tarikh dan masa CMOS Setup:

i. Pilih Main pada menu utama BIOS Setup Utility. Skrin seperti di atas akan dipaparkan.

ii. Gunakan kekunci ↑ atau ↓ untuk memilih (menyerlahkan) baris System Time.

iii. Tekan kekunci Tab untuk memilih medan (field) dalam System time (masa sistem). Ubah masa sistem ke nilai semasa. Misalnya, taipkan 10:30:15 untuk menukarkan masa sistem ke jam 10, 30 minit dan 15 saat pagi.

iv. Pilih System Date (tarikh sistem).

v. Tukar tarikh sistem ke tarikh semasa.

5. Lakukan langkah berikut untuk memilih peranti membut (Boot Device) sistem komputer. Anda akan memilih ATAPI CD-ROM, IDE-HDD dan Floppy sebagai 1st, 2nd dan 3rd boot device.

i. Pilih Boot pada menu utama BIOS Setup Utility (Rujuk rajah di atas).

ii. Gunakan kekunci ↑ atau ↓ untuk memilih (menyerlahkan) baris 1st Boot Device (rujuk rajah di bawah).

iii. Tekan kekunci Enter untuk membuka satu submenu. Gunakan kekunci ↑ atau ↓ untuk memilih ATAPI CD-ROM.

iv. Tekan Enter. Perkataan ATAPI-CD-ROM akan dipaparkan sebagai 1st Boot Device.

v. Ulangi langkah-langkah di atas untuk memilih IDE-HDD sebagai 2nd boot device dan Floppy sebagai 3rd boot device.

BIOS SETUP UTILITY

Main Advanced Security Power Boot Exit

………. ………. ………. 1 st Boot Device [ATAPI CD-ROM] 2 nd Boot Device [IDE-HDD] 3 rd Boot Device [Floppy]

Page 47: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 45/57

6. Tekan kekunci F10 kemudian pilih Yes untuk menyimpan (Save) perubahan CMOS setup dan keluar daripada CMOS Setup Utility.

Perhatian: Sekirannya anda kurang pasti sama ada perubahan yang betul telah dibuat, tekan kekunci ESC kemudian pilih Yes untuk menamatkan CMOS Setup tanpa mengubah setup sedia ada.

7. Komputer akan membut semula. Masukkan Windows 98 CD-ROM ke dalam pemacu CD-ROM. Apabila menu Microsoft Windows 98 CD-ROM Startup Menu dipaparkan, pilih 2. Boot from CD-ROM.

8. Apabila Microsoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 2. Start Computer With CD-ROM Support.

9. Pelbagai mesej akan dipaparkan pada skrin.

10. Apabila penggesa A (A prompt) dipaparkan tiapkan FDISK untuk memulakan proses pemetakan cakera keras (hard disk partitioning). Rujuk bahagian S di bawah mengenai pemetakan cakera keras.

11. Selepas pemetakan, komputer akan dibut semula.

12. Apabila Microsoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 1.Start Windows 98 Setup For CD-ROM.

13. Pilih Format this drive (recommended) untuk memformat semua petak yang telah diwujudkan dalam langkah 10 di atas.

Perhatian: Cakera keras boleh diformat dengan menggunakan utiliti DOS yang bernama FORMAT.COM. Rujuk Lampiran 1 pada hujung garis panduan ini tentang bagaimana memformatkan cakera keras tanpa melalui Windows 98 Setup.

14. Apabila cakera keras telah diformat, sistem pengendalian Windows 98 akan mulai dipasang pada pemacu C. Rujuk bahagian T. MEMASANG SISTEM PENGENDALIAN (OS) mengenai cara memasang sistem pengendalian.

Page 48: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 46/57

T. MEMETAK (PARTITION) CAKERA KERAS

Konsep: Cakera keras baru perlu dipetakkan dan diformatkan sebelum ia boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail. Sebuah cakera keras boleh dipetakkan menjadi satu atau lebih petak (partition) menggunakan utiliti DOS bernama FDISK.EXE.

Untuk memetakkan cakera keras kepada lebih daripada 1 petak, langkah utama seperti berikut perlu dilakukan:

• Langkah pertama - mewujudkan petak DOS primer (primaryDOS partition) dan tetapkanya sebagai petak aktif. Petak ini ialah pemacu C.

• Langkah kedua - mewujudkan extended DOS partition dengan menggunakan baki kapasiti cakera keras.

• Langkah ketiga - mewujudkan satu atau lebih Logical DOS volume dalam extended DOS partition. Setiap logical volume akan diberi satu huruf pemacu (contoh: D, E dan F).

Contoh Langkah-langkah berikut menerangkan sebuah cakera keras 4.1 GB dipetakkan menjadi 3 petak yang bersaiz 2000 MB, 1000 MB dan 1100MB. (Nota: 1000MB=1GB)

1. Pada penggesa DOS A:> taipkan FDISK kemudian tekan Enter. Skrin berikut

akan dipaparkan.

2. Taipkan Y kemudian tekan Enter untuk menerima cadangan “Do you wish to enable large disk support (Y/N) ……..? [Y]”. Memilih Y membolehkan penghasilan petak yang melebihi saiz 2GB.

3. Menu utama bagi Fixed Disk Setup Program akan dipaparkan seperti berikut.

Page 49: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 47/57

4. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create DOS partition or Logical DOS Drive”. Skrin berikut akan dipaparkan.

5. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create Primary DOS Partition”. FDISK akan memeriksa cakera keras untuk memastikan cakera berada dalam keadaan yang baik. Tunggu sehingga pemeriksaan cakera tamat.

6. Apabila soalan Do you wish to use the maximum available size for a Primary DOS Partition? dipaparkan, taipkan N kemudian tekan Enter supaya cakera keras boleh dipetakkan menjadi lebih daripada 1 petak. Nota: Jika anda ingin memetakkan cakera menjadi satu petak sahaja, taipkan Y dalam langkah ini.

Menu Utama FDISK

Page 50: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 48/57

7. Satu mesej akan memaparkan saiz seluruh cakera keras dalam megabait (4110 MB). Taipkan 2000 sebagai saiz bagi petak DOS primer. Rujuk rajah berikut.

8. Tekan Enter. Satu mesej akan memaklumkan bahawa petak DOS primer telah diwujudkan dan diberi huruf pemacu C. Rujuk rajah berikut.

9. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.

10. Taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk memilih “2. Set active partition”.

11. Apabila mesej “Enter the partition you want to make active ……: [ ]” dipaparkan, taipkan 1 kemudian tekan Enter.

12. FDISK akan memaparkan mesej “Partition 1 made active”, iaitu petak 1 telah ditetapkan sebagai petak aktif. Rujuk rajah berikut.

Page 51: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 49/57

13. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.

14. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih “1. Create DOS partition or Logical DOS Drive”.

15. Dalam submenu yang dipaparkan, taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk memilih “2. Create Extended DOS partition”. Komputer akan mulai memeriksa cakera.

16. Mesej yang mencadangkan seluruh baki kapasiti cakera keras (sebanyak 2110 MB) digunakan untuk extended DOS partition akan dipaparkan. Rujuk rajah berikut.

17. Tekan Enter untuk menerima cadangan menggunakan baki kapasiti cakera keras sebagai Extended DOS partition. FDISK akan melaporkan bahawa extended DOS partition telah diwujudkan. Rujuk rajah berikut.

18. Tekan kekunci ESC. FDISK akan secara automatik memaklumkan bahawa tiada pemacu logikal diwujudkan (“No logical drives defined”) dan mencadangkan supaya seluruh saiz Extended DOS partition (2110 MB) digunakan sebagai pemacu logikal. Rujuk rajah berikut.

Page 52: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 50/57

19. Taipkan 1000 kemudian tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal pertama (pemacu D). FDISK akan mencadangkan baki kapasiti cakera digunakan sebagai petak logikal kedua. Rujuk rajah berikut.

20. Tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal kedua (pemacu E).

Page 53: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 51/57

21. Tekan kekunci ESC dua kali untuk keluar dari FDISK dan membut semula komputer.

Sekarang anda telah berjaya memetakkan cakera keras menjadi 3 petak (partition). Petak pertama (pemacu C) sebesar 2000MB, petak kedua (pemacu D) 1000MB dan petak ketiga (pemacu E) mengambil baki kapasiti cakera keras.

Dalam proses pemetakan di atas, walaupun sistem komputer anda mempunyai satu cakera keras fizikal, anda telah berjaya membahagikan (memetakkan) cakera fizikal ini menjadi tiga bahagian (petak) logikal. Setiap petak ini berfungsi seperti satu cakera fizikal dan diberi satu huruf pemacu (C, D dan E).

Komputer anda sekarang akan nampak seolah-olahnya mempunyai tiga cakera keras fizikal.

22. Kembali ke langkah 12 dalam bahagian R.

Page 54: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 52/57

U. MEMASANG SISTEM PENGENDALIAN (OS) Jika anda memasuk bahagian ini dari langkah 14 di bahagian R, abaikan langkah 1 hingga 6 dan terus bermula dengan langkah 7 di bawah. 1. Masukkan cakera Windows 98 Startup ke dalam pemacu cakera liut. 2. But semula komputer. Menu Microsoft Windows 98 Startup akan dipaparkan. 3. Masukkan CD-ROM Windows 98 ke dalam pemacu CD-ROM. 4. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih opsyen 1. Start computer

with CD-ROM support. 5. Selepas proses pengimbasan perkakasan telah dilakukan, penggesa C: akan

dipaparkan. 6. Taip setup dan tekan Enter untuk melaksanakan program setup yang akan

memasangkan Windows 98. 7. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan untuk memasang Windows 98. 8. Windows akan melakukan scandisk untuk memeriksa cakera keras. Apabila

scandisk sudah tamat, tekan "X" untuk keluar dari scandisk. 9. Skrin Windows Welcome akan dipaparkan. Pilih continue. 10. Skrin Wizard Pemasangan dan penjanjian lesen akan dipaparkan. Pilih "I

Accept". 11. Masukkan kunci pendaftaran (Registration key). (Windows Product Key) 12. Skrin Windows 98 Setup Wizard akan dipaparkan. Klik butang Finish untuk

teruskan. 13. Wizard akan cuba mengesan dan menyediakan perkakasan dalam komputer.

Proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa minit. 14. Komputer akan dibut semula. 15. Apabila tetingkap Date/Time Properties dipaparkan, pilih tarikh, taipkan masa

dan pilih Time Zone bagi lokasi anda (pilih GMT + 08:00 Singapore). 16. Klik Apply kemudian klik OK. 17. Windows akan terus mengemaskinikan setting sistem (Update System

Settings). 18. Komputer akan dibut semula. 19. Tetingkap Welcome To Windows 98 akan dipaparkan. 20. Klik Discover Windows 98 untuk melaksanakan tutorial asas Windows 98. 21. Untuk keluar dari tutorial ini, klik Contents pada sudut kiri bawah skrin

kemudain klik Close diikuti dengan Yes.

Page 55: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 53/57

V. MEMASANG PERISIAN APLIKASI

Cara yang betul untuk memasang perisian kepada sistem komputer anda ialah melalui kemudahan Add/Remove Programs dalam Control Panel. Pendekatan ini membolehkan anda membuang (uninstall) perisian yang tidak dikehendaki dengan secara teratur dan sempurna. 1. Klik butang Start, Settings, Control Panel kemudian pilih Add/Remove

Programs. 2. Dalam tetingkap Add/Remove Programs Properties klik butang Install. 3. Klik Next bila tetingkap Install Programs From Floppy Disk or CD-ROM

dipaparkan. 4. Bila tetingkap Run Installation Program dipaparkan, klik Browse. 5. Bila tetingkap Browse dipaparkan, pilih pemacu dan direktori yang

mengandungi fail pemasangan yang bernama Setup atau Install. 6. Klik fail pemasangan yang dikehendaki. Fail ini biasanya bernama Setup atau

Install. 7. Nama fail ini akan dipaparkan dalam tetingkap Run Installation Program. 8. Klik butang Finish dalam tetingkap Run Installation Program untuk

memulakan proses pemasangan. 9. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan oleh program pemasangan.

Page 56: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 54/57

Lampiran I MEMFORMAT PETAK-PETAK (partition) YANG TELAH DIWUJUDKAN

Sebelum pemacu logikal (petak) yang telah diwujudkan melalui utiliti FDISK boleh digunakan petak-petak ini mesti diformatkan. Proses memformat boleh dilakukan melalui utiliti DOS yang bernama FORMAT.COM. Amaran: Apabila satu cakera diformat, semua maklumat di dalamnya (tidak termasuk maklumat tentang petak yang telah dimasukkan melalui FDISK) akan dipadamkan. Ini tidak menimbulkan masalah bagi cakera baru yang tidak mengandungi sebarang maklumat. Tetapi bagi cakera yang pernah digunakan dan mengandungi maklumat yang anda perlukan, maklumat ini mesti disandar (backup) sebelum cakera diformat.

Prosedur memformat cakera keras:

1. Butkan komputer dengan menggunakan cakera Startup Windows 98. Cakera but ini mesti mengandungi utiliti FORMAT.COM dari versi sistem pengendalian yang sama.

Pastikan versi OS adalah sama. Misalnya, jika anda ingin memasang Windows 98 OSR2 pada komputer anda, cakera but yang digunakan untuk membut komputer mesti mengandungi fail sistem Windows 98 OSR2.

Pada penggesa A:\, taipkan arahan Format C: /S kemudian tekan Enter untuk memformat pemacu C.

Parameter /S mesti digunakan supaya selepas pemacu C diformat, fail-fail sistem pengendalian akan dipindahkan dari cakera but ke pemacu C dan pemacu C boleh digunakan untuk membut komputer.

2. Apabila mesej amaran “WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISK DRIVE C: WILL BE LOST. Proceed with Format (Y/N)?” dipaparkan, taipkan Y dan tekan Enter.

3. Perisian FORMAT.COM akan menunjukkan kemajuan proses format. Apabila proses format telah tamat dan fail sistem telah disalin ke petak (pemacu) C, anda akan diminta memasukkan satu label (nama) bagi cakera ini. Maklumat ini adalah tidak wajib dan anda boleh masukkan sebarang nama yang difikirkan sesuai atau menekan Enter untuk teruskan.

Page 57: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 55/57

4. Formatkan petak (pemacu) lain dalam cakera keras dengan menggunakan arahan Format d: dan Format e:. Parameter /s tidak perlu digunakan kerana hanya pemacu C sahaja perlu mengandungi sistem pengendalian untuk membut sistem.

5. Selepas semua petak telah diformat, keluarkan cakera Windows StartUp dari pemacu cakera liut.

6. But semula komputer dengan menggunakan cakera Windows StartUp.

7. Sistem seharusnya membutkan sistem pengendalian dari cakera keras C dan memaparkan penggesa C:\.

Berikut ialah beberapa mesej ralat yang mungkin anda temui bila membut sistem:

Mesej Ralat Sebab ralat dan apa yang perlu dilakukan

No boot device found Anda terlupa menetapkan petak C sebagai petak aktif semasa melaksanakan FDISK.But semula sistem dengan menggunakan cakera but, laksanakan FDISK semula dan gunakan opsyen 2 untuk mengaktifkan petak C dan but sistem semula.

No operating system Mungkin anda terlupa menggunakan /s semasa memformat petak C. But semula sistem dengan menggunakan cakera but kemudian memformat semula cakera C dengan menggunakan arahan Format c:/s.

8. Nota: Sekiranya cakera Windows StartUp yang anda gunakan untuk membut

sistem ialah versi Windows 95, ia tidak mengandungi pemacu peranti (device driver) yang membolehkan anda menggunakan pemacu CD-ROM. Anda perlu memasang pemacu peranti bagi pemacu CD-ROM sebelum pemacu CD-ROM boleh digunakan.

Page 58: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 56/57

Lampiran II

Senarai Istilah Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 1 akses access 2 braket sambungan port bersiri dan selari serial and parallel ports extension bracket 3 but boot 4 butang button 5 cakera but boot disk 6 cakera keras hard disk 7 cakera liut floppy disk 8 cas charge 9 cas elektrik electric charge 10 cas statik static charge 11 dibolehkan enabled 12 dijajarkan aligned 13 dilumpuhkan disabled 14 direktori directory 15 fail pemasangan installation file 16 fon font 17 GB gigabyte 18 huruf pemacu drive letter 19 ikon icon 20 imbas scan 21 ingatan memory 22 kabel cable 23 kabel data data cable 24 kad card 25 kad bina dalam built-in card 26 kad bunyi sound card 27 kad penyesuai adapter card 28 kapasiti capacity 29 kapasitor capacitor 30 kekunci key 31 klik click 32 klip clip 33 konduktor conductor 34 kotak dialog dialogue box 35 kursor cursor 36 lajur column 37 lalai default 38 lindung tulis write protect 39 litar elektronik electronic circuit 40 MB megabyte 41 medan field 42 megabait megabyte (MB) 43 membut to boot 44 memetakkan to partition 45 mengimbas to scan 46 menyerlahkan to highlight

Page 59: k PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER - skbbsintok.net IT.pdf · Keselamatan ... Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer … ... (Automatic Voltage

Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 57/57

Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 47 mesej message 48 mesej ralat error message 49 mikrofon microphone 50 nyahcas discharge 51 palam plug 52 papan induk, papan ibu motherboard 53 papan kekunci keyboard 54 pasang dan guna, pasang dan main plug-and-play 55 pelompat jumper 56 pemacu drive 57 pemacu cakera keras hard disk drive 58 pemacu cakera liut floppy disk drive 59 pemacu hamba slave drive 60 pemacu logikal logical drive 61 pemacu peranti device driver 62 pemacu tuan master drive 63 pembesar suara speaker 64 pemprosesan kata word processing 65 pemutar skru screw driver 66 pengalir conductor 67 penggesa A A prompt 68 penutup pelompat jumper cap 69 penutup slot tambah expansion slot cover 70 penyambung connector 71 penyesuai atas papan onboard adapter 72 peranti device 73 peranti persisian peripheral device 74 perisian software 75 perisian aplikasi application software 76 perisian utiliti utility software 77 perkakasan hardware 78 persisian peripheral 79 petak partition 80 petak aktif active partition 81 petak DOS primer primary DOS partition 82 port port 83 port bersiri serial port 84 port selari parallel port 85 primary primer 86 sandar to backup 87 sekunder secondary 88 sistem pengendalian operating system 89 skru screw 90 slot slot 91 slot tambah expansion slot 92 soket socket 93 teknologi maklumat information technology 94 tetikus mouse 95 tetingkap window