k6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

51
SITI RUQAIAH MD NOR D20111048831 SITI FARIDAH BINTI KASBON D20111048716 NUR AINA NASIHAH BINTI MOHAMAD ASHRI D20111050157 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU 1

Upload: zahjannanti

Post on 13-Aug-2015

269 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

SITI RUQAIAH MD NORD20111048831

SITI FARIDAH BINTI KASBOND20111048716

NUR AINA NASIHAH BINTI MOHAMAD ASHRID20111050157

PENSYARAH:PROF. DR. MARZITA PUTEH

PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK)

DALAM KALANGAN GURU

1

Page 2: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

PENGENALANPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

( PPIK/PCK )

2

Page 3: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Definisi

PEDAGOGI Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran (Kamus Dewan Edisi Ke-4)

Pedagogi merupakan suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. (Concise Encyclopedia Britannica)

3

Page 4: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Pengetahuan Sesuatu yang diketahui berkaitan dengan proses pembelajaran. Proses belajar ini dipengaruhi berbagai faktor dari dalam seperti motivasi dan faktor luar berupa sarana informasi yang tersedia serta keadaan sosial budaya .

PPIK Melibatkan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang pelajar. (Tengku Zawawi et.al 2009).

4

Page 5: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)

“Satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.”

(Shulman, 1987)

5

Page 6: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Konsep PPIK

6

Page 7: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Konsep PPIKUntuk membolehkan seorang guru mengajar dengan berkesan, ia memerlukan satu siri pengetahuan dan kemahiran khas.

Mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.

Ini disokong oleh penyelidik yang menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandungan guru dengan pencapaian murid. (Abell, 2007; Darling-Hammond, 2000)

7

Page 8: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Konsep PPIKMenurut Grossman & Schoenfeld (2005), dalam usaha membantu murid memahami idea penting dalam suatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut, termasuk bagaimana idea tersebut berkait dengan idea lain dalam suatu disiplin.

Pengetahuan yang mendalam sahaja tidak mencukupi bagi mencapai kefahaman murid. Guru perlu mentransformasikan pengetahuan yang ada dalam mindanya kepada pengetahuan untuk pengajaran.

8

Page 9: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Isi kandungan Pedagogi am Kurikulum Pedagogi isi kandungan Pelajar Konteks pendidikan Matlamat pendidikan

Menurut Shulman, L.S. (1986) Guru yang profesional mestilah menguasai 7 asas pengetahuan:

9

Page 10: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

(1) Pengetahuan Isi Kandungan

• Falsafah subjek• Teori-teori tentang subjek• Struktur ilmu subjek• Kandungan subjek

10

Page 11: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

(2) Pengetahuan Pedagogi Am

• Prinsip pengajaran• Strategi pengajaran• Pengurusan bilik

darjah• Pengurusan idea

11

Page 12: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

(3)Pengetahuan Kurikulum

• Konsep dan pengertian kurikulum

• Teori-teori kurikulum• Model-model kurikulum

12

Page 13: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

4. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

• Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran dan pedagogi

• Taakulan pedagogi• Kefahaman tentang kandungan mata pelajaran• Transformasi

- Persediaan- Gambaran- Pemilihan- Adaptasi

• Pengajaran dan pembelajaran• Penilaian• Refleksi

13

Page 14: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

5. Pengetahuan Tentang Pelajar

• Ciri-ciri psikologi• Latar belakang keluarga• Rakan sebaya• Keadaan komuniti• Prospek kerjaya

14

Page 15: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

6. Pengetahuan Konteks Pendidikan di Malaysia

• Sejarah sistem pendidikan di Malaysia

• Matlamat pendidikan di Malaysia• Struktur pendidikan di Malaysia• Pengaruh perubahan ekonomi

terhadap sistem dan corak pendidikan

• Pengaruh budaya setempat terhadap sekolah

15

Page 16: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

(7) Pengetahuan Tentang Matlamat Pendidikan

Malaysia• Tujuan pendidikan• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

i. Asas pembinaan FPK.ii. Bentuk dan prinsip pendidikan.iii. Proses & pelaksanaan pendidikan.

iv. Kesan akhir pendidikan.

16

Page 17: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Proses pembinaan PCK (Shulman, 1987)

a) Kefahaman b) Transformasi c) Pengajaran d) Penilaian e) Refleksi f) Kefahaman Baru 

17

Page 18: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Kefahaman

Transformasi

Pengajaran

Seorang guru mestilah mempunyai kefahaman isi kandungan pelajaran dan muridnya.

Pengajaran melibatkan aspek pedagogi, organisasi, pengurusan bilik darjah, penerangan, huraian yang jelas, tugasan, motivasi dan sebagainya.

Isi kandungan pelajaran yang difahami ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid dengan menggunakan kaedah yang sesuai

18

Page 19: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Penilaian

Refleksi

Kefahaman baru

Guru boleh menjalankan penilaian secara formatif atau sumatif berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang dikehendaki

Satu permulaan baru melalui langkah-langkah kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian dan refleksi.

Melihat kembali PdP yang telah berlaku, membina semula, melakonkan semula dan mengingat semula peristiwa,

19

Page 20: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Kepentingan Pengetahuan Pedagogi Isi

Kandungan (PPIK) dalam Profesion

Keguruan

20

Page 21: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Guru-guru yang cemerlang sentiasa mempunyai komitmen dan minat yang tinggi terhadap subjek yang mereka ajar kepada para pelajarnya (Wiseman, Conner & Knight 1999).

Pengetahuan mengenai bagaimana hendak mengajar  topik yang spesifik yang dapat menggalak kefahaman konsepsual

Shulman (1987) - PCK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar.

21

Page 22: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Grossman et al.(1989), konsep PCK adalah serupa dengan pandangan Dewey di mana guru perlu �psychologize sesuatu isi �pelajaran untuk pelajar.

Feiman-Nemser dan Buchmann (1986) dan Feiman-Nemser dan Remillard (1996), guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu menimbangkan tentang cara mengajar sesuatu mata pelajaran daripada perspektif pelajar, guru sendiri dan isi kandungan subjek tersebut.

Guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. 22

Page 23: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP)

23

23

Page 24: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

• Berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas.

• Kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu.

• Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif.

• Menggunakan bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi

dan kemajuan murid.

24

Pengenalan

Page 25: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

25

25

Penghargaan Tahap Usaha

Pelajar

Penilaian Terhadap

Kerja Sendiri

Penglibatan Aktif oleh

Murid

Penilaian Berterusa

n

Meneroka Pelbagai

Cara Penyelesaian

Masalah

PRINSIP

PdPMengambil

Tindakan Segera

Page 26: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

26

Penglibatan Aktif oleh Murid

Matlamat matematik adalah untuk melahirkan pelajar yang yakin dan memperkembangkan kekuatan dalam menyelesaikan masalah matematik.

Bukan sekadar melibatkan aktiviti pengetahuan asas, perlu meningkatkan minat pelajar.

Page 27: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

27

Penilaian Berterusan

Menjalankan penilaian berterusan sepanjang proses pengajaran Matematik.

Sekiranya pelajar kurang memahami topik Matematik baru, guru perlu mengajar semula sebelum mengajar tajuk baru.

Page 28: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

28

Penilaian Kerja Sendiri

Guru mewujudkan peluang pelajar membuat penilaian terhadap kerja mereka sendiri

Cara ini membantu guru mengenal pasti kelemahan murid.

Mencari jalan memperbaiki kesilapan murid.

Page 29: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

29

Meneroka Pelbagai Cara Penyelesaian

MasalahMengaplikasikan masalah dalam dunia sebenar.

Meneroka penyelesaian yang dapat membantu pelajar untuk mengapikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah.

Contoh : bagaimanakah pelajar boleh pergi dari tempat A ke tempat B?

Page 30: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

30

Mengambil Tindakan Segera

Matematik merupakan subjek yang memerlukan kemahiran yang perlu dikuasai murid bukannya menghafal.

Guru bertindak segera masalah pembelajaran dikesan

Contoh : masalah operasi tau pecahan.

Page 31: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

31

Penghargaan Tahap Usaha Pelajar

Pemberian penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh pelajar.

Guru boleh menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan untuk berbincang.

Contoh : pujian, hadiah atau motivasi.

Page 32: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Isu pengetahuan isi kandungan

pedagogi (PCK) dalam

kalangan guru.

Tahap PPIK yang

rendah

Guru luar

bidang

32

Page 33: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

ISU 1Tahap PPIK Yang Rendah

33

Page 34: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

TAHAP PPIK YANG RENDAH

• Perancangan dan perlaksanaan proses pengajaran pembelajaran yang dijalankan oleh guru banyak dipengaruhi oleh kepercayaan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan yang dimiliki oleh guru tersebut. (Lubinski,1990)

34

Page 35: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

KAJIAN 1• PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

GURU MATEMATIK BAGI TAJUK PECAHAN: KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH

• TENGKU ZAWAWI TENGKU ZAINAL, RAMLEE MUSTAPHA, DAN ABDUL RAZAK HABIB

• Kajian ini mendapati PPIK dalam kalangan guru baru dan guru berpengalaman berada pada tahap yang rendah.• Guru baru berkefahaman instrumental (petua/kaedah).• Sebahagian guru berpengalaman berfahaman prarelasional (justifikasi).• Perkembangan pengalaman guru tidak selari perkembangan PPIK.

35

Page 36: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

• PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN GURU PELATIH MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

• NORASLIZA HASSAN DAN ZALEHA ISMAIL

• Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan PPIK guru pelatih masih pada tahap sederhana.

KAJIAN 2

36

Page 37: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

• KESEDIAAN GURU-GURU PERDAGANGAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DARI ASPEK PENGETAHUAN KAEDAH PENGAJARAN DAN SIKAP TERHADAP PENGAJARAN SUBJEK PENGAJIAN KEUSAHAWANAN

• NOR AISHAH BUANG1 & YAP POH MOI

• Tidak mempunyai kesediaan yang cukup terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan dari aspek penguasaan pedagogi kandungan subjek pengajaran keusahawan dan sikap terhadap subjek tersebut, Nor Aisyah (2002)

KAJIAN 3

Page 38: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Gambaran awal PCK bagi guru pelatih di permulaan latihan

perguruan.

Gambaran PCK bagi guru pelatih di akhir latihan perguruan.

38

Page 39: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Gambaran PCK bagi guru berpengalaman.

39

Page 40: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

ISU 2GURU BUKAN OPSYEN

MENGAJAR

40

Page 41: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar.

• Kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005).

41

Pengenalan

Page 42: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

42

Page 43: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

AJAR MATA PELAJARAN

BUKAN OPSYEN

43

Page 44: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

MASALAH

44

Page 45: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

45

Page 46: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

PERBEZAAN GURU BUKAN

OPSYEN

46

Page 47: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

CONTOH PENGAJARAN GURU OPSYEN MATEMATIK DAN BUKAN OPSYEN

MATEMATIK

Guru Opsyen Matematik Guru Bukan Opsyen Matematik

1) Menunjukkan gambar rajah

(Melalui aktiviti melipat kertas untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar)

1) Menulis dan menamakan pecahan di papan

hitam

2) Memperkenalkan konsep 2) Menunjukkan gambar rajah

3) Memberikan istilah yang berkaitan

47

47

Page 48: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

KESIMPULAN

48

Page 49: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

KESIMPULAN

• Pembangunan TMK dalam PPG bagi membantu guru pelatih menguasai PCK seterusnya TPCK, bagi mendapatkan capaian yang luas dan fleksibel. (Norasliza Et Al, 2008)

• Guru-guru di Malaysia sememangnya telah memiliki PCK tetapi mempunyai aras pengetahuan yang sangat rendah.

• Kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan guru akan menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai persediaan yang sewajarnya untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik. (Zawawi Et Al, 2009)

• Perlunya satu program sokongan dan pemantauan berterusan diberikan kepada guru-guru yang baru keluar dari pusat-pusat latihan perguruan, sama ada dari universiti ataupun maktab-maktab perguruan. (Zawawi Et Al, 2009)

49

Page 50: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

50

Page 51: K6 pedagogical content knowledge (pck @ ppik)

SESI SOAL JAWAB

51