kabus di perbukitan

99
KABUS DI PERBUKITA N NAMA:NURUL NABIHA NADIA ABD. AZIZ NO I/C:950312-01-5316 KELAS: 5 FEMININ

Upload: siti-normila-jumadi

Post on 26-Jul-2015

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kabus Di Perbukitan

KABUS DI PERBUKIT

ANNAMA:NURUL NABIHA NADIA

ABD. AZIZ

NO I/C:950312-01-5316

KELAS: 5 FEMININ

Page 2: Kabus Di Perbukitan

BIODATA PENGARANG

LATAR BELAKANG

Novel ini ditulis oleh Mohamad Kholid Hamzah. Beliau dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato' Manan Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Mendapat Diploma Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi(kaunseling) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.

HASIL KERJA

Beliau banyak menghasilkan karya cerpen dan puisi. Kebanyakan hasil karya beliau disiarkan di akhbar, majalah dan termuat dalam antologi. Beliau juga menghasilkan novel kanak-kanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert. Selain menghasilkan Novel Kabus di Perbukitan , beliau juga telah menulis Novel Desir Angin di Pergunungan(DBP,2008), Rahang Maut (PTS Millennia) dan Mengejar Pelangi (DBP2010).

PENCAPAIAN

Cerpen beliau Anugerah memenangi sagu hati Hadiah Sastera Berunsur Islam IX, 2005, manakala novel Kabus di Perbukitan memenangi sagu hati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006. Novel kanak-kanak beliau Pengembaraan Si Belimbing memenangi hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kategori Kanak-kanak Karyanet(DBP2006)

Page 3: Kabus Di Perbukitan

SINOPSIS UMUM “kabus di perbukitan” memaparkan kisah hidup Faridah dan keluarganya. Faridah mempunyai saudara kembar, iaitu Rahayu yang telah meningggal dunia akibat kanser paru-paru. Hidupnya

ibarat ‘jatuh di timpa tangga’ apabila ibu kandungnya, Salmah dan suaminya, Ghazali pula meninggal dunia. Kematian orang-orang yang disayanginya itu menyebabkan dia mengalami

tekanan perasaan.

Faridah telah mendapat peluang berkursus di New Zealand dan menetap di sana. Dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurniakan sepasang anak kembar yang di beri nama Anne dan

Melina.

Melina telah berkahwin dengan Benny berketurunan Arab dan menetap di Marang, Terengganu. Kesibukan Benny dengan hal-hal agama berbentuk ekstremis itu menyebabkan Melina berasa sunyi. Aktiviti Benny bersama-sama dua orang rakannya telah diketahui oleh

pihak berkuasa. Benny melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya. Melina pula membuat keputusan untuk menetap di Dubai bersama-sama suaminya itu.

Faridah terkejut apabila mengetahui bahawa bapa Zain adalah Datuk Azrul yang merupakan bekas kekasih adik kembarnya, Rahayu semasa di university. Hal tersebut menyebabkan Faridah

begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman dan menguruskan perkahwinan Anne dan Zain.

Faridah dan suaminya membuat keputusan untuk menetap di Malaysia dan tinggal di Cameron Highland lantaran suaminya, Soleh telah bekerjasama dengan Datuk Azrul mengusahakan

projek agropelancongan. Anne dan Zain pula menetap di New Zealand untuk menguruskan perniagaan ayahnya.

Page 4: Kabus Di Perbukitan

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1: PUCUK-PUCUK KAYU DI HADAPAN MATANYA

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu

bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula

menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua

memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering

menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan

UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan

pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah

yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

BAB 2: HILANG TANPA JEJAK

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke

Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay

Page 5: Kabus Di Perbukitan

melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis

termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan

pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu.

Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

BAB3 : BERSARANG DI DALAM DADA

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai

lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah

ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr.

Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika

Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

BAB 4: AIR MATA DAN RAMBUT YANG BERGUGURAN

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah

menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca.

Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin

Page 6: Kabus Di Perbukitan

melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu

tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

BAB 5: BUKIT KUTU

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan

peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya

bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu

bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti

meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr.

Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

BAB 6: HANYA PADA HARAPAN

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul

meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit

memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan

Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari

Faridah.

Page 7: Kabus Di Perbukitan

BAB 7: KABUS DI PERBUKITAN

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat

dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu

yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa

bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan

Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan

gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang

diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

BAB 8: TERUS MENCARI

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa

dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke

rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di

Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh

anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah

tersebar ke seluruh negara.

Page 8: Kabus Di Perbukitan

BAB 9: PEKAN SUNGAI KUBU

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay

buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh

Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun,

dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu.

Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah

meninggalkan tempat tersebut.

BAB 10: KAU HADIR DALAM IGAUAN

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan

stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan

oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Page 9: Kabus Di Perbukitan

BAB 11: KASIH IBU SEPANJANG JALAN

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk

membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali

telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai

teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

BAB 12: TEKAD

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini

semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari,

Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang

dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul

menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang

mencabar.

BAB 13: RINDU

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan

kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya.

Page 10: Kabus Di Perbukitan

Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia

sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun

selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu.

Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

BAB 14: IBU, ANGIN TELAH MENDERU PERGI

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya

berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal

dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

BAB 15: 25 TAHUN KEMUDIAN- CINTAKU ABADI

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah

berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia,

Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat

JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan

ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Page 11: Kabus Di Perbukitan

BAB 16:MENGEJAR MIMPI-MIMPI

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah

gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang

begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis

pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak

melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di

Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

BAB 17: PENYEMBELIHAN KAMBING

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh

Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk

menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia

sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya

melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang

Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu

membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Page 12: Kabus Di Perbukitan

BAB 18: TANAH TUMPAH AIR MATA

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa

saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai

pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di

pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang

gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

BAB 19: HATI DAN WARNA KANVAS

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya

menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat

tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi

bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan

dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

BAB 20: PENDATANG

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang

Page 13: Kabus Di Perbukitan

salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu.

Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan

antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk

menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk

membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah

menetap di Malaysia.

BAB 21: TAK INGIN TAHU

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di

samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk

mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

BAB 22: MENGUKUR USIA

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang

tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang

mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat

Page 14: Kabus Di Perbukitan

berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah,

Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya

kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu

Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

BAB 23: MELIHAT DALAM DIRI

Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada

tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima

kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga

pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung

halaman ibunya di Sungai Besar.

BAB 24: LAMBAIAN HATI

Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan mereka.

Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat

Page 15: Kabus Di Perbukitan

Melina yang telah menerap di sana. Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali

kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.

BAB 25: MENGHAPUS DOSA

Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang

bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar

Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka berbual

tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa

tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.

BAB 26: HATI WANITA

Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh

dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya,

Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas anggota Sepcial Branch yang memerangi

komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa minum teh bersama Yusof

Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama menerima kunjungan daripada keluarga Datul

Page 16: Kabus Di Perbukitan

Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne di banglo yang digelar The Golf View Cottage yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu

yang telah meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.

BAB 27: KEMBALI KE ALAM NYATA

Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai

sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan

supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri

kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan

Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit

yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu

bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke

destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang

lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa.

Page 17: Kabus Di Perbukitan

BAB 28: CERITA PENGHUJUNG USIA

Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah

lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan

bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia.

Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.

BAB 29: PASRAH

Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny

begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk

membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak terlibatd alam senarai

tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.

BAB 33: PANGKUAN

Page 18: Kabus Di Perbukitan

Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar

ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak

permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang

bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah

masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan

Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.

BAB 31: ATAS NAMA CINTA

Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu

bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai

orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika

tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh

Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah

bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang

dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.

Page 19: Kabus Di Perbukitan

BAB 32 : BAHAGIA BERSULAM AIR MATA

Soleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat

setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang

ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.

BAB 33: JANJI PADA TANAH INI

Zain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh dan

Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah

air ini.

TEMA

Page 20: Kabus Di Perbukitan

JATI DIRI BANGSA MELAYU

Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya

menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri

a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood.

b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.

c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah

a) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu.

· Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak.

· Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka

di Rosewood

PERSOALAN

a. Sayang akan bangsa dan tanah air

o Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.

b. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak

Page 21: Kabus Di Perbukitan

o Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun

c. Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak

i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun

ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah

bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah )

iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.

d. Pelestarian alam semula jadi

· Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain

demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

e. Kepentingan agama dalam kehidupan

i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun.

ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-

mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

f. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut

i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji Awang (jirannya) penuh berhemah dan

berlemah lembut

agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny (suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan.

g. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam

Page 22: Kabus Di Perbukitan

· Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif . Ditangkap ketika membawa bom di Singapura

h. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian

i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya

memajukan industri tani di Sungai Besar

ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.

iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

a. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian

Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

i. Perkahwinan campur pelbagai bangsa

i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand

ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab

iii. Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu

j. Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain

· Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar

seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang

Page 23: Kabus Di Perbukitan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. WATAK UTAMA

FARIDAH

· Berusia 50 tahun

· Wanita Melayu yamng dibesarkan di kampung

· Anak kepada pasangan Salmah dan Kamarudin

· Pasangan kembar kepada Rahayu

· Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

· Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnsons

· Berasal dari Sungai Besar , Selangor dan bermaustatin di Rosewood, New Zealand

· Mempunyai dua anak kembar iaitu Melina dan Anne

PERWATAKAN FARIDAH

-Bertanggungjawab

· Menjaga ibu yang sakit /sentiasa bersama-sama ibu walaupun sudah bersuami

-Penyayang

· Menyayangi ibunya dan suami (Ghazali) , terlalu sedih apabila ibu dan suami meninggal dunia

· Amat menyayangi kanak-kanak, sayang akan Iqbal anak istimewa JKM

-Cekal/tabah/kuat semangat

· Faridah seorang wanita yang tabah dan cekal.

· Cekal menjalani hidup di bumi Kiwi setelah kematian ibu dan suami (Ghazali)di Sungai Besar , Selangor.

· Tidak pernah pulang ke Malaysia selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons

-Tebal jati diri

Page 24: Kabus Di Perbukitan

· Masih mengekalkan panggilan nama Melayu iaitu Idah walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun

· Masih mengekalkan makanan tradisi Melayu iaitu kari. Anne meminta Faridah memasakkan kari kerana sudah lama tidak makan kari.

· Masih mengikuti irama lagu-lagu Melayu melalui internet

· Sentiasa rindu akan Sungai Besar.

· sering bercerita tentang Sungai Besar kepada anak-anaknya

-kuat pegangan agama

· Bersolat/bersembahyang tahajud pada pukul 4.00 pagi setelah berminpikan arwah Rahayu

· Menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah rendah agama yang terletak 30km dari rumahnya di Rosewood kerana mahu anak-anaknya mendapat pendidikan agama yang baik

-berfikiran terbuka

· Menyetujui perkahwinan Melina dengan Benny seorang warga Dubai berketurunan Arab

-setia

· Isteri yang sangat setia kepada suami. Faridah tidak pernah berenggang dengan Soleh Johnsons yang menetap di New Zealand selama 25 tahun berkahwin walaupun dia sentiasa

merindui kampung halamannya , Sungai Besar.

SOLEH JOHNSONS( SAMEUL JOHNSONS )

Suami Faridah

Ayah kepada Melina dan Anne

Pengusaha ladang biri-biri yang terkenal di Rosewood ( Pusat Penyembelihan Hijrah )

Page 25: Kabus Di Perbukitan

PERWATAKAN SOLEH JOHNSONS

-penyayang

· Sayang akan keluarganya. Membenarkan Melina berkahwin demi melihat anaknya bahagia

-bertanggungjawab

· Seorang ayah yang bertanggungjawab. Memberi didikan agama sejak anak-anak berusia 6 tahun di sekolah rendah agama di Christchurch.

· Mengusahakan Pusat Penyembelihan Hijrah bagi memastikan umat Islam di New Zealand mendapat bekalan daging yang halal.

-Dermawan/pemurah

· Sering menderma bagi aktiviti di Wellington Islamic Center

-Pencinta alam semula jadi/prihatin akan alam semula jadi

· Mengekalkan pokok-pokok merbau dan tualang daripada ditebang semasa projek mendirikan pusat peranginan bersama-sama Datuk Azrul di Tanah Tinggi Loging.

-Bertolak ansur

· Sanggup meninggalkan bumi New Zealand untuk berhijrah ke Cameron Highlands demi memenuhi hasrat Faridah untuk pulang ke Malaysia.

RAHAYU

· Kembar Faridah

· Berpisah dengan Faridah dan ibunya Salmah ketika berusia 7 tahun

· Pelajar tahun dua dalam bidang pembangunan manusia (Fakulti Ekologi Manusia)

· Teman sekuliah Azrul

· Penghidap penyakit kanser

· Kakak kepada tiga orang adik lelaki berlainan ibu, Syuqri,Abdul Rafiq dan Abdul Rashid.

Page 26: Kabus Di Perbukitan

· Dibela oleh Hamidah ibu tirinya setelah berpisah dengan ibunya ,Salmah

PERWATAKAN RAHAYU

-Penyayang

· Amat menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah.

· Sentiasa mengharapkan Faridah selamat kerana hilang semasa kemalangan

-Cekal

· Rahayu cekal melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

SALMAH

Ibu kandung Faridah dan Rahayu

Gadis keturunan Banjar

Berlesung pipit dan bermata sepet, berkulit kemerah-merahan

Isteri kepada Kamarudin kemudian berpisah ketika anak-anaknya berusia 7 tahun

Menetap di Sungai Besar Selangor

Petani/pesawah/bekerja kampung

Penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pengkalan Balak

PERWATAKAN SALMAH

Page 27: Kabus Di Perbukitan

-Penyayang

· Terlalu sayang akan anak-anaknya Faridah dan Rahayu

· Sentiasa bersedih sejak dua tahun kematian Rahayu yang hanya ditemui semula selepas 17 tahun berpisah.

- Cekal/tabah

· Membesarkan Faridah bersendirian di kampung dengan membuat kerja-kerja kampung iaitu bersawah.

-rajin

· Masih rajin bersawah walaupun Faridah sudah bekerja dan mampu menanggung perbelanjaan mereka.

MEJAR (B) KAMARUDIN

Suami Hamidah dan Salmah

Pesara tentera

Ayah kepada Rahayu, Faridah, Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid

PERWATAKAN KAMARUDIN

- Penyayang

· Menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah. Sanggup meredah hutan Bukit Kutu mencari Faridah yang hilang semasa kemalangan di Bukit Fraser.

- Berani

· Berani meredah hutan bersama-sama Buyung untuk mencari Faridah yang hilang

-Suka berfoya-foya

Page 28: Kabus Di Perbukitan

· Ketika masih di dalam perkhidmatan tentera Kamarudin seorang lelaki yang suka menghabiskan masa di kelab malam.

- Berpandangan jauh/berwawasan

· Menabung wang untuk Rahayu melanjutkan pelajaran di bidang perubatan

ANNE

Anak Faridah dan Soleh Johnsons

Saudara kembar Melina

Dilahir dan dibesarkan di New Zealand

Pelajar tahun dua Bachelor of Science Sosial

Isteri kepada Zain

Bermata galak dan wajah putih bersih

Berambut hitam keperangan

Berwajah Melayu-Inggeris

PERWATAKAN ANNE

- Sayang akan asal usul

Anne terasa sayang dan amat teruja untuk melihat rumah pusaka neneknya di kampung ibunya di Sungai Besar, Selangor setelah dibawa pulang oleh ibunya ke sana.

- Berbudi bahasa

· Mengucapkan terima kasih kepada Zain yang membantunya membaiki kereta yang rosak.

ZAIN

Page 29: Kabus Di Perbukitan

Penuntut jurusan pertanian di New Zealand

Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar, Selangor.

Suami Anne

Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New Zealand.

Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor

PERWATAKAN ZAIN

- Berwawasan jauh

· Zain meneruskan perusahaan tani ayahnya dengan mengambil jurusan pertanian di New Zealand.

- Berbudi bahasa

· Menjemput Faridah ke tinggal di kampungnya di Sungai Besar semasa berkunjung ke rumah Faridah.

- Kuat pegangan agama

· Zain tetap bersolat jemaah di masjid di kampungnya ketika pulang bercuti bersama-sama ayahnya dan pendudukm kampung.

- Tinggi jati diri bangsa

· Masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan Melayu walaupun menuntut di luar negara - Pulang ke Sungai Besar, Selangor untuk mengurus perkahwinannya dengan Anne.

· Meminta pandangan ayah dan ibu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan

Anne gadis New Zealand berketurunan Melayu..

· Suka akan keindahan bendang/sawah di kampung

MELINA

Kembar Anne

Page 30: Kabus Di Perbukitan

Anak Faridah dan Soleh Johnsons

Isteri Benny ( Jabbar al-Anbia )

Pembantu pelukis pelan di syarikat pembinaan Redwood Building, Auckland.

Gagal dalam pengajian tahun pertama di Universiti Canterbury

Berhijrah ke Marang Terengganu, mengikut suami Benny yang bekerja di Malaysia

Pandai melukis

PERWATAKAN MELINA

- Peramah

· Mudah berkawan . Melina mudah menjalinkan persahabatn dengan Benny walaupun baru berkenalan di Gloria Coffee Bean.

- Setia

· Isteri yang setia dan taat akan suami. Mengikut Benny berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin.

· Berhijrah ke Dubai untuk bersama-sama Benny yang telah pulang ke tanah airnya Dubai setelah terperangkap dengan kegiatan militan Mohd. Attar.

- Berani

· Berani memandu seorang diri ke Camerons Highlands untuk bertemu dengan ibu dan ayah setelah ditinggalkan Benny tanpa khabar berita

· Berani membuat keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan.

- Bijak

Melina melaporkan kehilangan Benny kepada Inspektor Radzi dan memberi maklumat-maklumat penting bagi mengesan kehilangan suaminya.

- Berpegang teguh pada agama

Page 31: Kabus Di Perbukitan

Mengerjakan sembahyang di Pekan Batang Kali ketika dalam perjalanan ke Camerons Highlands

Mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan.

BENNY ( JABBAR AL-ANBIA)

Suami Melina

Bangsa Arab Dubai

Belajar di London

Pewaris empayar minyak An Anbia Family Limited

Gemar belayar dengan kapal layar

Disyaki terlibat dengan kumpulan militan

Berhijrah ke Terengganu , Malaysia untuk menerajui bahagian operasi syarikat Teguh

Emas Berhad

PERWATAKAN BENNY

- Penyayang

· Benny amat menyayangi Melina isterinya , menyediakan sebuah rumah yang cantik di hadapan pantai Marang, Terengganu.

- Berterus terang

· Amat berterus terang tentang hal peribadi semasa bertemu Melina di Gloria Coffee Bean- memberitahu Melina kegemarannya dengan aktiviti belayar dengan kapal layar dan ntelah

menempah sebuah kapal layar di Terengganu

- Mudah mempercayai orang lain

· Benny amat mempercayai pendapat Mohamed Attar walaupun diingatkan oleh Melina tentang sifat radikal Mohamed Attar. Akhirnya dia terperangkap apabila disyaki terlibat dalam

kumpulan militant dan terpaksa melarikan diri dari

Page 32: Kabus Di Perbukitan

PLOT

Perkembangan/pengenalan

Peristiwa-peristiwa penting dalam permulaan

i. Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi

ii. Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria diuniversiti Putera Malaysia

iii. Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.

iv. Mereka kemudian ke perpustakaan .

v. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan

vi. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.

vii. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan

sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.

Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

PERKEMBANGAN

1. Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak.

Page 33: Kabus Di Perbukitan

2. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah

3. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun

4. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser

5. Keadaan Rahayu semakin serius .

6. Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu

7. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu

8. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and collector

9. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi

10. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.

11. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser

12. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur

13. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan

Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan

14. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung,

15. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .

16. Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .

17. Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.

18. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.

Page 34: Kabus Di Perbukitan

19. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )

20. Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh

dan menongkah air yang deras.

21. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.

22. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.

23. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.

24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.

25. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.

26. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan

27. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu,

28. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.

29. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu.

30. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.

31. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.

32. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai

33. Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.

34. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar

35. Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.

Page 35: Kabus Di Perbukitan

36. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama

penduduk tempatan.

37. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul

38. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .

39. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.

40. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu

membimbing mereka ke arah kebaikan.

41. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron

Highlands.

42. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.

43. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.

44. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

PERUMITAN

1. Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.

2. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.

3. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam.

4. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan

kasino di Pulau Sentosa.

Page 36: Kabus Di Perbukitan

5. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.

6. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.

7. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah.

8. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan.

9. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman

10. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru.

11. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

PUNCAK

a. FARIDAH , SOLEH JOHNSONS DAN ANNE PULANG BERCUTI DI MALAYSIA UNTUK MELAWAT MELINA DAN MEMBINCANGKAN PERKAHWINAN ANNE DENGAN ZAIN. KEPULANGAN FARIDAH

TELAH MEMPERTEMUKAN SEMULA FARIDAH DENGAN AZRUL DAN KERINDUAN FARIDAH TERHADAP KAMPUNG HALAMANNYA SUNGAI BESAR SEMAKIN MENDALAM.

b. MUHAMMAD ATTAR DITANGKAP OLEH PIHAK INTERPOL KERANA CUBAAN MELETUPKAN SEBUAH KASINO DI PULAU SENTOSA. PADA MASA YANG SAMA MELINA MELAPORKAN

KEHILANGAN BENNY KEPADA PIHAK POLIS DI MARANG, TERENGGANU

C.PERKAHWINAN ZAIN DAN ANNE YANG MELAKAR SEJARAH DUA BUAH NEGARA.TETAMU PELBAGAI BANGASA DARI LUAR NEGARA HADIR.HOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH REHAT,

Page 37: Kabus Di Perbukitan

CALET SEKITAR TELUK INTAN, SABAK BERNAM DAN SUNGAI BESAR HABIS DITEMPAH. PERKAHWINAN MENDAPAT LIPUTAN SEBUAH STESEN TELEVISYEN.....

“PERKAHWINAN DUA NEGARA.”

FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA.

d.SOLEH DAN MELINA KE DUBAI UNTUK BERTEMU BENNY SETELAH DIHUBUNGI OLEH KELUARGA JAAFAR AL ANBIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA BENNY KELUAR DARI

MALAYSIA SECARA RAHSIA. BENNY TIDAK BOLEH MENINGGALKAN DUBAI KERANA TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI OLEH AMERIKA SYARIKAT.MELINA

MENETAP DI DUBAI BERSAMA-SAMA BENNY

PELERAIAN

1 Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan

2. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .

3. Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.

4. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.

6. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.

7. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.

8. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai

9. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.

10. Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)

11. Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur

12. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.

Page 38: Kabus Di Perbukitan

13. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

TEKNIK PLOT

DIALOG

Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang

Contoh:

“Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama

ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang.” Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya

berlaku.

2. MONOLOG

Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati

Contoh:

“Selamat tinggal Melina.” Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya

sendiri.

Muka suarat 214

“Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek,” bisik Melina.

Muka surat 230

3.IMBAS KEMBALI

Contoh:

Page 39: Kabus Di Perbukitan

Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka

berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun.

Muka surat 101

4.IMBAS MUKA

Contoh:

Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga,

menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu,

barangkali menantinya pulang.

Muka surat 12

5.PEMERIAN

Contoh:

Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Mampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang

kampung Parit Tiga.

Muka surat 13

6.SUSPENS

Contoh:

Page 40: Kabus Di Perbukitan

“Saya dengar kakak orang Selangor juga,” kata Datin Aisyah memulakan perbualan.

“tentu datin tertanya-tanya,” balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.”

“Masya-Allah, sekampung rupanya kita,” balas Datul Azrul kagum. “Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .”

-Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.

Muka surat 205

E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-

rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya.

-Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik.

Muka surat 208

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.

-Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.

Muka surat 228

7.KEJUTAN

Contoh

“Mungkin sudah takdirnya di sini,” balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. “Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .”

“Datuk kenal arwah adik saya?”

Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.

“Tentu Faridah ingat saya juga – Azrul... .”

Page 41: Kabus Di Perbukitan

Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. “Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang

saya tidak dapat bersama... .”

-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.

Muka surat 206

Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli

-Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu.

Muka surat 68

Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu

-Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser

Muka surat 73

Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking

-Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat.

Muka surat 83

8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK

Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa

Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun.

Page 42: Kabus Di Perbukitan

KISAH 1

Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Dia

melihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu

terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun

kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai.

Pada masa yang sama Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya

berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri.

Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.

KISAH 2

Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk

menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.

Page 43: Kabus Di Perbukitan

Latar tempat

DI RUMAH SALMAH

- Rahayu dibawa pulang oleh Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.

- Jenazah Rahayu disemadikan di Sungai Besa

BUKIT KUTU

- Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal

-kawasan hutan yang sangat tebal

-kawasan rizab hidupan liar sejak zaman British

-Kamarudin dan Buyung memulakan tugas mencari Faridah di sini

Bukit Fraser ke Bukit Kutu

PEKAN SUNGAI KUBU

- Berdekatan Bukit Kutu

- Tempat perniagaan

HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM, CHERAS)

- Tempat Rahayu dirawat di wad merah jambu kerana menghidap kanser di leher.

HOSPITAL KUALA LUMPUR

- Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung

- Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi ( bawah sedar )

- Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma.

- Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma.

Page 44: Kabus Di Perbukitan

MARANG TERENGGANU

- Tempat tinggal Melina dan Benny

- Benny bekerja di Trengganu

- Banglo Melina di hadapan pantai Marang

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

- Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)

- Kawasan peranginan tanah tinggi kegemaran pelancong

- Berdekatan dengan tanah Tinggi Lojing , Gua Musang, Kelantan

- Tempat pertemuan semula Faridah dengan Azrul (teman sekuliah Rahayu)

- Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons.

- Banyak bangunan kolonial British

TANAH TINGGI LOJING

- 500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat

agropelancongan tanah tinggi.

- Usahasama dengan Soleh Johnsons.

SUNGAI DUA

-Perkampungan orang asli

-Faridah dan Iqbal ditemui merayau-rayau di Sungai Dua oleh penduduk Orang Asli

-Kamarudin dan Buyung bertemu Faridah yang tidak sedar diri di rumah Tok Batin Senik.

Page 45: Kabus Di Perbukitan

BANGLO MILIK MELINA DI MARANG

-Tempat tinggal Melina di Malaysia

-terletak di hadapan Pantai Marang Terengganu

-tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

DI NEW ZEALAND

1. ROSEWOOD , CHRISTCHURCH

- Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun

- Berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons )

- Pusat penternakan kambing biri-biri

2. AUCKLAND

- Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan

- Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean

DUBAI

-tempat kelahiran Benny

-tempat Melina melahirkan anak pewaris empayar minyak An Anbia

Family Limited Company ( Said An Anbia )

-tempat tinggal Melina dan Benny

Page 46: Kabus Di Perbukitan

LATAR MASYARAKAT

a. Masyarakat Melayu di perkampungan Melayu

-Faridah dan Salmah tinggal di Kampung Parit Tiga , Sungai Besar Selangor

-Salmah seorang pesawah di Sungai Besar

b. Masyarakat Petani/Penternak

- Soleh Johnsons seorang penternak berjaya di Christchurch, New Zealand. Memiliki Pusat Penyembelihan Hijrah untuk orang Islam di New Zealand

- Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar

c. Masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan

- Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut

- Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di temapat tinggalnya semasa hari Raya

d. Masyarakat Melayu di bawah penjajahan British

- Masyarakat Melayu semasa penjajahan British ditadbir oleh Tuan Cecil Renking

- Menjalankan aktiviti perlombongan di Hulu Sungai Selangor

e. Masyarakat Islam yang radikal dan agresif

- Mohd. Attar seorang lelaki keturunan Arab yang berpandangan radikal dan terlibat dalam gerakan militant Islam

f. Masyarakat berbilang bangsa dan budaya

- Muslim berbangsa Eropah di Cameron Highlands seperti

Yusuf Jensen (Belanda),Musa Surray (Scotland), Ahmad Raffles (Australia) dan Ariff Carlsons (Britain)

- Muslim Arab di Malaysia seperti Benny dan Mohd. Attar

- Melayu-Inggeris iaitu Melina dan Anne

Page 47: Kabus Di Perbukitan

g. Masyarakat yang prihatin

- Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah (anaknya) menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri.

- Seorang wanita di masjid di Pekan Batang Kali bertanya Melina tentang perjalanannya ketika melihat Melina seorang diri di situ.

h. Masyarakat yang bertanggungjawab

- Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun sudah hampir 14 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya itu.

- Pasukan Perhilitan, orang asli Senoi Praak, Ketua Inspektor Aznil dari Polis Diraja Malaysia , Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan RELA menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal selama

dua minggu dalam Ops PDK.

i. Masyarakat berpendidikan tinggi

-Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia.

-Anne penuntut tahun dua universiti di Christchurch

-Benny mendapat pendidikan di London.

j. Masyarakat Penyayang

-Faridah dan Mastura berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat mendidik anak-anak istimewa.

-Faridah menyayangi anak-anak istimewa Iqbal.

k. Masyarakat yang menyayangi alam sekitar

§ Soleh Johnsons tidak mahu menebang pokok-pokok balak yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing semata-mata untuk memajukan kawasan peranginannya.

§ Pokok merbau dan tualang dikekalkan walaupun kos pembinaan kpusat peranginannya meningkat.

Page 48: Kabus Di Perbukitan

§ Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu menjalankan pertanian di Tanah Tinggi Lojing kerana aktiviti tersebut akan merosakkan alam semula jadi.

§ Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan pusat peranginan

§ berkonsepkan agropelancongan.

l. Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu

- Datuk Azrul tinggal di kampung dan mengusahakan sektor pertanian walaupun bergelar siswazah

- Datu Azrul sentiasa berpesan kepada Zain agar pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di New Zealand.

- Faridah masih makan masakan Melayu daan menyediakan masakan kari untuk akeluarganya di New Zealand.

- Faridah sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya.

- Faridah masih mengekalkan panggilan nama Idah walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand

- Faridah pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun merantau di New Zealand.

m. Masyarakat yang longgar pegangan agama

- Melina minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya

- Benny mengaku bahawa dia meminum arak walaupun dilarang oleh agama Islam.

- Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak

n. Masyarakat yang taat akan agama

- Faridah taat mengerjakan solat Subuh dan tahajud

LATAR MASA

Page 49: Kabus Di Perbukitan

Waktu Pagi

- Rahayu bangun pada pukul 6.00 pagi dan terasa sakit di leher

- Rahayu tiba di perpustakaan pukul 8.00 pagi

- Rahayu pengsen di perpustaakaan

- Faridah dan Iqbal mendapat kemalangan pad masa yang sama rahayu pengsan

- Salmah meninggal dunia pada subuh pagi selepsa faridah selesai menunaikan solat Subuh

- Faridah mengelamun di rumahnya di Rosewood, Christchurch ,New Zealand- merindui Senmenanjung Malaysia.

- Kamarudin dan Buyung meneruskan perjalanan ke Sungai Dua dari Bukit Kutu untuk menjejaki Faridah dan Iqbal

- Benny tergesa-gesa meninggalkan rumahnya di Marang setelah mendapat berita tentang penangkapan Mohd. Attar.

- Zain berbual dengan ayahnya Datuk Azrul tentang kemajuan sektor pertanian, masalah tenaga buruh di sektor pertanian dan hasratnya berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris

Melayu.

Waktu malam

- Salmah mengadakan bacaan yasin diketuai Pak Imam Sohod setelah mendengar berita kehilangan Faridah.

- Khadijah meyakinkan Melina bahawa dia tetap orang Melayu walaupun tidak dilahirkan di Malaysia

Sebulan

- Faridah dan Iqbal hilang selama sebulan di hutan sebelum ditemui di Sungai Dua oleh orang Asli .

Page 50: Kabus Di Perbukitan

Masa penjajahan British

- Faridah dan Iqbal berada di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Baru semasa zaman penjajahan Inggeris. Bertemu dengan Tuan Cecil Renking, magistret dan pemungut cukai bagi pihak Sultan

Selangor.

25 tahun selepas berhijrah ke New Zealand

- Faridah bersuamikan Soleh Johnsons dan mempunyai dua orang anak kembar Anne dan Melina

- Anak-anaknya bertemu jodoh dengan orang Arab dan Melayu

- Faridah pulang dan menetap di Malaysia

25 tahun sebelum berhijrah ke New Zealand

- Faridah tinggal di Sungai Besar bersama-sama ibu

- Berkahwin dengan Ghazali

- Suaminya Ghazali meninggal setahun selepas ibunya Salmah meninggal.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan Bahasa Inggeris

Contoh:

wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House

2. Peribahasa

Contoh:

Peribahasa Melayu– Masa itu emas

Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala

jika kita lambat bertindak.

- Perahu sudah di air, pendayung di tangan

Page 51: Kabus Di Perbukitan

3. Personifikasi

Contoh :

cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan

cuaca yang begitu dingin menggigit

Senja merangkak tua…

4. Hiperbola

Contoh:

dosa-dosaku sudah melaut banyaknya…

tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

5. Simpulan bahasa

Contoh:

buah mulut

6. Simile

Contoh :

… bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam

… tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

7. Metafora

Contoh:

peti kenangan

Lipatan ingatan

8. Sinkope (singkatan perkataan)

Contoh:

…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”

Page 52: Kabus Di Perbukitan

Nilai

1. Nilai kasih sayang.

Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

2. Nilai ketabahan.

Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

3. Nilai kegigihan.

Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

4. Nilai bertanggungjawab

Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

5. Nilai cinta akan tanah air

Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

6. Nilai taat akan ajaran agama

Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

7. Nilai mengamalkan budaya bangsa

Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

8. Nilai berdikari

Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan

hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Page 53: Kabus Di Perbukitan

9. Nilai cinta akan alam sekitar.

Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan

sitrus dan taman-taman bunga.

Pengajaran

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.

Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.

Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.

Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.

Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.

Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Page 54: Kabus Di Perbukitan
Page 55: Kabus Di Perbukitan
Page 56: Kabus Di Perbukitan
Page 57: Kabus Di Perbukitan
Page 58: Kabus Di Perbukitan
Page 59: Kabus Di Perbukitan
Page 60: Kabus Di Perbukitan
Page 61: Kabus Di Perbukitan
Page 62: Kabus Di Perbukitan
Page 63: Kabus Di Perbukitan
Page 64: Kabus Di Perbukitan
Page 65: Kabus Di Perbukitan
Page 66: Kabus Di Perbukitan
Page 67: Kabus Di Perbukitan
Page 68: Kabus Di Perbukitan
Page 69: Kabus Di Perbukitan

Terengganu.

- Bertanggungjawab

Melina dibawa pulang ke Dubai bagi memastikan keselamatannya kerana Benny tidak lagi boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenarai sebagai ahli kumpulan militan yang dikehendaki

oleh Amerika Syarikat

Page 70: Kabus Di Perbukitan
Page 71: Kabus Di Perbukitan
Page 72: Kabus Di Perbukitan
Page 73: Kabus Di Perbukitan
Page 74: Kabus Di Perbukitan
Page 75: Kabus Di Perbukitan
Page 76: Kabus Di Perbukitan
Page 77: Kabus Di Perbukitan
Page 78: Kabus Di Perbukitan
Page 79: Kabus Di Perbukitan
Page 80: Kabus Di Perbukitan
Page 81: Kabus Di Perbukitan
Page 82: Kabus Di Perbukitan
Page 83: Kabus Di Perbukitan
Page 84: Kabus Di Perbukitan