kaedah menghafaz
DESCRIPTION
pendidikan islamTRANSCRIPT
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : Abu Bakar Bin Jamhari
Tarikh : 05 SEPTEMBER 2014
HALAMAN JUDUL
PQE 3043E
HAFAZAN AL-QURAN
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
SOALAN TUGASAN
MENYEDIAKAN NOTA PANDUAN.
1) Meyediakan nota panduan lengkap tentang kaedah penghafalan al-quran
secara sistematik
2) Menulis refleksi terhadap pengalaman menguasai penghafalan berkenaan
ayat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Refleksi mengandungi perkara
yang mengukuhkan hafazan, punca yang menghilangkan hafazan dan kaedah
mengatasinya.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
i. Halaman pengakuan
ii. Halaman judul
iii. Soalan Tugasan
iv. Senarai kandungan
v. Penghargaan
1.0 Pendahuluan
2.0 Panduan hafazan secara sistematik
3.0 Refleksi
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami
membuat tugasan yang telah diberikan kepada kami. Alhamdulillah dengan izin Allah
dan bantuan daripada pelbagai pihak, kami akhirnya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Pendek (KKP) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari
2012 bagi mata pelajaran Hafazan Al-Quran dengan sempurna. Secara
keseluruhannya kerja kursus ini berkaitan dengan satu topik yang berkaitan dengan
bidang Pendidikan Islam.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing,
Ustaz Asad bin Awang kerana tidak jemu-jemu membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa pensyarah pembimbing, tidak
mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Semoga tugas
yang diamanahkan oleh beliau ini sedikit sebanyak dapat membantu kami
memahami dengan mendalamkan lagi untuk diajar disekolah nanti. Beliau juga
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
sangat prihatin dan sanggup membimbing bagi menyempurnakan tugasan ini. Kami
sangat bersyukur dan berbangga kerana dapat menjadi pelajar di bawah bimbingan
beliau.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kami tujukan kepada pihak pusat sumber
ilmu IPG Kampus Ipoh yang telah banyak menyumbang dalam proses
penyempurnaan tugasan ini. Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini, pelbagai
kemudahan prasarana serta infrastruktur telah disediakan oleh pihak pengurusan
institut dengan kerjasama pihak pusat sumber ilmu seperti skim pinjaman buku-buku
rujukan, kemudahan komputer serta rangkaian internet dan sebagainya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak membantu kami
dari segi kewangan dan dorongan semangat untuk kami menyempurnakan tugasan
ini. Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini. Kami bergerak secara kobaloratif
untuk mendapatkan sebanyak mungkin bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
yang dibincangkan. Kami mendapatkan bahan-bahan tersebut dari sumber bacaan
dan juga internet. Kami sangat bersyukur kerana mempunyai rakan guru pelatih
yang sanggup mengorbankan sedikat masa dalam memberi tunjuk ajar.
Akhir kalam, kami mengharapkan agar Allah memberkati serta merahmati
mereka yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang
kami siapkan tugasan ini. Semoga usaha ini termasuk sebagai amalan yang ikhlas
demi mengharapkan keredhaan-Nya.
Sekian, terima kasih
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Pendahuluan
Kita sudah mengetahui bahwa Al-Qur'an yang ada di tangan kita hari ini sama seperti
Al-Qur'an yang dibaca oleh para sahabat dahulu. Sungguh Al-Qur'an telah
menjadikan mereka sebuah generasi yang istimewa, namun :
1. Adakah perubahan itu berlaku pada diri kita?
2. Mengapa Al-Qur'an tidak dapat mengulangi kembali apa yang dilakukannya
terhadap generasi terdahulu?
3. Adakah sudah tidak wujud lagi orang-orang yang seperti mereka?
Sebenarnya, itulah yang sepatutnya berlaku kerana mu'jizat Al-Qur'an kekal abadi
hingga ke hari kiamat, jadi kalau begitu maka kesalahan itu ada pada diri kita.
Di zaman ini kita dapat menemui Al-Qur'an di setiap rumah seorang muslim dan
dapat mendengarkan siaran-siaran yang bermanfaat tentang kajian Al-Qur'an dan
keislaman di berbagai saluran television dan radio. Bahkan di saat ini terdapat
puluhan ribu atau ratusan ribu orang yang hafal Al-Qur'an yang mana belum pernah
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
berlaku kepada generasi pertama umat ini (generasi sahabat), namun mengapa
ummat ini tidak mendapatkan apa yang di dapatkan oleh para pendahulu mereka,
padahal begitu besar perhatian kita terhadap Al-Qur'an?
Mengapa ini berlaku?
Hakikatnya kerana kita tidak memenuhi syarat-syarat yang kita perlukan agar Al-
Qur'an menancapkan mu'jizatnya pada diri kita dan agar ia mengubah diri kita.
Perhatian kita terhadap Al-Qur'an hanya sebatas perhatian terhadap lafaz-lafaznya
sahaja di mana perkataan “Mengajarkan Al-Qur'an” juga disempitkan maknanya
dengan mengajarkan huruf-huruf dan cara pengucapan yang benar tanpa
mengajarkan kandungannya.
Begitu juga yang menjadi pendorong utama dalam membacanya disebabkan ingin
memperolehi pahala yang banyak tanpa memperhatikan makna-makna di sebalik
ayat-ayat itu. Makna-makna yang jika seseorang merenungkannya akan
membuatkannya merasa lega dari kepenatan dunia saat ia membaca Al-Qur'an.
Sungguh aneh keadaan diri kita ketika merasa begitu senang melihat betapa ramai
dari kita yang membaca tanpa mengetahui kandungannya bahkan sudah menjadi
kebiasaan kita, mencari siaran-siaran Al-Qur'an kemudian membiarkan qari’
melantunkan ayat-ayat Al-Qur'an dan meninggalkannya bersama dinding, sedangkan
kita disibukkan kembali oleh pekerjaan kita.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Membersihkan diri dari segala hadas.
Memakai wangi-wangian.
Bersugi atau memberus gigi.
Berwudhuk.
mushaf yang biasa digunakan
Memilih tempat yang sesuai
pilih guru untuk memperdengarkan bacaan
Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
Panduan menghafaz al- Quran
PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL QURAN
PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
Diri seharusnya dalam keadaan suci dari hadas besar atau kecil sebelum
mula menghafaz al-Quran
2. Memakai wangi-wangian.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Seelok-eloknya disarankan agar dalam keadaan wangi dan bersih. Ini kerana
ianya membantu dalam menenangkan fikiran penghafaz.
3. Bersugi atau memberus gigi.
Disarankan agar setiap penghafaz membersihkan mulut sebelum memulakan
hafazan
4. Berwudhuk.
Ianya merupakan perkara sunat sebelum memulakan pembacaan al-quran
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
Digalakkan menggunakan mushaf yang selalu digunakan seperti mushaf
rasm uthmani. Pastikan tulisan mudah dibaca.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
Tempat yang dipilih hendaklah sesuai seperti di masjid atau musolla. Ini
kerana terdapat ketenangan disitu.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu
yang dicadangkan:
Selepas subuh dan maghrib
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
Kaedah tasmik sangat membantu dalam proses penghafalan.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
Niat yang baik akan membantu penghafal mudah untuk mengingat ayat
hafazan.
CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang.
Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 /
dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal
lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati
dengan bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertama
yang ingin dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang
sebelumnya sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan
yang sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan
pada ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan
urutan ayat satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan
tiga sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin
hafalan tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu
hafalan yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama
pada hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan
dengan penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara
kalam Allah.
SELEPAS MENGHAFAL :
I. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang
baik untuk dibaca :
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
ھمالل �ماما ونورا �القرآن� واجعلھ لنا إ ارحمنا ب وھدى ورحمة
منا م�نھما جھ�لناینا وعلرنا م�نھما نس ذكھمالل�الوتھ أناء الل ھار�یل� وأطراف النوارزقنا ت
العالم�ین. ة یا ربواجعلھ لنا حج“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang.
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.
II. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap
hari ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
III. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan hikmah
yang terkandung di dalam setiap ayat.
IV. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan
dan berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN
a. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
b. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang haram,
begitu juga yang syubhat.
c. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan
menunaikan solat malam.
d. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam bentuk
perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah
sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
e. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
f. Rajin berpuasa sunat.
g. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana habuan
dunia dan sebagainya.
h. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Alhamdulliah, bersyukur kehadrat ilahi, selawat dan salam kepada nabi junjungan
akhir zaman, nabi Muhammad S.A.W, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak yang sudi membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya
pensyarah pembimbing, Ustaz Asad bin Awang yang banyak membantu dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan- rakan yang banyak
berkongsi ilmu pengetahuan. Sesungguhnya jasa dan bantuan kalian akan dirahmati oleh
Allah S.W.T.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa saya
tempuhi bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa topik yang
dibincangkan dalam tugasan ini sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita
seharian. Dengan kehadiran pelbagai tugasan longgokan kerja kursus ianya agak
membebankan. Namun saya sedar bahawa untuk menjadi pendidik inilah pengorbanan yang
perlu dipikul agar menjadi pendidik yang cemerlang.
Bagi subjek hafazan Al-Quran (PQE 3043E) saya telah berpeluang memperolehi
pelbagai input yang berguna yang dikira sangat bermanfaat untuk dijadikan bekalan apa bila
menjadi seorang guru kelak. Antara manfaat yang dilihat sangat berharga ialah saya dapat
menghafaz al-Quran dalam kadar yang saya kira memuaskan bagi diri saya. Walaupun
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
rekod penghafalan saya dilihat tidaklah sebegitu gah jika dibandingkan dengan sahabat yang
lain, namun saya bersyukur kerana saya mampu mendapat sedikit walaupun bukan
keseluruhannya. Pada saya usaha ini sangat bermakna bagi diri saya.
Antara pengalaman yang saya rasa begitu bermanfaat ialah bagaimana menangani
kesukaran untuk menghafal surah yang panjang seperti surah Lukman. Disini saya dapat
mengesan kelemahan yang terdapat dalam diri saya iaitu saya lemah dalam mengingat ayat-
ayat yang panjang. Oleh itu, antara cara yang saya lakukan bagi mengatasi kesukaran ini
ialah dengan cara mengulang ayat tersebut berates-ratus kali. Alhamdulillah dengan izin
Allah saya mampu untuk mengingat walaupun tidaklah sebaik mana.
Selain itu, saya juga dapat megesan kelmahan saya dalam menghafal perkataan
yang jarang didengar dan dibaca. Kesukaran ini menyebabkan saya lambat untuk menghafal
surah tersebut. Maka tindakan yang saya ambil bagi menangani masalah ini ialah dengan
melihat maksud perkataan atau ayat tersebut. Ternyata ianya sangat membantu saya dalam
proses penghafalan berlaku.
Bagi saya kaedah yang sangat berkesan dalam memperkukuhkan hafazan ialah
dengan cara pengulangan. Benar kata orang, untuk menghafal suatu perkara yang tidaklah
sangat meyusahkan tetapi untuk menjaga hafazan merupakan perkara yang sangat sukar
untuk dilaksanakan. Oleh itu ,tiada cara lain yang dilihat mampu untuk mengukuhkan
hafazan melainkan dengan pengulangan bacaan sama ada dalam solat ataupun semasa
membuka mushaf. Selain itu, saya juga merasakan dengan cara mendengar surah tersebut
didalam mp3 juga dilihat membantu dalam mengukuhkan hafazan.
Antara punca yang dapat saya simpulkan apakah punca hafazan hilang ialah satu
penyakit yang ada pada diri saya iaitu malas. Ini adalah factor utama mengapa hafazan
hilang. Dalam diri saya ilah malas membaca dan mengulang bacaan. Benar kata orang kalau
malas kita yang rugi. ternyata saya rasa sangat rugi kerana sikap malas yang terdapat di
dalam diri saya. Oleh itu ubat kepada penyakit malas ini ialah berubah, langkah yang saya
rasa perlu dilakukan oleh diri saya iaitu berubah. Moga-moga saya diberi kesedaran lebih
awal agar berubah kepada yang lebih baik. Amin.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syukran jazila kepada individu-
individu yang terbabit secara langsung ataupun tidak langsung dalam saya menyiapkan
tugasan ini. Sekian wasalam.
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E)
Yang benar,
………………………………
( ABU BAKAR BIN JAMHARI)
Rujukan
Al- Quran karim
Ahmad muhamad saleh (2012), metodologi dan pedagogi pendidikan islam. Oxford
fajar edisi kedua. Kuala Lumpur
ululalbabkoputra.blogspot.com
http://www.madrasahannuur.com/galeri/tips-hafazan-al-quran/
http://www.kaedahjibril.com/ebookkj.html
http://arabmykrk.com/islam-%D8%A7%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85/artikel/
teknik-berkesan-untuk-menghafal-al-quran-siri-2.html#.VBCISWcUNLg
Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) Abu Bakar