kaedah penjagaan dan pencegahan mulut

Upload: mohamad-firdaus

Post on 18-Jul-2015

289 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAEDAH PENJAGAAN DAN PENCEGAHAN MULUT

PENGENALAN Mulut merupakan organ

badan yang berbentuk bukaan pada badan yang membenarkan sesuatu organisma menerima makanan. Penjagaan dan pecegahan mulut merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan mulut serta menghindari daripada sebarang penyakit

KAEDAH PENJAGAAN MULUTAnda perlu memeriksa mulut anda dan biasakan dengan keadaan dalam mulut anda dan beritahu tentang apa sahaja masalah dengan segera. Dengan menjaga mulut, anda boleh mencegah gigi daripada rosak, sakit mulut dan penyakit gusi. Menjaga mulut dan gusi Berus gigi dan lidah dengan lembut selepas setiap kali makan dan sebelum tidur menggunakan berus gigi yang paling lembut dan ubat gigi yang mengandungi banyak fluorida. Tukar berus gigi tiga bulan sekali atau lebih awal. Pastikan anda gosok gusi. Jika mulut anda terlalu sakit, atau gusi anda berdarah, celup berus gigi ke dalam air suam sebelum menggosak gigi.

Jika anda dapati ubat gigi biasa terlalu kuat untuk anda, cuba gunakan

ubat gigi kanak-kanak atau gel. Jika boleh, bersihkan gigi dengan benang pembersih gigi atau flos sekali

sehari untuk mengeluarkan plak gigi. Bagi mengurangkan gigi daripada rosak, elakkan daripada meminum air

berkarbonat atau minuman manis. Pilih gula-gula tanpa gula jika perlu.

Janganlah tidak menggosok gigi. Beritahu kepada doktor

Jika berasa loya, beruslah gigi anda bila anda berasa boleh berbuat demikian.

Menjaga gigi palsu Berus gigi palsu setiap hari menggunakan air, sabun atau

ubat gigi yang kasar atau Ubat gigi khas untuk gigi palsu. Rendamkan gigi palsu dalam air yang dicampurkan dengan cuka - bahagian cuka dicampurkan dengan bahagian air.

Tanggalkan gigi palsu apabila hendak membersihkannya. Basuh gigi palsu dengan air setipa kali selepas makan

untuk membersihkan segala sisa makanan yang terlekat pada gigi palsu. hendak tidur malam.

Jika berdarah di dalam mulut, keluarkan gigi palsu apabila

Menjaga bibir Sapukan balm aloe vera dan vitamin E pada bibir yang

kering. Jangan gunkan vaselin kerana vaselin boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Berhenti merokok Orang yang berhenti merokok kurang mengalami

masalah mulut. Mintalah doktor yang merawat kanser anda membantu anda untuk berhentimerokok

Langkah- langkah PencegahanSakit mulut/sakit tekak Gunakan ubat kumur antibakteria jika terlalu sakit apabila memberus gigi. Jangan gunakan ubat kumur yang mengandungi alkohol. Minta doktor gigi anda rekomenkan ubat kumur tanpa alkohol. Ubat kumur yang melegakan boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan sudu kecil garam dan sudu kecil soda penaik dengan satu cawan air suam. Anda boleh gunakannya sekerap yang diperlukan. Tanya doktor tentang ubat yang dapat membatu anda untuk mengurangkan kesakitan. Makanlah makanan yang lembut dan mudah dikunyah serta makanan dan minuman yang suam. Elakkan daripada meminum minuman yang mengandungi alkohol, makanan pedas, masam atau rangup atau minuman yang menyakitkan mulut.Servicesmendidik, menyokong dan memperkasa

Mulut kering/air liur pekat Pastikan bibir dan mulut anda sentiasa lembap Teguk air sekerap mungkin atu hisap ketulan kecil ais. Hisap gula-gula tanpa gula. Potong makanan kecil-kecil atau kisar makanan. Lembapkan makanan dengan mencampurkan kuah atau sos padanya. Minum semasa makan. Elakkan alkohol dan kafein. Gunakan air liur buatan; tanya doktor gigi anda tentang hal ini. Lidah kesat Berus lidah anda menggunakan berus gigi yang lembut setiap kali lepas makan dan sebelum tidur. Muntah-muntah Selepas muntah berkumurlah dengan air atau campuran sudu soda penaik dan satu cawan air suam.

Bilakah perlu berjumpa doktor Periksa mulut anda. Bukan semua masalah mulut akan sakit. Pergilah

berjumpa doktor jika anda nampak apa-apa perubahan yang anda tidak pasti, jika masalah lama menjadi semakin teruk atau apabila anda baru nampak masalah yang berikut: Bilakah anda perlu berjumpa doktor tentang masalah mulut? Tompok-tompok merah/putih di dalam mulut; Ulser di dalam mulut; Tulang rahang kelihatan; Sakit dalam mulut; Susah hendak makan dan minum; Otot yang digunakan untuk mengunyah berasa kejang; Berdarah di dalam mulut; Ada benjolan di dalam mulut.

Kanser mulutKanser mulut Kanser di Malaysia Kanser mulut di Malaysia berada di tangga keenam 5.2% ditemui di kalangan lelaki India dan 7.7% di kalangan wanita India. Definisi kanser mulut Ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam kawasan mulut. Adakah kanser mulut boleh dicegah? Pemeriksaan sendiri kanser mulut boleh dibuat hanya menggunakan cermin muka sahaja.Kesan barah mulut awal dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan elakkan berlakunya hilang upaya yang teruk Ikuti kaedah pemeriksaan mulut di sini. Kawasan mulut sering terjadi kanser mulut Kawasan-kawasan berlaku barah mulut : Lantai mulut Lapisan pipi Lidah Gusi Bibir Lelangit

Punca-punca kanser mulut Faktor-faktor risiko berkait-rapat dengan kanser mulut: Tembakau- mengunyah atau menyentil tembakau. Perokok Minum alkohol berlebihan. Menyentil pinang Terdedah pada pancaran matahari berlebihan. Tanda-tanda kanser mulut ? Simptom-simptom barah mulut yang mungkin dilihat: Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan. Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tiga minggu. Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan. Tompokan putih atau merah di bahagian mulut. Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.

Kepayahan untuk menelan,mengerakkan rahang atau lidah. Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan. Bengkak pada rahang, leher lebih dari tiga minggu. Tiada selera makan dan berat badan menurun. Halitosis atau nafas berbau. Bagaimana mengurangkan risiko barah mulut? Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda: Buat pemeriksaan berkala di klinik-klinik. Lakukan pemeriksaan kanser sendiri. Tidak menyentil tembakau atau mengunyah tembakau. Tidak merokok. Tidak minum minuman alkohol. Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari

Rawatan kanser mulut Rawatan kanser mulut ialah pembedahan. Pembedahan dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2,mempunyai peluang pemulihan yang tinggi dan sedikit kecacatan muka yang sedikit. Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya. Pembedahan Rekonstruktif biasanya melibatkan rawatan pembedahan kanser mulut tahap 2 dan 3. Pembedahan Rekonstruktif ini ialah pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut. Kanser mulut dan pengesanan awal Program pengesanan awal kanser mulut hasil sokongan individu,masyarakat,media,NGO dan kerajaan membantu mengurangkan penyakit mulut terutamanya kanser mulut di tahap 3 dan 4. Ikuti cara-cara membuat pemeriksaan sendiri mengurangkan risiko kanser mulut

Kanser mulut