kaedah penulisan jurnal baru

3
Penulis artikel: NORASIKEN ABDUL RAHMAN ([email protected]) KAEDAH PENULISAN JURNAL Penulisan jurnal ilmiah merupakan salah satu kepakaran yang perlu dikuasai oleh para akademik juga pelajar-pelajar sarjana. Sebelum membuat penulisan jurnal, seorang penulis haruslah mempelajari dan menguasai teknik serta cara penulisan yang betul. Jurnal menjadi rujukan kepada para pembaca bagi mendapatkan ilmu terkini dalam bidang yang mereka sedang kuasai. Sebagai seorang penulis jurnal ilmiah, langkah utama yang perlu diketahui adalah apakah bidang kepakaran penulis. Kepakaran penulis ditentukan melalui pelbagai kaedah seperti melalui bidang pengajian yang diambil, kajian yang sedang dijalankan juga melalui pengalaman pekerjaan penulis tersebut. Langkah seterusnya adalah dengan mengenal pasti pola penulisan jurnal yang berimpak tinggi. Jurnal berimpak tinggi merupakan jurnal yang banyak dirujuk oleh penyelidik-penyelidik lain bagi meningkatkan mutu kajian mereka dan dalam masa yang sama mengemas kini pengetahuan mereka dalam bidang yang dikaji. Sebagai seorang penulis jurnal, kemahiran mendapatkan jurnal berimpak tinggi harus dikuasai. Setiap universiti menyediakan online database sebagai link untuk penyelidik-penyelidik membuat capaian kepada laman sesawang pembekal-pembekal jurnal berkualiti seperti Emerald, EBSCOhost, SAGE Journals, ScienceDirect, Taylor & Francis Online serta beberapa lagi pembekal jurnal berkualiti dan berimpak tinggi. Perlu ditekankan di sini pemilihan jurnal berimpak tinggi perlu menjadi keutamaan penulis kerana jurnal-jurnal berimpak tinggi yang telah terindeks dalam ISI Tomson dan SCOPUS sangat menitik beratkan skop dan gaya penulisan. Sekiranya isi penulisan jurnal tidak relevan dengan pengetahuan terkini dalam bidang kajian maka jurnal tersebut akan ditolak tanpa diwasitkan. Sesebuah artikel jurnal akademik biasanya terdiri daripada tajuk, abstrak, kata kunci, pendahuluan, sorotan kajian, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan, cadangan kajian lanjutan, penutup serta senarai rujukan. (1) Tajuk Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang baik seeloknya dapat menarik perhatian orang membacanya. (2) Abstrak Abstrak adalah ringkasan kajian yang mengandungi 1. Sedikit pengenalan terhadap tajuk 2. Latar belakang masalah 3. Reka bentuk kajian 4. Dapatan utama 5. Kesimpulan. Kesemua ini ditulis secara ringkas bagi menggambarkan keseluruhan kajian. Semua pemboleh ubah utama mestilah tercatat dalam abstrak tapi tidak perlu dihuraikan. Selepas itu, bahagian reka bentuk kajian perlulah dinyatakan jenis instrumen yang digunakan, siapakah sampel yang dipilih tanpa perlu huraikan dengan lebih lanjut prosedur kajian. Pada bahagian ini juga, perlu dinyatakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak biasanya adalah antara 100 hingga 300 patah perkataan. Ianya bergantung kepada ketetapan daripada pihak penerbit jurnal. Pada bahagian ini juga, rujukan tidak perlu dimasukkan.

Upload: inoranain

Post on 05-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sebagai pelajar, penulisan jurnal merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai. justeru itu, artikel ini menghuraikan secara ringkas tentang penulisan jurnal yang boleh dijadikan panduan bagi penulisan jurnal.

TRANSCRIPT

  • Penulis artikel: NORASIKEN ABDUL RAHMAN ([email protected])

    KAEDAH PENULISAN JURNAL

    Penulisan jurnal ilmiah merupakan salah satu kepakaran yang perlu dikuasai oleh para

    akademik juga pelajar-pelajar sarjana. Sebelum membuat penulisan jurnal, seorang penulis

    haruslah mempelajari dan menguasai teknik serta cara penulisan yang betul. Jurnal menjadi

    rujukan kepada para pembaca bagi mendapatkan ilmu terkini dalam bidang yang mereka

    sedang kuasai. Sebagai seorang penulis jurnal ilmiah, langkah utama yang perlu diketahui

    adalah apakah bidang kepakaran penulis. Kepakaran penulis ditentukan melalui pelbagai

    kaedah seperti melalui bidang pengajian yang diambil, kajian yang sedang dijalankan juga

    melalui pengalaman pekerjaan penulis tersebut.

    Langkah seterusnya adalah dengan mengenal pasti pola penulisan jurnal yang

    berimpak tinggi. Jurnal berimpak tinggi merupakan jurnal yang banyak dirujuk oleh

    penyelidik-penyelidik lain bagi meningkatkan mutu kajian mereka dan dalam masa yang

    sama mengemas kini pengetahuan mereka dalam bidang yang dikaji. Sebagai seorang penulis

    jurnal, kemahiran mendapatkan jurnal berimpak tinggi harus dikuasai. Setiap universiti

    menyediakan online database sebagai link untuk penyelidik-penyelidik membuat capaian

    kepada laman sesawang pembekal-pembekal jurnal berkualiti seperti Emerald, EBSCOhost,

    SAGE Journals, ScienceDirect, Taylor & Francis Online serta beberapa lagi pembekal jurnal

    berkualiti dan berimpak tinggi. Perlu ditekankan di sini pemilihan jurnal berimpak tinggi

    perlu menjadi keutamaan penulis kerana jurnal-jurnal berimpak tinggi yang telah terindeks

    dalam ISI Tomson dan SCOPUS sangat menitik beratkan skop dan gaya penulisan. Sekiranya

    isi penulisan jurnal tidak relevan dengan pengetahuan terkini dalam bidang kajian maka

    jurnal tersebut akan ditolak tanpa diwasitkan. Sesebuah artikel jurnal akademik biasanya

    terdiri daripada tajuk, abstrak, kata kunci, pendahuluan, sorotan kajian, metodologi, dapatan

    kajian, perbincangan, rumusan, cadangan kajian lanjutan, penutup serta senarai rujukan.

    (1) Tajuk

    Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk

    yang baik seeloknya dapat menarik perhatian orang membacanya.

    (2) Abstrak

    Abstrak adalah ringkasan kajian yang mengandungi 1. Sedikit pengenalan terhadap tajuk 2.

    Latar belakang masalah 3. Reka bentuk kajian 4. Dapatan utama 5. Kesimpulan. Kesemua ini

    ditulis secara ringkas bagi menggambarkan keseluruhan kajian. Semua pemboleh ubah

    utama mestilah tercatat dalam abstrak tapi tidak perlu dihuraikan. Selepas itu, bahagian reka

    bentuk kajian perlulah dinyatakan jenis instrumen yang digunakan, siapakah sampel yang

    dipilih tanpa perlu huraikan dengan lebih lanjut prosedur kajian. Pada bahagian ini juga, perlu

    dinyatakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan

    kajian terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak biasanya adalah antara

    100 hingga 300 patah perkataan. Ianya bergantung kepada ketetapan daripada pihak penerbit

    jurnal. Pada bahagian ini juga, rujukan tidak perlu dimasukkan.

  • Penulis artikel: NORASIKEN ABDUL RAHMAN ([email protected])

    (3) Pendahuluan

    Perenggan pertama, penulis perlu perkenalkan tajuk kajian dengan menekankan kepentingan

    tajuk kajian tersebut dilakukan dengan menyentuh secara ringkas gap dan permasalahan yang

    mendorong kajian tersebut dilakukan (problem statemant). Penulis perlu membuat kaitan

    masalah dengan perkembangan semasa di peringkat global. Selain itu, penulis haruslah

    menghurai secara signifikan kenapa kajian ini boleh menyumbang sesuatu yang baru kepada

    pengetahuan. Penulis perlu sedar bahawa penulisan jurnal akan dirujuk oleh penulis-penulis

    serta pengkaji daripada seluruh dunia. Maka, adalah penting dengan menekankan masalah

    dalam kajian ini dengan situasi global. Pada perenggan kedua pula, penulis harus

    memaklumkan tujuan kajian secara ringkas diikuti dengan objektif yang lebih khusus

    mengenai kajian yang telah dilakukan dan akan dipersembahkan dalam penulisan jurnal.

    Penggunaan nombor boleh dipertimbangkan jika objektif kajian melebihi satu. Rujukan juga

    perlu cukup bagi menunjukkan bahawa penulis telah menguasai sorotan kajian secukupnya.

    Sebaiknya, segala perbahasan yang digunakan perlulah dirujuk kepada sumber rujukan

    utama. Akhir sekali, kesimpulan perlu dibuat bagi memberi hint kepada keaslian jurnal yang

    dihasilkan.

    (4) Sorotan kajian

    Pada bahagian ini, penulis perlu perkenalkan sedikit teori yang mempunyai kaitan dengan

    kajian yang dijalankan. Seeloknya, teori yang dipilih perlulah teori yang telah mantap dan

    menjadi rujukan penyelidik-penyelidik lain yang membuat kajian dalam bidang yang sama.

    Penulis juga perlulah memberi penerangan sedikit tentang situasi semasa dalam bidang kajian

    penulis berdasarkan teori yang telah penulis nyatakan pada awal perenggan sorotan kajian.

    Seterusnya, penghuraian perlu dilakukan dengan kritis tentang kajian-kajian lalu yang

    mempunyai hubungan dengan kajian yang telah dibuat oleh penulis. Bagi memberikan

    pemahaman tentang kajian yang akan penulis huraikan dalam artikel jurnal yang dihasilkan,

    rujukan daripada kajian-kajian lalu yang bersangkutan dengan artikel jurnal yang dihasilkan

    perlu dihuraikan secara kritis. Penghuraian ini akan membantu mengukuhkan lagi artikel

    jurnal yang dihasilkan oleh penulis serta novelty artikel yang dihasilkan oleh penulis.

    (5) Metodologi

    Perenggan pertama dalam bahagian ini penulis perlulah memperkenalkan reka bentuk kajian

    yang digunakan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian. Reka bentuk kajian yang

    digunakan seperti eksperimen, tinjauan, kajian kes, kajian etnografi, kajian campuran metode

    (mixed method), analisis dokumen atau kajian kepustakaan perlu diterangkan pada awal

    bahagian ini. Pada perenggan seterusnya, penulis perlu menerangkan tentang prosedur

    bagaimana kajian dijalankan, latar belakang populasi, teknik pensampelan, jumlah bilangan

    sampel kajian serta rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian

    yang terlibat. Selain itu, cara kutipan data juga diterangkan. Apabila menulis tentang teknik

    kutipan data sekiranya cara yang digunakan selalu digunakan oleh penyelidik lain seperti

    mengedar kertas soal selidik, penghuraian tidak perlu terlalu panjang. Sebaliknya, jika teknik

    dapatan data tersebut kompleks dan jarang dibuat, penulis boleh menggunakan gambar rajah,

    graf atau jadual untuk menerangkan tentang teknik kutipan data tersebut. Tujuannya supaya

    pembaca boleh faham dengan mudah akan teknik kutipan data yang digunakan. Pada

  • Penulis artikel: NORASIKEN ABDUL RAHMAN ([email protected])

    perenggan seterusnya, penulis perlu perkenalkan cara data dianalisis. Penulis perlu

    menerangkan kaedah analisis data yang digunakan serta perisian yang digunakan seperti

    SPSS, Rash Model, SEM-AMOS, PLS-AMOS dan sebagainya.

    (6) Dapatan kajian

    Pada bahagian ini, seeloknya penulis menyusun dapatan kajian mengikut persoalan kajian

    supaya pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut pada

    awal artikel. Persembahan data perlu mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak

    jurnal. Kebanyakan jurnal menggunakan standard The American Psychological Association

    (APA), namun begitu, terdapat juga pihak jurnal yang mengikut standard lain. Pada bahagian

    ini, penggunaan graf, carta, jadual, gambar rajah amat digalakkan supaya pembaca dapat

    faham dengan mudah berserta huraian yang ringkas tapi pada bagi menerangkan hasil

    dapatan kajian. Ceritakan juga sekiranya terdapat hasil dapatan yang di luar jangkaan penulis

    kerana hasil dapatan ini mungkin akan menjadi pencetus kepada idea penghasilan kajian yang

    lain pula.

    (7) Perbincangan

    Pada bahagian ini, penulis perlu menunjukkan penguasaan dalam membincangkan isu utama

    artikel jurnal ini. Sebaiknya perbincangan ini perlulah disusun mengikut susunan persoalan

    kajian supaya pembaca dan penilai dapat fokus dan seterusnya mengaitkannya dengan

    dapatan yang diperoleh. Penulis perlu membincangkan persoalan kajian secara kritis satu

    persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan terhadap sorotan kajian lalu. Selain itu, ia

    juga perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas. Penulis harus memberikan

    kesimpulan tentang apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan

    terdahulu yang menyumbang kepada badan ilmu dalam bidang yang dikaji. Perbincangan

    perlu ditulis secara sistematik, akademik, tidak meleret-leret dan fokus. Setiap pernyataan

    yang dinyatakan dalam bahagian ini harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh diambil

    daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat andaian sendiri tanpa apa-apa sokongan

    bukti. Pastikan perbincangan dan penulisan dibuat secara akademik.

    (8) Kesimpulan dan cadangan

    dalam bahagian ini, penulis haruslah membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang

    dilakukan serta apakah sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Penulis harus

    membuat kesimpulan secara ringkas sama ada kajian ini menjawab atau tidak persoalan

    kajian serta adakah objektif kajian tercapai. Seterusnya, penulis perlu menekankan hasil

    dapatan yang penting serta memberikan cadangan untuk kajian akan datang.

    (9) Rujukan

    Setiap rujukan yang digunakan dalam artikel ini perlulah dinyatakan dalam bahagian ini.

    penggunaan perisian seperti EndNote dan Mandeley boleh membantu penulis membuat

    senarai rujukan. Pastikan standard penulisan rujukan juga menepati standard yang ditetapkan

    oleh pihak jurnal.